Selasa, 11 Julai 2023

Himpunan Nasihat

Ananiyah atau keangkuhan Seseorang itu tidak mungkin diatasi akannya tanpa Zikir dan Tarbiyah khas Auliya ..
Sebab itu Auliya dihantar ke atas muka bumi setelah para Nabi ...
Auliya di hantar bukan untuk didengari atau dilihat atau di ambil barokah Sahaja
Bahkan di ambil Rahsia dan tarbiah khusus drpdnya untuk kebaikan Diri dan supaya kita benar² menjadi hamba Allah SWT
#
Sebelum Suluk jalan Ahlillah
Cerminan hati yang menerima pantulan Cahaya Allah SWT mestilah Suci dan Murni drpd Sebarang kotoran Maksiat Akidah ...
Jika tidak Nescaya Suluknya tidak akan berhasil    
Umpama tayar motor digalang dengan kayu ..
Mana mungkin motor itu bergerak.
#
Seorang Imam atau Seorang yg digelar ustaz atau yang mendalami ilmu feqah

mestilah keadaan pegangan feqahnya Didalam solatNya dan Wuduknya dan Jenabahnya
Mestilah ia meraikan Mazhab yang 4 

Itulah dinamakan dengan Mazhab Warak Atau Mazhab Khuruj minal Khilaf ..
Seperti masalah Wuduk atau mandi junub
Hendaklah ia meratakan air dengan cara menggosok keseluruhan anggota yg wajib basuh pada Wuduknya atau Mandi junubnya ..
Kerana Menggosok anggota itu wajib disisi Mazhab Maliki ...

Tujuan Belajar adalah mengamalkan apa yang dipelajari..
Menyalahilah akannya oleh orang awam yang tidak mendalami akannya...
#
Kibar Auliya atau Qutubul Ghaus mereka Bermazhab Maliki 
Yaitu Mazhab Ahli Madinah ataupun Mazhab Amalan Akhir Hayat Baginda SAW.
#
Di Antara Salah Satu permintaan Sidi Abu Hasan Syazili RA drdp Rasulullah SAW adalah meminta Supaya Qutubul Ghaus itu kekal berada dibumi Maghribi
Yaitu mana² Qutubul Ghaus adalah kelahiran daripada bumi Maghribi kabir ..
#
Di antara sebesar² maksiat setelah Syirik adalah maksiat akidah
jangan sesekali menaikkan ahli bidaah dan menyokong mereka ...
Mereka x pernah dan tidak akan berjumpa jalan kembali kerana sesat di padang sahara yg tidak ada petanda yang membolehkan mereka kembali 
Melainkan yang mendapat Rahmat Ilahi
#
Saka sebenarnya x wujud
Lemahnya manusia dan dikuasai oleh jin .
Jin mampu mempergunakan lidah² manusia ketika bercakap
Sebenarnya jin itu lemah seperti mana disebut didalam Al-Quran..
#
halangan mua’sarah/sezaman
Kebanyakan manusia mengakui kewujudan auliya ,tetapi mereka mengingkari kewujudan mereka pada zaman ini,dan juga mereka memberi alasan bahawa zaman ini,adalah zaman keruntuhan …
…dan punca mereka memberi alasan ini ,adalah kerana mereka tidak mengaitkan kurnian Ilahi,dan juga mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah SWT mampu untuk melakukan dalam kerajaannya apa yang kehendakiNya dan pada waktu mana yang disukaNya….    
Berkata qutub al kamil Sayidi Abul mawahib Asy-Syaazili RA :
‎" واحْذرُوا مِنْ قوْلِكُم ذهبَ الأكابرُ والصَّادِقون مِنَ الفُقراءِ فإِنّهمْ ما ذهبُوا حقيقةً وإنَّمَا هُمْ كَكَنزِ صاحبِ الجِدار وقدْ يُعطي الله مَنْ جاء في آخِر الزَّمانِ ما حَجَبَهُ عن أهلِ العصرِ الأوّل فإنّ الله تعالى قدْ أعْطى سيّدَنا محمّدًا صلّى الله عليه وسلّم مَا لم يُعطِ الأنبياءَ قبْلَهُ ثمَّ قَدَّمَهُ في المَدح عليهِم "                                  
Ertinya:
“ hendaklah kamu berhati hati daripada mengeluarkan perkataan bahawa:”wali-wali dan orang orang siddiqin sudah tiada (menjauhkan diri daripada masyarakat)..
kerana mereka tidaklah meninggalkan masyarakat secara hakikatnya,bahkan mereka itu umpama harta simpanan bagi seseorang..”
Terkadang Allah SWT memberi kurniaanNya kepada seseorang yang lahir di akhir zaman,yaitu memberi sesuatu yang tidak diberi kepada orang terdahulu,sepermana Allah SWT memberi kepada Rasulullah SAW segala kurniaannya,
yang mana kurnian tersebut tidak diberi kepada Nabi Nabi terdahulu…,kemudian Allah SWT memuji Rasulullah SAW atas para nabi tersebut…”

via -irsyadul Asfiya ila toriqah Khotmil Auliya
#
Salam Jumaat
Perkahwinan itu bukan sekadar hubungan suami isteri
Bahkan hubungan yang melibatkan kelangsungan hidup selepas mati ..
Mati dalam keadaan mendapat redha Rabbul Jalil 
Pasangan saling berusaha untuk menghiaskan pasangan masing-masing dan Zuriat dengan hiasan mendapat keredhaan Allah SWT ...

Sebaik² Bekalan dan hiasan adalah dengan memperbanyakkan Selawat ke Atas Baginda SAW ...
#
Di antara Nasihat Sayidi:
Mafhumnya Yaitu : Di dalam berjalan menuju kepada Allah dan mencari redha Allah SWT
Tiada istilah meraikan Kezaliman atau redha dengan maksiat

-Khususnya Maksiat Akidah ..
Redha dengan perkara bidaah dan mengangkat ahli bidaah
Saham seumur hidup tu...

Sabtu, 8 Julai 2023

SIA-SIA



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Nasihat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala;

"Kebaikan-kebaikan dalam agama dan kehidupan akan menghampiri  orang-orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia. Sesuatu perkara itu akan menjadi sia-sia apabila ianya melebihi daripada qadar keperluan dharurahnya. Sesuatu perkara yang dibuat lebih daripada qadar dharurahnya, maka itu termasuk di dalam perkara yang sia-sia, tidak ada manfaat dan kebaikan".

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Assyariff Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yang mulia dan terpuji, yakni disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ, disisi Sheikh Ahmad at Tijaniy ra. dan disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra.

Cnp :eden TH

DAHSYATNYA SHOLAWAT NABI DI ALAM MALAIKAT


Dalam kitab Dalail Al-Khoirot, karya Al-Imam Al-Quthub As-Syekh Abi 'Abdillah Muhammad bin Sulaiman Al-Jazuliy Al-Hasani disebutkan,
"Apabila seorang hamba berselawat, maka selawat itu akan keluar dari mulutnya secepat kilat dalam bentuk cahaya, dan cahaya itu mengelilingi seluruh penjuru barat dan timur sambil berteriak "Aku adalah sholawatnya fulan bin fulan"

Lalu selawat itu Allah jadikan seekor burung yang mempunyai 70 ribu sayap, dalam 1 sayap ada 70 ribu kepala, dalam 1 kepala ada 70 ribu wajah, dalam 1 wajah ada 70 ribu mulut, dalam 1 mulut ada 70 ribu lidah, dan setiap 1 lidah bertasbih dengan 70 ribu bahasa yang pahalanya untuk orang yang bersholawat.

Malaikat Jibril AS berkata,
”Wahai Rasulullah, Barang siapa yang membaca selawat ke atasmu, tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa di melintasi titian (Shirathal Mustaqim) seperti kilat menyambar”.

Malaikat Mikail AS,
”Ya Rasulullah, mereka yang berselawat keatasmu, akan aku beri mereka itu minuman dari telagamu”

Malaikat Isrofil AS,
”Mereka yang berselawat kepadamu, aku akan sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku, sehingga Allah SWT mengampuni orang itu (yang berselawat)”.

Malaikat Izrail AS,
”Bagi mereka yang berselawat kepadamu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh pada Nabi-nabi”.

Dalam kitab Al-Mustadrak Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadist ke 72 diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,
"Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?"
Jibril berkata, "Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi".

Rasulallah صلى الله عليه وسلم bertanya kepada malaikat tadi,

"Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?"
Malaikat itupun berkata,

"Wahai Rasulallah صلى الله عليه وسلم , demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah tetesan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasulullah saw sangat takjub atas kemampuannya dalam menghitung titisan air hujan.

Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,

"Wahai Rasulallah صلى الله عليه وسلم , walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian untuk
menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan"

Rasulallah صلى الله عليه وسلم pun bertanya,

"Apa kekurangan dan kelemahanmu ?"
Malaikat itupun menjawab,

"Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulallah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak dapat menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."

Di dalam Kitab Mukasyafatul Qulub karya Imam Al-Ghozali disebutkan,

جاء في الخبر عن النبي صلي الله عليه وسلم انه قال : ان الله تعالي خلق ملكا له جناح في المشرق وجناح في المغرب ورأسه تحت العرش ورجلاه تحت الارض السابعة وعليه بعدد خلق الله تعالي ريش , فاذا صلي رجل او امرأة من امتي علي , امره الله تعالي ان ينغمس في بحر من نور تحت العرش فيه , فينغمس فيه , ثم يخرج وينفض جناحه فيقطر من كل ريشة قطرة فيه , فيخلق الله تعالي من كل قطرة ملكا , يستغفر له الي يوم القيامة.

Telah datang kabar dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sesungguhnya Beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan malaikat yang mempunyai satu sayap di timur dan satu sayap di barat, kepalanya di bawah Arsy, kedua kakinya berada di bawah bumi ke tujuh dan malaikat ini mempunyai bulu sebanyak hitungan makhluk-Nya Allah Ta’ala.

Ketika salah seorang dari umatku baik laki-laki maupun perempuan membaca shalawat kepadaku, maka Allah Ta’ala memerintahkan kepada malaikat tersebut untuk menceburkan diri ke dalam lautan dari cahaya yang berada di bawah Arsy.

Lalu malaikat menceburkan diri kedalamnya kemudian keluar dan mengkibas-kibaskan sayapnya, maka menitislah dari setiap bulu satu titisan.

Kemudian Allah Ta’ala menciptakan dari setiap titisannya satu malaikat yang memintakan ampun untuk orang yang membaca selawat tadi sampai hari kiamat."



💐اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💐 الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ 💐 وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ 💐 نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ 💐 وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ 💐 وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩💐

Rabu, 5 Julai 2023

ANTARA NASIHAT DAN WASIYAT MUROBBINA MALAM TADI YANG SEMPAT DICATATKAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Sibukanlah diri kamu murid Tijaniy dengann Hakikat Muhamadiyah. Pedulikanlah lalat-lalat yang datang mengacau. Akan didatangkan makhluk Allah yang lain, yang akan menghapuskan mereka. Ramai orang yang diluar sana sedang menanti-nanti perkhabaran Tasawuf Muhamadiyah dari Tijani. Mabukanlah diri kamu murid Tijaniy dengan Hakikat Muhamadiyah. 

Ceritakanlah dan syiarkanlah akan Hakikat Muhamadiyah !!! Sesungguhnya kamu akan dipelihara oleh Allah sekiranya kamu sentiasa menyibukan diri dengan mensyiarkan akan Hakikat Muhamadiyah. Wahabi itu akan mengikuti Imam Mahadi, bila Imam Mahadi datang nanti. Jangan bersifat dengan sifat kebudak-budakan, itu suatu aib!!! Jangan jadi panas dengan Wahabi !!! 

Tijani itu penuh dengan sifat Hakikat Keibuan dan Kebapaan akan Hakikat Muhamadiyah. Tidak memandang akan ianya kerosakan dan kecelaan anak-anak Hakikat Muhamadiyah. Kamu tidak ada izin dan kelayakan untuk merawat Wahabi atau melawan Wahabi. Yang layak adalah mereka yang telah mendapat kebenaran dan izin dari Sayidina Muhammad ﷺ. Maknanya, kamu tidak sempurna kerana kewujudan kamu terhenti dengan kewujudan mereka yang lain. Tingkatkan diri daripada perkara kebudak-budakan dan janganlah berdendam balas. 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞


Majlis Selawat Fatih

Dulu2 ada muhibbin share kpd ambo....share sbb nk tahu apa yg berlaku kepada diri dia

Muhibbin ni pengamal Selawat Fatih. Dia dikala berlamaan dgn bersolawat Fatih, dia akan berada dalam majlis yg ramai yg berselawat fatih. X tahu bersama dgn siapa cuma dengar suara yg ramai berselawat dgn Selawat Fatih. Juga dengar bunyi trompet yg sgt indah. Dia tak dpt nk bayangkan indahnya bunyi itu....

Apabila bersama dlm suasana tu, dia akan terikut2 membaca Selawat Fatih dgn automatik dgn sdiri dan akan berhenti sendiri berselawat fatih apabila majlis yg suara ramai2 tu berhenti berselawat Fatih. 

Apabila ambo tanya Sayyidi, Sayyidi bg tahu. Itu adalah majlis Selawat Fatih yg didirikan oleh malaikat yg mendirikan Majlis Selawat Fatih. 

Maknanya dia dah ditarik ke majlis Selawat Fatih malaikat tanpa disedarinya dan diketahuinya. Rezki dia. 

*cerita/hal ini memberi ilmu kepada kita hasil jawapan Sayyidi bahawa malaikat pun ada Majlis Selawat Fatih di kalangan sesama mereka. 

Sekian Terima kasih.

Via Ust Mahmud Ccommeyy 

Amalan Laqad Ja akum

"Laqad Ja_akum" ni kata Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, sangat besar manfaatnya. Yang membacanya 7x selepas Solat Subuh dan Maghrib, tidak akan mati melainkan dia terlupa membacanya. 

Perkara ini beliau kisahkan pada seorang sahabat yang lama usianya sehinggakan ramai dikalangan sahabat telah wafat, namun beliau masih hidup lagi. Sehinggalah pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW dan Baginda Rasulullah SAW bertanya kepada beliau apakah beliau tidak rindu untuk bertemu dengan Baginda?

Tersedar daripada mimpinya maka pada hari tersebut beliau meninggalkan membaca Laqad Ja_kum, dan pada hari tersebut juga maka wafatlah akan beliau. 

Dan seperkara lagi yang diberitakan oleh Murobbina adalah bagi yang melazimi membaca ayat Laqad Ja_akum ini, terhalang dari sihir, gangguan syaitan, dipermudahkan urusan dan rezeki. Bagi yang berhadapan dengan gangguan kata Murobbina, elok dibaca 11x pada selepas Solat Subuh dan Selepas Solat Maghrib.

Orang dulu-dulu kata Murobbina sebelum pergi perang akan baca dulu Laqad Ja_akum sebab khasiat ayat ini boleh membuatkan badan seseorang itu kebal. Tak lut kalau kena senjata.

Bagi kami, murid-murid Murobbina mengamalkan bacaannya 7x setiap lepas Solat Subuh dan Maghrib. Alhamdulillah dapat Ijazah dan izin dari Murobbina untuk mengamalkannya.

Murobbina juga menceritakan kisah ketika Sayidina Umar r.hu menjadi Khalifah, beliau berusaha mengumpulkan ayat-ayat Al Quran, maka diperintahkan sesiapa yang tahu/hafal akan ayat-ayat Al Quran agar datang kepada beliau untuk dikumpulkan. Datang memperdengarkan ayat Al Quran tersebut mestilah membawa bersamanya beberapa saksi yang dipercayai telah mendengar juga akan ayat tersebut.

Namun pada ayat Laqad Ja_akum ini, Sayidina Umar r.hu mengatakan bahawa pada ayat ini tidak diperlukan saksi, beliau membenarkan terus akan ayat Laqad Ja_akum ini.

Dikisahkan juga seorang Tabi'ien yang terselamat diakhirat dan terus masuk syurga kerana membaca Laqad Ja_akum ketika berdiri pada setiap kali untuk menunaikan solat.

Alhamdulillah, ayat Laqad Ja_akum ini adalah salah satu kurniaan dari Allah Ta'ala untuk kita semua. Bagi yang nak amalkannya, boleh mengamalkannya.

Via Sidi Nazrul

Isnin, 3 Julai 2023

Gigihlah berSelawat Fatih

Peringatan 81 tahun wafatnya Syeikh Ahmad Sukayrij radhiAllahu 'anhu. Semoga Allah memberkati beliau.
Al Fatihah

Dan Syeikh Ahmad Sukayrij al Tijani berkata, semoga Allah meridhoinya, dalam salah satu suratnya yang beliau kirimkan untuk ikhwan dari Sudan:

"Dan apa yang sangat kusarankan kepadamu,
Wahai saudaraku, adalah gigihlah kamu dalam mengamalkan syariat dan Shalawat al-Fâtih dalam jumlah yang banyak, jika waktunya memungkinkan, saat bepergian, dan saat beristirahat di rumah. Engkau tidak boleh menukarnya atau menggantinya kecuali dengan bacaan Al-Qur'an dengan nada berirama dan bacaan yang tartil, dan ini (maksudnya membaca Shalawat al-Fâtih dalam jumlah yang banyak) cukup untuk memastikan kebaikan di dua Dunia (Dunia ini dan Akhirat nanti) ... "

Semoga Allah meridhai beliau dan membanjiri hati kita dengan cahaya demi kemuliaan beliau.