Jumaat, 18 Jun 2021

Jasa Ahli Zikir

Berkata Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi Attijani : 

"Dengan cahaya zikir Hailalah, Wazifah, wirid kita akan menggagalkan gerak kerja musuh... Kena perkasa zikir wazifah dan hailalah...sebab itulah musuh Islam tak mahu kita suka zikir dan selawat"

Demikian besarnya jasa ahli zikir

Makna Wasilah

Sayyidina Sheikh ra ditanya tentang pengertian firman Allahﷻ
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ...
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan(wasilah) kepadaNya...

Maka jawab Sayyidina Sheikh ra 
" makna ayat itu adalah...
bertaqwalah kamu & takutilah Allahﷻ drp balasan siksa yg bersangatan serta carilah wasilah(perantaraan) yg menyampaikan kpd keredhaanNyaﷻ , iaitulah amal² soleh yg pdnya terdapat redhaNyaﷻ... "

dan diambil faham drp ayat ini diatas jalan isyarat...
" hendaklah kamu mencari wasilah/yg dpt menyampaikan kpdNyaﷻ yg mampu memutuskan kamu melalui bantuannya drp selainNyaﷻ agar dpt menyampaikan kamu kpdNyaﷻ...

...tiada wasilah paling besar drp Nabiﷺ...
& tiada wasilah paling besar yg boleh menyampaikan kpd Nabiﷺ drp selawat keatasnyaﷺ...

& termasuk didalam maksud "mencari wasilah yg dpt menyampaikan kpd Allahﷻ" adalah Sheikh Kamil(guru yg sempurna), 
maka sesungguhnya Sheikh Kamil itu, ialah sebesar² wasilah yg dpt menyampaikan seseorang kpd Allahﷻ...

....wassalam...

Isnin, 24 Mei 2021

Up-to-death

: Up-to-death

Semakin lama daku bersohbat dan di bawah tarbiah guruku, semakin daku rasakan di akhir zaman ini, diam itu lebih baik dari bercakap, memerhati lebih baik dari mengkomen, duduk lebih baik dari berdiri. Setiap apa yang ada disekitar, yang dilihat, yang didengar, hampir semuanya tidak ada yang benar. Hampir-hampir tidak ada lagi berita benar yang datang dalam seharian hidup zaman ini. Setiap hari datang berita bohong walaupun kita tidak mencarinya, tidak membacanya, tidak mempedulikan nya, tapi ia tetap datang dan bohongi kita.

Pesan wali Allah,

4 perkara yang perlu diberi perhatian untuk selamat dunia akhirat ialah,

Islam, Iman, Ihsan dan Ilmu Akhir zaman.

4 perkara ini diusahakan melalui Talaqqi, Tabligh, Tazkiyyah dan Tarekat.

Tiada yang mengenal siapa al-Mahdi termasuklah dirinya sendiri kecuali 7 wali Allah yang terpilih. Jadi tidak dapat tidak, untuk selamat di akhir zaman, kita berpegang di bawah tali sanad tarbiah seorang mursyid yang mempunyai hubungan rapat dengan alam kewalian. Kerana tiada siapa lagi yang boleh dipercayai di akhir zaman ini kecuali wali Allah.

Bahkan Dajjal kelak akan datang sebagai watak orang Soleh, kemudian ulama, kemudian nabi dan kemuncaknya mengaku sebagai tuhan. Sehingga begitu ramai "orang soleh" dan "ulama" akan mengikuti dajjal kerana tertipu. Jika yang alim dan Soleh juga tertipu, bagaimana dengan yang bodoh lagi fasiq? Tentu berpuluh kali ganda akan lebih awal kesesatan nya.

Kelak, dajjal akan menahan segala makanan yang ada. Orang yang imannya lemah akan segera menghubungi dajjal untuk secebis makanan. Orang yang beriman dan berjemaah, akan merujuk mursyidnya apa yang patut dilakukan. Mursyid nya akan berikan wazifah, ma'moolat dan zikir tertentu yang bersanad kepadanya untuk menjadi makanannya. Kerana itu ketika para sahabat bertanya kepada Nabi apa makanan orang beriman ketika dajjal menguasai makanan sedunia, nabi jawab zikir-zikir.

Maka beruntunglah ahli zikir. Dan celakalah para pembenci dan pembidaah zikir yang berusaha keras menjadi ejen dajjal untuk menghapuskan zikir dari amalan harian umat Islam.

Jaga-jaga dengan segala yang "up-to-date" kerana itulah syurga dajjal yang sebenarnya "up-to-death". Tak mati pun tinggal di rumah sewa, tak mati pun pakai kereta terpakai, tak mati pun tak tukar abaya tiap minggu, tak mati pun tak pakai iphone terbaru. Tak mati pun kalau tak dengar muzik atau tonton filem-filem baru. Muzik, lagu dan filem-filem , itu semua "Al-Quran" dajjal yang dajjal berjaya gantikan di dalam hati orang-orang Islam. Keasyikan tarannum diganti dengan nyanyian fasiq. Keindahan kisah-kisah yang benar diganti dengan kisah dongeng lagi menipu, tidak ada satu pun filem yang ceritanya sahih seperti kisah-kisah di dalam Al-Quran. Semuanya kisah tipu, hari-hari tonton cerita tipu, tipu, tipu, deceptions demi deceptions sampaikan hati jadi gelap untuk menerima kisah sahih.

Jangan sampai masuk ke dalam syurga dajjal.

Sabtu, 22 Mei 2021

Ikutilah Ulamak Rabbani

TANBIH.

Antara satu kerugian wahabi, mereka itu tiada petunjuk bagi alamat kelahiran dan bila akan keluarnya Imam Mahdi, oleh kerana ketiadaan hadis sohih yang direkodkan utk dijadikan panduan, yang ada hanya panduan utk mengambil kebenaran,,,

Perkara ni hanya dapat diketahui oleh ulama' yang mendalam pengetahuannya dalam ilmu tasawuf dan yang mengamalkan tarikat seperti yang tertulis dalam sejarah. Antara contohnya ulama'-ulama' Alam Melayu yang berjuang dahulu utk tanah air. Mereka memperolehi maklumat akan hal perang itu atau isyaratnya itu melalui ilham dari alaman toriqat sbb ketiadaan hadis sohih yang kata atau semisalnya,,,

Sebagai contoh peristiwa portugis yang menyerang Melaka, peristiwa wilayah patani dijajah, dan proses yang dibantu oleh kerajaan turki uthmaniyah, begitu juga sebagaimana peristwa sejarah pertahanan kerajaan benua yang dulu diperintah Islam. Begitu la juga alamat² atau tanda² ketika keluarnya imam Mahdi,,,

Maka tidak mustahil wahabi akan sedar hanya apabila imam Mahdi selesai dibaiah dan besar kemungkinan sblm kejadian bai'ah tu pula wahabi adalah pembenteng bagi kumpulan dajjal dan sekutunya. Kerana mereka menganggap pekara pertunjuk akan kehadiran Imam Mahdi itu hanyalah dilakukan oleh ahli bidaah dan ahli khurafat semata mata,,,

Bertapa wahabi telah diperbodohkan Inggeris dengan perkataan bidaah tanpa mereka sedar yang mereka lah ahlulbidaah itu sendiri kerana jelas mereka terlekat pada perkataan itu, sedangkan aswj ketika itu sibuk utk menggapai tahap makrifat dgn kaedah mempertajam zikir di hati melalui jurus jurus pusaka ulama' tua bagi mengharapkan bantuan Allah Ta'ala sebagaimana Allah telah memenangkan Islam dalam peperangan Badar, sedangkan mungkin wahabi sibuk menentang aswj ketika itu kerana disangkakan itu amalan bidaah dan khurafat serta syirik...

والله أعلم بالصواب

Ahad, 4 April 2021

RATUSAN TOKOH ULAMA SEZAMAN DAN SETELAHNYA MENYATAKAN KESESATAN MUHAMMAD IBNI ABDUL WAHAB (Pengasas Wahabisme)

Syaikh al-Islam Ahmad bin Zaini Dahlan dalam bukunya 'ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Radd 'ala al-Wahhabiyyah menulis sebagai berikut; 
.
"Para ulama dari keempat mazhab Ahlussunnah Wal Jama’ah telah bersungguh-sungguh MENOLAK fahaman Wahabi dan menyusun buku-buku yang luas perbahasannya. Hal itu mereka lakukan untuk mengamalkan sabda Rasulullah s.a.w; 
.
"Apabila perkara-perkara bid'ah telah lahir dan para alim ulamanya diam sahaja, maka laknat dari Allah, para malaikat dan seluruh manusia pasti akan di timpakan kepadanya".
.
"Tidak lahir ahli bid’ah kecuali Allah melahirkan pula hujah-Nya pada mereka melalui lisan orang-orang yang dikehendaki dari makhluk-Nya ".
.
"Oleh kerana itu, para ulama dari SELURUH MAZHAB, baik di Timur maupun di Barat, berusaha MENOLAK fahaman Wahabi. Bahkan, ada sebahagian ulama yang merasa berkewajipan untuk MENOLAKNYA dengan menggunakan pendapat-pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan orang-orang yang ahli di dalam mazhabnya, sebab Muhammad bin Abdul Wahab MENGAKU mengikuti Imam Ahmad".
.
"Mereka bertanyakan kepadanya tentang masalah-masalah yang hanya diketahui oleh sebahagian kecil para pencinta ilmu, dan ternyata dia (Ibnu Abdul Wahab) tidak dapat menjawabnya, kerana tidak memiliki ilmu kecuali FITNAH yang dibisikkan syaitan kepadanya".
.
"Diantara ulama yang MENOLAK fahamannya adalah Syaikh Muhammad bin Abdur Rahman bin Afaaliq. Dia menulis sebuah buku sebagai bantahannya ke atas fahaman Wahabi dengan judul 'Tahakkum al-Muwallidin bi Man Idda'a Tajdid ad-Din'. Dalam kitab itu, dia MENOLAK ajaran-ajaran sesat Ibnu Abdul Wahab dengan jawapan yang sangat keras. Kemudian, dia mengajukan pula persoalan-persoalan yang berhubungan dengan ilmu-ilmu syarak dengan pertanyaan-pertanyaan yang di kirimkannya kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Namun, pendukung Salafi Wahabi itu tidak mampu menjawabnya".
.
"Di antara pertanyaan yang diajukan ialah tentang surah ke 100 al-Aadiyaat, sebagai surah mufashshal yang paling pendek. Dia menanyakan berapa banyak di dalam surah tersebut hakikat syar'i, hakikat lughawi, hakikat 'urfi, majaz mursal, majaz murakkab, isti'arah haqiqiyah, isti'arah Wafaqiyah, isti'arah tabi'iyah, isti'arah muthlaqah, isti'arah takhliliyah, tasybih malfuq, mafruq, murakkab, mujmal, mufashshal, ijaz, ithnab, musawwat, dan isnad hakiki. "
.
"Beliau juga menanyakan isnad majazi dan apa yang dinamakan majaz hukmi dan aqli, serta di mana letak wadh'u al-mudhmar maudhi'u al-muzhhar dan sebaliknya, apa yang di namakan maudhi'u dhamir sya'n, maudhi' al-iltifat, maudhi' al-fashli wa al-washli, kamal al-ittishal, kamal al-inqitha' dan jami' baina kulli jumlatain muta'athifatain, mahall tanasub al-jumal, wajh at-tanasub, wajh al-kamal fi al-hasan wa al-balaghah, ijaz qashrin, ijaz hadzfin, ihtiras dan tatmim? 
.
Dari pertanyaan-pertanyaan ini, Muhammad bin Abdul Wahab TIDAK MAMPU menjawab SEDIKIT PUN! (Rujukan :Ahmad Zaini Dahlan :ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Rad 'ala al-Wahhabiyyah Op.Cit., halaman 51-52. ) Demikian pernyataan Syaikh Ahmad Zaini Dahlan. 
.
Para ulama yang MEMBANTAH ajaran MENYIMPANG Salafi Wahabi sangat banyak. Kerana banyaknya, hampir tidak terhitung jumlahnya. Untuk sekadar mengetahui ulama-ulama mana yang telah membantah faham Wahabi, kita boleh membaca buku yang berjudul 'As-Salafiyyah baina Ahli as-Sunnah wa al-Immamiyyah' karya Muhammad al-Kutsairi. Dalam buku tersebut di sebutkan sekian banyak bantahan dari para ulama TERKEMUKA, lengkap dengan nama-nama kitabnya dan para penulisnya. Terutama pada halaman 264 sampai 289.
.
Selain itu, kita boleh juga membaca buku lain seperti ' al-Wahhabiyah fi Khidmati Man?, tulisan at-Taqwa, halaman 64 sampai 100. Di dalam buku ini disebutkan deretan nama ulama berserta petikan dari kitab-kitab mereka berkenaan bantahan mereka terhadap Salafi Wahabi. 
.
Pembaca budiman, pendapat para ulama berkaitan dengan Muhammad ibnu Abdul Wahab penegak Wahabi yang sangat kontroversi itu sangat banyak dan akan menggunakan banyak buku hanya untuk menuliskan penyimpangan. Kita cuba paparkan sedikit sahaja, antaranya adalah :
.
Saudara kandungannya, Sulaiman ibni Abdul Wahab, pernah bertanya kepadanya, "Muhammad, berapa rukun islam? " "Lima,"jawabnya. Sulaiman membantahnya, "Engkau telah menambahnya menjadi enam! Kerana orang yang tidak mengikutimu kau anggap bukan orang Islam! "(Rujukan : Ahmad Zaini Dahlan :ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Rad 'ala al-Wahhabiyyah, halaman 137)
.
Penulis kitab ' Subulussalam, al-Allamah Muhammad ibnu Ismail ibnu Shalah yang di kenal Imam ash-Shan’ani (w.1182 H) menyatakan sekaligus sebagai bantahan darinya atas orang yang menganggap dirinya memuji dakwah Salafi Wahabi sebagai berikut :
.
Tulisan hanyalah risalah-risalah kecil, yang mengkafirkan seluruh penduduk bumi dengan penuh kesengajaan. Dia mengubah dalil untuk mengkafirkan orang-orang Islam. Kamu menyaksikan mereka tidak dari labah-labah sewaktu dikritik. (Rujukan : Diwan ash-Shan’ani: Qasidah (syair) ini benarkan oleh Imam Syaukani dalam kitabnya ' ad-Durar an-Nadhid', juga diriwayatkan oleh Imam Qanuji dalam kitabnya 'Abjad al-Ulum'. Lihat : www. msobieh. com/akhtaa/viewtopic. php?t=4785 
.
Mufti Mekah yang sama-sama berasal dari NAJD dan bermazhab Hanbali, Muhammad ibnu Abdullah an-Najdi al-Hanbali (w.1295 H) dalam kitabnya ' as-Suhub al-Wabilah 'ala Dhara 'ih al-Hanbali' ketika berbicara tentang riwayat hidup orang tua Muhammad ibnu Abdul Wahab menjelaskan,
.
" Orang tua Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah seorang ulama yang cukup dikenali ramai. Akan tetapi, antara dia dan anaknya yakni Muhammad ibnu Abdul Wahab, terdapat PERBEZAAN yang sangat KETARA. Pernyataan Muhammad ibnu Abdul Wahab dalam dunia dakwah tidak terdengar sama sekali kecuali setelah ayahnya wafat (dan itu pun meresahkan)."
.
Syaikh Muhammad Amin ibnu Abidin al-Hanafi, di dalam kitabnya ' Radd ul-Mukhtar 'ala ad-Durr al-Mukhtar, ketika menyentuh tentang Wahabi mengatakan, " Mereka timbul dari Nejd dan menguasai Haramain (Mekah dan Madinah ). Mereka mengaku bermazhab Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi mereka BERKEYAKINAN hanya MEREKALAH yang MUSLIM dan orang yang BERTENTANGAN dengan KEYAKINAN mereka sebagai MUSYRIK KAFIR. " (Rujukan : Muhammad Amin ibnu Abidin al-Hanafi : Raddu al-Mukhtar 'ala d-Durri al-Mukhtar, jilid 4, halaman 262. )
.
Asy-Syarif Abdullah ibnu asy-Syarif Husein Basya dalam kitabnya Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarni ats-Tsani 'Asyar (Kebenaran Hadits Nabi tentang Khawarij Abad ke 12 H) menyatakan, " Sesungguhnya awal kemunculan Ibnu Abdul Wahab dengan bid'ahnya di Najd adalah pada 1143 H. Kemudian, orang-orang Wahabi menguasai Mekah pada tahun 1218 H. Maka, penamaan Wahabi dengan "Khawarij Abad ke 12" adalah berdasarkan awal kemunculan bid'ah mereka, bukan berdasarkan penguasaan mereka atas kota Mekah. " (Rujukan : As-Syarif Abdullah ibnu as-Syarif Husein Basya: Shidqu al-Khabar fi Khawarij al-Qarni ats-Tsani 'Asyar, Mathba'ah, al-Ladziqiyah, the. t.t, h. 1)
.
Di antara para ulama yang menyatakan FAHAMAN WAHABI TELAH KELUAR DARI ISLAM adalah ulama terkenal al-Muhaqqiq Ibnu Abidin al-Hanafi di dalam hasyiyah (komentar pinggir ) kitab 'Radd al-Mukhtar 'ala ad-Durr al-Mukhtar pada bab al-Bughat. Juga Syaikh ash-Shawi al-Mishri dalam hasyiahnya atas kitab Tafsir al-Jalalain ketika membahas penkafiran Muhammad ibnu Abdul Wahab terhadap umat Islam. 
.
Selain para ulama di atas, ribuan ulama juga membantah kesesatan ajaran Ibnu Abdul Wahab, dari sejak dia masih hidup hingga ke saat ini. Di antara para ulama sezaman yang membantah Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah : 
.
1_SYAIKH SULAIMAN BIN ABDUL WAHAB at-Tamimi an-Najdi (w.1208 H)_Ia adalah saudara kandung dari Muhammad bin Abdul Wahab, pendiri kelompok Salafi Wahabi. Syaikh Sulaiman jauh lebih pandai dan lebih alim dari Muhammad bin Abdul Wahab. Dia seorang tokoh ulama fiqh Mazhab Hanbali yang juga menjawat sebagai Qadhi Najd. Dia termasuk PENENTANG yang KERAS terhadap kesesatan ADIKNYA itu. 
.
2_ SYAIKH SULAIMAN BIN SUHAIM BIN AHMAD BIN SUHAIM al-Hanbali an-Najdi 
(1181 - 1230 H)_seorang tokoh ulama fiqh Hanbali di Riyadh. Orang tuanya juga tokoh ulama terkemuka yang MENENTANG ajaran Muhammad ibnu Abdul Wahab. Mereka berasal dari kabilah Anzah. Satelah Salafi Wahabi menguasai daerah Riyadh, Ibnu Suhaim ini hijrah ke Zubair dan wafat di sana. Kerana perseteruannya dengan Muhammad bin Abdul Wahab, dia dianggap KAFIR oleh Salafi Wahabi dan digelari sebagai 'al-Bahim' (binatang). Begitulah akhlak pendiri Salafi Wahabi terhadap orang-orang yang tidak setuju dengan DAKWAHNYA. 
.
3_Syaikh Muhammad ibnu Abdurrahman ibnu Afaliq al-Hanbali _Dia seorang ulama besar Ahsa dan tokoh ulama fiqh terkemuka. Memiliki banyak karya dalam bidang fiqh dan ilmu falak. Dialah yang MENASIHATI Utsman bin Muammar, Gabenor Uyainah, agar menjaga jarak dari Ibnu Abdul Wahab dan meninggalkan
nya. Ini menandakan kedalaman ilmu Ibnu Afaliq dalam berdialog dengan gabenor tersebut sehingga menerima alasan logik dan dalil-dalil yang dia ungkapkan. Kerana itu, Ibnu Abdul Wahab MENGKAFIRKANNYA dengan tuduhan KAFIR AKBAR, gara-gara menolak dakwahnya. 
.
4_SYAIKH ABDULLAH IBNU ISA AL-MUWAYIS at -Tamimi ( w.1175 H)_Ulama Najd ini seorang faqih dari Huraimila, hijrah ke Syam untuk menuntut ilmu dari as-Safaraini. Dialah yang berhasil meyakinkan Ibnu Suhaim untuk berhenti memberi dukungan kepada Ibnu Abdul Wahab kerana belum mengenali hakikat dakwahnya yang sebenar nya, sehingga ia pun menarik dukungannya. Inilah yang membuat pengasas Wahabisma tersebut murka dan mengkafirkannya sekafir-kafirnya. 
.
5_SYAIKH ABDULLAH IBNU AHMAD IBNU SUHAIM (w.1175 H)_seorang faqih dari daerah Majma'ah, Qasim. Tokoh ulama fiqh bermazhab Hanbali ini adalah qadhi (hakim agama) di Semenanjung Sudair. Ia MENENTANG dakwah Salafi Wahabi kerana sikap BERLEBIH-LEBIHAN mereka dalam MENGKAFIRKAN umat Islam. 
.
6_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABD AL-LATHIF_Ia adalah salah satu guru Ibnu Abdul Wahab yang berasal dari Ahsa. Ia termasuk PENENTANG KERAS ajaran muridnya yang di anggap SESAT. 
.
7_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN FAIRUZ al-Ahsai (w.1216 H)_Dia hijrah ke Bashrah setelah Salafi Wahabi menguasai daerah Ahsa pada masa Abdul Aziz bin Muhammad. Ayah dan datuknya adalah ulama Hanbali terkemuka. Dia adalah ulama yang sangat disegani dan dipandang oleh Sultan Turki Utsmani. Ibnu Fairuz adalah PENENTANG KERAS DAKWAH dan AJARAN Ibnu Abdul Wahab. Oleh kerana itu, dia dikafirkan sekafir-kafirnya dan dikatakan telah keluar dari agama Islam. 
.
8_SYAIKH MUHAMMAD ALI SALUM (w.1246 H)_Dia melarikan diri ke Bashrah bersama gurunya Ibnu Fairuz, akibat keganasan yang dilakukan oleh Salafi Wahabi. 
.
9_AL-ALLAMAH AL-QADHI UTSMAN BIN MANSHUR AN-NASHIRI (w.1282 H)_Ia adalah seorang Qadhi daerah Sudair dan Hail pada masa Turki Ibnu Abdullah Ibnu Faishal bin Turki. Dia berpendapat cukup KERAS tentang Salafi Wahabi dan mengatakan sebagai Khawarij Akhir Zaman.
.
10_SYAIKH MUHAMMAD SULAIMAN al-Kurdi _seorang mufti Syafi'iyyah di Madinah. Beliau adalah guru Ibnu Abdul Wahab yang juga mengecam keras dakwah muridnya itu dengan menulis buku berjudul "Masa'il wa Ajwibah wa Rudud 'ala al-Khawarij ' dan kitab 'ar-Radd 'ala Muhammad ibni Abd al-Wahhab '.
.
11_SYAIKH MARBAD BIN AHMAD at-Tamimi (w.1171 H)_Dia adalah seorang Qadhi dan tokoh ulama besar negeri Nejd. Tewas di bunuh kelompok Salafi Wahabi di kota Raghbah. 
.
12_AL-ALLAMAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH_Ia adalah seorang mufti Mekah bermazhab Hanbali yang hidup tidak jauh dari masa Ibnu Abdul Wahab dan turut menyaksikan kesesatan dan tindakan-tindakan anarkis yang di lakukan oleh keturunan Ibnu Abdul Wahab. Dia mengungkapkan rasa keberatan dan penolakan
nya terhadap fahaman yang satu ini melalui bukunya yang berjudul as-Sahb al-Wabilah 'ala Dhara'ih al-Hanbali. 
.
Para tokoh ulama di atas hanyalah sebahagian kecil dari ulama terkemuka yang hidup sezaman dengan Ibnu Abdul Wahab yang membantah ajaran sesatnya. Masih banyak ulama dari berbagai mazhab dan negara yang mengkritik penyimpangan Muhammad ibnu Abdul Wahab ini yang tidak dapat dicantumkan di sini kerana terbatasan halaman. Oleh kerana terlalu banyak ulama yang membantah dan ulama semua mazhab juga menentangnya, fahaman Ibnu Abdul Wahab ini telah dianggap sesat oleh mereka dan keluar dari ajaran Islam. 
.
Sekian, jauhilah dari fahaman sesat ini agar hidup beragama kita tidak tersasar. Wassalam.RATUSAN TOKOH ULAMA SEZAMAN DAN SETELAHNYA MENYATAKAN KESESATAN MUHAMMAD IBNI ABDUL WAHAB (Pengasas Wahabisme )

Sekian, jauhilah dari fahaman sesat ini agar hidup beragama kita tidak tersasar. Wassalam.

Sabtu, 3 April 2021

FUTUH: RAHSIA KEWALIAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

FUTUH @ PEMBUKAAN itu adalah sebahagian daripada rahsia-rahsia kewalian. Telah menerangkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Assyarif Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa;

Pembukaan itu adalah amanat ilahi. Pembukaan itu adalah rahsia Allahﷻ berkenaan perkara yang tidak boleh dikenali. Kenal akan sesuatu daripada hadrah Allahﷻ yang asalnya (perkara tersebut) tidak boleh dikenali (hanyalah diizinkan untuk sebahagian orang yang terpilih sahaja untuk mengenalinya). Tidak boleh dikenali sebab diri tidak layak, tidak suci untuk menerima anugerah pembukaan itu kerana kemampuannya, jiwanya, tidak larat untuk menerima pembukaan itu. Syarat bagi menerima anugerah itu besar yakni mesti menjaga rahsia anugerah pembukaan itu sendiri. Sekiranya tidak, diri akan dicampak keluar daripada hadrah Allahﷻ.

Sayugia dalam memelihara dan memperkemaskan niat untuk memasuki pintu ilahi, Murobbina Hafizahullahu Ta'ala telah menegaskan; 

"Niat yang suci terus akan mendapat jalan yang suci, niat yang bersih terus akan mendapat jalan yang bersih"

Tegas beliau lagi;

"Maka memelihara adab tujuan dalam jalan-jalan ilahi adalah sangat penting, agar diri dapat memelihara sifat kehambaan yang sejati. Amalan dan ibadah akan menjadi hijab diri dengan Allahﷻ seandainya diri mempunyai lain-lain niat dan tujuan selain Allahﷻ, dan juga akan menjadi fitnah pada ahlinya yang inginkan kekayaan, inginkan karamah, inginkan maqam, inginkan pembukaan/futuh, ingin berjumpa dan bersahabat dengan jin, inginkan alam-alam rohani, dan sebagainya. Inilah perkara yang merosakan keikhlasan dalam amal ibadah".

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina, dan menempatkan Murobbina Hafizahullahu Ta'ala disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra. Aamiinnn...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Isnin, 29 Mac 2021

Yaqazhoh dengan Nabi SAW

#Pegangan Akidah ahli sunnah wal jamaah
#kisah syeikh Qadir Jailani bertemu dengan Baginda SAW
#penolakan kpd kumpulan yg menafikan yaqazhoh dengan Rasulullah SAW..
#Wali2  dan ulama2 yg mengarang kitab2 yaqazhoh bertemu dengan Baginda SAW
#Wali2 yg bertemu dengan Rasulullah SAW secara jaga

Di sini ada beberapa jawapan kepada persoalan yang timbul daripada ahli ahli ilmu  ketika syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany berada di bumi Malaysia,..

Soalan mereka berkisar tentang : 

haruskah bagi seseorang hamba Allah dapat bertemu dengan Baginda SAW ????

padahal Baginda SAW telah terhijab di alam Zahir?

Jawapan syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany melalui perbahasan ringkas yang di beri nama:

" هَدِيَّةُ الإخوانِ فيمَنْ تَلاقَى مع سيِّدِ وَلَدِ عَدنان بِطريقِ اليقظةِ والعيانِ "

Ertinya:

“Hadiah kepada saudaraku ,bagi sesiapa yang dapat bertemu dengan Baginda SAW secara jaga dan melalui pandangan mata…”

Kawan-kawan telah meminta hamba(syarif alhadi) agar dapat menyebut beberapa nama besar daripada kalangan ulama’ yang mengatakan harus melihat Nabi SAW secara jaga..

Dan juga menyatakan beberapa kisah benar mengenai pertemuan wali wali Allah yang dapat bertemu dengan Baginda SAW  …

فأقولُ وبالله التَّوفيقُ وهو الهادي بِمَنِّهِ إلى سواء الطَّريقِ

-Adapun ulama’ ulama’ ummah yang mengatakan harus bertemu dengan Baginda SAW secara jaga ,terlalu ramai sehingga tidak terhitung ramainya mereka..

-Masalah ini,adalah suatu perkara yang amat besar,dan menjadi salah satu asas penting dalam iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah..

-Orang yang menentangnya,hampir pasti dilabel sebagai orang fasik,kerana telah keluar daripada perkataan ahli ahli hak (sebenar) dan ijmak mereka…

-masalah melihat Baginda SAW  termasuk daripada  salah suatu karamah (perkara yang mencarikkan Adat) para wali wali Allah  

-Dalam masalah ini , ulama’ ahli sunnah (akidah;Asya’ri dan AlMaaturidi) telah menetapkan bahawa :
# harus melihat Baginda  secara jaga,adalah perkara yang di haruskan pada syara’ #

Maka  Ahli Sunnah telah menetapkan dengan kaedah :

" كل ما جاز أن يكون معجزة لنبي جاز أن يكون كرامة  للولى" 

Suatu perkara  yang harus berlaku kepada Nabi2 atas jalan mukjizat, maka harus juga berlaku kepada Wali wali,tetapi atas jalan karamah., 

-maka dinamakan karamah tersebut bagi seorang wali,dengan syarat wali tersebut tidak mendakwa dirinya sebagai nabi….

-apabila didapati ada orang yang mengingkari akan karamah para wali,maka tidak ada sebarang erti untuk diadakan  perbincangan dengannya…..   

-Kerana perkara tersebut adalah suatu perkara yang harus pada akal, dan telah disabitkan dalam nas dalil daripada  Alquran, sunnah,ijmak ulama’ dan juga telah masyhur dalam kitab kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah….

-orang orang yang mengingkari harusnya melihat Baginda SAW , sesungguhnya mereka ini telah menyalahi akan suatu perkara yang masyhur, yang telah diijmak oleh  ulama’ ..

-juga mereka ini menyalahi sesuatu perkara yang telah masyhur disisi mana mana mazhab dan juga disisi orang ramai….

hadis Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Abi Hurairah RA  dalam kitab lmam Bukhari sudah cukup jelas untuk dijadikan dalil kepada ahli ahli ingkar…

hadisnya seperti berikut….:

" مَنْ رَآنِى فِي المَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي اليَقَظَةِ وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي"

Ertinya ;

“barangsiapa yang telah melihatku dalam mimpinya, sesungguhnya dia pasti akan dapat melihatku dalam jaga,kerana sesungguhnya  syaitan itu , tidak mungkin  dapat menyerupaiku…”

-Di sini kami akan paparkan nama nama besar ulama’ ummah yang mengatakan harus melihat Baginda SAW dalam keadaan jaga..

Antaranya..:

1-Imam Al Hafiz Baihaqi ,beliau menyebut didalam bab iktikad ketika menghuraikan masalah Isra’ Mikraj,dan beliau juga mengarang satu juzuk tentang kehidupan para nabi setelah kewafatan mereka…

2-Hujjatul Islam Imam Abu Hamid AlGhazali(imam Ghazali ), beliau mengarang di kebanyakan kitab kitab beliau,antaranya :Kitab Ihya ulumuddin, 

3-Syeikhul Wali Al-A’fif Al Yaafie RA  ,beliau menyebut dalam kitab beliau: Raudhur Riyyahin

4-Qutub Al-Kaamil Sayidi Abdul Qadir Jailani , pengarang kitab AlGhunniyah dan AlFaidhur-Rabbani

3-Syeikhul Akbar Mahyuddin Ibnu A’rabi (masyhur dengan Ibnu A’rabi),beliau adalah pengarang kitab “Futuhat Makkiyah”,“Fususul Hikam”dan beberapa kitab yang hebat..

4-Syeikh Imam AlQurtubi ,beliau menyebut dalam kitab “Tazkirah “ 

5-Imam Mujtahid Fakhrur Razi , pengarang kitab tafsir “Al’Azim”

6-Sayidi Abdul Karim Al-Jiili,pengarang “Al-Insanul Kamil” dan AlKahf War Roqim

7-Imam Hafiz Al-Qustullani,pengarang kitab Al-Mawahib Alladunniyah Bil Minahil Muhammadiah…

8-Qutubul Kamil Sayidi Abu Hasan Asy Syazili.

9-Khalifah besar Abu Hasan Asy-Syazili , Sayidi Abi Abbas Al-Mursi

10-Syeikhul Kamil Sayidi Ibnu A’toillah As-Sakandari,beliau adalah salah seorang murid Sayidi Abi Abbas Al-Mursi,dan beliaulah yang menyampaikan zauq –zauq ahli hakikat dalam kitab “ Hikam” beliau..

11-pejuang Mazhab Syafie : Al-Hafiz Al-Hujjah Ibnu Hajar Al-Haitami

12-Ibnu Abi Jamrah,
beliau  di beri pangkat “Ketua” dalam mazhab Maliki dan beliau juga  telah menyebut masalah: 
"harus melihat Nabi SAW dalam kitab Bahjatun-Nufus  ketika beliau mensyarahkan Hadis Bukhari dan Muslim..

13-Imam Al-Allamah AlMujtahid Abu Bakar Ibnu A’rabi AlMaliki,pengarang kitab “Tuhfatul-Ahwazi

14-Allamah Ibnu Al-Hajj,mujtahid mazhab Maliki, pengarang Kitab “Madkhol”

15-Imam Al-kamil Qodhi A’yad AlMaliki AlMaghribi,pengarang kitab “Assyifa’  Fi Ta’rifil-Mustafa”,kebanyakan ulama’ besar mengatakan kitab beliau adalah kitab yang sempurna dari setiap sudut

16-Syeikh Ahmad Az-Zaarruq,pengarang Kitab tasauf  “Qawaid-Zarruqiyah” 

17-pejuang mazshab Syafie,Al-Imam Subki

18-Imam Manawi

19-Imamul-Hujjah ,Wali Kamil  U’jubah Uwaih

20-Mujaddid Imam Suyuti,pengarang kitab Addurul-Mansur,dan kitab kitab yang lain ,dan bilangan kitab beliau sekitar  600 buah kitab,dan beliau juga mengarang kitab “Tanwirul Huluk Fi Jawazir Ru’yatun Nabi Wal-Malak”
kitab tersebut membicarakan secara khususi masalah : “harus Melihat Baginda  dalam keadaan jaga” 

-beliau juga telah mengatakan kehidupan  para Nabi nabi dalam muqaddimah kitab “Inbau’l- Azkiya’ ” …

" حياةُ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلّم في قبرِهِ هُوَ وسائرُ الأنبياءِ عليهم الصّلاة والسّلام مَعْلُومَةٌ عِندنَا عِلْمًا قَطْعِيًّا لِمَا قامَ عِندنا مِنَ الأدِلَّةِ على ذلك وتَوَاتَرَتْ بِه الأخْبَارُ " 

Ertinya: 

"kehidupan  Nabi Muhammad dan sekelian Nabi Nabi ketika berada di dalam kubur,sudah maklum di sisi kami,dan telah diputuskan bahawa kehidupan Nabi nabi di dalam kubur"

-berdasarkan kepada dalil dalil dan hadis Nabi Kita…

beliau juga telah menyebut dalam kitabnya:

" الإعْلاَمُ بِحُكْمِ عِيسَى عليه السَّلام "

nas kitab beliau seperti berikut :

"إذَا نَزَلَ ( يَعْنِى عيسى عليه السّلام ) يَجْتَمِعُ بِالنَّبِيَّ  صلّى الله عليه وسلّم "

Ertinya:
"Apabila turun Nabi Isa  ,beliau akan berhimpun bersama Baginda SAW

21-Imam Abdul Wahab Sya’rani  ,
-dan nasab keturunan beliau sampai kepada Maulana Muhammad Bin Ali bin Abi Tolib,beliau adalah pengarang kitab “Al-Bahrul-Maurud dan” “Lawaqihul-Qudsiah”.

-Dan beliau  mengarang kitab hampir 300 buah,dan beliau juga telah menyebut dalam kitab beliau,yaitu kitab “Tanbihul Aghbiya’ A’la Nukhtah Min Bahril  ilmil- Auliya”…(1)

Dan setiap yang di sebutkan dalam kitab tersebut amatlah sedikit jika dibandingkan dengan rahsia yang ada pada martabat Auliya yang sebenar ..,

yaitu terdapat 71 ribu ilmu,dan setiap satu ilmu daripadanya ,tidak mungkin dapat dicapai akannya melainkan sedikit jua…

-beliau telah menyebut masalah yang berkait dengan martabat seseorang yang dapat melihat Nabi Muhammad SAW secara jaga..,

dan nas perkataannya :

" هُوَ مَقامٌ عزيزٌ لا يَنَالُهُ كُلُّ أحدٍ بَلْ دُونَهُ مِائتَا ألفِ حجَابٍ وسبعةٌ وأربعونَ ألفَ مقامٍ وسبعمائةٌ وتِسعونَ مقامًا وأُمَّهَاتُهَا مائةُ ألفِ مقام وخَاصَّتُهَا ألفُ مقامٍ فَمَنْ لمْ يَقْطَعْ هذهِ المقاماتِ كلّهَا لا يَصِحُّ لهُ الأخْذُ عنهُ صلّى الله عليه وسلّم يقظةً "

Ertinya:
-melihat Baginda  ,adalah satu maqam yang tinggi,dan tidak boleh seseorang itu mencapai tahap tersebut…,bahkan orang orang terdahulu,mestilah mereka ini :

1-melepasi 200000 halangan,

2-mereka  perlu berpindah dari satu maqam hingga  47000 maqam,atau hingga 790 maqam..

-nisbah pada perempuan,perlu berpindah dari satu maqam hingga 100000 maqam..

-nisbah kepada orang tertentu dan terpilih,perlu berpindah dari satu hingga ke 1000 maqam…

-barangsiapa yang tidak melepasi maqam maqam ini,maka pada ketika itu,ia belum sah dan layak untuk menerima sesuatu daripada Baginda secara jaga….

-adalah Imam Sya’rani RA  telah berbangga dengan diri beliau,kerana beliau adalah satu satunya orang yang mempunyai sanad yang paling dekat dengan Baginda SAW  (pada masa hayatnya),

-kerana beliau telah mengambil daripada gurunya,yaitu Sayidi Ali Khawwas Khawwas RA  ,dan gurunya itu mengambil daripada Baginda SAW  secara jaga (secara langsung)dengan tiada perantaraan oleh sesiapa…

21-Sayidi Mustafa AlBakri RA  ,pensyarah Nuktah Bismillah,dan penerima pertama selawat yang masyhur (selawat fatih)

22-Qutub Alkamil Sayidi Abdul Aziz Ad-Dibaghi AlHasani ,pengarang kitab Ibriz

23-Sayidi Ahmad AlMubaarak Al-Faasi RA (murid Sayidi Abdul Aziz AdDibaghi)

24-Imam AlBaajuri  RA

25-Syeikh Ismail Yusuf An Nabhani RA ,karangan beliau tersebar ke merata tempat,dan beliau telah menyebut masalah melihat BAGINDA SAW  dalam kebanyakan kitab beliau,

-dan beliau menerangkan secara terperinci dalam kitab beliau yang masyhur ,yaitu kitab “Saa’datud Daarain Fi Solati A’lan- Nabi”..
-dan barangsiapa yang ingin mengetahui akannya,hendaklah ia lihat dalam kitab beliau tersebut..

26-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddis Sayidi Muhammad  At-Tijani Al-Misri Alhusaini  …,beliau adalah ulama’  semasa dan mutakhir,dan beliau menyebut pada kebanyakan kitab beliau  dan majlis soal jawab beliau..

27-Al-Imam Al-Hafiz Sayidi Muhammad  Zakaria Al-Kandahlawi Al-BAKRI RA   .,pengarang kitab Aujazul-Masalik ila Muwata’  Imam Malik,dan beliau juga mengarang secara khusus masalahmelihat Baginda.. 

28- Imam Al-A’zom Mujaddidul Falaki,beliau masyhur sebagai orang pertama yang mencipta dan mereka satu ilmu yang cukup tinggi..(2)

29-Sayidi Muhammad Musa Ruhani Al-Baazi  ,beliau adalah  Syeikhul Hadis di Darul Hadis Lahour Pakistan ,pengarang kitab Fathul -A’lim..dan kitab kitab yang lain yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat..

30-Imam Mujadid Qosim An-Nanutawi  

31-Syeikh AlMuhakkik Asyraf Ali At-Tahanawi  

32-Imam Muhammad Husain Al-Madani  

33-Syeikh Al-Kankuhi  ,dan seluruh pemimpin Toriqah Tisytiyah,dan toriqah Naqsyahbandiyah(mujaddidi/Khalidi)dan jika ada sesiapa yang merasa syak kenyataan tersebut,sila lihat tulisan Imam Rabbani Ahmad Al-Faruqi As-Sarahindi  ,dan tulisan qutub Alkamil Zil-Janahain,syeikh Khalid Baghdadi  …

34-Syeikhul-Mahbub Sayidi Abu Hasan An-Nadwi Al-Hasani  ..dan

35- kebanyakan ulama’-ulama’ besar daripada jamaah tabligh.

Maka jangan diambil kira perkataan setengah daripada jamaah yang telah terpengaruh dengan golongan Wahabi…

Ulasan syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany :

Sesunguhnya aku telah mendengar dari seseorang yang  dipercayai akannya,yaitu saudara seagama yang sangat baik, beliau adalah salah seorang yang berkhidmat dengan jemaah tabligh di swissra,namanya Sayyid Abdul Wahab Bin Nasir dari Tunisia..

Katanya:
Aku telah bertanya As-Syeikh Alwali ,yaitu  seorang lmam sufi Al-muhaddis,Sayidi Muhammad In’am AlHasan Al-Kandahlawi Al-Bakri  
(masyhur dengan panggilan Syeikh Hadraji) 

Beliau bertanya:

Ya Sayyidi..!!, 

terlalu banyak pendapat dalam masalah Melihat Baginda Nabi Muhammad SAW  dalam keadaan jaga..,apakah pendapat kamu dalam masalah ini???

Lalu Syeikh Hadraji Menjawab.:

“ya..!!!
masalah tersebut adalah benar,dan  aku salah seorang daripada orang yang dapat melihat Baginda Nabi SAW ….."

36-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Makki ,dan beliau menyebutnya pada kebanyakkan karangan dan soal jawab beliau…

38- Habib Umar Bin Salim Al-Hadrami AlHusaini  , dan beliau juga menyebutnya pada kebanyakkan karangan dan soal jawab beliau..

adapun  peristiwa dapat melihat Baginda SAW  yang berlaku ,ia adalah peristiwa yang berlaku kepada wali  wali Qutub yang hebat..
dan mereka ini mempunyai pangkat dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. 

-Berkata Al-Allamah Sayidi Ali Harazim attijany,dan katanya dalam kitab Jawahirul Maa’ni,seperti mana yang di dinaqalkan daripada Syeikh Ahmad Tijani RA  ,ketika Syeikh Ahmad Tijani RA  di tanya beberapa perkataan yang di ungkapkan oleh Abdullah AlMursi ..

-Antaranya:

     " مُنْذُ أرْبعينَ سنةً مَا حُجِبْتُ فِيهَا عَنِ  رسول الله طَرْفَةَ عَيْنٍ وَلَوْ حُجِبَ عَنِّي رسولُ الله صلّى الله عليه وسلّم طَرْفَةَ عَيْنٍ مَا عَدَدْتُ نَفْسِي مِنَ المُسْلِمِين "  

Ertinya :

Sejak 40 tahun lalu,aku tidak pernah sekalipun terhijab daripada  melihat Baginda SAW  walau sekelip mataku ,dan jikalau terhijab daripadaku Baginda SAW  walau sekelip mata,nescaya aku tidak mengira diriku ini sebagai seorang muslim..

Lalu Syeikh Tijani RA mengulas perkataan Syeikh Abdullah Al-Mursi  RA tadi. Kata beliau:

" إنّ هذِهِ الخُصُوصِيَّة ليْسَتْ للمُرْسِيِّ وَحْدَهُ وإنَّمَا هِيَ لِقُطْبِ الأقطابِ ( الغَوْثُ ) فِي كُلِّ وقتٍ مُنذ جُلُوسِهِ علَى كُرْسِيِّ القُطْبَانِيَّةِ لا تَقَعُ بينه وبين رسولِ الله صلّى الله عليه وسلّم حِجَابِيَّةٌ أَصْلًا وحَيْثُمَا جَالَ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم مِنْ حضرةِ الشَّهادَةِ إلاَّ وعَيْنُ القُطب مُتَمَكِّنَةٌ مِنَ النَّظَرِ إليهِ لاَ يُحْجَبُ عنهُ فِي كلِّ لحظةٍ مِنَ اللّحظاتِ                          

Ertinya :
sesungguhnya  keistimewaan yang  di perolehi oleh Sayidi Abdullah Al-Mursi  .,
bukanlah hanya dikhususkan untuk  beliau seorang, bahkan keistimewaan itu untuk sekelian wali wali Qutub yang lain juga(qutub Al-Ghaus)…,-dan pada setiap detik dan waktu,sesiapa yang menduduki maqam Wali Qutub, tidak mungkin sama sekali akan terhijab  antara beliau dengan  Baginda SAW …!!!!!

-Berkata Imam Sya’rani  dalam kitab “Lawaqihul Anwar Al-Qudsiah”  pada masalah U’hud-AlMuhammadiah(perjanjian Muhammadiah),katanya:

" فَإنْ أكْثَرْتَ مِنَ الصَّلاة والتّسليم عليه صلّى الله عليه وسلّم فَلَرُبَّمَا تَصِلُ إلى مقامِ مُشَاهَدَتِهِ صلّى الله عليه وسلّم وهْيَ طريقةُ الشّيخ نورالدّين الشُّونِي والشّيخ أحمد الزَّوَاوِيُّ والشّيخ محمّد بن داَوُد المَنْزَلاَوِيُّ وجماعةٍ مِنْ مشايخِ العصرِ فَلا يزالُ أحدُهُمْ يُصَلِّى على رسول الله صلّى الله عليه وسلّم ويَتَطَهَّرُ مِنْ كُلِّ الذُّنُوبِ حتَّى يَجْتَمِعَ بِه يقظةً في أيِّ وقْتٍ شاءَ ومَنْ لمْ يحصُلْ له هذا الإجتماعُ فهو إلى الآن لم يُكْثِرْ مِنَ الصّلاة على رسول الله صلّى الله عليه وسلّم الإكْثَارَ المَطْلُوبَ لِيَحْصُلَ له هذا المقام "

Ertinya:

Jikalau engkau memperbanyakkan Selawat atas Baginda SAW ,maka boleh jadi engkau akan mencapai ke tahap dapat musyahadah Baginda SAW  ..

Itulah jalan yang digunakan oleh Syeikh Nuruddin Asyuuni  , Syeikh Ahmad Zawawi  ,Syeikh Muhammad bin Daud Al-Manzaalawi  dan daripada beberapa jemaah mutakhir….

-sentiasalah mereka ini berselawat atas Baginda SAW  ,dan menyucikan diri mereka daripada segala dosa,hinggalah mereka ini dapat bertemu dengan Baginda SAW dalam keadaan jaga dan pada bila bila masa beliau inginkan..,

"barangsiapa yang masih belum bertemu dengan Baginda SAW ,ia masih belum memperbanyakkan selawat  atas Baginda SAW ) seperti mana yang dituntut atasnya…,supaya dapat mencapai tujuannya…

Pertemuan para wali-wali dengan Rasulullah  

Pertemuan para wali-wali dengan Rasulullah   dalam keadaan jaga dan nama nama wali wali besar yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW  ….

berikutnya ,adalah diantara nama nama besar yang meriwayatkan bahawa mereka ini dapat bertemu dengan Baginda SAW  secara jaga, serta mempunyai sanad yang A’li(tinggi) lagi sahih,dan juga melalui sanad yang bersambung dengan Wali wali Qutub,dan para pimpinan agama bagi ummah terbaik ini..

Antaranya:

1-Qutub Al-Maktum,Khotmul Auliya Sayidi Ahmad Tijani ., kata beliau dalam kitab Jaawahirul-Maa’ni:

" قَدْ أخبَرنِي سيّدُ الوُجود صلّى الله عليه وسلّم بأنِّي أنَا القُطبُ المكْتُوم مِنْهُ إليَّ مُشَافَهَةً يَقَظَةً لاَ مَنَامًا " 

Ertinya:

“Baginda telah memberitahu akan daku,bahawa daku inii adalah Qutub AlMaktum,dan pengkhabaran itu  berlaku,melalui petemuan secara lansung, jaga dan bukan melalui mimpi..”

2- Qutub Al- Kamil Sayidi  Abdul Qodir Jailani  Al-Hasani ..

Dan telah berkata Syeikh Surraj Ibnu Mulaqqan  dalam kitab “Tobaqatul-Auliya” : katanya dalam kitab tersebut : telah berkata Syeikh Qadir Jailani  :

“aku telah melihat Rasullullah  sebelum Zohor,lalu Rasulullah  berkata kepadaku:

“Wahai anakku..!!,kenapa kamu tidak berbicara?”

Lantas aku menjawab :

“Wahai Ayahandaku..!!,aku hanyalah orang A’jam(1)dan bagaimanakah aku hendak bebicara dihadapan orang orang Baghdad yang fasih berbahasa arab..??

Maka Rasulullah  berkata :

” bukalah  mulut  engkau..!!”

beliau  terus membuka mulut beliau,maka Rasulullah   meludah kedalam mulut beliau sebanyak 7 kali

dan Rasulullah  berkata kepadanya:

“berbicaralah di hadapan Manusia..!!,dan ajaklah mereka ke arah jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah (kebijaksanaan); dan dengan teguran yang baik 

 Kemudian  Beliau pun pergi solat zohor dan beliau berkata :

“dan aku pun duduk setelah selesai solat zohor,kemudian hadirlah dihadapanku orang ramai,dan …perasaan gemuruh melanda atas diriku,dan aku telah melihat Sayidina Ali  sedang berdiri sambil memegang selendangku di dalam majlis tersebut..

dan beliau katakan kepadaku :

“Wahai anakku..!!,kenapa kamu tidak berbicara?”

Lalu beliau menjawab:

“Wahai ayahandaku..!! aku merasa gemuruh ..”

Lalu sayidina Ali  mengatakan kepadaku:

“Bukalah mulut engkau..!! ”

Lalu beliau pun membuka mulut beliau ,dan Sayidina Ali  pun meludah kedalam mulut beliau sebanyak 6 kali..

Lalu aku (Syeikh Abdul-Qadir Jailani )pun bertanya kepada Sayidina Ali  ..

Mengapa engkau tidak cukupkannya  sebanyak 7 kali (sepertimana yang di lakukan oleh Rasulullah  )

Lalu Sayidina Ali  menjawab:

“kerana aku beradab dengan Rasulullah ,kemudian beliau(Sayidina Ali ) membelakangi daku…..

Lalu aku berkata :

 فقُلتُ غَوَامِضُ الِفكْرِ يَغُوصُ فِي بَحْرِ القَلبِ علَى دُرِّ المَعَارِفِ فَيَسْتَخْرِجُهَا إلى سَاحِلِ الصَّدْرِ فيُنَادِي عليه تُرْجُمَانُ اللِّسانِ فَيُشْتَرَى بِنَفَائِسِ أثْمَانِ حُسْنِ الطّاعةِ فِي بُيُوتِ أَذِنَ اللهُ أَنْ تُرْفَعَ " 

Ertinya :

Fikrahku menjadi kabur ,lalu ia terus menyelam kedalam lubuk hati hinggalah sampai kepada permata-permata makrifat  ,dan kemudian ia mengeluarkan permata-permata makrifah tersebut ke permukaan dadaku ,(maka pada ketika itu ) lidah terpanggil dalam menterjemahkan keadaan…   

Itulah  ketaatan yang sempurna ,ketaatan yang  di nilai dengan harga yang sangat tinggi,ketaatan yang berada didalam singgahsana yang di beri izin(dibenarkan) seseorang itu berada di dalamnya