Rabu, 3 Julai 2024

Wali setiap zaman

Setiap zaman, wali Allah yang bertugas di alam batin ada 124,000 orang dan diketuai oleh Qutbul Ghaust al-Fard al-Jami'. 

Qutub itu banyak tetapi yang menguasai alam ini hanya seorang sahaja pada satu-satu masa iaitu Qutbul Ghaust al-Fard al-Jami'.

Dibawah beliau ada 2 orang wali yang dipanggil wali Aimmah. Satu orang disisi kanan Qutub, satu lagi disisi kiri Qutub. Yang kanan akan memandang alam malakut, dan yang kiri akan memandang alam mulk.

Seterusnya adalah wali Autad, ada 4 orang di seluruh penjuru dunia. Kemudian Al-Abdal ada 7 orang.

Banyak lagi yang kami tak dapat nak sebutkan boleh semak sendiri dalam kitab-kitab, tapi yang atas adalah yang pangkat tinggi.

Tapi kami nak sebutkan dekat sini bahawa wali-wali Allah ini ada yang hati mereka seperti hati Malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, ada yang seperti hati Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi-Nabi lain dan yang paling sempurna ialah yang seperti hati Nabi Muhammad. 

Wali yang menempati hati Nabi Muhammad adalah wali tertinggi, selalunya mereka inilah yang akan menjadi Qutbul Ghaust al-Fard al-Jami'. Didalam kewalian maqam ini ada satu maqam yang paling tinggi iaitu maqam penutup kepada wali maqam jenis ini. 

Wali penutup maqam Muhammadi ini digelar Khatmul Muhammadi Maklum. Selepas beliau tidak ada lagi wali yang akan capai maqam Muhammadi ini. Beliaulah Qutub yang menutup maqam itu, disebut Qutbul Maktum. Inilah maqam tertinggi dalam kewalian yang hanya ada pada satu orang sahaja sejak zaman Nabi Adam hingga kiamat.

Maqam para wali lain amnya akan ditutup oleh Sayyidina Isa Bin Maryam Alaihi Salam. Yakni selepas Nabi Isa turun maka tidak akan ada wali selepasnya.

Jadi Khatmul Auliya' itu ada 2,
1) Khatmul Auliya' khas maqam Muhammadi 
2) Khatmul Auliya' am (Sayyidina Isa Bin Maryam Alaihi Salam)

Maka jika kami katakan bahawa maqam Qutbul Maktum wa Khatmul Muhammadi Maklum ini telah dihuni oleh sosok pemimpin sufi 207 tahun lepas. Beliau meninggal pada 1230 hijrah bersamaan dengan 1815 masihi. 

Cari sendiri la siapa sosok pemimpin sufi itu, semoga para Fuqaha' dan seluruh tarekat Sufi serta kita taslim dengan beliau. Bukanlah kami yang agungkan beliau tetapi pengkhabaran tentang beliau telah disebut sejak zaman salafussoleh iaitu Imam Hakim At-Tirmizi.

Wallahu'alam

Isnin, 1 Julai 2024

BERTASAWUF HENDAKLAH DENGAN GURU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Berkata Syeikh Jibril Al Khorma Baazi r.hu (ertinya); 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya orang yang lemah dalam pengetahuan dan dalam kebijaksanaan, apabila ia mengembara di alam syahadah (alam jasmani), sama ada di laut atau di darat, jika ia pergi tanpa diberi petunjuk oleh seseorang, secara adatnya ia akan sesat dan hilang begitu sahaja, melainkan ia bernasib baik dapat sampai ke tempat tujuannya. 

Dan bagaimana pula jika seseorang itu mengembara di alam ghaib, alam yang tidak dapat dicapai oleh panca indera yang lima. Maka wajiblah bagi orang yang mempunyai gerak hatinya, mengerah kesungguhannya dalam mencari seorang petunjuk yang arif (Wali yang Kaamil, Arifbillah, Mursyid) dengan petanda-petanda yang ada di jalanan dan yang mengetahui kemungkinan bahaya dan mala petaka (Kasyaf, Futuh, Asrar dan umpamanya) yang menghalang seseorang itu di pertengahan perjalanannya. 

Dan juga mencari petunjuk (Guru/Syeikh/Murobbi) tersebut, supaya memberitahunya bagaimana untuk melintasi jalan dicelah-celah bukit-bukau, dan kawasan lembah-lembah yang ada di kawasan pendalaman yang sangat jauh. 

Iaitu hendaklah seseorang itu mencari seorang petunjuk yang benar (Wali Allah/Syeikh/Murabbi), yang telah berulang kali sampai ke tempat tersebut (Wali yang sudah menempuhi liku-liku kehidupan seorang salik), iaitu Wali tersebut telah pun berada dalam hadrah hakikat. 

Maka apabila seorang Salik itu menemui wali tersebut, hendaklah ia menyerahkan dirinya kepada Wali itu, dan membiarkan Wali tersebut menguruskannya, dan menceraikan ikhtiar dirinya dengan talak tiga (selama-lamanya) dan menyerahkan segala ikhtiar dirinya kepada
kehendak wali tersebut. 

Ulasan Pengarang (Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala); 

Jika seorang murid itu bersikap telus dengan gurunya dalam setiap urusan dengan gurunya,maka gurunya akan memaklumkan padanya inilah diri kamu dan itulah Tuhan kamu. 

Telah berkata Abdullah Al-Mursi, beliau adalah guru kepada Ato'illah As-Sakandari; 

Jika seseorang itu masih belum ada seseorang Ustaz yang membawanya sampai ke jalan llahi, dan tersingkap daripada lubuk hatinya rasa selesa
dan cukup dengan apa yang ada, sesungguhnya la umpama anak buangan yang tidak ada baginya bapa dan keturunannya. 

Terhimpun erti perkataan tersebut dalam Hadis Nabi ﷺ (Mafhumnya); 

Ulama adalah pewaris bagi Nabi, tidakkah kamu tahu bahawasanya Nabi-Nabi tidak mewariskan duit dirham dan dinar, tetapi mewariskan ilmu Ulama (Ilmu Robbani/Ilahi). Dan barangsiapa yang mengambil akannya (dari Ulama' tersebut), nescaya ia telah mengambil sesuatu habuan yang sempurna. 

Pewaris yang sebenar ialah ulama yang arif yang mewarisi dari Rasulullah ﷺ segala martabat ilmu, ilmu zohir dan batin, dan berterusan Rasulullah ﷺ mempunyai pewaris yang mewarisi dari Baginda ﷺ. 

Maka ketika itu, menjadi fardhu ain bagi setiap hamba Allah mencari pewaris-pewaris tersebut.
Barangsiapa yang berpaling daripada mereka, maka seakan-akan ia berpaling daripada Rasulullah ﷺ, kerana mereka itu mewarisi dari Rasulullah ﷺ  akan Rahmat dan ketinggian martabat. 

Dari kerana inilah Imam Al Ghazali telah menfatwakan bahawa penyucian jiwa dan mencari Syeikh yang a'rif adalah fardhu ain bagi setiap muslim. 

* Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, Karangan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Sabtu, 29 Jun 2024

HAKIKAT TAUHID DAN SYIRIK

"TAUHID" ADALAH SETINGGI-TINGGINYA IBADAH... 

SYIRIK itu terbahagi kepada 6, iaitu :

1) SYIRIK ISTIQLAL. 

2) SYIRIK TAB'IED.

3) SYIRIK TAQREEB.

4) SYIRIK TAQLID.
 
5) SYIRIK ASBAB.

6) SYIRIK AGHRAD. 

"...ILMU - IMAN - TAUHID - TAQWA..."

Jikalau kita mahu mendapatkan IMAN, maka kita Wajiblah adanya ILMU terlebih dahulu.

Kerana IMAN itu akan menyebabkan AMAL.

IMAN pula terbahagi kepada 5, iaitu :

1) IMAN TAKLID.

2) IMAN ILMU.

3) IMAN 'AYAN.

4) IMAN HAQQ.

5) IMAN HAKIKAT.

Maka, barulah ianya akan menghasilkan TAUHID yang terbahagi kepada 3, iaitu :

1) TAUHID PADA AKAL.

2) TAUHID PADA PERBUATAN.

3) TAUHID PADA MATAHATI (IHSAN).

Daripada 3 bahagian TAUHID itulah maka akan terhasilnya 4 Darjat TAUHID, iaitu :

1) TAUHID SYARIAT.

2) TAUHID TAREKAT.

3) TAUHID HAKIKAT.
 
4) TAUHID MA'RIFAT.

Daripada TAUHID inilah, maka terbentuknya Organisasi Para WALI-WALI, iaitu :

- SIDDIQ. 
 
- QUTUB.

- E-WAHDAT. 

- FARDH.

- QAYYUM.

- QUTUBUL GHAUS.

- QUTUBUL AQTAB.

- QUTUBUL IRSHAD (NUJABA', NUQABA', AKHYAR, ABRAR dan lain-lainnya).

- QUTUBUL MADAR (AUTAD).

- AUTUBUL ABDAL (BUDALAK-40).

Dan lain-lainnya...

Maka menjadilah ianya MARTABAT INSAN iaitu :

- RASUL ULUL 'AZMI.

- RASUL-RASUL. 

- NABI-NABI. 
 
- WALI KAMIL MUKAMMIL.

- WALI KHAWASUL KHAWAS.

- WALI KHAWAS. 

- WALI SAGHIR (MUTMAINNAH).

- INSAN SOLEH dan ULAMA' MUAMILIN. 

- INSAN-INSAN TOLEH. 

- ORANG-ORANG FASIQ (KOLEH).

- ORANG-ORANG MUNAFIQ dan KAFIR. 

Jadi, ia di ibaratkan bertingkat-tingkatnya TAUHID dan IMAN manusia itu sepertinya :

1) BERLIAN.

2) INTAN. 

3) EMAS 10.

4) EMAS 9.

5) EMAS 8.

6) EMAS 7.

7) SUASA.

8) PERAK.

9) BESI KARAT.

10) KAFIR TELUR BUSUK. 

Maka Lawan bagi TAUHID itu ialah SYIRIK, dan ianya pula terbahagi kepada 6 jenis, iaitu :

1) SYIRIK ISTIQLAL.

Bermaksudnya, menetapkan adanya dua tuhan yang berasingan dan tersendiri sepertinya SYIRIK kaum Majusi.

2) SYIRIK TAB 'IED.

Bermaksudnya, menggabungkan tiga tuhan didalam satu tuhan sepertinya SYIRIK kaum Nasrani. 

3) SYIRIK TAQREEB.

Iaitu Ibadat selain kepada ALLAH SWT, sepertinya SYIRIK Menyembah :

- Malaikat.

- Wali-Wali.
 
- Nabi-Nabi.

- Rasul-Rasul.

- Berhala-Berhala.
 
- Mahukan Kasyaf.
 
- Mahukan Karomah.

- Mahukan Laduni.

- Mahu menjadi Wali Allah.

- Mahu menjadi Guru Mursyid.

- Mahu menjadi Imam Al-Mahdi.

- Mahukan Kemasyhuran (Pujian, Kehormatan, Pangkat, Harta dan sebagainya).

- Mahukan anak-anak murid yang ramai dan ramai pengikut serta pengaruh. 

4) SYIRIK TAQLID.

Sepertinya, Ibadat yang mengikuti nenek moyang yang mendatangkan SYIRIK dan bertentangan pula dengan Ajaran Islam. Serta TA'SUB kepada orang-orang yang kita Hormati yang Menyalahi Syariat Islam. 

5) SYIRIK ASBAB.

Bersandar kepada Sebab ataupun Alasan semata-mata, sepertinya :

- Tidak makan nasi nanti lapar, kerana hanya nasi yang boleh bagi kenyang.

- Tidak mengambil ubatan atau vaksin nanti tidak boleh sembuh daripada penyakit.

- Tiada takaful, insuran, simpanan nanti akan menjadi susah dimasa hadapan. 

- Tidak berkerja nanti tiadanya rezeki, kerana hanya dengan berkerja sahaja rezeki akan datang. 

Dan lain-lainnya...
 
Hidup hanya Bergantung kepada Sebab ataupun Alasan semata-mata.

6) SYIRIK AGHRAD.

Beramal dengan niat selain daripada Allah SWT dan tidak Membesarkan Allah SWT semasa sedang Beramal.

KUFUR itu faktornya ada banyak, iaitu :

- Dalam Aqidah.
 
- Dalam Percakapan.

- Dalam Perbuatan. 

Jikalau kita mahu Membebaskan Diri daripada segala KESYIRIKKAN, maka Wajiblah kita Tenggelam didalam DZAUQ (FANA').

Sekiranya kita mahu mencabut gigi, maka doktor gigi perlulah membius terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa sakitnya.

Maka begitulah juga dengan Membiuskan Hati kita dengan DZAUQ !

Tujuannya adalah supaya kita tidak pernah sesekali "MERASA SERBA KE-AKU-AN".

Jikalau tidak, tentulah kita akan sentiasa MERASA bahawa :

- Aku Tahu.

- Aku Pandai.

- Aku Cantik.

- Aku Tampan.

- Aku Berilmu.

- Aku Kuat.

- Kereta Aku.
 
- Isteri Aku. 

- Anak Aku.

- Duit Aku.

- Rumah Aku.

- Jawatan Aku.
 
- Kebun Aku. 

- Tanah Aku.

- Aku Solat.

- Aku Zakat.

- Aku Puasa.

- Aku Haji. 
 
- Aku Mengaji Al-Qur'an.

- Aku Tadabbur.
 
- Aku Dzikir. 

Dan lain-lainnya...

Kita hanya akan sering MERASAKAN AKU... AKU... AKU... AKU... AKU... AKU... AKU... 

Yang pada akhirnya akan menjadi sepertimananya TAUHID FIRAUN. 

Maka bagaimanakah mahu Menjaga Diri kita daripada segala KESYIRIKKAN ?

1) Dengan ILMU dan TINDAKAN.

2) Dengan WARIDAH.

3) Dengan DZAUQIAH.

* NOTA.

Pada Hakikatnya, 

Kesemua ILMU yang kita perolehi itu adalah hanya untuk MEMBETULKAN, MEMBENARKAN dan MENYEDARKAN diri kita sendiri semata-mata. 

Dan ILMU itu bukanlah hanya untuk Menilai segala Amalan orang-orang lain. 

Kerana SYIRIK ini adalah HAL HATI !

Maka serahkanlah Hal Hati orang-orang lain itu kepada Allah SWT untuk Dinilainya.

Kita hanyalah Insan yang memiliki TUGAS untuk MENYAMPAIKAN PERINGATAN semata-mata, ia tidak lebih daripada itu.

Kerana kelak, kita hanya akan ditanya tentang diri kita sendiri sahaja, dan bukanlah pula tentangnya orang-orang lain.

Sesungguhnya kita sesekali tidak akan pernah boleh Menanggung segala Dosa-Dosa orang lain.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kepada kita segala Kefahaman diatas apa-apa yang kita tidak Fahami. 

Semakin tinggi Kefahaman seseorang itu, maka akan semakin Haluslah Garis KESYIRIKAN ini.

Semoga Allah SWT Mengampunkan segala Dosa-Dosa Umat Islam Akhir Zaman hari ini. 

Samada Dosa Zahir mahupun Dosa Batin.

Dosa yang Kelihatan ataupun yang tidak Kelihatan.

Dosa yang Diketahui ataupun yang tidak Diketahui.

Semoga Allah SWT Memandang kita dengan Pandangan RAHMAT-NYA, REDHA-NYA dan KASIH SAYANG-NYA. 

"MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN MEMBENARKAN KEBENARAN RASULULLAH SAW..."

Cpf

Khamis, 27 Jun 2024

Ciri-ciri pengamal Selawat

Ciri ciri pengamal selawat salah satunya tampak dari wajah mereka yang berseri seri setiap kali bertemu orang lain. Setiap orang yang betemu dan memandang wajahnya akan rasa nak berselawat. 

Selawat menjadi sebab turunnya rahmat Allah dan mendatangkan keberkahan bagi para pengamalnya.

Dalam beberapa riwayat disebutkan bahwa orang yang paling dekat dengan Nabi Muhammad saw adalah mereka yang paling banyak berselawat.

"Sesungguhnya kamu yang paling dekat kedudukannya denganku adalah orang yang paling banyak berselawat padaku." (HR Al-Baihaqi)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah saw bersabda: "Orang yang paling utama bersamaku pada Hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku." (HR at-Turmudzi)

Hadis di atas menunjukkan salah satu keutamaan berselawat atas Nabi saw. 

Sebenarnya masih banyak hadis lain yang menerangkan dahsyatnya fadhillah berselawat.

Adapun ciri ciri yang tampak pada pencinta dan pengamal selawat kepada Rasulullah saw di antaranya:

1. Terpancar cahaya mahabbah kepada Rasulullah saw dari wajah mereka. Orang yang berakal dan berhati bening tentu dapat melihat cahaya tersebut.

2. Selalu tersenyum dan wajahnya berseri seri setiap kali bertemu orang lain.

3. Berbalas kasih kepada sesama dan selalu berharap kebaikan untuk ummat Islam.

4. Selalu menjaga kesucian diri baik dari zahir maupun batin.

5. Dicintai dan dikasihi orang orang mukmin dan hanya orang munafik yang membencinya.

6. Selalu sabar atas cacian dan hinaan orang lain.

7. Menjadikan sikap tawadhu sebagai mahkota yang selalu dikenakan di atas kepalanya.

8. Badannya senantiasa harum kerana suka berharum haruman dan setelah matipun masih tetap harum kerana berkah dari selawat yang selalu dibacanya semasa hidup.

9. Berkeperibadian lembut ceria dan penuh ketenangan.

10. Selalu bersikap khusyu' dan banyak menangis karena kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah saw.

Wallahualam

Sifat Dan Ciri seorang Hamba YG BENAR

فاسقط الطمع من ثواب العمل فإنه لولا فضله ما وفقك له وليس من شأن العبد التعرض له بل من شأنه العمل مع الخوف منه فلا يرى نفسه أهلا للعمل فضلا عن الاجرة لكثرة العبيد الذين تظن فيهم عندك الاهلية

"Gugurkanlah kamu drpd sifat tamak terhadap ganjaran pahala
kerana sesungguhnya jikalau bukanlah kerana Kurnian Ilahi 
tidaklah Allah سبحانه وتعالى memberi Taufiq terhadap amalan tersebut
bukanlah drpd sikap seorang hamba mengharapkan ganjaran
bahkan sikap sebenar hamba adalah beramal serta bimbang drpd amalannya
bahkan tidaklah ia melihat dirinya berkelayakkan untuk beramal dengan Amalan tersebut.

apatah lagi ia hendak kepada upah / ganjaran.

kerana ramainya hamba²nya menyangka kamu berkelayakan utk amalan / kerja tersebut.

Ibadah yg dituntut pada seorang hamba adalah bagaimana mendapatkan cara ibadahnya para Arifin..yakni Hamba kepada Zat bukan hamba kepada Martabat dan selain Allah .

#Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah 

#jalankehambaanbersihdarisebaranghabuandantujuan
#jalanparasahabatdanparaariffinbillah
#jalanbersihdansucidaridakwaandanmartabat

Rabu, 26 Jun 2024

TORIQAH KURNIAAN ILAHI

Apakah maksud 𝗳𝗮𝗱𝗵𝘂𝗹 𝗶𝗹𝗮𝗵i yg dikurniakan kepada Syeikh Ahmad attijani

(Daripada kerana inilah Syeikh Tijani kerap kali mengulangi perkataan)

" ما عندنا إلا فضل الله ورحمته وشفاعة رسول الله صلى الله عليه وسلم "
Ertinya:

Tidaklah ada pada kami ini melainkan Fadhlullah (𝗸𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗮𝗵𝗶), 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ.

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗱𝗵𝘂𝗹 𝗶𝗹𝗮𝗵𝗶.. 
Sbb metedologi utama ialah membawa manusia mengenal hakikat Baginda ﷺ yg tertinggi Bangsa nur 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵 ADALAH ASAL SELAWAT TUHAN PADA BAGINDA ﷺ ( MAHKOTA SELAWAT) bila kita membaca selawat fatih hanya sekali sahaja mencukupi segala amalan manusia dan jin.

Toriqah tijaniyah adalah Toriqah fadhlul ilahi...
Toriqah yg sunyi dari khalwat dan uzlah daripada manusia...

Tiada tujuan utk berkhalwat, uzlah, ijtihad, zuhud daripada sesuatu tujuan, seperti tasfiah, tazkiyah, taqrib, tahbib dan tahabbub...

●bahkan semata2 mengamalkan tuntutan syariat secara keseluruhannya atau sekadar mampu .. atas dasar junjung perintah Allah SWT, mahabbah dan membesarkan suruhannya (dan sunnah tanpa ada ijtihad dlm amalan)..

●bahkan perlaksanan suruhan atas dasar berpegang kpd hadis :

 "صلوا كما رأيتمونى أصلي"

●maka qiaslah sekelian masalah(syariat) dengan hadis tersebut...

●Sepertimana para Sahabat Nabi ﷺ berbeza ahwal/amalan mereka berdasarkan kpd ahwal Nabi ﷺ ...

●para Sahabat Nabi ﷺ tidak sekali2 meninggalkan ittiba' melainkan kerana tidak mampu..
Itu Keistimewaan para Sahabat Nabi ﷺ...

●Kita tenggelam dalam usul nikmat ilahi yakni hakikat muhammadiyyah yg semuanya terkandung dlm selawat alfatih

●Sbb tu bila kita tenggelam nafas dan kefahaman dlm selawat fatih baru permulaan perjalanan yg tiada kesudahan

●Jalan Kurniaan ilahi diberi kepada kekasihnya maka sbb tu kita hanya menumpang kasih sayang Allah dan Rasul ﷺ dan para kekasihnya yg dikurniakan jalan ini.. 
Syeikh Ahmad tijani dan Syeikh Sidi Mustahpa Bakri Alkhalwati yg kerana mereka kita diberi nikmat dan kefahaman yg agung ini utk umat di akhir zaman.

#cnp

Hakikat Rasulullah

Didalam hakikat Sayidina Muhammad itu terhimpun segala pengzahiran ciptaan alam ini. Tidak terkeluar satu juzuk alam ini melainkan semua didalam bulatan م Muhammadun. Itulah benih kepada alam.

Kata guru kami, cukup kaji diri manusia untuk tahu tentang alam semesta ini kerana manusia itu kesimpulan alam. Allah cipta manusia dengan semua unsur dan semua bahan alam.

Manusia sebaik-baik ciptaan

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"

dan manusia jenis ciptaan terakhir Allah SWT yang mana terangkum dalam selawat Fateh

الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ (Membuka apa yang tertutup)
Allah membuka ciptaanNya dengan menjadikan hakikat Muhammad SAW.

وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ (penutup apa yang telah berlalu)
Allah menutup jenis ciptaanNya dengan menjadikan manusia (Adam) yang mana pada ciptaanNya yang jenis ini akan ditiupkan roh kekasihNya Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah :

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ 
(Telah datang kepada kamu Rasul dari kalangan kamu)

Allah telah memilih ciptaanNya manusia untuk mengutuskan kekasihNya, bukan dari jenis makhluk ciptaanNya yang lain.

Beruntungnya kita kerana mendapat kurniaan yang tak terhingga

1) Dijadikan dari jenis manusia, ciptaan terbaik Allah
2) Dikurniakan dengan islam dan iman, agama yang diredhoi Allah
3) Dikurniakan jadi Ummat Khatmul Anbiya' Muhammad SAW, ummat terbaik disisi Allah

Kurniaan diatas kurniaan, wajib kita syukuri.

Wallahu'alam

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
والله الموافق

#الفاتح لما اغلق

#kebesaranmaknaselawatalfatih
#RahsiaterbesarhakikatzatdiriBaginda
#pembukahakikatalmuhamadiyyah 
#نفحات_في_الطريقة_التجانية #IstiqamahDalamSelawatAlFatih #jalankehambaansempurna 
#Hadrahkehambaan #Jalankesempurnaanakhirzaman