Ahad, 6 Januari 2019

Nikmat Utama

Nikmat

Firman Allah swt..
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها..
" sekiranya kamu sekalian ingin menghitung akan nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu mengirakannya"

Berkata ahlul isyarah dari kalangan mufassirin,  yang dimaksudkan ' NIKMAT ' pada ayat tersebut ialah hakikat Baginda Rasulullah saw yg menjadi sebab utama dan wujudur rahmah  bagi keberadaan seluruh akwan (makhluq) , maka oleh yg demikian didatangkan kalimah 'نعمة' didalam ayat itu dengan lafaz mufrad dan bukannya dengan lafaz jamak.

Hakikat Muhammadiah adalah makhluk pertama dan utama yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Dari hakikat inilah diciptakan seluruh alam

Firman Allah Taala
وما ارسلناك الا رحمة للعالمين
Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad kecuali sebagai rahmat untuk seluruh alam

Maka Hakikat Muhammadiah adalah asal wujudnya alam, inilah sebenar-benar pengenalan, makrifat akan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Ahli makrifat adalah mereka yang tenggelam dalam Hakikat Muhammadiah ini kerana tiada makhluk yang boleh masuk ke hadrat Allah kecuali dengan melalui perantaraan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Kehidupan ahli makrifat mereka sentiasa membasahi lidah dan menetapkan hati mereka dalam berselawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Tafakur (pengamatan fikiran) mereka adalah pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Syukur mereka adalah syukur pada kewujudan NIKMAT UTAMA iaitu Hakikat Muhammadiah, tanpa nikmat ini nescaya tiadalah alam ini.

Mereka ahli makrifat itu fana dalam Hakikat Muhammadiah, maka itulah baqa' iaitu syuhud yang sempurna, memandang kepada 2 hadrat, hadrat azali Ilahi dan hadrat baru hadis حديث

Adapun ahli hijab mereka hanya memandang kepada makhluk tanpa Allah lalu menjadi penghalang kepada Allah, syuhud kepada amalan sahaja, menyangka amalan mereka layak untuk sampai ke hadrat Allah, di sisi ahli hakikat mereka ini seumpama orang kafir yang hanya memandang kepada kesempurnaan makhluk yang binasa

Adapun ahli fana pula mereka hanya memandang kepada Allah semata-mata, menisbahkan semua perkara kepada Allah membawa kepada wahdatul wujud, sehingga meninggalkan syariat sebab mendakwa telah mengenal Allah, lalu mabuk pada hadrat Allah, ini bukan syuhud yang sempurna

Ahli baqa' adalah yang sempurna yang syuhud memandang kepada 2 hadrat seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Rasulullah adalah 'barzakh' atau penghubung antara 2 hadrat yang saling berlawanan sebagaimana firman Allah
مرج البحرين يلتقيان بينهما برزخ لا يبغيان
Telah bercampur dua lautan lalu bertemu keduanya, antara keduanya ada barzakh yang tidak bercampur

Berkata Syeikh Ahmad Tijani bilamana ditanya oleh Sidi Ali Harazim berkenaan makna ayat ini

Maka berkata Syeikh, yang dimaksudkan dengan barzakh adalah baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang menjadi penghubung kepada 2 hadrat yang berlainan, barzakh inilah menjadi wasilah antara Allah dan makhluk

Mudah mudahan Allah kurniakan kepada kita semua rasa kehambaan yang sebenar kepada Allah melalui berkat perantaraan agung Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Bingkisan daripada Kitab Irsyadul Asfiya ila Toriqati Khatmil Auliya dan Daurah Irfaniyah oleh Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi

Sabtu, 5 Januari 2019

Satu Nasihat


Satu Nasihat

Maut itu datang tiba2

Sentenglah lengan baju kamu (bersungguh-sungguh)...janganlah ta'khir (berlengah2)

Semua perkara lain boleh ta'khir...

Mati kurang duit tak da masalah

Mati kurang sihat tak da masalah

Mati tak mencapai cita2 tak da masalah

Tapi mati belum kenal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Satu musibah besar...dunia dan akhirat

Dan tiada jalan utk kenal Rasulullah kecuali dengan ilmu batin, ilmu suluk, suluk maksudnya berjalan mengenal diri Rasulullah dengan bersungguh-sungguh

Jadi janganlah ta'khir...

Kahwin boleh ta'khir
Tak buat rumah biasa
Mati tanpa rumah itu biasa

Tapi ingatlah rumah mulia yg kita ingin kembali itu adalah akhirat

Jadi kena kerja...kena makrifat Rasulullah

Kalu tak kenal Rasulullah di dunia, tak kan kenal secara dekat Rasulullah di akhirat

Sebab itu sabda Rasulullah dunia ni kebun akhirat

Nak dapat buah di sana kena kerja di sini

Janganlah nak kerja di sana sbb hanya hasil di sana...tiada kerja 

~Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi

Kuliah bulanan kitab Irsyadus Sail ila ilmisy Syamail
Surau Al Munawwarah, KTC4 Kulim Hi Tech, Kedah
5 Januari 2019



KELANTAN Purbakala

KELANTAN Purbakala

KELANTAN Purbakala - Kilatan jadi Kelantan.

Ahlul Bait Nusantara dikatakan berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed Hussein Jamadi Kubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan (selatan India) (titihan dari syaidina Hussein as bin Ali, yang belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai 'misi dakwah pada sekitar 1300M, yang mana pada masa itu , di sebelah barat, Khalifahtul'mukmin (Salehuddin Al Ayubi) sedang berusaha menakluk Palestine dari tangan Yahudi.

Syed Hussein Jamadil Kubra belayar bersama dengan enam orang adiknya yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan di bumi kelahirannya, Deccan, kerana Syed Hussein Jamadil Kubra mempunyai 14 orang adik-beradik.Beliau merupakan abang yang sulong. Beliau juga dikenali dengan nama 'WALI TUJUH' di kalangan masyarakat Kelantan dan juga Nusantara. Daripada titihan bagindalah lahirnya zuriat keturunan Kesultanan Ahlul Bait Nusantara atau 'Raja-Raja Melayu'.

Sebelum sempat mendarat di Tanah Melayu,Syed Hussein Jamadil Kubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga Syed Hussein Jamadil Kubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid) jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah Waliullah' iaitu doanya telah makbul iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Selamat dari bencana itu,Syed Hussein Jamadil Kubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.

Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong. Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan Syed Hussein Jamadil Kubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari Syed Hussein sedang berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbuk' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.

Memandangkan angkatan Syed Hussein memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepas diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.

Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.

Sesiapa yang melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal atau hilang ingatan. Sengaja Syed Hussein Jamadil Kubra mewasiatkan dua perkara itu supaya dapat dikenal akan keturunanya dan supaya anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di dalam sesuatu perkara dan jangan bermain-main dengan 'WASIAT' atau amanah. bagai tanda menghormati dan menghargai 'pertolongan' yang telah diberi oleh Allah melalui ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.Realiti daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.

Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersama enam saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.

Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.

Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan negeri Kelantan' yang baru 'disucikan' oleh Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.

Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan Ahlul Bait yang utama di Nusantara ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).
Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang AdiPutera' merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu.

Maharaja Srimat Trailokyaraja (Maharaja Imbang Jaya - 1233)

Maharaja Suran

Raja Tilam

Raja Sakranta

Sultan Mahmud Jiddah

Raden Mas Ariya (Hang Tuah dikatakan pernah berguru dgn baginda - Hikayat Hang Tuah)

Putri Selindung Bayu (berkahwin dgn zuriat keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sayyid Husain Jamadil Qubra - moyang kepada Wali Songo - rujuk nota tambahan di bawah)

Sayyid Ali Nurul Alam

Sultan Maulana Sharif Abu Abdullah

Wan Abdul Muzaffar

Sultan Abdul Hamid Syah..

Sultan Abdul Hamid Syah ada 3 putera :
- Datu’ Nik Ibrahim
- Sultan Nik Badr Us Salam
- Nik Ali @ Fakeh Ali

[ADA PENDAPAT LAIN YANG MENGATAKAN BAHAWA JURAI KETURUNAN SELANJUTNYA ADALAH DARI KETURUNAN FAKEH ALI, DAN BUKANNYA SULTAN NIK BADR US SALAM]

Sultan Nik Badr Us Salam (putera Ke2 Sultan Abdul Hamid Syah) mendapat seorang putera yang bernama Wan Daim.

Wan Daim pula memperoleh 3 putera iaitu :
- Tuan Sulong : mempunyai putera bernama Long Pandak yg menjadi raja Kota Kubang Labu (Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan)
- Long Bahar (Raja Jembal) : mempunyai anak bernama Long Sulaiman, dan Long Sulaiman pula mempunyai anak bernama Long Yunus (Moyang kepada Sultan Kelantan sekarang)
- Raja Long Nik (Datu’ Pujud) : raja negeri Reman (kini : meliputi Yala, Grik & Hulu Kelantan)

Raja Long Nik (Putera ke3 Wan Daim) mempunya 4 putera :
- Long Nuh
- Long Man
- Long Abdul Rahman (Raja Legeh)
- Long Gaffar (pengasas sebenar negeri Kelantan moden setelah berjaya mengalahkan kerajaan Kota Kubang Labu dalam dua peperangan sekitar tahun 1760-an)

Danau Tok Uban - Penuh Misteri

Kenapa Sultan Brunei membina sebuah masjid yang indah jauh tersorok di tepi Danau Tok Uban?

Ini kerana Syed Berkat (Sultan Sharif Ali, nenek moyang Sultan Brunei pada hari ini) merupakan anak hasil perkahwinan Syed Hussein Jamadil Kubra dengan Putri Johor (puteri kepada Sultan Baki Shah , Sultan Kelantan pada zaman Empayar Chermin.

Sebelum tenggelam ke dasar tasik, di situlah kota kerajaan Kelantan purba Empayar Chermin, tempat Sultan Sharif Ali sebelum beliau ke Brunei dan diangkat menjadi Sultan Brunei bagi menggantikan Sultan Ahmad yang mangkat tanpa putera lelaki. Di sinilah bermulanya susur galur Kesultanan Brunei yang terus kekal pada hari ini.......

Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama 'Jeddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata. Kota ini telah tenggelam ke dalam bumi menjadi Danau Tok Uban
Kenapa Sultan Brunei membina sebuah masjid yang indah jauh tersorok di tepi Danau Tok Uban?

Jumaat, 4 Januari 2019

ANTARA TAJRID DAN KASBI

IBRAH MENJELANG HAILALAH, ANTARA TAJRID DAN KASBI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEOKOR BURUNG KELUAR DARI SANGKARNYA MENJELANG SHUBUH, KELILING MENCARI MAKAN, ADA SEEKOR BURUNG PULA TANPA KELUAR DARI SANGKAR, JATAH MAKANNYA SUDAH TERSEDIA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*IMAM MALIK DAN IMAM SYAFI’I*

*Guru & Murid Tertawa Karena Beda Pendapat Tentang Rezeki Dalam ilmu fiqih*

*#Imam_Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan :*

*Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan meberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.*
.
*Sementara #Imam_Syafii ( sang murid berpendapat lain) :*

*Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki.*

*Guru dan murid bersikukuh pada pada pendapatnya.*
.
*Suatu saat tengah meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memanen anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh imbalan beberapa ikat anggur sebagai balas jasa.*

*Imam Syafii girang, bukan karena mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memanen, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*
.
*Bergegas dia menjumpai Imam Malik sang guru. Sambil menaruh seluruh anggur yang didapatnya, dia bercerita. . Imam Syafii sedikit mengeraskan bagian kalimat  “seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memanen), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
*Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan mencicipinya. Imam Malik berucap pelan.*
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berpikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku bisa menikmati anggur. ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. Bukankah ini juga bagian dari rezeki yang datang tanpa sebab.*

*Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang mengurus lainnya.”*
.
*#Guru dan #murid itu kemudian tertawa.*
*Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeda dari hadits yang sama.*

*Begitulah cara Ulama bila melihat perbedaan, bukan dengan cara saling menyalahkan orang lain , saling merendahkan, saling mencaci ,  saling menggibah dan hanya saling membenarkan pendapatnya saja..*

Cpf

Azab sebenar adalah iradat sendiri

Berkata Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi pada membicarakan tentang hakikat kehambaan

Ketahuilah bahawa azab sebenar adalah pada mengikut iradat sendiri, tidak redha kepada taqdir Allah sedangkan hamba sebenar tiada iradat serta Allah

Hamba itu hanya menurut perintah Allah tanpa sebarang persoalan dan bantahan terhadap ketentuan Allah, dia hanya berusaha memperkemaskan kehambaannya kepada Allah 

Dzikir Hailalah Jumuah

Dzikir Hailalah Jumuah

ذكر حضرة الجمعة المسمى الهيللة لازم من لوازم الطريقة فلا يجوز للفقير تركه ولا التهاون به

Dzikir Hadlroh hari Jum'ah yang biasa disebut Hailalah adalah salah satu kwajiban thoriqoh. Maka seorang ikhwan tidak diperbolehkan untuk meninggalkannya dan meremehkannya.

وله وقت محدود لا يتعداه وهو من عصر الجمعة الى الغروب كالوقوف بعرفة عشية عرفة ليلة العيد فإن فات الوقوف في تلك الليلة فات فلا يدرك إلى العام المقبل ولو وقف هناك أبدا لا ينفعه ولا ينجبر حجه

Dzikir Hailalah memiliki waktu yang telah ditentukan dan tidak boleh dilewatkan, yaitu waktu setelah asar sampai terbenamnya matahari, seperti halnya wukuf di Arofah, yang waktunya siang hari Arofah sampai malam hari raya. Apabila seseorang tertinggal wukuf pada sore itu, maka dia tidak bisa menemuinya sampai tahun depan, meski dia wukuf di sana sepanjang tahun, wukufnya tetap tidak berguna dan kekurangan hajinya tidak bisa tertutupi.

وإذا فات هذا الذكر في هذا الوقت لعذر شرعي فالرجاء قوي أن يكتب له ثوابه وإن فوته على نفسه لغير عذر كالتهاون أو اشتغال عنه بغير ضرورة فمصيبة في الطريق

Oleh karena itu, maka apabila dzikir ini telah terlewati pada waktu ini (setelah asar hari jumat sampai terbenamnya matahari) karena ada uzur syar'i, maka harapan pahala dicatat baginya sangat kuat. Dan apabila dia meninggalkan untuk membacanya bukan karena udzur syar'i, seperti karena meremehkan dan sibuk yang bukan dloruri, maka itu termasuk musibah dalam thoriqoh.

قال في الإراءة وأما الهيللة فهي نذر معين بوقت مخصوص من عصر الجمعة إلى الغروب فإن فات لعذر شرعي كمريض ونسيان أو غلبة نوم أو إكراه أو حيض ونفاس سقط وجوبها لأنها تجب بالذكر والقدرة في الوقت المعين

Pengarang Iroah mengatakan : Adapun bacaan Hailalah adalah sebuah nazar yang telah ditentukan dengan waktu yang khusus, mulai setelah ashar hari Jum'at sampai terbenamnya matahari. Maka apabila bacaan Hailalah tertinggal karena udzur syar'i seperti sakit, lupa, tidur, dipaksa (untuk tidak melaksanakan Hailalah) atau disebabkan Haid dan Nifas, maka kwajibannya gugur. Karena Wazifah diwajibkan sebab dzikir (lazim) dan karena mampu melaksanakan pada waktu yang telah ditentukan.

وإن تسبب في تركها كاشتغاله بالأسباب أو مزاح حتى خرج الوقت فقد عصى أمر الشيخ وأمر المقدم وأمر النبي صلى اله عليه وسلم لأنه صاحب هذه الطريقة المشرفة به فيلزمه استدراك مثلها من غير قضاء ويثقل عليه بألف من صلاة الفاتح وبكثرة الاستغفار لينزجر إلى الجمعة في الاستغفار وعلى كل حال فما فاته لا يؤديه ما ذكره وهو أعظم مصيبة الخ اهـ الإراءة.

Meskipun begitu, jika seseorang mencari cari alasan untuk tidak melaksanakannya, seperti kesibukannya mencari rizqi atau sebab bergurau, sehingga waktu hailalah keluar, maka dia telah mendurhakai perintah syekh, muqoddam dan perintah baginda Nabi Muhammad SAW. Karena beliaulah pemilik thoriqoh yang mulia ini. Oleh karena itu dia berkewajiban melaksanakan persamaannya dengan tanpa qodlo, dan dia dianjurkan membaca seribu sholawat fatih dan memperbanyak bacaan istighfar agar dia tidak mengulangi lagi pada hari Jum'at mendatang.

Dan yang pasti, jika dzikir Hailalah telah lewat, maka tidak dapat diqodloi oleh apapun, dan ini merupakan musibah dalam thoriqoh.

Al-iroah

فليجتهد العامل والموظف وليذكر بما أمكنه

Oleh karena itu, berusahalah para pekerja dan pemilik kegiatan, untuk dzikir pada saat itu.

والرجولية من علامة رفع الهمة. والله أعلم.

Termasuk tanda tanda sifat lelaki adalah tingginya cita-cita. Wallahu a’lam.

Nama-nama barang yang dimiliki oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Nama-nama barang yang dimiliki oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Menurut riwayat, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberi nama pada benda-benda dan haiwan peliharaannya.

Kuda beliau diberi nama Luhaif atau si Peringkik, mungkin karena suka meringkik. Salah satu keledainya diberi nama Ufair atau si Cemerlang. Untanya diberi nama Adhba atau si Lincah. Demikian pula lima bilah pedang, tujuh baju zirah, tikar, gelas, tongkat dan beberapa barang yang pernah beliau miliki, diberi nama yang indah-indah.

Berikut ini beberapa nama dari benda-benda koleksi Rasulullah :

Nama gelasnya adalah ar-Rayyan

Nama mangkuknya adalah al-Gharra’

Nama tekonya adalah as-Shadir

Nama tikarnya adalah al-Kazz

Nama guntingnya adalah al-Jami‘

Nama cerminnya adalah al-Mudillah

Nama tongkatnya adalah al-Mamsyuq

Nama tongkatnya yang ujungnya besi adalah an-Namir

Nama kudanya yang berwarna hitam adalah as-Sakb

Nama kudanya yang berambut pirang adalah al-Murtajiz

Nama kudanya yang lain adalah al-Lahif, az-Zharb, dan al-Lizaz

Nama pelana-kudanya adalah adalah ar-Rajj

Nama unta (betina)-nya adalah al-Qashwa atau disebut pula al-Adhba’

Nama baghal-nya adalah Duldul

Nama keledainya adalah Ya‘fur

Nama kambing yang sering diminum susunya adalah Ghaytsah

Nama khemahnya adalah al-Kinn

Nama bendera yang dipakai untuk berperang adalah al-Uqab. Kadangkala beliau menggunakan bendera berwarna hitam, kuning, atau putih yang di dalamnya ada garis-garis hitam.

Nama pedang yang sering dipakai berperang adalah Dzul Fiqar. Gagangnya, alasnya, dan anting-pedang Dzul Fiqar dihias dengan perak. Selain Dzul Fiqar, beliau juga punya pedang-pedang lainnya.

Nama tabung panahnya adalah al-Kafur atau Dzul Jum‘

Nama busur panahnya adalah Dzus Sadad

Nama perisainya adalah al-Dzafn

Nama baju perangnya yang dilapisi tembaga adalah Dzat al-Fudhul

Nama tembok (benteng pertahanan)-nya adalah an-Nab’a’

Nama budak perempuannya adalah Khadhirah.

Dari Sahl r.a. : Nabi s.a.w mempunyai seekor kuda di kebun kami, namanya Luhaif

Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w mempunyai seekor unta yang bernama Adhba yang lincah larinya

(sumber: - Wasa’il al-Wushul ila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009), Kumpulan Hadist Bukhari