Khamis, 8 Disember 2022

Teruskan berselawat hingga menemui guru yang mursyid


Adalah Sidi Hussin Al-Yifrini melazimi 80,000 selawat sebelum masuk waktu subuh ketika beliau muda dan belum bertarikat.

Suatu hari, ketika beliau membuat perjalanan menuju ke Mekah untuk melaksanakan haji, beliau bermimpi bertemu Rasulullah di sebuah perigi.

 Lalu beliau mandi dengan air tersebut hingga bercahaya seluruh tubuhnya kecuali satu tempat yang tidak dapat dicahayakan dan masih dalam keadaan gelap/hitam. Lalu beliau menggosok-gosok di tempat itu agar bercahaya namun tidak dapat dihilangkan kesan itu.

Lalu Rasulullah ﷺ berkata kepadanya tompok itu hanya akan disempurnakan oleh gurumu apabila tiba masanya.

Selepas sempurna melaksanakan haji beliau kembali ke Maghribi dan mengambil tarekat Tijani dengan 2 orang wali Qutub iaitu Sidi Muhammad Ar'bi As-Saih dan Sidi Muhammad Bin Ahmad Al-Khansusi Al-Ja'fari. 

Setelah itu jadilah beliau Sidi Hussin Al-Yifrini seorang daripada bintang-bintang dan pembesar didalam tarekat Tijani.

Wallahu'alam

TAHNIAH ORANG MELAYU DI ATAS HADIAH ALLAH INI


https://youtube.com/shorts/8mxKoKNM9jY?feature=share

"KEDUDUKAN KAMU PADA KEDUDUKAN BAPA KAMI QUTUB SAYYIDI AHSAN ALBAAQILI, KAMI TIDAK MENEMUI SEPERTI DIMANA-MANA SEKALIPUN DI BUMI MAGHRIBI" 
(Sayyidi Syeikh Abu Aqil, Khalifah Tijaniyah Albaaqili Maghribi)

Hanya wali mengenal wali..
Pengiktirafan Sayyidi Khalifah Tijaniyah Albaaqili bumi Maghribi dan juga merupakan anak kepada qutub bumi Maghribi Mujaddid Millah Waddin Sayyidi Syeikh Ahsan AlBaaqili Alhasani kepada Sayyidi Shariff Ahmad Al-Hadi Al-Hasani AlMaghribi Attijani.
KATANYA "KEDUDUKAN KAMU PADA KEDUDUKAN BAPA KAMI QUTUB SAYYIDI AHSAN ALBAAQILI, KAMI TIDAK MENEMUI SEPERTI DIMANA-MANA SEKALIPUN DI BUMI MAGHRIBI"
TAHNIAH ORANG MELAYU DI ATAS HADIAH ALLAH INI

Tausiyah Sayyidi Syeikh Ahmad Al-Hadi di Zawiyah Tijaniyah Sidi Ahsan Albaaqili:
https://youtu.be/rKBmhe5Bqnc

Rabu, 7 Disember 2022

RABI'ATUL ADAWIYAH

BISMILLAH 🌹
Ini adalah makam seorang wanita Rabi'atul Adawiyyah. Dia ada salah seorang wali Allah dan namanya harus kita kenali dan teladani - terutama sekali muslimah-muslimah pada zaman kini.

Apabila Rabi'atul Adawiyyah dilahirkan, ibubapanya teramat miskin sehingga mereka tidak mempunyai wang pun untuk membeli minyak yang menyalakan lampu mereka. Ibu Rabi'atul Adawiyyah meminta agar suaminya ke rumah jiran untuk mendapatkan sedikit wang bagi membeli barang-barang keperluan untuk anak perempuan mereka yang baru dilahirkan. Akan tetapi, ayahnya telah berazam untuk meminta pertolongan dari Allah sahaja. Maka, dia pun merayu kepada Allah.

Pada malam itu, Rasulullah ﷺ datang kepadanya di dalam mimpi dan memberitahunya bahawa anak perempuannya adalah seorang yang disayangi Allah dan dia akan memimpin ramai ke Islam. Kemudian, Rasulullah ﷺ menyuruh ayahnya untuk mempersembahkan surat kepada penguasa Basra, Iraq, yang mencatatkan bahawa dia telah lupa untuk membaca sebuah awrad pada satu malam, dan dia harus memberi 400 dirham kepadanya.

Penguasa itu sangat gembira kerana telah disebut oleh Rasulullah ﷺ lalu dia mentaati perintah Rasulullah ﷺ dengan hati yang girang. Maka, sejak kelahirannya, Rabi'atul Adawiyyah membawa berkat kepada mereka di kelilingnya.

Dia menetap di sebuah padang pasir dan dia hidup berasingan dari sesiapapun. Dia mencapai tahap iman yang tinggi dan dia akan berkata "Yaa Rabb, jika aku menyembahMu kerana aku takutkan neraka, maka bakarkanlah aku dalam neraka; jika aku menyembahMu kerana aku inginkan Syurga, kecualikan aku dari Syurga; tetapi jika aku menyembahMu untuk Kamu sahaja, maka janganlah Kamu menafikanku KeagunganMu yang abadi."

Apabila dia sudah melanjut usia, Rabi'atul Adawiyyah berhijrah ke Palestin, di mana dia mempunyai rumah di atas Gunung Zaitun. Setiap hari, dia akan berjalan kaki ke Al-Aqsa untuk mengajar dan beribadah. Dia tidak bernikah dan tidak mempunyai seorang anak pun dan dia menjalankan hidup yang sederhana. Dia hanya ingin bersama Kekasihnya dan menyembah-Nya tanpa mengharapkan sesuatu.

Dia telah menyerahkan hidupnya dengan sepenuhnya kepada Allah dan dia sedar dia hanyalah hambaNya. Dia tidak meninggalkan sebarang tulisan, tetapi ramai ulama yang hebat telah memperolehi manfaat dari ilmunya dan salah seorang dari mereka adalah Imam Shafi'i.

- Shaykh Imran Angullia 🌹

ADAKAH SESUATU YANG KELUAR DARI TUBUH NABI MUHAMMAD ﷺ SUCI ATAU NAJIS: SUATU PENCERAHAN


Baru-baru ini ada sebuah video yang mendakwa bahawa kisah para sahabat Nabi meminum air kencing Nabi Muhammad ﷺ adalah tidak sahih dan ia tidak sepatutnya diceritakan kepada orang awam. 

JAWAPAN

Riwayat yang mengandungi kisah para sahabat minum air kencing Nabi Muhammad ﷺ datang dari berbagai jalur iaitu kisah Ummi Ayman, Barakah dan Ummi Yusuf. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam al-Suyuti menyatakan bahawa ketiga-tiga mereka adalah orang yang berbeza.

Salah satu riwayat yang menyebut kisah Ummi Ayman dan Barakah adalah da’if kerana ada perawi da’if iaitu Abu Malik al-Nakha’i dan Hukaymah binti Umaymah. Akan tetapi kedua-dua riwayat tersebut mempunyai sokongan hadith-hadith lain dari jalur yang berbeza tanpa melalui kedua-dua perawi tersebut sebagaimana yang direkodkan dalam Tarikh Dimashq li Ibni ‘Asakir (4/303), al-Bidayah wa al-Nihayah li Ibni Kathir (5/326) dan al-Isabah li Ibni Hajar al-Asqalani (8/171).

Adapun kisah Ummi Yusuf adalah sahih sanadnya yang dikeluarkan oleh Imam Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. 

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Talkhis al-Habir menyatakan bahawa walaupun terdapat riwayat yang mempunyai perawi da’if dalam hadith mengenai sahabat minum air kencing Nabi Muhammad ﷺ , akan tetapi hadith mengenai perkara tersebut mempunyai syawahid dan mutaba’at (riwayat sokongan), maka kisah tersebut telah disahihkan oleh para Ulama seperti Imam al-Hakim, Imam Ibnu Dihyah dan lain-lain.  

Dalam kitab al-Badr al-Munir (1/484-584), Imam Badr al-Din al-‘Ayni menyatakan bahawa oleh kerana hadith mengenai para sahabat datang dari berbagai jalur maka para Muhaddithin seperti Imam Daruqutni dan Imam Ibnu Salah telah mensahihkan riwayat Hukaymah binti Umaymah. 

Antara Muhaddithin yang telah mensahihkan kisah sahabat Nabi meminum air kencing Rasulullah SAW ialah al-Hafiz al-Haythami, Imam Abu Nu’aym, Imam al-Tabarani, Imam al-Suyuti, Imam al-Nawawi, Imam Ibnu Mulaqqin dan lain-lain. 

Imam al-Nawawi dalam Rawdah al-Talibin (Kitab al-Nikah: Bab fi Khasa’is al-Rasul) menyatakan bahawa air kencing RasuluLlah SAW adalah suci untuk diminum bagi tujuan mendapat syifa dan keberkatan. Demikian itu juga adalah pandangan Imam al-Rafi’i yang menyatakan bahawa semua yang keluar dari tubuh Nabi Muhammad SAW termasuk darah dan air kencing Nabi Muhammad SAW adalah suci hukumnya. 

Imam Badr al-Din al-‘Ayni menjelaskan bahawa antara keistimewaan khusus Nabi Muhammad ﷺ ialah apa sahaja yang keluar dari tubuh Baginda adalah suci berdalilkan mukjizat air keluar dari tangan Baginda lalu digunakan para sahabat untuk berwuduk. Menurut beliau, meskipun terdapat perbezaan pendapat antara Ulama mengenai darah dan air kencing Baginda sama ada ia suci atau najis, akan tetapi pandangan yang paling tepat ialah ianya suci. Beliau menolak pandangan yang menyamakan apa yang keluar dari tubuh Baginda dengan manusia yang lain kerana telah sabit di dalam riwayat dari berbagai jalur bahawa para sahabat meminum darah dan air kencing Nabi Muhammad ﷺ untuk mengambil keberkatan. 

Selanjutnya Imam Badr al-Din al-‘Ayni rahimahuLlah menegaskan bahawa meskipun RasuluLlah SAW adalah manusia, akan tetapi tidak boleh disebutkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa seperti manusia lain, seseorang yang menyatakan sedemikian rupa adalah orang yang jahil mengenai martabat Nabi Muhammad SAW, bahkan tidak ada manusia yang seumpama Baginda dan tiada siapa yang seumpamanya.

(‘Umdah al-Qari Sharh al-Bukhari li Badr al-Din al-‘Ayni (Kitab al-Wudu’, hadith no.169).

 Imam al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra menyatakan bahawa diperbolehkan untuk meminum air kencing dan darah RasuluLlah ﷺ untuk tujuan syifa’. Beliau telah memasukkan hal tersebut dalam bab keistimewaan khusus yang dimiliki RasuluLlah ﷺ . 

Pengkaji hadith moden hendaklah memahami bahawa praktik Muhaddithin adalah menerima hadith da’if yang berkaitan dengan keistimewaan RasuluLlah ﷺ dan tanda-tanda kenabian Baginda, dan ia boleh disebarkan kepada masyarakat awam. Lebih-lebih lagi apabila ia ada penguat dan sokongan riwayat yang mensahihkannya seperti kisah yang dibincangkan dalam artikel ini. Pengkaji hadith moden tidak sepatutnya mencampur adukkan cara penerimaan Ulama Muktabar terhadap hadith yang berkaitan Aqidah/Ahkam dan keistimewaan RasuluLlah ﷺ.

Imam Ibnu Hajar al-Haytami al-Makki al-Ansari rahimahuLlah (w.973H/1566M) dalam kitabnya al-Minah al-Makkiyyah Fi Sharh al-Hamziyyah (ms.152) menegaskan bahawa seluruh Huffaz Hadith Muta’akhirin telah menetapkan bahawa hadith-hadith da’if adalah diterima untuk seluruh hal berkaitan keistimewaan Rasulullah SAW, mukjizat dan manaqib (biografi).

Dalam al-Maqāmat al-Sundusiyyah fi al-Nisbah al-Sharifah al-Mustafawiyyah, Imam al-Suyuti menyebutkan, “Para ahli ilmu dan Ulama Muhaddithin pada masa terdahulu dan muta’akhirin tidak putus-putus meriwayatkan khabar ini dan menjadikannya dalam sebahagian dari keistimewaan (al-khasa’is) dan mukjizat, serta memasukkannya dalam genre manaqib dan kemuliaan (al-mukramāt), dan mereka berpegang bahawa hadith yang da’if sanadnya adalah diterima dalam kedudukan ini, dan berpegang bahawa ianya diterima periwayatannya dalam ruanglingkup fadilat (kelebihan Rasul) dan manaqib (biografi)”.

Shaykh Nur al-Din al-‘Itr dalam Manhaj al-Naqd menegaskan bahawa selagimana sesebuah hadith tidak mencapai status palsu, maka hadith-hadith da’if pada berbagai peringkat yang tidak bersangkut paut dengan Aqidah dan hukum-hakam boleh digunakan dan diamalkan iaitu hadith-hadith yang bersangkutan bab fadilat amal, motivasi, nasihat, kalam hikmah, ilmu-ilmu yang halus lagi mendalam (al-daqa’iq), galakan dan ancaman (targhib wa tarhib), kisah-kisah (al-qisas), kerohanian (al-raqa’iq), ilmu ma’rifat (al-ma’arif), peradaban, tafsir, sirah dan biografi (al-manaqib).

iqbal Zain al-jauhari

Isnin, 5 Disember 2022

WALAUPUN HANYA RASA LEBIH BAIK DARI SEEKOR ANJING


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Semasa Sayidina Musa a.s pergi ke Bukit Tursina untuk berbicara dengan Allahﷻ, sebelum Baginda mendaki bukit itu, Baginda telah terjumpa seekor anjing. 

Anjing itu penuh dengan penyakit - buta, sopak, dan bermacam-macam aib (istilah kita dipanggil anjing kurap). Apabila Sayidina Musa a.s lalu dekat anjing itu, maka Baginda menjauh sedikit kemudian baru lalu. 

Selepas berbicara dengan Allahﷻ dan mendengar kalam Allahﷻ, kemudian Allahﷻ bertanya kepada Baginda, "Wahai Musa, kamu lalu dekat anjing itu tadi?". Sayidina Musa menjawab, "Saya lalu dan saya nampak anjing itu". 

Kemudian Allah mengatakan, "Dengan Kemuliaan Aku, kalaulah terdetik dalam hati kamu, kamu lebih baik daripada anjing itu, Aku akan memadamkan nama kamu daripada Dewan Nabi-Nabi". 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Ahad, 4 Disember 2022

ALAM INI LIDAH KEPADA ALLAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Bila kita membenarkan Allahﷻ dengan tulus dan jujur, alam ini semua akan menjadi lidah daripada Allahﷻ kepada kita (untuk) menyampaikan kalam Allahﷻ kepada kita, (samada) melalui binatang, melalui majzub, (atau) melalui bahlul. 

Kadang-kadang (orang) kafir cakap (tentang) sesuatu kalimah (dan) kita lalu, (maka kita) boleh dapat jawapan (tentang) perkara yang ada dalam fikiran kita, yang (mana) kita hairan dengan perkara itu. 

Kita lalu dekat (orang) cina (yang) cakap (sesuatu, kita) boleh dapat jawapan kalau kamu buka hati (yang) betul. 

Kalau kamu ikhlas dan jujur, pasti Allahﷻ akan menjadikan semua alam ini lidah kepada Allahﷻ (untuk kamu). 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

MARTABAT SEBENAR HAMBA ADALAH KEHAMBAAN MUTLAK

MARTABAT2 DAN KEMANISAN IBADAH SEBAGAI HIJAB TERHADAP HAMBA DENGAN TUANNYA/RABBNYA

(و لا تعتقدوا ان الربح في المراتب الولائية و لا الحلاوة في حال العبادة و لا الفيوض العلمية ظاهرا و باطنا ، فذلك كله حجاب قاطع عن المراد . و المراد منك ان تكون كالقلم بين يد الكاتب ، و هو ميت القدرة جامد . فلا ارادة و لاحركة و لا قوة . فكونوا مثله و احمدوا الله عليه . و لا تعبدوا القِبْلَة و لا المساجد و لا الشيخ و لا النبي و لا الدنيا و لا الاخرة )
 - سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه في احدى رسائله - 

janganlah kamu beriktikad bahawa keuntungan yg diperolehi pd martabat2 kewalian dan kemanisan ketika melaksanakan ibadah 
dan juga limpahan ilmu yg diperolehi secara zahir atau batin
kerana pd yg demikian itu adalah hijab yg memutuskan drpd tujuan sebenar(Allah dan ubudiah)

yg dituntut drpd kamu adalah menjadikan diri kamu umpama pen yg berada di tangan penulis

tidak bernyawa dan tiada upaya melakukan sesuatu

jadilah kamu umpama pen tersebut dan bertahmidlah kpd Allah (atas keadaan kamu yg umpama pen tersebut)

janganlah kamu menyembah akan kiblat,masjid2,masyaikh2,Nabi2, dunia dan juga akhirat
# (jangan jadikan diri kamu terhenti hanya pd perkara2 tersebut,bahkan jadikanlah Allah tujuan utama kamu dan jadikan diri kamu hamba sebenar/ubudiyah mahdah/محضة)
-bukan hamba kpd azkar/aurad/sir2/kasyaf2 dan umpamanya

-qutubul aqtab Sidi Ahsan Albaqili TA