Khamis, 27 Januari 2022

KEPENTINGAN MENCARI AHLILLAH YANG MASIH HIDUP SEBAGAI PENYAMBUNG MADAD DAN KURNIAAN ILLAHI KEPADA UMMAH

Telah berkata alQutb al Maktum Syeikhuna Ahmad bin Muhammad at Tijani رضي الله عنه :

Barangsiapa yang menyedari kewujudan mereka (wali-wali dan siddiqin) dan mengambil faedah daripada mereka dengan bersuhbah dan berdamping dengan mereka dan mengharapkan madad illahi terus  melimpah kepada dirinya pada masa hayatnya (wali dan siddiqin tersebut) sesungguhnya dia adalah orang yang beruntung kerana memperolehi limpahan madad yang mengalir ke atas dirinya daripada Allah ﷻ melalui orang-orang pilihanNya.

=======

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Jumaat, 21 Januari 2022

SAB 'UL MASANI (7 Martabat)

Fana' - seorang yang hanya nampak Allah sahaja

Fana 'ul fana' - hanya Allah sahaja yang ada

Fana 'ul Baqa' - mula secara perlahan-lahan melihat makhluq ciptaan Allah

Baqa' - sudah kembali melihat makhluq Allah (sudah pergi ke Hadrah Allah dan pulang balik ke alas Haid

Baqa 'ul Fana' - tapi kadang-kadang boleh fana' balik

Baqa 'ul Baqa' - sudah kukuh di Hadrah Baqa' yakni tak kan berlaku fana' lagi padanya

Kaamilah - sudah sempurna. Di martabat menunaikan Hak Allah dan Hak Makhluq Allah.
Sesiapa yang cecah martabat ini, walau dia usaha untuk lalai kepada Allah, mustahil untuk dia lalai kepada Allah walau sedetik.

Rabu, 19 Januari 2022

HUBUNGAN RUHIYAH ADALAH HUBUNGAN YG BERKEKALAN HINGGA KE ALAM AKHIRAT

KERUHANIAN ADALAH MATLAMAT DAN KEUTAMAAN KEPADA PARA HAMBA 

Jamaah yang bertariqah dan bermursyid merupakan sebuah persaudaraan yang kental daripada persaudaraan sedarah, sebab ikatan persaudaraan pada tariqah adalah ikatan ruh bukan ikatan jasad. Bahkan seseorang yang berbai'ah kepada seorang Mursyid Tariqah ibarat kelahiran kedua dalam hidupnya, dan semenjak itu ia memiliki dua orang tua, satu orang tua biologi dan kedua adalah orang tua spiritualnya.

الحمد لله بنعمته تتم الصالحات 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ 

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

Isnin, 17 Januari 2022

Dunia menuju akhirat

DUNIA YG ALLAH TAALA TELAH JAMIN AKAN REZEKI KEPADA SETIAP HAMBANYA ..
TETAPI HAMBANYA BEKERJA SEAKAN REZEKI ITU ATAS USAHA HAMBA TERSEBUT 
DAN HAMBA TERSEBUT MASIH TIDAK MERASA CUKUP
WALHAL REZEKI HAMBA SUDAH TERTULIS DALAM LEMBARANYA..

TETAPI AKHIRAT YG ALLAH TAALA MINTA PARA HAMBANYA SUPAYA MENAMBAH BEKALAN DEMI BEKALAN

HAMBA DENGAN MUDAH BERKATA DENGAN LISANUL HAL :
CUKUPLAH SEADANYA APA YG KAMI AMALKAN DRPD KETAATAN KAMI(SEKADAR MELAKSANAKAN YG WAJIB)...

لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

~mafhum kalam Syeikh
~pengajian kitab hikam dizawiyah iraah oleh Syarif Ahmad Alhadi Alhasani

TERHIJAB AMALAN KEBAIKAN DENGAN SIFAT KEAKUAN

Telah menasihatkan guruku yang dikasihi, Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani  Hafizahullahu Ta’ala;

“Telah membinasakan berhala-berhala diluar untuk binaan berhala-berhala sendiri” 

Sayidi Ahmad Al Hadi telah membahaskan akan sifat-sifat ahli ibadah yang berjaya meninggalkan dunia untuk agama, tetapi dalam masa yang sama, dirinya semakin membina dan membesarkan KEAKUAN didalam dirinya, kerana merasakan dirinya telah berjaya dengan mujahadah dirinya - banyak beramal ibadat dan telah berjaya meninggalkan dunia.

Dia merasakan dirinya telah layak untuk menerima balasan-balasan kebaikan daripada Allah SWT berupa pahala dan syurga, merasakan hampir dirinya dengan Allah serta merasa layak untuk dirinya mendapat kedudukan disisi Allah SWT. 

Inilah sifat KEAKUAN yang dinisbahkan sebagai berhala yang semakin membesar dibina dalam diri (memandang kehebatan diri setelah bermujahadah) tanpa disedari, sekiranya beramal ibadah tanpa Tazkiyatun Nafs.

Ya Allah, berkatilah dan rahmatilah guru kami yang dikasihi, Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta’ala dan tempatkanlah beliau dikalangan kekasih-kekasihMu yang sentiasa berjaya dan mulia.

cnp

Selasa, 11 Januari 2022

Anugerah

Anugerah sesuatu yang tinggi dan hebat. Tidak dipanggil anugerah jika ianya sekadar perkara biasa. Itu tidak dipanggil anugerah, ianya pemberian.
Anugerah bukan kerana kelayakan.
Ia adalah kerana si pemberi anugerah berkenan untuk memberikan anugerah. Sekiranya pemberian atas kelayakan, itu adalah keadilan bukan anugerah. 
Ia juga disebut sebagai imbalan.
Justeru, Ibu adalah anugerah tiada yang boleh menggantikannya (Who next your mother, who next your mother and then your father)
Ayah juga anugerah tiada yg boleh berani meletakan ' Bin ' sesuka hati. 
Maka kita ini semuanya milik ayah.
انت و مالك لابيك ....
(Engkau dan hartamu milik ayahmu begitulah sabda nabimu)
Anak juga anugerah ada yang hari² menanti tangisan anak kecil hadir di kamar tidurnya.
ولد صالح يدعو له
Anak yang soleh yang mendoakan. Doakan buat ayah bondamu. 
Jadilah anak² yang soleh. Tanda anak yang soleh sentiasa mendoakan.

Sebesar-besar anugerah adalah menjadi umat kepada junjungan nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam...
Sahabat tinggal semua yang dimiliki kerana ingin menjadi sahabat.
Kita ada semuanya, tak kehilangan.
Malah terus dianugerahkan dengan panggilan 'ikhwan' (saudaraku) semasa hayatnya baginda terkenangkan kita, dan ummati, ummati (ummatku, ummatku) di Mahsyar nanti terus mengingatkan kita. Tanda syukur umat kepada nabi adalah dengan berselawat.
Wahai insan... Ingatlah pesan gurumu bertali eratlah dengan wasilah² yang menyampaikan kamu kepada hadrahnya....

(حبل الوصول).

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق و الهادي إلى صراطك المستقيم و على اله حق قدره و مقداره العظيم....

Isnin, 10 Januari 2022

MERENDAH DIRI



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala dalam majlis Daurahnya pernah mengatakan kepada kami: 

"Seorang hamba sentiasa merasakan dirinya dibawah tapak kaki orang lain" 

Maksud beliau adalah bagi seorang yang bergelar hamba Allah hendaklah sentiasa merendah diri dengan saudara seislam yang lain dan berhusnu dzon dengan saudara seislam yang lain serta beranggapan bahawa mereka adalah terlebih baik daripada diri mereka sendiri.  

Abu Madyan r.a berkata: Perasaan rendah diri seseorang yang telah berbuat maksiat dosa itu, lebih baik daripada kesombongan seseorang yang taat. 

Maksudnya, ada kalanya, seseorang hamba berbuat (amal ibadah) kebaikan yang (sehingga) menimbulkan rasa ujub, sombong, sehingga dapat menggugurkan segala amalan-amalan yang sebelumnya (terbatal amalan kebaikannya yang terdahulu). 

Dan ada kalanya seseorang yang berbuat dosa, sehingga menyedihkan hatinya (timbul rasa menyesal), sehingga timbul rasa takut kepada Allah dan menyebabkan (rasa terancam akan) keselamatan dirinya (akan menerima balasan azab dan neraka, lantas mencari keampunan daripada Allah, rasa takut pada Allah). 

Dalam terjemahan Kitab Al Hikam, Syaikh Ibn Athoillah As Sakandari, ada diriwayatkan suatu kisah daripada Asya'bi bahawa daripada Alkhalil Bin Ayyub bahawasanya seorang Abid dari Bani Israil ketika dia sedang berjalan, dia dinaungi awan. 

Tiba-tiba datang seorang pelacur Bani Israil dan tergerak dalam hati pelacur itu (untuk berkata): Ini seorang Abid Bani Israil, aku ingin mendekati kepadanya, semoga aku mendapat Rahmat Allah kerana mendekat kepadanya. 

Maka ketika pelacur itu mendekati kepada Abid itu, tiba-tiba si Abid itu mengusirnya dengan berkata "Pergi engkau dari sini !". Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi SAW bahawa Aku (Allah) mengampunkan dosa pelacur itu dan membatalkan amal si Abid itu. Maka berpindahlah awan tersebut dari atas kepala Abid itu keatas kepala pelacur itu. Wallahu a'lam. 

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya kepada Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩