Isnin, 25 November 2019

Biografi Syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi Attijany

Beliau dilahirkan di bumi Tunisia, pada tarikh 4 Muharram 1395 hijrah bersamaan 16 januari 1975 masihi..

Nasab keturunan beliau daripada kabilah Sibaiah Az-Zahabiah, daripada keturunan besar Maulai Idris yang masyhur di bumi maghrib(morocco) dan beliau adalah  berketurunan daripada Sayidina  Alhasan.
Beliau telah mendapat  pujian daripada kebanyakan daripada beberapa wali Qutub dan wali-wali …

-pujian-pujian tersebut terarah kepada kesahihan nasab beliau dan pertambatan hubungannya(sanad toriqah dan pengajiannya) dengan hadrah kenabian, sama ada pada zahir atau pada batin

-dan pertemuan itu berlaku ketika mana beliau dalam pengembaraan.. (mencari ilmu daripada rijaal/wali Allah)…

-beliau menghabiskan permulaan kehidupannya seperti kehidupan kebanyakan masyarakat setempat..,sehinggalah datang secara tiba-tiba ahwal llahi dan jazbah rabbani yang  membawanya kepada perjalanan AhliLLah,dan bukanlah dengan usahanya.., (ketika itu umur beliau dalam lingkungan dua puluhan)  

-beliau dijemput  (secara barzakhi ) oleh Qutubul-Maktum, Khotmul-Auliya Al-Muhammadi  dalam menjalani perjalanan AhliLLah ,dan diserapkan dengan hadrah-hadrahnya yang suci dan ilmu-ilmu hakikat….

-Pada permulaannya, beliau menerima toriqah Tijaniah al-Aliyah daripada Asy-Syarif  Al-Wasil Sayidi Habib bin Hamid At-Tunisi.. 
-dan beliau juga menerima pelbagai sanad toriqah Tijani …

kemudian beliau terus mengembara jauh berpandukan kepada gerak hatinya  berserta tawakkal kepada Allah SWT ….

-Pada pertemuan beliau dengan wali-wali qutub dan lainnya, beliau telah di beritahu dengan  perkara-perkara  yang amat menyenangkan serta menyatakan secara kasyaf keadaan diri beliau ,dan perkara tersebut, sukar untuk ditutur dengan kata-kata..

-Tetapi,sentiasalah diri beliau jadi tumpuan adalah kerana  ter-arah kepada sanad toriqahnya yang muktabar,yaitu sanad toriqah yang menjadi pegangan tetap beliau, sama ada dari segi feqah toriqah atau dari segi Zauqi,

-yaitu sanad Al-Ba’qili,sanad yang melalui susur jalur kepada Mujaddid millah wa-ddin,Qutbaniayatul-Uzma, Sayidii Ahsan Al-Ba’qili Al-Hasani Al-Maghribi, 
-sanad yang dipernamakan disisi ahli sanad,dengan sanad Az-ZAHABIAH (emas) secara umumnya, 
-dan juga dipernamakan dengan sanad-QUTBANIAH (sanad wali-wali qutub) secara khususnya…

beliau juga menerima ijazah secara mutlak daripada Sayidi Abdul Aziz Al-Ba’qili,anak kepada Sayidi Ahsan  AlBa’qili,beliau adalah seorang Qutub Al-kamil Al-Mulamati ,pewaris sir-sir ayah dan abang beliau(Sayidi Muhammad Al-Habib)… 

dalam majlis peng-ijazahan toriqah,beliau (Sayidi Abdul-Aziz Al-Ba’qili), telah menuturkan katanya kepada pengarang,dengan katanya :

“Aku  telah memberi izin kepada kamu sepertimana Rasulullah SAW  ,Syeikh Tijani RA  dan abangku  memberi izin padaku…,
-dan aku juga memberi izin kepada kamu dalam mentashihkan Toriqah Tijani daripada segala kesalahan….”

-Di dalam pengembaraan, beliau telah bertemu dengan Qutub Sayidi Mukhtar Asy-Syinqiti di padang sahara maghrib,Qutub tersebut dikenali akannya dengan nama Sayid Dahah (دَهَاهْ) masyhur dikalangan orang arab dan lainnya dan Qutub tersebut telah berkata kepadanya (dengan lisan izin llahi):

“ Pergilah ke tempat mana yang engkau suka,sesungguhnya engkau akan dibantu,dikasihi dan diterima ”

Dan di dalam pengembaraan beliau,beliau telah bertemu dengan seorang lelaki yang berumur,yaitu  Qutub Maulai Tuhami(مَوْلاَيَ التُّهَامِيُّ)Al-Wazzani Al-Idrisi di maqam Sayidi Arabi As-Saaihi,Qutub tersebut berumur sekitar 130-136 tahun ..

Pengarang tersebut telah menyatakan kepada kami bahawa Qutub tersebut telah menyambut kedatangannya di maqam tersebut adalah dengan melalui arahan daripada Rasulullah SAW  dan Syeikh Tijani RA   (berlaku secara jaga).

Kemudian setelah beliau mengembara dari  sudan (barat) ke bumi Maghribi dan setelah menziarahi Maqam Syeikh Tijani  RA  yang mulia di bumi Fes,datang pula isyarat kepadanya dan juga arahan supaya menjejakkan  kakinya ke bumi jawa(Malaysia) untuk mengembangkan  toriqah Tijani di kalangan masyarakatnya….

Sebahagian daripada kelebihan diri beliau :

-Beliau mempunyai zauqi yang khas dalam toriqah Tijani,dan beliau juga mempunyai keperibadian yang disukai , berperwatakan tenang, akhlak dan sifat semulajadi  yang baik 

Barangsiapa yang melihat keterampilan dirinya,nescaya akan mengingatkan beliau kepada orang-orang terdahulu yang disenangi oleh masyarakat mereka 

-beliau amat menyayangi umat Nabi Muhammad SAW,dengan ketiadaan membezakan mana-mana kumpulan,kerana mewarisi daripada sifat gurunya dan guru besar beliau yaitu Sayidi Ahsan Al-Ba’qili

وصلّى الله وعظَّم ومجَّد وشرَّف وبارك على سَيِّد الوُجُود وعَلَمِ الشُّهُودِ سيِّدنا ومولانا محمّدٍ بَحْرِ الكَرَمِ والجُودِ وعلى آله وصحْبه وسلَّم تسليما
والحمد لله ربِّ العالَمين

Sanad Qutbaniyatul Uzma

Sayyidul Wujud Sayyiduna Wamaulana Muhammad SAW
               ⬇
Alqutubul maktum Walkhatmul Muhammadi Alma'lum Sayyiduna Wa maulana Ahmad At-Tijani Al-Hasani RA 
               ⬇ 
Sidi Ali At-Timaasini AlHasani RA
               ⬇
Sidi Muhammad Arabi bin as-Saaihi Al-Umari RA
               ⬇
Sidi Alhaj Alhusein Alyifrini Al-Hasani RA
               ⬇
Mujaddidul millah Waddin Sidi Alhaj Al- Ahsan Alba'qili Al-Hasani RA 
               ⬇
Sidi Muhammad Alhabib                Alba'qili Al-Hasani RA 
               ⬇
Sidi Al-Ahsan Alyifrini Al-Hasani RA 
               ⬇
Sayyidina Murobbina Sidi Ahmad Alhadi Al-Hasani Al-Maghribi Hafizullahu Taala

PERBAHASAN MARTABAT KHOTMUL AULIYA ALMUHAMMADI

Khotmul-Auliya Al-Muhammadi adalah pewaris tunggal kepada warisan Al-Muhammadi
sepertimana Allah SWT melantik Baginda SAW dengan Khotmun-Nubuwwah Syariah,(membawa syariat )
…seperti itu juga, Allah SWT telah melantik seorang khotmul-Auliya Al-Muhammadi (khas) dalam umat Nabi Muhammad SAW 
Yaitu satu satunya warisan  martabat yang diwarisi daripada Baginda SAW ,bukanlah diwarisi daripada Nabi nabi yang lain...
kerana sesungguhnya terdapat daripada kalangan para wali yang mewarisi martabat kewalian daripada Nabi Ibrahim AS Nabi Musa AS,Nabi Isa AS,dan daripada nabi nabi yang lain    
…Semua para wali tersebut(yang mewarisi daripada nabi nabi yang lain), boleh didapati akan mereka ,sebelum dan  selepas munculnya Khotmul- Auliya AlMuhammadi khas…
…Maka tidak akan didapati sama sekali wali-wali yang akan muncul atas tiket dan kedudukan martabat Khotmul Auliya  Muhammadi (Khas) selepas lahirnya Khotmul-Auliya Al-Muhammadi tersebut...
…itulah yang maksud sebenar dengan martabat Khotmul Auliya AlMuhammadi (khas)…
(berakhirnya terjemahan  ungkapan Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi dalam kitab “Futuhat Makkiyah” pada jilid ke3,bab 73,muka surat 75…)
…ungkapan dan nas beliau ini cukup jelas bahawa : beliau sendiri telah menarik balik dakwaan beliau sebagai Khotmul Auliya AlMuhammadi(khas)…,
…juga terdapat beberapa ungkapan beliau dalam kitab tersebut (Futuhat-Makkiyah)
yang menguatkan hujah bahawa beliau telah menarik balik dakwaan bahawa beliau adalah Khotmul Auliya AlMuhammadi…
sekiranya  ada orang bertanya :
jikalau Syeikhul Akbar RA telah menarik balik dakwaan tersebut, mengapa terdapat jawapan bagi soalan HakimTarmizi RA tersebut…???
ulasan pengarang :
    tiada sebarang kemusykilan bagi perkara tersebut,kerana sesungguhnya Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi RA adalah salah seorang yang mencapai tahap martabat Khotmul Auliya Al-Muhammadi(beliau mewarisi warisan Muhammadi,),kerana apabila seseorang yang mencapai maqam ini,beliau akan dapat mengetahui walaupun sedikit tentang  maqam tertinggi dalam martabat Khotmul Auliya Al-Muhammadi (maqam tertinggi dalam martabat Khotmul-Auliya ,adalah martabat khotmul auliya akbar...
sila lihat perbicaraan seterusnya dlm kitab futuhat makkiyah bagi Syeikhul Akbar lbnu Arabi

Makna Selawat Jauharatul Kamal

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan, 

mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, 

cahaya segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, 

yang bagaikan kilat memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya daripada segenap lingkungan dan masa, 

dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat. 

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna. 

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih. 

Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami dengannya haqiqat.

P/s : Bacaan Jauharatul Kamal ini memiliki keutamaan yang sangat banyak. Silakan mencari ijazah dari guru yang memiliki ijazah untuk mengamalkanya.

Guru kepada Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani

Tokguru kepada sayidi Ahmad AlHadi Alhasani Attijany ..
Syeikh Mukhtar dahah Alhasani Attijany  ...
Beliau tinggal di padang sahara maghribi ..
Beliau mendapat isyarat rabbani supaya tinggal disana adalah atas sebab utk memelihara sebuah maqam wali Allah yg hebat, yg bernama Syeikh Muhammad hafiz Syinqiti Attijany.....
Satu2 kawasan padang sahara yg  diduduki oleh beliau , tidak ada orang lain disana ..
Kawasan yang diduduki beliau, adalah kawasan hijau (ada tumbuhan2, sejak beliau tinggal di sana)..
Perkampungan tersebut hanya diduduki oleh ahli keluarga beliau dan hamba2 abdi...
(Sesiapa yang hendak melihat sifat kehambaan, boleh pergi ke tempat beliau)...

MURAQABAH YG WAJIB ATAS SEORANG HAMBA

Ingatlah bahawa Allah menciptakan kita semata2 kurniaanNya (fadhl) utk kita mengenalNya dan supaya kita dpt bernikmat2 dgn nikmatNya, tanpa ada munasabah (kelayakan) antara kita dgnNya melainkan munasabah dpt menikmati kurniaanNya

Sesungguhnya kewujudan hamba itu kurniaan Allah, sbb kewujudan juga kurniaanNya, amalan itu kurniaanNya, tujuannya juga kurniaan, manakala kejahatannya itu jenayah, seseorang hamba itu dlm kerugian bila bermaksiat jikalau tanpa kemaafan Allah

Maka tidak harus bg hamba lalai dr muraqabah tuhannya pd setiap amalan, dan ketahuilah bahawasanya Allah yg menggerakkannya dan mendiamkannya, mengatur segala urusannya, mengada dan meniadakan sesuatu di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya yg membuat hanyalah Allah dan selainNya adalah kejadian pembuat (Allah), maka tidak harus bg hamba akal rabbani cenderung kpd makhluk yg dijadikan drpd tiada, hendaklah dia cenderung kpd kewujudan sebenar yg berdiri dgn sendiriNya, tidak harus bg mahkluk melainkan syuhud kpd pembuat, maka hendaklah ia syuhud (lihat) kpd pembuat kerajaan sblm dan setelah ada kerajaan itu

Selain Allah itu seumpama air batu, yang awalnya hanyalah Allah, akhirnya Allah, yg kekal hanyalah Allah, bila dtg cahaya matahari (hadrat Allah) maka cair air batu dan kembali kpd asalnya yakni air, kewujudannya (makhluk) majazi, awal akhir zahir batin hanyalah Allah, siapa yg lihat dgn pandangan rabbani maka akan lihat asal air batu yakni air jua, lalu dijadikan air batu, kemudian tiada, yg kekal hanyalah air, jadi makhluk itu adalah penzahiran kpd Allah,

Dan apabila keras air batu itu  hendaklah bertayammum, asal syuhud air tetapi kalu xdpt syuhud air batu iaitu muraqabah, apabila cair pd penglihatannya maka berwuduklah, apabila lalu hairan dgn air batu maka sesatlah ia, bila ia mengalir ia mengetahui sir Allah di atas muka bumi (kalam majazi)

Sesiapa yg berpegang bergantung kpd Allah, tidak menghendaki yang lain, hanya nak Allah maka sempurna makrifatnya, sesiapa yg berpegang kpd makhluk maka celakalah ia, bila berpegang dgn amalan maka dia berpegang dgn sesuatu yg hilang (tidak kekal), dan jikalau berpegang dgn karamat maka hilanglah taufik dan barakah sepertimana  yg dikurniakan kpd para ahlillah

Org yg suluk sebenarnya itu adalah org yg tidak berpegang dgn makhluk, amalan, karamah, selain Allah, maksudnya di sini ialah tiada syuhud kpdnya dan tidak mengatakan amalannya yg membawanya kpd hadrat Allah, sbb itu Rasulullah mengajarkan kita fana dr amalan dgn byk istighfar spt mana seorg pemaksiat yg bertaubat, malu dr amalannya, krn amalan itu kurniaan Allah, bagaimana kamu nk nisbah kpd dirimu

Sbg peringatan bukanlah ini bermaksud kita tinggal amalan tp fana dr amalan, inilah rasa zauq para ahlillah, bila rasa amalan itulah yg bawanya ke hadrat Allah, maka dia telah ada rasa kelayakan masuk ke hadrat Allah sedangkan di sisi Allah ada undang2 tersendiri, barangsiapa yg ada rasa layak, maka akan ditutup pintu bgnya, tidak akan dpt masuk hamba ke hadrat Allah kecuali dgn rasa rendah diri kehambaan sebenar kpd Allah

#pengajianKitabTabsiratularwa'h
#SidiAhsanAlbaaqili AlhasaniAttijani

Martabat Khatmul Auliya

Martabat khotmul awliya, martabat tertinggi kewalian. .
Beruntunglah kepada sesiapa yg diperkenalkan dengan martabat khotmul awliya akbar
Syeikhul akbar ibnu Arabi bermujahadah dlm pencariannya utk mengetahui siapakah khotmul awliya akbar,beliau sendiri telah mendakwa bahawa beliau adalah khotmul awliya yg dimaksudkan...
Sehinggalah beliau kedengaran satu suara dr langit yg mengatakan bahawa beliau  bukanlah pemilik khotmul awliya yg dimaksudkan...
Bahkan pemilik  martabat tersebut adalah milik seorang lelaki arab, sebaik2 bangsa dan keturunan, yg lahir pd akhir zaman Beliau drpd bumi fes maghribi...
Kemunculan beliau akan di ingkari oleh ahli ingkar kerana ketinggian ilmu2 dan rahsia ilahi yg dizahirkan oleh beliau
Sila rujuk Keterangan terperinci dlm kitab futuhat makkiyah, dan anqoul maghrib wa khotmul wilayah...
Karangan ibnu Arabi...
Dan kitab khotmul awliya yg  dikarang oleh hakim tarmizi...