Isnin, 5 September 2022

ZIKRULLAH MAKANAN AKHIR ZAMAN


Allah SWT menugaskan malaikat seramai 3000 untuk mengawal Al-Mahdi, seraya memukul orang yang memusuhi dan menentang Al-Mahdi .

Al-Mahdi akan menguasai dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulqarnain dan Nabi Sulaiman AS. Al-Masih Dajjal tidak akan masuk ke kota Madinah kerana takut, pada hari itu Kota Madinah mempunyai tujuh pintu yang pada setiap pintu dijaga oleh dua Malaikat.

Mereka (golongan beriman di zaman Dajjal) akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan.

Dan ketahuilah sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal bumi akan berada dalam keadaan kering kontang sama sekali. Semua manusia dilanda kelaparan yang dahsyat. 

Di tahun pertama Allah menitahkan agar hujan menahan sepertiga airnya. Pada tahun kedua Allah menitahkan agar hujan menahan dua pertiga airnya; bumi menahan dua pertiga tumbuh-tumbuhannya. Sedang pada tahun ketiga, Allah menitahkan agar hujan menahan semua airnya, sehingga tidak setitis pun air yang turun dari langit. Dan menitahkan bumi agar menahan semua yang ditumbuhkannya sehingga tidak ada sesuatu pun yang ditumbuhkannya, bahkan mana-mana tumbuhan yang tinggal semuanya menjadi kering dan binasa.

Seorang lagi bertanya,lalu apakah manusia akan hidup saat itu? Baginda menjawab, “Mereka akan hidup menerusi tahlil, tahmid, takbir dan tasbih.Dan kesemua itu menjadi pengganti makanan mereka“ 
HR Ibnu Majah, Abu Dawud, Al-Hakim- Hadeeth Sahih dengan syarah Muslim)

#makanan #zikrullah

SELAWAT AL FATIH SATU KURNIAAN YANG BESAR UNTUK UMMAT AKHIR ZAMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Hamba naqalkan sebahagian daripada kalam MurobbinaAl Arifbillah Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada menerangkan akan satu kurniaan yang besar dari Allahﷻ kepada ummat kekasih-Nya di akhir zaman, pada sedemikian ini; 

Fahamilah jua bahawa Allahﷻ mengurniakan anugerah-Nya bukan melalui ukuran kelayakan. Hadiah daripada Allahﷻ tidak ada orang yang boleh mempersoalkannya dengan Allahﷻ, kerana apa diberi? Ini semua hanyalah semata-mata kerana Allahﷻ ingin mengurniakannya pada akhir zaman ini kerana ummat itu lemah, ummat itu dikasihani, ummat itu ramai yang sakit, ummat akhir zaman itu tidurnya banyak, ummat akhir zaman itu makan syubhah dan banyak tidur banyak, fahamilah.  

Ummat akhir zaman ini tidak boleh menjaga wudhuk, dua tiga jam sekali kena ambil wudhuk yang baharu. Ummat terdahulu sembahyang Subuhnya sekali dengan wudhuk Isyaknya. Ummat akhir zaman ini banyak kelemahannya. Allahﷻ daripada hadrah kurniaan-Nya, anugerah-Nya, hendak memberi kepada orang yang lemah diakhir zaman kerana mereka ummat Baginda ﷺ. Fahamilah !! 

Dan daripada itu, akhir zaman itu bermaksud hujung umur ummat, yakni yang dah tua. Ummat yang dah tua, banyak aib, macam orang tua, pakcik kita, makcik kita yang dah tua, kadang-kadang boleh buang air atas baju, air kecil, tetapi perkara itu tidak menafikan kemuliaan ibu bapa kita. Demikianlah perumpamaan bagi ummat islam itu, walaupun dah tua, banyak aib, banyak kekurangan, tapi disisi Allahﷻ mereka adalah ummat Baginda Rasulullah ﷺ, faham!! 

Oleh yang demikian, Rahmat Allahﷻ itu jika dipandang dari sudut kurniaan-Nya, adalah Ia-Nya ingin menganugerahkan dan menghadiahkannya kepada ummat akhir zaman. Seandainya kamu berada di dalam dewan Awliya, kamu akan mendengar cerita daripada Awliya Allah tentang Selawat Al Fatih itu sebagai hadiah, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih. 

Dan ditambah lagi di dalam Dewan Awliya itu dengan sebahagian daripada Awliya itu yang telah mati, mengkhabarkan akan kesedihan mereka kepada Awliya yang masih hidup, akan kesedihan mereka kerana tidak dapat berselawat dengan Selawat Al Fatih semasa mereka masih hidup. 

Wallahu kata Awliya yang telah mati, seandainya Allahﷻ memberi kami pilihan samada untuk menjadi Wali Besar seperti mana yang telah kami dapati, atau dapat menyebut Selawat Al Fatih walaupun sekali, nescaya kami akan pilih untuk menyebut Selawat Al Fatih satu kali walaupun kewalian kami dibuang. 

Fahamilah dan ketahuilah !! Bahawasanya kita tidak dapat mengenali dengan sebenarnya apakah Selawat Al Fatih itu. Cukuplah ianya adalah selawat Tuhan atas Nabi-Nya sendiri, cukup. Jangan cari lain. 

# Petikan Syarahan Selawat Al Fatih 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Ahad, 21 Ogos 2022

Ilmu yang bermanfaat dan yang paling utama dititik beratkan

Ilmu kehambaan

فالعلم النّافع
 يطهّر النّفوس من الأدناس
 والقلوب من الأغيار
 والأرواح من الأكدار
 والأسرار من لوث الأنوار
 فهو الذي يتطهّر به من ماء الغيب

-تبصرة الأرواح
Ilmu yang memberi manfaat 

1-menyuci diri daripada segala kotoran (zahir dan batin)
2- ilmu yang bermanfaat itu menyuci hati daripada memandang pd selain Allah SWT.
3-ilmu yang bermanfaat itu menyucikan ruh-ruh daripada segala kekeruhan ( atau ada tujuan serta Allah)
4-, ilmu yang bermannfaat itu adalah ilmu yang menyucikan sir-sir hati daripada lumpur cahaya.
5-Dan ilmu yang bermanfaat itulah yang menyucikan dengannya daripada air Hadrah ghaib.

 - Kitab Tabsiratul Arwah, Sidi Al-Haj Al-Ahsan Ba'qili

Jumaat, 19 Ogos 2022

METODE DAN TORIQAH YG PALING MUDAH UTK SAMPAI KE HADRAH ALLAH DAN BAGINDA صلى الله عليه وسلم DI AKHIR ZAMAN ADALAH MELALUI JALAN SELAWAT

Al-Allamah al-Arif Billah Syaikh Yusuf al-Nabhani, dalam kitab _Afdhal al-Shalawat_, menulis:

*أَقْرَبُ الطُرُقِ إِلَى اللهِ فِي أَخِرِ الزَمَانِ خُصُوصًا عَلَى المُسْرِفِ كَثْرَةُ الإِسْتِغْفَارِ والصَلاَةِ عَلَى النَبي صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.*

   Thariqat (jalan/metode yang ditempuh) yang paling dekat menuju kepada Allah SWT,di akhir zaman khususnya bagi orang-orang yang berlumuran dosa adalah dengan memperbanyak istighfar dan bershalawat kepada Nabi SAW.

   Al-Imam Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith berkata:

*في آخر الزمان يفقد الشيخ المربي فالصلاة على النبي تقوم مقام الشيخ المربي في إيصال المريد إلى الله*
 
   Di akhir zaman,jumlah Murabbi (Pembimbing Ruhani Sejati) akan terus menyusut (berkurang),karena itu bershalawat kepada Nabi SAW,dapat dijadikan sebagai pengganti kedudukan Murabbi (Pembimbing Ruhani Sejati) bagi murid dalam mencapai wushul (sampai ke hadirat) Allah SWT.

*نقل العلامة السيد أحمد زينى دحلان في كتابه تقريب الوصول وتسهيل الوصول عن سيدي عبد الرحمن بن مصطفى العيدروس أنه ذكر في كتابه المسمى مرآة الشموس في مناقب آل العيدروس أنه يعدم المربون في آخر الزمن ويصير ما يوصل الى الله إلا الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مناما ويقظة.*

   Al-Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan telah menukil dalam kitabnya _Taqrib al-Wushul wa Tashil al-Wushul_, bersumber dari Sayyidi Abd al-Rahman bin Musthafa Alaydrus bahwasanya ia menyebutkan dalam kitabnya _Mar’at al-Syumus Fiy Manaqib Ali Alaydrus_ 

" Bahwa untuk menemukan Murabbi (Pembimbing Ruhaniah Sejati) di akhir zaman ini sangatlah sulit dan untuk memudahkan jalan menuju wushul (sampai ke hadirat) Allah SWT, tidak ada jalan lain kecuali dengan mengamalkan shalawat kepada Nabi SAW, baik dalam keadaan (sebagaimana) orang tidur/hati lalai maupun dengan pen
   Al-Syaikh al-Imam al-Arif Billah Abd al-Wahab al-Sya’raniy dalam _“al-Yawaqit Wa al-Jawahir”_ dan _“al-‘Ahud al-Muhammadiyyah,”_ menulis:

*واعلم يا أخي أن طريق الوصول إلى حضرة الله من طريق الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم "من أقرب الطرق." فمن لم يخدم النبي صلى الله عليه وسلم الخدمة الخاصة به وطلب دخول حضرة الله فقد رام المحال. ولا يمكنه حجاب الحضرة أن يدخل وذلك لجهله بالأدب مع الله تعالى. فحكمه حكم الفلاح إذا طلب الاجتماع بالسلطان بغير واسطة فافهم.*

   Ketahuilah wahai saudaraku! Bahwasanya jalan yang engkau tempuh untuk bisa sampai (wushul) ke hadirat Allah SWT, melalui Shalawat kepada Nabi SAW, adalah salah satu jalan yang paling dekat. Siapa gerangan yang tidak mengkhidmahkan dirinya secara khusus kepada Baginda Nabi, kemudian dia berangan-angan untuk dapat masuk ke Hadhratillah, maka sungguh mustahillah angan-angannya itu (dapat terwujud). 

Tidak mugkin (Malaikat) para penjaga Hadratillah mau mempersilahkan dia masuk disebabkan ketiadaan adabnya kepada Allah Ta’ala. Sama halnya dia itu seperti seorang petani yang ingin bertemu langsung dengan Raja tanpa melalui perantara khusus (orang-orang dekat) Sang Raja, maka fahamilah hal ini.

   Dalam kitab _Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah_, al-Imam al-Arif Billah Abd al-Wahhab al-Sya'rani ra., juga menulis:

*فإن أكثرت من الصلاة والسلام عليه صلى الله عليه وسلم فربما تصل إلى مقام مشاهدته صلى الله عليه وسلم، وهي طريق الشيخ نور الدين الشوني، والشيخ أحمد الزواوي، والشيخ محمد بن داود المنزلاوي، وجماعة من مشايخ اليمن، فلا يزال أحدهم يصلي على رسول الله صلى الله عليه وسلم ويكثر منها حتى يتطهر من كل الذنوب، ويصير يجتمع به يقظة أي وقت شاء ومشافهة، ومن لم يحصل له هذا الاجتماع فهو إلى الآن لم يكثر من الصلاة والتسليم على رسول الله صلى الله عليه وسلم الإكثار مطلوب ليحصل له هذا المقام .*

   Jika engkau memperbanyak mengamalkan shalawat dan salam kepada Rasul SAW, maka tidak mustahil engkau dapat mencapai maqam musyahadah (menyaksikan keberadaan/kehadiran) Rasul SAW. 

Hal ini sebagaimana yang dilakukan dalam thariqat (jalan yang ditempuh) oleh Syaikh Nur al-Din al-Syuni, Saikh Ahmad al-Zawawi, Syaikh Muhammad bin Dawud al-Manzilawi dan Jama’ah Masyaikh di Yaman, mereka terus menerus mengamalkan shalawat kepada Rasul SAW, seraya memperbanyaknya sehingga menjadi bersih dari segala dosa dan bisa berkumpul dengan Nabi SAW, dan berdialog dengannya secara sadar di waktu kapanpun yang diinginkan. 

Tegasnya, barangsiapa yang berkeinginan agar dapat mencapai maqam ini hendaklah ia memperbanyak mengamalkan selawat dan salam kepada Rasul SAW. Barangsiapa yang tidak berhasil mencapai maqam ini padahal ia telah mengamalkan selawat sampai sekarang, menunjukkan bahwa dia belum termasuk ke dalam kelompok orang-orang yang memperbanyak selawat dan salam kepada Rasulullah SAW.

   Al-Allamah al-Arif Billah Yusuf al-Nabhani, dalam kitab _Sa’adat al-Darayn_, menulis:

*وَمَعْلُومٌ أَنَّ مَنْ ذَاقَ لَذَّةَ وِصَالَ المُصْطَفَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّمَ ذَاقَ لَذَّةَ وِصَالَ رَبِّهِ تَعالى, وَمَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الوِصَالَيْنِ لَمْ يَذُقْ لِلْمَعْرِفَةِ, وَمِنْ أَعْظَمِ الوَصَلِ التَعَلُّقِ بِصِفَاتِ الحَبِيْبِ وبِكَثْرَةِ الصَلاَةِ عَلَيْهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*

   Dan telah diketahui bersama (kaum ahli makrifat), bahwa sesungguhnya, barangsiapa yang dapat merasakan nikmatnya wushul kepada Rasulullah SAW, maka ia akan merasakan nikmatnya wushul kepada Allah SWT. 

Dan barangsiapa yang memisahkan kedua wushul ini, maka ia tidak akan merasakan makrifat sejati. Seagung-agungnya jalan wushul adalah ta’alluq (menyandarkan diri) dengan sifat Sang Kekasih Allah SWT, yaitu dengan memperbanyak bershalawat kepada Nabi SAW.

*وأخبرني الشيخ أحمد الزواوي أنه لم يحصل له الاجتماع بالنبي صلى الله عليه وسلم يقظة حتى واظب الصلاة عليه سنة كاملة يصلي كل يوم وليلة خمسين ألف مرة ، وكذلك أخبرني الشيخ نور الدين الشوني أنه واظب على الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم كذا وكذا سنة كل يوم يصلي ثلاثين ألف صلاة .*

   (Al-Imam al-Arif Billah Abd al-Wahhab al-Sya'rani ra., berkata) telah mengkhabarkan kepadaku bahwa Syaikh Ahmad al-Zawawi berkata bahwasanya seseorang (pengamal shalawat) tidak akan berhasil berkumpul bersama Nabi SAW, secara sadar kecuali dalam sehari semalam ia memperbanyak mengamalkan shalawat sebanyak 50,000x selama 1 tahun penuh. 

Begitu juga Syeh Nuruddin al-Syuniy menghabarkan kepadaku bahwasanya beliau berkosentrasi memperbanyak mengamalkan shalawat ini dan itu (ragam shalawat) kepada Nabi SAW, setiap harinya sebanyak 30,000x shalawat selama 1 tahun penuh.

*وسمعت سيدي عليا الخواص رحمه الله يقول : لا يكمل عبد في مقام العرفان حتى يصير يجتمع برسول الله صلى الله عليه وسلم أي وقت شاء، قال : وممن بلغنا أنه كان يجتمع بالنبي صلى الله عليه وسلم يقظة ومشافهة من السلف، الشيخ أبو مدين شيخ الجماعة، والشيخ عبد الرحيم القناوي، والشيخ موسى الزولي، والشيخ أبو الحسن الشاذلي، والشيخ أبو العباس المرسي، والشيخ أبو السعود بن أبي العشائر، وسيدي إبراهيم المتبولي*

   Aku mendengar Sayyid Ali al-Khawwas berkata, "Seorang hamba tidak akan sempurna dalam mencapai maqam 'irfan sampai ia dapat berkumpul bersama Rasul SAW pada waktu kapanpun yang diinginkan." 

Sayyid Ali berkata, "Dan sebagian dari ulama' salaf yang telah menyampaikan berita kepadaku bahwasanya di antara mereka pernah berkumpul bersama Rasul SAW,secara sadar dan berdialog,mereka adalah: Syaikh Abu Madyan,Syaikh Abd al-Rahim al-Qunawi, Syaikh Musa al-Zuliy,Syaikh Abu al-Hasan al-Syadziliy,Syaikh Abu al-Abas al-Mursi al-Syadziliy,0Syaikh Abu al-Su'ud bin Abi al- 'Asya'ir, dan Sayyid Ibrahim al-Matbuli.

 
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ,🌷 وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ🌷, نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ🌷, وَاْلهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ🌷, وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.🌷

Rabu, 17 Ogos 2022

𝙃𝙄𝙈𝙋𝙐𝙉𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏 𝘼𝙇𝙁𝘼𝙏𝙄𝙃 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙌𝙐𝙏𝙐𝘽𝙐𝙇 𝙈𝘼𝙆𝙏𝙐𝙈 𝙒𝘼 𝙆𝙃𝘼𝙏𝙈𝙐𝙇 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿𝙄𝙇 𝙈𝘼𝘼𝙇𝙐𝙈 𝙎𝙔𝙀𝙄𝙆𝙃 𝘼𝙃𝙈𝘼𝘿 𝘼𝙏𝙏𝙄𝙅𝘼𝙉𝙄 𝙍𝘼*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
𝘽𝙀𝙍𝙄𝙏𝘼 𝙂𝙀𝙈𝘽𝙄𝙍𝘼 (𝙏𝘼𝘽𝙎𝙔𝙄𝙍𝘼𝙏) 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖.

yaaqutatatil - Faridah : dan dipernama di sisi ahlinya dengan nama Miftah Hakikat Muhammadiah ( kunci rahsia hakikat Muhammadiah ) dan yang masyhur disisi orang ramai dengan nama Selawat Fatih ... Berkata Syeikh Tijani : " Rasulullah Telah berkata. kepadaku " :
 ما صلى على احد بأفضل من صلاة الفاتح لما اغلق" 
Ertinya : Tidaklah berselawat kepada seseorang atasku dengan selawat yang terlebih afdal daripada Selawat Fatih lima Ughliqa .... 

Berkata Syeikh Tijani : -Pertama : 
لو إجتمع أهل السماوات السبع ومن فيهن على ان يصفوا ثواب الفاتح لما اغلق ما قدروا
Ertinya : Jikalau berkumpul penduduk langit berserta penduduk - penduduk yang berada di dalam lapisan langit yang tujuh tersebut , dan berkumpulnya mereka itu untuk menilai ganjaran pahala Selawat Fatih .. , nescaya mereka tidak mampu untuk mengira akannya ... .

كل أعمار الناس ذهبت مجانا إلا اعمار أصحابي صلاة الفاتح

Ertinya : Umur manusia pergi dan berlalu begitu sahaja , melainkan umur orang yang berselawat dengan Selawat Fatih .. 

-Ketiga : 
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن فضل صلاة الفاتح فأخبرني صلى الله عليه وسلم ان المرة الواحدة تعدل من كل تسبيحه وطاعه في الكون ومن كل ذكر ومن كل دعاء كبير او صغير 6,000 مرة
Ertinya:
 Aku telah bertanya Rasulullah tentang kelebihan Selawat Fatih, lalu Rasulullah memberitahu kepadaku bahawa:
 Satu kali daripada Selawat Fatih menyamai semua tasbih yang di ucapkan oleh makhluk Ciptaan Ilahi , dan juga mengucapkan semua zikir - zikir dan doa - doa orang yang hebat atau orang biasa .... iaitu menyamai 6000 kali ganda daripada satu Selawat Fatih.

-Keempat : 
صلاة الفاتح لما أغلق ب 600،000 صلاة وكل صلاة على انفراد باربعمائة غزوة

Ertinya : Sesungguhnya satu kali daripada Selawat Fatih menyamai ganjaran 600,000 selawat .. , dan setiap satu selawat tersebut memberi ganjaran 400 x peperangan.

 -Kelima 
Rasulullah menyambung kenyataan beliau:
إن من صلى بها حصل له ثواب ما اذا صلى بكل صلاة وقعت في العالم من كل جن وانس وملك سته ألف صلاة من أول العالم صلى بكل صلاة سته ألف صلاة من جميع المصلين عموما ملكا وجنا وانسا

Ertinya : Barangsiapa yang berselawat dengannya ( Selawat Fatih ) , nescaya ia beroleh ganjaran semua pahala orang yang berselawat di alam ini , daripada kalangan jin , manusia dan para malaikat .... iaitu orang tersebut beroleh ganjaran 600,000 kali dan semua itu dikira daripada sejak kejadian alam ini hinggalah terucapnya Selawat Fatih tersebut, iaitu secara umumnya orang yang berselawat dengan satu kali Selawat Fatih seakan - akan ia berselawat dengan 600,000 selawat yang lain di kalangan jin , manusia dan malaikat.

Keenam : 
وخاصية الفاتح لما أغلق أمر إلهي لا مدخل فيه للعقول فلو قدرت 100,000 امة في كل امة 100,000 قبيلة في كل قبيل 100,000 رجل وعاش كل واحد منهم 100,000 عام يذكر كل واحد منهم في كل يوم 100,000 صلاة على النبي صلى الله عليه وسلم من غير صلاة الفاتح لما أغلق وجمع ثوابه هذه الأمم كلها مدة هذه السنين كلها في هذه الأذكار كلها ما لحقوا كلهم ثواب مرة واحدة من صلاة الفاتحة لما أغلق فلا تنتفت لتكذيب مكذب ولا لقدح قادح فإن الفضل بيد الله يؤتيه من يشاء فإن لله سبحانه وتعالى فضل خارجا عند دائر القياس ويكفيك قوله سبحانه وتعالى "ويخلق ما لا تعلمون"
Ertinya : Khasiat dan kelebihan Selawat Fatih Lima Ughliqa adalah urusan llahi , tidak boleh di ukur dengan akal fikiran. jikalau engkau andaikan terdapat 100,000 umat , dan setiap satu umat terdapat padanya 100,000 kabilah , dan setiap satu kabilah tedapat di dalamnya 100,000 pemuda dan setiap 100,000 pemuda itu ia dapat hidup selama 100,000 tahun , dan setiap seorang berselawat 100,000 selawat yang lain daripada Selawat Al-Fatihi Lima Ughliqa. kemudian di himpun sekelian pahala zikir setiap umat dalam masa ratusan tahun tersebut, nescaya tidak menyamai sekelian pahala zikir - zikir tersebut dengan hanya satu kali daripada Selawat Fatih. Ingatlah wahai saudaraku ... !!! Jangan kamu berpaling arah dan terpedaya dengan pembohonga kaki pembohong dan kaki penyangkal.
Kerana sesungguhnya kurniaan dan pemberian Ilahi itu , di tangan Ilahi ( penguasaan Allah ) , Allah berhak memberi dan mengurniakan kepada sesiapa yang ia inginkan ... Kerana sesungguhnya Allah mempunyai sifat kurnian yang terkeluar daripada daerah / tingkatan qias ( 1sebagai contoh : ahli ilmu cuba qias dan bandingkan suatu perkara dengan ilmu mereka , dan ilmu mereka itu hanya terbatas ia dengan akal fikiran mereka jika dibandingkan dengan kurniaan Ilahi ) ... dan memadalah bagi kamu Firman Allah : " ويخلق ما لا تعلمون "
 Ertinya : " dan harus bagi pihak Allah menjadikan seseuatu yang kamu tidak tahu .. " 

Berkata Syeikh Tijani kepada sebahagian sahabat Beliau di dalam salah satu risalahnya : 
وأعلم أن كلا ما تذكره من الأذكار والصلوات على النبي صلى الله عليه وسلم والأدعية لو توجهت بجميعها 100,000 عام كل يوم تذكرها مئة ألف مرة وجميع ثواب ذلك كله ما بلغ ثواب مرة واحدة من كل صلاة الفاتح لما أغلق فان كنت تريد على نفسك للأخرة فاشتغل بها على قدر جهدك فانها كنز الله الأعظم لمن ذكرها وكل ما تريد من الأذكار فوق الورد فزده منها زائد على الورد فقد نصحتك لله
Ertinya : Ketahuilah wahai saudaraku ... !! Bahawasanya setiap sesuatu amalan yang engkau amalkan daripada amalan zikir - zikir , selawat - selawat keatas Nabi dan doa- doa, Jikalau engkau tawajjuhkan semua amalan tersebut selama 100,000 tahun dan setiap hari engkau zikir akannya 100,000 kali .. ..dan ganjaran pahala sekelian amalan tersebut tidaklah ia sampai ke tahap satu kali daripada ganjaran Selawat Fatih Lima Ughliqa .. Maka jika engkau ingin mendapatkan manfaat pada diri engkau untuk akhirat engkau ... maka sibukkan diri engkau dengan Selawat Fatih sekadar kemampuan engkau .... Kerana Selawat Fatih itu adalah salah satu rahsia llahi yang sangat agung bagi sesiapa yang beramal dengannya .Dan jikalau engkau teringin untuk beramal dengan sesuatu zikir selepas suatu amalan wirid .. , maka tambahkanlah amalan Selawat Fatih tersebut atas mana - mana Zikir ... Maka sesungguhnya aku nasihat engkau kerana Allah.

Ulasan pengarang : Setiap kelebihan Selawat Fatih yang disebut tadi , hanyalah kelebihan pada martabat yang pertama ( zohir ) , adapun kelebihan Selawat Fatih ini mempunyai 3 martabat : Sesungguhnya tidak harus di hebahkan kelebihan Selawat Fatih melainkan pada martabat zohir sahaja.

Setiap kelebihan yang di hebahkan oleh tokoh - tokoh golongan A'rifin , adalah ia pada martabatnya yang zohir jua, dan jikalau dinisbahkan dan dibandingkan dengan kelebihan yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, Umpama setistis air di tengah lautan yang terbentang luas Sebagai isyarat dan pedoman yang ringkas. kami nyatakan bahawa kelebihan selawat fatih pada martabatnya yang ketiga menyamai pahala Ismul - a'zom . dan daripada kerana inilah kebanyakan daripada ahli khowwas ( orang tertentu ) daripada toriqah kami mengisyaratkan bahawa Selawat Fatih ini adalah saudara kepada Ismul A'zom ... Berkata Sayidi Ahsan Alba'qili Al - Hasani Al - Maghribi , Al - Allamah Mujadidul - millah wa - ddin : -sesungguhnya orang yang mengkaji Zat Nabi Muhammad yang mulia lagi nurani ( bercahaya ) , nescaya ia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad mulia tersebut , disaluti dengan cahaya - cahaya yang ditulis daripada selawat - selawat wali - wali Allah. dan kedudukan Selawat Fatih adalah mahkota yang bercahaya yang berada di atas Zat Baginda ... itulah mahkota tertinggi yang berada di singgahsana Zat Baginda. sesungguhnya rahsia hidup dan pendiriannya Hakikat Muhammadiah adalah dengan sebab sir dan rahsia yang ada pada Selawat Fatih . ..dan setiap satu daripada kejadian alam ini bergantung hidup kepada sir Selawat Fatih yang menjalar pada alam ini.

✒️ Dihimpunkan oleh: *Sayyidi Murabbi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani AlMaghribi Attijani Hafizahullah.*
 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Rabu, 3 Ogos 2022

TAFSIRAN MAKNA SELAWAT FATIH ( الياقوتة الفريدة) DISISI ULAMAK AL MUHAQQIN WAL A'RIFFINBILLAH ( المحققين والعارفين بالله )

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ,🌷 وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ🌷, نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ🌷, وَاْلهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ🌷, وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.🌷

*Makna Selawat Fatih Lima Ughliqa*

*اللهم صل على سيدنا محمد*

*“ Ya Allah, berilah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami, iaitu Muhammad”.*

*الفاتح لما أغلق*

*“Yang membuka sesuatu yang dikunci (dunia dikunci dalam kandungan ‘adam/ tiada, lalu ia membukanya, maka wujudlah dunia ini”.*

 *Rahmat Allah SWT dikunci, lalu membukanya, maka turunlah dan datanglah rahmat itu dan hidayah Allah SWT dikunci, lalu ia membukanya, maka turunlah hidayah itu pada orang mu’min.*

*والخاتم لما سبق*

*“Dan yang menjadi penutup martabat (hamba Allah) yang telah terdahulu (baik martabat para malaikat maupun martabat para Nabi)”.*

*ناصر الحق بالحق*

*“Penolong kebenaran dengan kebenaran/ dengan pertolongan Allah SWT”.*

*والهادى إلى صراطك المستقيم*

*“Dan yang memberi petunjuk pada jalanmu yang lurus (iaitu jalannya orang-orang yang telah engkau beri ni’mat atas mereka)”.*

*وعلى آله* 

*“Dan atas keluarganya”,*

 *iaitu Sayyidina Fatimah, S Ali bin Abi Thalib dan putra-putrinya/ keluarga S. Ali bin Abi Thalib, keluarga S. Uqail, keluarga S. Ja’far, dan keluarga S. Abbas radhiallahu ‘anhum/ Bani Hasyim dan Bani Muthalib/ pengikut Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.*

 *حق قدره*  

*“Sesuai dengan martabat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم (di dunia)”.*

  *ومقداره العظيم*

*“Dan martabatnya yang agung di akhirat”.*

*BESARNYA PAHALA*

 *Besar kecilnya suatu pahala disebabkan oleh beberapa hal sebagai berikut :*

*1. Kerana Waktu*

    *Beribadah waktu malam hari lebih besar pahalanya daripada ibadah waktu siang. Beribadah di bulan Ramadhan lebih besar pahalanya daripada ibadah selain bulan Ramadhan. Beribadah semalam di malam Lailatul Qadar lebih besar pahalanya daripada ibadah seribu bulan di selain malam Lailatul Qadar.*

*2. Kerana Tempat*

    *Ibadah di masjid lebih besar pahalanya daripada ibadah di mushalla. Ibadah di Masjidil Haram lebih besar pahalanya daripada ibadah di selain Masjidil Haram.*

*3. Kerana Kawan*

    *Ibadah solat berjamaah lebih besar pahalanya daripada solat sendirian. Ibadah solat berjamaah para Nabi/Rasul lebih besar pahalanya daripada ibadah solat berjamaah pada selain mereka.*

*4. Kerana Martabat*

    *Ibadah para Nabi as lebih besar pahalanya daripada ibadahnya para waliyullah. Ibadahnya waliyuyllah lebih besar pahalanya daripada ibadahnya orang biasa.*

*5. Kerana Yang Punya Ibadah*

    *Ibadahnya umat Nabi Muhammad Saw lebih besar pahalanya daripada pahala ibadah umat Nabi yang lain. Pahala Shalatul Fatihi Lima Ughliqa yang dari As-Syeikh Ahmad At-Tijani r.a lebih besar pahalanya daripada pahalanya Shalatul Fatihi Lima Ughliqa yang dari As-Syeikh Ahmad Al-Bakri. Yang pertama dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan yang kedua dari Malaikat as.*

*6. Kerana Ibadah itu Besar Pahalanya*

    *Pahala Solat Fardhu lebih besar pahalanya daripada solat sunnat. Membaca surat Al-Ikhlash satu kali lebih besar pahalanya daripada membaca surat Al-Kahfi tiga kali. Membaca Sholatul Fatihi Lima Ughliqa satu kali lebih besar pahalanya daripada membaca sholawat yang lain enam ratus ribu kali.*

*PAHALA SHOLATUL FATIH LIMA UGHLIQA*

   *Pahala semua sholawat, sirri-nya, faidahnya dan keistimewaannya tercakup dalam Sholawat Al-Fatihi Lima Ughliqa.*

   *Diterangkan dalam kitab* *Jawahirul Ma’ani, 1:117 :*

*“Andaikata ada seratus ribu bangsa, tiap-tiap bangsa memiliki seratus ribu kabilah, tiap-tiap kabilah berisi seratus ribu rumah, tiap-tiap rumah berisi seratus ribu orang, dan tiap-tiap orang membaca shalawat seratus ribu tahun, lalu pahalanya dijadikan satu, maka pahala itu dibandingkan dengan Sholawat Al-Fatihi Lima Ughliqa satu kali masih besar pahala Shalawat Al-Fatihi Lima Ughliqa”.*

*ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء و الله

ذو الفضل العظيم*

*“Itu adalah karniaan Allah, diberikannya kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya, dan Allah mempunyai karniaan yang sangat besar.*

(QS. Al-Jumu’ah, 62 : 4)

   *Sholawat Al-Fatihi Lima Ughliqa tidak hanya mencakup pahala, sirri, faidah dan keistimewaan semua shalawat, akan tetapi Sholawat Al-Fatihi Lima Ughliqa mencakup ibadahnya semua makhluk.*

*1. Semua makhluk, malaikat, jin, manusia, langit, bumi, surge, neraka, lauhil mahfudh dan lain-lain dikunci dan Nabi Muhammad Saw Al-Fatihi Lima Ughliqa membukanya dari kandungan ‘adam (tiada), maka wujudlah semua itu.*

*لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك*

*“Andaikata bukan karena kamu (Muhammad) Aku tidak menciptakan langit bumi seisinya”.*

*2. Semua makhluk, Malaikat, jin, manusia, binatang dan lain-lain, tidak memperoleh rahmat dari Allah SWT karena rahmat Allah SWT itu maghluq (dikunci) dan Nabi Muhammad Saw Al-Fatihi Lima Ughliqa membukanya, maka semua makhluk mendapat rahmat Allah SWT.*

*وما أرسلنك إلا رحمة للعلمين*

*“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (QS. Al-Anbiya :107).*

*Nabi Muhammad Saw bukan pembawa rahmat, tapi dari ujung rambut sampai ke ujung kakinya adalah rahmatan lil ‘alamin.*

*3. Langit, bumi dan semua yang ada di dalamnya sama bertasbih dengan memuji keagungan-Nya.*

*تسبح له السموت السبع والأرض ومن فيهن وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم*

*“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah, dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka…”.*

 *(QS. Al-Isra : 44)*

*Semua makhluk, malaikat, jin, manusia, matahari, bulan, bintang, pasir dan lain-lain, tidak akan dapat beribadahdan bertasbih kalau tidak mendapat hidayah, dan hidayah itu maghluq (dikunci), dan Nabi Muhammad Saw Al-Fatihi Lima Ughliqa membukanya. Maka turunlah hidayah Allah SWT pada makhluk. Karena mereka mendapat hidayah, maka mereka beribadah dan bertasbih kepada ALLAh SWT.*

*Secara syari’at Nabi Muhammad Saw Al-Fatihi Lima Ughliqa yang membuka dan yang memberi hidayah.*

*وإنك لتهدى إلى صراط مستقيم*

*“…. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada yang lurus”. (QS. As-Syuura, 42 : 52)*

*Dan secara hakikat Allah Al-Fattah SWT yang membuka dan yang memberi hidayah.*

*“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih megetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”. (QS. Al-Qashash, 28 : 56)*

*Rasulullah Saw bersabda :*

*كنت نبيا وأدم بين الماء والطين*

*“Aku resmi menjadi Nabi sedangkan Adam masih di antara air dan tanah”. (Jawahirul Ma’ani, 1 : 197)*

 *Hadits di atas menyebut kata Nabi, tidak/bukan kata Rasul, karena kerasulan Nabi Muhammad Saw ketika itu tidak langsung berhadapan dengan umat, masih melalui Malaikat dan para Rasul, yakni Nabi Adam dan lainnya.*

 *Ruh Nabi Muhammad Saw bagaikan kolam besar yang oleh Allah Ar-Rahman SWT diisi karunia-karunia dan martabat-martabat kenabian, martabat kerasulan yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya mulai awl wujudnya sampai pad akhir wujudnya. Kolam besar itu maghluq, lalu Nabi Muhammad Saw Al-Fatihi Lima Ughliqa membukanya.*

*Maka mengalirlah dari kolam besar itu rahmat, karunia, martabat kenabian, martabat kerasulan melalui “pipa anti karat”, yaitu Malaikat kepada Nabi Adam dan umatnya, kepada Nabi Idris dan umatnya, kepada Nabi Nuh dan umatnya, dan begitulah sampai kepada Nabi Isa Ibnu Maryam as.*

*Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah Nabi dan Rasul sejak di alam arwah, dan umat manusia adalah umat Nabi Muhammad Saw.*

*وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ*

*“Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui”. (QS. Saba, 34 : 28)*

 *Di Zaman Nabi Adam as, Nabi Muhammad Saw adalah Nabi dan Rasul di alam arwah

yang bagaikan kolam besar kenabian dan kerasulan, dan Nabi Adam as adalah Nabi dan Rasul di alam dunia ini sebagai pelaksana kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad Saw dengan syari’at khusus untuk Nabi Adam as.*

 *Di zaman Nabi Idris as, Nabi Muhammad Saw adalah Nabi dan Rasul di alam arwah yang bagaikan kolam besar kenabian dan kerasulan, dan Nabi Idris as adalah Nabi dan Rasul di alam dunia ini sebagai pelaksana kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad Saw dengan syari’at khusus untuk umat Nabi Idris as, dan begitulah di zaman Nabi-nabi yang lain sampai ke Nabi Isa Ibnu Maryam as.*

  *Setelah ruh Nabi Muhammad Saw dengan semua prosesnya dimasukkan kedalam jasadnya yang mulia, dan setelah lahir dan berumur 40 tahun 6 bulan 8 hari, maka diangkatlah Muhammad bin Abdillah menjadi Nabi dan Rasul di alam dunia ini yang sekaligus melaksanakan kerasulannya menghadapi umat.*
  

*Dengan diangkatnya Nabi Muhammad Saw menjadi Rasul di alam dunia ini, maka selesai dan genaplah kenabian dan kerasulan di dunia ini. Dialah pamungkas kenabian dan kerasulan yang sekaligus menjadi penutup kenabian dan kerasulan.*

*أنا قائد المرسلين ولا فخر أنا خاتم النبيين ولا فخر أنا أول شافع ومسفع ولا فخر.*

*( الحديث الصحيح رواه الدارمي)*  

*“Aku adalah pemimpin para Rasul dan aku tidak sombong, aku penutup para Nabi dan aku tidak sombong, aku yang pertama memberi syafa’at dan yang diterima syafa’atnya dan aku tidak sombong”. (HR. Ad-Darimi)*

إن الرسالة والنبوة قد انقطعت فلا رسول ولا نبي بعدى 

*“Sesungguhnya ar-risalah (kerasulan) dan an-nubuwwah (kenabian) benar-benar telah putus. Oleh karena itu, maka tidak aka nada seorang Rasul dan tidak pula seorang Nabi setelah aku”. (HR. tirmidzi, Al-Futuhatul Makiyah, 2 : 2)*

 *Oleh karena itu, maka :*

*1. Semua makhluk dari awal wujudnya sampai aikhir wujudnya terkandung dalam Shalatul Fatihi Lima Ughliqa.*

*2. Semua rahmat Allah SWT yang diberikan kepada makhluk dari awal wujudnya dampai akhir wujudnya terkandung dalam Shalatul Fatihi Lima Ughliqa.*
*3. Semua ibadah dan ber-tasbih-nya mahkluk dari awal wujudnya sampai akhir wujudnya terkandung dalam Shalatul Fatihi Lima Ughliqa.*

*4. Semua pahala ibadah dan ber-tasbih-nya makhluk dari awal wujudnya sampai akhir wujudnya terkandung dalam Shalatul Fatihi Lima Ughliqa.*

*5. Shalatul Fatihi Lima Ughliqa adalah shalawat yang pertama-tama ada sebelum shalawat yang lain ada.*

*6. Shalatul Fatihi Lima Ughliqa adalah shalwat Allah SWT atas Nabi Muhammad Saw.*

*7. Shalatul Fatihi Lima Ughliqa adalah shalawatnya para Malaikat atas Nabi Muhammad Saw.*

*8. Shalatul Fatihi Lima Ughliqa adalah shalawat yang terkandung dalam firman Allah SWT : Innallaaha wa malaaikatahu Yushalluuna ‘alan Nabi.*

*9. Selain Shalatul Fatihi Lima Ughliqa terkandung di dalamnya apa yang tersebut di atas, maka juga sekaligus merupakan pujian yang sangat tinggi pada Ar-Rasul Nabi Muhammad Saw. Oleh sebab itu, nabi Muhammad Saw bersabda kepada Al-Quthbul Maktum Sayyidina As-Syeikh Ahmad bin Muhammad As-Syarif Al-Hasani At-Tijani r.a :*

*ما صلى على أحد بأفضل من صلاة الفاتح لما أغلق*

*“Tiada seorang bersholawat atasku yang lebih utama daripada Sholatul Fatihi Lima Ughliqa”.*

*10. Shalatul fatihi Lima Ughliqa adalah Sayyidus Shalawat ‘ala Sayyidis Sadat An-Nabi Muhammad Saw.*

# Cnp ((Zawiyah Nuruz Zholam)*

Selasa, 19 Julai 2022

APAKAH ERTI AL MADAD ?APAKAH AL MADAD DI SISI TASAWWUF ?


AL-MADAD DARI SISI PANDANG ULAMA SUFI/AHLILLAH

Banyak kekeliruan dan bahaya terjadi kepada orang awam yang jahil tentang istilah ahli sufi apabila mereka cuba untuk merungkai dan memahami kalimah-kalimah tersebut. 
-kejahilan mereka berkenaan hal tersebut menyebabkan mereka susah untuk memahami kalam sufi dengan pemahaman yang mendalam, dan terkadang mereka melihat kata-kata tersebut bertentangan dengan nas-nas syariat dan hukum agama.. Ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap bidang ilmu itu ada istilah khas yang tidak dapat difahami melainkan bagi ahlinya...
Lafaz-lafaz yang digunakan oleh para sufi dalam percakapan mereka ini adalah suatu bentuk isyarat, kinayah dan majaz. 
-Ia banyak terdapat di dalam bahasa Arab dan bukanlah perkara yang asing (dan sudah menjadi satu kewajipan untuk kita menguasai bahasa Arab bagi memahami perkara yang sedang dibincangkan ini). 
-Bahkan kita dapat lihat dengan jelas di dalam Al-Quran juga terdapat kalam majazi, seperti firman Allah :
وأُشربوا في قلوبهم العجل[1]
واسأل القرية[2]
أو من كان ميِّتا فأحييناه[3]

dan ayat-ayat lain..

-Sebahagian istilah tasawwuf digunakan sebagai kata pinjaman dan ibarat atau ungkapan bagi menggambarkan idrak mereka yang tidak dapat diterjemah dengan bahasa biasa. 
Oleh itu, orang yang ingin memahaminya hendaklah mendampingi mereka sehingga jelas baginya ungkapan mereka serta dia dapat mengerti isyarat dan istilah mereka. 
Seterusnya, dia akan menyedari bahawa ahli-ahli sufi ini tidak pernah keluar dari panduan kitab dan sunnah, serta tidak terpesong dari jalan syariat yang mulia, mereka itulah golongan yang arif akan perihal syariat ini, yang berdiri di atas hakikatnya, dan yang menjaga akan legasinya.
-Berkata sebahagian para arifin: “Kami adalah suatu kaum yang diharamkan kitab-kitab kami dari diteliti oleh orang-orang yang bukan ahli dalam jalan kami.”[4]
Ini kerana tujuan pembukuan ilmu-ilmu ini adalah untuk menyampaikannya kepada ahlinya. Maka orang yang bukan ahlinya, tatkala menelaah kitab-kitab ini, mereka tidak memahami isi kandungannya, 
kemudian mereka menentang dan memusuhinya, kerana manusia itu memusuhi perkara yang dia tidak ketahui. 
-Oleh hal yang demikian, berkata Sayyid Ali ibn Wafa rahimahullah:
 “Sesungguhnya orang yang membukukan ilmu makrifah dan asrar tidaklah dia membukukannya bagi sekalian manusia, bahkan jika dia mendapati orang yang menelaah kitab tersebut bukan dari ahlinya, sudah pasti dia menegah orang itu dari perkara tersebut.”[5]
-Wajib diketahui bahawa kalam ahli sufi yang melarang pembacaan kitab-kitab mereka oleh orang awam bukanlah bertujuan menutup dan menyembunyikan ilmu,
-tetapi kerana ditakuti tersalah faham dan terjadi tafsiran yang menyalahi hakikat kata-kata itu.---
-Maka sudah tentu orang awam itu akan mengingkari dan menyanggah kalam tersebut, 
-inilah halnya orang yang jahil terhadap sesuatu ilmu. 
-Larangan ini juga bertepatan dengan tuntutan agama agar mukmin yang ingin berbicara menyampaikan apa yang bersesuaian dengan tahap ilmu, kefahaman dan persediaan pendengarnya. 
Oleh sebab inilah Imam Al-Bukhari menyusun suatu bab khas di dalam kitab sohih beliau bertajuk:
باب من خص بالعلم قوما دون قوم كراهية أن لا يفهموا[6]
-Antara mustholah tasawwuf yang mempunyai takwilan atau tafsiran yang benar dan bertepatan dengan syariat adalah kalimah al-madad (المدد). 
Ia sering terdengar di bibir para sufi, sering digunakan di dalam doa dan seruan mereka kepada Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam.
-Penentang para sufi/wali2 berhujah dengan mengatakan bahawa kalimah ini bererti memohon pertolongan kepada selain Allah SWT, dan tidaklah dibolehkan memohon bantuan serta meminta pertolongan melainkan kepada Allah SWT. -Sepertimana yang disabdakan oleh baginda Nabi :
إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله[7]
-Allah juga telah menerangkan di dalam Al-Quran bahawasanya segala bantuan adalah dari-Nya:
كلاّ نمد هؤلاء وهؤلاء من عطاء ربك[8]
-Sekumpulan manusia benar-benar tidak mengetahui bahawa pembesar-pembesar sufi itu, merekalah ahli tauhid yang sejati, yang memimpin tangan-tangan muridin agar dapat mengecapi kemanisan iman, dan kemurnian yakin (akidah).
-Pertama sekali, untuk memahami kalimah madad..:
kita perlulah menelitinya dari sudut bahasa asal perkataan ini..
iaitu bahasa arab. 
-Makna kalimah madad berbeza berdasarkan niat orang yang menyebutnya. Tertulis di dalam lisanul Arab:
مددنا القوم: أي صرنا لهم أنصارا ومددا وأمددناهم بغيرنا[9]
Juga dinyatakan kata-kata Sibawayh di dalam kitab tersebut:"المدد ما مدّهم به أو أمدّهم؛ والجمع أمداد، قال: ولم يجاوزا به هذا البناء، واستمدّه: طلب منه مددا، والمدد: العساكر التي تُلحق بالمغازي في سبيل الله.. والإمداد: أن يرسل الرجل للرجل مددا، تقول: أمددنا فلانا بجيش. قال الله تعالى: ﴿أن يمدكم ربكم بخمسة آلاف﴾. وقال في المال: ﴿أيحسبون أنما نمدهم به من مال﴾. وقال تعالى وعلا: ﴿وأمددناكم بأموال وبنين﴾. فالمدد ما أمددت به قومك في حرب أو غير ذلك من طعام أو أعوان...[10]
-Dan perkara penting yang kita dapat fahami daripada takrif madad itu tadi, sesungguhnya madad yang bererti bantuan/pertolongan, berbeza maknanya apabila ia di sandarkan kepada Allah SWT. .
-dan apabila disandarkan kepada makhluk (bantuan Allah/bantuan makhluk). Maka kalimat madad yang bermakna pertolongan dan bantuan ini, merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh syariat untuk dilakukan dalam kehidupan kita, firman Allah Taala:وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
[11]
-Oleh itu, orang yang memohon bantuan dari orang lain tidaklah sama seperti permohonannya kepada Allah SWT, kerana permohonan kepada makhluk itu dengan erti memohon bantuan dan kekuatan yang Allah SWT kurniakan kepada orang tersebut.-Bagi menghilangkan kesamaran berkenaan kalimah madad, individu mukmin mestilah melihat sesuatu perkara di hadapannya dengan pandangan zahir dan pandangan hati.
Pandangan hati yang mengakui keesaan Allah SWT. ., meyakini bahawa Allah SWT adalah tuhan yang berkuasa mutlak atas segala-galanya, yang terjadi sesuatu kejadian kerana kehendakNya..
dan tidak sama sekali mensyirikkanNya dengan Nabi atau wali atau selainnya.
-Pandangan zahir yang Allah SWT kurniakan pula digunakan untuk meneliti ‘sebab-sebab’ yang Allah SWT jadikan ia sebagai satu sunnah yang mempunyai hikmah di dalam kehidupan.
-Sesungguhnya, Allah Taala telah -menetapkan tugas-tugas dan pekerjaan yang bersifat zahiriyyah dan batiniyyah/ruhiyyah bagi sebilangan manusia yang terpilih di atas muka bumi ini. 
Dia juga telah mengurniakan bantuan dan kekuatan nurani kepada golongan ini yang terdiri daripada para rasul, anbiya’ dan awliya’. Allah Taala telah membukakan bagi mereka rahsia-rahsia sehingga mereka teguh berdiri untuk membantu agamaNya, mengibarkankan panji-panjinya, dan mampu memberi bantuan kepada sesiapa yang mereka kehendaki dengan izin Allah SWT.
-Maka kita dapati setiap para mukmin , mereka mengambil kira sebab-sebab terjadinya sesuatu, tetapi mereka tidak bergantung harap kepada sebab-musabab tersebut..
dan tidak pula berkeyakinan terjadinya sesuatu semata-mata kerana ada ‘sebab’. Kerana jika seseorang yang melihat kepada sebab, dan dia berkeyakinan bahawa sebab itulah yang memberi kesan dengan sendirinya, bukan kerana kehendak Allah SWT, -maka dia telah mensyirikkan Allah dengan perkara tersebut. 
-Dan jikalau dia melihat kepada Yang menjadikan sebab (Allah SWT)..
-tetapi pada masa yang sama dia tidak menghiraukan sebab, maka dia telah menyalahi sunnatullah kerana Allah Taala telah menjadikan sebab bagi setiap sesuatu... 
Oleh itu, mukmin yang sempurna kefahamannya, pasti akan memanfaatkan kedua-dua pandangan (pandangan hati dan pandangan zahir) yang dikurniakan kepadanya. 
-Di sini disertakan beberapa contoh bagi menerangkan perkara ini:
Allah Taala ialah tuhan yang esa yang menjadikan manusia dengan kehendak dan kekuasaanNya. Namun Dia juga telah menjadikan sebab tobie bagi penciptaan manusia iaitu :
□pertemuan suami isteri
□terhasilnya janin
□dan kelahiran. 
-Inilah sebab-sebab tabie yang berlaku mengikut sunnatullah. -Demikian juga Dia telah menjadikan mati mempunyai sebab iaitu malaikat maut. 
Apabila kita melihat kepada Yang menjadikan sebab, maka kita katakan: 
Allah yang mematikan setiap yang bernyawa...
Firman Allah:
 الله يتوفى الأنفس[12]
Dan apabila kita mengatakan: 
“si fulan telah dicabut nyawanya oleh malaikat” tidaklah bererti kita mensyirikkan Allah, kerana pada ketika ini, kita memandang kepada sebab. 
Firman Allah:
قل يتوفاكم ملك الموت الذي وُكّل بكم[13]
Begitu juga halnya bagi isti’anah (minta pertolongan). Tatkala kita memandang kepada Yang menjadikan sebab maka kita katakan: 
إذا استعنت فاستعن بالله[14]
Dan apabila kita melihat kepada sebab maka kita katakan:
 وتعاونوا على البر والتقوى[15]. 
-Kerana Allah sentiasa membantu hambaNya selama hamba itu membantu saudaranya. Mafhum hadis:
والله في عون العبد ما دام العبد في عون أخيه[16]
-Oleh itu, tatkala seorang mukmin mengatakan kepada saudaranya: “bantulah aku untuk mengangkat barangan ini”, tidaklah dia terjerumus ke lembah syirik, dan tidak juga bererti meminta pertolongan kepada selain Allah SWT. 
-Ini kerana orang yang beriman memandang dengan kedua-dua matanya, mata hati yang memandang Allah SWT, tuhan yang menjadikan sebab, 
-dan mata zahir yang memandang sebab sesuatu kejadian. 
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Maka setiap orang yang mendakwa mukmin yang meminta pertolongan itu tadi kafir, merekalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
-Memohon bantuan atau madad adalah perkara yang makruf di dalam Islam, 
Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali telah berkata: “Sesungguhnya jika dimasukkan sekumpulan mukmin ke dalam neraka, maka Allah Taala dengan keagungan dan kerahmatanNya, 
-Dia akan menerima bantuan syafaat terhadap mukmin itu, sama ada syafaat tersebut dari para nabi, siddiqin, ulama’ atau solihin. 
-Bahkan setiap hamba yang mempunyai kedudukan di sisiNya, dan baik hubungan dengan tuhannya, boleh memberikan syafaat kepada ahli keluarga, kaum kerabat, teman serta orang yang dikenalinya. 
Oleh itu, jadikanlah dirimu sebagai orang yang bersungguh-sungguh mencari syafaat di sisi mereka.”[17]
-Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim telah berkata: “Sesungguhnya memohon doa atau syafaat dari orang yang masih hidup atau roh orang yang telah meninggal dunia adalah suatu permintaan yang bersifat ubudiyyah kepada Allah SWT. 
Dan ia dibolehkan di dalam Islam. Meminta pertolongan daripada orang yang masih hidup bererti memohon doa, nasihat dan petunjuk, serta mengambil berkat darinya. 
-Manakala memohon bantuan dari orang yang telah mati pula bererti meminta pertolongan dari ruhnya yang hidup di alam barzakh, yang boleh mendengar kata-kata manusia yang masih hidup, yang dikurniakan kepadanya keistimewaan dan diberikan apa yang diingininya.”[18]
-Maka makna madad (mohon bantuan) dengan yang telah wafat ialah bertawasul dan memohon syafaat agar ditunaikan hajat dengan keberkatan darjatnya di sisi Allah,serta memohon dikurniakan pertolongan dari Allah. 
-Firman Allah:
وللآخرة أكبر درجات وأكبر تفضيلا[19]
-Dan tawasul pula bukanlah bererti bertawasul dengan zat seseorang yang terbentuk dari ketulan-ketulan daging dan darah, akan tetapi ia bermaksud bertawasul dengan amal kebaikan orang tersebut. Dan amal kebaikan seseorang itu senantiasa bersama ruhnya dan menjadi bekalannya sama ada ruh itu masih di badan atau telah menetap di alam barzakh.[20]
◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
-Maka tidaklah hanya dengan lafaz al-madad itu sahaja boleh menjadi tiket untuk mengkafirkan seseorang yang telah melafazkan dua kalimah syahadah. 
-Kerana masalah keimanan seseorang bukan hanya dilihat dari luaran, bahkan wajib juga diteliti pada niat dan i’tiqadnya.
Dan perihal niat dan i’tiqad tidak boleh sama sekali dihakimi dengan sangkaan atau zhon. 
Firman Allah :
يَا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم[21]
-Inilah prinsip ahli-ahli sufi berkenaan masalah keimanan. 
-Ia adalah intisari dari hadis Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam tatkala Nabi mengingkari perbuatan Ibn Abi Syaibah yang telah membunuh seorang lelaki di dalam peperangan setelah dia mengucap kalimah syahadah, ini kerana pada sangkaannya (radhiyallahu ‘anhu) lelaki tersebut mengucap kerana takut dibunuh..
.فلما سمع به رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال له: أقال لا إله إلا الله وقتلته؟ قال: يا رسول الله إنما قالها خوفا من السلاح. قال: أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم أقالها أم لا، فما زال يكررها عليه حتى تمنى لو أنه أسلم يومئذ[22]
-Firman Allah Taala yang menceritakan kata-kata malaikat Jibril kepada Maryam:
قال إنما أنا رسول ربك لِأَهَبَ لَكِ غلاما زكيّا[23]
Di dalam ayat tersebut malaikat Jibril menisbahkan pemberian anak tersebut kepada dirinya sedangkan hakikatnya yang memberi pemberian tersebut adalah Allah SWT. .
-Firman Allah:
إِن تتوبا إِلَى الله فقد صغت قلوبكما وإن تَظَاهَرَا عليه فإن الله هو مولاه وجبريل وصالح المؤمنين والملائكة بعد ذلك ظهير[24]
Di dalam tafsir At-Thobari diterangkan bahawa Allah SWT, Jibril, para mukmin yang soleh serta para malaikat adalah pembantu (yang membantu) Rasulullah SAW bagi menghadapi orang-orang yang menyakiti dan ingin berbuat jahat terhadap Baginda SAW. ..[25]
-Ayat ini adalah nas yang sorih yang membolehkan memohon pertolongan dari Jibril, para malaikat, ulama’ dan para mukmin yang soleh. Selain itu, terdapat juga hadis yang menyokong kenyataan ini:
ما روي عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إن لله ملائكة في الأرض سوى الحفظة يكتبون ما يسقط من ورق الشجر، فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله"[26]وقد ثبت أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال له: أريد مرافقتك في الجنة، فقال عليه الصلاة والسلام: "أعِنّي على نفسك بكثرة السجود."[27] أي العبادة
-Inilah dalil-dalil yang menetapkan bahawa memohon bantuan (madad) dari Allah SWT melalui perantaraan hamba-hambaNya yang soleh serta wali-waliNya yang muttaqin adalah perkara yang dibolehkan lagi disyariatkan. Dan kesemua ini bergantung kepada niat dan i’tiqad seseorang. Wallahua’lam...
*Sebuah terjemahan dan olahan dari kajian ilmiah Markaz Imam Junaid, Rabithah Muhammadiyyah lil’ulama’, Maghribi.