Khamis, 3 November 2022

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU TASAWWUF & THARIQAT


Kelebihan menuntut ilmu Tasawwuf dan Thariqat, kebaikan dan fadhilatnya amatlah banyak di antara pokok yang terpenting adalah untuk mencabut syirik khafi yang bersarang di dalam hati kerana tanpa jalan Tazkiatul-nafs (penyucian jiwa) tidak akan mungkin tercabut syirik khafi seseorang yang berada di dalam hati.

Disebutkan oleh Imam al-Ghazali رحمة الله تعالى di dalam kitabnya yang bernama Al-Munqidz Minadh-dhalal :

إني علمت يقينا أن الصوفية هم السالكون لطريق الله خاصة، وأن سيرتهم أحسن السير وطريقهم أحسن الطرق وأخلاقهم أصوب الأخلاق، بل لو جمع عقل العقلاء وحكمة الحكماء وعلم الواقفين على أسرار الشرع من العلماء ليغيروا شيئا من سيرتهم وأخلاقهم ويبدلوه بما هو خيرمنه، لم يجدوا له تبديلا. فإن جميع حركاتهم في ظاهرهم وباطنهم مقتبسة من مشكاة النبوة وليس وراء النبوة نور يستضاء به.

Ertinya :

"Sesungguhnya aku tahu dengan ilmu yang yakin bahawa orang-orang ahli shufi itulah orang-orang yang mengikuti Thariqat yang menyampaikan kepada ma'rifatullahi Ta'ala yang sebenar-benarnya. Perilaku mereka sebaik-baik perilaku, jalan mereka sebetul-betul jalan dan akhlak mereka sebaik-baik akhlak, bahkan jika dihimpunkan akal seluruh orang-orang yang berakal, kebijaksanaan seluruh para hukama' dan ilmu seluruh para ulama yang bersepakat mengetahui rahasia-rahasia ilmu syariat untuk mengubahkan sedikit daripada perilaku dan akhlak ahli shufi ini serta menggantikannya dengan yang lebih baik daripada itu nescaya mereka tidak menemui gantinya dan tidak menemui sesuatu yang lebih baik daripada perilaku mereka itu, kerana gerak-geri mereka yang zahir dan yang batin dicedok (diambil) daripada syariat Nabi ﷺ, dan segala perilaku ahli shufi zahir dan batin semata-mata mengikuti (Nur KeNabian) perilaku Nabi ﷺ.

Seperti yang tersebut di dalam sabda Nabi ﷺ :

العلماء ورثة الأنبياء

Ertinya :

"Para ulama (ahli Shufi) itu ialah yang sebenar-benar mewarisi ilmu para Anbiya'."

Di antara kelebihan ilmu Tasawwuf itu ialah yang disebutkan oleh Al-Arif Billah Al-Kabir Wal-Quthub As-Syahir Saiyidi Ahmad Ar-Rifa'i قدس الله سره :

تعلموا علم الصوفية تعلما فإن جذبات الحق قد قلت في هذا الزمان.

Ertinya :

"Pelajarilah ilmu Shufiyah dengan bersungguh-sungguh belajar, kerana sesungguhnya jadzabatul-haq (tarikan ketuhanan) iaitu orang-orang yang disampaikan Allah Ta'ala kepada makrifat yang sebenar-benar pada zaman ini telah berkurangan."

[ Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani - Siyarus Salikin ]

♡♥♡Kisah ahlillah♡♥♡

<Kisah seorang abid dengan orang gila>
seorang gila telah berjalan di sebelah seorang abid yg sdg bermunajat kpd Allah SWT,abid tesebut menangis sehingga membasahi pipinya,seraya berkata:
"wahai tuhanku…janganlah kamu memasukkan daku kedalam neraka…,kasihanilah akan daku…
wahai tuhan bersifat dengan sifat penyayang dan pemurah….! Jgnlah kamu meng-azab akan daku…!
Aku insan lemah ,tidak ada kekuatan utk mnanggung azab nerakamu…,kasihanilah daku…!
Kulit2ku ini terlalu lembut dan nipis,tidak mampu utk menahan kepanasan api neraka…
Dan tulangku ini tidak kuat untuk mnahan kekuatan api neraka tersebut…., oleh itu,kasihanilah daku.."
-Lalu tertawa Orang gila yg mendengar munajat abid tersebut, dengan kuat sekali…
ha ha ha ha…
-Kemudian berpaling abid dan bertanya kpd orang gila tersebut :
"Apa yg menyebabkan kamu ketawa????"
"Sebab ungkapan yg keluar dari mulut engkau …"
Apakah yg menyebabkan engkau ketawa pd ungkapanku? 
Bertanya si abid tadi..
Kerana engkau takut dengan api neraka….,
tegas org gila tadi…
-Engkau tidak takut dgn api neraka?bertanya abid…
-Tidak sama sekali,aku tidak takut dgn api neraka ….,
tegas org gila tersebut…
-Maka tertawa pula si abid terhadap org gila tersebut…seraya berkata ..:
-Sahlah yg kamu ni orang gila…ha ha ha
-Wahai abid…! 
Bagaimana kamu boleh takut dgn api neraka,padahal disisi engkau, ada tuhan yg bersifat dgn penyayang…,rahmat tuhan meliputi akan segala2nya….,tegas org gila tersebut
-Abid menjawab: "sesungguhnya aku orang berdosa,jikalau Allah SWT mengambil kira dgn sifat keadilannya,nescaya Allah SWT akan memasukkan daku ke dalam nerakanya…,dan sesungguhnya aku menangis…supaya dia mengasihi , mengampuni dan tidan menghisab daku dgn keadilannya…bahkan dengan kurnian dan rahmatnya semata2…,sehinggalah aku tidak dimasukkan kedalam neraknya…"
-Maka ketawalah orang gila tadi dengan kuat sekali,bahkan lebih kuat dari yg pertama…
Terkejutlah abid,dan bertanya :
Apakah yg menyebabkan kamu ketawa?
"Wahai Abid !!!,
di sisi engkau ada tuhan yg bersifat dengan sifat keadilannya,dan engkau takut dengan sifat keadilannya???
Dan disisi engkau,ada tuhan yang bersifat dengan sifat pengampunan,kasih sayang dan penerima taubat…dan pada masa yang sama engkau masih takut dengan nerakanya…?"
Wahai si gila !!! tidakkah engkau takut akan Allah? 
-tegas si Abid…
"Ya….,tentulah aku takut akan Allah SWT,tapi bukanlah takutku daripada nerakaNya…."
-Lalu merasa hairanlah si abid tadi….,seraya bertanya…:
"Jikalau kamu tidak takut daripada api nerakanya,jadi engkau takut daripada apa ?????
-Jawab si gila :
" sesungguhnya aku takut ,apabila aku berhadapan dengan tuhanku,dan apabila aku ditanya olehNya seperti berikut…:
"Wahai hambaku…!! Kenapa engku melakukan maksiat terhadapku….!!!"
-Maka jikalau aku itu daripada kalangan ahli neraka…,maka aku mengharap akan Allah SWT,supaya memasukkanku kedalam nerakanya,tanpa perlu dipinta berbuat demikian(masuk neraka)….
Kerana azab neraka itu ,terlebih ringan pada diriku,daripada berdepan dengan Allah SWT,dan ditanya akan daku…
-Dan sesungguhnya daku tidak mampu berdepan dengannya dengan keadaan diriku ini yang bersifat khianat pd Allah SWT,dan pada masa yang sama aku menjawab dengan lisan seorang pembohong…
Jikalu masuknya aku kedalam nerakaNya,menyebabkan kepada keredhaannya,maka aku tidak kisah akannya..
Maka menjadi kehairananlah si abid dengan apa yang di ungkapkan oleh si gila tadi…,dan terus memikir akannya…
Wahai abid !!!,aku nak bagitahu satu rahsia pada ENGKAU,tetapi janganlah engkau hebohkan pada orang lain…!!,TEGAS SI GILA..
Apakah rahsia itu wahai si gila yang bijak ??? bertanya si abid..
"Wahai abid…!! , sesungguhnya Allah SWT tidak akan memasukkan daku ke dalam nerakaNya,kamu tahu kenapa ???"
-tegas si gila..
Kenapa wahai orang gila???? Bertanya abid
Kerana sesungguhnya aku ini beribadah kepadaNya kerana aku cinta dan rindu aku utk menghadap akan tuhanKu…
Dan engkau pula beribadah kepadaNya kerana takut kepada nerakaNya dan tamak akan syurganya…
Dan sangkaan dan harapanku terhadap tuhanku terlebih baik daripada engkau ….
 Sedarlah Wahai abid !!…,mengapakah tidak engkau mengharapkan sesuatu yang terlebih baik daripada apa yang engkau harapkan tadi???
Lihatlah kamu pada Nabi Musa A S..bagaimana beliau pergi untuk mendapatkan kayu api supaya dapat memanaskan akan badannya…,tetapi lihatlah apa yang dibawa pulang olehnya,sesungguhnya beliau membawa pulang pangkat kenabian…
 Aku ini …(si gila),pergi untuk melihat keindahan tuhanku,dan aku pulang sebagai seorang gila…. 
-kata si gila…
Maka beredarlah si gila tadi dalam keadaan tertawa….,
dan si abid dalam keadaan menangis,seraya berkata :
“aku tidak boleh pecaya bahawa si gila tadi seorang yang gila,sesungguhnya dia bukan gila…,bahkan orang yang paling berakal…
-Akulah orang gila yang sebenar….,aku akan tulis segala ungkapnnya tadi… dengan air mataku….
Wahai Tuhanku !!!...
Bagaimana aku boleh melupai akan diKau,sedangkau Engkau sentiasa mengingatiku…???
Dan bagaimana aku boleh lalai daripada mengingati akan Dikau…sedangkan Engkau sentiasa mengingati akan daku…??? “
renungkanlah .....

JUMAAT DATANG LAGI UNTUK MEMANDANG WAJAH-WAJAH AHBAB


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Telah menasihati akan kami oleh guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala bahawasanya, hati yang penuh dengan rahmat akan memandang manusia dengan pandangan penuh rahmat. 

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala menyatakan selayaknya orang yang beriman itu memandang setiap orang islam dengan pandangan dan dengan anggapan bahawa mereka itu adalah para wali. 

Demikianlah husnu dzon yang diajarkan kepada kami agar memandang setiap ummat islam dengan pandangan yang penuh dengan kebaikan. Suatu arahan yang mudah untuk mengubat hati, daripada seorang Murobbi untuk mengubat penyakit² hati atau zulumat, dan khususnya merawat sifat keakuan yang menjadi hijab dalam diri - merasakan diri hebat dan lebih dari orang lain. 

Bahkan beliau Hafizahullahu Ta'ala menambah lagi bahawa setiap pandangan keatas orang² yang munafik itu, hendaklah dibangsakan pandangan tersebut keatas diri sendiri, bahawa munafik itu adalah cerminan diri kita sendiri. Itulah sifat diri kita sebenarnya yang penuh dengan sifat² munafik. 

Maka diteruskan nasihat beliau agar kami semua melazimi memandang wajah² ahbab dan alim ulama, serta saling kasih mengasihi pada setiap hari Isnin dan Jumaat. 

Maka pandanglah wajah² saudara kita dengan pandangan yang penuh dengan sangkaan kebaikan, mudah²an hati² kita yang penuh dengan zulumat dan sifat keakuan ini bisa dirawat dengan memandang keadaan diri sendiri yang sentiasa hidup dengan keburukan. 

Para Ahlillah adalah cermin bagi diri kita. Suhbah dengan Ahlillah memperlihatkan keburukan diri kita. Semoga Allahﷻ memberi kesempatan kepada diri ini untuk menatap wajah-wajah Ahbab pada hari-hari Jumaat yang mendatang. 

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

(ILMU IHSAN): MANFAAT YANG BESAR MELALUI PEWARIS YANG KAAMIL


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Berkata Imam As Saahili dalam Kitab Bughyatus Saalik:

"Adapun untuk mendapatkan manfaat yang besar (khas), maka tidak mungkin akan terhasil melainkan melalui pewaris (wali) yang Kaamil"

Ulasan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala:

Setiap orang yang belum mencapai kepada tahap seorang pewaris yang Kaamil (Wali yang mewarisi ilmu dan rahsia Muhammadi), sesungguhnya dia mengajak orang kepada selain Allahﷻ kerana masih berbaki habuan nafsu pada dirinya. Seperti mana seorang hamba Mukaatab, dia masih dikira sebagai hamba selama mana dia belum menyelesaikan hutang bayarannya kepada Tuannya. Begitu juga seorang yang saalik, dia masih dikira hamba selama mana masih berbaki habuan nafsunya pada dirinya. 

● Waris yang Kaamil adalah seorang Syeikh atau Mursyid atau Murobbi yang telah wusul dan telah mendapat izin khas daripada Sayidina Rasulullah ﷺ
dalam mengajak manusia kepada Allahﷻ. Maka hanya Waris yang Kaamil yang dapat menyampaikan seseorang kepada sebuah negeri, negeri yang tidak mungkin dapat sampai kepadanya melainkan dengan diasuhkan akan nafsu seseorang. 

● Inilah ilmu IHSAN yang tidak akan didapatinya melainkan melalui seorang Waris yang telah diberi izin khas, bukan semata-mata berzikir dan beramal ibadat tanpa bimbingan seorang Guru Khas. 

● Waris yang Kaamil adalah seorang yang arif dan mewarisi dari Sayidina Rasulillah ﷺ segala martabat ilmu samada ilmu yang zahir mahupun yang batin, dan mereka itu mewarisi dari Sayidina Rasulillahi ﷺ akan rahmat dan ketinggian martabat. 

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani at Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih kekasihNya yang terpilih; Sayidi Ahsan Al Baqili r.hu, Syeikh Ahmad at Tijaniy r.hu, dan Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Eden Harazim

Rabu, 2 November 2022

UJIAN SULUK


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Telah diperjelaskan oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi at Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala; 

Ketahuilah bahawa, setiap orang yang ingin pergi kepada hadrah Allah, maka Allah akan mengujinya dipertengahan jalan, untuk melihat samada orang itu benar pada niatnya untuk mencari Allah atau mencari selain Allah. 

Dan Allah akan mengujinya dengan apa? Diuji dengan perkara yang sedap-sedap, rahsia Kaunu, rahsia alam, emas-emas, khazanah, harta, dan macam-macam lagi yang akan memanggilnya. 

Namun demikian, pada zaman ini Allah telah memberikan kurniaan-Nya kepada kita. Allah telah memberikan kita suluk tanpa melihat kanan kiri, dan berada di jalan yang penuh keamanan dan selamat. 

Alhamdulillah seandainya kamu suluk kepada Allah melalui jalan Kurniaan-Nya dan Anugerah-Nya, semasa kamu ingin bergerak menuju kepada Hadrah Allah, kamu akan diliputi dengan pakaian guru kamu, perisai guru kamu, tidak boleh dipanah daripada pembukaan bangsa Kaunu, bangsa alam, rahsia-rahsia, hawatif pendengaran, mimpi-mimpi, dan bahkan tidak melihat apa-apa. 

Kalau kamu jumpa jalan sufi yang benar, pada perkara mimpi dan dengar itu, semuanya itu akan dihijab habis kerana Allah SWT akan menutup segala pintu-pintu fitnah yang boleh menggelincirkan kamu kepada selain daripada Allah SWT. 

Dengan barakah jalan itu, barakah guru dan jalan itu, pada maksud masuknya seseorang murid itu dibawah jaminan guru, maka kamu akan memperolehi pakaian perisai seorang guru, sehingga kamu dipelihara di dalam jalan itu. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Cpf

RAHSIA SOLAWAT


Wahai sahabat-sahabatku!

Ketahuilah oleh engkau bahawa apabila engkau bersolawat kepada Nabi Muhammad saw, engkau telah bersolawat kepada dirimu sendiri kerana sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu cahaya sekelian alam. Inilah rahsianya solawat dan hakikat segala penciptaan.

Oleh kerana itu, Allah Ta'ala gemar bersolawat kepada Nabi Muhammad saw kerana sesungguhnya Dia telah bersolawat kepada sifat dan af'al-Nya sendiri. Demikian pula para malaikat gemar bersolawat kepada Nabi Muhammad saw kerana mereka sebenarnya bersolawat kepada diri mereka sendiri.

Maka, barangsiapa menentang amalan solawat, sesungguhnya mereka telah memusuhi diri mereka sendiri. Alangkah bodohnya engkau sekiranya berpendirian sedemikian. Lalu, celakalah yang akan menimpa diri engkau. Na'uuzubillaahi min zaaliq.

Marilah kita bersama-sama membanyakkan solawat ke atas Nabi Muhammad saw;

" ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA SAIYIDINAA MUHAMMAD WA'ALAA AALI SAIYIDINAA MUHAMMAD"

Semoga barokah hidup kita dari dunia sampai akhirat. Aamiin Yaa Robbal 'Aalamiin...

                      ----- ♡♡♡♡♡ -----

Tulisan dari;

Ustaz Ismail Al-Faqir
(Kyai Ismail Al-Hikmah)

PENGERUSI,
BIRO DAKWAH & ISLAMIAH
PESAKA NEGERI TERENGGANU
--------------------------------------------------
💐اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💐 الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ 💐 وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ 💐 نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ 💐 وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ 💐 وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩💐

Isnin, 31 Oktober 2022

Selawat Fatih : Daripada Mekah ke Masyrik dan Maghrib

Selawat Fatih telah diamalkan oleh para alim Ulamak sejak berabad lamanya. Dimaklumi bahawa Selawat Fatih adalah suatu pemberian khas dalam ruang lingkup karamah Allah kepada wali Allah iaitu Al-Arif Sidi Muhammad Mustafa Al-Bakri As-Siddiqi yang memohon ke hadrat Allah agar dikurniakan satu selawat yang merangkumi semua selawat yang ada di alam ini dengan penuh pengharapan dan kehambaan kepada Allah. Maka dikurniakan kepadanya satu lembaran istimewa tertulis Selawat Fatih setelah bertahun-tahun bermunajat di hadapan kaabah di Mekah.

Dengan penuh amanah Sidi Al-Bakri mengijazahkan Selawat Fatih kepada anak muridnya di Mesir iaitu Sidi Muhammad Al-Hafni yang merupakan guru kepada para Ulamak Al-Azhar ketika itu. Sidi Al-Bakri juga mengijazahkan Selawat Fatih kepada muridnya di Madinah iaitu Sidi Muhammad bin Abdul Karim As Samman yang merupakan guru kepada para ulamak di belajar di Tanah Haram termasuklah ulamak daripada nusantara.

Melalui Sidi Muhammad Al-Hafni tersebarnya amalan Selawat Fatih ke bumi Maghrib iaitu menerusi anak muridnya Sidi Muhammad bin Abdul Rahman Az Zuwawi Al-Maghribi. Manakala melalui Sidi Muhammad bin Abdul Karim As-Samman tersebarnya amalan Selawat Fatih ke bumi Masyrik (nusantara) menerusi muridnya Syeikh Abdus Somad Al-Falimbani, Syeikh Daud Al-Fatani, Syeikh Arsyad Al-Banjari dan Syeikh Wan Ali Kutan.

Kini, beruntung lagi bumi nusantara dengan kehadiran Ulamak Maghribi ke sini dengan membawa sanad selawat Fatih yang asli daripada bumi Maghribi setelah sekian lama amalan ini seakan asing daripada pandangan masyarakat di sini.

Melalui keilmuan, pengamatan, penghayatan, dan pengorbanan ulamak terdahulu dan ditambah dengan kesungguhan murabbi kini telah menyemarakkan lagi amalan Selawat Fatih di bumi Melayu.

Semoga Allah merahmati para alim ulamak yang berkorban jiwa raga untuk kebaikan ummah.