Rabu, 18 September 2024

FITNAH JALAN KESUFIAN AKHIR ZAMAN

#Tausiyah Sayyidi di Zawiyah Tijaniyah Fes Al Kubra

Berhati hati dengan fitnah sufi zaman ini

Dengan fitnah itu akan jadi musuh Allah bukan murid jalan Allah

Bila dapat perkara itu, kita mesti ghaddul basar( merendah pandangan) itu ujian Allah, nak Allah atau nak lain dariNya

 Akhir zaman.. 
Dengan fitnah itu akan jadi musuh Allah bukan murid jalan Allah. 

Kalu jumpa org yg banyak ckp tentang kasyaf, karamat, buang dan tinggalkan jalan itu ..TAK BETUL.. 

Jalan Allah sangat bersih, jalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. dan para sahabat, mensahihkan kehambaan, dan hamba tiada milik, tiada apa-apa, dia hak kepada tuan dia, tiada mendakwa saya, keakuan, tiada langsung, tidak gembira dengan amalannya, tidak rasa bahagia dengan amalan dia, malu dari amalan dia, malu dari martabat yang dia dapat, sebab itu semua hak tuhan, bukan hak dia, itu kehambaan,

Tapi sekarang jalan Allah dah bercampur antara haq dan batil..ramai orang cari ketuanan, siyadah( keketuaan) BUKAN UBIDIYAH , 

itu masalah, jadi guna jalan Allah nak jadi guru, guna jalan Allah untuk dapat perkara luar biasa, nak guna jalan Allah untuk dapat martabat mulia, itu bukan kehambaan, itu selain kehambaan, itu ketuanan, fitnah, Nauzubillahi min zalik,

#Jadi kita hamba Allah sahaja, kalau ada sesuatu dari Allah tanpa permintaan kita, Alhamdulillah, kita malu dari pemberian itu sebab kita tahu tak layak, itu rasa kehambaan, jadi hamba yang betul malu dari amalan dia macam orang yang maksiat malu dengan maksiat dia, itu jalan Allah, berhati lah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi majoriti hantar ke jahannam,

#Jadi jalan Allah sangat bersih, bila campur sikit, bila ada selain Allah akan jadi jalan gelap,memang boleh dapat pembukaan, tapi janganlah kira jalan Allah dengan pembukaan sebab orang sufi hindu, sufi siam, buddha boleh dapat pembukaan tapi pembukaan zulmani( GELAP) mereka boleh tasarruf atas alam, boleh terbang, boleh karamat, boleh jadi bomoh dan macam2, tapi semua di dalam pembukaan gelap, jadi maksud perkara kharqul adat( خرق العادة) karamat, luar biasa bukan itu timbangan kewalian, sebab orang kafir pun boleh dapat, 

#jadi bukan maksud kita dapat sesuatu yang luar biasa maksudnya jalan itu betul, itu kira tak betul, timbangan tak betul, jadi janganlah kira jalan Allah dengan timbangan itu, sebab kadang2 ada istidraj syaitan main atas orang nak masukkan lagi dalam jalan yang tak betul, jadi bagi karamat, kasyaf, luar biasa itu istidraj, maklum istidraj itu tarikan kepada kesesatan, berhati2 memang jalan sufi itu jalan kepada Allah dan juga jalan kepada syaitan, sebab itulah sekarang banyak gangguan atas jalan sufi hikmah dari Allah, bukan wahabi nak buat tu, bukan jabatan agama nak buat macam tu, itu semua adalah hikmah dari Allah. 

sebab jalan ini sangat mulia, tapi sangat bahaya, hikmah Allah, jadi sekarang ahbab, anak2, adik2 kita semha nak ikut jalan Allah yang suci yang mulia yang betul, nak angkat jalan itu, nak zahirkan jalan itu, sebab itu cari dan buat himmah tinggi, buat niat baik, in sya Allah akan jadi pintu kebaikan buat umat melayu, 

#sebab umat melayu sekarang sangat jauh dari fahaman melayu yang betul sebab kesan macam2, dah kacau fahaman melayu yang asli, kalau umat melayu atas fahaman melayu yang asli nescaya umat melayu akan kembali kuat, pegang fahaman melayu yang asli, jadi kita cuba nak naik, nak renew fahaman itu, bukan nak ambil perkara baru, bukan nak ambil fahaman luar negara dari luar bukan, 

#kita nak menghidupkan fahaman melayu yang sangat mulia, fahaman dulu, dengan fahaman itu lahir ketua2 umat melayu seperti Syeikh Daud Al Fatani, Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Syeikh Arsyad Al Banjari, spt Tok Ku Pulau Manis, ketua ummah, lahir dari fahaman itu, tapi sekarang kenapa tidak lahir seperti mereka? Sebab ketua yang ada sekarang semua sesat, ketua pas semua fahaman wahabi, fahaman macam2, fahaman ikhwan, jadi ketua umat Islam hari ini semua fahaman sesat, lihatlah kita sekarang sangat kontra, sangat jauh dari sejarah melayu yang betul, ketua umat melayu

Selasa, 17 September 2024

Beribadahlah tanpa mengharapkan balasan

Maha Suci Allah daripada mengharapkan sebarang balasan daripada ibadah kamu, maka beribadahlah kepadanya semata-mata menghambakan diri kepadaNya bukan kerana rezeki, pembukaan, martabat, syurga dan sebagainya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩

Jangan bersandar kepada mimpi

Jangan bersandar kepada mimpi2, sedangkan kamu sendiri belum sedar dalam jaga kamu (mesahihkan jaga/sedar kamu). 

Yakni,sedangkan ketika berjaga pun kamu masih lagi lalai (ghaflah) mcm mabuk, Bagaimana hendak mensahihkan kisah2 didalam mimpi..? ini mustahil..

Org yg belum sahih(sedar/Arif) dalam jaganya tidak boleh berpegang/percaya pada mimpi2 yg di-alami..

#zawiyahiraah
#pengajiankitabiraah #9.9.2022

Tanbih :
Tiada masalah mimpi yg baik2
Dan dirujuk kpd yg ahli drpd kalangan ahli izin/wali yg sah..
Yg menjadi masalahnya
Seseorang itu masih perlu kpd bimbingan khas
Tapi dijadikan rujukan atau dipegang pendapatnya
Banyak yg berlaku
Contohnya sblm bulan haji
Diceritakan bahawa seorang murid dikhasyafkan(kononnya) bahawa gurunya akan dilantik imam mahdi pd bulan haji yg lalu
Walhal sebenarnya ia adalah talbisat..
Dan talbisat bukan sekadar datang dalam bentuk zulumat bahkan dalam bentuk nurani(nisbah perkataan)
Dan terkadang lidah digunakan jin ketika berbicara..
والله اعلم

Isnin, 16 September 2024

Sunnah melihat ombak

Satu lagi Sunnah Ketika melihat ombak menghempas dataran kena takbir 40 Kali sebanyak hempasan ombak .Akan diampunkan dosa

Ketika melihat ombak sampai ke pantai baca Allahu Akbar. Ulangi sampai 40x maka akan digugurkan dosa2nya

Sunnah di Pantai dan laut

1.Tengok Laut dulu
2.Baca Bismillah,fatihah 
3.Selawat Fatih
4.Ombak dan buih putih lalu baca allahuakbar 1x
5.buat 40x buih/ombak lalu
6.Tutup Innallahawamala...
7.Sayyidi kata gugur semua dosa
8.Lautan gembira dan sebenarnya menanti2 kehadiran kita..

Khamis, 12 September 2024

SYARAT-SYARAT TARIQAH TIJANIYYAH

1⃣ Hendaklah orang yang men-talqin-kan akan zikir-zikir dan wirid-wirid tariqah itu telah mendapat izin yang sah pada men-talqin-kan akan seseorang.

2⃣ Hendaklah orang yang menerima Talqin (Bai'ah) itu, kosong daripada sebarang wirid lazim yang datang daripada Syaikh-Syaikh Tariqah yang ada pada dirinya atau sudah tercabut (ditinggalkannya) daripadanya, dan jikalau masih ada padanya sebelum di-bai'ah akannya, maka tidaklah dia kembali kepadanya (amalan itu).

3⃣ Tidak menziarahi Wali-Wali Allah samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

(Hanya diizinkan menziarahi Maqam Baginda Rasulullah, Para Sahabat, Syaikh Ahmad At-Tijani dan Wali-Wali jalur Tijani sahaja.

Ini bertujuan bagi menyatukan hati Murid (Salik) itu dengan Guru-nya) dan supaya Murid itu tidak berkongsi Mahabbah (Kecintaan), Pengagungan serta Istimdad (meminta limpahan kerohanian) akan Guru-nya dengan Guru yang lain).

(Lihat penjelasan ini lebih terperinci di dalam Kitab Terjemahan Irsyad Al-Asfiya' seperti gambar dan info yang telah kami kongsikan di atas tadi pada halaman 230-236).

4⃣ Berterusan memelihara Solat lima waktu dengan berjemaah dan memelihara akan urusan-urusan syariat.

5⃣ Berterusan Mahabbah akan Syaikh Tijani رضي الله عنه dengan tiada memutuskannya sehinggalah dia meninggal dunia.

6⃣ Tidak merasa aman daripada sebarang tindakan Allah.

7⃣ Tidak terbit keluar daripada diri seorang Murid itu cercaan, kebencian dan permusuhan terhadap Syaikh Tijani رضي الله عنه .

8⃣ Berterusan mengamalkan Wirid sehingga bertemu ajal.

9⃣ I'tiqad (Pegangang) yang sempurna terhadap Tariqah dan Syaikh Tijani رضي الله عنه .

🔟 Bebas daripada menjadi penentang kepada Tariqah dan Syaikh Tijani رضي الله عنه .

Telah berkata Syaikh Tijani: 
Sesiapa yang mengambil Wirid kami, dia termasuk daripada kalangan orang yang terselamat. Maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab dan tanpa disiksa bersama kedua ibu bapanya, isteri-isterinya dan zuriat keturunannya (tidak termasuk cucunya).

1⃣1⃣ Hendaklah seseorang Murid itu menerima Wirid yang sah daripada seseorang yang telah mendapat izin yang sah pada menalqinkan akannya, samaada daripada seorang ketua/ikutan atau daripada orang yang telah mendapat izin yang sah.

1⃣2⃣ Berhimpun ketika Wazifah dan Zikir Hailalah pada setiap Asar Jumaat.

1⃣3⃣ Tidaklah dia membaca Selawat Jauharah Al-Kamal melainkan di dalam keadaan suci (setelah ber-wudhu'), dan bukan dengan tanah (Tayammum), kerana Baginda Rasulullah dan Khalifah yang empat hadir ketika dibacakan akan Selawat Jauharah Al-Kamal ini.

1⃣4⃣ Tidak memutuskan hubungan sillaturrahim sesama manusia yang lain, dan lebih-lebih lagi sesama Ikhwan Tijani.

1⃣5⃣ Tidak meremehkan tanggungjawab terhadap Wirid.

1⃣6⃣ Tidaklah seseorang itu menonjolkan diri (jadi ketua) dengan memberi Wirid tanpa izin yang sah.

1⃣7⃣ Menghormati setiap orang yang dinisbahkan kepada Syaikh Tijani رضي الله عنه , dan lebih-lebih lagi kepada orang-orang teristimewa daripada Ahli Tariqah ini.

1⃣8⃣ Suci badan dan pakaian sekadar kemampuan (ketika zikir).

1⃣9⃣ Suci tempat zikir.

2⃣0⃣ Duduk menghadap kiblat melainkan kerana uzur seperti dalam musafir dan umpamanya.

2⃣1⃣ Tidak bercakap ketika berzikir.

2⃣2⃣ Dapat menghadirkan rupa ketua/ikutan di hadapannya sekadar kemampuan pada permulaan zikir hinggalah tamat zikir dan juga memohon Istimdad kepada ketua tadi.

2⃣3⃣ Menumpu serta memahami kalimah-kalimah zikir.

- Dipetik daripada Terjemahan Kitab Irsyad Al-Asfiya'. (Seluruh perincian daripada syarat-syarat ini ada di dalam kitab tersebut).

Isnin, 9 September 2024

Ringkasan Sifat 20

Sifat 20 penting untuk kita kenali dan fahami sifat-sifat ALLAH Azza Wa Jalla. Ayuh, kita ringkaskan sifat-sifat tersebut dengan penerangan dan dalilnya sekali⬇️

1. Wujud (وُجُودٌ) - Ada
   - Penerangan: ALLAH SubhanaHU Wa Taala secara mutlak ada dan kewujudan-NYA tidak bersandar kepada sesuatu pun.
   - Dalil: 
"إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا" (Surah Taha, 20:14)

2. Qidam (قِدَمٌ) - Sedia
   - Penerangan: ALLAH Azza Wa Jalla adalah yang pertama, tiada permulaan wujudNYA.
   - Dalil: "هُوَ الأَوَّلُ وَالآخِرُ" (Surah Al-Hadid, 57:3)

3. Baqa' (بَقَاءٌ) - Kekal
   - Penerangan: ALLAH Jalla Wa Ala kekal abadi, tidak akan rosak atau binasa.
   - Dalil:
 "كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ"
 (Surah Ar-Rahman, 55:26-27)

4. Mukhalafatuhu lil hawadith (مُخَالَفَتُهُ لِلْحَوَادِثِ) - Berbeza daripada makhluk
   - Penerangan: ALLAH tidak serupa dengan sesuatu pun daripada makhluk-Nya.
   - Dalil: "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ" (Surah Ash-Shura, 42:11)

5. Qiyamuhu binafsihi (قِيَامُهُ بِنَفْسِهِ) - Berdiri (Berkuasa) sendiri
   - Penerangan: ALLAH berkuasa sendiri tanpa bergantung kepada sesuatu pun.
   - Dalil: "إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ" (Surah Al-Ankabut, 29:6)

6. Wahdaniyyah (وَحْدَانِيَّةٌ) - Esa
   - Penerangan: ALLAH Azza Wa Jalla adalah satu-satunya Tuhan yang wajib disembah.
   - Dalil: "قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ" (Surah Al-Ikhlas, 112:1)

7. Qudrat (قُدْرَةٌ) - Berkuasa
   -Penerangan: ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu.
   - Dalil: "إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ" (Surah Al-Baqarah, 2:20)

8. Iradat (إِرَادَةٌ) - Berkehendak
   - Penerangan: ALLAH berkehendak terhadap segala sesuatu yang terjadi. Segalanya berlaku mengikut Kehendak ALLAH. Tiada satupun kebetulan dalam kehidupan makhluk. Semuanya BERBETULAN dengan kehendak ALLAH Azza Wa Jalla.
   - Dalil: "إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ" (Surah Yasin, 36:82)

9. Ilmu (عِلْمٌ) - Mengetahui
   - Penerangan: ALLAH Maha mengetahui segala sesuatu yang berlaku di alam semesta.
   - Dalil: "إِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ" (Surah An-Nisa, 4:176)

10. Hayat (حَيَاةٌ) - Hidup
    - Penerangan: ALLAH Maha Hidup dan tidak berkesudahan.
    - Dalil: "وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ" (Surah Al-Furqan, 25:58)

11. Sama’ (سَمْعٌ) - Mendengar
    - Penerangan: ALLAH Maha Mendengar segala sesuatu tanpa alat pendengaran.
    - Dalil: "وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ" (Surah Ash-Shura, 42:11)

12. Basar (بَصَرٌ) - Melihat
    - Penerangan: Allah Maha Melihat segala sesuatu tanpa alat penglihatan.
    - Dalil:
 "أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ" 
(Surah Al-Mulk, 67:14)

13. Kalam (كَلَامٌ) - Berkata-kata
    - Penerangan: Allah berkata-kata tanpa huruf dan suara serta tidak menyerupai makhluk.
    - Dalil: 
"وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا" 
(Surah An-Nisa, 4:164)

14. Kaunuhu Qadiran (كَوْنُهُ قَادِرًا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa berkuasa
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan berkuasa.
    - Dalil: 
"وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ" 
(Surah Ali ‘Imran, 3:189)

15. Kaunuhu Muridan (كَوْنُهُ مُرِيدًا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa berkehendak
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan berkehendak.
    - Dalil: 
"وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ" 
(Surah Ibrahim, 14:27)

16. Kaunuhu 'Aliman (كَوْنُهُ عَالِمًا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa mengetahui
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan mengetahui.
    -Dalil:
 "وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ"
 (Surah Al-Baqarah, 2:29)

17. Kaunuhu Hayyan (كَوْنُهُ حَيًّا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa hidup
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan hidup.
    - Dalil: 
"هُوَ الْحَيُّ" 
(Surah Ali ‘Imran, 3:2)

18. Kaunuhu Sami’an (كَوْنُهُ سَمِيعًا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa mendengar
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan mendengar.
    - Dalil:
 "وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ" 
(Surah Al-Baqarah, 2:256)

19. Kaunuhu Basiran (كَوْنُهُ بَصِيرًا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa melihat
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan melihat.
    - Dalil: 
"إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ"
 (Surah Al-Hujurat, 49:18)

20. Kaunuhu Mutakalliman (كَوْنُهُ مُتَكَلِّمًا) - Keadaan ALLAH yang sentiasa berfirman
    - Penerangan: ALLAH sentiasa dalam keadaan berfirman.
    - Dalil:
 "وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا" 
(Surah An-Nisa, 4:164)

Ahad, 8 September 2024

*( طريقة جمال )* الطريقةالتجانية

 *Tijaniyah itu sangat indah,* 

من نفائس الشيخ أحمد بن الحاج العياشي سُكيرج التجاني رضي الله عنه ❤️ ✨ 

Diantara nasihat berharga Allamah al-Qadhi Syeikh Ahmad Sukairij al-Anshari Ra ;

لقد أسست طريقتنا الأحمدية التجانية *(على تقوى من الله و رضوان)* بما منح الله مؤسسها من صدق المعاملة مع مولاه و كمال محبته في رسول الله ﷺ 
و أركانها المشيدة إنما هي *في ملازمة الورد و الوظيفة و ذكر الجمعة بعد المحافظة على الصلوات في أوقاتها و القيام بالمأمورات و ترك المنهيات بقدر الطاقة* ، 

Thariqah Tijaniyah ini dibina atas dasar Taqwa dan mencari Ridho Allah SWT semata, 
Hal itu dikarenakan anugrah Allah SWT bagi pendirinya yang benar-benar tulus dalam pengabdian kepada Allah Tuhannya, dan benar-benar sempurna Mahabbah nya kepada kekasihnya, Baginda Rasulullah SAW,

Rukun-rukun penting dalam Tijaniyah yang kokoh dasarnya (dalam Al-Qur'an dan As-sunah) adalah melazimkan wirid (pagi dan petang), Wazhifah dan Dzikir sore hari Jum'at (Hailalah),

Yang semua itu ditunaikan setelah menjalankan sholat lima waktu tepat pada waktunya, menjalankan segala kewajiban syariat dan menjauhi seluruh larangan menurut daya kemampuan,

و أما ما يتعلق بكرامات الشيخ رضي الله عنه و فضل طريقته فإنه أمرٌ خارج عن شروط الطريقة 

Adapun hal-hal yang menyangkut masalah karamah Sayyidi al-Syeikh Ahmad al-Tijani Ra dan kelebihan Thariqah nya merupakan perkara yang berada diluar syarat Thariqah,

*و الطريقة إنما هي ذكر على الحقيقة و ما زاد على ذلك فهو فضل أو فضول،* 
فالفضل لا ينبغي أن يُذكر إلا لأهله 
و الفضول بتداخل غير أهلها فيها. 

Thariqah ini pada hakikatnya hanyalah membiasakan hamba (memiliki perhatian dan kesungguhan) dalam dzikir, 
Yang lebih dari itu, hanyalah sisi keutamaan (Fadhl) dan daya tarik (fudhul),

 *Fadhl* , tak semestinya (terlalu) dipublikasikan melainkan dikalangan ahlinya,

Sedangkan *Fudhul* , sering terjadi dilebih-lebihkan oleh mereka yang bukan ahlinya,

   *و اعلم أن الشيخ التجاني رضي الله عنه لم يأمر أصحابه باعتقاد ما يخالف اعتقاد أهل الحق بل أمرهم بأن يزنوا كل ما يبلغهم عنه بميزان الشريعة و أمرهم بأن يأخذوا من ذلك ما وافق الشرع و أن يطرحوا كل ما خالفه.* 

Ketahuilah ..!, Sayyidi al-Syeikh Ahmad al-Tijani Ra tidak memerintahkan para sahabatnya untuk meyakini apa saja yang menyelisihi keyakinan _Ahlil Haq,_ 

Justru Beliau Ra menyuruh para sahabatnya untuk menimbang segala ajaran yang beliau ajarkan dengan timbangan (ilmu) syari'at,
Serta menyuruh mereka agar mengambil (menerima) yang sesuai dengan syariat dan membuang jauh-jauh segala hal yang menyelisihi syari'at,

   *و اعلم أن طريقتنا المحمدية التجانية طريقة جمال، و أذكارها كلها جمالية ،* 
إلا ما كان من الحزب السيفي و حزب البحر، فإن التجلي على ذاكرهما أو ذاكر واحد منهما بالملازمة يقضي بالجلال الذي لا يقدر المريد في طريقتنا على حمله و لو قرأ ذلك لغير تحصيل خاصية من فضله.

Dan ketahuilah ..!, Tijaniyah itu sangatlah indah, semua dzikir dzikir nya (pada umumnya) merupakan manifestasi (jelmaan) dari sifat Jamaliyah (keindahan) Allah, 
Kecuali bacaan _Hizib Saifi_ dan _Hizb al-Bahr_ , 
Karena Tajalli yang dihasilkan dari pengaruh orang yang membaca keduanya atau salah satunya menuntut pada sifat _Jalaliyah_ (kehebatan dan keagungan) Allah yang mana (pada umumnya) murid Tijani tidak sanggup menanggung nya, meskipun dibaca dengan tanpa menginginkan keutamaan khasiatnya yang tertentu,

   *كما أن "طريقتنا غير مبنية على نية تحصيل الخاصية، و لا على السلوك فيها على ما جرى عليه مريدوا التربية في طرق الصوفية،* 

Sebagimana Thariqah ini tidak dibina atas niat untuk meraih khusushiyah tertentu (seperti karamah, kasyaf dan sebagainya), 
Juga tidak dijalankan atas kaifiat bersuluk menurut versi yang diberlakukan bagi murid-murid tarbiyah pada Thariqah-thariqah shufiyah lainnya,

*بل طريقتنا طريقة محبةٍ و شكرٍ كما هو معروف بين أهلها".* 

Namun Tijaniyah adalah Thariqah Mahabbah dan syukur, seperti telah dikenal oleh para ahlinya,

   *و هي طريقة ذات فتوحات ربانية و مقامات إحسانية و مواجد عرفانية مفاضة على أصحابها من الحضرة المحمدية ببركة الشيخ سيدي أحمد التجاني رضي الله عنه...* 

Dan Tijaniyah adalah Thariqah yang memiliki potensi menjadikan kemenangan Gilang gemilang dari Allah (ketersingkapan agung), martabat tinggi di level Ihsan, dan capaian makrifat yang berlimpah ruah bagi pengamalnya yang semua itu bersumber dari _Hadhrah Muhammadiyah_ sebab barokah guru kita Sayyidi al-Syeikh Ahmad al-Tijani Ra ..

❤️💕💞
جمعة طيبة مباركة وهيللة مقبولة ودعوات مستجابة إن شاء الله ..

Semoga Jum'at kita selalu indah dan penuh berkah dan Hailalah kita diterima Allah dan segala doa dikabulkan, aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.

اللهم صل على سيدنا محمدٍ الفاتح لما أغلق، والخاتم لما سبق، ناصر الحق بالحق، والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم