Rabu, 7 Jun 2023

Bersalawatlah sebanyaknya ...

Semuge bermanfaat utk kite semua sbg amalan kerana NYA..

Bersalawatlah sebanyaknya ...

Ummat islam kena memperbanyakan berselawat keatas Sayidina Nabi SAW. Akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang lahir dari musuh2 islam. Anak2 juga perlu diperintahkan utk berselawat sebanyak2nya. Sebelum sampainya masa Dajjal berkunjung tiba, tentera2nya terlebih dahulu akan menjalankan misi2 membuat jalan penaklukan. Fitnah yang datang begitu hebat akhir2 ini memberi petanda awal hati2 orang tergelincir kedalam fitnah ini hatinya akan mati. 

Selawat adalah zikir yang akan menghidupkan hati2 yang mati. Memperbanyakan Selawat akan membuka pintu hati dan menyelamatkan hati dari terus mati. Tidakkah khusyuk dalam solat itu merupakan perkara yang akan diangkat dari ummat akhir zaman? Terangkatnya khusyuk kerana hati yang mati. 

Dalam keadaan kehidupan yang gawat dengan fitnah ini, memperbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW akan menjadi benteng hati dan keimanan. Usah hairan kenapa Qaseedah (puji2an keatas Sayidina Nabi SAW dengan berselawat) menjadi riadah kebanyakan ulama2, kerana inilah cara untuk menghidupkan kembali hati2 yang sentiasa dipanah oleh racun2 fitnah tentera2 Dajjal. 

Selawat akan menjadi pembimbing bagi hati dan diri disamping menyinarkan nurani. Ianya merawat dan membersihkan hati. Bagi mereka yang tidak berkesempatan mencari guru kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, berselawatlah sebanyak yang mungkin jika berkesempatan, kerana hidup memerlukan guru utk hidup. Fitnah yang datang bagi orang yang tidak mempunyi guru terlebih besar, kerana diri diri seumpam Domba yang terpisah dari kumpulannya, hanya menanti masa untuk dilahap oleh Sang Serigala.

Perintahkanlah anak2 utk memperbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW kerana kasihan, anak2 ini terpaksa mengharungi detik2 yang lebih mencabar dan kritikal pada masa akan datang. Jika sekarang pun ummat islam telah berpecah belah dan lemah akibat panahan fitnah musuh2 islam dan tentera Dajjal; apatah lagi pada masa akan datang yang mana Dajjal akan datang dan pada ketika itu, tak dpt tidak manusia kebanyakannya akan tergelincir memasuki wilayah Dajjal. 

Akhir zaman, hanya golongan yang memperbanyakan selawat sahaja yang akan mampu utk bersatu dan tidak berpecah belah, dan mereka berkumpul bersama dalam jemaah membentuk kekuatan utk keselamatan dan kesejahteraan. 

Dan yang masih lalai utk memperbanyakan Selawat, maka mereka seumpama kelkatu yang berterbangan mencari cahaya api, membenamkan diri kedalam jurang bahaya api (fitnah).

Ketahuilah perintah Allah Taala dalam Al Quran bagi memperbanyakan Selawat secara khusus utk ummat akhir zaman dengan persaksian keimanan mereka, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat keatas Nabi (Sayidina Muhammad SAW), wahai ORANG2 BERIMAN...). Dan nyatalah salah satu sifat bagi org2 yang beriman itu dalam memberbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW. Kerana pada memperbanyakan Selawat keatas Sayidina Nabi SAW itu terkandung pelbagai rahsia2 utk orang yang beriman.

Akhir zaman dan Dajjal tidak akan dapat dipisahkan. Persiapkan ahli keluarga utk berhadapan dengan zaman ini seharusnya diambil berat. Ummat islam seharusnya mencari guru yang mursyid bagi keselamatan, dan sekiranya tidak mampu, maka perbanyakanlah berselawat. 

Akhir zaman, dunia ini adalah syurga bagi Dajjal dan neraka bagi orang yang beriman. Bunga2 keadaan ini telah pun jelas kelihatan. Bagi sesiapa yang memilih islam sebagai jalan pegangan kehidupan, maka bagi dirinya satu ujian yang berat, penuh dengan kutukan, cacian, makian, carutan, ugutan, siksaan, kezaliman, bahkan pembunuhan. Bagi sesiapa yang memilih syurga Dajjal utk hidup, maka hidupnya penuh keseronokan, pujian, sanjungan, kemewahan, kekayaan. 

Sesiapa yang memilih jalan keselamatan yakni islam, carilah guru yang mursyid dan awliya lillah, serahkan diri utk dibimbing, dan berserah dirilah kepada Allah. Sesungguhnya guru yang mursyid akan menguruskan kehidupan. 

Sesiapa yang tidak berkeupayaan mencari guru yang mursyid, pilihlah jalan utk memperbanyakan selawat, kerana syurga Dajjal sentiasa dihiasi anak anak panah fitnah yang merosakan dan membinasakan, dan jadilah pemerhati yang tidak redha atas keburukan yang berlaku, itu lebih baik daripada terlibat membantu tentera Dajjal dalam membuat kerosakan. 

Wallahu a'lam.

Selawat al Fateh - bagi mereka yang ingin mengamalkan membacanya. Mudah2an ahli keluarga kita dan zuriat2 kita akan sentiasa dipelihara oleh Allah Taala.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Selasa, 6 Jun 2023

MAKSUD UBUDIYYAH SEORANG HAMBA


Ketahuilah jika seseorang mendatangi Allah s.w.t berbekalkan amal maka Allah s.w.t menyambutnya dengan perhitungan. Jika amalnya dihisab dengan teliti nescaya tidak ada satu pun yang layak dipersembahkan kepada Allah s.w.t. 

Jika dia mendatangiNya dengan ilmu pengetahuan maka Allah s.w.t menyambutnya dengan tuntutan. Ilmunya tidak mampu menyatakan kebenaran yang hakiki. 

Jika dia mendatangiNya dengan makrifat maka Allah s.w.t menyambutnya dengan hujah. Dia tidak akan dapat memperkenalkan Allah s.w.t.

Oleh itu singkirkan tuntutan dan pilihan agar Allah s.w.t tidak membuat tuntutan kepada kita. Lepaskan ilmu kita, amal kita, makrifat kita, sifat kita, nama kita dan segala-galanya agar kita menemui Allah s.w.t seorang diri tanpa sebarang bekal. 

Jika mahu mencapai keadaan ini ikhlaskan hati untuk semua amal perbuatan kita. Baikkan niat dan bersabar tanpa mengeluh atau membuat tuntutan. Kemudian naik kepada reda dengan hukumNya. Insya’ Allah kita akan menemuiNya, iaitu pertemuan ubudiyah dengan Rububiah.

Suasana yang disebutkan di atas telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: “Tidak ada amalan anak Adam yang melepaskan dirinya dari azab Allah s.w.t melebihi amalan berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla”. 

Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Berfirman Allah ‘Azza wa Jalla: ‘Barangsiapa menghabiskan waktunya berzikir kepadaKu, tanpa meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya yang lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada mereka yang meminta’”.

Zikir yang sebenar adalah penyerahan secara menyeluruh kepada Allah s.w.t dalam segala perkara agama baik yang mengenai dunia mahupun yang mengenai akhirat. Sembahyangnya, ibadatnya, hidupnya dan matinya hanya kerana Allah s.w.t semata-mata. 

Dia bersembahyang, beribadat dan melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan kerana mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. 

Sekiranya Allah s.w.t tidak menjadikan syurga dan neraka, juga tidak mengadakan dosa dan pahala, maka sembahyangnya, ibadatnya, pekerjaannya dan perbuatannya tetap juga serupa. 

Mutu kerja yang dia menerima upah dan kerja yang dia tidak menerima upah adalah serupa. Hatinya tidak cenderung untuk memerhatikan upah kerana apa sahaja yang dia lakukan adalah kerana Allah s.w.t. 

Hatinya bukan sahaja tidak memerhatikan upah daripada manusia, bahkan ia juga tidak mengharapkan apa-apa balasan dari Allah s.w.t. Kekuatan untuk mengingati Allah s.w.t dan berserah diri kepadaNya merupakan ‘upah’ yang sangat besar, tidak perlu lagi menuntut upah yang lain.

Hamba yang zikirnya sudah larut ke dalam penyerahan, segala urusan hidupnya diuruskan oleh Tuhannya. Dia adalah umpama bayi yang baharu lahir, sentiasa dipelihara, dijaga dan dilindungi oleh ibunya. Pemeliharaan, penjagaan dan perlindungan Allah s.w.t melebihi apa juga yang mampu dikeluarkan oleh makhluk. 

Hamba yang Allah s.w.t masukkan ke dalam daerah pemeliharaan, penjagaan dan perlindunganNya itu adalah hamba yang dipelihara, dijaga dan dilindungi oleh Allah s.w.t daripada lupa kepadaNya, daripada derhaka kepadaNya, daripada hilang pergantungan kepadaNya dan juga daripada gangguan makhlukNya.

Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa diatas segala sesuatu

Makrifat hakiki

-Moga Allah SWT anugerah kepada kita makrifah yang hakiki ..
-Yaitu Al-Jahlul A'zhom ...
-Apakah yg dimaksudkan dengannya ???
-Itulah kejahilan yang paling tinggi terhadap hakikat Zat Allah SWT...
Sabda Rasulullah SAW :
 " اعوذ بك منك "

Ertinya :
Aku berlindung dengan ZatMu yang maha agung daripada merasa diriku ini sudah makrifah akan asma dan sifat2Mu ...

PERUMPAMAAN SELAWAT AL FATIH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Selawat Al Fatih itu seumpama sebatang pohon yang besar, tegap dan teguh. Akar tunjangnya menancap kukuh dan terpasak kekal kedalam bumi. Pohonnya rendang dan besar. Batang pokoknya besar bewarna perak berkilat, hebat dan seumpama batu atau logam yang keras dan tidak akan mampu ditumbangkan oleh apa sahaja yang ada. 

Dan apabila semakin dibaca akan ia, maka semakin meluncur laju ketinggiannya kelangit dan semakin kukuh, besar, gagah dan hebat akan pohonnya, dan tidak akan berhenti ketinggiannya dan kehebatannya melainkan apabila yang membacanya berhenti daripada membacanya. Dan itulah kehebatan dan ketinggian Al Muhammadi. 

Bagi hati yang dikasihi oleh Selawat Al Fatih, kecemburuannya seumpama sepasang kekasih yang akan membuktikan kasih sayangnya yang benar, apabila pasangannya beralih kasih. Bagi hati yang bersatu dengan Selawat Al Fatih, jiwanya adalah jiwa Al Muhammadi.

#cnp

JANGAN BERTANGGUH KERANA NAFSU

▪️Menusuk ke qalbu bila dengar Sayyidi bercerita. Tentang kurniaan Allah ﷻ pada siapa yang dikehendakinya, menghadiri majlis ilmu. 
▪️Kata Sayyidi, jika kalian tahu apa yang dibahagikan dalam majlis ilmu sebegini, nescaya kamu akan merangkak mendatangi kami. 
▪️Sayyidi bercerita tentang kisah seorang lelaki. Berasal dari Maghribi, menetap di kota Fes, ibu kota Maghribi. 
▪️Seorang lelaki yang cukup haibah, terkenal, disegani. Kerjanya adalah mutawwif. Berulang alik ke Makkah dan Madinah. Walaupun berkali² menatap kaabah, berkali² memijak tanah haram, berkali² dijemput ke tanah mulia, tapi hati beliau tetap hanya meminta satu perkara dari Allah ﷻ. Doa yang tidak putus². Selalu bermunajat di sisi Kaabah. 
▪️Ya ... doa meminta untuk dipertemukan guru. Seorang rijalullah untuk memimpin rohaninya dalam mengenal Allah ﷻ. Sekian lama berulang alik beliau ke Makkah, hanya itu yang diminta tanpa henti, tanpa putus asa. 
▪️Sehinggalah satu masa, ketika beliau sedang bertawaf haji di Kaabah, tiba² hadir seorang lelaki membisikkan satu kata, satu nama : " Fulan ini adalah guru kamu, berada di Fes". 
▪️Subhanallah, demi sahaja mendengar kata² tersebut, meronta² hati beliau untuk balik ke kota bertemu sang guru. Seolah² sahaja hendak memutuskan haji yang dilakukan. 
▪️Setelah pencarian demi pencarian, bertemu beliau dengan sang guru yang diilhamkan.
▪️Subhanallah! rupanya lelaki yang ditunjuki Allah ﷻ, berada sebegitu dekat dengan beliau. Hanya jiran berpisah pintu di sebelah rumah. 
▪️Bergegas beliau mengetuk pintu rumah, rupanya lelaki yang diisyaratkan tersebut hanyalah insan biasa.
bukan Syeikh, bukan Imam, hanya insan berpakaian biasa, berkerja seperti layaknya orang kampung. Rijalullah! 
▪️Bila bertemu, beliau menangis menciumi tangan si guru meminta supaya dibimbing rohani dalam menuju Maarifatullah. Sekian lama dan sekian jauh aku mencari kamu wahai guru, rupanya kamu hanya berada sebegitu dekat dengan aku.
▪️Wahai guru, ajarkan aku ilmu rahsia Allah ﷻ untuk sampai kepada Allah ﷻ. 
Kata guru tersebut:
"Boleh, dengan satu syarat".
Lelaki tersebut menjawab dengan penuh keyakinan :
"katakan apa sahaja wahai guru, Sesungguhnya aku akan menyanggupi syarat apa sahaja. Hatta jika nyawa diserahkan, aku juga sanggup".
Kata guru : "Baiklah, aku minta kau cukur janggutmu!". 
Terpinga² lelaki tersebut, sambil tersentak menyebut :
" لا حول ولا قوة إلا بالله.
Aku tidak akan mencukur janggutku. Kerana aku adalah seorang yang terkenal. Dihormati aku kerana penampilanku. Haibah aku kerana janggut dan serbanku. nyawa sanggup aku korbankan, tapi tidak sekali² janggutku. Wahai guru, berikan aku waktu untuk berfikir". 
◾️Wallahi.. sahabat, jika sampai pada kamu jemputan ke hadrah Allah ﷻ , jika sampai kepada kamu bukaan untuk menuju Dia (Allah ﷻ): 
▪️jangan menunda².  
▪️Jangan terjebak dengan hawa nafsu yang menginginkan kehendak² duniawi. 
▪️Jangan tertipu dengan bisikan supaya berfikir untuk sekian kalinya. 
▪️Demi Allah ﷻ , tidaklah lama selepas lelaki tersebut meminta tundaan untuk memikirkan suruhan sang guru, berangkatlah sang guru pulang pada Allah ﷻ . 
▪️Dan, terpadamlah catatan nama lelaki tersebut pada tulisan di sisi auliya Allah ﷻ . Sehingga tiada siapa lagi yang dapat membantunya dan menuntunnya dalam ilmu maarifatullah.
Hatta wali² Allah ﷻ yang lain. Alangkah ruginya. 
◾️[ Bila dengar kisah ni, teringat akan sombongnya Azazil untuk sujud pada Nabi Adam a.s. juga teringat tentang Imam AlGhazali rahimullah yang sanggup membuang 'Aku' dalam dirinya. Tunduk pada guru rohani, biarpun ketika itu beliau merupakan imam besar dan imam yang masyhur ] 
◾️Kita?
Adakah kita masih bertangguh², masih berlengah² ?

#Majlis syarah Solawatul Fatih oleh Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah 23/3/22

Isnin, 5 Jun 2023

Hendaklah dirimu kasih terhadap Sheikhmu

"..Hendaklah dirimu kasih terhadap Sheikhmu..
..jangan pula engkau tuntut agar Sheikhmu mengasihimu..
..kerana sesungguhnya kasihnya murid terhadap Sheikhnya(lebih bermanfaat bagi si murid) drp kasihnya Sheikh terhadap murid..
...maka mahabbah murid terhadap gurunya akan menarik(jazbah) segala cahaya², rahsia²(asrar) serta makrifah² yg ada pada Sheikhnya..
..bahkan dgn sebab kasih sebegini akan membersihkan serta memelihara murid tanpa perlu ia bersusah payah & tanpa perlu bermujahadah yg bersungguh²..
..dan akan melimpah segala rahsia²(asrar) dari hati & ruhani Sheikhnya ke dalam hati murid walaupun Sheikhnya tidak memperkatakan tentang rahsia² itu sekalipun.."

berkata AlQutb Sidi AlAziz AdDabbagh ra..

"...sesungguhnya orang kerdil tatkala kasih ia kepada yg besar nescaya ia akan menarik apa yg ada pada yg besar..
..tidak pula sebaliknya.."

فائدة عظيمة

Seorang hamba tiada layak untuk meminta balasan..
Seorang hamba tidak layak untuk mengakui kesempurnaan dalam amalan ibadatnya...
Seorang hamba tidak seharusnya mendakwa atau merasakan diri memiliki kedudukan yg istimewa disisi Tuhannya,apetah lagi layak untuk meminta kedudukan ituu......
Persoalannya..! apakah sebenarnya yg layak bagi seorang hamba itu..???
Maka dijawab..layaknya bagi hamba adalah ' العفو ' yg membawa maksud 'KEMAAFAN' 
kerana kalimah ini tatkala disebut atau dipohon oleh seseorang hamba menggambarkan kekurangannya,kelemahannya dan ketidak sempurnaanya yg sentiasa berhajat lagi berharap kepada Allah swt yg Maha sempurna yg suka kepada hamba yg menzohirkan sifat2 kehambaan yg sejati lg hina dihadapanNya pada segala klakuan..
demikianlah rahsia didlm doa Nabi saw yg sering Baginda ucapkn di malam lailatul qadr
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
" Ya Allah sesungguhnya dikau Maha pemaaf dan dikau suka memaafkan sesiapa yg dikau kehendaki,maka maafkanlah kami"