Isnin, 29 Februari 2016

10 seni bicara nabi

10 Seni Keindahan Bicara Cara Nabi ﷺ

1. Berbicara sambil mengukir senyuman.

Abu Darda’ menceritakan: “Rasulullah tidak berbicara melainkan Baginda melakukannya sambil tersenyum.” (Riwayat Ahmad)

2. Setiap perkataan disebut dengan jelas.

Jabir bin Abdillah menjelaskan: “Ucapan Rasulullah bersifat tartil.  (setiap huruf disebutkan dengan jelas).” (Riwayat Abu Dawud)

3. Tidak gopoh.

Aisyah menceritakan: “Rasulullah tidak bercakap dengan cepat seperti percakapan kalian ini. Akan tetapi Baginda bercakap dengan perkataan yang jelas, terang dan mudah diingat oleh orang yang diajak bercakap.” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Mengulangi ucapan.

Anas bin Malik berkata: “Rasulullah mengulangi ucapannya tiga kali agar difahami.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ringkas tapi padat.

Rasulullah bersabda: “Aku dianugerahi jawami’ al-kalim (ucapan yang ringkas namun sarat dengan makna).” (Riwayat al-Bukhari)

6. Menggunakan perumpamaan.

Rasulullah bersabda: “Perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti kurma. Rasanya manis, namun tidak wangi.” (Riwayat al-Bukhari)

7. Membuka ruang untuk diskusi dan soal jawab.

Cerita Ibn Umar: “Suatu hari Rasulullah bersabda: ‘Antara pelbagai pokok, terdapat sebuah pokok yang tidak pernah gugur daunnya. Dan ia adalah perumpamaan seorang Mukmin. Beritahu aku, pokok apakah itu?’

Para sahabat menyangka ia sebatang pokok yang terdapat di hutan. Aku merasa ia adalah pokok kurma. Lalu Nabi berkata: ‘Ia adalah pokok kurma’.” (Riwayat al-Bukhari)

8. Kena masa, sesuai dengan tahap audiens.

Kata Ibn Mas’ud: “Rasulullah menjarangkan nasihat dalam hari-hari tertentu kerana bimbang kami akan berasa bosan.” (Riwayat al-Bukhari)

9. Berjenaka, namun bukan dusta dan menyakitkan.

Abu Hurairah bertanya: “Wahai Rasulullah, engkau pun bergurau bersama kami?” Baginda menjawab: “Ya, namun aku tidak mengatakan melainkan yang benar.” (Riwayat al-Tirmizi)

10. Menghormati.

Anas bin Malik bercerita: “Rasulullah tidak pernah melunjurkan lututnya di hadapan orang yang duduk bersamanya. Apabila seseorang menjabat tangannya, Baginda tidak menarik tangan tersebut sebelum orang itu melepaskannya. Apabila seseorang menghadapnya, Baginda tidak bangkit sehingga orang tersebut bangkit.” (Riwayat Ibn Majah)

Selasa, 2 Februari 2016

SYEIKH TIJANI TIDAK MENINGGALKAN MURID2NYA

FAIDLOH TIJANIYAH

SYEKH AHMAD ATTIJANY RODLIYALLAH 'ANHU TDK MENINGGALKAN MURID2NYA.....

الحمدلله رب العالمين اللَّهُمَ صَل ِعَلَى سَيدِنـَا مُحَمَّدٍ الفاتـِح ِلِمَا أُغلِقَ وَالخاتمِ لِمَا سبقَ نَاصِرِالْحَقِ بِالْحَق ِوَالهـَادِي إلىَ صِراطِكَ المُسْتَـَقـِيم وَعَلىَ آلِه حَقَّ قـَدْرِه وَمِقـْدَارِهِ العـَظـِيم

Sayyidi Assyekh Assyarif Muhammad AlGholi Abu tholib AlHasani Attijany rodliyallah 'anhu menceritakan bhw beliau melihat Sayyidi Assyekh Ahmad Attijany rodliyallah 'anhu setelah wafatnya.Syekh Muhammad AlGholi berkata pdnya: Wahai tuanku...engkau tlh berjalan dan pergi meninggalkan kami." AlQutb AlMaktum rodliyallah 'anhu menjawab: aku tdk pergi dr kalian dan tdk juga meninggalkan kalian.sesungguhnya aku hanya berpindah dr DAR TUROBIYAH(bumi/alam dunia) menuju DAR NURONIYAH(alam cahaya).

Pernyataan syekhuna Rodliyallah 'anhu memberikan pengertian bhw beliau rodliyallah 'anhu tetap mengawasi,mentarbiyah dan memberikan madad pd murid2nya dimanapun mrk berada...
Oleh krn itu kita tdk perlu risau,bimbang dan takut.krn kita senantiasa berada dlm pengawasan syekhuna rodliyallah 'anhu.

FADHILAT SANDAL RASULULLAH SAW

FADHILAT SANDAL RASULULLAH SAW

Maulana Zakaria Kandahlawi(rah) dan Maulana Asyraf Ali Thanwi(rah) adalah dua nama ulama besar dari aliran Deobandi. Setiap pelajar yang berkelulusan dari Darul Uloom Deoband atau dari mana-mana madrasah yang beraliran Deobandi pasti mempunyai sanad keilmuan yang akan melalui kedua-dua tokoh ulama berkaliber tinggi ini.

Kedua-dua mereka telah menyebut dalam kitab mereka mengenai fadhilat gambar dan lakaran sandal/capal Rasulullah SAW. Syaikhul Hadis Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya yang mensyarahkan kitab “Syamail at-Tirmidzi” menyatakan:-“ Gambar lakaran sandal/capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab “Zadus Sa`id” karangan Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi (rahmatullah ‘alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau menyatakan bahawa beliau sendiri(Maulana Zakaria) telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. ”

Selain Maulana Zakaria dan Maulana Asyraf, seorang alim ahlus sunnah tersohor berasal dari bumi Palestin, bernama Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani telah mengungkapkan kemuliaan sepatu Rasulullah dalam bentuk puisi dalam kitabnya “Jawahirul Bihar” , ianya adalah seperti berikut;

*Alas kaki Nabi Muhammad berada di atas kepala alam semesta dan seluruh makhluq berada di bawah bayang-bayangnya.

*Ketika di bukit Tursina, Nabi Musa as diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Nabi Muhammad saw. biarpun berada pada jarak yang lebih dekat , tidak diminta supaya ditanggalkan sandalnya

*Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul saw. yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan
menjadi tanah untuk dipijak olehnya.

*Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya

*Lambang sandal al-Mustafa saw itu tiada tolok bandingnya, ia adalah kerehatan bagi rohku dan celak (ubat) bagi mataku

*Sangatlah mulia lambang sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda saw.)

*Apabila aku melihat ALLAH mula memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai

*Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda , sebagai tembok yang kukuh dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya

*Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa saw. , supaya dapat aku hidup di dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya

*Berbahagianya Ibnu Mas`ud ra. kerana khidmatnya pada sandal Baginda (yang sebenarnya), dan aku, adalah si dia yang berbahagia kerana khidmatku pada lambangnya

*Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada Baginda saw. yang memakai Sandal itu…

*Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapannya, kita akan diangkat dan dimuliakan

*Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota.

Dan di antara kelebihannya yang telah terbukti manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang soleh, Abu Ja’far Ahmad bin Abdul Majid:- “Aku telah membuat mitsal ni`al(lakaran sandal) ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:- “Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa “ALLAHUMMA ARINI BARAKATA SOHIBI HAZAN-NA’LI” ( Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga.

Keharusan bertawassul dengan lakaran sandal Rasulullah SAW juga disebutkan oleh Maulan Zakaria Kandahlawi dalam kitabnya Syarah Syamail Tirmizi.

Antara kelebihannya yang lain juga dicatatkan oleh Imam al-Qustulani dalam kitabnya “al-Mawaahibul Laduniyyah” juz ke-2 mukasurat 174.

Telah berkata Abu Ishaq:-”Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad:-”Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah.”

Beberapa ulama lainnya juga telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Antaranya ialah Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya“Timsalu Na’l an-Nabiy“, Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya “Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na’layn“, Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya “Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al” dan ramai lagi yang lain.

Ulama membuat lakaran atau imej sandal Rasulullah s.a.w. demi kecintaan kepada Nabi junjungan besar s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul.

Bukankah kecintaan itu menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang tuan empunyanya. Tulusnya cinta pada kekasih telah menyebabkan keberkatannya terzahir pada diri pencinta.

Jika sandal Rasulullah saw itu tiada apa-apa kaitan dengan agama, maka sudah tentu para sahabat Rasulullah saw tidak perlu bersusah payah meriwayatkan hadis-hadis berkenaan rupa bentuk sandal yang dipakai oleh Rasulullah seperti mana yang telah dihimpunkan hadis-hadisnya oleh Imam Tirmizi dalam Syamail-nya yang menerangkan mengenai rupa dan bentuk sandal Rasulullah secara terperinci.

Jika ada yang mengatakan "bukankah bukti cinta Rasulullah SAW itu dengan mengikuti sunnahnya?'.Demikian memang benar, tetapi manusia harus diberi ruang dan peluang untuk dipupuk perasaan cinta terhadap Rasululah sebagai asas kekuatan dan motivasi untuk beristiqamah dengan sunnah Rasulullah SAW.

Semoga kita ditumpahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Rasululah SAW serta apa dan siapa saja yang berkaitan dengan baginda SAW. Amiin.

Isnin, 1 Februari 2016

Carilah Pandangan Allah

MENCARI TEMPAT DALAM PADANGAN ALLAH KETIKA MANUSIA MEMANDANGMU.....

Wahai Allah!
Jadikanlah kami ini lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan terhadap kami.
Dan janganlah ENGKAU ambil tindakan keatas kami dengan apa yang mereka katakan.
Dan ampunilah kami atas apa jua yang mereka tidak mengetahuinya tentang kami.
(Doa Sayyidina Ali ra)
.........................................................................................
Sahabatku...
Mari kita merenung butir2 hikmah dari kalam mutiara diatas:
***Memuji Allah kerana Allah menutup keaibanmu dalam pujian orang terhadapmu.
***Merasa tidak layak atas pujian orang dan memuji Allah kerana hanya Dia yang berhak dipuji.
***Selalu ada keazaman utk memperbaiki diri utk menjadi lebih baik.
***Jika dirimu terpesona dengan pujian itu, berdoalah agar Allah mengampunimu atas segala rasa yang tidak patut itu.
***Mengharap ampunan Allah atas segala dosa yang diketahui orang atas pujian mereka.
...........................................................................................

Akibat Menghina Ulama

Akibat Menghina Ulama

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasululah s.a.w beserta keluarga dan para sahabatnya.

Astaghfirullah, Ya Allah, sungguh betapa mengerikan jika ada seorang muslim berani menghina Ulama Shalafus Shalih serta menjadikan ulama sebagai bahan ketawa dan sendaan

Apakah bahayanya perbuatan menghina ulama ?

1. Menghina ulama akan menyebabkan rosaknya agama seseorang.

Berkata Al-Imam Ath-Thahawi –rahimahullah- : “Ulama salaf dari kalangan ulama terdahulu, demikian pula para tabi’in, harus disebut dengan kebaikan. Maka siapa yang menyebut mereka dengan selain kebaikan maka dia berada di atas kesesatan”

Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak –rahimahullah- : “Sesiapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya. Siapa yang melecehkan umara’ (pemerintah), akan hilang dunianya. Siapa yang memperlekehkan sahabat-sahabatnya, akan hilang kehormatannya”

Dan mencela ulama termasuk di antara dosa-dosa besar.

2. Orang yang menghina ulama adalah sama seperti dia mengumumkan perang kepada Allah.

Hal ini adalah sebagaimana disebutkan dalam hadith tentang wali Allah yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari -rahimahullah- dari Abu Hurairah –radhiyallohu ‘anhu- :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ – …رواه البخاري

Dari Abu Hurairah”Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : ‘Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya… [HR. Al Bukhari]

Dan para ulama, mereka adalah termasuk wali-wali Allah.

3. Orang yang menghina ulama sengaja mencampakkan dirinya untuk terkena doa dari seorang alim yang telah dizalimi

Hal ini sebagaimana kisah salah seorang Shahabat yang bernama Sa’ad bin Abi Waqqash –radhiyallohu ‘anhu- dan beliau termasuk salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin dengan syurga.

4. Orang yang mengejek para ulama maka ia akan dijerumuskan kepada apa yang ia tuduhkan kepada ulama itu.

Berkata Ibrahim An-Nakha-i –rahimahullah- “Aku mendapati dalam jiwaku keinginan untuk membicarakan aib seseorang; akan tetapi yang mencegahku dari membicarakannya adalah aku khuatir sekiranya aib orang itu akan menimpa diriku”

5. Orang yang merasa seronok dengan mempersendakan para ulama maka ia akan diberikan su-ul khatimah (akhir kehidupan yang buruk)

Al-Qadhi Az-Zubaidi, ketika dia meninggal dunia lidahnya  berubah menjadi hitam, hal ini disebabkan dia suka mengejek Al-Imam An-Nawawi

6. Daging para ulama itu beracun

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal –rahimahullah- : “Daging para ulama itu beracun. Siapa yang menciumnya maka ia akan sakit. Siapa yang memakannya maka ia akan mati.”

7. Mencela ulama merupakan sebab terbesar bagi seseorang untuk terhalang dari dapat mengambil manfaat dari ilmu para ulama.

Berkata Al-Imam Hasan Al-Bashri –rahimahullah- : “Dunia itu seluruhnya gelap, kecuali majlis-majlis yang dihadiri para ulama.”

8. Dengan dicelanya ulama akan mengakibatkan ulama dijauhkan dari medan dakwah