Jumaat, 10 Januari 2025

Maghribi ke masyriqi

Yang disebut Maghribi itu ialah Morocco, Tunisia, Algeria, Libya, dan Mauritania. 

Mengapa ummat Melayu Nusantara terasa dekat dengan mereka padahal mereka di barat kita di hujung timur.

Kerana mereka yang datang dan Islamkan kita di sini.

Merong Mahawangsa di Islamkan oleh Syekh Abdullah Al-Ghumari Al-Baghdadi Al-Qadiri. Al-Ghumari itu adalah nama tempat lahirnya iaitu Ghumara, Maghribi. Al-Baghdadi adalah tempat beliau menuntut ilmu, dan Al-Qadiri ialah tarekatnya yang dinisbahkan kepada gurunya iaitu Syekh Abdul Qadir Al-Jilani.

Antara Ulama' Rabbani yang terkenal lahir di daerah Ghumara, Maghribi ini ialah Syekh Abu Hassan Asy-Syadzili, pengasas Tarikat Syadzili, Wali Allah yang Agung.

Di Gresik pula datang Ulama' Rabbani besar iaitu Maulana Malik Ibrahim Al-Maghribi As-Sammarkandi. Beliau digelar Syekh Maghribi oleh orang Jawa kerana beliau berasal dari Maghribi. Sammarkand itu adalah tempat beliau bersuluk. Maulana Malik Ibrahim ini juga digelar Sunan Gresik, salah seorang Wali Songo yang paling awal. Anak beliau yang terkenal ialah Raden Rahmat atau dikenali dengan Sunan Ampel, salah seorang wali Songo juga.

Jadi masyarakat melayu sekarang tumbuh dari keturunan mereka yang ada ditulis nasabnya, dan ada yg tak ditulis nasabnya seperti Syekh Abdullah Al-Ghumari, beliau meninggal di sini tetapi tiada catatan tentang keturunan beliau disini.

Ok sedikit sejarah tentang Maghribi dan Nusantara, kaitan dan hubungan yang erat ini. Mungkin disebabkan itu semalam semangat lain macam tengok Maghribi lawan bola. 😂

Dan syukur 2 wilayah ini [Maghribi dan Masyrik (Nusantara)] wilayah pilihan Allah yang masih berpegang benar dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalau di Maghribi mereka bermanhaj Asyairah pada akidah, Maliki pada fiqh serta bertarikat (hampir kesemua tarikat berasal dari Maghribi) dan Nusantara pula kita bermanhaj Asyairah pada akidah, Syafie' pada fiqh serta bertarikat juga maka tak hairanlah hubungan darah, ilmu, hati, roh itu ada. 

Hubungan keilmuan seperti guru dan murid antara Imam Malik dan Imam Syafie'. Dan orang melayu memang cinta Ahlil Bait sejak dulu lagi, oleh kerana itu kita suka dengan mazhab Syafie' kerana beliau Ahlul Bait. Ayah Imam Syafie dari Bani Mutalib, Ibunya dari Bani Hasyim. Hasyim dan Mutalib ini 2 beradik dan Ahlul bait itu adalah dari keturunan mereka.

Wallahu'alam

#copyfb Tajmil Hanif Tarmizi 💐

Selasa, 7 Januari 2025

KAABAH DAN KEMULIAANNYA

KAABAH ADALAH BATIN RASULILLAH SAW

JASAD BAGINDA BERASAL DRPD TURBAH KAABAH

DI ASINGKAN JASAD BAGINDA SAW DI MADINAH KERANA HIKMAH TERTENTU

ASAL USUL KAABAH ADALAH DARIPADA TITISAN YG MENGALIR DARIPADA CAHAYA NUR MUHAMMAD YG MENGHADAP ALLAH SWT

NIAT KETIKA MELAKUKAN HAJI DENGAN MEMASUKKAN KEFAHAMAN TENTANG ASAL USUL KAABAH 

Maksud menghadapnya kita ke arah kiblat yg mulia dengan sebab diri Baginda saw yg mulia
adalah dengan menghadapkan keseluruhan anggota zahir dan batin kita ke arah kaabah

(kaabah adalah ia berasal drpd ruh/cahaya peluh Baginda saw)

kerana mengikut apa yg disuruh didalam alquran dan kerana mengikut akan Baginda Saw

kiblat adalah satu tempat khilafah Allah swt dan benih fitrah segala ciptaanNya

yg menunjukkan kepadaNya Abid yg sebenar (Rasulullah )supaya dapat menyempurnakan arah kita kepada Allah swt

dengan mendahulukan/mengutamakan zahir Nabi yg agung dan batin cahayanya yg memancar..

apabila kamu sudah memahami akannya
maka kamu tahu bahawa baitullah tersebut adalah makhluk ciptaanNya bukanlah tempat sembahan
bukan dapat memberi manfaat, mudharat,
bukan dapat menarik rezeki atau menolak akannya

melainkan qudrat dan iradah Allah yg memberi kesan

jauhkanlah diri kamu drpd menyembah akan batu..

kucupan kita pada hajarul aswad adalah untuk men-agungkan cahaya Allah jua

kerana banyaknya tajalli2 Allah swt di baitullah 
kerana kaabah adalah pintu khilafahnya..

Nabi saw mengucup akan hajarul aswad dan bertawaf adalah kerana meng-agungkan perkara/sesuatu yg Allah swt agungkan akannya 

itulah(kaabah) adalah batin Baginda Saw

kerana Baginda Saw diciptakan drpd tanah baitullah ..

hanya ditanamkan/dimaqamkan pd lain drpd baitullah supaya baitullah itu tidak dijadikan sembahan

kerana banyaknya tajalli Allah swt terhadap kekasihnya Saw padanya

(jikalau digabungkan(diletakkan maqam baginda saw di baitullah)

sesungguhnya Baginda saw berhijrah dr mekah (ke madinah) adalah untuk menyempurnakan kerinduannya kepada rumuz2 batinnya(kaabah)

juga supaya terbangkit/terhasil atasnya pembukaan zohir tajalli kebesaran cahaya2 hakikat2 batin..

maka dihantarlah Baginda saw sebagai Rasul mulia ke jazirah arab

itulah tanah galian kekuatan rahim2 kenabian(tempat lahirnya para nabi)

supaya memperkuatkan atas kesempurnaan kembali kpd daerah batin Baginda saw..

maka Allah swt telah memuliakan tanah arab dan hati2 tanah arab dengan mempertundukkan mereka supaya dapat khidmat kepada ibu mereka (mekah)

itulah ibu segala negeri, 
keluarga,tempat rujuknya dan ruh kpd negeri tersebut

kaabah/mekah bersifat kasih sayang/lemah lembut terhadap cawangan2nya/pecahan2nya
dan bersifat rindu terhadap cawangan2nya

seperti rindunya seseorang kpd sesuatu musim

kesimpulannya: 
bahawasanya Allah swt telah menentukan bahawa tidak akan menerima sesiapa yg bertawajjuh kpdNya tanpa menjadikan Rasulillah saw sebagai khalifahNya(wasitah) secara zahir dan batin

itulah kemuliaan Baginda Saw satu kanzun(rahsia) masa,tempat,jirim2 dan Aradh

tidaklah mulia melainkan dengan sebab khalifahNya Saw dimuliakan/diagungkan oleh Allah swt

semata2 atas dasar kurnianNya..

kiblat seorang yg sedang solat bahawa ia menyedari,beriktikad dan merasai /zauq bahawa ia sedang berada di atas ribaan Baginda Saw

sepertimana seorang anak di atas ribaan ibunya

dan sesungguhnya Baginda saw didalam hadrah Tuhannya..

yg sedang solat bergerak ia dengan sebab digerakkan oleh tuhannya..

menyembah akannya dengan menjadikan Baginda saw sebagai perantara seagung2 makhluk dengan menghadap dengan keseluruhan zatnya dan hatinya di dinding baitullah..
seraya beriktikad bahawasanya ia adalah drpd nafas2 Baginda saw ..

via ~ Qutubul Aqtab Sidi Ahsan Albaqili Alhasani Almaghribi

Rabu, 1 Januari 2025

Permata dari kalam Sheikhuna wa Qudwatuna Sayyidi Ahmad AtTijani ra

". Sesungguhnya Allah ﷻ memiliki anugerah (mengurniakan) di sebalik setiap ujian..

..mengurniakan keluasan di sebalik setiap kesempitan..
 
..mengurniakan kemudahan di sebalik setiap kesulitan..

..mengurniakn kelapangan di sebalik setiap kekangan..

..mengurniakan kemenangan bersama setiap kesabaran..

..dan mengurniakan nikmat selepas setiap kesusahan..

..Maka bersabarlah dan teruslah bersabar. .

..Sesungguhnya, setiap perkara ada akhirnya..

..dan setiap urusan ada penghujungnya.."

Isnin, 30 Disember 2024

REJAB ADALAH BULAN UNTUK MERAWAT UBUDIYAH(Muraja'ah Tausiyah Syariff Muhammad Seddiq Al Hasaniy At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala Berkenaan Rejab)

REJAB ADALAH BULAN UNTUK MERAWAT UBUDIYAH
(Muraja'ah Tausiyah Syariff Muhammad Seddiq Al Hasaniy At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala Berkenaan Rejab)

Bahawa guru Syariff sendiri melihat anak bulan dan mengira setiap awal bulan dipadang pasir (falaq). Beliau tidak bergantung menurut kiraan hari pihak kerajaan. Mereka akan keluar beramai-ramai dari Madrasah melihat anak bulan dipadang pasir dan membaca doa awal bulan. 

Bulan Rejab juga dipanggil bulan pekak kerana pada bulan ini tidaklah akan ada didengar cerita mengenai perang. Orang Arab akan dismantle senjata mereka dan membalut senjata-senjata mereka dengan kain, disimpan, dan mereka tidak akan mahu berperang. Maka inilah sifat dan perangai orang Arab apabila masuk bulan Rejab - tudak mahu menyakiti sesiapa sahaja, dan tidak mahu mencederakan sesiapa.

Pengajaran kepada ummat, jika senjata dibalut tidak mahu berperang pada bulan Rejab, maka peliharalah juga lidah dari menyakiti orang lain pada bulan Rejab. Inilah sebahagian daripada hak-hak saudara - memelihara dan tidak menyakiti saudara khususnya pada bulan Rejab.

Jika tidak memelihara hak saudara, maka kita tidak akan mampu untuk memelihara hak Allah. Orang yang memelihara hubungan dengan Allah tetapi tidak memelihara hubungan dengan saudaranya, maka dia akan muflis. Allah mengharamkan Dzatnya dari menzalimi akan hamba-hambaNya. 

Diakhirat nanti akan datang seseorang yang akan menuntut dari seseorang yang mencuaikan akan hak saudaranya, lalu berkata;

"Ya Allah! Daku inginkan 5 Ramadhannya!" 

Dan orang yang lain pula berkata;

"Ya Allah! Daku inginkan Hajinya!"

Maka tunaikanlah hak-hak saudara kita dengan menyebarkan salam. Tunaikan hak saudara kita dengan menziarahinya ketika sakit, menghantar jenazah mereka keperkuburan apabila mereka mati, serta menjawab mereka bersin apabila membaca mereka membaca Alhamdulillah.

Berwaspadalah dengan setiap sangkaan terhadap saudara kita, hatta pada pandangan kita yang merendahkan orang lain pun akan dituntut diakhirat kelak sebagai menyalahi hak saudara kita. 

Orang yang terbaik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain, terutamanya kepada ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat. 

Berilah perhatian kepada ubudiyah pada bulan Rejab, kerana sekiranya seseorang itu tidak berjaya didalam bulan Rejab, maka bulan Ramadhan juga mereka tidak akan berjaya, kerana Rejab merupakan bulan persediaan untuk Ramadhan. Sekiranya tidak berjaya didalam Rejab maka tidak akan berjaya juga dalam Ramadhan. 

Rejab adalah bulan untuk menjaga ubudiyah kita kepada Allah. Rejab adalah bulan Allah, khusus untuk Dzat Allah. Sediakanlah segala ahwal kita untuk Allah Taala pada bula Rejab. Sediakanlah hati kamu untuk Allah Taala pada bulan Rejab. 

Rejab adalah bulan untuk belajar menjadi hamba kepada Allah, mensahihkan kehambaan kepada Alllah. 

Berharap akan Baginda SAW itu adalah lebih baik daripada berharap akan amal sendiri. Perbanyakkan Majlis Syamail kerana ianya adalah penawar, perawat, dan penyelesai kepada masalah-masalah ummat. 

Rejab dan Syaaban adalah bulan persediaan, manakala Ramadhan pula adalah bulan untuk balasan. Rejab adalah bulan menyemai benih, Syaaban adalah bulan membaja untuk kesuburan, manakala Ramadhan adalah bulan menuai hasil. Para sahabat membuat persediaan menyambut Ramadhan selama 6 bulan, dan mereka akan sedih berpisah dengan Ramadhan selama 6 bulan. 

Jadi, hendaklah sentiasa ada ta'alluk (hubungan) dengan Baginda Rasulullah SAW, maka kamu akan terselamat dari keburukan. Ta'alluk inilah kerehatan didunia dan akhirat. Ta'alluk kita dengan Baginda SAW ini bukanlah ada masa-masa yang tertentu, bahkan pada setiap masa.

Apa sahaja yang tidak mengikut Baginda Rasulullah SAW itulah musibah. Semua kesukaran itu adalah kerana jauhnya hubungan kita dengan Baginda Rasulullah SAW. Apa-apa yang datang melalui Baginda Rasulullah SAW itu adalah kebaikan bukannya keburukan. Khususnya Selawat sebagai jalan untuk membina Ta'alluk kita dengan Baginda Rasulullah SAW. Sebab itulah Allah memulakan contoh dari DzatNya sendiri dengan berselawat. 

Pada orang-orang yang menganggap amalan berselawat itu sebagai Bida'ah, ketahuilah bahawa Bid'ah yang paling besar adalah orang yang jahil tetapi mereka bercakap tentang agama.

Sabtu, 28 Disember 2024

Nikmat itu sangat liar

Nikmat itu sangat liar , jika kamu tk ikat, ia akan telepas.ikatlah ia dgn syukur..

Sidi Abdul Salam Ibnu Masyis hanya mempunyai seorang jua muridnya yaitu Sidi Abul Hasan As-Syazili RA 
Jikalau tidak kerana Isyarat daripada Sidi Abul Futuh Al-Wasiti(khalifah Imam Rifai RA )
Nescaya tidak akan dikenali diri Sidi Abdul Salam Ibnu Masyis sebagai seorang wali besar(Qutubul Ghaus)..

Rabu, 18 Disember 2024

Ayat Laqod Jaakum

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

#KITAB IROAH KARYA SYEIKH AHSAN AL- BA'QILY... (SEORANG ULAMAK THARIQOH TIJANI).🤲🏻📿

📌Beberapa faedah dari Syeikh Ahmad At-Tijani رضي الله عنه : Bahawa siapa saja yang membaca ayatul hirshi (Laqod Jaakum) yaitu :

لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ. فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُلۡ حَسۡبِیَ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِیمِ.

▪️Setiap selesai Solat Subuh maka akan dijaga HATI nya. 

▪️Jika dibaca selepas Soalat Zuhur maka Allah ﷻ akan MENGHIDUPKAN HATI nya dan MENETAPKAN hatinya (dalam keimanan) di dunia mahupun di akhirat. 

▪️Jika dibaca selepas Solat Asar maka dia tidak akan mati seperti matinya orang TERKEJUT (mati mendadak). 

▪️Jika dibaca setelah Solat Maghrib maka dia akan diberi ISTIQAMAH (dalam beribadah oleh Allah ﷻ). 

▪️Jika dibaca setelah Solat Isyak maka akan dijaga DIRINYA dari penguasa Zalim. 

▪️Jika dibaca setelah Solat Witir maka akan di CUKUPKAN REZEKI untuknya dan dijauhkan dari takut kepada makhluq. 

▪️Jika dibaca setelah Solat Idul Fitri sebanyak 7x maka akan di jaga (dijauhkan) dari bencana sepanjang tahun.

▪️Jika dibaca setelah Solat Idul Adha sebanyak 21x maka Allah ﷻ akan menjauhkannya dari kebutaan sepanjang tahun. 

▪️Jika dibaca sebanyak 66x setelah Solat Gerhana (baik gerhana matahari maupun gerhana bulan) maka Allah ﷻ sembuhkan badannya dari segala macam penyakit.

▪️Jika dibaca setelah Solat Istisqa' sebanyak 28x maka Allah ﷻ akan MENGABULKAN doa²nya.

▪️Jika dibaca setelah Solat Fajar maka dia tidak akan mati hingga melihat tempatnya di syurga atau dia diperlihatkan syurga.

▪️Jika dibaca setelah solat Istikharah yang diajarkan Rasulullah ﷺ (2 raka'at) maka akan senantiasa dibantu oleh Malaikat. 

▪️Jika dibaca setelah solat sunah apa saja maka akan diberikan rezeki kepadanya boleh merasakan manisnya iman. 

▪️Jika dibaca setelah solat Jumaat sebanyak 99x maka Allah ﷻ akan menjaganya dari makan makanan haram selama istiqamah membacanya. 

▪️Jika dibaca pada hari Arafah 360x maka Allah ﷻ akan menuntunnya dan mencukupinya dari kesusahan dunia dan akhirat. 

▪️Jika dibaca pada hari Asyura' (10 Muharam) sebanyak 1000x maka akan dilayani oleh para Malaikat dan Allah ﷻ akan memberi rezeki baginya dari segala arah.

▪️Jika dibaca pada malam Nishfu Sya'ban 500x maka dia tidak akan ditanya di dalam kubur. 

▪️Jika dibaca setiap pagi hari 1x dan setiap petang hari 1x maka akan dijaga dari segala mara bahaya dan tidak akan ada yang dapat mencelakainya dari sesuatu selama ia mengamalkannya. 

▪️Jika dibaca setiap akan tidur maka Allah ﷻ akan menjaganya sampai pagi dan tidak akan ada yang dapat mencelakainya selamanya. 

▪️Jika dibaca (diniati) untuk seseorang, maka akan dijaga (Allah) orang itu dari segala keburukan.

▪️Jika takut pencuri (perampok) atau orang Zalim, maka letakkan tangan di kepala dan membaca ayat tersebut maka Allah akan menjaga orang itu darinya.
  
▪️Jika dibaca 3x saat matahari terbit dan terbenamnya maka Allah ﷻ akan menjauhkannya dari keburukan yang ada di alam semesta ini.  

▪️Jika dibaca 3x pada petang hari saat hari Jumaat (setelah Ashar) maka Allah ﷻ menjaganya dari sihir dan racun tidak boleh mematikan dia.

▪️Jika dibaca 7x untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit, ditulis 7x, dituangi air, lalu airnya diminum.  

▪️Jika dibaca 100x untuk orang sakit dengan niat yang sungguh² dan benar maka akan sembuh seketika. 

▪️Jika berkhalwat dan membaca ayat ini 30,000x dengan meletakkan tangannya di dadanya maka dia tidak akan sakit selamanya, tidak akan kehilangan penglihatannya, dan tidak akan ada satupun yang boleh mengganggunya baik itu ahli zahir (yang nampak) maupun ahli batin (tidak nampak). 

▪️Jika dibaca 66x kepada orang yang terkena bisa binatang maka akan sembuh seketika. 

▪️Jika dibaca 111x kepada orang yang menangis/meratap maka tidak akan kembali tangisannya/ratapannya selama dia membacanya.

▪️Jika dibaca ketika makan maka tidak akan hilang nikmatnya walaupun tengah berada di padang pasir. 

▪️Jika dibaca kepada orang hamil 1x selama 40 hari maka akan dijaga ibu dan kandungannya dari penyakit, dan setelah lahir akan menjadi anak yang shalih.

▪️Jika mimpi buruk di dalam tidurnya Membaca ayat ini ketika ingin tidur maka Allah akan menjaganya dari mimpi buruk.

▪️Jika seorang musafir meletakkan tangannya di kepalanya lalu membaca ayat ini maka Allah ﷻ akan menjaganya dari segala macam keburukan sampai dia pulang dan tidak akan mati diperjalanan, dan dijaga dari segala macam penyakit. 

▪️Jika dibaca pada siang dan malam walaupun hanya 1x maka dia tidak akan mati selagi dia tetap membacanya. 

▪️Jika dibaca setelah membaca ayat ini mengantar musafir maka musafir tersebut akan dijaga dari segala macam bahaya dan dia tidak akan mati sehingga pulang. 

▪️Jika dibaca untuk harta benda maka Allah ﷻ akan menjaga harta tersebut.

▪️Jika dibaca untuk rumah, kebun, kota, desa atau benteng pertahanan maka Allah ﷻ akan menjaga semuanya. 

▪️Jika dibaca untuk kafilah atau perahu (kapal laut) maka Allah akan menjaganya.

▪️Jika dibaca 1,000x di tengah peperangan maka musuh akan lari dan diberi kemenangan dan keselamatan. 

▪️Jika dibaca 60x pada api yang berkobar maka api tersebut akan padam dengan izin Allah ﷻ. 

▪️Jika dibaca 70,000x saat khalwat maka akan mendapat khodam malaikat dan jin mukmin selama hidupnya, diterima dihati semua makhluk, semua akan tunduk kepadanya, disembuhkan segala penyakitnya, dan diberi kemudahan segala urusan (hajatnya).

▪️Jika memperbanyak baca ayat ini tanpa dihitung, baik saat berjalan maupun tidak kemana² (duduk, jalan, berdiri) maka banyak kebaikannya, dicintai Nabi Muhammad ﷺ, dan dapat melihatnya setiap saat.

▪️Jika selalu membacanya selama 40 tahun maka hilanglah hijab antara dia dan Nabi Muhammad ﷺ, dan memperoleh derajat sebagaimana yang diperoleh para shiddiiqiin.

۞﷽۞
📿اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩📿

Hubungan Maghrib dan Masyriq

Yang disebut Maghribi itu ialah Morocco, Tunisia, Algeria, Libya, dan Mauritania. 

Mengapa ummat Melayu Nusantara terasa dekat dengan mereka padahal mereka di barat kita di hujung timur.

Kerana mereka yang datang dan Islamkan kita di sini.

Merong Mahawangsa di Islamkan oleh Syekh Abdullah Al-Ghumari Al-Baghdadi Al-Qadiri. Al-Ghumari itu adalah nama tempat lahirnya iaitu Ghumara, Maghribi. Al-Baghdadi adalah tempat beliau menuntut ilmu, dan Al-Qadiri ialah tarekatnya yang dinisbahkan kepada gurunya iaitu Syekh Abdul Qadir Al-Jilani.

Antara Ulama' Rabbani yang terkenal lahir di daerah Ghumara, Maghribi ini ialah Syekh Abu Hassan Asy-Syadzili, pengasas Tarikat Syadzili, Wali Allah yang Agung.

Di Gresik pula datang Ulama' Rabbani besar iaitu Maulana Malik Ibrahim Al-Maghribi As-Sammarkandi. Beliau digelar Syekh Maghribi oleh orang Jawa kerana beliau berasal dari Maghribi. Sammarkand itu adalah tempat beliau bersuluk. Maulana Malik Ibrahim ini juga digelar Sunan Gresik, salah seorang Wali Songo yang paling awal. Anak beliau yang terkenal ialah Raden Rahmat atau dikenali dengan Sunan Ampel, salah seorang wali Songo juga.

Jadi masyarakat melayu sekarang tumbuh dari keturunan mereka yang ada ditulis nasabnya, dan ada yg tak ditulis nasabnya seperti Syekh Abdullah Al-Ghumari, beliau meninggal di sini tetapi tiada catatan tentang keturunan beliau disini.

Ok sedikit sejarah tentang Maghribi dan Nusantara, kaitan dan hubungan yang erat ini. Mungkin disebabkan itu semalam semangat lain macam tengok Maghribi lawan bola. 😂

Dan syukur 2 wilayah ini [Maghribi dan Masyrik (Nusantara)] wilayah pilihan Allah yang masih berpegang benar dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalau di Maghribi mereka bermanhaj Asyairah pada akidah, Maliki pada fiqh serta bertarikat (hampir kesemua tarikat berasal dari Maghribi) dan Nusantara pula kita bermanhaj Asyairah pada akidah, Syafie' pada fiqh serta bertarikat juga maka tak hairanlah hubungan darah, ilmu, hati, roh itu ada. 

Hubungan keilmuan seperti guru dan murid antara Imam Malik dan Imam Syafie'. Dan orang melayu memang cinta Ahlil Bait sejak dulu lagi, oleh kerana itu kita suka dengan mazhab Syafie' kerana beliau Ahlul Bait. Ayah Imam Syafie dari Bani Mutalib, Ibunya dari Bani Hasyim. Hasyim dan Mutalib ini 2 beradik dan Ahlul bait itu adalah dari keturunan mereka.

Wallahu'alam