Sabtu, 5 November 2016

MERASA HEBAT DENGAN AMALAN DAN IBADAH

MERASA HEBAT DENGAN AMALAN DAN IBADAH

Nasihat daripada Guru kami dan Murobbi kami Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani yang dikasihi kepada kami semua muridnya, bahawa;

Satu kejahilan yang besar bagi orang (yakni murid seperti kami) yang berfikir bahawa amalannya akan menyampaikannya kesuatu martabat yang tinggi disisi Allah Jallajalaluhu (yakni berasa layak untuk mendapat sesuatu melalui amalan).

Kata beliau, ini satu perkara yang mustahil. Orang (yakni murid seperti kami) yang jahil yang tidak pandai beruamalat dengan Tuhannya, akan menginginkan sesuatu yakni berhajat dengan amalannya itu (yakni berasa layak untuk mendapat sesuatu daripada amalannya).

Kata beliau, ramai orang (yakni murid-murid yang meniti jalan salik) yang berfahaman dengan fahaman Keakuannya sendiri (berasa hebat dengan amalannya), sekarang ini beramal, berzikir, beribadat kerana untuk menambahkan rezeki, inginkan syurga, inginkan pembukaan, inginkan martabat, nak itu, nak ini, mereka tidak malu langsung dengan amalan mereka yang tidak ikhlas kepada Allah Jallajalaluhu.

Pesan beliau, seseorang murid mesti fana dengan amalannya, malu kepada Allah dengan semua amalannya yang tidak sempurna dan rosak.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati guru kami dengan nasihatnya yang amat bernilai dan tidak ternilai, serta menempatkan beliau dikalangan kekasih-kekasihNya yang terpuji. Aamiinnn…..

Fb Sidi Nazrul

Selawat fatih asal usul dan kelebihannya

Selawat fatih
asal usul dan kelebihannya

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا
أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoib akan tampalan kaa-inaat. Dan menjadikan asal kunhi itu dan timbulnya akan Nur Hakikat Sayyidina Muhammad. Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asal Maujudaat. Maka mengada daripada Maujudaat dengan KekuatanNya yang bangsa Qudsi dan KalamNya yang bangsa Azali, fitrah semula jadi anak Adam. Dan menjadikan rangka fitrah anak Adam rupa alam dan mengajarkan anak Adam akan Asma’ sekeliannya. Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNya sebagai rumusanNya dan pilihanNya. Maka bagiNya pujian bahawa telah menjadikan akan Nabi yang terpilih sebagai salinan asal yang sempurna lagi agung bagi semata-mata tiada dan ada. Dan telah membuka atas kedua tangan Rasulullah itu khazanah-khazanah yang kamilah bagi kemuliaan dan kemurahan.

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya, yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya. Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yang Mutholsam dan jalanNya yang sempurna yang lurus. Telah berselawatlah oleh Allah atasnya dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih dan pencinta Rasulullah dari golongan yang baik-baik dan begitu juga telah sejahteralah dengan sebenar-benar sejahtera.

Dan selepas itu, maka ketahuilah wahai penggemar pada hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuan bahawa pintu hadrat itu satu jua, iaitu kasih akan Nabi yang suka bertaubat Shollallahu Alaihi Wasallam Wa Jumlatil Ali Wal Ashhab.Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhu dalam Kitab Lawaqi-’ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :

“Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.”Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.“Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam.

Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni dan Syeikh Ahmad az-Zawawi dan as-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersama Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secara Yaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersama Rasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :“Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah :

1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.

2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.

3. Mengikut sunnah Malaikat.

4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.

5. Memadamkan kesalahan dan dosa.

6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.

7. Menyinari zahir dan batin.

8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.

9. Memasuki negeri yang kekal abadi.

10. Ucapan selamat dari Allah.”Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam satu tangga, tempat naik, dan jalan kepada Allah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”

Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam mengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur dan Hidayah.”

Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :
“Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam membuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat didalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu :
“Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam ialah dgn tergambar (wajah) Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai gambaranyang melekat yang berakar umbi.
Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam.
Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi. Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.”

Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik. Maka sesungguhnya tiada kemampuan hendak dihuraikan kesemua perkara ini.
Dan telah memindah sekelompok orang-orang yang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum :

“Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan pembukaan Hakikat Muhammadiyyah.
#Dan orang yang pertama menzahirkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2000 majlis, Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. Maka sesungguhnya telah bertawajjuh olehnya kepada Allah selama 40 tahun memohon bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat.
Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih. Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu : Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah tangan aku di hadapan Allah.”

Dan telah berkata pada Selawat Fatih oleh al-Qutbil Maktum wal-Khatmil Muhammadiyyil Maklum Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi, memindah dari Sayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam(yg menerima secara yaqazah) :

“Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsa Ketuhanan yang tidak ada jalan untuk diterima akal. Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000 kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000 lelaki, hidup setiap seorang daripada mereka 100 000 tahun menyebut setiap seorang daripada mereka setiap hari 100 000 selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam daripada selawat yang lain, dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, tidaklah dapat menandingi sekelian pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

Maka jangan peduli pembohongan orang yang suka berbohong serta suka mencari keburukan pada Selawat Fatih. Maka sesungguhnya kelebihan itu di tangan Allah.
-Memberi olehNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala satu kelebihan yang keluar dari ruangan qias akal manusia yg terhad..

Maka sangat baik dan bermanfaat dan terang maksud pada mensyarahkan Selawat al-Yaqutah yang tersebut.
Marilah kita sama2 memohon kepada Allah SWT dengan kehormatan kunci Hadrah Kemulian dan Kemurahan iaitu Sayyidina Muhammad SAW yang merupakan pasak dan punca setiap maujudat/makhluk yg membuka bagi kita dan sahabat-sahabat kita Futuh Selawat Fatih.
-Dan melempar akan kita pada martabat Selawat Fatih yang Batin dan martabatnya yang Batinul Batin iaitulah pembukaan Ismul A’azhom yang khas yang tersimpan pada Ismul A’azhom itu kehebatan nama Allah yang Agung lagi Diagungkan dan yang terLebih Agung dan NabiNya yang Terpilih dan Terlebih Mulia.
Dan telah berselawat oleh Allah atas Sayyidina Muhammad Al-Fatih Lima Ughliq al-Khatim dan atas Keluarganya sesuai dengan martabat dan tingkatannya yang agung.

Rabu, 12 Oktober 2016

Jalan kehambaan

Ciri2 jalan kehambaan

1. Membuang sifat keakuan
2. Hanya tuan di hatinya
3. Tidak menunggu balasan dr tuannya
3. Menyedari dirinya adalah milik mutlak tuannya
4. Tidak menisbahkan sesuatu pun kpd dirinya hatta dirinya. Semua milik tuannya
5. Tidak mengharapkan selain tuannya
6. Sentiasa rasa kurang khidmat kpd tuannya dan berusaha utk berkhidmat lebih mengikut arahan tuannya
7. Tidak memandang khidmatnya itu dr dirinya bahkan dr kemurahan tuannya
8. Bukanlah jalan perlu yg byk ilmu atau amalan, akan ttp byk penyerahan
9. Tidak menunggu pembukaan dr tuannya
10. Tidak bergantung kpd ilmu dan amalan utk menuju Allah, ttp sifat kehambaan itu yg membawanya menuju Allah
11.

Isnin, 10 Oktober 2016

Peristiwa 10 Muharram-

Peristiwa 10 Muharram-

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Ahad, 9 Oktober 2016

Syeikh Tijani (1150-1230H / 1737-1815)

Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani

Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Hasani lahir pada Hari Kamis, 13 Shafar 1150 H. di Ain Madhi atau disebut juga dengan Madhawi, di Sahara Timur Maroko. Dari keluarga besar/Kabilah Tijan. Kabilah ini banyak melahirkan ulama-ulama dan wali-wali yang shaleh.

Dari garis ayah adalah Ahmad bin Muhammad bin Mukhtar bin Ahmad bin Muhammad Salim bin Al ‘id bin Salim bin Ahmad Al-‘Alwani bin Ahmad bin Ali bin Abdulloh bin Al-Abbas bin Abdul Jabbar bin Idris bin Ishaq bin Ali Zainal Abidin bin Ahmad bin Muhammad An-Nafsiz Zakiyah bin Abdulloh bin Hasan Al-Mutsanna bin Hasan As-Sibthi bin Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fatimatuzzahra binti Rasulullah Muhammad SAW.

Dari garis ibu adalah Ahmad binti Sayyidah Aisyah binti Abu Abdillah Muhammad bin As-Sanusi At-Tijani Al-Madhawi.

Keabsahan silsilah ini berdasarkan beberapa keterangan garis keturunannya secara turun temurun. Juga dinyatakan langsung oleh Rasululloh SAW: “Engkau benar-benar anakku (Anta waladi haqqan). Nasabmu melalui Hasan bin Ali adalah shahih.”

Kedua orang tuanya mengasuh dengan didikan beberapa etika sunah, rahasia syari’at dan cahaya kebenaran. Sehingga masa kecilnya sangat terjaga. Beliau pun tumbuh dalam kebesaran akhlak muhammadiyah. Pada umur 7 tahun telah hafal Alqur’an dalam qira’at Imam Nafi’ dengan baik di bawah bimbingan gurunya, Sayid Muhammad bin Hamawi At-Tijani. Seorang guru yang alim dan terkenal keshalehan serta kewaliannya. Al-Hamawi terkenal sebagai pendidik anak-anak di Ain Madhi. Diceritakan bahwa Sayid Muhammad bin Hamawi mimpi bertemu Alloh SWT dan membaca Alqur’an dalam Qira’at Imam Warasy sehingga khatam. Alloh SWT berfirman kepadanya: “Demikianlah Alqur’an diturunkan.”Beliau meninggal pada tahun 1162 H.

Pendidikannya dilanjutkan dengan mempelajari beberapa ilmu yang bermanfaat. Seperti: Ilmu Usul, Furu’ dan Adab. Orang tua Syeikh Ahmad sangat mempercayakan pendidikan masa kecil Syeikh kepada Al-Hamawi. Syeikh banyak mempelajari cabang ilmu dari Al-Hamawi. Dengan kecerdasannya Beliau cepat menguasai beberapa ilmu dengansempurna.

Di samping Al-Hamawi, Syeikh Ahmad menyelesaikan Al-Mukhtasor karya Imam Kholil, Ar-Risalah karya Ibnu Rusyd dan Al-Muqaddimah karya Imam al-Akhdhari dari gurunya yang lain, Sayid Al-Mabruk bin Bu Afiyah At-Tijani.

Tahun 1166 H. kedua orang tuanya meninggal pada hari yang bersamaan,karena penyakit tho-un/lepra yang mewabah. Yaitu ketika Syeikh Ahmadberumur 16 tahun.

Dalam usia yang relatif muda, Syeikh telah menunjukkan kelebihannya dan keluasan ilmunya. Dunia ilmu pendididikan terus dijalaninya. Sejak kedua orang tuanya meninggal, Syeikh tetap aktif dalam membaca ilmu, mengajar, menulis dan memberi fatwa.

Pada tahun 1171 Syeikh mulai memasuki dunia sufi. Dalam salah satu fatwanya Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani berkata: “Dalam nash syara’ hanya diterangkan kewajiban tiap orang untuk memenuhi beberapa hak Alloh secara penuh, lahir dan batin. Tanpa adanya alasan apa pun. Tidak ada alasan apa pun untuknya dari hawa nafsu dan kelemahannya. Dalam syara’ hanya mewajibkan hal tersebut dan mengharamkan lainnya. Karena adanya siksa. Tidak ada kewajiban mencari guru selain guru ta’lim yang mengajarkan tata cara perkara syara’ yang dituntut untuk dilaksanakan seorang hamba. Baik berupa perintah yang harus dikerjakan dan larangan yang harus ditinggalkan. Tiap orang bodoh harus mencari guru ini. Tidak ada keluasan atau alasan meninggalkannya. Ada pun guru-guru lainnya setelah guru ta’lim tidak ada kewajiban mencarinya menurut syara’. Akan tetapi wajib mencarinya dari sisi nadhar. Seperti halnya orang yang sakit dan kehilangan kesehatannya. Apabila dia keluar untuk mencari kesembuhannya, maka mencarinya adalah wajib. Kami katakan wajib mencari dokter yang ahli dalam mendiagnosa penyakit, asalnya, obatnya, cara memperolehnya.

Jawaban Syeikh ini memberikan kejelasan dalam masalah pencarian guru. Karena sebagian ulama telah mengatakan bahwa meninggalkan pencarian terhadap guru tarbiyah dianggap maksiat.

Dari sini dapat diketahui bahwa masuknya Syeikh dalam dunia sufi tidak dikarenakan mengikuti kebanyakan manusia yang dilakukan zaman sekarang. Mereka memasuki sebuah jalan tujuan, tanpa adanya pertimbangan berdasarkan pengetahuan tentang sesuatu yang sedang mereka masuki. Mereka memasuki jalan tidak lebih karena anggapan sebagian orang yang menilainya dengan keindahan luarnya belaka. Syeikh memasuki dunia sufi berdasarkan pemikiran dan pengetahuan pada sesuatu yang dikehendakinya dan memantapkannya. Sebagai bukti seorang murid (pencari kebenaran) yang shadiq. Murid yang mengetahui keagungan Rububiyah dan hak-hak Ilahiyah. Mengetahui bagian yang ada dalam dirinya, berupa kelemahan, kemalasan, menyukai kenikmatan, dan meninggalkan amal shaleh. Di mana jika keadaan itu terus ada dalam dirinya akan menyebabkannya tidak dapat memperoleh puncak tujuan dunia-akhirat. Itu pun dilakukan setelah menguasai cabanng-cabang ilmu. Pengetahuannya membawa dirinya untuk segera kembali dengan tekad, semangat dan kemantapan; mencari seorang yang dapat membuka belenggu syahwatnya dan menunjukkannya kepada jalan untuk sampai ke hadapan Robnya.Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani berkata: “Ini adalah ciri murid shadiq (pencari kebenaran sejati). Adapun lainnya hanya murid thalib atau pencari biasa. Terkadang dia dapat mendapatkan hasil. Terkadang tidak mendapatkan apa-apa.”

Oleh karenanya sebagian ulama mengatakan bahwa setiap orang yang awalnya kokoh, maka akhirnya akan sempurna.

Menginjak usia 21 tahun Syeikh melakukan berbagai kunjungan ke beberapa daerah di Fas. Melakukan banyak diskusi dengan beberapa ahli kebaikan, agama, rehabilitasi jiwa, dan penemu kebahagian hakiki.

Lawatan itu mengantarkannya ke Gunung Zabib dan bertemu dengan seorang wali kasyaf yang memberikan isyarat agar kembali ke negeri atau daerahnya, yaitu Ain Madhi. Wali tersebut memeberitahukan akhir kedudukan yang akan dicapainya. Tanpa harus menetap di daerah lain. Kemudian Syeikh segera kembali ke daerahya.

Orang yang paling banyak mewarnai corak kehidupan Syeikh adalah Sayid Abdul Qadir bin Muhammad. Seorang kutub yang tinggal di ‘negeri putih’ (Baladul Abyadh) Shahara Dzar. Daerah ini agaknya tidak jauh di Ain Madhi. Karena di sela-sela pengabdiannya, Syeikh sering pulang ke rumahnya. Syeikh menetap di Zawiyahnya 5 tahun untuk menuntut ilmu, mengajar dan beribadah. Selanjutnya Syeikh tetap tinggal di Ain Madhi sesuai dengan petunjuk wali kasyaf di Gunung Zabib.

Di antara beberapa guru yang ditemui Syeikh dalam perjalanan ke Fas dan sekitarnya adalah wali kutub yang terkenal, Maulana Ahmad As-Shaqali Al-Idrisiyah, salah seorang ternama dalam Thariqat Khalwatiyah di Fas. Dalam pertemuannya ini As-shaqali tidak banyak melakukan pembahasan. Syeikh pun tidak mengambil apa pun darinya.

Kemudian Syeikh bertemu dengan Sayid Muhammad bin Hasan Al-Wanjali. Salah seorang wali kasyf di sekitar Gunung Zabib. Ketika bertemu, sebelum mengucapkan apa pun, Al-Wanjali berkata kepada Syeikh Ahmad Attijani:

“Dirimu pasti akan menemukan kedudukan al-quthbul kabir Maulana Abil Hasan.”

Agaknya Al-Wanjali merupakan salah seorang tokoh dari Thariqat Syadziliyah. Karena isyarat yang diberikan olehnya menunjukkan bahwa Syeikh akan mencapai kedudukan Abil Hasan Asy-Syadzili. Menurut Al-Wanjali perjalanan yang telah ditempuh oleh Syeikh dari daerahnya (Ain Madhi) sampai ke Fas Al-Idrisiyah dan beberapa daerah Maghribi lainnya untuk mencari seseorang yang dapat mengantarkannya kepada Makrifat Billah adalah bukti kehendaknya untuk mencapai keinginan tersebut. Al-Wanjali banyak menyingkap rahasia yang tersimpan dalam diri Syeikh dan memberitahukan kedudukan yang akan diperolehnya. Meskipun tidak mengambil wirid dari Al-Wanjali, akan tetapi penyingkapan yang telah disampaikannya memiliki andil dalam memperkuat cita-cita Syeikh. Sehingga akhirnya semua itu menjadi kenyataan. Al-Wanjali meninggal sekitar tahun 1185 H.

Wali Kutub lain yang ditemui Syeikh adalah Maulana At-Thayib bin Muhammad bin Abdillah bin Ibrahim Al-Yamlahi. Sejarah hidup keluarganya sangat terkenal dan banyak ditulis oleh para pengikutnya sebagai orang besar di Fas. Legenda keluarganya secara beberapa generasi telah memperoleh kedudukan kutub. Maulana At-Thayib mewarisi kekhilafahan para pendahulunya dalam memberikan petunjuk kepada manusia di jalan Alloh dan kesempurnaan makrifatnya. Ia menjadi khalifah menggantikan saudaranya Maulana At-Tihami yang menggantikan Sayid Muhammad yang menggantikan Maulana Abdulloh. Diceritakan bahwa Maulana Abdulloh (w. th. 1089 H.), kakek At-Thayib adalah orang pertama yang menetap di Wazin. Agaknya keluarga At-Thayib secara turun-temurun memegang Thariqat Jazuliyah. Hal ini terbukti bahwa kakeknya telah berkhidmah kepadaAhmad bin Ali Ash-Sharsori, salah seorang tokoh Thariqat Jazuliyah.Ciri pokok tarekat ini adalah dengan memperbanyak shalawat. Ayah At-Thoyib, Sayid Muhammad yang juga mencapai kedudukan kutub mengatakan: “Seseorang tidak akan memperoleh derajat tertinggi, melainkan dengan banyak membaca shalawat kepada Nabi SAW.” Sayid Muhammad meninggal pada Malam Jum’at, tanggal 29 Muharam 1120 H.

Dalam pertemuannya dengan Ath-Thayib Syeikh mengambil wirid darinya. Bahkan dalam ijazahnya, At-Thayib telah memberikan izin kepada Syeikh untuk memberikan talkin pada orang yang hendak mengambil wiridnya. Akan tetapi Syeikh menolak hak talkin tersebut karena pada saat itu masih mempunyai cita-cita sendiri dan belum berminat untuk memegang salah satu jenisnya. Di sini Syeikh menunjukkan ketinggian cita-citanya berdasarkan asal fitrahnya. Di samping itu Syeikh belum mengetahui akhir kedudukannya pada waktu tersebut. At-Thayib adalah salah satu guru yang diakui oleh Syeikh pada awal perjalannya. Beliau wafat pada Hari Ahad, Bulan Rabiuts Tsani, tahun 1181 H.

Selanjutnya, Syeikh bertemu dengan Sayid Abdulloh bin Al-Arabi bin Ahmad bin Muhammad bin Abdulloh Al-Andalusi di Fas. Thariqatnya bercorak Isyrak (konsep cahaya). Pertemuan ini banyak memperbincangkan beberapa masalah. Meskipun tidak mengambil sesuatu darinya, Al-Arabi memberikan doa yang sangat berarti dalam perjalanan Syeikh selanjutnya. Al-Arabi mendoakan kebaikan dunia dan akhirat dan pada akhir perjumpaannya berkata:

“Alloh akan menuntun tanganmu (menolongmu). “Alloh akan menuntun tanganmu (menolongmu). “Alloh akan menuntun tanganmu(menolongmu).”

Al-Arabi wafat pada tahun 1188 H.

Syeikh juga pernah mengambil Thariqat Qadiriyahnya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani di Fas dari seseorang yang mempunyai izin untuk mentalkinkannya. Hanya saja kemudian ditinggalkan.

Thariqat lainnya yang pernah diambil oleh Syeikh adalah Thariqat Nashiriyah dari Sayid Abu Abdillah Muhammad bin Abdillah An-Nazani. Tidak berapa lama thariqat ini pun ditinggalkan. KemudianThariqat Sayid Muhammad Al-Habib bin Muhammad, seorang kutub yang masyhur dengan Al-Ghamari As-sijlimasi Ash-Shadiqi (w. th. 1165 H.) melalui orang yang telah mendapatkan izin. Thariqat ini pun ditinggalkan.

Selanjutnya Syeikh mengambil ijazah dari Tokoh Malamatiyah, Sayid Abul Abbas Ahmad Ath-Thawas di Tazah. Ath-Thawas mengajarkan salah satu isim (nama ilahi) kepadanya dan berkata:

“Tetaplah khalwat, menyendiri dan dzikir. Sabarlah, sehingga Alloh memberikan futuh kepadamu. Sesungguhnya dirimu akan memperoleh kedudukan yang agung.”

Perkataan At-Thawas agaknya tidak ditanggapi oleh Syeikh Ahmad Tijani, sehingga ia mengulangi perkataannya:

“Tetapkanlah dzikir ini dan abadikan, tanpa harus kholwah dan meyendiri. Maka Alloh akan memberikan futuh kepadamu atas keadaan tersebut.”

Perkataan At-Thawas yang kedua ini tidak banyak dikutip. Justeru perkataan pertama yang banyak ditulis. Padahal perkataan yang kedualah yang menunjukkan pokok dasar pemikiran Syeikh At-Tijani yang kemudian menjadi ciri utama Thariqatnya. Di samping itu, Ath-Thawas juga memberikan isyarat dari kedudukan yang akan diperoleh Syeikh. Beliau melakukan dzikir tersebut tidak lama, kemudian meninggalkannya. At-Thawas meninggal pada tanggal 18 Jumadil Ula 1204 H di Tazah.

Dalam proses pencarian ini, Syeikh banyak mengetahui beberapa aliran Thariqat dan mengamalkannya. Meskipun kemudian tidak diteruskan. Karena adanya Inayah Robbaniyah untuk menolaknya dan tidak mengambilnya. Kecuali dari Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sebagai kekhasan seorang yang mempunyai cita-cita tinggi.

Sebagaimana telah diterangkan terdahulu, bahwa setelah melakukan lawatannya ke Fas, Syeikh menetap di Zawiyahnya Sayid Abdul Qadir bin Muhammad di Shahara Dzar, tidak jauh dari Ain Madhi. Sebagaimana petunjuk yang diperoleh sebelumnya. Bahwa futuhnya akan diperoleh di sana.

Syeikh memasuki Tunisia pada tahun 1180 H. Di daerah Azwawi, Al-Jazair Syeikh menemui seorang guru besar yang arif, Sayid Abu Abdillah Muhammad bin Abdurrohman Al-Azhari. Syeikh mengambil Thariqat Khalwatiyah darinya. Al-Azhari meninggal pada permulaan Muharam tahun 1180 H.

Selanjutnya Syeikh menuju ke Tilmisan pada tahun 1181 dan menetap di sana. Syeikh mengabdikan dirinya dengan ibadah dan membaca ilmu. Terlebih Ilmu Hadits dan Tafsir. Syeikh terus-menerus melakukan taqarrub dengan bertawajjuh pada keagungan rububiyah dengan menyatakan ke-shidiq-an ubudiyahnya. Memberikan kemanfaatan kepada manusia dengan keluasan ilmunya. Sehingga mulai terlihat kefutuhan yang membuka beberapa hijab yang menghalangai antara seorang hamba dan Alqudus (Alloh). Syeikh menyatakaan hijab yang tersingkap adalah 165.000 hijab. Maka batinnya dipenuhi oleh cahaya Tauhid dan Irfan.

Setelah memperoleh banyak penyingkapan di Tilmisan Syeikh pergi melaksanakan haji dan ziarah kepada Nabi Muhammad SAW. Syeikh berangkat dari Tilmisan pada tahun 1186 H.

Dalam perjalanannya Syeikh berhenti di Tunisia dan menetap di Susah, selama setahun. Syeikh berjumpa dan bersahabat baik dengan seorang wali yang terkenal, Sayid Abdus Shamad Ar-Rahawi, salah seorang dari 4 murid wali kutub negeri tersebut. Wali kutub itu sendiri tidak dapat ditemui oleh siapa pun, kecuali seorang di antara 4 orang muridnya. Pertemuan tersebut hanya dilakukan pada malam hari, khususnya Malam Jum’at dan Senin. Hal itu disebabkan untuk menutupi kedudukannya. Syeikh meminta supaya Sayid Abdus Shamad berkenan mempertemukan dan mengenalkannya.Yang pada akhirnya Beliau pun dapat berjumpa dengannya.

Thariqat Tijaniyah adalah Thariqat yang dikembangkan oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad. Mengambil dari nama kabilahnya. Thariqat ini juga masyhur dengan nama Thariqat Al-Muhammadiyah. Thariqat ini diterima langsung dari Rasululloh SAW dalam keadaan jaga. Bukan dalam keadaan tidur.

Memang sebelum mendapatkan ijazah langsung dari Rasululloh SAW, Syeikh Ahmad pernah mengambil beberapa jalur Thariqat dari beberapa Syeikh lain. Seperti Thariqat Khalwatiyah dari Abi Abdillah bin Abdur Rahman Al-Azhari.

Pada usia 46 tahun (tahun 1196 H.), Beliau dianugerahi berjumpa dengan Rasululloh SAW dalam keadaan Yaqdhah (terjaga). Dan sejak saat itu Rasululloh SAW selalu mendampinginya dan tidak pernah hilang dari pandangannya. Keadaan inilah yang disebut dengan Al-Fathul Akbar(terbukanya tirai yang menghalangi antara seseorang dan Rasululloh). Rasululloh SAW selalu membimbing Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani dan memerintahkan kepada Syeikh untuk meninggalkan sandaran kepada guru-gurunya. Karena gurunya sekarang adalah Rasululloh SAW secara langsung. Sehingga Beliau selalu berkata dengan menyandarkannya kepada Rasululloh SAW.

Ketika itu, Rasululloh SAW mentalkin (mengajarkan) dzikir/wirid berupa Istighfar dan Shalawat. Masing-masing dibaca 100 kali. Pengajaran dzikir ini disempurnakan oleh Rasululloh SAW pada tahun 1200 H. dengan tambahan Hailalah 100 kali. Dzikir inilah yang diperintahkan oleh Rasululloh SAW untuk disebarluaskan dan diajarkan kepada seluruh umat manusia dan jin.

Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad berusia 50 tahun. Pada Bulan Muharam, tahun 1214 H Syeikh Ahmad bin Muhammad telah sampai pada martabat Al-Quthub AL-Kamil, Al-Quthbul Al-Jami’ dan Al-Quthbul Udzhma. Pengukuhan ini dilakukan di Padang Arafah, Makah Al-Mukaramah.

Pada tahun yang sama, hari ke-18 Bulan Shafar, Beliau dianugerahi sebagai Al-Khatmu Al-Auliya Al-Maktum (Penutup para wali yang tersembunyi). Hari inilah yang kemudian diperingati oleh Jamaah, Ikhwan, dan para muhibbin Thariqat Tijaniyah sebagai Idul Khatmi. Beliau meninggal di Faz, Maroko, tahun 1230 H.

Isnin, 3 Oktober 2016

Kenyataan PERTAMA

*Kenyataan daripada PERTAMA bersangkut paut dengan Tarekat Tijani*

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan ini sebagai respon pihak-pihak tertentu yang memburuk-burukkan tarekat secara amnya dan Tarekat Tijani khasnya.

1. Adalah diingatkan wujud perbezaan antara pengamal dan ajaran seperti wujud perbezaan akan kelakuan seorang islam dengan islam itu sendiri. Adalah satu kesalahan besar untuk menghukum mana-mana tarekat hanya kerana perbuatan sekumpulan pengamal.

2. Semua hal-hal agama adalah bidang kuasa Duli-duli Tuanku dan adab mengatakan jika mana-mana ilmuan tidak setuju dengan apa jua keputusan atau pegangan mana-mana majlis ia sepatutnya berbincang terus dengan negeri berkenaan. Tarekat Tijani setahu kami hanya difatwakan sesat di Kelantan atas sebab pengamalan satu kumpulan di Kelantan. Sukacita diutarakan ajaran yang paling banyak mempunyai fatwa kesesatan di Malaysia adalah ajaran Wahabiyah.

3. Tarekat Tijani adalah satu tarekat yang muktabar dan disahkan muktabar oleh Ijma Ulama Tasawuf Tarekat seluruh dunia. Seperti biasa kumpulan yang melihat kecacatan dan penyelewengan dalam tarekat ini dan banyak tarekat-tarekat lain terdiri daripada mereka-mereka yang berfahaman Salafi Wahabiyah. Harus diingatkan golongan Salafi Wahabiyah adalah golongan minority (kira-kira 4% daripada populasi Islam sedunia) dan bukan pendapat kebanyakan ulama.

4. Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia menyeru pada semua supaya menjaga adab ilmu, mereka-mereka yang tidak mempunyai ilmu dalam satu-satu bidang adalah dinasihati untuk berdiam diri. Di Malaysia kita mempunyai pakar-pakar dalam bidang tarekat tasawuf dan mereka sentiasa mengawasi keadaan dan jika ada mana-mana yang menyeleweng jabatan-jabatan agama akan dimaklumkan.

Datuk Haji As'ari Bin Ibrahim
Yang Dipertua Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA)
4 Oktober 2016

Zikir meningkatkan imun

*Zikir meningkatkan sistem imun badan*

_Siti Nur Asiyah, Program Pengajian Psikologi, IAIN Sunan Ampel, Surabaya_
_Suharto Taat Putra, Jabatan Anatomik Patologi, Airlangga University, Surabaya_
_Kuntoro, Jabatan Biostatik dan Populasi, Airlangga University, Surabaya_

Penyertaan orang awam dalam majlis zikir boleh menghasilkan sistem imun menjadi lebih baik. Namun begitu, perkara yang menyebabkan sistem imunisasi meningkat masih belum dapat dikenal pasti. Pendekatan agama dalam proses rawatan harus diberi perhatian selain dari terapi lain. Perjanjian WHO (1984) telah menambah elemen rohani di dalamnya sewaktu penambahbaikan. Oleh itu, sihat bukan hanya dari segi fizikal, psikologi dan sosial tetapi juga dari segi rohani. Oleh itu, untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, ahli profesional sahaja tidak mencukupi. Peranan ulama tidak boleh diabaikan, terutamanya dalam pembentukan masyarakat yang sihat dari segi rohani.

Beberapa kajian telah dijalankan dan hasil dari eksperimen tersebut menunjukkan bahawa individu yang kuat agama lebih baik dalam menahan sakit dan mempunyai proses penyembuhan yang lebih cepat. Satu kajian telah dijalankan ke atas wanita  kacukan Afrika-Amerika yang menghidap HIV dan mendapati bahawa terdapat hubungan yang ketara antara keagamaan dengan emosi dan sistem imun (Wood,1999). Sholeh (2003) juga turut menyatakan bahawa solat tahjjud secara berterusan dan dilakukan dengan khusyu’ dapat membantu meningkatkan sistem imun. Terdapat banyak kajian yang sama telah diterbitkan dalam jurnal perubatan, hasilnya mendapati bahawa terdapat korelasi antara aktiviti kerohanian atau aktiviti keagamaan dengan sistem imunisasi.

Jika dilihat dari perspektif kesihatan mental, solat dan zikir mempunyai kekuatan psikoterapuetik yang tinggi. Terapi psychoreligious dengan solat dan zikir mempunyai kekuatan rohani yang meningkatkan rasa optimis dan keyakinan diri. Kedua-dua syarat psikologi ini sangat penting dalam penyembuhan penyakit di samping  ubat-ubatan dan prosedur-prosedur lain (Hawari, 2005). Selain itu, solat dan zikir juga membantu untuk mencegah kejutan mental dan gangguan psikiatrik. Ia membantu dalam proses pembangunan dan penambahbaikkan kehidupan. Kesimpulannya, zikir dan solat mempunyai funsi kuratif, pencegahan dan pembangunan kesihatan (Purwanto, 2007).

Mekanisme daya tahan badan dapat dilihat dengan lebih jelas dan terperinci melalui pendekatan psikoneuroimunologi yang menerangkan interaksi antara faktor psikologikal dan faktor fizikal (Ward, 2007). Psikoneuroimunologi menerangkan hubungan antara faktor psikososial, sistem saraf dan sistem imunisasi. Tekanan dari psikososial akan menyerang lima deria pancaindera dan deria sistem saraf. Ianya akan menyerang saraf dalam otak dan sistem limbik melalui neurotransmitter. Tambahan pula, rangsangan psikososial yang bertindak melalui sistem saraf autonomi  dan akan terus ke kelenjar hormon (endokrin) yang berkaitan dengan sistem imun (Hawari, 2005).

Konsep psikoneuroimunologi bukanlah penyatuan dari ketiga-tiga perkataan psikologi, neuro dan imunisasi, tetapi ia adalah tiga disiplin yang saling melengkapi lalu  menjadikan pusat sistem saraf sebagai pusat serangan. Berdasarkan perkara tersebut, rangsangan dari pusat sistem saraf yang akan merembeskan neurohormon akan menyebabkan perubahan aktiviti sel-sel di dalam badan. Baru-baru ini, terdapat kajian yang mendedahkan bahawa terdapat protein tertentu yang berfungsi sebagai pengukur tekanan bagi fizikal dan juga psikologi yang dikenali sebagai protein kejutan haba (HSP 72). HSP 72 terdapat di dalam peredaran darah dan boleh menyumbang kepada pembentukan tindak balas imunisasi.

Vilyanur Ramachandran menerangkan bahawa terdapat bahagian dari otak yang akan bertindak balas dengan kerohanian manusia serta perkara-perkara mistik. Ia dipanggil God Spot dan terletak di cuping temporal. Solat dan zikir ini perlu dibaca dengan khusyu’ untuk mencapai tumpuan yang sempurna dalam keadaan santai, fokus dan penuh tumpuan (Purwanto, 2007).

Proses pembelajaran menjadikan fikiran yang terbiar untuk mencerna semua informasi yang datang melalui deria.  Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai tekanan psikologi yang menjadi bukti peningkatan kadar eHSP 72 yang ketara dalam kesemua tiga pemerhatian yang mana, peserta masih belum mencapai tahap rehat dan ketenangan yang sempurna dek kerana peserta masih dalam proses pembelajaran.  Di dalam proses belajar ini, kemungkinan terdapat perkara-perkara yang mengganggu tumpuan, antaranya minda masih mencari siapa diri, pergolakkan emosi yang tinggi, minda teganggu kerana lemah semangat , minda mempunyai terlalu banyak masalah, masih belum dapat merasai ibadah dan hanya melakukan ibadah semata-mata kerana takutkan dosa (Hakim, 2002).

Tambahan pula, solat dan zikir dilakukan selama 90 minit untuk permulaan juga menjadi tekanan yang boleh menyebabkan tekanan psikologi. Ketegangan fizik mungkin berlaku kerana solat dan zikir yang dilakukan dalam masa yang panjang dengan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Zikir. Keadaan psikologi seperti ini boleh bertindak balas  dengan hipotalamus. Hipotalamus mempunyai peranan penting dalam mengawal emosi dan bertindak balas dengan tekanan, yang menjadikan hipotalamus sebagai “pusat tekanan” yang memberikan peranan tertentu dalam menggerakkan badan untuk bertindak balas terhadap tekanan. Berdasarkan kes ini, hipotalamus mengawal pituitari untuk menghasilkan beberapa hormon. Kawalan ini adalah sangat penting untuk menggerakkan satu proses fisiologi yang berusaha untuk bertindak balas untuk melawan atau terbang (Atkinson et al.,no year).

Hasil dari kajian ini mendapati terdapat peningkatan kadar darah oleh eHSP 72 selepas 24 jam dari perlaksanaan zikir. Perkara yang sama terjadi apabila ujian eHSP 72 diulang selepas 24 jam dari perlaksanaan zikir pada minggu kedua. Ini merupakan bukti secara statistikal menggunakan ukuran ulangan yang memberi angka signifikan 0.006 (p<0.05) yang bermaksud terdapat peningkatan ketara kadar eHSP 72 dalam peserta-peserta yang menghadiri Majlis Zikir (Johnson dan Fleshner 2005).

Berbalik kepada hasil penyelidikan dan perbincangan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti zikir di dalam Majlis Zikir yang dilakukan secara berterusan, teratur dan mempunyai sasaran, dengan kekerapan sekali seminggu selama 120 minit setiap kali majlis, boleh meningkatkan kadar HSP 72 dalam edaran (eHSP). Oleh itu, aktiviti zikir dalam Majlis Zikir dapat diterangkan secara saintifik menggunakan pendekatan psikoneuroimmunologi melalui medula (sumsum belakang) hipotalamik-simpatetik-adrenal boleh membawa kepada peningkatan HSP 72 dan berpotensi meningkatkan sistem imunisasi. Kesimpulannya, apabila aktiviti zikir dalam Majlis Zikir dijalankan secara berterusan, teratur dan mempunyai sasaran, maka ia akan bertindak sebagai immunomodulator yang murah, mudah dan berharga.

Nyata sekali , benar sungguh yang majlis zikirullah adalah satu taman surga di dunia.