Selasa, 19 Julai 2022

APAKAH ERTI AL MADAD ?APAKAH AL MADAD DI SISI TASAWWUF ?


AL-MADAD DARI SISI PANDANG ULAMA SUFI/AHLILLAH

Banyak kekeliruan dan bahaya terjadi kepada orang awam yang jahil tentang istilah ahli sufi apabila mereka cuba untuk merungkai dan memahami kalimah-kalimah tersebut. 
-kejahilan mereka berkenaan hal tersebut menyebabkan mereka susah untuk memahami kalam sufi dengan pemahaman yang mendalam, dan terkadang mereka melihat kata-kata tersebut bertentangan dengan nas-nas syariat dan hukum agama.. Ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap bidang ilmu itu ada istilah khas yang tidak dapat difahami melainkan bagi ahlinya...
Lafaz-lafaz yang digunakan oleh para sufi dalam percakapan mereka ini adalah suatu bentuk isyarat, kinayah dan majaz. 
-Ia banyak terdapat di dalam bahasa Arab dan bukanlah perkara yang asing (dan sudah menjadi satu kewajipan untuk kita menguasai bahasa Arab bagi memahami perkara yang sedang dibincangkan ini). 
-Bahkan kita dapat lihat dengan jelas di dalam Al-Quran juga terdapat kalam majazi, seperti firman Allah :
وأُشربوا في قلوبهم العجل[1]
واسأل القرية[2]
أو من كان ميِّتا فأحييناه[3]

dan ayat-ayat lain..

-Sebahagian istilah tasawwuf digunakan sebagai kata pinjaman dan ibarat atau ungkapan bagi menggambarkan idrak mereka yang tidak dapat diterjemah dengan bahasa biasa. 
Oleh itu, orang yang ingin memahaminya hendaklah mendampingi mereka sehingga jelas baginya ungkapan mereka serta dia dapat mengerti isyarat dan istilah mereka. 
Seterusnya, dia akan menyedari bahawa ahli-ahli sufi ini tidak pernah keluar dari panduan kitab dan sunnah, serta tidak terpesong dari jalan syariat yang mulia, mereka itulah golongan yang arif akan perihal syariat ini, yang berdiri di atas hakikatnya, dan yang menjaga akan legasinya.
-Berkata sebahagian para arifin: “Kami adalah suatu kaum yang diharamkan kitab-kitab kami dari diteliti oleh orang-orang yang bukan ahli dalam jalan kami.”[4]
Ini kerana tujuan pembukuan ilmu-ilmu ini adalah untuk menyampaikannya kepada ahlinya. Maka orang yang bukan ahlinya, tatkala menelaah kitab-kitab ini, mereka tidak memahami isi kandungannya, 
kemudian mereka menentang dan memusuhinya, kerana manusia itu memusuhi perkara yang dia tidak ketahui. 
-Oleh hal yang demikian, berkata Sayyid Ali ibn Wafa rahimahullah:
 “Sesungguhnya orang yang membukukan ilmu makrifah dan asrar tidaklah dia membukukannya bagi sekalian manusia, bahkan jika dia mendapati orang yang menelaah kitab tersebut bukan dari ahlinya, sudah pasti dia menegah orang itu dari perkara tersebut.”[5]
-Wajib diketahui bahawa kalam ahli sufi yang melarang pembacaan kitab-kitab mereka oleh orang awam bukanlah bertujuan menutup dan menyembunyikan ilmu,
-tetapi kerana ditakuti tersalah faham dan terjadi tafsiran yang menyalahi hakikat kata-kata itu.---
-Maka sudah tentu orang awam itu akan mengingkari dan menyanggah kalam tersebut, 
-inilah halnya orang yang jahil terhadap sesuatu ilmu. 
-Larangan ini juga bertepatan dengan tuntutan agama agar mukmin yang ingin berbicara menyampaikan apa yang bersesuaian dengan tahap ilmu, kefahaman dan persediaan pendengarnya. 
Oleh sebab inilah Imam Al-Bukhari menyusun suatu bab khas di dalam kitab sohih beliau bertajuk:
باب من خص بالعلم قوما دون قوم كراهية أن لا يفهموا[6]
-Antara mustholah tasawwuf yang mempunyai takwilan atau tafsiran yang benar dan bertepatan dengan syariat adalah kalimah al-madad (المدد). 
Ia sering terdengar di bibir para sufi, sering digunakan di dalam doa dan seruan mereka kepada Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam.
-Penentang para sufi/wali2 berhujah dengan mengatakan bahawa kalimah ini bererti memohon pertolongan kepada selain Allah SWT, dan tidaklah dibolehkan memohon bantuan serta meminta pertolongan melainkan kepada Allah SWT. -Sepertimana yang disabdakan oleh baginda Nabi :
إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله[7]
-Allah juga telah menerangkan di dalam Al-Quran bahawasanya segala bantuan adalah dari-Nya:
كلاّ نمد هؤلاء وهؤلاء من عطاء ربك[8]
-Sekumpulan manusia benar-benar tidak mengetahui bahawa pembesar-pembesar sufi itu, merekalah ahli tauhid yang sejati, yang memimpin tangan-tangan muridin agar dapat mengecapi kemanisan iman, dan kemurnian yakin (akidah).
-Pertama sekali, untuk memahami kalimah madad..:
kita perlulah menelitinya dari sudut bahasa asal perkataan ini..
iaitu bahasa arab. 
-Makna kalimah madad berbeza berdasarkan niat orang yang menyebutnya. Tertulis di dalam lisanul Arab:
مددنا القوم: أي صرنا لهم أنصارا ومددا وأمددناهم بغيرنا[9]
Juga dinyatakan kata-kata Sibawayh di dalam kitab tersebut:"المدد ما مدّهم به أو أمدّهم؛ والجمع أمداد، قال: ولم يجاوزا به هذا البناء، واستمدّه: طلب منه مددا، والمدد: العساكر التي تُلحق بالمغازي في سبيل الله.. والإمداد: أن يرسل الرجل للرجل مددا، تقول: أمددنا فلانا بجيش. قال الله تعالى: ﴿أن يمدكم ربكم بخمسة آلاف﴾. وقال في المال: ﴿أيحسبون أنما نمدهم به من مال﴾. وقال تعالى وعلا: ﴿وأمددناكم بأموال وبنين﴾. فالمدد ما أمددت به قومك في حرب أو غير ذلك من طعام أو أعوان...[10]
-Dan perkara penting yang kita dapat fahami daripada takrif madad itu tadi, sesungguhnya madad yang bererti bantuan/pertolongan, berbeza maknanya apabila ia di sandarkan kepada Allah SWT. .
-dan apabila disandarkan kepada makhluk (bantuan Allah/bantuan makhluk). Maka kalimat madad yang bermakna pertolongan dan bantuan ini, merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh syariat untuk dilakukan dalam kehidupan kita, firman Allah Taala:وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
[11]
-Oleh itu, orang yang memohon bantuan dari orang lain tidaklah sama seperti permohonannya kepada Allah SWT, kerana permohonan kepada makhluk itu dengan erti memohon bantuan dan kekuatan yang Allah SWT kurniakan kepada orang tersebut.-Bagi menghilangkan kesamaran berkenaan kalimah madad, individu mukmin mestilah melihat sesuatu perkara di hadapannya dengan pandangan zahir dan pandangan hati.
Pandangan hati yang mengakui keesaan Allah SWT. ., meyakini bahawa Allah SWT adalah tuhan yang berkuasa mutlak atas segala-galanya, yang terjadi sesuatu kejadian kerana kehendakNya..
dan tidak sama sekali mensyirikkanNya dengan Nabi atau wali atau selainnya.
-Pandangan zahir yang Allah SWT kurniakan pula digunakan untuk meneliti ‘sebab-sebab’ yang Allah SWT jadikan ia sebagai satu sunnah yang mempunyai hikmah di dalam kehidupan.
-Sesungguhnya, Allah Taala telah -menetapkan tugas-tugas dan pekerjaan yang bersifat zahiriyyah dan batiniyyah/ruhiyyah bagi sebilangan manusia yang terpilih di atas muka bumi ini. 
Dia juga telah mengurniakan bantuan dan kekuatan nurani kepada golongan ini yang terdiri daripada para rasul, anbiya’ dan awliya’. Allah Taala telah membukakan bagi mereka rahsia-rahsia sehingga mereka teguh berdiri untuk membantu agamaNya, mengibarkankan panji-panjinya, dan mampu memberi bantuan kepada sesiapa yang mereka kehendaki dengan izin Allah SWT.
-Maka kita dapati setiap para mukmin , mereka mengambil kira sebab-sebab terjadinya sesuatu, tetapi mereka tidak bergantung harap kepada sebab-musabab tersebut..
dan tidak pula berkeyakinan terjadinya sesuatu semata-mata kerana ada ‘sebab’. Kerana jika seseorang yang melihat kepada sebab, dan dia berkeyakinan bahawa sebab itulah yang memberi kesan dengan sendirinya, bukan kerana kehendak Allah SWT, -maka dia telah mensyirikkan Allah dengan perkara tersebut. 
-Dan jikalau dia melihat kepada Yang menjadikan sebab (Allah SWT)..
-tetapi pada masa yang sama dia tidak menghiraukan sebab, maka dia telah menyalahi sunnatullah kerana Allah Taala telah menjadikan sebab bagi setiap sesuatu... 
Oleh itu, mukmin yang sempurna kefahamannya, pasti akan memanfaatkan kedua-dua pandangan (pandangan hati dan pandangan zahir) yang dikurniakan kepadanya. 
-Di sini disertakan beberapa contoh bagi menerangkan perkara ini:
Allah Taala ialah tuhan yang esa yang menjadikan manusia dengan kehendak dan kekuasaanNya. Namun Dia juga telah menjadikan sebab tobie bagi penciptaan manusia iaitu :
□pertemuan suami isteri
□terhasilnya janin
□dan kelahiran. 
-Inilah sebab-sebab tabie yang berlaku mengikut sunnatullah. -Demikian juga Dia telah menjadikan mati mempunyai sebab iaitu malaikat maut. 
Apabila kita melihat kepada Yang menjadikan sebab, maka kita katakan: 
Allah yang mematikan setiap yang bernyawa...
Firman Allah:
 الله يتوفى الأنفس[12]
Dan apabila kita mengatakan: 
“si fulan telah dicabut nyawanya oleh malaikat” tidaklah bererti kita mensyirikkan Allah, kerana pada ketika ini, kita memandang kepada sebab. 
Firman Allah:
قل يتوفاكم ملك الموت الذي وُكّل بكم[13]
Begitu juga halnya bagi isti’anah (minta pertolongan). Tatkala kita memandang kepada Yang menjadikan sebab maka kita katakan: 
إذا استعنت فاستعن بالله[14]
Dan apabila kita melihat kepada sebab maka kita katakan:
 وتعاونوا على البر والتقوى[15]. 
-Kerana Allah sentiasa membantu hambaNya selama hamba itu membantu saudaranya. Mafhum hadis:
والله في عون العبد ما دام العبد في عون أخيه[16]
-Oleh itu, tatkala seorang mukmin mengatakan kepada saudaranya: “bantulah aku untuk mengangkat barangan ini”, tidaklah dia terjerumus ke lembah syirik, dan tidak juga bererti meminta pertolongan kepada selain Allah SWT. 
-Ini kerana orang yang beriman memandang dengan kedua-dua matanya, mata hati yang memandang Allah SWT, tuhan yang menjadikan sebab, 
-dan mata zahir yang memandang sebab sesuatu kejadian. 
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Maka setiap orang yang mendakwa mukmin yang meminta pertolongan itu tadi kafir, merekalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
-Memohon bantuan atau madad adalah perkara yang makruf di dalam Islam, 
Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali telah berkata: “Sesungguhnya jika dimasukkan sekumpulan mukmin ke dalam neraka, maka Allah Taala dengan keagungan dan kerahmatanNya, 
-Dia akan menerima bantuan syafaat terhadap mukmin itu, sama ada syafaat tersebut dari para nabi, siddiqin, ulama’ atau solihin. 
-Bahkan setiap hamba yang mempunyai kedudukan di sisiNya, dan baik hubungan dengan tuhannya, boleh memberikan syafaat kepada ahli keluarga, kaum kerabat, teman serta orang yang dikenalinya. 
Oleh itu, jadikanlah dirimu sebagai orang yang bersungguh-sungguh mencari syafaat di sisi mereka.”[17]
-Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim telah berkata: “Sesungguhnya memohon doa atau syafaat dari orang yang masih hidup atau roh orang yang telah meninggal dunia adalah suatu permintaan yang bersifat ubudiyyah kepada Allah SWT. 
Dan ia dibolehkan di dalam Islam. Meminta pertolongan daripada orang yang masih hidup bererti memohon doa, nasihat dan petunjuk, serta mengambil berkat darinya. 
-Manakala memohon bantuan dari orang yang telah mati pula bererti meminta pertolongan dari ruhnya yang hidup di alam barzakh, yang boleh mendengar kata-kata manusia yang masih hidup, yang dikurniakan kepadanya keistimewaan dan diberikan apa yang diingininya.”[18]
-Maka makna madad (mohon bantuan) dengan yang telah wafat ialah bertawasul dan memohon syafaat agar ditunaikan hajat dengan keberkatan darjatnya di sisi Allah,serta memohon dikurniakan pertolongan dari Allah. 
-Firman Allah:
وللآخرة أكبر درجات وأكبر تفضيلا[19]
-Dan tawasul pula bukanlah bererti bertawasul dengan zat seseorang yang terbentuk dari ketulan-ketulan daging dan darah, akan tetapi ia bermaksud bertawasul dengan amal kebaikan orang tersebut. Dan amal kebaikan seseorang itu senantiasa bersama ruhnya dan menjadi bekalannya sama ada ruh itu masih di badan atau telah menetap di alam barzakh.[20]
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
-Maka tidaklah hanya dengan lafaz al-madad itu sahaja boleh menjadi tiket untuk mengkafirkan seseorang yang telah melafazkan dua kalimah syahadah. 
-Kerana masalah keimanan seseorang bukan hanya dilihat dari luaran, bahkan wajib juga diteliti pada niat dan i’tiqadnya.
Dan perihal niat dan i’tiqad tidak boleh sama sekali dihakimi dengan sangkaan atau zhon. 
Firman Allah :
يَا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم[21]
-Inilah prinsip ahli-ahli sufi berkenaan masalah keimanan. 
-Ia adalah intisari dari hadis Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam tatkala Nabi mengingkari perbuatan Ibn Abi Syaibah yang telah membunuh seorang lelaki di dalam peperangan setelah dia mengucap kalimah syahadah, ini kerana pada sangkaannya (radhiyallahu ‘anhu) lelaki tersebut mengucap kerana takut dibunuh..
.فلما سمع به رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال له: أقال لا إله إلا الله وقتلته؟ قال: يا رسول الله إنما قالها خوفا من السلاح. قال: أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم أقالها أم لا، فما زال يكررها عليه حتى تمنى لو أنه أسلم يومئذ[22]
-Firman Allah Taala yang menceritakan kata-kata malaikat Jibril kepada Maryam:
قال إنما أنا رسول ربك لِأَهَبَ لَكِ غلاما زكيّا[23]
Di dalam ayat tersebut malaikat Jibril menisbahkan pemberian anak tersebut kepada dirinya sedangkan hakikatnya yang memberi pemberian tersebut adalah Allah SWT. .
-Firman Allah:
إِن تتوبا إِلَى الله فقد صغت قلوبكما وإن تَظَاهَرَا عليه فإن الله هو مولاه وجبريل وصالح المؤمنين والملائكة بعد ذلك ظهير[24]
Di dalam tafsir At-Thobari diterangkan bahawa Allah SWT, Jibril, para mukmin yang soleh serta para malaikat adalah pembantu (yang membantu) Rasulullah SAW bagi menghadapi orang-orang yang menyakiti dan ingin berbuat jahat terhadap Baginda SAW. ..[25]
-Ayat ini adalah nas yang sorih yang membolehkan memohon pertolongan dari Jibril, para malaikat, ulama’ dan para mukmin yang soleh. Selain itu, terdapat juga hadis yang menyokong kenyataan ini:
ما روي عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إن لله ملائكة في الأرض سوى الحفظة يكتبون ما يسقط من ورق الشجر، فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله"[26]وقد ثبت أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال له: أريد مرافقتك في الجنة، فقال عليه الصلاة والسلام: "أعِنّي على نفسك بكثرة السجود."[27] أي العبادة
-Inilah dalil-dalil yang menetapkan bahawa memohon bantuan (madad) dari Allah SWT melalui perantaraan hamba-hambaNya yang soleh serta wali-waliNya yang muttaqin adalah perkara yang dibolehkan lagi disyariatkan. Dan kesemua ini bergantung kepada niat dan i’tiqad seseorang. Wallahua’lam...
*Sebuah terjemahan dan olahan dari kajian ilmiah Markaz Imam Junaid, Rabithah Muhammadiyyah lil’ulama’, Maghribi.

Rabu, 22 Jun 2022

BERBAHAGIALAH DENGAN NIKMAT YANG SEMPURNA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Sayidina Rasulillahi ﷺ adalah suatu nikmat yang sempurna, penciptaan yang sempurna, contoh ikutan yang sempurna dan padanya ﷺ itu ibadah yang sempurna yakni Selawat yang pasti diterima oleh Allah ﷻ dalam apa keadaan jua pun. 

Berbahagialah mereka yang menyempurnakan dan memperindahkan hari-harinya dengan memperbanyakan berselawat keatas sebaik-baik makhluk Sayidina Muhammad ﷺ Khairil Anami خَيْرِ الْاَنَام . 

Dan padanya Baginda ﷺ itu Rahmat Allah ﷻ yang melimpah ruah, yang dihajati oleh sekelian manusia pada suatu hari nanti, yang mana tidak ada sesuatu pun yang diharapkan dapat memberi manfaat melainkan Syafaat Baginda ﷺ. 

Dan pada mata yang tenang memandang purnama terpilih yang sempurna اَلْمُصْطَفٰى بَدْرِ التَّمَام , maka akan diperhiaskan jiwanya dengan keindahan yang terpilih هَذَا جَمَالُ الْمُصْطَفٰى agar cahayanya menyempunakan kebahagiaan  اَهْلُ المَعَانِي وَالوَفَا
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Rabu, 25 Mei 2022

CARA UNTUK BERTEMU DENGAN MURSYID / MURABBI RUHANIYAH

 نقل السيد أحمد زينى دحلان في كتابه تقريب الوصول وتسهيل الوصول عن سيدي عبد الرحمن بن مصطفى العيدروس أنه ذكر في كتابه المسمى مرآة الشموس في مناقب آل العيدروس أنه يعدم المربون في آخر الزمن ويصير ما يوصل الى الله إلا الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مناما ويقظة.

Al-Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan telah menukil dalam kitabnya Taqrib al-Wushul wa Tashil al-Wushul, bersumber daripada Sayyidi Abd Rahman bin Musthafa Alaydrus bahwasanya ia menyebutkan dalam kitabnya Mar’at al-Syumus Fiy Manaqib Ali Alaydrus

" Bahwa untuk menemukan Murabbi (Pembimbing Ruhaniah Sejati) di akhir zaman ini sangatlah sulit dan untuk memudahkan jalan menuju wushul (sampai ke hadrah) Allah SWT, tidak ada jalan lain KECUALI dengan mengamalkan SELAWAT kepada Nabi ﷺ, baik dalam keadaan (sebagaimana) orang tidur/ hati lalai mahupun dengan penuh kesedaran/sepenuh hati. "

📌 Niat yang tulus murni untuk mencari Mursyid / Murabbi.
📌 Perbanyakn selawat.
📌 Ikhlaskan hati ketika berselawat.

۞ ‎اللَّهُــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَى سيِّــــــــدِنَا مُحَمَّدِ نِ الفَاتِـــــــــحِ لِمَا أُغْلِــــــــــــــقَ ۞ والخَـاتِــــــــــــــــمِ لِمَا سَبَــــــــــقَ ۞ نَاصِـــــــــرِ الحَقِّ بالحـَــــــــــــــــقِّ ۞ والهَـــــــــــــــــادِي إِلَى صِرَاطِـــــــــكَ الْمُسْتَقِيـــــــــــــــــــمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حـــــــــقَّ قَدْرِهِ ومِقْــــــــــــدَارِهِ العَظِيــــــــــــــم ۞

Rabu, 11 Mei 2022

PERBAHASAN ARIFIN PADA MEMBICARAKAN HAKIKAT MUHAMMADIYAH

-FAHAMAN ARIFIN
-MEMAHAMI KONSEP WEHDAH DAN KASROH
-MEMAHAMI MAKSUD 
‎“  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ " 
DISISI PARA ARIFIN
                    
telah menulis oleh Qutubul Aqtab Maulana Sidi Ahsan 
Albaqili Ra didalam kitab iraahnya

adapun Diri (النفس) ,
Ain(العين) ,Zat (الذات) Hakikat( الحقيقة),Maahiyah  (الماهية) dan Maaiyah (المائية)  adalah lafaz2 yg berlainan yg menunjukkan kepada Zat yg satu

apabila kamu perhatikan kepada  kedalaman (rahsia maksud drpd lafaz tersebut)
kamu akan mendapati maksud dengan ibadah adalah dikhaskan kepada martabat uluhiyyah didalam hadrah wahidiyah/Ke-Esaan Allah swt

adapun hadrah Wehdah dikhususkan akannya dengan hakikat Muhammadiyah

itulah hadrah tajalli dan penzahiran ZAT yg maha Tinggi tanpa Nama dan Sifat

hanyasanya Itulah Martabat yg menerima akan tajalli Zat Allah yg maha tinggi

Dan adapun Asma/Nama2 adalah tempat tajalli pd Martabat Wahidiyah(martabat uluhiyah)
itulah medan tajalli Asma2 dan Sifat2 Allah swt

tidaklah tajalli akan Zat pd martabat uluhiyyah
dan jikalau tidak maka Ghaiblah Martabat Uluhiyah tersebut

maka jadilah Hadrah Wehdah

Martabat Wehdah menafikan kasroh/banyak

Dan kasroh itu adalah pada martabat Wahidiyah/Uluhiyyah dan tidaklah lainnya
Dan Kasroh menafikan Martabat Wehdah 

fahamilah akannya

Dan Martabat Wahidiyah/Uluhiyyah adalah Martabat TajalliNya Allah pd Martabat Rupa Asal  Mulia bagi diri Adam 
itulah Hakikat Zat Rasulullah Saw disisi Ilmu Allah swt..

Allah SWT menjadikan  Nabi Adam AS dan anak2nya dalam rupa yg mulia (manusia)

itulah gambaran/Bentuk yg Sangat Ajaib yg tidak ada seumpamanya dalam ciptaan rupa bentuk makhluk2 Allah swt ..

Dan kamu telah mengetahui bahawasanya Allah swt telah Tajalli dengan kesempurnaan ZatNya yg maha tinggi pada hakikat Muhamadiyah

Itulah Zat yg bukanlah Ruh seperti difahami (dengan mudah pd fikiran kita )

bahkan Ruh Baginda Saw terlahir drpdnya(Hakikat Muhammadiyah)
Hakikat Muhammadiyah inilah ibunya(Asalnya)

Yang mana Allah swt telah Tajalli dengan kesempurnaan AsmaNya dan Sifat2Nya pd Rupa Adam (Muhammad Tanah/insan)

Dan meliputi Oleh Hakikat2 Muhammadiyah dengan keseluruhan Tajjali Allah swt

ltulah Hakikat yg memunculkan dan yg menzahirkan Asma2 dan Sifat2 Allah swt

Dan kemuncak yg dicapai oleh kalangan para Arifin adalah maqam Ruh Baginda Saw

dan tidak ada kemampuan bagi seorang pun drpd kalangan Arifin yg mencapai ke tahap rahsia yg lebih drpd itu

apatah lagi mereka hendak mengenal akan Hakikat Muhammadiyah (yg tersangat Tinggi rahsianya)

Firman Allah swt (yg ditujukan kalam pada Nabi Musa As)
‎ “لن تراني”

Kamu tidak dapat Melihat Akan Daku
(kerana berada pada maqam Kasroh)

Kerana Dia(Allah)pd Maqam Wehdah
dan Wehdah adalah Mazhar kpd Zat Allah yg Maha Tinggi 

Dan Wehdah menafikan akan Kasroh

Baginda Saw apabila berenang didalam Hakikat Muhammadiyahnya 
maka ghaiblah Ruh Baginda Saw dan Zatnya
kerana hilanglah Kasroh dengan sebab Wehdah

apabila Baginda Saw berenang didalam lautan Ruhnya
ghaiblah Baginda Saw dengan Sifat Allah drpd Asma2 Allah Swt
dan apabila Baginda Saw berenang didalam lautan Zatnya
maka ghaiblah Baginda Saw drpd Ruhnya

maka terTajalli Asma2 pd maqam Zatnya
dan terTajalli Sifat2 pd maqam Ruhnya

itulah uswah para Arifin
(maqam yg diperolehi oleh mereka)

barangsiapa yg berlaku tajalli Asma2 pd dirinya
maka ketahuilah bahawasanya dengan perantaraan Zat Baginda Saw
atau barangsiapa yg berlaku tajalli Sifat2 atasnya
maka ketahuilah bahawasanya dengan perantaraan Ruh Baginda Saw

apa yg disebut drpd kalangan Arifin melalui isyarat2 mereka yg menunjukkan kpd Tajalli Zat ketika menceritakan/pentahkikan akan Mahabbah Zat Allah yg maha Tinggi

semua itu adalah rumuz/petanda khas yg menunjukkan kpd hadrah Lenyap,Hancur,Berkecai 
(السحق والمحق والدق )
(YANG KEKAL HANYALAH ALLAH SWT)

Maka ia mengetahui bahawasanya Allah swt tajalli pada Zatnya dengan ZatNya pada ketika fana’ hamba tersebut
maka tiadalah wujud bagi hamba tersebut pada ketika Allah tajalli pada hamba tersebut
hamba tersebut lenyap dan pada masa yg sama hamba itu bersama Allah swt
maka tidak dapat tidak(ketika tajalli) 

mestilah melalui perantaraan Hakikat Muhammadiyah
walaupun hamba tersebut tidak menyedari akannya

aku (SIDI AHSAN ALBAQILI)
telah memberitahu kpd kamu
fahamilah akannya

dan wajiblhh kita beriktikad bahawa Zat Baginda Saw adalah ibu(asal) yg menjaga/memelihara akan aturan zat2 yg lain 
dan Ruh Baginda Saw adalah ibu(asal) yg menjaga/memelihara akan aturan ruh2 yg lain 

Bagaimana mungkin tidak berselawat oleh alam
ini atas Baginda Saw yg memelihara akan aturan alam ini secara zahir dan batin 

Bagindalah (sepertimana disebut dalam alquran)

‎وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً 

telah kami sempurnakan atas kamu nikmat2Nya secara zahir dan batin

Secara perbahasan Hakikatnya 
Kewujudan sebenar secara Zaati , adalah Allah swt tidaklah lainNya

dan Wujud Selain Allah adalah kewujudan Aridhi (andaian/khayalan)
ada permulaan dan penghujung baginya 

firma Allah swt 
‎كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ 

setiap jiwa akan merasai mati
dan turun ayat atasnya melalui isyarat Allah swt pd firmanNya

‎" فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ " 

ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah 
1-
‎لا موجود إلا الله 
tiada kewujudan melainkan Allah swt
-demikian itu adalah ketika berlaku Tajalli Sifat2 
2-
‎لا محبوب إلا الله 
tiada yang dikasihi melainkan kepada Allah
demikian itu adalah ketika berlaku Tajalli Asma2

3-
‎لا فاعل ومالك إلا الله 
Tiada pembuat/pencipta dan pemilik melainkan Allah swt
-demikian itu adalah ketika berlaku Tajalli Afa’l 

4-
dan ketika tajalli Zat
maka tiada lafaz , isyarat dan percakapan
itulah hadrah alHums الهمس (seakan bisikan,sebenarnya tidaklah boleh diterjemahkan maksud sebenar)

5-
apabila ditujukan khitob/percakapan kepada orang musyrikin dengan kalimah
‎“  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ " 
bermaksud :
tidaklah terkaya setiap makhluk dan melainkan berhajat setiap sesuatu kepadaNya

6-
apabila ditujukan khitob/percakapan kalimah
‎“  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
kepada orang muslimin pada medan2 lslam :

‎لا معبود بحق إلا الله
tiada Sembahan yg sebenar melainkan Allah swt

7-
apabila ditujukan khitob/percakapan kalimah 
‎“  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ "
 kepada orang muslimin pada /kedudukan/medan2 Iman bermaksud :

‎لا معبود أصلاً إلا الله 

Tiada Sembahan secara asal/mutlak melainkan Allah 

              
-maqam الطمأنينة adalah tempat tajalli sifat  Afa’l

-maqam المراقبة adalah tempat tajalli ASMA2

maqam المشاهدة adalah tempat tajalli Sifat2

-maqam المعرفة adalah tempat tajalli  ZAT

Jumaat, 22 April 2022

PERBEZAAN MAKNA IBADAH, UBUDIYAH DAN UBUDAH


                  ( عبادة، عبودبة دان عبودة )

#KESEMPURNAAN ZAUQI SEORANG HAMBA DICAPAI MELALUI TARBIYAH ROHANIAH SEORANG GURU ( MURSYID) YG  SUDAH MEMBUANG SEMUA KELAYAKAN DAN KEAKUAN DIRINYA

"Ibadah" dan "Ubudiyah" sering diertikan sebagai;
  melaksanakan perintah-perintah Allah dan merasa hina serta tunduk di hadapan Allah s.w.t. Meski keduanya memiliki pengertian yang sama oleh sesetengah orang, namun sebahagian besar ulama menyatakan bahawa kedua kata ini berbeza ertinya sebagaimana halnya, kedua berbeza dalam bentuknya.

Yang dimaksud "ibadah" adalah;
  Menghabiskan hidup dengan melaksanakan perintah-perintah dan taklif dari Allah s.w.t. Ini berbeza dari makna "ubudiyah" yang bererti;
  Selalu memiliki kesedaran sebagai hamba dari Allah s.w.t. Perbedaan ini menjelaskan bahawa seseorang yang selalu melaksanakan ibadah akan disebut dengan julukan "al-abid" (ahli ibadah), sementara orang yang melaksanakan "ubudiyah" adalah disebut dengan julukan "al-'abd" (hamba). 

Apa makna taklif?

Pengertian dari hukum taklif menurut istilah adalah hukum atau ketentuan dari Allah swt kepada seorang mukallaf (seseorang yang telah akil baligh dan sempurna akal) untuk melaksanakan atau bahkan meninggalkan suatu perbuatan. Hukum taklif ini dibagi menjadi 5 hukum. Jenis hukum taklif adalah wajib, sunnah, haram kemudian makruh dan juga mubah yakni harus.

Selain itu, perbedaan nyata antara "ibadah" dan "ubudiyah" adalah bahawa ibadah merupakan bentuk pelaksanaan setiap taklif, baik dalam urusan harta maupun badan dengan susah payah yang di iringi perasaan  khauf dan raja` yang betul pada niat dan keikhlasan. Sementara ubudiyah adalah setiap amal dan kewajiban yang dalam pelaksanaannya tidak bersandar dengan berbagai dimensi ini kerana dia hamba kepada Tuannya.

Sebahagian sufi mendefinisikan "ibadah" sebagai bentuk pelaksanaan kewajiban untuk menghambakan diri kepada Allah swt (al-riqq lillâh), bermakna masih merasa dan menyaksi dirinya beribadah dari dirinya kepada Allah swt. Ibadah itu dilihat hasil usaha, ikhtiar, kehendak, daya dan perbuatan dari dan dengan dirinya kepada Allah swt.

Sementara "ubudiyah" adalah kewajiban yang ditunaikan oleh para pemiliki perasaan (al-syu'ûr) dan mata batin (al-bashîrah). Yakni ubudiyyah adalah melakukan penghambaan dengan Allah swt (berada diantara Allah dan dirinya) tapi masih ada dirinya.

Sementara "ubudah" adalah kewajiban penghambaan yang tertunaikan pada mazharnya atau jasadnya oleh Pemilik Hakiki seperti yang dikehendaki di Ayan As Tsabitah dialam sifat-sifat-Nya didalam ilmu Allah, Kehendak Allah dan Kuasa Allah semata yang tercatat semua itu di Lauhul Mahfuz atau Kitabun Mubin (takdir) dan dia menyaksi pada dirinya dengan penuh Tauhid. Ubudah adalah perbuatan penghambaan didalam hak Allah swt dan fana dari hak keesaan diri sama sekali.

Ubudah adalah inti dari kejernihan hati dari merasa berbuat ketika dirinya diperbuat dan kekal nafi dan menafi terus isbat mengisbat (menetapkan) hak mutlak pemilik segala dzat, sifat dan afa'al (perbuatan) kepada Pemilik Hakiki dan dia adalah mazhar Allah tempat penisbahan untuk diuji ketauhidannya ketika diberi rasa melakukan penghambaan ketika dirinya diperlihatkan menunaikan semua taklif dan tempat menyaksi hak keESAan mutlak.

Ibadah adalah; Amal yang dilakukan para pelaku mujahadah.

Ubudiyah adalah; Upaya para pelaku mukabadah, yaitu mereka yang berusaha menaklukkan kesulitan yang tidak dapat ditaklukkan. 

Ubudah adalah; Keadaan orang-orang yang bergerak menuju Allah al-Haqq swt dengan keluasan hati dan kelapangan jiwa mereka dan menyaksi (syuhud).

"Ibadah adalah amalan syariat, ubudiyyah adalah jalan tariqat, dan ubudah adalah menyaksikan hakikat".

Ibadah adalah perbuatan orang yang terhijab, ubudiyyah adalah perbuatan orang yang sedang berjalan kepada Allah yakni menjalani wirid khusus, dan ubudah adalah perbuatan Ahli Ma'rifah.

Ibadah adalah perbuatan Ahli Kebenaran, ubudiyyah adalah perbuatan orang-orang yang mendekatkan (jiwa dan raga) kepada Allah, dan ubudah adalah tempat orang-orang dimuliak

an.

Ibadah adalah perbuatan orang yang mengaku dari dirinya dan dengan dirinya sendiri yakni bahawa penghambaannya dari dan dengan dirinya kepada Allah, ubudiyyah adalah perbuatan orang yang melihat dirinya dari dan dengan Allah dan ubudah adalah perbuatan orang-orang yang sudah mutlak sirna (fana) wujud diri, wujudnya adalah tajalli asma-asma dan sifat-sifat Allah swt semata.

Ibadah adalah perbuatan orang yang berilmu, ubudiyyah adalah perbuatan Wali (kekasih Allah) dan ubudah adalah perbuatan Ahli Ma'rifat dan Hakikat yang mempunyai kebesaran (kemuliaan).

Ibadah adalah tempat bagi orang yang "Hanya kepada-Mu lah kami menyembah", ubudiyyah adalah tempat bagi orang yang "Hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan", dan ubudah adalah tempat bagi orang yang sirna dalam memandang (dzahir) dan kekal syuhud pada Hakikat sesuatu.

Ibadah adalah perbuatan anggota badan, ubudiyyah adalah perbuatan hati, dan ubudah adalah perbuatan roh.

Maka orang yang beribadah adalah orang yang bahagia serta mendapat pahala, ganjarannya ialah syurga, dan orang yang Ahli Ibadah itu orang yang khusus, kekhususan tersebut pendekatkan dari Allah, seorang hamba (sejati) itu orang yang redha dan pergantian (wujud perwakilan yakni khalifah) dari Allah. 

Ibadah adalah bentuk nyata mentuhankan dan mengesakan, ubudiyyah adalah bentuk nyata dari ketunggalan yakni Wahidiyah (hakikatnya adalah Allah semata) dan ubudah adalah bentuk nyata segala sesuatu itu berujung keesaan yakni Ahadiyah (bahkan dirinya itu berbuat bukanlah dirinya. dirinya hanya mayat yang tak berupaya).

Syeikh Abu Al-Qasim Al-Qusyairi mengatakan, saya telah mendengar Ustaz Abu Ali Ad-Daqaq berkata; Ubudiyah lebih sempurna daripada ibadah. Tingkatan dasarnya adalah ibadah kemudian ubudiyah, dan yang tertinggi adalah ‘ubudah.

Ibadah dimiliki oleh orang awam (umum). Ubudiyah dimiliki oleh orang khawas. ‘Ubudah dimiliki oleh orang khawas al-khawas.”

Beliau juga mengatakan, “Ibadah dimiliki oleh orang yang memiliki ilmu yakin. Ubudiyah dimiliki oleh orang yang mempunyai ainul yakin. Dan ubudah dimiliki oleh orang yang mempunyai haqqul yakin”.

Beliau juga mengatakan, ibadah dimiliki oleh orang yang mujahadah (bersungguh-sungguh). Ubudiyah dimiliki oleh orang yang Mukabadah (Yang terbebani dengan beratnya cubaan), Ubudah dimiliki oleh orang yang musyahadah (menyaksikan hakikat Ketuhanan).

Barang siapa yang tidak merendahkan dirinya maka dia adalah pemilik ibadah. Barang siapa yang tidak kikir pada hatinya maka dia adalah pemilik ubudiyah. Sedangkan barang siapa yang tidak kikir pada ruhnya maka ia adalah pemilik ubudah.

Abu Abdullah Muhammad bin Khafif pernah ditanya “Bilakah ubudiyah dianggap sah?” Dia menjawab, “Apabila dia telah menyerahkan semua urusan kepada Tuhannya dan bersabar atas segala cubaan-Nya”.

Junaid al-Baghdadi mengingatkan bahawa manusia tidak akan pernah dapat mencapai ubudiyah yang sejati kepada Allah s.w.t. selama ia belum terbebas dari belenggu yang selain Allah s.w.t. Selagi itu, syirik tidak terbebas darinya. 

Jadilah kamu seorang Hamba Allah yang sentiasa TAAT tanpa mengharapkan apa apa balasan dan ganjaran duniawi mahupun ukhrawi, 

tidak terlintas padanya akan sesuatu ganjaran, bukan sahaja meminta ganjaran, BAHKAN TIDAK TERLINTAS, TIADA LINTASAN LANGSUNG. Barangsiapa yang mengajak kamu kepada sesuatu (habuan/tujuan) sesungguhnya dia telah menipu kamu"

#CnP

Jumaat, 11 Februari 2022

Tausiyah Sayyidi

11.2.22
Rasulullah meminta kita utk berselawat pada hari Jumaat,
Allah cipta alam drpd benih hakikat Rasulullah
allah buka kewujudan ini dgn Hakikat Muhammad bangsa cahaya, dan menutup alam dgn Hakikat Muhammad bangsa tanah, sisi ahli makrifat Nabi Adam adalah makhluk terakhir, tiada jenis makhluk baru selepas Nabi Adam, Allah keluarkan 5 ciptaan drpd Hakikat Rasulullah, 1. Malaikat 2. Jin 3. Binatang 4. Galian 5. Tumbuhan, slps itu Allah tutup alam dgn Nabi Adam, sbb itulah Nabi Adam xda nama, Adim maknanya turab = tanah, Adam itu Rasulullah bangsa tanah
Rahsia kedua dlm amlan selawat, bila kita berselawat kita zahirkan kita tak layak utk berselawat, Allahumma Solli, bermakna kita wakilkan Allah utk berselawat walaupun Allah minta kita berselawat, tp kita serah kpd Allah, jd sebenarnya tiada yg layak berselawat atas Rasulullah, kita tak layak dan tak cukup makrifat akan Rasulullah, jg kita tak tahu makna selawat, ada yg kata tambah rahmat, sedangkan Rasulullah punca rahmat, sbb itulah  hakikat selawat tiada diketahui, perkara tauqif, ramai yg ingat dia berselawat, ketahuilah kamu ulang balik shj minta Allah berselawat
Israk Nabi jg termasuk dlm bab ini, masa Rasulullah berdiri di hadapan Allah, sblm ada alam ini, dlm bulatan alam ada alam, luar alam tiada, jgn membayangkan di mana atau bagaimana Rasulullah mengadap Allah, Nabi dah menyembah Allah, puji Allah dgn Surah Al-Fatihah, dalam hadis disebut bagaimana Allah menjawab setiap bacaan Rasulullah, hamba yg dimaksudkan dlm hadis tersebut adalah hamba pertama, hamba sebenar, dlm quran sekiranya bg Allah ada anak, maka dakulah hamba yg mula2 menyembah Allah
Israk satu perkara yg penting utk tafakkur, bagaimana makhluk yg ada jirim, boleh tinggal alam dan pergi ke hadrat Allah, muktazilahnl ahli akal kata tiada  israk hanya ruh, aswaja kata israk cara sempurna, ruh dan jasad, hakikat Rasulullah luar alam, tak berhajat kpd alam ini, boleh keluar bulatan alam, jibril tak boleh keluar bulatan alam, 
Alhamdulillah, israk Rasulullah byk perincian dan tafsilan, 2 contoh, Sayyidina Musa nk lihat Allah, dan Rasulullah ditarik lihat Allah, jazbah, Allah tak minta Rasulullah bersiap, jibril dtg bangunlah krn Allah panggil kamu, manakala Nabi Musa berjalan shg melecet kulit, pakai kulit binatang, shg sampai di wadi muqaddas Allah minta buang kulit itu, Allah hantar buraq kpd Rasulullah, kelajuan melepasi cahaya, Rasulullah dikehendaki hadrat, tidak syarat sesuatu, Rasulullah tidak batal dgn sbb tidur, dan xkan batal sama sekali, sbb yg membatalkan wudhuk adalah keluar najis sdgkan Rasulullah tiada kekotoran, baginda punca kesucian apakah air yg nk mulia? Air yg keluar drpd celah jari Rasulullah semasa perang minum oleh seluruh tentera Islam, Imam Nawawi kata sesiapa yg rasa jijik ttg sesuatu yg keluar drpd Rasulullah maka kafir, hadis ttg kesucian Rasulullah diriwayatkan oleh Ibnu Hajar 
Buraq tak bg Rasulullah naik, Imam Nabhani kata buraq itu telah datang hal bagaimana nk bawa satu makhluk yg menanggung alam ini, maka buraq tak boleh menguasai diri, Rasulullah naik lalu secepat mata memandang sampai ke Masjidil Aqsa, 
Mikraj, Rasulullah lihat tangga yg bercahaya sehingga tidak diketahui jauhnya
Jibril sampai satu tahap tak boleh ikut Rasulullah
Rasulullah sampai ke hamparan mulia, rasa nk tanggal kasut spt Nabi Musa, Allah kata pijaklah, jika Musa cariKu, Kamu Aku cari, 
Nabi Musa kena puasa 30 hari tanpa buka shg usus dilihat di perut, bersugi kena denda tambah 10 hari lg, pecat kasut, jalan jauh, sedangkan Rasulullah dibawa shg syuhud hadrat Allah, lihat hadrat Allah, khas utk Rasulullah, sampai hadrat Allah, 
Suluk ke hadrat mestilah menjalani 2 jalan, suluk dan jazbah, jazbah jalan syukur, jalan ahli maghrub, tanpa usaha teruk, dgn memperelok zauk kehambaan, sempurnakan amalan tp tak bersandar atas amalan, zahirkan kehambaan, dapat tarikan drpd Allah, kedua ialah jalan mujahadah, jalan habuan dan tujuan, jalan suluk Rasulullah balik drpd Taif rasa kerendahan diri, mengadu kelemahan, lalu ambil diangkat ke hadrat, 
Ibnu Ataillah mula hikam dgn ringkasan jalan syukur, drpd alamat bersandar kpd amalan rasa hilang harapan bila kurang amalan, jalan syukur rasa amalan adalah anugerah Allah, amalan itu drpd Allah, kamu jd penzahiran Allah amal amalan itu, jd syukur atas amalan itu, jln mujahadah jln ghazaliah, khalwat sumt  sahr, jln suluk bahaya krn membuka rahsia alam, byk kasyaf, bila pegang nafsu dpt power nafsu, jln mujahadah dikongsi bersama org kafir jika menyalahi nafsu, barangsiapa menguasai nafsu boleh dpt kekuatan nafsu, jd jgnlah mengimbangi wali Allah dgn keramat, lihat istiqamahnya, tasawwuf aswaja nama tasawuf Imam Junaid krn dia dia menguasai feqh dan tasawuf, luar drpdnya jd tasawuf zindiq, tasawuf aswaja ditetapkan dgn syariat melalui jalan Imam Junaid, jd yg merosakkan tasawuf adalah nk cari keramat, Rasulullah tak cari terbang, Rasulullah berlapar, tp Nabi Isa bila hawariyun minta makan turun makanan drpd langit, Allah puji Rasulullah hamba sempurna dlm surah Israk
Allah hantar Imam Syazili slps kurun ke 6 utk kembalikan umat kpd jalan syukur
Allah hembus satu unsur ke dlm diri manusia iaitu ruh, amanah simpanan drpd hadrat, unsur itulah yg diguna utk balik kpd hadrat, spt Allah bg buraq kpd Rasulullah, dan naik 7 tangga mikraj, ruh itulah kenderaan ke hadrat Allah, namanya ruh nafsu jiwa zat, sbb itulah dlm quran sebut nafsu, asalnya nafas, hembusan Ilahi, bila masuk jasad jd berat, jd bila suci dgn tasawuf, akan dpt cahaya utk suci nafsu, nafsu akan gerak drpd amarah, lawamah (tanda hamba bergerak nafsu), mulhamah (faalhamaha , dpt ikham boleh beza mana yg baik atau buruk), org kafir boleh sampai nafsu mulhamah, bila lepasi boleh masuk Islam, radhiah, mardhiah, mutmainnah mula kewalian,  tenang dgn takdir Allah, radhiah redha, mardhiah penghujung redha, kamilah penghujung, terasing, boleh bersatu dgn Rasulullah, susah nk sampai, hanya qutub ghauth shj sampai, barangsiapa salam mereka spt salam Rasulullah, Allah letak dlm diri kita nafsu utk kembali kpd Allah, pindah drpd nafsu syaitan kpd nafsu sempurna, jalan jazbah boleh ditarik terus, jln mujahadah kena ikut satu2, spt dlm telaga kena panjat, boleh jatuh, salb, terhumban jatuh, sbb bersandar atas amalan, jalan tarikan dia zahirkan kekurangan, tiada bersandar atas amalan, seumpama dlm telaga dihulur tali ditarik naik, 
Maka jadilah hamba Allah sebenar, cukuplha kita niat jd hamba Allah, sangka baik ikut ahlullah wp tak sampai, wp tak dpt guru sempurna, krn murabbi akhir zaman amat sukar, mm belerang merah atau garuda, bukan tiada tp diarah sembunyi diri, krn umat akhir zaman rasa hebat, kalu keluar mesti ikut, rahmat Allah atas umat akhir zaman, tiada satu kwsn yg tidak dijaga wali Allah spt krjn zahir, krjn batin xboleh tukar, tanpa hilangkan keakuan semua amalan jd hujah, Imam Ghazali  kata suluk jalan Allah wajib fardhu ain, maksiat zahir lawan syariat, maksiat batin lawan Allah, lihatlah bahaya keakuan, maksiat zahir kena hudud jika ditangkap, mudah taubat,  maksiat batin sukar nak taubat, taat kamu jd habuan nafsu, taat kamu tambah keakuan, selama ada keakuan selama itulah hamba selain Allah, Nabi Adam buat "maksiat" bangsa zahir, lupa larangan Allah makan pokok khuldi, insan lupa,  dlm syurga tiada mani, tiada keturunan tak boleh membiak, Allah tunjuk pokok itu, iblis 220 ribu taat, ketua malaikat, tp masih dlm diri ada keakuan, Ana (Aku), bila ada arahan rendah diri, mana boleh, jwpn keakuan sendiri, bila Nabi Musa jwb Aku yg paling alim maka terus diuji, Aku adalah maksiat pertama menyalahi Tuhan, iblis rasa dlm jalan ibadah, dlm khidmat, tp sebenarnya tambah keakuan, Imam Ghazali bila tahu jalan ini terus lari drpd Madrasah Nizamiyah di Baghdad, satu musibah agung kpd umat, 13 tahun menghilang, tinggal ketuaan, harta, isteri dll, duduk menara masjid dimasyq, zikir Allah, Rasulullah jd gurunya, slps itu karang Ihya' Ulumuddin, sblm itu taatnya kpd selaun Allah, adiknya Ahmad AlGhazali (ghazal makna pintal bulu), org awam rasa tak da apa2, jd makmum abgnya, bc fatihah terus mufaraqah, cerca imam, hari kedua jg begitu, panggil kenapa, lalu jwb sy lihat kamu dlm pasar keldai, kedua dlm kolam darah, dlm solat fikir hukum, bagaimana kamu lihat hati saya? Ilmu apa ini, sy imam ummah, sy alim semua, dr mna ilmu ini? Jwb habiskan keakuan, jumpa guru adik, jwb guru ini susah, mcm nk rawat pej agama, syarat ambil satu beg letak kacang dan pergi dkt jalan biasa lalu beri kacang dan pukul kepala, imam ghazali kata sy buat, ini nafsu rabbani, dtg jazbah shg pakai pakaian lusuh, biarkan sy dgn Tuhan, jd iblis sebenarnya jd hamba nafsu bukan hamba Tuhan, bila dtg arahan suruh rendah diri xboleh,        shg berani kata 
Nabi Adam turun ke bumi 40 tahun tak angkat kepala ke langit,
Hikam kata, boleh jd taat jd maksiat, dan maksiat jd taat
Byk taat jd syuhud diri, maksiat hasil malu
Kita nk israk jg spt Nabi, tinggal alam dan kembali ke hadrat Allah, hiaskan diri dgn kehambaan maka dpt kembali ke hadrat Allah, Israk mikraj ringkasan jalan tasawuf

Rabu, 2 Februari 2022

HAKIKAT MUHAMMADIYAH NUR MUHAMMAD AWAL CIPTAANJIRIM DAN ARADHLUAR DRPD JANGKAUAN HUKUM AKAL DAN GOLONGAN MUTAKALLIMIN


Berkata Syeikh Tijani وأرضاه وعنا به :

" وأمّا حقيقتُه المحمّديّة صلّى الله عليه وسلّم فهْي أوّلُ موجُودٍ أوْجدَه الله تعالى مِنْ حضْرةِ الغَيْبِ وليس عند الله مِنْ خَلْقِه موجُودٌ قبلهَا لكِنْ هذه الحقيقةَ لا تُعرفُ بِشيءٍ وقدْ تَعَسَّف بعْضُ العُلماءِ بالبَحْثِ في هذه الحقيقةِ فقال إنَّ هذِهِ الحقيقةَ مُفْرَدَةٌ ليس معها شيْءٌ فلا تَخْلُو إمّا أنْ تكُونَ جوْهَرًا أو عَرَضًا فإنّهَا إنْ كانت جوهرَا إفْتَقَرَتْ إلى المكان الّذي تَحِلُّ فيه فلا تَسْتَقِلُّ بالوُجود دُونه فإنْ وُجِدَتْ مع مكانِها دُفْعَةً واحدةً فلا أوَّلِيِّةَ لها لأنَّهما إثْنانِ وإنْ كانت عَرَضًا ليست بِجَوهر فالعَرَضُ لا كلام عليه إذْ لا وُجود للعرَض إلاّ قدْرَ لَمْحَةِ العَيْنِ ثمّ يزولُ فأين الأوَّلِيَّةُ التّي قُلْتمْ ؟

Ertinya :
Adapun Hakikat Muhammadiah yg mulia adalah awal kejadian yang dijadikan oleh Allah swt daripada hadrah ghaib,dan tidaklah ada suatu makhluk pun yang dijadikan sebelumnya….
Tetapi Hakikat Muhammadiah yg m iiani,tidak akan dikenali akannya dengan sesuatu perkara…
Sebahagian daripada ulama’ telah putus asa daripada kajian mereka mengenai Hakikat Muhammadiah ini..

dan mereka mengatakan bahawasanya Hakikat Muhammadiah yg mulia ini satu perkara yang tunggal/asa,tidak ada sesuatu yang berserta dengannya….

Tidaklah terlepas ia daripada dipanggil sebagai jauhar(جوْهَر)atau juga tidak terlepas ia daripada dipanggil akannya sebagai A’radh(َعَرَض)…(jikalau dibahas akannya )

Maka sesungguhnya jikalau dipanggil akannya jauhar,maka nescaya berhajatnya kepada ruang tempat yang menempatkannya di situ,kerana sesungguhnya tidak bolehlah terlepas wujudnya itu daripada mengambil tempat…
Maka jikalau wujudnya ia mengambil tempat secara serentak(hakikat Muhammadiah dan ruang tempat),maka tidak dinamakan wujudnya itu ada pada permulaan sekali..
Kerana pada ketika itu dinamakan ada kedua-duanya(hakikat Muhammadiah dan ruang tempat),…
Maka jikalau ia adalah a’radh( عَرَض),nescaya bukanlah ia jauhar…
kerana a’radh bukanlah ada,adanya(aradh) itu hanya sekadar kelipan mata jua(amrun –Iktibari),boleh hilang begitu sahaja..
Maka dimanakah permulaan yang engkau katakan bagi aradh tersebut
maka yang sebenarnya perbahasan pada a’radh tidak diperlukan disini…..
jawapan perbahasan yang sebenarnya ialah, Hakikat Muhammadiah itu adalah jauhar yang yang hakiki lagi sebenar,dan hal keadaannya berhajat kepada ruang tempat tidak sah sama sekali…
kerana perkiraan mengikut penilaian yang sudah menjadi adat kebiasaan orang, adalah berdasarkan akal fikiran yang terhad,akal yang dipandu oleh akal jism/anggota badan…