Isnin, 24 Disember 2018

Tidur ahli tajrid itu lebih baik dari bangunnya ahli gharad

Tidur ahli tajrid itu lebih baik dari bangunnya ahli gharad

سمعت من سيدي أحمد الهادي حفظه الله تعالى ما مُحصله ؛ أن نوم المتجردين من الغرض خير من قيام أصحاب الأغراض والحظوظ ، فمن أطال القيام لأجل تحصيل غرضه وقصده فهو قائم لنفسه ، عابد لغرضه ، مُتعَدٍّ لحدِّه

فعبادة الأحرار - من ربق السوى والأنفس وحظوظها سوى - بذل الجهد في العبادة من غير خطور الغرض ، فانتظار العِوض والأجرة والجزاء باطنا أو ظاهرا ، كفتح وسر ونحوه قادح في عبودية العبد ، مخرج للعبد من حضرة العبودية إلى دعوى السيادة ، نعوذ بالله من الدعاوى وأهلها

terjemahan
aku telah mendengar As Syarif Ahmad Alhadi Alhasani berkata :

bahawasanya tidur ahli tajrid (suci dr tujuan serta Allah) terlebih baik dr bangun ahli gharad (tujuan) dan habuan

Sesiapa yang memanjangkan qiamnya untuk mendapatkan sesuatu tujuan maka dia bangun utk tujuan dirinya, penyembah tujuan dirinya, pelampau batas had kehambaan

ولا تكن رمضانياً

BUANG SEMUA SELAIN ALLAH

BUANG SEMUA SELAIN ALLAH

Berkata guruku yang mulia, Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi bahawa jalan menuju Allah itu bermula dengan membuang semua tujuan selain Allah dalam hati seorang murid salik yang ingin ke kembali hadrat Allah

Bilamana hati sudah kosong bebas dari selain Allah dan hanya syuhud memandang kepada Allah Yang Maha Mengatur Alam ini, itulah hati seorang hamba rabbani yang dikasihi Allah, dia beribadah hanya semata-mata kerana Allah bukan kerana sesuatu tujuan serta Allah.

Allah SWT menciptakan hambaNya dengan sifat suka kpd gharad iaitu ada tujuan serta Allah SWT.
Sebab itu tidak hairanlah jika kita dapati kebanyakkan hamba2Nya beribadah atau beramalkan sesuatu amalan kerana upah dan ganjaran.

Hamba Allah yang sebenar mengamalkan suatu amalan bukanlah kerana khasiat atau kelebihannya tetapi kerana ubudiyyah pengabdian terhadap Allah SWT semata-mata

Tidaklah Allah SWT menyebutkan suatu ganjaran setiap amalan melainkan hanya merangsang hambanya.

Patutkah seorang hamba mengharapkan balasan daripada tuannya? Sesungguhnya tak patut bahkan tak layak pun terfikir tentang balasan atau ganjatan atas amalnya.

Jika hambaNya beribadah kerana suatu ganjaran ?
Hamba tersebut bukanlah hamba kpd tuhannya bahkan hamba pd suatu tujuan / ganjaran atau hamba kepada dirinya sendiri, hamba nafsu.

Beruntunglah kpd sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar.
Iaitu tergolong daripada kalangan hambaNya yg beribadah dgn  ikhlas tanpa sebarang tujuan serta Allah SWT...

Seseorang yg beribadah krn ganjaran pahala, syurga, kasyaf, lazat, zauq, martabat dan pelbagai pembukaan2 yg lain dan seumpamanya juga dinamakan sebagai ada tujuan serta Allah SWT...

Pada ketika hamba berzikir atau beribadah atau beramal kerana ada tujuan serta Allah SWT.
Sesungguhnya hamba tersebut adalah musuh Allah SWT.!!!

Lalu ditanya... bagaimana caranya nak buang selain Allah? Memang sesuatu yang sukar

Jawabnya ialah kembali kepada ahwal kehidupan para sahabat Radiallahu Anhu

Ahwal mereka adalah dengan bersuhbah dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, berusaha mengamalkan sunnah sebaik mungkin dan tidak memandang kepada kelebihan beramal

===============
Mukhlas itu penghujung jalan mukhlis
Mukhlis = cari ikhlas, mujahadah
Mukhlas = diikhlaskan oleh Allah, anugerah
اتقان العمل، والاعتماد على الفضل
Perkemaskan amalan, dan berpegang (hati) kpd fadhl (fadhlul ilahi) anugerah Allah
Tidak bergantung dgn amalan
Bergantung dgn amalan itu syirik, meninggalkan amalan dgn bergantung kpd anugerah shj itu zindiq

Maka, perkemaskan amalan dgn buang tujuan serta Allah dan memandang kelebihan amalan itu anugerah Allah semata2, bukan natijah dr amalan

Cara plg mudah utk dekat dgn Allah ialah buang tujuan serta Allah...fahamilah...afwan 😊

Syukurlah dipilih sbg hamba walaupun sebenarnya kita tak layak

================
Sesungguhnya ada rahsia dalam diri kamu...

Firman Allah dalam surah Az Zariyat ayat 21
وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Maksudnya ; Dan dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihat?

Ayat ini merupakan satu isyarat yang jelas daripada Allah buat hamba-hambaNya untuk melihat ke dalam diri mereka sendiri, melihat di sini boleh diertikan dengan makna lihat dengan mata zahir atau lihat secara maknawi.

Sidi Ahsan Al Ba'qili Al Maghribi menjelaskan bahawa perjalanan  hamba menuju Allah adalah perjalanan ruh beserta dengan kewujudan zat manusia yg bersifat tanah sehingga menjadilah zat manusia itu di bawah hukum ruh.

Jadi maksud suluk jalan ahlillah bukanlah nak dapat martabat atau tujuan baru, tetapi bagaimana kita mengembalikan keadaan ruh kita kepada asalnya sebelum diletakkan dalam badan. Kerana ruh kita sebelum diletakkan dalam badan adalah sempurna, suci, arif akan Allah, tiada hijab antaranya dengan Allah. Maka ruh pada asalnya ialah sir (rahsia) ketuhanan, kalaulah terhimpun kepadanya semua kekotoran alam ini, nescaya tidak mampu untuk mengotorkan ruh, sbb ia adalah rahsia Ilahi, tak boleh kata satu juzuk dr tuhan, tak boleh kata anak tuhan, tetapi ada istilah yg gerak dalam hadrat sufi yang menamakan ruh itu sir Allah, ruh Allah, sbb firman Allah, fa nafakhtu fihi (adam) mir ruhi, kalu faham secara zahir mcm satu juzuk dr tuhan tp itu bukan maksudnya, tp kita ahlil sunnah wal jamaah bila ada ayat yg mutasyabihat, maka kita tafwid (serah) kpd Allah ataupun takwil (lari) dr menjasadkan tuhan, dan dalam firman Allah yg lain dalam Surah Al Isra ayat 85, وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya; Dan mereka bertanya tentang ruh, jawablah (wahai Nabi Muhammad) bahawa ruh itu urusan Tuhan kamu, dan tidak dikurniakan daripada ilmu tentangnya kecuali sedikit sahaja

Jadi kamu tak boleh kenal ruh, sebab itu rahsia Allah, alam ini keseluruhannya adalah cover (bekas) kpd rahsia itu.

Ruh ada byk nama, boleh dinamakan ruh agung, asal, hakikat muhammadiyah, hakikat ahmadiyah, byk nama, ruh itu Allah letak dalam jasad manusia sebagai benih, jadi jalan tasawuf bukan nak cari perkara luar tapi nak mengeluarkan. Suluk tasawuf ni seperti yang berlaku kepada Rasulullah pada malam Israk, kisah yg ajaib, kita baca secara zahir Nabi naik ke alam sehingga keluar dr bulat alam, kalam sufi menyatakan apakah bulat alam? Itulah had kauni, makhluk ada had, di dalam hadrat sufi dinamakan bulatan kauni, baidatul alami, bulatan kewujudan, jadi secara zahir Nabi terbang atau berenang dalam alam, tapi mengikut fahaman sufi bermaksud Nabi berenang dalam diri sendiri, sbb itulah firman Allah, laqad raahu min ayati rabbihil kubra, telah melihat dari tanda kebesaran Allah dalam dirinya sendiri.

Maka rahsia dalam diri hamba adalah ruh. Dan perjalanan hidup seorang di dunia adalah untuk kembali kepada hakikat ruh yang kenal akan Allah Yang Maha Agung sebagai pencipta.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.

Jumaat, 21 Disember 2018

Buang tujuan

Apabila seorg hamba itu sudah membuang semua tujuan selain Allah, maka syaitan akan menjauhi dan memerhati mencari peluang seterusnya

Sbb tujuan selain Allah itu umpama bangkai yg menjadi habuan syaitan dlm diri kamu

Bila bangkai itu dibuang, jd tiada lg habuan syaitan, tinggallah nafsu dlm dirimu

Ketika ini, dirimu akan diuji dgn fitnah alam / makhluk pula  sukakan martabat,  maqam, kasyaf dll

Fitnah inilah penghalang kamu menuju Allah

Rezeki dan Barakah

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas ma
kan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur

Wallahualam......

Hakikat orang yang bersyukur

Hakikat orang yang bersyukur, berasa malu untuk mempersembahkan amalannya kepada Allah SWT dan berasa amalannya tidak ada nilai disisi Allah SWT. Berasa tidak layak langsung untuk mendapat tempat disisi Allah SWT melalui amalan. Berasa terlalu hina dan kerdil disisi Allah SWT dengan amalan. Berasakan amalannya tidak dapat menyampaikannya kepada Allah SWT. Berasakan fana pada amalan.

Orang yang keras hatinya dan tidak ada sifat syukur pada dirinya berasa amalannya yang banyak melayakkan dia untuk mendapat tempat disisi Allah SWT. Amalannya yang banyak akan menyampaikannya kepada Allah SWT. Amalannya yang hebat melayakkan dia untuk mendapat penghampiran dengan Allah SWT. Amalannya yang banyak melayakkan dia untuk mendapat tempat didalam masyarakat dan makhluk. Amalannya yang banyak melayakkan dia untuk memegang jawatan dan kekuasaan. Amalannya yang banyak melayakkan dirinya berasa lebih hebat dan tinggi daripada orang lain. Amalannya yang banyak melayakkan dia untuk mendapat karamah karamah, pembukaan kauni dan kaunu, diperkenalkan kepada alam alam ghaib dan rohani, mentadbir dan menguasai makhluk makhluk lain.

Sifat 'aku layak' melambangkan sifat 'keakuan'. Lebih banyak sifat 'aku layak' maka lebih tinggi sifat keakuan dalam diri seseorang. 'Aku layak' menghampiri sifat 'ana khairu minhu - aku lebih baik daripada kamu', satu sifat iblis yang berasa lebih baik daripada Nabi Adam a.s. Sedangkan menjauhi sifat 'aku layak' akan menghampiri sifat 'saya berhajat' - ana faqir. Ana faqir akan menghampiri sifat kehambaan - hamba yang tidak mempunyai apa apa dan sentiasa berhajat kepada Tuannya.

Barangsiapa yang berasa lazat dan indah serta manis pada buah amalan dengan memandang kepada kelebihan kelebihan yang dibukakan pintu baginya melalui amalan, berhati hatilah pada fitnah yang sedang mendatanginya dan memungkinkan tercabut ikhlasnya. Amalan hanyalah alat, sedangkan maksud tujuan adalah Allah SWT. Jangan jadikan amalan sebagai maksud tujuan daripada kemanisan, kelazatan dan manfaat manfaat yang terhasil daripada buah buah amalan.

# Peringatan khusus untuk diriku yang faqir...

Cari jalan Allah yang suci

Cari jalan Allah yg suci

Jln Allah adalah jln yg suci, suci dr selain Allah
Jln Allah bukan dgn cari kasyaf, keramat, jin2, itu semua selain Allah, itu semua mainan di jln Allah, kalu dpt kita tundukkan pandangan spt lihat perkara haram,
Sbb di jln Allah, alam akuan akan buka rahsia dia, utk potong jln kamu, bukan dia sendiri yg buat, Allah nk uji kamu, nk lihat kamu nk Dia sj atau nk selainNya, jd kalu jumpa jln yg byk sebut ttg keramat, pelik, buang jln itu, sbb jln Allah sgt bersih, mensahihkan kehambaan, dan hamba tidak ada milik, tidak ada apa2, dia hak kpd Tuan dia, tidak ada mendakwa, kata sy, keakuan, tidak gembira dgn amalan dia, tidak bahagia dgn amalan dia, malu dr amalan dia, malu dgn apa yg dia dpt, sbb dia tahu itu hak tuhan dia, bukan hak dia,

Tp hari ini ada yg guna jln Allah utk bina keakuan, guna jln Allah utk jd guru, guna jln Allah utk dpt perkara yg luar biasa, guna jln Allah utk dpt martabat mulia, itu bukan kehambaan, itu selain kehambaan, itu ketuanan, fitnah dr Allah,

Jadi kita hamba Allah shj, bukan hamba selain Allah

Cukuplah jadi hamba

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Kata guruku yang dikasihi, "cukuplah kamu meminta untuk menjadi seorang hamba"

Seorang hamba akan dicukupkan keperluannya oleh Tuannya. Jika kamu berusaha menjadi Tuan, siapa pula yg akan mencukupkan keperluan kamu?

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan nikmat²Nya yang sempurna buat guruku yg kukasihi Al Allamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yg diberkati, yakni disisi Sheikh Ahmad at Tijani dan disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad SAW. Aaminnnn...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩