Khamis, 7 Mac 2024

Hilangkan lemak di perut

Untuk menghilangkan lemak dan masalah perut boroi, ketika waktu sarapan pagi(ketika perut kosong), cuba amalkan dgn buah; 

Kurma + tembikai, 
Kurma + timun, atau 
Madu + tembikai

Kerana tiada ubat lain mampu menghancurkan lemak-lemak di perut melainkan mengamalkan rahsia menggabungkan dua sifat makanan ber-zat sejuk dan panas yg diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ini.

Berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل البطيخ بالرطب، فيقول: نكسر حر هذا ببرد هذا، وبرد هذا بحر هذا

Dari ummul mukminin Aisyah r.ha : "Dahulu Rasulullah ﷺ memakan buah tembikai dgn kurma basah dan berkata: 

Panasnya(zat) kurma ini akan dineutralkan dengan sejuknya(zat) tembikai yg ini. Dan sejuknya(zat) ini akan dineutralkan dengan panasnya(zat) yg ini.

Begitu juga dengan hadith lainnya Nabi ﷺ bersabda: 

عن ‌عبد الله بن جعفر رضي الله عنهما قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل الرطب بالقثاء..

‏Dari Abdullah bin Ja'far berkata: 

"Aku telah melihat Rasulullah ﷺ makan timun batang disertai dgn kurma ruthab.

Rasulullah ﷺ telah menggabungkan timun batang + kurma ruthab(atau kurma basah) adalah kerana kedua-duanya mempunyai dua sifat zat panas dan sejuk.

Para ulama mengkaji rahsia inti dari hadith-hadith ini, menunjukkan mereka telah faham apa yg dimaksudkan oleh Nabi ﷺ.

Dengan sentiasa menggabungkan dua sifat makanan, ianya akan menjadi penawar, dan membuang segala penyakit yg bersarang dan berpunca dari perut.

Berdasarkan firman Allah swt; 

سبحان الذي خلق الأزواج كلها مما ينبتسبحان الذي خلق الأزواج كلها مما تنبت الأرض ومن أنفسهم ومما لا يعلمون

‏”Maha suci Allah yang telah menciptakan segala sesuatu dengan BERPASANG-PASANGAN، baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Maka, rahsia para kedoktoran arab klasik memahami rahsia Allah menciptakan segala sesuatu dari makhluk-Nya adalah berpasang pasangan.

‎‏Allah telah menciptakan gelap-terang, siang-malam, jantan-betina, lelaki-wanita, langit-bumi, syurga-neraka, haq-bathil, dosa-taubat serta syirik-tauhid. 

Pada organ jantung kita juga ada pam sodium-potassium, walaupun dalam zarah yg paling kecil terdapat ion(+)-ion(-), lembab-kering, PANAS-SEJUK dan lain-lain.

Soalan, bilakah waktu yg sesuai untuk mengamalkan kurma beserta timun atau tembikai ini?

Waktunya adalah ketika waktu perut kosong semasa sarapan pagi, dan ketika sebelum makan makanan berat setelah jam 12 atau 1 tengah hari.

Tidak sesuai memakan makanan berat seperti tepung dan nasi sebelum waktu ini.

Kerana organ-organ dalaman kita masih bekerja keras untuk detox dan membuang racun di dalam tubuh.

Namun tidaklah berhasil jika kita masih mengamalkan makanan berat selepas 7 atau 8 malam.

Kerana waktu ini semua organ-organ di dalam tubuh sudah kelelahan dan perlu berehat dari pencernaan.

Maka makanan tadi akan menjadi العفونة, iaitu menjadi pembusukkan di dalam usus dan menimbulkan segala penyakit ketika waktu tidur.

Insya Allah, hanya seminggu sudah blh lihat hasil perut yang buncit akan kempis dan berat badan akan menyusut secara sihat.

*Perbahasan kajian dari;

1. طب النبوي للإمام ابن القيم
2. زاد المعاد في هدي خير العباد
3. كتاب الأطعمة - باب في الجمع بين لونين في الأكل

Rabu, 6 Mac 2024

Selawat Fatih adalah Ibu Selawat

Banyakkan selawat atas Rasulullah SAW pd hari jumaat dan hari2 yg lain

# Kelebihan selawat fatih #

Ahli2 Muhaqqiq telah menaqal daripada Jumhur Arifin Radhiyallahu Anhum:

“Bahawasanya ibu,ruh dan rahsia selawat, terletak pada selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah(permata Tunggal)
-dan masyhur dikalangan umum bahawasanya selawat yg dimaksudkannya adalah Selawat al-Fatih. 
-Dan disisi Arifin dikenali sebagai pembuka rahsia Hakikat Muhammadiyyah. 
-orang pertama yg menzahirkannya ialah Qutub al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ basmalah di dalam 2001 majlis,
iaitu Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. 
Maka sesungguhnya beliau bertawajjuh kepada Allah SWT selama 17 tahun dimekah utk memohon supaya diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat...
Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih.
-beliau berkata :
"Sesiapa yang membacanya sekali ketika hidupnya padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah diriku di hadapan Allah SWT kelak.”

Dan telah berkata khotmul auliya Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi,beliau menaqal kalam dari Sayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam :

“Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsa ilahi,yang tidak ada jalan untuk diukur dengan akal. 
Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000 kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000 lelaki, dan hidup setiap seorang daripada mereka 100 000 tahun, setiap seorang daripada mereka berselawat setiap hari 100 000 selawat atas Rasulullah SAW dengan lain drpd selawat fatih,
-dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, 
tidaklah dapat menandingi semua pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

-Maka jangan peduli pendustaan orang yang suka berdusta (penolakan ahli ingkar) yg suka mencari kesalahan/kekurangan pada Selawat Fatih. 
- sesungguhnya Kurnian itu di pihak Allah SWT...
Allah SWT berhak Memberi kpd sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya bagi pihak Allah Subhanahu Wa Taala ada satu Kurnian/fadhlul ilahi yang terkeluar dari ruangan Qiyas dan akal manusia.( dan hukum hakam)..

HAK PADA HURUF HA' ( ﻫ ) KETIKA BERZIKIR


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Selaju mana kita berzikir, samada pada kalimah لا إله إلا الله atau pada kalimah الله الله, maka tidak dapat tidak mestilah kita meletakkan huruf ﻫ mengikut (atau) meletakkan pada haknya, memberi haknya, cara makhrajnya, nisbah nafas, juga nisbah tafakkur kita. 

Menggugurkan huruf ﻫ ketika zikir (الله) menghilangkan rahsia zikir Allah, kerana Ismu Allah adalah rahsiaNya. Keseluruhan rahsiaNya tersimpan pada huruf ﻫ. Bahkan baki huruf-huruf lain daripada huruf ﻫ berkhidmat kepada huruf ﻫ. Tidaklah lain daripada itu. 

Al Qutbl Maktum Syeikh Ahmad Tijani r.hu telah bertanya kepada sebahagian sahabat-sahabatnya, mereka berzikir apa lalu (sehingga) mempercepatkan bacaan (zikir) sehingga kurangnya menzahirkan huruf ﻫ tersebut?

Lalu Al Qutbl Maktum Syeikh Ahmad Tijani r.hu marah dan berkata, “Apakah ini? Apakah ini?”. Sebagai mempersoalkan atas mereka itu (yang melajukan zikir sehingga tidak memberikan hak pada huruf ﻫ ). 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullah Ta'ala

KETINGGIAN ITU MUSIBAH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Pada membicarakan tentang hakikat kehambaan, Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullah Ta'ala telah menyatakan; 

"Ketinggian itu semuanya adalah musibah, tidak ada manfaat" 

Yakni kalamnya menerangkan tentang SIFAT KEAKUAN manusia yang sentiasa merasakan dirinya tinggi dan layak, melalui ibadahnya yang banyak, ilmunya yang banyak, untuk mendapat ketinggian maqam, merasakan dirinya layak untuk mendapat futuh, merasakan diri layak untuk menjadi wali, layak untuk menjadi ketua, dan lain-lain rasa kelayakan. 

"Merasa Diri Layak" - adalah sifat keakuan yang besar, dan inilah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai musibah dan tidak ada manfaat. Bahkan menurut beliau lagi, sifat syaitan itu adalah "Merasakan Diri Lebih Tinggi Dari Orang Lain". 

Semoga Allahﷻ  merahmati dan memberkati Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yang terpuji, yakni disisi Sayidi Ahsan Al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

BICARA NAFSU KAMILAH


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, menyatakan pada perkara membincangkan nafsu Kaamilah; 

"Nafsu Kaamilah itu adalah membuang segala tujuan tujuan dan maksud maksud dalam ibadah. Iaitulah natijah perhambaan yang sempurna" 

Maksud beliau, pada orang yang mempunyai nafsu Kaamilah, tidak akan bercampur pada amal ibadahnya, tujuan untuk mendapat manfaat di dunia mahupun manfaat akhirat. 

Manfaat didunia berupa wang ringgit dan harta kekayaan material. Manfaat diakhirat berupa pahala dan syurga. Amal ibadah tidak dijadikan alat untuk menempatkan nafsu berhajat kepada manfaat dan kelebihan, mahupun darjat, maqamat, karamah bahkan kewalian. 

Itulah hakikat kehambaan yang sempurna bagi orang orang yang memiliki nafsu Kaamilah. Ibadah hanyalah untuk menzahirkan syariat sebagai tanda syukur dan sentiasa berasa malu pada Allahﷻ atas kekurangan dan kemaksiatan disamping sifat keakuan yang tinggi dalam diri. 

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yg terpuji yakni disisi Sayidi Ahsan al Baqili ra., disisi Sheikh Ahmad at Tijani ra. dan disisi Sayidul Wujud Sayidina Wamaulana Muhammad ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sabtu, 2 Mac 2024

HAKIKAT MATI DIRI

HAKIKAT itu Kenyataannya adalah HIDUP. 

HAKIKAT itu adalah QIAM. 

QIAM itu pula adalah BERDIRI. 

Bukanlah Berdiri dengan kaki, akan tetapi adalah "BERDIRINYA KEBENARAN".

Didalam diri adanya BAIK, dan didalam diri juga adanya JAHAT.

Didalam diri adanya SYURGA, dan didalam diri juga adanya NERAKA.

Didalam diri adanya KEBATILAN, dan didalam diri juga adanya KEBENARAN.

MATI itu adalah tidak HIDUP !

Maka, Allah SWT tidak akan sesekali dapat Dikenali dengan sebenar-benarnya Kenal kecuali setelahnya MATI. 

MATI itu pula adalah KOSONG, dan KETIADAAN itu pula adalah MA'RIFAT. 

Hakikatnya MATI itu tidaklah dapat Diperihalkan, dan tidaklah pula ianya Berhuruf dan Berupa, akan tetapi ianya tetap ADA. 

MATI itu pada Hakikatnya adalah KIAMAT KECIL bagi seluruh manusia. 

DIRI itu ada kesemuanya, iaitu pada DIRI itu adalah Kenyataan WUJUD ALLAH SWT. 

DIRI itu MENGENAL TUHAN. 

DIRI itu adalah IMAM kepada kesemua DIRI. 

Didalam DIRI Empunya DIRI adanya NAFSU. 

Adanya Jahat, adanya Baik dan sebagainya. 

Maka IMAM itu adalah Kepala SOLAT. 

Maka ianya Diketuai oleh segala NAFSU dan KEINGINAN daripada segala Sifat MAZMUMAH.

Dan juga Dibimbing pula oleh IMAM didalam KHUSYUK.

Diantara JALAN MENGENAL DIRI itu adalah Mengetahui dan Memahami akan Hakikatnya "MATI SEBELUM MATI".

Maka, HAKIKAT MATI itu adalah didalam SOLAT. 

HAKIKAT SOLAT itu pula adalah DA'IM, iaitu :

Disepanjang hidup dan membawa kepada Sifat Hayat dan HAYAT ALLAH SWT itu Tersedia ADA. 

Iaitu QIDAM... 

Sebabnya, hanya Insan-Insan yang telah MATI sahaja akan dapat "MENGENAL ALLAH SWT".

Dan apabila kita mengenali seseorang itu, bermaknanya kita telahpun membina suatu Perhubungan dengan orang tersebut. 

Maka samalah Qiasnya dengan SOLAT yang dapat Ditakrifkannya sebagai :

- PENGHARAPAN.

- PERHUBUNGAN.

- DOA. 

Dan sebagainya... 

Insan-Insan yang telah MATI sahaja akan dapat MENGENAL ALLAH SWT dengan sebenar-benarnya KENAL. 

Kerana, dahulunya kita itu tersedianya MATI (ALAM ROH).

Ketika mana kita semua Mengucapkan sahaja SYAHADAH ROH dan Kenyataan WUJUD. 

Maka Wujudnya ALAM PENYAKSIAN (ALAM SYAHADAH). 

Iaitu : Alam yang didiami kita pada masa ini.

Maka kaitan MATI secara ILMU itu adalah berkaitannya dengan Lafaz TAKBIRATULIHRAM didalam SOLAT.

Dan juga berkaitannya dengan HAYAT manusia yang bernama INSAN didalam segala urusan sehari-hariannya. 

Pada Hakikatnya, TAKBIRATULIHRAM itu di ibaratkannya "KUNCI GERBANG SOLAT". 

Kerana kaitannya adalah dengan "ALLAH HU AKBAR..."

USUL :

1) Mengapakah disebutkan ALLAH HU AKBAR ? 

Disebabkan ALLAH SWT itu terlalu MAHA AGUNG dan MAHA SUCI, maka ALLAH SWT sememanglah tersedianya AKBAR.

2) Apakah itu ALLAH ?

3) Apakah itu HU ?

4) Apakah itu AKBAR ?

KETIADAAN itu pada Hakikatnya adalah MA'RIFAT, dan MA'RIFAT itu pula adalah HAKIKAT MENGENAL. 

MENGENAL itu pada Hakikatnya adalah HAKIKAT TAHU (MENGETAHUI). 

Dan TAHU itu pula membawa kepada HAKIKAT KHUSYUK. 

Sedangkan KHUSYUK itu pula membawa kepada HAKIKAT FAHAM (MEMAHAMI).

Maka, hendaklah Kosongkan akan segala-galanya Nama, Kuasa, Pangkat, Harta dan Kehendak Diri (Hawa Nafsu) apabila mengangkat sahaja TAKBIRATULIHRAM. 

Bawalah bersama-sama Ke MAHA BESARAN ALLAH SWT yang dipinjamkan kepada diri ini. 

Pada Hakikatnya, MATI itu tidaklah akan dapat berbuat apa-apa langsung. 

Kerana MATI itulah Tarafnya adalah HAMBA ! 

Itulah sebabnya didalam Surah al-Isra' Allah SWT berfirman : 

"ALLAH Memperjalankan Hamba-NYA..."

Bukanlah KEKASIH-NYA atau NABI MUHAMMAD atau MUHAMMAD ataupun RASUL-NYA. 

HAKIKAT MATI DIRI itu di ibaratkannya "TERKUNCI DIRI".

Maka, KUNCILAH DIRI kamu itu sewaktunya SOLAT.

Agar kamu dapat MENYATAKAN HAL KEADAAN ALLAH SWT. 

Maka, Terbebaslah kamu daripada MENSYIRIKKAN (MENYEKUTUKAN) ALLAH SWT.

Jikalau tidak, 5 waktu sehari semalam senantiasa sahaja kamu MENSYIRIKKAN ALLAH SWT didalam SOLAT !

Hendaklah difahamilah bahawasanya, pada Hakikatnya SOLAT dan SEMBAHYANG itu adalah berbeza.

"ADA RAHASIA DIDALAM RAHASIA... "

Jumaat, 1 Mac 2024

Tidak akan meninggalkan kesempurnaan dalam beribadah

Pesan Al Habib Abdullah Al Haddad

ما ترك من الكمال شيئاً مَن أقام نفسه من ربه مقام
 عبده من نفسه

Artinya: “Seseorang yang benar-benar mengerti bahwa ia adalah seorang hamba Allah Swt, maka ia tidak akan akan meninggalkan kesempurnaan sedikitpun.“