Ahad, 20 Ogos 2023

GURU KEROHANIAN SAYIDI AHMAD ALHADI ALHASANI DARI BUMI MAGHRIBI ALWALI AL-KAMIL AL-WASIL SIDI AHSAN AL-IFRINI ALHASANI رضي الله عنه


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Tunisi Al Maghribi Hafizahullah Ta'ala bersama dengan salah seorang pemberi ijazah kepadanya di dalam Sanad Al Ba'qili, beliau adalah Al-Kamil Al-Wasil Sidi Ahsan bin Abi Khair Al Ifrini Al Hasani As Susi, tempat tinggal beliau di Qunaitirah. 
Moga Allah merahmati beliau dan ayahnya
(ayah kepada Sidi Ahsan Ifrani) yang bernama Sidi Abu Khair, Muqaddam Hadrah Al Qunaithirah dan beliau mempunyai hubungan khusus dengan Sidi Ahsan Ba'qili RA.

Dan sebagai makluman, telah hadir Sidi Ahsan Al Ba'qili RA pada kelahiran beliau yang telah diberkati dan adalah pada waktu itu Sidi Ahsan Ba'qili telah mencari para Ahbab di sekitar kawasan tersebut. 
Telah tinggallah beliau di sana bersama dengan para Ahbab..
( sebenarnya adalah kerana Sidi Ahsan Al Ifrini.)
Pada ketika itu Sidi Ahsan enggan pulang dan memyambungkan jalannya semata-mata untuk tujuan menghadiri akikah Sidi Ahsan bin Abi Khair Al Ifrini. 

Dan juga berkongsi pada membeli akikah Sidi Ahsan Al Ifrini daripada hartanya yang khusus. 
Kemudian Sidi Ahsan Ba'qili juga mempernamakan Sidi Ahsan Ifrini dengan nama beliau iaitu Ahsan. 

Begitu juga telah mengkhabarkan kepada kami oleh Sidi Ahmad Al Hadi Hafizullahu Ta'ala tentang riwayat daripada Sidi Ahsan Ifrini seperti mana pada dirinya di hadapan Maqam Syeikh Tijani RA, beliau sendiri menceritakan kisah itu kepada Sidi Ahmad Al Hadi di Zawiyah Syeikh Tijani RA. 

Dan juga Sidi Ahmad Al Hadi telah mengkhabarkan kepada kami bahawasanya Sidi Ahsan Al Ifrini ini adalah seorang pembesar yang mewarisi akan Hadrah Al Katmiyyah tetapi ghalib atasnya menyembunyikan keadaan dirinya itu dan menutupi dengan Ahwal-ahwal Auliya' Al Mulamtiyyah. 

Adalah Sidi Ahmad Al Hadi Al Hasani tersangat menekankan masalah taqdim iaitu memberi ijazah Tariqah melainkan kerana dharurat iaitu memastikan keadaan orang hendak menerima akan baiah Thoriqah dan mewasiatkan bahawasanya tidak bermudah-mudah pada menalqinkan (memberi ijazah) Thariqah dan sanad dan beliau menaskan akan yang demikian itu di dalam ijazah-ijazah beliau. 
(Moga Allah memperbanyakkan orang seperti beliau)

Moga Allah merahmati beliau dan meredhai akan beliau dan Allah merahmati kita dan meredhai akan kita semua dengan sebabnya, Insya Allah.

MARTABAT SEBENAR HAMBA ADALAH KEHAMBAAN MUTLAK


MARTABAT2 DAN KEMANISAN IBADAH SEBAGAI HIJAB TERHADAP HAMBA DENGAN TUANNYA/RABBNYA

#بعقيليات
#نفحات_في_الطريقة_التجانية

(و لا تعتقدوا ان الربح في المراتب الولائية و لا الحلاوة في حال العبادة و لا الفيوض العلمية ظاهرا و باطنا ، فذلك كله حجاب قاطع عن المراد . و المراد منك ان تكون كالقلم بين يد الكاتب ، و هو ميت القدرة جامد . فلا ارادة و لاحركة و لا قوة . فكونوا مثله و احمدوا الله عليه . و لا تعبدوا القِبْلَة و لا المساجد و لا الشيخ و لا النبي و لا الدنيا و لا الاخرة )
 - سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه في احدى رسائله - 

janganlah kamu beriktikad bahawa keuntungan yg diperolehi pd martabat2 kewalian dan kemanisan ketika melaksanakan ibadah 
dan juga limpahan ilmu yg diperolehi secara zahir atau batin
kerana pd yg demikian itu adalah hijab yg memutuskan drpd tujuan sebenar(Allah dan ubudiah)

yg dituntut drpd kamu adalah menjadikan diri kamu umpama pen yg berada di tangan penulis

tidak bernyawa dan tiada upaya melakukan sesuatu

jadilah kamu umpama pen tersebut dan bertahmidlah kpd Allah (atas keadaan kamu yg umpama pen tersebut)

janganlah kamu menyembah akan kiblat,masjid2,masyaikh2,Nabi2, dunia dan juga akhirat
# (jangan jadikan diri kamu terhenti hanya pd perkara2 tersebut,bahkan jadikanlah Allah tujuan utama kamu dan jadikan diri kamu hamba sebenar/ubudiyah mahdah/محضة)
-bukan hamba kpd azkar/aurad/sir2/kasyaf2 dan umpamanya

-qutubul aqtab Sidi Ahsan Albaqili RA

Rabu, 16 Ogos 2023

HATI, LISAN DAN PERKATAAN UMMAT MELAYU ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Sayidina Rasulillah ﷺ bersabda, 

إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ، مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا، يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ 

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa dipikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terlempar ke neraka sejauh antara jarak ke timur.” 
(HR. Bukhari no. 6477 dan Muslim no. 2988) 

Dalam riwayat Muslim disebutkan, 

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ، يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ 

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa difikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terjatuh ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.” 
(HR. Muslim no. 2988) 

Diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah r.a bahawa Sayidina Rasulillah ﷺ turut bersabda; 

إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ، وَإِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ 

“Sungguh seorang hamba mengucapkan sebuah kalimat yang diredhai Allah, suatu kalimat yang dia tidak memperdulikannya (memperhatikannya), namun dengannya Allah mengangkatnya beberapa darjat. Dan sungguh, seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang dimurkai oleh Allah, suatu kalimat yang dia tidak memperdulikannya (memperhatikannya), namun dengannya Allah melemparkannya ke dalam neraka.” 
(HR. Bukhari no. 6478 dan Muslim no. 2988) 

Redaksi daripada hadis ini sangat membimbangkan lantaran kecenderungan masyarakat khususnya ummat islam melayu pada hari ini dapat dilihat daripada 2 perspektif; 

1) Kecenderungan masyarakat, samada lelaki atau perempuan untuk menggunakan perkataan yang buruk seakan-akan perkataan yang biasa sahaja bagi mereka, untuk menyanggah pihak yang lain, dengan perkataan yang suatu masa dahulu kami amat malu untuk menuturkannya, seperti b**i, s**l, dan yang sewaktu dengannya; 

2) Hilangnya satu keindahan nilai, serta peradaban bangsa Melayu Islam yang tinggi apabila terzahirnya suatu norma baru kehidupan bermasyarakat yang mendasarkan acuan jiwa dan rohani yang luntur daripada sifat RAHMAN dan RAHIM, sedangkan ummat Melayu Islam itu begitu terkenal dengan pembawaan akhlak RAHMAN dan RAHIMNYA. 

Kecenderungan hati untuk membiasakan penggunaan perkataan yang buruk (dibaca sebagai s**l atau b**i, dan sebagainya) berada sama paras dengan perkataan yang baik, dan menerima perkataan yang buruk itu sebagai normal lafaznya pada diri, seakan-akan mencerminkan suatu peralihan pembudayaan generasi yang akan datang, dimana mereka akan kehilangan hikmah-hikmah yang besar dalam kehidupan. 

Kadang-kadang, apabila membaca cacian dan makian, serta carutan, jika dibaca dalam komunikasi media sosial, seakan-akan saya tidak percaya bahawa inilah masyarakat Melayu Islam kita. Peralihan peradaban dan norma-norma kemelayuan dilihat sedang berlaku dengan begitu rakus dan pantas mengekori serta menyerap budaya dan cara hidup bangsa Kiasu dan Chauvinist. Suatu budaya yang saya boleh katakan "tersangat kurang ajar". 

Pada saya, ini suatu keruntuhan budaya Melayu Islam, dan satu evolusi budaya, dimana budaya memaksakan pendapat sendiri untuk diterima oleh orang lain, dalam apa cara sekalipun waima dengan perkataan yang keji, perkataan yang buruk, perkataan yang rakus, sehinggalah orang yang ditujukan perkataan itu menjadi kalah atau beralah dek kerana tidak tahan dengan perkataan-perkataan negatif yang sebegini. 

Apakah survival kehidupan yang menyebabkan keruntuhan budaya ini? Atau kegagalan sistem pendidikan, yang suatu masa dahulu kami diajar disekolah dengan silibus TATARAKYAT? Nampaknya seolah-olah tidak wujud lagi nilai Keluhuran dalam sistem pendidikan?! Jika ada nilai Keluhuran, sudah pasti guru akan disanjungi oleh murid dan ibu bapa. Namun terlalu banyak kes-kes yang berkaitan guru tidak dihormati oleh murid dan ibu bapa. 

Ini adalah penyakit. Suatu masa nanti bangsa kita akan menjadi bangsa yang kasar, hilang nilai kesopanan dan kesusilaan, serta hilang nilai keluhuran, mungkin kerana survival. Cacian, makian, hamburan penghinaan, kata-kata kesat, kejian, mungkin akan manjadi suatu lafaz yang biasa dan boleh diterima, setaraf dengan lisan-lisan yang baik. 

Sesungguhnya, ummat hari ini memerlukan Murobbi untuk membangunkan dan meluruskan semula budaya indah Melayu Islam seperti suatu masa dahulu. Suatu masa dahulu, bangsa Melayu dipelopori dan diterajui peradabannya oleh Murobbi dan para Wali yang ramai menempati pelosok tanah Melayu sehinggalah dirosakan oleh para kolonial yang datang setelah itu. 

Semoga dengan kehadiran para Syariff dan Habaib ke tanah Melayu ini akan merubah semula peradaban bangsa Melayu Islam untuk masa-masa yang akan datang. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Selasa, 15 Ogos 2023

Hijab

Jangan kamu beranggapan bhw keberuntungan itu dlm mencapai martabat² kewalian,tidak juga dlm kelazatan didlm ibadah,tidak juga dlm limpahan² keilmuan sama limpahan zohir atau pun yg batin...

kerana yg demikian itu sebanarnya menjadi hijab yg memutuskan dari tujuan yg sebenar...

Tujuan sebenar yg dituntut drp kamu ialah jadilah kamu spt pena yg berada dicelahan jari penulis..
sebagai seorang tlh mati qudrah(keupayaan),
yg jamid(yg membeku daya & upaya),
tiada sebarang kehendak(haul),
tiada gerakan,
tiada sebarang kemampuan...

Maka jadilah engkau sptnya(mayat) & pujilah Allahﷻ diatas nikmat itu(hal kamu spt mayat)...

Janganlah kamu mengabdikan diri kpd qiblat,
jgnlah kpd masjid²,
jgn kpd sheikh,
jgn jg kpd nabi,
jgn kpd dunia 
& jgn jg kpd akhirat...
( _tetapi jadilah sebenar² hamba kpd Allahﷻ_ )

*سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه*

SELAWAT AL FATEH Di Alam Melayu...PENYEBARAN SELAWAT FATIH...



Selawat Fatih datang di alam Melayu atas tangan Tiga orang Ulama Melayu :-

1. Syeikh Daud Al Fatani
2. Syeikh Abdul Somad Al Falimbani
3. Syeikh Arsyad Al Banjari

1) Syeikh Daud Fatani menyebarkan Selawat Fatih di :
-Fatani
-Yala hingga 
-Kelantan
-Terengganu
-Pahang

2) Syeikh Abdul Somad Falimbani :
-Kedah hingga Perak

3) Syeikh Arsyad Banjari:
-Kalimantan
-Banjarmasin
-Mindanao
-Filipin belakang
-Solo
-Sulawisi
-Bugis 

● Syeikh Abdul Somad Falimbani memerangi siam dengan selawat Fatih malam di kedah ( perang melayu yang terakhir )

● Masyhur Sanad Selawat Fatih disisi tiga orang Syeikh Melayu tersebut dengan sanadnya "Muhammad Bakri" kerana guru mereka yang empunya selawat Fatih dan awal ialah Syeikh Mustafa Al Bakri As Siddiqi.

● Selepas itu tersebar Tariqah Sammaniah Khalwatiah Al Bakriah di Tanah Melayu khususnya di Utara dan Timur (mereka itu ahli Selawat Fatih).

● Alhamdulillah pengkhususan di Negeri Johor juga ada keistimewaan datang lagi Selawat Fatih melalui saluran yang lain iaitu melalui Syeikh Fadil Banten dan dirasmikn di Negeri Johor khusus Muar dan Tangkak.

● Selawat Fatih telah masuk awal di tanah Melayu melalui Syekh Daud Fatani, Syeikh Abdul Somad dan Syeikh Arsyad Banjari, setelah itu Allah Mengkhususkan Johor dan menyampaikan Selawat Fatih kepada Johor melalui Sanad Baru, Sanad yang lain dan saluran baru itu melalui Syeikh Fadil Banten yang menjadi simbol Johor, tanda Kewalian di Negeri Johor dan Beliau menjadi Guru kepada Sultan di zaman tersebut (penasihat), selepas itu datang lagi saluran baru dan sanad baru Selawat Fatih itulah yang dimaksudkan sebagai sentiasa diperbaharui atau memperbaharui limpahan dengan madad.


Wahai Bawang

Satu kisah.. yg pernah d sampaikan oleh sayyidi.. 

Dahulu d hijazz.. ada seorang guru sheikh yg mempunyai ramai murid yg hebat2 ilmu fiqh, tafsir, hadis dll .. ramai muridnya yg cerdas2 , alim2.. kemudian ada seorang muridnya yg bebal dan lurus bendul (sy namakan murid si fulan A) .. maka dlm satu majlis ijazah dtgla seorang demi seorang meminta ismul azhom pd si guru lalu d berikan oleh si guru mengikut ilmu murid masing2.. sampai lah kpd si fulan A dtg meminta ismul azhom.. lalu berkata sang guru , kamu si basal (بصل،) pon mahu juga.. 😂😂😂 .. yakni ni istilah basal bermaksud bawang menjadi peribahasa utk maksud org lemau/lemah... Sambil guru tertawa2... Maka balik lah si fulan A yg lurus bendul tp mempunyai hati yg saqid pd gurunya.. mula beramal dgn zikir ya basal ( يا بصل) kerana d sangka itu suatu zikir ismul azhom yg d beri gurunya... Maka setelah berbulan2 beramal .. maka sang guru memanggil kembali semua muridnya ... Sang guru melihat semua muridnya berada d maqam yg sama d takuk lama sekalipon telah d beri ismul azhom
... Lalu melihat sang guru pd si fulan A.. alangkah terkejut sang guru melihat si fulan A bercahaya2 telah naik ke maqam wali Allah... Maka bertanya sang guru.. apa yg engkau amalkan? Maka jawab si fulan. Ya basal ( wahai bawang) asma yg d beri guru.. 😂😂😂😂 ...  

Maka telah berkata para arifin.. يا بصل ، adalah himpunan asma Allah .. ب ص ل .. yakni ب ya basir, ص ya sabrun, ل ya latif ..  

maka iktibar .. sadiq pd guru adalah terlebih utama dari amalan.. 

Semoga bermanfaat...
 Mohon maaf mendahului muqaddam2 yg mulia
,🙏🙏🙏

Ahad, 13 Ogos 2023

Ini 5 Ulama Maroko yang Namanya Dikenal hingga Nusantara


Maroko atau yang dalam bahasa Arabnya disebut Al-Maghrib adalah satu negeri yang berada di ujung utara barat Benua Hitam alias Afrika. Ia bersebelahan dengan Andalusia alias Spanyol yang terletak di Benua Biru atau Eropa. Secara bahasa, Al-Maghrib bermakna ‘tempat atau waktu terbenamnya matahari di barat’.

Banyak ulama lahir dari negeri ini. Boleh jadi ulama yang selama ini kita kenal di Nusantara dan dunia literasi ternyata berasal dari Maroko, namun kita belum menyadarinya. Nah, berikut ini 5 ulama yang tidak asing di telinga kita:

1. Ibnu Batutah (w. 1377 M/779 H) atau Muhammad bin Abdillah

Ibnu Batutah lahir dan meninggal di kota Tonjah (versi Arab) atau Tangier (versi Perancis dan Inggris). Kita mahasiswa Indonesia menyebutnya Tenjer. Sebuah kota di ujung utara Maroko berbatasan dengan Spanyol, hanya dipisah oleh Laut Tengah (Mediterania).

Karya ilmiahnya yang mengguncang dunia adalah catatan perjalanannya mengelilingi dunia (around the world) yang pada masa itu jarang orang bisa melakukannya. Catatan itu didektekan selama 12 tahun kepada Ibnu Juzai Al-Kalbi di kota Fes tahun 756 H.

Karga itu lalu diberi nama Tuhfah an-Nadzar fi Gharaib al-Amshar wa Ajaib al-Asfar (Masterpiece Pelancong Kota-kota yang Unik dan Perjalanan yang Mengagumkan) atau yang terkenal dengan Rihlah Ibni Batutoh atau The Travels of Ibn Battuta. Buku ini sudah diterjemahkan ke berbagai bahasa dunia.

Dalam laporan perjalanannya, ia menyebutkan pernah mengunjungi Aceh selama 15 hari—cukup lama karena badai menghalanginya melanjutkan perjalanan ke Cina. Aceh waktu itu dikuasai oleh kerajaan Samudera Pasai.

Raja Mahmud Malik Zahir menyambut dan menjamunya dengan meriah dan mewah selama di sana bahkan ketika hendak meneruskan travelnya ke Cina sang Raja memberi hadiah-hadiah di antaranya perahu. Pulangnya Ibnu Batutah juga sempat mampir ke Bumi Jawa (saat ini Indonesia), kemudian meneruskan ke Basrah-Irak.

2. Al-Qadi Iyyad (w. 1149 M/544 H) atau Iyyad bin Musa

Kata orang Maroko, “Laula Al-Iyyad lama urifa Al-Maghrib” yang artinya: kalau bukan karena (Al-Qadi) Iyyad niscaya Maroko nggak bakal dikenal. Ya, begitulah kira-kira hiperbolanya orang Maroko menyanjung ulama besar ini. Sebab, tanpa beliau pun Maroko tetap dikenal.

Beliau merupakan salah satu Sab’atur Rijal (Wali Tujuh) yang ada di kota Marakes-Maroko. Adapun karya-karya monumentalnya, antara lain: Asy-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Musthafa, buku tentang sirah (biografi) Nabi Muhammad SAW; Ikmal Al-Mu’lim bi Fawaid Muslim yang merupakan syarah Sahih Muslim (9 jilid).

Imam Nawawi banyak merujuk kepada kitab tersebut dalam mensyarahi Sahih Muslim. Kitab lainnya adalah Tartib al-Madarik wa Tanwir al-Masalik li Ma’rifah A’lam Madzhab Malik, yang merupakan sebuah ensiklopedi tentang mazhab Maliki.

3. Al-Jazuli (w. 1465 M/870 H) atau Muhammad bin Sulaiman

Dalailul Khoirot, itulah karya terkenal beliau yang banyak dibaca atau diamalkan oleh muslim Nusantara. Isi bukunya adalah wirid-wirid harian. Wirid hari senin sampai ahad. Asmaul Husna, salawat, doa dll.

Buku ini ditulis saat ia belajar di Universitas Al-Qarawiyyin Fes. Beliau pernah belajar di Al-Azhar Kairo, Palestina, Hijaz dll. Sebetulnya beliau juga menulis buku tentang ilmu nahwu. Sayangnya karyanya ini tidak terkenal sampai ke Nusantara laiknya kitab Al-Ajurumiyah karya Imam Al-Ajurum.
Jazulah atau Juzula merupakan kabilah di daerah Sus, sebelah Selatan Maroko.

Beliau pernah tinggal tiga tahun di Madinah Al-Munawwar dan mengajarkan Dalailul Khairat. Bisa jadi fase inilah yang menyebabkan Dalailul Khairat dibawa dan dikenal di Nusantara sebagai cikal jaringan ulama Nusantara.

4. Al-Ajurum

Sepertinya tidak banyak yang tahu kalau pengarang buku dasar tata bahasa Arab yang banyak dipakai di pesantren-pesantren ini berasal dari Maroko. Pun, ia bukan orang Arab, aslinya orang Berber. Suku Berber merupakan suku asli Maroko.

Bahasa ibunya adalah Tamazigh. Ia berasal dari kabilah Sonhajah oleh karenanya ia dinisbatkan dengan Imam Al-Ajurum As-Sonhaji. Al-Ajurum adalah bahasa Berber yang artinya tuan atau sayyid. Beliau lahir dan wafat di kota Fes, kota ilmu dan wali.

Sejarahnya beliau menulis buku Al-Ajurumiyah untuk anaknya supaya mengetahui dasar tatabahasa Arab yang benar dan tidak terjatuh dalam lahn, mengingat pada wakt itu banyak orang yang berbicara Arab dengan menyalahi kaidah (lahn) yang sekarang kita kenal dengan bahasa amiyah atau darija.

Buku ini ditulis waktu beliau berada di Mekah. Setelah menulisnya beliau mengadu kepada Allah “Allahumma jika buku yang saya tulis ini tidak ikhlas karena-Mu, maka biarlah tintanya luntur bersama air laut"

Dan masya Allah tinta yang termaktub di atas lembaran-lembaran tersebut tidak luntur setelah dilemparkan ke laut. Inilah buah nyata dari keikhlasan. Hanya dengan beberapa lembar (matan) dasar-dasar ilmu nahwu beliau terkenal sedunia dan sepanjang masa.

5. As-Sanusi (w. 1490 M/895 H) atau Muhammad bin Yusuf

Jika ada orang Melayu bernama Sanusi, maka sejatinya nama itu merujuk kepada nama seorang ulama Maroko, yakni Muhammad bin Yusuf As-Sanusi. As-Sanusi sendiri nisbat kepada sebuah kabilah di Telemsan (sekarang masuk negara Aljazair).

Dulu Negeri Al-Maghrib terbagi menjadi tiga: Al-Maghrib Al-Adna (Maroko dekat, Libya dan sebagian Mesir barat), Al-Maghrib Al-Ausat (Maroko tengah, Tunisia, dan Aljazair), Al-Maghrib al-Aqsha (Maroko jauh, Maroko dan Mauritania atau Syingqit), yang tetap menggunakan nama Al-Maghrib adalah Maroko).

Ketiganya dikenal dengan sebutan Al-Maghrib Al-Kabir (Maroko Raya). Beliau termasuk “habaib” keturunan Rasul dari Sayyidina Hasan bin Ali.

Karya terkenalnya adalah buku Ummul Barahin (Induk Dalil-dalil). Buku ini tentang akidah Ahlussunnah wal Jamaah dengan mengikuti mazhab kalam Imam Al-Asy’ari. Buku ini hingga kini juga dipelajari di beberapa pesantren tradisional di Pulau Jawa.

Di Maroko buku ini terkenal dengan nama Aqidah Sughra (akidah mini). Dikenal demikian karena sebelumnya beliau menulis Aqidah Kubra atau Aqidah Ahli At-Tauhid, buku tentang akidah yang pertama ia tulis lalu ia beri komentar penjelas. Kemudian ia menulis lagi Aqidah Wustha. Lalu beliau menulis lagi Aqidah Sughra yang di Nusantara terkenal dengan Ummul Barahin.

Lalu ia menulis lagi Sugra Ash-Sughra. Selain itu, ia menulis buku Al-Mukaddimah yang menjelaskan bukunya Aqidah Sughra yang populer dengan Ummul Barahin .