Isnin, 25 November 2019

BUKANLAH ZUHUD ITU MENINGGALKAN DUNIA

Kalam Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala:-

Orang yang inginkan zuhud itu sebenarnya takut akan dunia. Dirinya masih berhajat kepada iradat diri dan tadbir diri.

Pencerahannya amat jelas sekali. Org yg sempurna tdk takut selain Allah. Bagaimana orang yg sempurna takut kpd dunia dan meninggalkan dunia? Apabila berhajat seseorang kepada zuhud, maka dirinya sebenarnya berpaling drpd iradat Allah dan tadbir Allah yang ingin menyempurnakan nikmatNya kepada hambaNya. Dia berpaling kepada iradat dan tadbir dirinya sendiri. Sedangkan iradat Allah itu lebih aula dan disukai oleh orang yang sempurna, melebihi iradat dirinya. Sedangkan diri yg memilih zuhud, merasakan dirinya layak dan berhak atas maqam zuhud, maka itulah racun pd ketaatannya. Dan merasakan diri itu layak dan berhak adalah sifat ketuhanan, bukan sifat kehambaan.

Beliau menyatakan, orang yang sempurna kehambaan itu sama sahaja pada apa jua sahaja keadaan, kerana dirinya sentiasa diserahkan dlm tadbir dan iradat Allah. Diberi kekayaan dia taslim, diberi kesusahan dia taslim. Dirinya sentiasa taslim. Dirinya mati disisi Allah, tidak ada tadbir diri melainkan tadbir Allah.

Oleh itu beliau menyatakan bahawa zuhud itu taslim pada iradat dan tadbir Allah. Bukanlah zuhud itu menjauhi dunia kerana dunia itu syariat. Sedangkan pada diri orang yang sempurna itu sentiasa menzahirkan syariat. Orang yg tidak menzahirkan syariat itu menurut beliau adalah orang yang merosakan syariat kerana mengurangkan agama. Orang yg sempurna perhambaannya menzahirkan syariat. 

Menurut beliau, para sahabat itu menyimpan sifat ketuhanan didlm hati dan menzahirkan sifat kehambaan dlm menyempurnakan syariat. 

Mudah2an Allah SWT akan sentiasa merahmati dan memberkati Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasihNya yg terpuji, Sheikh Ahmad at Tijani r.a dan Sayidul Wujud Sayidina Rasulillahi SAW. Aamiinnn....

Jalan Selawat

Jalan menuju Allah ada 2, pertama dengan tauhid atau berzikir. Kedua dengan berselawat. Dengan berzikir akan sampai tetapi lambat, manakala dengan berselawat akan sampai cepat dan tepat kerana Rasulullah SAW adalah pintu untuk menuju Allah SWT. 

Semua zikir jika riya' ditolak, sementara selawat diterima.

Rabu, 20 November 2019

FADHILAT MEMAKAI CINCIN DAN TATACARANYA

# hadiah yg sangat berharga kepada ikhwan dan para muhibbin #

بسم الله الرحمان الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

inilah mukhtasar sunah memakai cincin,mustahabat dan pendapat2 ulama dalam perbicaraan ini,dipernamakan dengan :
" قول الجازم في أحكام الخاتم "
huraian lengkap pada menyatakan hukum memakai cincin

1-pada menyatakan tempat dipakai akan cincin tersebut
2-timbangan berat
3-batu cincin
4-bilangan cincin yg dipakai(hukum)

-pertama:
tempat yg dipakai akan cincin
ulama telah berselisih pendapat pada jari manakah dipakai akan cincin...,
adakah pada tangan kanan atau tangan kiri???

-kebanyakan jumhur ulama dan ahli2 mazhab telah menetapkan bahawa pemakaian cincin pada tangan kiri adalah terlebih afdhal dan utama..
itulah pendapat yg diguna pakai oleh pimpinan mazhab maliki,hanafi dan hambali

-disebut didalam hasyiah Al-Adawi Ala kifayat Tolib :
pilihan disisi jumhur ulama,disunatkan memakai cincin disebelah kanan,dan imam malik memakai akan cincin ditangan kirinya

-dan berkata imam Abi Walid AlBaaji seperti mana disebut dalam kitab muntaqa (syarah kitab muwatta'):
ahli sunnah telah ijmak bahawa :
"-sunat memakai cincin disebelah kiri(itulah pendapat imam Malik)
-dan makruh memakai cincin disebelah kanan
hanyasanya tangan kanan digunakan untuk makan,minum dan kerja..,
bagaimana seseorang itu memulakan pekerjaan pakai akan cincin dengan menggunakan tangan kirinya
kemudian memakaikannya di tangan kanannya "
-berkata imam darqutni dan lainnya daripada ahli hadis :

 " المحفوظ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتختم في يساره "

"bahawasanya Nabi SAW memakai cincin disebelah tangan kirinya"

-mereka berdalilkan dengan dalil2 hadis dan perbuatan sahabat
antaranya :

* أن أنس رضي الله عنه قَالَ كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى 
رواه مسلم

ertinya :
bahawasanya sayidina anas RA berkata :
adalah cincin Rasulullah saw  dijari ini..,
yaitu beliau mengisyaratkan dijari anak jari tangan kirinya

* dalil perbuatan kebanyakan para sahabat,dan dinakalkan oleh ibnu abi syaibah dalam kitab musannif mengikut sanad2nya melalui sayidi Abu Bakar,Umar,Usman,Alhasan, Alhusain,lbnu Umar,Alqasim,Salim dan lain2nya daripada kalangan ulama salaf..
bahawasanya mereka semua memakai akan cincin disebelah tangan kiri mereka

-adapun ulama2 dan sebahagian ulama syafie memilih pakai cincin disebelah tangan kanan berdasarkan dalil mereka sendiri ..
tetapi mereka juga me-naskan seperti kebanyakan jumhur ulama(memakai di tangan kiri)
kerana menyanggahi dan menyalahi akan kumpulan syiah rafidah (laknatullah alaihim) yg memakai cincin ditangan kanan mereka
*moga Allah menghancurkan akan mereka..

-dan sudah menjadi makluman pd kita semua..
bahawa menyalahi ahli bidaah dr setiap segi adalah sangat dituntut akannya 
lebih2 lagi pada ketika zaman fitnah yg berleluasa

moga dijauhkan drpd mereka dan daripada kejahatan mereka

-kedua :
timbangan berat cincin
 
disebut dalam kitab sunan Abi Daud,yg diriwayatkan drpd Abdullah bin Baridah drpd ayahnya :
أن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وعليه خاتم من شبه فقال له ما لي أجد منك ريح الأصنام فطرحه ثم جاء وعليه خاتم من حديد فقال ما لي أرى عليك حلية أهل النار فطرحه فقال يا رسول الله من أي شيء أتخذه قال اتخذه من ورق ولا تتمه مثقالا

bahawasanya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw,dan lelaki tersebut memakai cincin tembaga..
lalu Rasulullah saw berkata kepadanya :
Aku mendapati daripada diri kamu bauan berhala..
lalu lelaki tersebut membuang cincin tembaga tersebut..
kemudian lelaki tadi datang dan memakai cincin daripada besi..
lalu Rasulullah saw berkata :
aku mendapati kamu dengan pakaian ahli neraka
lalu lelaki tersebut membuang cincin besi tersebut 
maka ia bertanya pd Rasulullah saw :
daripada jenis apakah cincin yg boleh aku pakai akannya ???
Rasulullah saw menjawab :
pakailah cincin drpd perak dan timbangannya tidak sampai satu misqal

para fuqaha berselisih pendapat timbangan yg diharuskan bagi cincin yg dipakai oleh seorang lelaki..
-pendapat mazhab hanafi mengatakan tidaklah cincit itu melebihi 1 misqal
-mazhab maliki mengatakan harus lelaki memakai cincin perak jikalau berat timbangannya 2 dirham atau kurang,dan jika melebihi drpd 2 dirham,hukumnya haram
(1 dirham bersamaan 2.975 gram)
dan mazhab syafie tidak menetapkan secara terperinci timbangan berat cincin yg diharuskan..
dan disisi mazhab hanbali:
tidak mengapa jikalau timbangannya 1 misqal atau lebih
kerana tiada dalil khas yg menetapkan kadar timbangan berat cincin tesebut,selama mana tidak terkeluar drpd adat kebiasaan setempat
dan jikalau tidak,hukumnya haram..
dan yg terlebih warak..
hendaklah seseorang memegang kepada zohir hadis yg menetapkan tidak melebihi 1 misqal perak..
-kerana hukum asal pada emas dan perak  adalah haram kpd lelaki..
melainkan apa yg dibenarkan oleh syarak

# dan sudah menjadi makluman kpd kita bahawa pegangan mazhab adalah tiada keluasan dlm suatu perkara yg rukhsah,kerana ia menyalahi yg asal.. 

yg ketiga :
batu cincin

ahli feqah telah berpendapat bahawa harus batu cincinnya drpd bahan perak yg sama

diriwayatkan drpd anas RA pd menyatakan sifat batu cincin Nabi SAW 

 " كَانَ خَاتَمُهُ مِنْ فِضَّةٍ وَكَانَ فَصُّهُ مِنْهُ "
أخرجهُ البخاري
adalah cincin nabi SAW drpd perak dan batu cincinnya juga drpd perak..
*itulah cincin yg terukir 
محمد - رسول - الله
dan disebut didalam beberapa hadis pada menyatakan kelebihan dan khasiat2 sebahagian batu2 yg bermanfaat,dan yg terlebih utama dan bernilai adalah batu akik delima merah... 

- imam tabrani telah takhrij akan sebuah hadis didalam kitab ausat,
yg diriwayatkan drpd sayidah fatimah RA ,bahawasanya beliau meriwayatkan drpd Rasulullah saw bahawa Rasulullah saw bersabda :

" مَنْ تَخَتَّمَ بِالْعَقِيقِ لَمْ يَزَلْ يَرَى خَيْرًا " 

barangsiapa yg memakai cincin akik,sentiasalah ia melihat kebaikan

dan diriwayatkan juga drpd sayidah fatimah RA 
 " تختموا بالعقيق فإنه ينفي الفقر "
pakailah cincin akik,kerana ia menghalang kefaqiran..

-dan juga telah disebut dlm akhbar..
bahawasanya Allah swt menyukai tapak tangan yg diangkat ketika berdoa,yang ada padanya batu akik..
*boleh jadi,jika mengikut jalan ini,dan apa yg disebut bahawa nabi SAW,apabila hendak berdoa ,baginda akan mengalihkan batu cincin ke perut tapak tangan 

- diriwayatkan drpd sayidina Ali RA bahawasanya batu fairuz memberi pemeliharaan kepada kuku

keempat :
bilangan cincin yg diharuskan 
-hukum disisi mazhab maliki :
tidak diharuskan lelaki memakai lebih daripada satu cincin,jikalau masih kurang timbangan berat cincin yg diharuskan pd syarak..
itulah pendapat yg diamalkan oleh orang bijak pandai

-berkata alkharsyi didalam hasyiahnya:

وَلَا يَجُوزُ تَعَدُّدُ الْخَاتَمِ وَلَوْ كَانَ وَزْنُ جَمِيعِ الْمُتَعَدِّدِ دِرْهَمَيْنِ
tidak harus berbilang cincin,jikalau timbangan semua cincin yg dipakai itu sekadar 2 dirham
- dan yg muktamad disisi mazhab syafie :
harus berbilang cincin yg dipakai,selama mana ia tidak dikira melampau
- dan disisi mazhab hanbali,disebut didalam kitab muktabar mereka,
jikalau seseorang itu memakai beberapa cincin atau manatiq (sejenis alat yg mengikat perut)dan lainnya ...
maka yg terlebih jelas hukumnya adalah harus
 
 وصل الله وسلم على سيدنا محمد النبي الخاتم وعلى آله الأفاضل الأكارم

*dikumpul dan disusun oleh Syarif Ahmad Alhadi Attunisi Attijany RA...
moga beliau diberi keampunan di dunia dan akhirat dengan keberkatan sayidina Hasan dan Husain...
# ditulis dipulau langkawi pd 29 rabiul awal 1437 ...

Ahad, 10 November 2019

KETINGGIAN DAN KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

#BULAN MAULID RASUL
#MAKHLUK PALING AGUNG
#KETINGGIAN DAN KEMULIAAN NABI MUHAMMAD SAW

محمد بشر لا كالبشر* بل الياقوت بين 
الحجر

Bermaksud:

“Muhammad itu seorang manusia tidak seperti sekelian manusia
Bahkan Baginda adalah permata delima Di antara batu-batu biasa”

Kelebihan Nabi Muhammad s.a.w bermula sejak di alam ruh lagi dimana baginda sudah bergelar seorang nabi seterusnya dalam kandungan, selepas kelahiran, di zaman kanak-kanak dan di alam dewasa sehingga baginda dilantik sebagai Rasul akhir zaman, bahkan kelebihannya mengatasi para malaikat dan para rasulNya yang lain. Maka bagaimanakah mungkin disamakan baginda dengan manusia biasa?

Di Alam Ruh

Nabi Muhammad s.a.w ketika di alam ruh dipanggil ‘Nur’ dimana Allah Taala telah pun memberi pangkat kenabian kepadanya.Perlantikan baginda sebagai nabi di alam ruh adalah termasuk di antara sifat-sifat keistimewaan (خصوصيات) yang dikhususkan kepada Nabi akhir zaman ini.Daripada Nur inilah, dijadikan perkara-perkara lain dan dengannya, Allah Taala mengikat perjanjian dengan para nabi yang lain.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنْ الشَّاهِدِينَ * آل عمران (81)

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

قال على: ” لم يبعث الله نبيا من آدم فمن بعده الا أخذ عليه العهد في محمد صلى الله عليه وسلم لئن بعث وهو حي ليؤمنن به ولينصرنه ويأخذ العهد بذلك على قومه.”

Ertinya: Saidina Ali Abi Talib berkata: “Tidak pernah sebelum ini, Allah Taala mengutuskan nabi semenjak daripada Adam dan para nabi selepasnya melainkan Allah Taala mengikat perjanjian keatas mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w iaitu jika ia dibangkitkan semasa hidup maka hendaklah kamu beriman dengannya serta membantunya.Allah juga akan mengikat perjanjian tersebut keatas umatnya.”

عبدالرزاق عن معمر عن ابن المنكدرعن جابر قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أول شيء خلقه الله تعالى؟ فقال : هو نور نبيك يا جابر! خلقه الله ثم خلق فيه كل خير و خلق بعده كل شيء….”

Ertinya: Abdul Razzak meriwayatkan daripada Mua’ammar daripada Ibnu Munkadir seterusnya daripada Jabir berkata:” Aku bertanya kepada Rasululallah S.A.W tentang seawal-awal sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala? Baginda menjawab: “Iaitu Nur nabi engkau wahai Jabir! Allah Taala telah menjadikannya kemudian menjadikan padanya segala kebaikan dan menjadikan selepas itu setiap sesuatu……..”

عن ابن عباس ان قريشا كانت نورا بين يدي الله تعالى قبل أن يخلق آدم بألفى عام و يسبح ذلك النور و تسبح الملائكة بتسبيحه فلما خلق الله آدم ألقى ذلك النور فى صلبه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فأهبطنى الله الى الأرض فى صلب أدم
وجعلني فى صلب نوح وقذف بى فى صلب ابراهيم ثم لم يزل الله تعالى ينقلني من الأصلاب الكريمة والأرحام الطاهرة حتى أخرجنى من بين أبوي لم يلتقا على سفاح قط.”

Ertinya: Daripada Ibnu Abbas: ” Sesungguhnya bangsa Quraish adalah ia satu nur di sisi Allah Taala sebelum Dia menjadikan Adam di antara jarak dua ribu tahun. Nur tersebut bertasbih memuji Allah dan para malaikat bertasbih dengan sebab tasbihnya itu. Setelah Allah mencipta Adam, Dia melontarkan nur itu ke dalam sulbinya, maka Rasulullah S.A.W bersabda: Allah menurunkan daku ke muka bumi kepada sulbi Adam dan Dia menjadikan daku ke dalam sulbi Nuh seterusnya melontarkan daku ke sulbi Ibrahim. Kemudian sentiasalah Allah Taala memindahkan daku daripada sulbi-sulbi orang yang mulia dan rahim-rahim perempuan yang suci sehinggakan Dia mengeluarkan daku daripada keturunan kedua ibubapaku yang terpelihara daripada zina.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى وَجَبَتْ لَكَ النُّبُوَّةُ قَالَ وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ قَالَ أَبو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ…..

Ertinya: Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: ” Nabi S.A.W pernah ditanya: Bilakah ditetapkan bagi engkau pangkat kenabian? Baginda menjawab: Ditetapkan bagi ku kenabian antara diciptakan Adam dan ditiupkan ruh padanya.” Imam Turmizi menyatakan:” Hadis ini Hadis Hasan-Sahih yang Gharib…..”

Isnin, 4 November 2019

KETIKA PINTU DZIKIR TERTUTUP, PINTU SHOLAWAT SLALU TERBUKA SAMPAI KIAMAT

KETIKA PINTU DZIKIR TERTUTUP, PINTU SHOLAWAT SLALU TERBUKA SAMPAI KIAMAT
================================
Al ‘Allamah Assyekh Sidi Ahmad Sukairij At Tijany rodliyallahu 'anhu menyebutkan dalam kitabnya "NAILUL AMANI" :

Dikatakan : Sir ada dalam dzikir. Ini adalah madzhabnya kaum 'arifin yang ahli asror. Sehingga Sidi Assyekh Ahmad Zarruq berkata :

والله ما وجدنا الأسرار إلا في الأذكار 

Demi Allah kami tidak menemukan asror kecuali dalam dzikir.

Sebagian kaum arifin yang telah mencapai derajat kamilin menyebutkan bahwa pintu-pintu asma Allah yang khos telah tertutup, maka tidak seorangpun yang bisa menjadikan asma Allah tersebut sebagai wasilah untuk memenuhi hajatnya sama sekali kecuali dua pintu yang belum tertutup.

Pertama adalah : pintu ALLATHIF (berdzikir dengan asma Allah ALLATHIF). 

Kedua adalah : pintu SHOLAWAT ATAS NABI SAW. Pintu ini alhamdulillah masih terbuka sampai hari kiamat.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ۞ ﺍﻟﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ۞ ﻭَﺍﻟﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ ۞ ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟﺤَﻖِّ ۞ ﻭَﺍﻟﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢِ ۞ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴﻢِ ۩

Oleh karena itulah asas thoriqoh Sayyiduna Assyekh Ahmad At Tijany  rodliyallahu 'anhu adalah memperbanyak sholawat dan menggunakannya untuk meraih segala hajat...

*الله يقبل علينا وعليكم بمحض فضله ورضاه*

Selasa, 15 Oktober 2019

Pengajian Hikam

Pengajian Hikam

Dalam diri kita mmg dah ada benih cahaya kehambaan cuma kena usaha utk keluarkan benih itu, umpama pokok, nak besar mesti keluar drpd benih, kena tanam dan baja bagi subur.

Kena berusaha gerakkan zauq rabbani, keluar drpd sifat keburukan manusiawi. Fana (keluar dari keakuan diri) shj tak cukup, itu tgh jalan shj.

Kita umpama org kg, bolehkah terus ke istana raja? Tak boleh, mesti melalui perantara, perantara akan maklumkan adab2 itulah suluk, perantara itulah aulia Allah. Kurniaan Allah memilih hamba2Nya yang mulia untuk tarik manusia ke jalanNya.

Orang yang nak pergi ke hadrat Allah dengan amalannya yang penuh dgn kelalaian spt org kg yg nak bawa ayam kampung yg penuh kekotoran kpd Sultan, dia menyangka Sultan akan seronok sangat dengan ayam kampung ni, sedangkan dalam istana penuh dgn ayam yg cantik2 yg dia tak pernah lihat, tak berhajat kepada ayam kampung kamu, jadi Allah letak raja2 di dunia utk ajar kita adab2 hadrat yang mulia

#Hikam
#Sayyidi
6.10.19

Sabtu, 12 Oktober 2019

Kalam Syeikh Tijani Radhiallahu Anhu

Berkata syeikh Tijani RA :
ماعندنا إلا فضل الله وشفاعة رسول الله صلى الله عليه وسلم
Tidaklah ada di sisi kami melainkan fadhlul ilahi dan syafaat mulia Nabi SAW

BERSUHBAH KERANA ALLAH

Berkata Syeikh Tijani  وأرضاه وعنّا به :

‎" وأمّا ما يَقْطَعُه يعني المُريد عن أُستاذِه فأُمورٌ منها الأغْراضُ سواءٌ كانت دُنْيوِيَّة أو أخْرَوِيَّةً وذلك أنّ الشّيخَ لا يُصْحبُ ولا يُعْرفُ إلاّ لله عزّوجلّ لا لِشيْءٍ سِواه فإنّ الربّ سبحانه وتعالى يُعْبدُ لا لغَرَضٍ بل لِكوْنهِ إلهًا يسْتَحِقُّ الأُلوهِيَّة والعِبادة لذاتِه لما هو عليه مِنْ مَحَامِدِ الصّفات العلِيَّةِ والأسْماءِ البَهِيَّةِ وهذه هي العِبادة العُلْيا وكذلك الشّيْخ يُصْحبُ لا لِغَرَضٍ بل لِتَجْلِبَهُ مُوالاَتُهُ إلى وِلاَيةِ الله تعالى "

Ertinya :
Adapun perkara yang memutuskan seorang murid itu daripada gurunya,antaranya ialah bersuhbah  :
• kerana suatu  tujuan tertentu,sama ada tujuan dunia ataupun akhirat,
Kerana sebab itulah..,
• seseorang syeikh itu tidaklah didampingi dan dikenali akannya  melainkan kerana Allah SWT bukanlah atas sesuatu tujuan yang selainNya,
kerana itulah Allah SWT disembah akanNya :

• bukan atas tujuan tertentu,bahkan kerana dirinya itu adalah tuhan yang layak baginya segala sifat ketuhanan..

• dan juga sebagai pusat utama perhambaan seorang hamba Allah SWT kepada Zatnya yang maha mulia..
• Kerana Allah SWT memiliki segala sifat yang terpuji yang  mulia dan mempuyai nama nama yang sangat indah…
Itulah  tahap perhambaan yang tinggi  kepada pencipta….
Begitu juga bagi seorang syeikh,didampingi akannya bukan atas tujuan tertentu, bahkan kerana syeikh itu boleh membawanya  kedalam wilayah Allah SWT

Keutamaan dan Keramat Syekh Ahmad at-Tijany ra sangat banyak dan dapat disimpulkan menjadi 2 bagian, keramat Ma’nawy dan keramat Hissy.

Keramat  Ma’nawy, antara lain :

1. Beliau sangat perhatian dan patuh terhadap ajaran syariat, sehingga dalam segala hal betul-betul taqlid mengikuti Rasulullah SAW, bahkan syekh Ahmad pernah berkata : “Barangsiapa yang mendengar perkataan dariku, sesuaikanlah dengan timbangan Syariat, jika cocok amalkanlah, dan jika tidak cocok, tinggalkanlah”. Selain itu syekh Ahmad pun pernah berkata : “Ketinggian pangkat seorang wali bukan dilihat dari banyaknya keramat, tapi dapat dinilai dari sejauh mana ia mampu meneladani nabinya”.

2. Syekh Ahmad ra selalu bersama Rasulullah SAW dalam keadaan sadar dan tidak pernah terpisah walau sekejap matapun, bahkan dalam segala hal beliau selalu mendapat bimbingan langsung dari Rasulullah SAW.

3. Barangsiapa bertemu atau bermimpi melihat Syeikh Ahmad at-Tijany pada hari senin atau jum’at, dijamin akan masuk surga tanpa hisab dan tanpa siksa.

4. Syeikh Ahmad at-Tijany ra diberikan keistimewaan oleh Allah dapat berdzikir, menemui tamu, mengajar dan menulis surat dalam waktu bersamaan.

5. Syeikh Ahmad at-Tijany ra menguasai semua ilmu agama, sehingga ia mampu menjawab dan membahas semua permasalahan yang diajukan kepadanya dengan mudah dan memuaskan. Seolah-olah beliau melihat ada papan jawaban di hadapannya.

6. Syeikh Ahmad at-Tijany ra telah dipilih oleh Allah SWT sebagai pemegang mahkota kewalian tertinggi yaitu al- Khatmul Aulia’ Muhammadiyah, sebagaimana Rasulullah SAW adalah al-Khatmul Anbiya’. Dari beliaulah semua para wali mendapatkan masyrob kewalian, baik mereka mengetahuinya atau tidak, seperti halnya para nabi terdahulu, mereka mendapatkan masyrob kenabian dari Rasulullah SAW selaku Khotmul Anbiya’.

7. Beliau diberi tahu “Ismul A’dzom”. Dan masih banyak lagi keramat beliau yang tidak disebutkan dalam buku ini.

Adapun Keramat Hissiy antara lain adalah :

1. Ketika beliau dilantik oleh Rasulullah SAW menjadi “Waliyyul Quthbaniyatul ‘Udzma”, pada bulan Muharram tahun 1200 H.. saat itu beliau berada dikota Fez Maroko, sedangkan pelaksanaan pelantikannya di jabal Rahmah Padang Arafah. Jarak yang sangat jauh bukan masalah, jika Allah SWT berkehendak.

2. Syeikh Ahmad at-Tijany ra biasa memberikan bimbingan kepada semua muridnya yang tinggal di tempat yang berbeda dan berjauhan dalam waktu yang bersamaan.

3. Pada bulan Muharram 1279 H. (49 tahun setelah beliau wafat) terjadi kemarau yang panjang dan kesulitan air. Tiba-tiba dari dalam kubur syekh memancar air susu yang sangat banyak, sehingga banyak orang datang berbondong-bondong untuk mengambil dan meminum nya, bahkan sampai saat ini susu tersebut masih ada tersisa dan tidak berubah rasanya ( tidak basi).

4. Rasulullah SAW. sangat mencintai Syeikh Ahmad melebihi kecintaan seorang ayah kepada anaknya.

5. Barangsiapa yang mencintai Syeikh Ahmad at-Tijany, tidak akan mati sebelum menyandang predikat wali.

6. Barangsiapa mencela Syeikh Ahmad at-Tijany ra, dan tidak mau bertobat, maka dikhawatirkan akan mati kafir.
‎وقا ل لى : يا احمد ان من سبك ولم يتب لا يموت الا كا فرا وان حج وجاهد ، قلت له يا رسول الله ان العا رف با لله سيد ى عبد الرحمن الشا مى ذ كر ان الحج لا يموت على سوء الخا تمه. قا ل لى سيدى الوجود : يا احمد من سبك ولم يتب ما ت كا فرا ولوحج وجاهد ، يا احمد كل من سعى في هلا كك فأنا غضبا ن عليه ولم تكتب له صلاته ولاتنفعه ( الفيض الرباني : 28 )
“Rasulullah SAW bersabda kepadaku. : “Ya Ahmad, sesungguhnya orang yang mencelamu dan tidak bertobat, ia akan mati dalam kekafiran, walaupun haji dan berjihad. Saya berkata : Ya Rasulallah, sesungguhnya al- ‘Arif billah Sayyid Abdurrahman as-Syami pernah berkata bahwa orang yang haji tidak akan mati su’ul khatimah, tetapi Rasulullah SAW membantah. : “Ya Ahmad, sesungguhnya orang yang mencelamu dan tidak bertobat, ia akan mati dalam kekafiran, walaupun haji dan berjihad.. Ya Ahmad, barangsiapa yang berusaha untuk mencelakakanmu, akulah yang marah kepadanya, dan tidak akan dicatat pahala sholatnya, dan tidak akan memberi manfaat baginya”. (al-Faidlur Rabbani : 28).

Hal tersebut sesuai dengan hadits Qudsi :
‎من عا دى لى وليا فقد اذنته بالحرب . ( رواه البخاري )
“Barangsiapa menyakiti wali-Ku, maka Ku-umumkan perang kepadanya”. (HR. Buhori). Dan masih banyak lagi keutamaan dan keramat Syekh Ahmad at-Tijani yang tidak dapat kami jelaskan di dalam buku ini, bahkan pengikut tarekat Tijaniyah ini juga akan mendapatkan keistimewaan khusus, diantaranya adalah :

1. Diringankan saat sakarotul maut.

2. Mendapatkan perlindungan dari Allah di bawah payung 'Arasy-Nya.

3. Memiliki tempat khusus sebagai tempat perlindungan dari huru hara qiyamat dan berada di dekat pintu surga bersama orang-orang yang selamat, kemudian masuk ke surga bersama Rasulullah SAW dan rombongan yang pertama dari para sahabatnya.

4. Dijamin mati dalam Iman dan Islam.

5. Mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam kubur

6. Allah SWT menjamin keamanan baginya dari semua siksaan dan kesulitan, sejak matinya sampai masuk kedalam surga.

7. Diampuni semua dosanya yang terdahulu dan kemudian

8. Allah tidak akan menghisab amalnya dan tidak akan ditanya tentang amalnya sedikitpun di hari kiamat.

9. Allah akan memberi kekuatan kepadanya ketika melewati shirot, sehingga sampai ke surga sekejap mata dalam kawalan para Malaikat.

10. Diberi minum oleh Allah SWT dari telaga Rasulullah SAW.

11. Allah menempatkan mereka di Illiyyiin dalam surga Firdaus dan Aden.

12. Rasulullah SAW cinta kepada orang yang cinta kepada syeikh Ahmad at-Tijany ra dan dia tidak akan mati kecuali akan menyandang pangkat kewalian dari Allah.

13. Syeikh Ahmad at-Tijany ra. cinta kepada orang yang cinta kepadanya
14. Mendapatkan syafaat khusus dari Rasulullah SAW.

15. Kedua orang tuanya, kedua mertuanya, istrinya dan anak-anaknya dijamin masuk surga tanpa hisab, tanpa disiksa serta diampuni semua dosanya yang besar maupun kecil, dengan syarat mereka muslim dan tidak membenci serta tidak mencela syeikh Ahmad at-Tijany.

16. Rasulullah SAW menjadi jaminan mereka, seperti sabda-Nya kepada syeikh Ahmad at-Tijany ra : “Fuqoro’ mu adalah fuqoro’ ku juga, muridmu adalah murid-muridku juga, sahabatmu adalah sahabat sahabatku juga”. Ikhwan …… Adakah jaminan yang lebih mulia dari jaminan Rasulullah SAW ?

17. Ketika sakaratul maut, Rasulullah SAW akan hadir menjemput ruhnya.

18. Rasulullah SAW akan mendampinginya ketika ditanya oleh 2 malaikat (Munkar dan Nakiir).

19. Imam Mahdi al-Muntadzor akan menjadi ihwan thariqah Tijaniyah, dan sebagai tanda akan datangnya Imam Mahdi al-Muntadzar adalah jika Ihwan Thariqah Tijaniyah sudah banyak merata tersebar di seluruh negara sampai ke pelosok desa.

20. Martabat Ihwan Thariqah Tijaniyah lebih tinggi derajatnya dari martabat wali Qutub walaupun mereka hanya seorang muslim awam. Rasulullah SAW telah memberi tahu syeikh Ahmad at-Tijany bahwa beliau mempunyai beberapa persamaan, dan dengan sebab persamaan inilah ihwan Thariqah Tijany di sisi Allah SWT lebih tinggi martabatnya dari pada wali Qutub, Arifin dan Ghauts, walaupun zhohirnya ia hanyalah seorang muslim awam. (Faidlur Rabbani : 2)

21. Pada saat berdzikir, 70.000 malaikat ikut berdzikir bersama mereka, dan pahala berdzikir para malaikat ditulis untuk mereka.
22. Dan lain sebagainya.....