Isnin, 12 Ogos 2019

Kaedah Sembelihan Menurut Islam

Kaedah Sembelihan Menurut Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ


Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.

Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.

.

Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

.

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.”   (Surah Al-Maidah: 3)

.

Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”.  (Surah Al-Maidah: 4)

.

.

A.    Rukun Sembelihan

Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:

1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

.

.

B.    Syarat-Syarat Sembelihan

.

1) Orang yang menyembelih

a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.

.

Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya”  (Surah al-An’aam, ayat 118).

.

.

2) Binatang Yang Disembelih

a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).

.

.

3) Alat Sembelihan

a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.

.

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu: “Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.”  (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

.

Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

.

.

4) Tempat Sembelihan

Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

.

a)  Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.

Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)

.

b)  Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.

.

Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunathukumnya memutuskan 2 urat(salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

.

.


Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.

.

Keratan rentas leher binatang sembelihan.

Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.

.

.

Gambarajah dalaman leher seekor ayam.


.

.

Keadaan ketika sembelihan dijalankan

.

.

Gambarajah dalaman leher seekor lembu

.

.

Keadaan ketika sembelihan dijalankan

.

.

C.  Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. 

.

.

D.  Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

 .

.

E.  Makruh Sembelihan

Menggunakan alat yang tumpul


Menampakkan alat sembelihan kepada binatang


Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang


Tidak menyebut nama Allah


Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat


Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.


Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut.

.

.

F.  Cara Penyembelihan.

Disyaratkan penyembelihan itu:

1.  Memotong seluruh halqum(saluran nafas) dan seluruh marih(saluran makanan dan minuman).

2.  Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.

3.  Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.

4.  Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).

.

Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.”  (Surah Al-Nahl: 115)

.

.

G. Hikmah Sembelihan

1.  Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
2.  Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3.  Memastikan daging bersih dan bermutu.
4.  Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5.  Membezakan antara daging halal dan haram.
6.  Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.

.

Wallahua’lam bish showab

Sumber : shofiulqalbi

Khamis, 8 Ogos 2019

Bahagia atau celaka

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Aarif billah..seorang wali Allah dan berkata kepadanya:"Wahai tuan guru wahai sheikh..katakan kepada saya bagaimana caranya untuk saya ketahui bahawa tertulis sebagai seorang yang bahagia atau celaka"?
Maka berkatalah al-Aarif billah wali Allah tadi:"Wahai anakku...alamat yang membezakan antara seorang yang bahagia atau seorang celaka ialah selawat ke atas nabi SAW."
Lalu lihatlah pada dirimu jika kamu sentiasa berterusan menyebut selawat atas nabi SAW, ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tergolong sebagai golongan yang bahagia di dua negeri dunia juga akhirat, namun jika selawat ke atas nabi itu tidak wujud dalam dirimu maka beringatlah dan berhatilah sepenuhnya bahawa kamu akan menjadi seorang yang celaka tanpa kamu menyedarinya".
Bertanya lagi anak murid itu:"Apa dalil daripada al-Quran yang menjadi bukti kebenaran kata-kata tuan guru itu?"
Jawab tuan guru:" Dalilnya jelas pada firman Allah dalam ayat bermaksud(Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA sentiasa berselawat ke atas nabi Muhammad).Mustahil mereka yang celaka bersama bersepakat bersekongkol dengan Allah pada sesuatu perkara pun...sedangkan mereka yang bahagia bersama bersekutu bersekongkol dengan Allah dan para malaikat pada bab kebahagian yang agung iaitu berselawat ke atas nabi SAW."
"Apakah ertinya sentiasa berterusan berselawat ke atas nabi pada sisi tuan guru?"Tanya si pemuda lagi.Jawab tuan guru:" Bahawa kamu sentiasa menyebut berulangkali menyebut selawat ke atas nabi pada setiap malammu.Namun begitu ada perbezaannya di antara orang bahagia dengan orang paling bahagia..Adapun ORANG YANG BAHAGIA itu ialah orang yang sentiasa menjadikan setiap harinya tidak sunyi dan terlepas daripada berselawat ke atas nabi...sedangkan ORANG YANG LEBIH BAHAGIA itu ialah orang di mana selawat ke atas nabi itu sudah sebati dalam dirinya menjadi makanan minumannya..menjadi fikirannya..menjadi keutamaannya..menjadi nafas yang dihembusnya.....""

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي الى صراطك المستقيم وعلى اله حق قدره ومقداره العظيم

Cpf

Rabu, 7 Ogos 2019

Banyakkan Berselawat

Ummat islam kena memperbanyakan berselawat keatas Sayidina Nabi SAW. Akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang lahir dari musuh2 islam. Anak2 juga perlu diperintahkan utk berselawat sebanyak2nya. Sebelum sampainya masa Dajjal berkunjung tiba, tentera2nya terlebih dahulu akan menjalankan misi2 membuat jalan penaklukan. Fitnah yang datang begitu hebat akhir2 ini memberi petanda awal hati2 orang tergelincir kedalam fitnah ini hatinya akan mati.

Selawat adalah zikir yang akan menghidupkan hati2 yang mati. Memperbanyakan Selawat akan membuka pintu hati dan menyelamatkan hati dari terus mati. Tidakkah khusyuk dalam solat itu merupakan perkara yang akan diangkat dari ummat akhir zaman? Terangkatnya khusyuk kerana hati yang mati.

Dalam keadaan kehidupan yang gawat dengan fitnah ini, memperbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW akan menjadi benteng hati dan keimanan. Usah hairan kenapa Qaseedah (puji2an keatas Sayidina Nabi SAW dengan berselawat) menjadi riadah kebanyakan ulama2, kerana inilah cara untuk menghidupkan kembali hati2 yang sentiasa dipanah oleh racun2 fitnah tentera2 Dajjal.

Selawat akan menjadi pembimbing bagi hati dan diri disamping menyinarkan nurani. Ianya merawat dan membersihkan hati. Bagi mereka yang tidak berkesempatan mencari guru kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, berselawatlah sebanyak yang mungkin jika berkesempatan, kerana hidup memerlukan guru utk hidup. Fitnah yang datang bagi orang yang tidak mempunyi guru terlebih besar, kerana diri diri seumpam Domba yang terpisah dari kumpulannya, hanya menanti masa untuk dilahap oleh Sang Serigala.

Perintahkanlah anak2 utk memperbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW kerana kasihan, anak2 ini terpaksa mengharungi detik2 yang lebih mencabar dan kritikal pada masa akan datang. Jika sekarang pun ummat islam telah berpecah belah dan lemah akibat panahan fitnah musuh2 islam dan tentera Dajjal; apatah lagi pada masa akan datang yang mana Dajjal akan datang dan pada ketika itu, tak dpt tidak manusia kebanyakannya akan tergelincir memasuki wilayah Dajjal.

Akhir zaman, hanya golongan yang memperbanyakan selawat sahaja yang akan mampu utk bersatu dan tidak berpecah belah, dan mereka berkumpul bersama dalam jemaah membentuk kekuatan utk keselamatan dan kesejahteraan.

Dan yang masih lalai utk memperbanyakan Selawat, maka mereka seumpama kelkatu yang berterbangan mencari cahaya api, membenamkan diri kedalam jurang bahaya api (fitnah).

Ketahuilah perintah Allah Taala dalam Al Quran bagi memperbanyakan Selawat secara khusus utk ummat akhir zaman dengan persaksian keimanan mereka, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat keatas Nabi (Sayidina Muhammad SAW), wahai ORANG2 BERIMAN...). Dan nyatalah salah satu sifat bagi org2 yang beriman itu dalam memberbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW. Kerana pada memperbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW itu terkandung pelbagai rahsia2 utk orang yang beriman.

Akhir zaman dan Dajjal tidak akan dapat dipisahkan. Persiapkan ahli keluarga utk berhadapan dengan zaman ini seharusnya diambil berat. Ummat islam seharusnya mencari guru yang mursyid bagi keselamatan, dan sekiranya tidak mampu, maka perbanyakanlah berselawat.

Akhir zaman, dunia ini adalah syurga bagi Dajjal dan neraka bagi orang yang beriman. Bunga2 keadaan ini telah pun jelas kelihatan. Bagi sesiapa yang memilih islam sebagai jalan pegangan kehidupan, maka bagi dirinya satu ujian yang berat, penuh dengan kutukan, cacian, makian, carutan, ugutan, siksaan, kezaliman, bahkan pembunuhan. Bagi sesiapa yang memilih syurga Dajjal utk hidup, maka hidupnya penuh keseronokan, pujian, sanjungan, kemewahan, kekayaan.

Sesiapa yang memilih jalan keselamatan yakni islam, carilah guru yang mursyid dan awliya lillah, serahkan diri utk dibimbing, dan berserah dirilah kepada Allah. Sesungguhnya guru yang mursyid akan menguruskan kehidupan.

Sesiapa yang tidak berkeupayaan mencari guru yang mursyid, pilihlah jalan utk memperbanyakan selawat, kerana syurga Dajjal sentiasa dihiasi anak anak panah fitnah yang merosakan dan membinasakan, dan jadilah pemerhati yang tidak redha atas keburukan yang berlaku, itu lebih baik daripada terlibat membantu tentera Dajjal dalam membuat kerosakan.

Wallahu a'lam.

Selawat al Fateh - bagi mereka yang ingin mengamalkan membacanya. Mudah2an ahli keluarga kita dan zuriat2 kita akan sentiasa dipelihara oleh Allah Taala.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Via Sidi Nazrul

Isnin, 5 Ogos 2019

KEMULIAAN SYUKUR

#FAIDLOH #TIJANIYAH

KEMULIAAN SYUKUR

*بِسٔمِ اللّٰهِ الرَّحٔمٰنِ الرَّحِئمِ ،الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩*

"... و كل وعد في كلام الله تجده مقرونا بالمشيئة إلا الشكر ، فقال تعالى ( لئن شكرتم لازيدنكم ) . و اكّده بلام القسم و نون التوكيد . و يقول لنا عندما يتلو الآية : هذه اللام هنا للقسم ؟ كانه يستفهمنا . فنقول له : نعم . و يقول : انظر كيف قدّم الله الشكر على الإيمان إعتناءا بشانه . فقال ( ما يفعل الله بعذابكم إن شكرتم و آمنتم ) "

Al Qutb Al Maktum Sayyiduna As Syekh Ahmad bin Muhammad At Tijany rodliyallahu 'anhu berkata :

Setiap janji dalam kitab Allah swt, engkau akan menemukannya dibarengi dengan kata masyiah(jika Allah swt menghendaki) kecuali syukur. Allah swt telah berfirman :

لئنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيْدَنّكُمْ...

Dalam ayat ini Allah swt memperkuat dan mempertegasnya dengan lam qosm(sumpah) dan nun taukid.
=============================
Syekh Ahmad At Tijany rodliyallahu 'anhu berkata pada kami ketika beliau membaca ayat ini : Lam disini ini adalah lam qosm? Seakan-akan beliau bertanya pada kami. Kami lalu menjawab : Ya.
Beliau berkata : Perhatikan baik-baik bagaimana Allah swt mendahulukan kata syukur atas kata iman sebagai bentuk perhatian-NYA pada syukur. Allah swt berfirman :

مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآمَنْتُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا

Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.

-Surat An-Nisa', Ayat 147

Sumber :
*(KITAB JAWAHIRUL MA'ANI)*

*الله يقبل علينا وعليكم بمحض فضله ورضاه*
=============================

#AchmadSomadyAroby
#Jatibarangbrebes #senin040819 #05dzulhijjah40 #264

FAIDLOH TIJANIYAH

Ahad, 4 Ogos 2019

مُختصر أوراد السادة التجانية

✳❇✳ مُختصر أوراد السادة التجانية ❇✳❇

...   ✳ وأما كيفيّتُه

فبعد الإتيان بالنيّة ، يقول الذّاكر مُسْمِعًا نفسه فقط ( ولا بد من إسماع النفس ولا يجزئ إمراره على القلب من غير تحريك لسان )

* أَعُوذُ بِاللهِ مَنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين     آمِين

* أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم  " ومَا تُقَدِّمُوا لأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ  تَجِدُوهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرَا وأَعْظَمَ أَجْرًا واسْتَغْفِرُوا الله " لَبَيَّكَ اللَّهُمَّ رَبِّي وَسَعْدَيْكَ والخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ وهَا أَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيفُ الذَّلِيلُ الحَقِيرُ قَائِمٌ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ أَقُولُ مُسْتَعِينًا بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ إمْتِثَالاً لِأَمْرِكَ و تَعْظِيمًا
أستغفرُ اللهَ ................................. 100 مرة

* سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَةِ عَمَّا يَصِفُونَ وسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِينَ و الحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ

* أعوذ بالله من الشَّيطان الرّجيم " إنَّ الله ومَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَبِيِّ يَا أَيُّهَا الذِّينَ  آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا " لَبَيَّكَ اللَّهُمَّ رَبِّي وَسَعْدَيْكَ والخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ وهَا أَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيفُ الذَّلِيلُ الحَقِيرُ قَاِئمٌ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ أَقُولُ مُسْتَعِينًا بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ إمْتِثَالاً لِأَمْرِكَ و تَعْظِيمًا وإجْلَالًا لَكَ ولِرَسُولِكَ صَلَّي الله عَلَيْهِ و سَلَّمَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحمّدٍن الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ والخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ          العَظِيمِ .......................................100 مرّة

* سُبْحَانَ ربِّك ربِّ العِزَّةِ عمَّا يَصِفُون وسَلامٌ على المُرْسَلِين والحمْدُ لله ربِّ العَالَمِين

* أَعُوذُ بِالله مِنْ الشَّيْطانِ الرَّجِيم " فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ واشْكُرُوا لِي ولاَ تَكْفُرُونَ " لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ رَبِّي وسَعْدَيْكَ والخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ وهَا أَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيفُ الذَّلِيلُ الحَقِيرُ قَائِمٌ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ أَقُولُ مُسْتَعِينًا بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ مُخْلِصًا لَكَ مِنْ قَلْبِي بِمَا أَلْهَمْتَنِي إلَيْهِ بِسَابِقِ فَضْلِكَ ومِنَّتِكَ ذَاكِرًا لَكَ إمْتِثَالاً لِأَمْرِكَ وتَعْظِيمَا وإجْلاَلاً لَكَ                                                  
لآ إلَهَ إلَّا الله .....................................100 مرة
سيِّدِنَا مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله عَلَيْهِ سَلاَمُ الله

* إِنَّ الله ومَلاَئِكَتُهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَبِيّ يَا أَيُّهَا الذِّينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ، صَلَّى الله عَلَيْهِ وعَلَى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلَّمَ تَسْلِيمًا

* سُبْحَانَ ربِّك ربِّ العِزَّةِ عمَّا يَصِفُون وسَلامٌ على المُرْسَلِين والحمْدُ لله ربِّ العَالَمِين

وبعد ذلك رَفعُ اليديْنِ والدُّعاء ثمّ

* أَعُوذُ بِاللهِ مَنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين ، آمِين

* اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحمّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ والخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ و مِقْدَارِهِ العَظِيمِ

* سُبْحَانَ ربِّك ربِّ العِزَّةِ عمَّا يَصِفُون وسَلامٌ على المُرْسَلِين والحمْدُ لله ربِّ العَالَمِين

....... يليه .......

Sabtu, 3 Ogos 2019

Hamba

                   بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حَقّ قَدْرِهِ و مِقْدَارِهِ العَظِيم

Ayah bgtau pd saya..apakah kau tau martabat apakah yg paling Allah suka dikalangan manusia..sy jwb mereka yg patuh akan perintah allah..ayah x kata salah tp ayah bgtau manusia yg sedar dia tu makhluk dan hamba..

Ciri - ciri Hamba yang sebenarnya adalah

1) *FAKIR* - Maksudnya kita ni sentiasa berhajat kpda Allah xkira kita senang atau susah
2) *DAIF* - Maksudnya kita tidak punyai apa2 yg boleh dibanggakan kerana semuanya dtg dr   Allah
3) *JAHIL* - Maksudnya tidak tahu apa2 jika Allah tidak kurniakan ilmu pengetahuan pada kita
4) *HINA* - Maksudnya kita datang dr setitis air mani yg hina kerana jika ia terkena pada kain seseorang, pasti seseorng itu dicemuh dan dihina oleh org lain.

Tahap tinggi hamba adalah hamba yg sabar..

Tahap sngt tinggi adalah hamba yg redha...

Dan tahap tertinggi martabat hamba adalah hamba yg bersyukur.

Ini mafhum dr hadis baginda apabila ditanya oleh saidatina Aisyah knp Arrasul syolat mlm hingga bengkak kaki..

Rasulullah besabda: ‘Wahai Aisyah, bukankah semestinya aku menjadi hamba yang bersyukur?’” (HR. Bukhari no. 1130, Muslim no. 2820).

Allahuaklam.

#Cnp Tuan Guru Haji Sabri al ikhwan

Khamis, 1 Ogos 2019

Petua Sembelih Binatang

1. Supaya daging tidak berlemak

Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan
 

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a.       Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b.      Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c.       Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

 

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍعَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ 

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

 

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

 

# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras

 

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh