Jumaat, 21 Mac 2025

FADLILAH WIRID TIJJANY

*وهي فضائل عديدة وردت عن شيخنا الختم ،*
Ini adalah keutamaan² yg bersumber dari Sidi Syeikh.

 *وقد ذكر جملة منها محمد بن عبد الله بن حسنين الشافعي الطصفاوي في كتابه الفتح الرباني ،*  
قال رضي الله عنه :

Syeikh Muhammad bin Adullah As Syafiìy Atthosfawaìy dlm kitabnya AL FAT- HURRABBANY menyebutkan bbrp keutamaan bagi setiap yg berpgang teguh kpd ajaran Sidi Syeikh At Tijany ra , dia bertutur: 

*أما فضائل المتعلقين به رضي الله عنه فهي كثيرة :*
 ذكر الشيخ رضي الله عنه منها جملة :
أردت أن أذكر منها شيئا يسيرا الفضيلة
 
Adapun keutamaan yg dianugerah kan kpd pengikut Sidi Syeikh sebagaimana yg dituturkan oleh beliau adlh: 
 
 الأولى : *موتهم على الإسلام والإيمان .*

Yg Pertama matinya membawa Islam dan Iman

*الثانية* : أن يخفف الله عنهم سكرات الموت .
2. Diberi keringanan dan mudah sewaktu menghadapi Sakratul maut

الثالثة : أن لا يرون في قبورهم إلا ما يسرهم .
3. Dalam kubur tdk akan mendapatkan keculi sesuatu yg membuatnya senang dan bahagia

الرابعة : أن يؤمنهم الله تعالى من جميع أنواع عذابه وتخويفه ، وجميع الشرور من الموت إلى الإستقرار في الجنة .

4. Tidak akan peroleh siksa ataupun sengsara sejak kematiannya sampe menempati kedudukannya dlm Surga

الخامسة : أن يغفر لهم جميع ذنوبهم ما تقدم منها وما تأخر .

5. Diampuni semua dosa dan kealpaannya

السادسة : أن يؤدي الله عنهم جميع تبعاتهم ومظالمهم من خزائن فضله لا من حسناتهم .

6. Segala tuntutan terhadapnya di beri amnesti dan terbayar dari khizanah fadol dan maghfiroh Allah bukan dari hasil amalnya

السابعة : أن لا يحاسبهم الله تعالى ولا يناقشهم ولا يسألهم عن القليل والكثير يوم القيامة .

7. Tidak ada tuntutan , hisab , pertanyaan pertanggungan jawab dan cercaan walau sedikitpun nanti pada yawmil akhir

الثامنة : أن يظلهم الله تعالى في ظل عرشه يوم القيامة .

8. Akan peroleh perlidungan dan naungan dibawah Arasy pada saat semua manusia semrawut dlm situasi yg kacau balau suasana yg mencekam 

التاسعة : أن يجيزهم الله على الصراط أسرع من طرفة عين على كواهل الملائكة .

9. Diberi kehormatan meniti/melewati shirot dg cepat sececepat kilat sebab rangkulan Malaikat atas tugas dan perinta Allah

العاشرة : أن يسقيهم الله تعالى من حوض رسول الله صلى الله عليه وسلم .

10. Masuk kedalam kelompok pertama yg sampai ketelaga Rasulullah utk menikmati lezatnya minuman yg dgnnya tidak akan haus selamanya

الحادية عشرة : أن يجعلهم الله تعالى في أعلى عليين مجاورين لسيد الأنبياء والمرسلين .

11. Akan ditempatkan didalam Syurga yg berdampingan dgn lokasinya Rasulullah Saw.

الثانية عشرة : أن من أحبه رضي الله عن لا يموت حتى يكون وليا .

12. Bhw semua orang yg peroleh cinta atau yg dicintai oleh Sidi Syeikh akan peroleh derajat kewalian disisi Allah

الثالثة عشرة : أن أبوي آخذ ورده وأزواجه ووالدي أزواجه وذريته المنفصلة عنه لا الحفدة يدخلون الجنة بلا حساب ولا عقاب وتغفر لهم جميع ذنوبهم الصغائر والكبائر وتؤدى عنهم جميع التبعات بشرط أن لا يصدر منهم سب ولا بغض ولا عداوة في جانب الشيخ رضي الله عنه .

13. Kedua orang tua pengikut dan pengamal thoroqoh Tijaniyah , istri berikut putra-putrinya juga peroleh jaminan dimasukkan kdalam Surga dgn tanpa dihisab , diampuni segala dosa dan kekhilafan dari semuanya dan aman dari segala macam tuntutan dari manapun dgn syarat tidak punya sedikitpun rasa dengki dan benci apalagi mengkritik dan mencaci thdp Sidi Syeikh dan ajarannya 

الرابعة عشرة : أن كل ما يؤذيهم فإنه يؤذي النبي صلى الله عليه وسلم .

14. Karena siapapun yg menyakiti dan melukai perasaan beliau pada hakikatnya adlh melukai dan menyakiti Rasulullah

الخامسة عشرة : أن النبي صلى الله عليه وسلم يحضرهم عند الموت وعند سؤال الملكين .

15. Rasullulah hadir mendampingi setiap pengikut setia Sidi Syeikh saat adanya pertanyaan Malaikat di alam kubur

السادسة عشره : أنهم أعلى مرتبة من أكابر الأقطاب يوم القيامة ولو رأت أكابر الأقطاب ما أعد الله لهم لبكوا و قالوا : *يا ربنا ما أعطيتنا شيئا* ؟ 
قلت : وما دون النبوة والصحبة جائز يعطيه الله لمن يشاء .

16. Apa yg Allah anugerahkan utk pengamal ajaran Sidi Syeikh nantinya melebihi yg diperuntukkan semua Awliya termasuk Wali qutub sehingga bila mereka mengetahui hal tsb akan menghadap dan berkata : Ya Rabb kok sepertinya apa yg Engkau berikan kepada kami tidak seberapa ?

AtThosfawai berkata : 
Selain peringkat nubuwah dan Shuhbah bisa saja Allah anugerahkan kpd siapapun yg Dia sukai.

السابعة عشرة : أنهم إذا ذكروا أي ذكر كان يذكر معهم سبعون ألف ملك ويكتب ثواب ذلك كله لهم .

17. Setiap dari ikhwan Tijany ketika lakasanakan dzikir/wirid ikut hadir laksaanakan dzikir bersamanya sebanyak 70 ribu Malaikat

الثامنة عشرة : أن الله تعالى يعطيهم من عمل كل عامل تقبل منه عمله أكثر من مائة ألف ضعف مما يعطيه لصاحب ذلك العمل . إهـ

18. Amalan dzikir/wirid Tijany punya nilai sampe 100 ribu kali lipat dizikir/wirid biasa.

*Wallâhu Dzu Faďlin Àdzîm*

( هذا النص من تأليف محرر صفحة بيان للناس )

فرضي الله عن الشيخ الختم وذريته وآله وخواصه وأصحابه .
*ZAWIYAH

Selasa, 18 Mac 2025

SELAWAT YANG WARID SECARA SYARIAT VS SELAWAT YANG WARID SECARA THORIQAH



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Bahawasanya Tidak Ada Percanggahan Di Antara Selawat Yang Warid Secara Syariat Dan Juga Selawat Yang Warid Secara Thoriqah Dan Adalah Kedua-Duanya Daripada Sumber Yang Satu,

Tidaklah para saadah ‘auliya mengarang berkenaan selawat-selawat mereka melainkan ianya daripada ajaran dan imla’ Sayyidil Wujud Baginda Rasulullah ﷺ secara yaqazhah dan secara mimpi, sepertimana khabar-khabar yang masyhur daripada sekalian para saadah auliya’, dan adapun selawat yang warid secara syariat ditujukan kepada sekalian orang muslimin, mempercayai dan beramal dengannya adalah wajib ke atas sekalian muslimin, adapun selawat yang warid secara thoriqah adalah ditujukan kepada kelompok tertentu daripada kalangan manusia dan mempercayainya serta beramal dengannya tidaklah menjadi wajib melainkan bagi mereka yang bernazar atas diri mereka untuk beramal dengannya.

Dan kebathilan mutlak pada perkataan orang yang mengatakan bahawa selawat ke atas Rasulullah ﷺ adalah perkara “tauqifiyyah’ yakni (tidak boleh tambah atasnya atau tukarnya dengan selawat yang dikarang sendiri) . Kebathilan itu jelas bathil dengan amalan para salafus soleh dan amalan thobaqah para imam-imam ummah daripada satu thobaqah kepada satu thobaqah, daripada zaman para sahabat yang mulia sehingga zaman kita hari ini, bahawasanya mereka yang mengarang selawat tidak terkira dan tidak terhitung banyaknya.

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Maghribi Tanah Auliyaa'

✳️✳️ منشورات زاوية الإراءة ✳️✳️
🌟❇️ منشور توثيقي ❇️🌟

🌿✨... فلا توجد أرضٌ أنبتت الجمَّ العظيم من الأيمة الأعلام والخلفاء العظام مثل الإقليم المغربي الشريف ، هذا وقد جمع الله في خلفائه الكرام ما تفرق في غيرهم من صحة وعلو النسب الهاشمي ووفرة العلم وصحة الولاية ومتانة الديانة وصفاء الإعتقاد ومُوالاةٍ وإنتساب لأهل النسبة وتقيُّدٍ بطرق القوم ، مع إدامة الجهاد ورفع راياته ✨🌿

🌍🌹 Tidak ada negara yang paling Banyak melahirkan para imam@pemuka dan khalifah2 yang agong seperti mana wilayah besar bumi Maghribi yang mulia. Allah telah mengumpulkan pada khalifah2-Nya yang mulia segala sifat yang tidak berpisah dari selain mereka, seperti ketulenan dan kemuliaan nasab yang tinggi dari keturunan Bani Hasyim, keluasan ilmu, keteguhan dalam wilayah (kepemimpinan), kekuatan agama, kejernihan akidah, dan kesetiaan terhadap ahlul bayt, serta keterikatan dengan jalan para sufi, bersama dengan kesinambungan jihad dan pengibaran panji-panji jihad. 🌹🌍

📜🌠 وجل دولٍ الإمامة التي ظهرت في بلاد المغرب بُشر بها كشفا من السادة الأولياء ونشأت بإشارتهم وبُويع لها في زواياهم وأربطتهم 🌠📜

✨🌺 Sebagian besar negara-negara imamah yang muncul di Maghribi telah diberitahukan melalui kasyaf oleh para wali dan lahir atas petunjuk mereka serta dibaiat di zawiyah-zawiyah dan ribath2 mereka. 🌺✨

🏆🌄 بدْءًا من فاتح المغرب ومهوى أفْئدة كلِّ من غرَّب ، مولاي إدريس الأزهر وهو الحامل لمذهب إمامنا مالك إلى تلك الديار كما نص على ذلك إمامنا البعقيلي المُقدس من كونه رضي الله عنه يرْوي الموطأ مباشرة عن صاحبه 🌄🏆

✨🌷 Dimulai dari pembuka Maghribi dan pusat perhatian setiap orang yang menuju ke barat, Sayyidi Idris al-Azhar, yang membawa mazhab Imam kita Imam Malik ke daerah tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam kita al-Baqili al-Muqaddas bahwa beliau meriwayatkan al-Muwatta langsung dari pemiliknya. 🌷✨

🌅🌴 ثم الدولة المرابطية الباهرة والتي نشأت على يد الشريف الأجل مولاي عبد الله بن ياسين الجزولي بنصرةٍ من لمتونة وعموم صنهاجة والسادة الفلان وغيرهم ممن جاور نهر صنهاجة 🌴🌅

🌟💠 Kemudian negara Murabitin yang gemilang, yang didirikan oleh Sayyidi Abdullah bin Yasin al-Jazuli dengan dokongan dari suku Lamtuna dan seluruh Sanhaja, kaum Fulani, dan lainnya yang tinggal di sekitar Sungai Sanhaja. 💠🌟

⛰️🌌 ثم الدولة المُوحدية الفاخرة والتي نشأت بتوجيه وإشراف من إمامنا الغزالي رضي الله عنه عن طريق تِلميذه وحامل مذهب التأويل إلى قُطره ، مولاي محمد المهدي بن تومرت السملالي 🌌⛰️

🌠🌸 Kemudian negara Muwahhidin yang agung, yang lahir atas bimbingan dan pengawasan Imam kita al-Ghazali, melalui muridnya dan pembawa mazhab takwil ke wilayahnya, Sayyidi Muhammad al-Mahdi bin Tumart as-Samlali. 🌸🌠

💎🌺 ثم الدولة السعدية العلية ، أبناء المولى محمد النفس الزكية وخصوصا واسطة عقدهم وباني مجدهم سيدي أحمد المنصور الذهبي إمام البربر والعربان وعموم السودان ولا يخفى على أحد شدة إرتباطهم بالسادة الجزولية والزروقية وأخيرا البكرية 🌺💎

🌹✨ Kemudian negara Saadiyah yang tinggi martabatnya, keturunan dari Sayyidi Muhammad an-Nafs az-Zakiyah, dan khasnya yang menjadi penghubung ikatan kekeluargaan mereka dengan bani@qabilah datuk2 mereka yakni Sayyidi Ahmad al-Mansur ad-Dzahabi, pemimpin orang Barbar dan Arab, dan keseluruhan negara Sudan. Tidak ada yang menyembunyikan keterikatan mereka yang kuat dengan para saadah @pimpinan Jazuliyah, dan Zaruqiyah, dan terakhir Bakriyah. ✨🌹

⚜️🌸 ثم الدولة العلوية الزكية وهم إخوة السعديبن وأبناء عمومتهم وقد خص الله أواسطهم بخدمة القطب المكتوم والختم المعلوم سيدنا ومولانا أحد التجاني - طوق كل ناجِي - ونُصرته وإظهار شأنه ودخولهم - ودولتهم - تحت ذمته 🌸⚜️

🌼🌟 Kemudian negara 'Alawiyyah yang suci, yang merupakan saudara dari Saadiyyin dan juga sepupu2 sebelah bapa saudara mereka. Allah telah memuliakan mereka di pertengahannya dengan melayani al-Quthb al-Maktum dan al-Khatm al-Ma’lum, Sayyidina dan Maulana Ahmad at-Tijani, pelindung bagi yang mencari keselamatan, dan menolongnya serta mengangkat derajatnya serta masuknya mereka - dan negara mereka - di bawah perlindungannya. 🌟🌼

📜🌠 مع التنبيه على دول الإمامة العظمى في المغرب السوداني وخصوصا دول السادة الفلان والهوصا كدولة المجدد الأعظم سيدي عثمان فودي الفلاني نسبا الهوصي دارًا وكذلك دولة الإمامة في فوته طورو وإمامها الأجل سيدي عبد القادر كان * 1 * وصولا إلى الدولة التجانية العلية أعني دولة سلطان العلماء وعالم السلاطين سيدي الحاج عمر الفوتي رضي الله عنهم أجمعين 🌠📜

🌍💫 Dengan diperhatikan kepada negara-negara imam besar di Maghribi Sudan, terutama negara-negara kaum Fullani dan Hausa, seperti negara mujadid agung Sayyidi Uthman Fodio yang keturunan Fulani dan menetap bersama qabilah Hausa, begitu juga negara imam di Fouta Toro dengan pemimpinnya yang mulia Sayyidi Abdul Qadir Kan' 1 'hingga ke negara Tijaniyah yang tinggi, yaitu negara Sultan ulama dan alim para sultan, Sayyidi al-Hajj Umar al-Futi, semoga Allah meridhai mereka semua. 💫🌍

🕌💖 فهذه الدول العلية لم يرى لها نظير في جميع بلاد الإسلام ديانة وعقيدة وجهادا وسلوكا أثخنت طويلا في بلاد النصارى وعباد الأوثان 💖🕌

🌟🌿 Di Negara-negara yg mulia ini yang tidak dapat dibuat perbandingan dengan keseluruhan negeri2 Islam yg lain dalam hal ehwal agama, akidah, jihad, dan perilaku, yang telah lama terkesan dengan pengaruh2 negeri Nasrani dan penyembah berhala. 🌿🌟

📜🌠 ووَعْدًا لا يتخلف ، لن يُصيب بلاد المغرب عُقمٌ حتى تلِد دولة الإمامة في آخر الزمان فتظهر من الإقليم السوسي المنيف كما هي العادة في ظهور الدول المهدوية في البلاد المغربية ولن تقف حتى تنصِب راياتها في بلاد الشام وبيت المقدس 🌠📜

🌠🌷 Dan sebagai janji yang tidak akan dimungkiri, negeri Maghribi tidak akan mandul hingga melahirkan negara imamah@kepimpinan di akhir zaman, yang akan muncul dari wilayah Susi yang agung, sebagaimana kebiasaan kemunculan negara Mahdi di negeri Maghribi, dan tidak akan berhenti hingga mengibarkan benderanya di negeri Syam dan Baitul Maqdis. 🌷🌠

🌸 ❇️ تنبيه ؛ قد أكرم الله البلاد المغربية بأن كل دول الإمامة الظاهرة فيها ، إما شريفة النسب أو قامت على يد السادة الأشراف ومِن ثم سلموها لإخوانهم وأخوالهم من القبائل المُضرية والحميرية كما هو الشأن في الدولتين المُرابطية والمُوحدية ❇️ 🌸

🌷 ❇️ Peringatan; Allah telah memuliakan negeri Maghribi dengan setiap negara imam yang tampak di dalamnya, baik memiliki nasab mulia atau didirikan oleh para sayyid yang mulia, kemudian diserahkan kepada saudara-saudara mereka dari suku Mudhariyah dan Humairiyyah, seperti mana keluasan dua negara yakni kerajaan Murabitin dan kerajaan Muwahhidin. ❇️ 🌷

🌟🌸 ثم إنه من باهر القدرة الإلهية وبركة الألطاف المحمدية أن جمع سبحانه وتعالى الإمامة الظاهرة والباطنة في آخر الزمان في نفس السلسة أي أولاد المولى محمد النفس الزكية ورأَّسهم ظاهرًا وباطنا على الإقليم المغربي الشريف ، فجعل الخليفة الظاهر والباطن من هذا النسل الشريف ، وهي لعمري خصوصية أكرم الله بها أهل هذه السلسلة الشريفة على باقي السلاسل الهاشمية العلوية الأخرى ، فجعل الدولة الظاهرة فيهم والدولة الباطنة فيهم أي عند شيخنا التجاني رضي الله عنه ومن إنتسب إليه 🌸🌟

🌺✨ Kemudian, dalam manifestasi kekuasaan Ilahi dan keberkatan kurniaan Bangsa Muhammadi , Allah Yang Maha Kuasa telah menyatukan kekhalifahan zahir dan batin di akhir zaman dalam satu silsilah, yakni keturunan Sayyidi Muhammad an-Nafs az-Zakiyah. Allah mengangkat mereka sebagai pemimpin zahir dan batin di wilayah Maghribi yang mulia. Ini adalah keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada keluarga Umari yang mulia ini dibandingkan dengan keturunan Hasyimi lainnya, dengan menjadikan kekhalifahan zahir dan batin dalam keluarga yang sama, yaitu di bawah naungan Guru kami, Ahmad at-Tijani رضي الله عنه, dan semua yang berhubungan dengannya. ✨🌺

🌼💠 وبذلك ختم الله أمر الإمامة الظاهرة والباطنة فيهم، فكانوا رؤساء الدين والدولة في آن واحد، في مشهد يعكس منتهى الكمال وجمال الحكمة الإلهية وتدبير الربانية لمن ارتضاهم الله ليكونوا ورثة نبيه المصطفى ﷺ في أرضه وعباده. 💠🌼

🌹🌟 Dengan demikian, Allah telah menutup urusan kepemimpinan zahir dan batin pada mereka, sehingga mereka menjadi pemimpin agama dan negara sekaligus, dalam pemandangan yang mencerminkan kesempurnaan tertinggi dan keindahan hikmah Ilahi serta pengaturan Rabbani bagi mereka yang Allah pilih untuk menjadi pewaris Nabi-Nya ﷺ di bumi dan di antara hamba2nya.

Sabtu, 1 Mac 2025

ULANGKAJI BAB PUASA

*Niat Puasa* :

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari 
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

*Syarat Wajib Puasa* :

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa* :

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk 
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa* :

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya).
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus 
(Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.

*Tingkatan Puasa* :

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.
Insya Allah

Kadar Fidyah 2025

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu, Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar

Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan.

Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba.

Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah.

Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca.

Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 - 1439 Hijriah.

Secupak beras = 675 gram (RM1.80).
Satu gantang bagdad = 2.7kg.

MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.

Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur membayar Fidyah

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib.

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Contoh :

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

2. Perempuan hamil.

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

3. Ibu yang menyusukan Anak.

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Contoh :

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

4. Orang yang telah meninggal dunia.

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’).

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh :

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah.

Kadar bayaran fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

*Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib..

Rasulullah SAW terkaya dari selawat ummat

Kebaikan selawat kembali kpd ummat.. Wahai orang-orang yg beriman , Allah telah menyuruh kamu dengan perkara yg telah di dahulukan ke atas Allah dan Malaikat.. iaitu Selawat.. sebenarnya kita tidaklayak dengan kekurangan kita dari sudut adab untuk berselawat kepda Baginda Rasulullah SAW kerana kita penuh dgn kehinaan / tiada kelayakan untuk menjadikan diri kita sebagai laluan utk memuji Baginda Rasulullah SAW yg penuh kesempurnaan ..cuma dari sudut kerahmatan Allah dan ianya satu kurniaan dari Allah..makanya kita di boleh kan berselawat.. berselawat lah dengan rasa beradab dengan rasa tiada kelayakan ,sedar.. diri nyatanya hanya cuma bungkusan penuh kehinaan, lidah dan tiap dari yg ada pada kita penuh syuhbah dan dosa, tiada bandingan dengan hadrah Baginda Rasulullah SAW ( punca kemuliaan) .. 
Jika dalam diri ada tarikan untuk berselawat itu semata mata kurniaan... Selawat lah dengan rasa tidak layak.. dengan rasa mulia Nya Baginda Rasulullah SAW kerana hakikatnya Allah berselawat tanpa henti sejak azali... Jadi apalah yg ada pada selawat kita.. semata mata kurniaan buat ummat kerana Rasulullah SAW semata mata punca Rahmat dan Allah yg Maha Rahmat 
👑👑👑اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم و على آله حق قدره و مقداره العظيم👑👑👑

Rabu, 26 Februari 2025

Rasulullah SAW terkaya dari selawat ummat

Kebaikan selawat kembali kpd ummat.. Wahai orang-orang yg beriman , Allah telah menyuruh kamu dengan perkara yg telah di dahulukan ke atas Allah dan Malaikat.. iaitu Selawat.. sebenarnya kita tidaklayak dengan kekurangan kita dari sudut adab untuk berselawat kepda Baginda Rasulullah SAW kerana kita penuh dgn kehinaan / tiada kelayakan untuk menjadikan diri kita sebagai laluan utk memuji Baginda Rasulullah SAW yg penuh kesempurnaan ..cuma dari sudut kerahmatan Allah dan ianya satu kurniaan dari Allah..makanya kita di boleh kan berselawat.. berselawat lah dengan rasa beradab dengan rasa tiada kelayakan ,sedar.. diri nyatanya hanya cuma bungkusan penuh kehinaan, lidah dan tiap dari yg ada pada kita penuh syuhbah dan dosa, tiada bandingan dengan hadrah Baginda Rasulullah SAW ( punca kemuliaan) .. 
Jika dalam diri ada tarikan untuk berselawat itu semata mata kurniaan... Selawat lah dengan rasa tidak layak.. dengan rasa mulia Nya Baginda Rasulullah SAW kerana hakikatnya Allah berselawat tanpa henti sejak azali... Jadi apalah yg ada pada selawat kita.. semata mata kurniaan buat ummat kerana Rasulullah SAW semata mata punca Rahmat dan Allah yg Maha Rahmat 
👑👑👑اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم و على آله حق قدره و مقداره العظيم👑👑👑

Ahad, 23 Februari 2025

❁𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗠𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗙𝗨𝗧𝗨𝗛 (𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡)❁

❁أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ❁
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

❁اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ۞ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩

❁سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞. 

JALAN KEHAMBAAN DAN SYUKUR TIDAK MENCARI FUTUH (PEMBUKAAN)

(Seseorang) hamba apabila ingin masuk ke dalam rumah, (maka dia) tidak akan mengetuk pintu (dan) terus untuk masuk, tetapi (dia akan) sabar menunggu. 

Jikalau (dia) mengetuk (pintu) juga, itu (adalah) tanda usaha (dia) untuk masuk (ke dalam rumah), itulah kurang adab. Jika dikira dengan jalan sufi (yang) lain, boleh (sahaja) dia mengetuk pintu (dan) buka pintu. 

Maka berkata Qutb Sidi Ahsan Al Baqili r.hu, "Teramat jauhlah bezanya antara (seseorang) yang berusaha untuk mendapatkan futuh, dengan (seseorang) yang diberikan futuh. Futuh ahli Tarekat ini (Tijaniy) adalah Hujumi, bukannya diusahakan". 

Walaupun (seseorang itu) didalam Maqam Taubat, tiba-tiba diberi pembukaan untuk umat ini. 

Sayyidi Ahmad Al-Mubarak rahimahullah berkata dalam kitab Ibriiz yang masyhur yaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya,yaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Masu’d Ad-Dibaagh Al-Hasani AL-faasi Al-Maghribi rahimahullah :

" إنَّ طريقة الشّكرِ هي الطّريقةُ الأصليّةُ وهي الّتي كانت عليها قلوبُ الأنبياء والأصفياء مِنَ الصّحابة وغيرهم وهي عبادته تعالى على إخلاصِ العُبوديّةِ والبَرَاءَةِ مِنْ جميع الحُظُوظِ مع الإعترافِ بالعجزِ والتَّقصيرِ وعدَمِ تَوْفِيَةِ الرُّبُوبِيَّةِ حقّهَا وسُكُونِ ذلك على مَمَرِّ السّاعاتِ والأزمان فلمَّا عَلِمَ مِنْهُمْ تبارك وتعالى الصِّدق أَثَابَهُمْ بِما يَقْتَضِيهِ كَرَمَهُ مِنَ الفتحِ فِي معرفتِهِ ونَيْلِ أسرارِ الإيمان بِه عزّوجلّ فلمَّا سَمِعَ أهلُ الرِّيَاضَةِ ما حصل لهؤلاءِ مِن الفتح في معرفتِهِ ونيلِ أسرار الإيمان به عزّوجلّ جعلوا ذلك هو مَطْلُوبَهُمْ ومَرْغُوبَهُمْ فجعلوا يطلبُونهُ بالصِّيام والقيام والسَّهر ودوامِ الخَلْوَةِ حتّى حَصَلُوا على ما حصلوا فالهِجرة في طريقة الشُّكر كانت مِنْ أوّل الأمر إلى الله ورسولهِ لا إلى الفتح ونيل الكُشُوفاتِ والهجرةُ في طريقة الرّياضة كانت للفتحِ ونيل المَرَاتِبِ والسَّيْرُ فِي الأولى سَيْرُ القلوب وفي الثّانية سير الأبدان والفتح في الأولى هُجُومِيٌّ لم يحصُل مِنَ العبدِ تَشَوُّفٌ إليه فبينما العبد في مقام طلبِ التّوبةِ والاستغفارِ مِنَ الذُّنوبِ إذْ جاءَهُ الفتحُ المُبِينُ " انتهى كلام القطب الدبّاغ
 
Ertinya:
“Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah asal, iaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi - Nabi 'alaihimussalam dan hamba - hamba pilihanNya, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi ﷺ dan lainnya,..
…Ibadah mereka kepada Allah ﷻ berteraskan kepada keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah ﷻ
…dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan ..

dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman..
Maka apabila Allah ﷻ Yang Maha mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah ﷻ , maka dengan sifat kemurahan Allah ﷻ, Allah ﷻ pun membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka, seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah ﷻ dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar…
Maka apabila ahli riadah (mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah (syukur)...

maka pada ketika itu ahli riadah dan mujahadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya,,
sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara, antaranya:
- dengan berpuasa, qiyamullail, berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan.
  
Maka hijrah yang sebenar dalam toriqah syukur dan mahabbah , ialah :  
permulaannya dengan hijrah kepada Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..

dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan - pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..

FUTUH YANG SEBENAR 

Telah berkata Qutb Sayidi Al Haj Al Ahsan Al Baqili r.hu; 

ولا يشغلون بازالة الحجب بل رضوا بما هم عليه وهو عين الفتح 

Dan tidak menyibukkan hati tentang bagaimana untuk menghilangkan hijab BAHKAN pasrah (redha) dengan apa jua keadaan mereka yang telah ditentukan (sama ada futuh atau terhijab), itulah pembukaan yang sebenar (Ain Futuh). 

سوق الاسرار
سيدي الحاج الاحسان البعقيلي رضي الله عنه 

FUTUH ADALAH RAHSIA KEWALIAN 

▪️FUTUH @ PEMBUKAAN▪️ itu adalah sebahagian daripada rahsia-rahsia kewalian. Telah menerangkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Assyarif Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa; 

▪️Pembukaan itu adalah amanat ilahi.
▪️Pembukaan itu adalah rahsia Allah ﷻ berkenaan perkara yang tidak boleh dikenali. Kenal akan sesuatu daripada hadrah Allah ﷻ yang asalnya (perkara tersebut) tidak boleh dikenali (hanyalah diizinkan untuk sebahagian orang yang terpilih sahaja untuk mengenalinya). Tidak boleh dikenali sebab diri tidak layak, tidak suci untuk menerima anugerah
▪️ pembukaan itu kerana kemampuannya, jiwanya, tidak larat untuk menerima 
▪️pembukaan itu. Syarat bagi menerima anugerah itu besar yakni mesti menjaga rahsia anugerah pembukaan itu sendiri. Sekiranya tidak, diri akan dicampak keluar daripada hadrah Allahﷻ. 

Sayugia dalam memelihara dan memperkemaskan niat untuk memasuki pintu ilahi, Murobbina Hafizahullahu Ta'ala telah menegaskan; 

▪️"Niat yang suci terus akan mendapat jalan yang suci, niat yang bersih terus akan mendapat jalan yang bersih" ▪️

Tegas beliau lagi; 

▪️"Maka memelihara adab tujuan dalam jalan-jalan ilahi adalah sangat penting, agar diri dapat memelihara sifat kehambaan yang sejati. Amalan dan ibadah akan menjadi hijab diri dengan Allahﷻ seandainya diri mempunyai lain-lain niat dan tujuan selain Allahﷻ, dan juga akan menjadi fitnah pada ahlinya yang inginkan kekayaan, inginkan karamah, inginkan maqam, inginkan▪️ pembukaan/futuh, ingin berjumpa dan bersahabat dengan jin, inginkan alam-alam rohani, dan sebagainya. Inilah perkara yang merosakan keikhlasan dalam amal ibadah". ▪️

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala