Sabtu, 1 Februari 2025

TORIQAH SYUKUR ADALAH JALAN ASLI PARA NABI ,SAHABAT2 DAN PILIHANNYA DI AKHIR ZAMAN

📍Telah berkata Qutub Ad-Dibaghi :-

🌹"Bahawasanya TORIQAH SYUKUR adalah Toriqah Asal, yaitu toriqah yang terbina atasnya Hati Para Nabi-Nabi dan Hamba-Hamba Pilihan Allah (mereka adalah daripada kalangan sahabat-sahabat Nabi dan lainnya.

🌹Ibadah mereka kepada Allah berteraskan kepada keikhlasan semata-mata dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah. 

🌹Dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan.

🌹Dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman.

🌹Maka apabila Allah mengetahui Kejujuran/Kesungguhan mereka dalam beribadah kepada Allah, maka dengan sifat kemurahan Allah.. Allah membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka, seperti PEMBUKAAN ILAHI dalam makrifah akan Allah dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar.

🌹Maka apabila AHLI RIADAH (Mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh AHLI MAHABBAH (Syukur), maka pada ketika itu ahli riadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya, sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara antaranya seperti:-

📍Dengan berpuasa, Qiyamullail, berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan.

🌹Maka hijrah yang sebenar dalam Toriqah Syukur dan Mahabbah ialah :-

📍Permulaannya dengan HIJRAH kepada Allah dan Rasulnya dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu.

🌹Dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan-pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu.

🌹Kesimpulannya :- Perjalanan dalam Toriqah Syukur ialah “Perjalanan Mata Hati" dan Perjalanan dalam Toriqah Mujahadah ialah dengan “Menjalani Ketahanan dan Kekuatan Tubuh Badan"..  

🌹Pembukaan dalam Toriqah Syukur adalah Hujumi (هُجُومِيٌّ)

1️⃣ yaitu seorang murid itu tidak mengharapkan sesuatu hasil yang di inginkannya, bahkan seorang murid itu hanyasanya ia masih berada didalam maqam MEMOHON TAUBAT dan pengampunan daripada segala dosanya, tiba-tiba datang atas dirinya pembukaan ilahi..”
(berakhirnya perkataan Qutub Ad-Dibaghi)

1️⃣ Ertinya :- Diserang, dilanggar, maksudnya pembukaan datang dengan tiba-tiba tanpa diduga..

📍Sayidi Ahmad Al-Hadi menambah katanya:-

🌹Bahawasanya permulaan niat dalam perjalanan Syukur dan Mahabbah adalah dengan niat yang ikhlas, suci lagi murni dan permulaan niat dalam perjalanan mujahadah masih lagi bercampur baur dengan sesuatu tujuan.Perjalanan dalam Toriqah Syukur dan Mahabbah dinamakan perjalanan mata hati dan melalui sentapan/tarikan ilahi dan atas pilihan Allah 
Sepertimana firman Allah :-

" اللهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ "

🌹Ertinya: Allah (memilih seseorang yang ia suka untuk sampai kepadanya.

🌹Perjalanan di dalam Toriqah Mujahadah dinamakan perjalanan dengan melalui kekuatan dan ketahanan tubuh badan dan suluk 
Sepertimana firman Allah :-

" ويَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ "

🌹Ertinya : Allah (memberi hidayah kepada sesiapa yang mengikut jalannya..

🌹Pembukaan dalam toriqah syukur dinamakan Hujumi (هُجُومِيٌّ)

 1️⃣ Yaitu dengan tiada meminta dan mengharapkan sesuatu,

1️⃣ Ertinya :- Diserang, dilanggar, maksudnya pembukaan datang dengan tiba-tiba, tanpa diduga..
Sepertimana yang dinyatakan oleh Sayidi Ahsan Al-Ba’qili RA :-

" فَطَلَبُ الفتحِ فيهَا عَائِقٌ عَنِ الفتحِ "

🌹Ertinya : Mengharapkan sesuatu pembukaan ilahi di permulaan niat, ia adalah penghalang kepada sebarang pembukaan ilahi..dan pembukaan dalam toriqah mujahadah/riadah terhasil dengan sesuatu helah ,tindakan dan sebab.

#jalansyukurdankehambaan #Jalankerendahandiridanhinadiri #jalanbuangtujuanselainAllah #tarbiyahjalansufikehambaan

Rabu, 29 Januari 2025

Pejuang Melayu bertarekat

Pejuang2 Melayu yg mempertahan tanah air dulu ialah Ahli Sufi yg bertariqat. Antaranya:

# Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah.

# ‘Tok Janggut’ atau Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas yang merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tokku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-fathani semasa menuntut di Mekah.

# Mat Kilau (Muhammad Bin Imam Rasu) dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

# dan ramai lagi...

KISAH IMAM GHOZALI DAN KAMPUNG IMAM MAHDI

Pada asalnya saya tak nak cerita kisah ini sebab saya ingat-ingat lupa tapi terasa sayang kalau tak diceritakan. Jadi, anggaplah cerita ni martabatnya dhoif sebab perawinya dhoif (ingat-ingat lupa).

Di kampung Imam Mahdi ada tersimpannya sebuah ilmu dan senjata yang dibalut dalam kulit kijang/rusa yang diwarisi daripada Saidina Ali.

Keluarga cabang (branch family) yang menjaga rahsia ini adalah Keluarga Al-Jufri. Al-Jufri tu bermaksud kulit kijang/rusa la. Mereka adalah daripada Keturunan Saidina Ali.

Dan akhirnya rahsia ini diserahkan atau dijaga oleh Imam Ghozali. Beliau mendapatnya daripada Guru beliau. Ketika mana beliau sedang mengajar di suatu tempat, telah sampai ke pengetahuan beliau, kitab beliau yang masyhur iaitu Ihya' Ulumuddin telah dibakar/dikoyak oleh Kerajaan Murabitun (Kerajaan Maghribi Lama).

Maka, lantas Imam Ghozali mendoakan dalam Majlis beliau "Semoga Allah memperlakukan kepada mereka perkara sama yang mereka lakukan pada kitab aku". Lantas bangun seorang anak muridnya lalu berkata, "Wahai Syeikh, doakan aku supaya menjadi orang yang melaksanakan doa mu itu". Kemudian Imam Ghozali mendoakan supaya pemuda itulah yang menjadi orang yang menjatuhkan Kerajaan Murabitun.

Di sini kita perlu faham kenapakah Murabitun membakar Kitab Imam Ghozali?

Mereka membakar Kitab Imam Ghozali kerana dalam kitab Imam Ghozali terdapatnya ilmu kalam sedangkan mereka pada waktu itu tidak pernah mendengar dan belajar ilmu kalam. Mereka menerima agama lansung daripada para Sohabat Rasulullah. Tiada sebarang ta'wilan pada Kalamullah dan Kalam Rasul.

Jadi, apabila datang ilmu kalam dalam Kitab Imam Ghozali mereka mengatakan ini semua bid'ah lantas mereka membakar kitab-kitab Imam Ghozali.

Murabitun adalah golongan yang sangat syadid dalam beragama, lelaki yang baligh dan tidak datang solat fardhu berjemaah akan dihukum bunuh. Ini berdasarkan dalil Rasulullah mengarahkan Sohabatnya mengumpul kayu api untuk membakar rumah lelaki baligh yang tidak hadir Solat Fardhu Berjemaah.

Jikalau tidak kerana anak murid Imam Ghozali datang dan mengalahkan mereka nescaya, boleh jadi hari ini Maghribi akan menjadi negara Wahabi.

Ada 2 perkara yang dibawa oleh anak murid Imam Ghozali yang diserahkan oleh Imam Ghozali sewaktu pergi berperang dengan Murabitun ;

1. Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Asyairah Maturiyah)
2. Ilmu rahsia dan senjata yang dibalut dalam kulit kijang/rusa yang diwarisi daripada Saidina Ali.

Kini, ilmu rahsia dan senjata itu tersimpan di Perkampungan tersebut di
WILAYAH SUS, MAGHRIBI, BUMI AULIYA' ALLAH!

Selasa, 28 Januari 2025

Dada mulia Rasulullah ﷺ telah dibelah

Dada mulia Rasulullah ﷺ telah dibelah sebanyak dua kali; pertama, ketika baginda bersama Bani Sa’d di bawah jagaan Halimah, dan kedua, sebelum peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ada juga riwayat yang menyebut bahawa dada baginda dibelah tiga kali, dengan kali ketiga berlaku ketika baginda menerima wahyu kerasulan. Maysarah meriwayatkan bahawa beliau bertanya, “Bilakah kenabian ditetapkan untukmu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.”

Para ulama mentafsirkan peristiwa ini sebagai persediaan untuk Rasulullah ﷺ menghadapi beban besar yang bakal Baginda tanggung. Qiyamullail adalah kewajipan bagi Baginda, berbeza dengan umatnya yang hanya menjadikannya sebagai amalan sunat. Ketika berpuasa, Baginda pernah menyambung puasa selama dua hari berturut-turut dan bersabda, “Aku bermalam di sisi Tuhanku yang memberiku makan dan minum.” Perjalanan Isra’ dan Mikraj pula sangat berat kerana lapisan atmosfera mempunyai tekanan yang tidak mampu ditanggung oleh tubuh manusia biasa.

Ketika wahyu diturunkan, tubuh Baginda juga merasai kesannya. Jika Baginda menaiki unta ketika menerima wahyu, unta tersebut akan terduduk kerana beratnya bebanan itu. Oleh itu, pembelahan dada adalah sebahagian daripada persiapan fizikal Baginda untuk menerima tugas yang mulia ini.

Dalam sesetengah riwayat, pembelahan dada bertujuan untuk mengeluarkan “bahagian syaitan“ daripada hati Baginda. Namun, para awliya solehin menjelaskan bahawa maksudnya bukan seperti yang difahami secara zahir. Hati Baginda ﷺ dipenuhi rahmat, dan bahagian yang dikeluarkan itu adalah rahmat yang mungkin Baginda curahkan kepada syaitan. Jika rahmat ini tidak dikeluarkan, Baginda mungkin akan mengasihani syaitan. Allah mengeluarkan rahmat itu kerana syaitan tidak layak mendapatkannya, sementara hati Rasulullah ﷺ kekal penuh dengan rahmat untuk selain syaitan.

Kisah dalam tradisi Islam menyokong makna ini. Diriwayatkan bahawa Nabi Musa bertemu Iblis, yang memohon supaya Musa memintakan keampunan daripada Allah untuknya. Musa menyampaikan permintaan itu, dan Allah berfirman bahawa Iblis perlu sujud kepada kubur Nabi Adam sebagai syarat taubatnya. Namun, Iblis enggan, lalu terus berada dalam kesombongan. Firman Allah, “Kecuali Iblis; dia enggan dan menyombong diri dan dia termasuk golongan kafir” (al-Baqarah: 34). Maka, rahmat bagi syaitan tidak sesuai dengan sifat hati Nabi ﷺ, dan ia dikeluarkan sebagai sebahagian daripada penyempurnaan hati Baginda.

Pembelahan dada juga bertujuan menyucikan Rasulullah ﷺ secara zahir dan batin. Baginda adalah insan yang seluruhnya suci; peluh, air mata dan darah Baginda adalah bersih. Begitu jugalah keadaan para nabi yang lain.

Peristiwa ini berulang sekali lagi sebagai persediaan bagi peristiwa besar, iaitu Isra’ dan Mikraj. Baginda akan menembusi langit, suatu perjalanan yang tidak sesuai dengan tubuh manusia biasa tanpa persediaan khusus. Baginda akan naik ke Sidratul Muntaha, Baitul Ma’mur hingga ke Arasy. Perjalanan ini memerlukan kekuatan luar biasa, maka malaikat datang dan membelah dada Baginda seperti ketika Baginda kecil demi mempersiapkan Baginda bagi tugas kerasulan dan penerimaan wahyu.

Golongan materialis mungkin mendakwa mustahil seseorang boleh naik ke langit tanpa perlindungan khas daripada tekanan udara. Penyakit seperti decompression sickness (DCS) boleh menyebabkan seseorang berpeluh darah ketika naik ke langit tanpa persediaan. Oleh itu, tubuh mulia Rasulullah ﷺ perlu dipersiapkan secara istimewa untuk menghadapi perjalanan luar biasa ini.

Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah.

JIWA DAN KEADAAN ZAHIR SESEORANG

Telah menasihati guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala kepada kami semua dengan satu nasihat yang amat berat bagi kami, bahawa; 

"Orang yang kotor jiwanya, akan sentiasa memandang zahir keburukan melebihi zahir kebaikan dari apa-apa yang dilihatnya". 

Tambah beliau, keburukan yang terkeluar dari lisan kita itu adalah gambaran dari jiwa kita yang kotor, yang sentiasa memandang keburukan orang dan keburukan dari perbuatan orang lain. 

Maka tidak dapat tidak, dalam kehidupan kita, kita akan sentiasa memandang orang lain mempunyai keburukan dan kesalahan, dan kitalah yang betul dan terbaik.

Semoga Allah Ta'ala melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya keatas diri beliau, dan menempatkan beliau disisi kekasih2Nya yang mulia dan yang terpuji. Aamiinnn...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ

via ~ Sidi Nazrul Amri