Isnin, 5 Jun 2023

فائدة عظيمة

Seorang hamba tiada layak untuk meminta balasan..
Seorang hamba tidak layak untuk mengakui kesempurnaan dalam amalan ibadatnya...
Seorang hamba tidak seharusnya mendakwa atau merasakan diri memiliki kedudukan yg istimewa disisi Tuhannya,apetah lagi layak untuk meminta kedudukan ituu......
Persoalannya..! apakah sebenarnya yg layak bagi seorang hamba itu..???
Maka dijawab..layaknya bagi hamba adalah ' العفو ' yg membawa maksud 'KEMAAFAN' 
kerana kalimah ini tatkala disebut atau dipohon oleh seseorang hamba menggambarkan kekurangannya,kelemahannya dan ketidak sempurnaanya yg sentiasa berhajat lagi berharap kepada Allah swt yg Maha sempurna yg suka kepada hamba yg menzohirkan sifat2 kehambaan yg sejati lg hina dihadapanNya pada segala klakuan..
demikianlah rahsia didlm doa Nabi saw yg sering Baginda ucapkn di malam lailatul qadr
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
" Ya Allah sesungguhnya dikau Maha pemaaf dan dikau suka memaafkan sesiapa yg dikau kehendaki,maka maafkanlah kami"

APABILA JAWARIH DIBAWAH PENTADBIRAN ALLAHﷻ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Bahawasanya telah mensyarahkan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala akan maksud hadis qudsi; 

“Maka apabila Aku mencintainya, Akulah baginya pendengaran, penglihatan, tangan, dan menguatkannya dengan bantuan. Jika dia memohon kepada Ku, maka Akulah yang akan mengurniakan kepadanya”. 

Ini adalah hadis Qudsi yang mempunyai isyarah (ditujukan) kepada orang Robbani, yang mana Himmahnya telah menjadi Himmah Tuhan. Jawarihnya (anggota badannya) bergerak dengan kehendak Allah. Oleh itu, secara majazinya, boleh dikatakan “Sesungguhnya orang yang membai’ah kamu, sesungguhnya mereka itu membai’ah akan Allahﷻ” - jadi, tangan itu (yang membai’ah itu) adalah tangan Nabiﷺ yang membai’ah (para) sahabah itu. (Dinamakan juga sebagai) Tangan Na’ibah, (yakni) tangan ganti yang telah suci bersih dari sebarang keakuan dan pentadbiran-pentadbiran sendiri (yakni orang yang membai’ah itu jawarihnya telah suci dan bersih atau dipanggil Mahfuz). 

Jadi, tangan itu (tangan yang membai’ah itu) bukanlah tangan manusia biasa, (tangan) ini (adalah kepunyaan) orang yang (telah) sempurna (zahir, batin dan rohnya), anggota dia telah menjadi izin ilahi, bukan dengan kehendaknya sendiri, semuanya (adalah) dengan izin ilahi. 

Bagaimana (seseorang itu) nak (atau boleh) sampai ketahap ini? (Yakni hendaklah seseorang itu) Dengan menjaga jawarihnya sehingga Allahﷻ akan menyampaikan kamu kepada apa yang sampai (ketahap) orang yang sempurna. 

Jadi, anggota dia (orang Robbani) langsung tidak ada pentadbiran sendiri. Matanya, telinganya, hatinya, tangannya, kakinya dan semua (jawarihnya) bergerak bukan dengan izin (Allahﷻ) sahaja, bahkan lebih daripada izin (yang dibenarkan) kerana Allahﷻ yang menggerakkannya (mentadbir jawarihnya). 

Maksudnya, orang tersebut (orang yang sempurna tersebut) macam orang mati, tidak ada keakuan langsung, tidak ada iradat langsung. (Justeru itu) bila kita keluar daripada keakuan diri sendiri kepada keakuan ilahi, barulah kita akan jadi orang Robbani. Itu maksudnya (hadis Qudsi di atas), tetapi awal (usaha untuk menjadi orang Robbani) mestilah kita menjaga jawarih. 

Jalan untuk sampai kemartabat itu (martabat orang Robbani) adalah (dengan) meninggalkan perkara yang sia-sia. Itulah jalan asas untuk meniti jalan Allahﷻ. Keelokan (kebaikan-kebaikan) dalam islam itu adalah dengan meninggalkan (semua) perkara yang sia-sia, yang tidak dikehendaki, yang tidak ada makna. Jadi tinggalkanlah perkara yang sia-sia.    

Semoga Allahﷻ akan melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 
Aamiinnn… 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

HIMMAH SEORANG SYEIKH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Telah dikhabarkan Murobbina, Sayidi Ahmad Al Hadi al Hasani Al Maghribi Hafizahullahu Ta’ala; 

Maka, jika amat berkeinginanlah nafsu itu (untuk berada di jalan Allah) dengan mendapat redha Allah, maka Allah Ta’ala itu adalah disisi himmah hamba itu yang mendapat keizinan dari Allah. 

Iradah Allah, pertolongan Allah, adalah (beserta) dengan himmah hambaNya yang diizinkan. Bukan semua himmah-himmah orang yang ada izin (yakni bukan semua orang yang ada himmah adalah Allah turut beserta dengan himmahnya itu) . 

Himmah orang yang ada izin (yang mendapat izin Allah), himmah itu adalah himmah Tuhan, bukanlah himmah dirinya sendiri, sebab himmah yang ada izin (izin Allah) maka Allah turut serta dengan himmah orang itu, (Oleh itu, himmah Tuhan) bukan turut serta dengan mana-mana manusia kerana sesungguhnya himmah itu disisiNya (yakni himmah yang ada izin itu adalah himmah Allah). 

Pada himmah hamba yang beserta dengan izin Allah, maka setiap jawarihnya (pergerakan anggotanya) adalah dengan izin Allah. Segalanya yang dibuat (oleh jawarihnya), bukanlah dibuat dengan sendiri, tetapi dengan kehendak ilahi, digerakkan oleh Allah, dibawah iradah Allah, seumpama orang yang mati (sebab orang yang mati, jawarihnya bukanlah dibawah pentabiran dirinya, dia tidak ada kuasa langsung atas jawarihnya), (bahkan hamba itu) tidak ada keakuan langsung. 

Mudah-mudahan, Allah SWT melimpahi guru kami Hafizahullahu Ta’ala dengan limpahan rahmah dan barakah yang banyak atas dirinya dan menempatkan beliau dikalangan kekasih-kekasihNya yang terpuji, Aamiinnn…..

Jalan Syukur Kurniaan Ilahi

Sayidi Ahmad Al Mubarak berkata didalam Kitab Ibriiz yang masyhur iaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya, iaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Mas'ud Ad-Dibaagh Al Hasani Al Faasi Al Maghribi;

Ertinya;
Bahawasanya Thoriqah Syukur adalah Thoriqah Asal, iaitu Thoriqah yang terbina atasnya hati para Nabi-Nabi dan Hamba-Hamba pilihan Allah Taala, mereka adalah daripada kalangan sahabat-sahabat Nabi dan lainnya.

Ibadah mereka kepada Allah Taala berteraskan keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus kedalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah Taala, dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan Tuhan, dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman.

Maka apabila Allah Taala mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah Taala, maka dengan sifat kemurahan Allah Taala, Allah Taala pun membalas kesungguhan mereka dengan satu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah Taala dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
#kalam Murabbina

Seni hubungan sesama makhluk


Kisah dari pengajian dan bersuhbah bersama Sayyiduna ALSyarif Di Maahad Tahfiz Hj Ishak Ainurrahmah Jumaat Dan Sabtu. Banyak mutiara yg dapat dikutip, mutiara jika tidak dimanfaatkan hanya menjadi tukang kumpul aje, jika tidak diamalkan. Semoga menjadi bahagian dan rezeki ku, jika tidak ditakdirkan utk amalan skrg, jangan haramkan utk kemudian hari.
Kita ibarat huruf2 (Kitab) yang saling lengkap melengkapi ..jika satu huruf tertinggal maka perkataan itu tidak sempurna sebutan dan maknanya .Begitu juga Alam Ciptaan Allah yg maha luas ini terdiri dari sekecil juzu2 hingga sebesar2 alam semistar yang saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain ( يشد بعضهم بعضا ) 

Selayaknya kita seorang hamba yang dhoif segalanya merasai,mensyukuri, menghargai dan menyayangi semua makhluk ciptaan Allah hatta tanah yg kita pijak setiap hari..tanpanya tiada lah mampu untuk kita berjalan, bekerja, beribadah dll..itu rasa yg benar yg Allah kurniakan di dalam hati setiap hati para KekasihNya di muka bumi ini...

Sebahagian sesuatu ditinggikan dengan sesuatu. Dan sebahagian sesuatu dicukupkan dengan sesuatu. Dan sebahagian sesuatu dikurangkan dengan sesuatu. Dan semuanya dipandang dengan pandangan muamalat terhadap Allah, dengan mendahulukan pentadbiran Allah, mendahulukan perbuatan Allah, tanpa merasa iradat dan tadbir diri sendiri.

Kamu adalah sebahagian drpd ciptaan Allah dan janganlah kamu menghina dan merendahkan ciptaan Allah yang lain, kerana mereka yang kamu rendahkan adalah merupakan pelengkap ciptaan Allah atas alam ini.Maka janganlah kamu merendahkan dan menghinakan pelengkap ciptaan Allah.

Sebahagian yang rendah adalah pelengkap kpd sebahagian yang tinggi. Sebahagian yang hina adalah pelengkap kepada sebahagian yang tinggi. Dan mereka semua adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Maka tidaklah patut atas diri kamu untuk merendahkan sebahgian yang lain, dan menghinakan sebahagian yang lain, sedangkan mereka adalah pelengkap atas setiap penciptaan Allah Taala terhadap alam ini.

Allah menjadikan alam ini berlawanan, berpasang pasangan, sebagai pelengkap atas setiap ciptaanNya. Dan tidaklah beradab untuk kamu membenci atas setiap kesan yang ditulis oleh tangan kekuasaan Allah pada alam ini, atau takabbur dgn menolak iradat Allah, atau hasad dgn iradat Allah. Maka inilah yg dinamakan menolak atau membatalkan makna ilahi.

*Pengajian kitab الإراءة karangan Alfaqeh Alallamah Sayidi Ahsan Albaaqili Almaghribi رضي الله عنه syarahan oleh Syeikhuna Wamurobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullah Taala*

Alam dibuka

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادى الى صراطك المستقيم وعلى اله حق قدره ومقداره العظيم

Alam dibuka dari ketiadaannya sepertimana mulut yang terbuka apabila menyebut huruf ا pada awal selawat ini. Dalil pembukaan ada pada kalimah الفاتح لما اغلق. Dan alam ini akan ditutup dengan ketiadaan sepertimana mulut yang tertutup apabila menyebut huruf م pada akhir selawat ini. Dalil penutupan ada pada kalimah وعلى اله حق قدره ومقداره العظيم. Kata العظيم adalah peribadi Sayyidina Muhammad ﷺ. Namun apa kaitannya dengan penutupan itu? Kaitannya adalah pada keabadian akhirat setelah kebinasaan alam ini yang terdapat pada rahsia huruf akhir dari nama محمد iaitu huruf د yang bermaksud دائم (Daim/berkekalan/berterusan kerajaan Allah). Walaupun bermula dari ا dan berakhir dengan م akan kembali juga kepada د dan د itu tidak akan menjadi makna lengkap melainkan menyebut selawat itu semula dari awal hingga akhir dan diulang-ulang tanpa henti. Begitulah ahli syurga yang melazimi selawat Al-Fateh ketika di dunia hingga akhirat tiada henti. 

والله اعلم وعلمه اتم

Sabtu, 3 Jun 2023

Kisah doa

Dikatakan bahawa seorang lelaki Sudani sedang berdiri menghadap kubur Nabi saw, mengangkat tangannya membuat Du'aa dan menangis. Kemudian salah seorang dari pihak polis Wahhabi datang kepadanya dan berkata kepadanya “Hai manusia, menghadaplah Kiblat apabila kamu membuat Du'aa dan janganlah kamu berhadapan dengan kubur orang yang telah mati”

Lelaki Sudani mengabaikannya dan meneruskan Du'aa dan lelaki lain mengulangi apa yang dia katakan berkali-kali dan Sudani diganggu dan berkata:

"Adakah kamu mahu aku mengembalikanku kepada orang yang membimbingku ke arah Kiblat ? Saya tidak akan mengenali Kiblat tanpanya"

Jadi lelaki itu memberitahunya: "Awak perlu ikut saya ke pejabat pengurus kami"

Dan mereka membawanya kepada pengurus dan dia sedang duduk. Jadi lelaki Sudani itu memberi pengurus belakang dan menghadap Kiblat!

Pengurus itu marah dan meminta dia untuk berhadapan dengannya.

Sudani berkata kepadanya: "Kenapa kamu marah dan sahabat kamu meminta saya untuk mengembalikan saya kepada Rasulullah saw dan menghadap Kiblat, adakah kamu lebih baik daripada Nabi???!!!!

Pengurus itu kemudian berkata: "Bawa dia jauh dariku"

Allahuakhbar!!!