Selasa, 9 Mei 2023

Permintaan Orang Arif Billah


مَطْلَبُ العارفينَ مِنَ اللهِ تعالى الصِدق ُ في العُبُوديةِ والقِيامُ بحُقوُقِ الرُّبُوبيَّةِ

"Permintaan orang yang sudah makrifat kepada Allah, hanya semoga dapat bersungguh-sungguh dalam kehambaan dan tetap dalam menunaikan hak-hak kewajiban terhadap Allah".

Syarah

  Yang dinamakan Siddiq dalam ‘Ubudiyyah yaitu: mengikuti tatacara menghambakan diri pada Allah (ubudiyyah), seperti mencukupi hak-haknya Allah dalam beribadah, mensyukuri pemberian Allah , sabar menghadapi bala’, menyerahkan semua urusannya pada Allah, selalu Muraqabah (meniti taqdir Allah, yang terjadi atas dirinya dan lainnya),memperlihatkan fakirnya kepada Allah dan selalu mengharap rahmatnya Allah dan lain-lain.

Hikmah 89 ini menjelaskan seorang arif itu tidak mempunyai permintaan kepada Allah, kecuali dua perkara :

1. SIDDQU ‘UBUDIYYAH, ( صدق العبودية) 

2. AL-QIYAMU BIHUQUQI-ALRUBUBIYYAH
           (القيام بحقوق الربوبية )

Tanpa melihat kepentingan dirinya dan nafsunya.

Berbeza dengan orang yang belum ‘Arif billah, yang belum mampu meninggalkan kepentingan diri dan nafsunya.

  Syeikh Abu Madyan berkata:

"Jauh berbeza antara orang yang semangat keinginannya hanya bidadari dan gedung [surga], dengan orang yang keinginannya selalu bertemu kepada Allah yang menciptakan bidadari dan yang mempunyai gedung [surga]. Sungguh-sungguh dalam sifat kehambaan, ialah: Berakhlak dan beradab sebagai seorang yang patuh dan taat kepada tuannya".

HIMMAH YANG BESERTA DENGAN IZIN ALLAH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah dikhabarkan oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi al Hasani at Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala; 

Maka, jika amat berkeinginanlah diri seseorang itu (untuk berada di jalan Allah) utk mendapat redha Allah, maka Allah Ta’ala itu menuruti akan himmah(niat) hamba itu 

Cinta Allah dan seumpamanya, maka itulah himmah yang tinggi (itulah maksud kesungguhan usaha untuk tujuan perjalanan kepada Allah), dan jikalau tidak (tanpa izin Allah), maka jatuhlah dan menjadi rendahlah ia (terkeluar atau rendahlah kedudukan dirinya di dalam perjalanannya untuk menuju kepada Allah). 

Iradah Allah, pertolongan Allah, adalah (beserta) dengan himmah hambaNya yang diizinkan. Bukan semua himmah-himmah orang yang ada izin (yakni bukan semua orang yang ada himmah adalah Allah turut beserta dengan himmahnya itu) . 

Himmah orang yang ada izin (yang mendapat izin Allah), himmah itu adalah himmah Tuhan, bukanlah himmah dirinya sendiri, sebab himmah yang ada izin (izin Allah) maka Allah turut serta dengan himmah orang itu, (Oleh itu, himmah Tuhan) bukan turut serta dengan mana-mana manusia kerana sesungguhnya himmah itu disisiNya (yakni himmah yang ada izin itu adalah himmah Allah). 

Pada himmah hamba yang beserta dengan izin Allah, maka setiap jawarihnya (pergerakan anggotanya) adalah dengan izin Allah. Segalanya yang dibuat (oleh jawarihnya), bukanlah dibuat dengan sendiri, tetapi dengan kehendak ilahi, digerakkan oleh Allah, dibawah iradah Allah, seumpama orang yang mati (sebab orang yang mati, jawarihnya bukanlah dibawah pentabiran dirinya, dia tidak ada kuasa langsung atas jawarihnya), (bahkan hamba itu) tidak ada keakuan langsung.

Semoga Allahﷻ merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

KABAR GEMBIRA DARI MALAIKAT JIBRIL & KETIKA RASULULLAH SAW MENYURUH SEORANG MASUK THORIQOH TIJANIYAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

Dari Manaqib Kitab Faidh Robbani di jelaskan Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s. turun dihadapan Rosululloh SAW. Dia berseru dengan suara yang sangat keras di hadapan orang banyak seraya berkata: “Selamat, selamat dan bergembiralah orang-orang yang mengambil Thoriqoh Tijani”.

Berkata Sayyidina Syaikh Abi al-Faidh Ahmad at-Tijani r.a: 
“Akan datang anugerah kepada murid-murid thoriqohku, hingga manusia masuk berbondong-bondong ke dalam thoriqohku. Anugerah ini datang ketika manusia dalam keadaan sempit dan sangat sulit ”.

=========

Seorang syaikh mursyid yang hafal al-Qur’an bernama Syaikh Abu Naufal r.a. berkata: “Saya bermimpi bertemu Rosulullah saw. seolah-olah saya mencium tangan beliau yang mulia”.
Nabi saw. bertanya kepada saya: “Mengapa kamu tidak mengambil thoriqoh Tijaniyah?”
Saya menjawab: “Ya Sayyidi ya Rosulallah! saya telah mengambil thoriqoh Qodiriyah”.
Nabi saw. mengulangi bertanya: “Mengapa kamu tidak mengambil thoriqoh Tijaniyah?”
Saya berkata kepada beliau: “Ya Sayyidi ya Rosulallah saya pada diri saya diizinkan membaiat (syaikh mursyid) thoriqoh Qodiriyah)”.
Lalu Rosulullah saw. bersabda: 
“Saya bertanya kepadamu mengapa kamu tidak mengambil thoriqoh Tijaniyyah?”
Saya bertanya: “Ya Sayyidi ya Rosulallah dari mana saya mengambil thoriqoh Tijaniyah?”
Rosulullah bersabda: “Ambillah thoriqoh Tijaniyah dari salah satu dua orang: sayyid Muhammad al-Hafidz at-Tijani atau dari Sayyid Muhammad as Sayyid at-Tijani. Sayyid Muhammad as Sayyid at-Tijani lebih dekat darimu. Sampaikan salamku kepadanya dan katakan Rosulullah membacakan salam untukmu dan bersabda kepadamu; berilah izin membaca wirid thoriqoh Tijaniyah, saya datang kepadamu agar engkau memberiku izin membaca wiwid-wiridnya”. Kemudian Sayyid Muhammad al-Sayyid at-Tijani memberi izin kepada Syaikh Abu Naufal membacanya setelah sanggup menerima syarat-syarat suluknya.

==========

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ

TASLIM AKAN GURU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksud daripada Mursyid dalam jalan Ilahi, yakni seseorang yang telah pergi ke Hadrah Allah dan balik dari Hadrah Allah, yang telah mengenal pasti jalan ke Hadrah Allah. Maka demikian itu, apakah yang diminta daripada seorang anak murid itu apabila dirinya ingin bersuhbah dengan seorang Mursyid itu? Mursyid itu adalah seorang yang mahir dalam jalan Ilahi, apakah yang diminta daripada anak murid? 

Maka, adalah dikehendaki keatas diri anak murid itu menutup akan matanya dan berserah akan dirinya pada Gurunya. Hendaklah keatas diri anak murid itu mengikut sahaja, meletakan tangannya pada tangan Gurunya itu, menutup akan matanya, jangan difikir dan jangan ditadbir kepada dirinya, jangan ikhtiar, hanya tutup mata dan berserah dirinya, akan tiba suatu masa nanti Guru berkata buka mata, dan diri murid telah berada dalam istana, ISTANA ILAHI, itulah jalan Allah. Inilah anak murid yang cepat berjaya. 

Sekiranya anak murid itu menutup matanya, tetapi mencuri-curi pandang, sekarang dimana saya? Anak murid yang tidak ada padanya berserah diri, tidak ada Taslim Mutlak, Taslim Kamil yang sempurna, tiba-tiba dirinya membuka mata, dan berkata pula pada Gurunya, “Guru saya ingat (pada rasa dirinya dan sangkaan dirinya) jalan ini ada singa dan lubang besar”. 

Kamu “Ingat” itu hanya pada sangkaan sahaja !!! Sedangkan saya (Guru) telah pun Tahkik, telah kenal pasti !!! Kamu hanya ingat (hanya bersangka sahaja) !!!. Bolehkah kita mendahului ingatan (sangkaan), utamakan sangkaan daripada yakin? Tidak boleh menolak yakin dengan syak !!!. Menolak syak adalah dengan yakin !!! Fahamilah !!! 

Dan itulah anak murid yang masih lagi ada ikhtiar kepada dirinya sendiri, fahamilah. Seorang anak murid yang ingin mencuri pandangan, ingin melihat telah sampai dimana, kadang-kadang sehingga bertanya kepada guru, “Kita dimana sekarang”? Diam kamu !!! Tutup mulut kamu !!! Tutup mata kamu !!! Serah sahaja, kalau kamu yakin bahawa Guru itu telah pergi dan balik (ke Hadrah Allah), pakar jalan (ke Hadrah Allah), maka apakah manfaat dari pandangan (pertanyaan) kamu? Tidak ada manfaat sama sekali. Bahkan Guru itu akan meninggalkan kamu dan berkata, “Pergilah cari sendiri kalau kamu pandai akan jalannya, sebab apa kamu ingin mencari Mursyid”?.

# Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Ahad, 7 Mei 2023

WAZIFAH


Sidi AsSyarif Al Ahsan Al Ba'qili ra berkata dalam kitabnya "AS-SYARBU AS-SOFI"..

"..Keutamaan berjemaah adalah perkara yang perlu diketahui dalam agama,jika seorangTijani melakukan zikir wazifah bersendirian kerana uzur, maka ia akan memperolehi pahala sekali wazifah..

..jika dia mampu melakukannya secara berjemaah dengan dua orang, maka pahalanya dilipat gandakan menjadi 250 kali wazifah (setiap kali bertambah seorang maka bertambah pula sekali ganda) 

..jika jemaah wazifah berjumlah 12 orang..
..maka masing² dari mereka memperoleh 12 ribu kali wazifah, 
..jika bertambah seorang maka pahalanya bertambah menjadi 24 ribu kali wazifah..

..Ini semua belum dikira 70 ribu malaikat yang dikhususkan bagi setiap ikhwan Tijani, mereka(malaikat) melakukan apa yang dilakukan oleh seorang Tijani dari berbagai macam ibadah dan pahalanya untuk ikhwan Tijani tersebut... 

..Jika dilipat gandakan pahala ibadah 70 ribu malaikat tersebut dan ditambahkan dengan pahala hadirnya seorang Tijani wazifah jemaah, maka berapa banyak keutamaan dan kebaikan yang akan ia peroleh..? 

..Begitu besar pahala dan keutamaan wazifah, akan tetapi yang perlu diperhatikan adalah bahawa keutamaan tersebut hanya mampu di peroleh jika dilakukan secara berjemaah..

..Apa yang dikatakan oleh Sidi Al Ahsan Al Ba'qili ra menunjukkan bahawa wazifah yang dibaca sendirian tanpa uzur adalah sia² dan tidak bernilai..
Kerana syarat wazifah adalah berjemaah... 

..Bagi para ahbab Tijani berusahalah untuk memelihara zikir wazifah berjemaah kerana zikir wazifah adalah salah satu dari tiga wirid wajib dalam Thoriqoh Tijaniyah..

..kita ditarbiah bukan utk mencari pahala atau ganjaran..
..HANYASANYA pahala & ganjaran yg ditawarkan itu mengISYARATkan betapa besarnya nilainya wazifah berjemaah disisi Allah & rasulnya..
..seorang HAMBA yg benar tidak lain hanyalah mencari apa yg paling disukai & diredhai oleh Tuannya..

Jumaat, 5 Mei 2023

Tarik janggutku

Sebab itu kita rujuk balik kalam Sidi Mustafa Al-Bakri Al-Kholwatiyah ketika beliau menyebutkan tentang kelebihan Selawat Fatih
Barang siapa membaca selawat Fatih kemudian masuk Neraka
Maka kata beliau:
فليقبض لحيتى
Maka peganglah janggut(tarik)..
Isyarat drpd beliau bahawa akan terselamat daripada api 🔥 Neraka..
Dan juga ketika beliau bermunajat selama 17 tahun di Kaabah hanya 1 permintaan beliau iaitu 1 selawat yg merangkumi segala rahsia² selawat

Selawat tersebut adalah selawat Fatih

Ahad, 30 April 2023

Sidi Ali Al-Khawas pernah berkata..



"..Tidak sewajarnya bagi orang seperti kita untuk meminta pahala drp Allahﷻ atas ibadah kpdNya..
..hanya yg sepatutnya ialah meminta ampun atas kekurangan² yang didapati dalam ibadahnya disebabkan kerana buruknya adab dan kurangnya khusyu' didlmnya..
..dan tidak sepatutnya bagi seorang hamba memohon kepada Tuhannya pahala di atas amalan yg terbit drp kurnia & rahmatNyaﷻ(amalan yg terbit drp taufiq & hidayahNyaﷻ).."

Imam Ali Zainal Abidin ra berkata..

"..Segala perbuatan kamu, jika terpandang melalui penglihatan kamu, adalah tanda bahawa ia tidak diterima..
..Kerana yang amal diterima itu diangkat, ghaib(lenyap) dari sisimu.."
#tidak berasa ada amal

Sebahagian arifiin ditanya, apakah tanda amal itu diterima(maqbul)..?

..Dia menjawab.. 

"..engkau terlupa tentangnya dan pandangan engkau benar² terputus sepenuhnya drp melihatnya.."
#langsung x merasa ada amal