Isnin, 25 November 2019

PERBAHASAN MARTABAT KHOTMUL AULIYA ALMUHAMMADI

Khotmul-Auliya Al-Muhammadi adalah pewaris tunggal kepada warisan Al-Muhammadi
sepertimana Allah SWT melantik Baginda SAW dengan Khotmun-Nubuwwah Syariah,(membawa syariat )
…seperti itu juga, Allah SWT telah melantik seorang khotmul-Auliya Al-Muhammadi (khas) dalam umat Nabi Muhammad SAW 
Yaitu satu satunya warisan  martabat yang diwarisi daripada Baginda SAW ,bukanlah diwarisi daripada Nabi nabi yang lain...
kerana sesungguhnya terdapat daripada kalangan para wali yang mewarisi martabat kewalian daripada Nabi Ibrahim AS Nabi Musa AS,Nabi Isa AS,dan daripada nabi nabi yang lain    
…Semua para wali tersebut(yang mewarisi daripada nabi nabi yang lain), boleh didapati akan mereka ,sebelum dan  selepas munculnya Khotmul- Auliya AlMuhammadi khas…
…Maka tidak akan didapati sama sekali wali-wali yang akan muncul atas tiket dan kedudukan martabat Khotmul Auliya  Muhammadi (Khas) selepas lahirnya Khotmul-Auliya Al-Muhammadi tersebut...
…itulah yang maksud sebenar dengan martabat Khotmul Auliya AlMuhammadi (khas)…
(berakhirnya terjemahan  ungkapan Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi dalam kitab “Futuhat Makkiyah” pada jilid ke3,bab 73,muka surat 75…)
…ungkapan dan nas beliau ini cukup jelas bahawa : beliau sendiri telah menarik balik dakwaan beliau sebagai Khotmul Auliya AlMuhammadi(khas)…,
…juga terdapat beberapa ungkapan beliau dalam kitab tersebut (Futuhat-Makkiyah)
yang menguatkan hujah bahawa beliau telah menarik balik dakwaan bahawa beliau adalah Khotmul Auliya AlMuhammadi…
sekiranya  ada orang bertanya :
jikalau Syeikhul Akbar RA telah menarik balik dakwaan tersebut, mengapa terdapat jawapan bagi soalan HakimTarmizi RA tersebut…???
ulasan pengarang :
    tiada sebarang kemusykilan bagi perkara tersebut,kerana sesungguhnya Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA adalah salah seorang yang mencapai tahap martabat Khotmul Auliya Al-Muhammadi(beliau mewarisi warisan Muhammadi,),kerana apabila seseorang yang mencapai maqam ini,beliau akan dapat mengetahui walaupun sedikit tentang  maqam tertinggi dalam martabat Khotmul Auliya Al-Muhammadi (maqam tertinggi dalam martabat Khotmul-Auliya ,adalah martabat khotmul auliya akbar...
sila lihat perbicaraan seterusnya dlm kitab futuhat makkiyah bagi Syeikhul Akbar lbnu Arabi

Makna Selawat Jauharatul Kamal

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan, 

mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, 

cahaya segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, 

yang bagaikan kilat memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya daripada segenap lingkungan dan masa, 

dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat. 

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna. 

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih. 

Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami dengannya haqiqat.

P/s : Bacaan Jauharatul Kamal ini memiliki keutamaan yang sangat banyak. Silakan mencari ijazah dari guru yang memiliki ijazah untuk mengamalkanya.

Guru kepada Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani

Tokguru kepada sayidi Ahmad AlHadi Alhasani Attijany ..
Syeikh Mukhtar dahah Alhasani Attijany  ...
Beliau tinggal di padang sahara maghribi ..
Beliau mendapat isyarat rabbani supaya tinggal disana adalah atas sebab utk memelihara sebuah maqam wali Allah yg hebat, yg bernama Syeikh Muhammad hafiz Syinqiti Attijany.....
Satu2 kawasan padang sahara yg  diduduki oleh beliau , tidak ada orang lain disana ..
Kawasan yang diduduki beliau, adalah kawasan hijau (ada tumbuhan2, sejak beliau tinggal di sana)..
Perkampungan tersebut hanya diduduki oleh ahli keluarga beliau dan hamba2 abdi...
(Sesiapa yang hendak melihat sifat kehambaan, boleh pergi ke tempat beliau)...

MURAQABAH YG WAJIB ATAS SEORANG HAMBA

Ingatlah bahawa Allah menciptakan kita semata2 kurniaanNya (fadhl) utk kita mengenalNya dan supaya kita dpt bernikmat2 dgn nikmatNya, tanpa ada munasabah (kelayakan) antara kita dgnNya melainkan munasabah dpt menikmati kurniaanNya

Sesungguhnya kewujudan hamba itu kurniaan Allah, sbb kewujudan juga kurniaanNya, amalan itu kurniaanNya, tujuannya juga kurniaan, manakala kejahatannya itu jenayah, seseorang hamba itu dlm kerugian bila bermaksiat jikalau tanpa kemaafan Allah

Maka tidak harus bg hamba lalai dr muraqabah tuhannya pd setiap amalan, dan ketahuilah bahawasanya Allah yg menggerakkannya dan mendiamkannya, mengatur segala urusannya, mengada dan meniadakan sesuatu di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya yg membuat hanyalah Allah dan selainNya adalah kejadian pembuat (Allah), maka tidak harus bg hamba akal rabbani cenderung kpd makhluk yg dijadikan drpd tiada, hendaklah dia cenderung kpd kewujudan sebenar yg berdiri dgn sendiriNya, tidak harus bg mahkluk melainkan syuhud kpd pembuat, maka hendaklah ia syuhud (lihat) kpd pembuat kerajaan sblm dan setelah ada kerajaan itu

Selain Allah itu seumpama air batu, yang awalnya hanyalah Allah, akhirnya Allah, yg kekal hanyalah Allah, bila dtg cahaya matahari (hadrat Allah) maka cair air batu dan kembali kpd asalnya yakni air, kewujudannya (makhluk) majazi, awal akhir zahir batin hanyalah Allah, siapa yg lihat dgn pandangan rabbani maka akan lihat asal air batu yakni air jua, lalu dijadikan air batu, kemudian tiada, yg kekal hanyalah air, jadi makhluk itu adalah penzahiran kpd Allah,

Dan apabila keras air batu itu  hendaklah bertayammum, asal syuhud air tetapi kalu xdpt syuhud air batu iaitu muraqabah, apabila cair pd penglihatannya maka berwuduklah, apabila lalu hairan dgn air batu maka sesatlah ia, bila ia mengalir ia mengetahui sir Allah di atas muka bumi (kalam majazi)

Sesiapa yg berpegang bergantung kpd Allah, tidak menghendaki yang lain, hanya nak Allah maka sempurna makrifatnya, sesiapa yg berpegang kpd makhluk maka celakalah ia, bila berpegang dgn amalan maka dia berpegang dgn sesuatu yg hilang (tidak kekal), dan jikalau berpegang dgn karamat maka hilanglah taufik dan barakah sepertimana  yg dikurniakan kpd para ahlillah

Org yg suluk sebenarnya itu adalah org yg tidak berpegang dgn makhluk, amalan, karamah, selain Allah, maksudnya di sini ialah tiada syuhud kpdnya dan tidak mengatakan amalannya yg membawanya kpd hadrat Allah, sbb itu Rasulullah mengajarkan kita fana dr amalan dgn byk istighfar spt mana seorg pemaksiat yg bertaubat, malu dr amalannya, krn amalan itu kurniaan Allah, bagaimana kamu nk nisbah kpd dirimu

Sbg peringatan bukanlah ini bermaksud kita tinggal amalan tp fana dr amalan, inilah rasa zauq para ahlillah, bila rasa amalan itulah yg bawanya ke hadrat Allah, maka dia telah ada rasa kelayakan masuk ke hadrat Allah sedangkan di sisi Allah ada undang2 tersendiri, barangsiapa yg ada rasa layak, maka akan ditutup pintu bgnya, tidak akan dpt masuk hamba ke hadrat Allah kecuali dgn rasa rendah diri kehambaan sebenar kpd Allah

#pengajianKitabTabsiratularwa'h
#SidiAhsanAlbaaqili AlhasaniAttijani

Martabat Khatmul Auliya

Martabat khotmul awliya, martabat tertinggi kewalian. .
Beruntunglah kepada sesiapa yg diperkenalkan dengan martabat khotmul awliya akbar
Syeikhul akbar ibnu Arabi bermujahadah dlm pencariannya utk mengetahui siapakah khotmul awliya akbar,beliau sendiri telah mendakwa bahawa beliau adalah khotmul awliya yg dimaksudkan...
Sehinggalah beliau kedengaran satu suara dr langit yg mengatakan bahawa beliau  bukanlah pemilik khotmul awliya yg dimaksudkan...
Bahkan pemilik  martabat tersebut adalah milik seorang lelaki arab, sebaik2 bangsa dan keturunan, yg lahir pd akhir zaman Beliau drpd bumi fes maghribi...
Kemunculan beliau akan di ingkari oleh ahli ingkar kerana ketinggian ilmu2 dan rahsia ilahi yg dizahirkan oleh beliau
Sila rujuk Keterangan terperinci dlm kitab futuhat makkiyah, dan anqoul maghrib wa khotmul wilayah...
Karangan ibnu Arabi...
Dan kitab khotmul awliya yg  dikarang oleh hakim tarmizi...

Martabat Syeikh Tijani

Syeikh Tijani memperoleh  3 makam oleh Rasulullah saw
1. Kedudukan al qutbaniyah al udzma ( kutub terbesar) iaitu pada awal muharram 1214h.

2. Kedudukan Khatimah Al Muhammadiyah ( penutup kewalian yg secara sempurna mengambil asror Nabi Muhammad Saw) pada hari yg sama.

3. Kedudukan Al Khatimah Al Khash ( Wali khas yg tersembunyi) iaitu pada tanggal 18 safar 1214h.

Usah rasa layak

Kalam Guruku Sayyidi Ahmad al Hadi al Hasani Hafizullahu ta'ala;

"Apabila diri merasa layak akan sesuatu, maka itu satu dakwaan"

Layakkah diri yang hina dan penuh dgn maksiat mendakwa kpd Allah bahawa diri ini layak dgn bersandarkan ibadah dan ketaatan yang banyak? Sedangkan setiap saat nafas yang disedut dan dihembus tidak menyampaikan diri kpd ubudiyyah !!!

Tamak akan amal dengan berharap akan balasan dan ganjaran kebaikan, maka diri tertipu dengan nafsu. Maka dikata mereka itu nafsu mutmainnah, nafsu yg cinta akan kebaikan. Bahkan mereka terus tertipu dgn ibadah yang bercampur dgn nafsu - ada gharad, ada niat yang terselindung disebalik ketaatan, ada hajat disebalik ketaatan berupa ganjaran dunia dan akhirat. 

Maka kelaziman pada amal dan ketaatan sebegini menghasilkan racun pada hati yang inginkan kemanisan dan kelazatan pada ibadah, menginginkan ganjaran dan balasan kebaikan yg berganda2 drpd ibadah, menghadirkan rasa alim dlm diri, merasakan diri layak menjadi ahli syurga dgn ibadah, merasakan diri layak utk mendapat dunia yg sujud ditapak kaki kerana banyaknya ibadah, merasakan diri telah bebas dari dosa, merasakan diri lebih tinggi dan mulia drpd org lain, merasakan diri layak utk memberi dan berhujjah dlm agama, merasakan diri tdk berbuat maksiat kpd Allah, merasakan amalan diri layak untuk menarik rahmat dan hidayat Allah...dan merasakan diri sentiasa layak utk segala2nya.....