Selasa, 6 Mei 2025

AKU MENCURI SANDAL SYAIKH TIJANI DIJALAN, NAMUN SYAIKH MALAH MEMBUAT AKU TERDORONG MASUK KE JALAN (THARIQAHNYA)

كَانَ سَيِّدُنَا الشَّيْخُ أَحْمَدُ التِّجَانِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَجْلِسُ فِي حَانُوتِ صَاحِبِهِ سَيِّدِي الْحَاجِّ مُحَمَّدِ بْنِ حَيُّونَ الْفَاسِيِّ فِي بَعْضِ الْأَحْيَانِ فَبَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي أَحَدِ الْأَوْقَاتِ وَقَدْ رَفَعَ رِجْلَيْهِ وَتَرَكَ نَعْلَيْهِ عَلَى الْأَرْضِ بِبَابِ الْحَانُوتِ إذْ جَاءَ مُخْتَلِسٌ وَسَرَقَهَا فَنَظَرَ إلَيْهِ جَارُهُ فِي الصَّفِّ الْمُقَابِلِ لَهُ فَأَخْبَرَ الشَّيْخَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِذَلِكَ قَائِلًا لَهُ إنَّ شَخْصًا أَخَذَ نَعْلَيْكَ وَفَرَّ بِهِمَا .

Sayyidina Syaikh Ahmad al-Tijani, radhiyallahu 'anhu seringkali duduk di toko milik sahabatnya, Sayyidi al-Hajj Muhammad bin Hayyun al-Fasi. Suatu kali, saat beliau sedang duduk dan mengangkat kedua kakinya, ia meletakkan kedua sandalnya di depan pintu toko. Tiba-tiba, seorang pencuri datang dan mengambil kedua sandal tersebut. Seorang tetangga yang berada di seberang jalan melihat kejadian itu dan memberitahu Syaikh Ahmad At-Tijani radhiyallahu 'anhu bahwa ada seseorang yang mengambil sandal beliau dan melarikan diri dengan keduanya.

فَقَالَ الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : [ اللَّهُ يَجْعَلُهُمَا سَبَبَ تَوْبَتِهِ إنْ كَانَتْ هَذِهِ حِرْفَتُهُ وَيُغْنِيهِ عَنْهُمَا إنْ كَانَ مُحْتَاجًا لَهُمَا ]

Syaikh Ahmad At-Tijani, radhiyallahu 'anhu berkata : "Semoga Allah menjadikan kedua sandal ini sebagai sebab taubatnya (si-pencuri) jika memang ini adalah profesinya, dan semoga Allah memberinya kecukupan dari keduanya jika ia memang membutuhkannya.

وَبَعْدَ سَاعَةٍ جَاءَ ذَلِكَ السَّارِقُ وَوَضَعَ النَّعْلَيْنِ بِمَحِلِّهِمَا بِاخْتِلَاسٍ خَشْيَةَ أَنْ يَرَاهُ أَحَدٌ فَرَآهُ الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَسَأَلَهُ عَنْ سَبَبِ رَدِّهِمَا إلَى مَحِلِّهِمَا بَعْدَ أَنْ ذَهَبَ بِهِمَا فَأَخْبَرَهُ بِأَنَّهُ رَجُلٌ فَقِيرٌ وَقَدْ ازْدَادَ عِنْدَ زَوْجَتِهِ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ مَوْلُودٌ وَلَيْسَ عِنْدَهُ مَا يُنْفِقُ عَلَى زَوْجَتِهِ النُّفَسَاءِ فَأَخَذَ تِلْكَ النَّعْلَيْنِ بِقَصْدِ أَنْ يَبِيعَهُمَا فَيُنْفِقَ عَلَيْهَا وَلَكِنَّ اللَّهَ أَغْنَاهُ عَنْهُمَا بِصُرَّةٍ مِنْ الدَّرَاهِمِ وَجَدَهَا 

Setelah beberapa saat, pencuri itu kembali dan meletakkan kedua sandal di tempatnya semula dengan diam-diam, takut ketahuan orang lain.
Syaikh Ahmad At-Tijani, radhiyallahu 'anhu melihatnya dan bertanya tentang alasan mengapa ia mengembalikan sandal-sandal itu setelah membawanya pergi. 
Pencuri itu menjelaskan bahwa ia adalah seorang pria miskin yang baru saja memiliki anak pada hari itu dan tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada istrinya yang baru melahirkan. Ia mengambil sandal-sandal itu dengan tujuan menjualnya untuk memenuhi kebutuhan istrinya. Namun, Allah memberinya kecukupan dengan sebuah kantong uang yang ditemukannya.

فَوَعَظَهُ الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَنْ لَا يَعُودَ إلَى مِثْلِ هَذَا الْفِعْلِ فَعَاهَدَ الشَّيْخَ وَتَابَ عَلَى يَدِهِ.

Syaikh Ahmad At-Tijani
radhiyallahu 'anhu menasehatinya agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu lagi. Pencuri itu berjanji kepada Syaikh Ahmad At-Tijani dan bertobat di bawah bimbingannya.

وَكَانَ يُبَاسِطُ الْإِخْوَانَ فَيَقُولُ سَرَقْتُ الشَّيْخَ فِي الطَّرِيقِ فَسَاقَنِي لِطَرِيقِهِ وَلَقَدْ بَحَثَ عَنْ صَاحِبِ الصُّرَّةِ فَلَمْ يَقِفْ لَهُ عَلَى أَثَرٍ بَعْدَ النَّشْدَانِ التَّامِّ وَأَغْنَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْحِينِ.

Ia (pasca taubat ) seringkali bercanda dengan para ikhwan dan mengatakan : Aku telah mencuri sandal milik Syaikh Tijani dijalan, lalu Syaikh membawa aku mengikuti jalan (Thariqahnya). Dia juga mencari pemilik kantong uang itu, tetapi tidak menemukannya setelah pencarian yang menyeluruh. Sejak itu, Allah memberi orang tersebut kecukupan.

✍🏻Disadur dari postingan  
Zawiyah Tijaniyah Abu Samghun, ditulis ulang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Abdul Muiz Bin Mustofa Lc, M.Pd Selasa 6 Mei 2025

Sabtu, 3 Mei 2025

JALAN SELAWAT ADALAH ANUGERAH DAN HADIAH UTK UMAT AKHIR ZAMAN YG PENUH DENGAN KELEMAHAN DAN KELALAIAN

AHWAL Umat akhir zaman ini penuh dengan KEAIBAN dan KELEMAHAN dalam semua aspek kehidupan mereka ,ibadahnya penuh lalai dan ghaflah ,punca rezeki makanan dan minuman penuh syubhah dan haram(riba) banyak terlibat dengan perkara yg sia sia (politik kepartian dan pecah belah ummah)

macamana Allah hendak menerima amalan dan suluk kamu dengan ahwal seperti ini ???

SOLUSINYA maka carilah jalan yg Allah paling suka dan menerimanya SEPENUH amalan itu TANPA MELIHAT ahwal dan keadaan seseorang hamba itu samaada dia ikhlas atau tidak ? ahli maksiat atau tidak ? ahli lalai atau tidak ? 

Maka JALAN SULUK yang paling MUDAH dan SESUAI utk semua LAPISAN UMMAH yang hidup di AKHIR ZAMAN ini untuk sampai KEHADRAH ALLAH HANYASANYA melalui JALAN SELAWAT khasnya dengan memperbanyakkan membaca SELAWATUL ALFATIH nescaya Allah akan MENUTUPI segala kelemahan umat ini dengan RAHMAH,KEMULIAAN dan KETINGGIAN MARTABAT KEKASIHNYA yang AGONG BAGINDA صل الله عليه وسلم .

#intipati syarah Majlis Maulid dan pengijazan selawat Alfatih oleh guru yg mulia Sayidi Ahmad Alhadi Alhasani hafizahullah di kuang selangor 25/11/2022

#Anugerah tidak mensyaratkan kelayakan
#selawatfatihdihati
#ahli maghribi ahli selawat
#ahli nusantara ahli pencinta selawat para auliya

Khamis, 24 April 2025

FADHILAT DAN KELEBIHAN MENGAMALKAN Ayat لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ ......

DENGAN IZIN DARI SAYIDI AHMAD ALHADI ALHASANI ATTIJANI

Fadhilat Ayat Laqad Jā'akum
Kata Murobbīnā, Sayyidī Ahmad al-Hādī al-Ḥasanī حفظه الله تعالى, ayat Laqad Jā'akum sangat besar manfaatnya. Sesiapa yang membacanya sebanyak 7 kali selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib, tidak akan mati melainkan dia terlupa membacanya.

Perkara ini beliau kisahkan kepada seorang sahabat yang panjang usianya, sehingga ramai dalam kalangan sahabat yang telah wafat, namun beliau masih hidup lagi. Sehinggalah pada suatu malam, beliau bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullāh ﷺ. Dalam mimpi tersebut, Baginda ﷺ bertanya kepadanya:
"Apakah engkau tidak rindu untuk bertemu denganku?"

Tersedar daripada mimpi itu, pada hari tersebut beliau meninggalkan bacaan Laqad Jā'akum, dan pada hari itu juga beliau wafat.

Murobbīnā turut memberitakan bahawa sesiapa yang melazimi bacaan ayat Laqad Jā'akum, akan terlindung daripada sihir, gangguan syaitan, dipermudahkan segala urusan, serta dilapangkan rezeki. Bagi yang berhadapan dengan gangguan, kata Murobbīnā, elok dibaca sebanyak 11 kali setiap kali selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib.

Orang-orang dahulu, kata Murobbīnā, sebelum pergi berperang akan membaca terlebih dahulu ayat Laqad Jā'akum, kerana khasiat ayat ini menjadikan tubuh seseorang itu kebal – tidak lut jika terkena senjata.

Bagi kami, murid-murid Murobbīnā, mengamalkan bacaan ini sebanyak 7 kali setiap kali selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib. Alḥamdulillāh, kami menerima ijāzah dan izin amalan ini daripada Murobbīnā sendiri.

Murobbīnā juga menceritakan satu kisah ketika Saiyidunā ‘Umar رضي الله عنه menjadi Khalifah. Ketika itu beliau berusaha mengumpulkan ayat-ayat al-Qur’ān dan memerintahkan agar sesiapa yang mengetahui atau menghafal ayat-ayat al-Qur’ān datang kepada beliau untuk disemak dan dikumpulkan. Maka, sesiapa yang datang perlu membawa bersama beberapa saksi yang turut mendengar ayat tersebut dari Rasulullāh ﷺ.

Namun, apabila sampai kepada ayat Laqad Jā'akum, Saiyidunā ‘Umar رضي الله عنه mengatakan bahawa bagi ayat ini tidak diperlukan saksi – beliau terus membenarkannya tanpa syak.

Dikisahkan juga seorang tābi‘īn yang terselamat di akhirat dan terus masuk ke dalam syurga hanya kerana membaca ayat Laqad Jā'akum setiap kali berdiri untuk menunaikan solat.

Alḥamdulillāh, ayat Laqad Jā'akum ini merupakan salah satu kurniaan agung daripada Allāh سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى buat kita semua. Maka bagi yang berhajat untuk mengamalkannya, silakanlah mengamalkannya dengan adab dan istiqāmah.

---

Ayat Penuh:

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ ﴿١٢٩﴾
(Sūrah at-Tawbah, ayat 128-129)

Isnin, 14 April 2025

Siapakah khotmul auliya yg menjadi dambaan setiap wali2 Allah ?

☆Martabat kewalian adalah melalui pancaran cahaya kewalian Khotmul-Auliya’ Akbar☆

Ibnu A’rabi,dan pensyarah kitab beliau ,Al Allamah Al-mulla Jaami yang masyhur di bumi pengikut pengikut mazhab Hanafi, kedua-duanya telah berkata dalam kitab tersebut :

"وغيرُه مِنَ الأنبياء ما كان نبيًّا ولَا عَالِمًا بنُبُوَّتِهِ إلاَّ حينَ بُعِثَ بَعْدَ وُجُودِهِ بِبَدَنِهِ العُنصُريِّ و اسْتِكمالِهِ شَرَائِطَ النبوّة فانْدَفَعَ بِذلك ما يُقالُ مِنْ أنَّ كلَّ واحدٍ مِنَ ساداتنا الأنبِياء بِهَذِهِ المَثَابَةِ مِنْ حيثُ أنَّهُ كانَ نبيًّا فِي علمِ الله تعالى"          
Ertinya:
“Dan Nabi nabi yang selain daripada Baginda SAW ,mereka itu tidaklah menjadi nabi dan tidak mengetahui tentang kenabian diri mereka, melainkan setelah di utuskan sebagai Nabi dan juga setelah badan mereka lengkap dengan unsur unsur tanah dan setelah sempurna Syarat kenabian…..” 
…Maka tertolak dan terbatallah perkataan yang mengatakan bahawa Nabi nabi itu wujudnya mereka bersama dengan Baginda SAW. .
(Berakhirnya terjemahan ibarat tersebut…)
Kemudian kedua dua mereka menyambung perkataan mereka:

" وكذلك خاتَم الأولياءِ كانَ وليًّا بالفِعلِ عالِمًا بِوِلايتِه وآدمُ بين الماء والطين وغيرهُ ما كان وليًّا ولا عالِمًا بِوِلاَيتهِ إلَّا بعْدَ تحصِيلِهِ شرائِطَ الوِلايةِ مِنَ الإتِّصاف بالأخلاقِ الإلهيَّةِ وخاتَم الوِلاية هُوَ الوليُّ الوارِثُ الآخِذُ عَنِ الأصلِ المُشَاهِدُ للمراتِبِ العَارِفُ باسْتِحْقَاقِ أصْحابِهَا ليُعْطِي كلَّ ذِي حقٍّ حَقَّهُ " 
انتهى كلامُهُمَا
Ertinya:
“Demikian juga Khotmul Auliya(khas),wujudnya beliau adalah wujud yang sebenar,(bukanlah dengan semata mata dengan martabat),dan beliau sudah pun mengetahui kewalian diri beliau,padahal pada ketika itu Nabi Adam AS masih lagi di antara air dan tanah….
.. wali wali selain daripada beliau, tidaklah mereka itu menjadi wali dan tidaklah mereka itu mengetahui akannya melainkan setelah lengkap dengan syarat syarat kewalian ,yaitu di lengkapi dengan akhlak ketuhanan yang mulia…
…dan Khotmul Auliya(khas) adalah pewaris tunggal yang mewarisi daripada pemilik asal yang sebenar,yaitu pemilik yang memiliki sekelian martabat yang ada,dan pemilik tersebut mengetahui siapakah yang berhak dengan martabat tersebut…
supaya dapat diserahkan hak seseorang kepada sesiapa yang layak dengannya …..”
(Berakhirnya terjemahan ibarat tersebut…)

    telah berkata Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi dalam kitab beliau,yaitu ketika beliau menerangkan kumpulan para wali dalam kitab Fututhat Makkiyah beliau ,katanya pada permulaan jilid 3 kitab tersebut..:

" ومِنهمْ رضي الله عنهُم الختمُ وهْوَ واحِدٌ في كلِّ زمانٍ بَلْ هُو واحدٌ في العالَمِ يَخْتِمُ الله بِه الوِلاية المُحمّديّةَ فلا يكُونُ في الأولياءِ المُحمّديِّينَ أكبر مِنْهُ وثَمّ خَتم آخَرَ يَختِمُ اللهُ به الولايةَ العامّةَ مِنْ آدمَ إلى آخر وليٍّ وهْوَ عيسى عليه السّلام "

Ertinya :
“ daripada kalangan wali wali,ada seorang jua Khotmul Auliya(khas),dan Khotmul Auliya tersebut satu satunya yang ada dalam setiap zaman,
     bahkan Khotmul Auliya tersebut satu satunya Khotmul Auliya yang terlantik wali wali Al-Muhammadi melalui diri beliau,dan tidak ada seorang wali pun yang terlebih hebat daripada beliau…
…dan ada juga disana ,daripada kalangan wali wali dilantik melalui Khotmul Auliya Am..
-mereka itu di lantik melalui Khotmul Auliya Am tersebut ,sejak daripada Nabi Adam hinggalah kepada wali terakhir,dan Khomul Auliya am tersebut adalah Nabi Isa…….”
(Berakhirnya terjemahan ibarat tersebut…)
Syeikhul Akbar Ibnu A’rabi telah mengarang satu risalah khusus yang menerangkan masalah (Khotmul-Auliya)yang dinamakan dalam karangan beliau dengan masalah : 

" عَنْقَاءُ مغْربٍ في شَمْسِ الوِلاَيَةِ وخَتْمِ المَغْرِبِ"
ertinya :
Garuda Maghribi yang berada di dalam pancaran matahari kewalian,serta Khotmul Auliya bumi Maghribii
dan beliau menyelitkan dalam kitab tersebut perbahasan mengenai Khotmul Auliya dan Imam Mahdi secara rahsia/terselindung ..
-kerana bimbang terkeluar perbicaraan ini kepada orang luar yang bukan ahli dalam memahami akannya..
dengan sebab itu beliau menggunakan bahasa isyarat dan rumuz tertentu …
-Sebahagian daripada salah seorang wali besar yang membicarakan masalah Khotmul Auliya,ialah Al-Allamah mujtahid mazhab syafie ,Imam Abdul Wahab Sya’rani RA ,beliau membicarakan dalam kebanyakkan karangan beliau..
seperti kitab “yawaaqit wal jawahir”
( اليَوَاقِيِت والجَوَاهِرِ) 
-beliau membicarakan masalah Khotmul Auliya, yaitu ketika beliau menerangkan masalah Khotmul Auliya yang di bicarakan oleh Syeikhul Akbar Ibnu-A’rabi…
juga beliau membicarakan masalah Khotmul-Auliya dalam kitab beliau “Addur wal Ghowwas”
( الدُّررِ والغَوّاص)
juga beliau menerangkan secara terperinci masalah khotmul Auliya dalam kitab “Tobaqat” beliau,yaitu ketika beliau menbentang biografi Ustaz Akbar Sayidi Muhammad Ibnu Wafa Al-Osmani berketurunan Maghribi….,beliau adalah pengasas Toriqah Wafaiah ,dan beliaulah salah seorang yang mendakwa bahawa beliau telah mencapai martabat Khotmul Auliya….
ulasan syarif Ahmad Alhadi :
Apabila sudah jelas dan difahami akan masalah khotmul Auliya ini….
Sedarlah..! 
wahai pecinta kebenaran….- 
Sesungguhnya masalah Khotmul Auliya ini ,adalah suatu keterangan tinggi lagi rumit yang menerangkan bahawa Khotmul Auliya ini adalah satu martabat perantaraan antara hadrah kenabian dan hadrah kewalian…
..dan tidak ada suatu martabat dalam medan makrifah akan Allah SWT yang melebihi martabat Khotmul Auliya tersebut.
Hanyasanya martabat Khotmul-Auliya inilah yang meliputi dan merangkumi segala kesempurnaan yang di miliki oleh sekelian wali wali Allah(2)…
Khotmul Auliya inilah yang mendapat setiap limpahan yang mengalir daripada hadrah hakikat Muhammadiah….
beliau (khotmul-Auliya )juga adalah pewaris tunggal bagi segala limpahan madad yang mengalir daripada hakikat Ahmadiah..
-Maka terhimpunlah kepada beliau dua lautan:

1-lautan kenabian
2-lautan kewalian

Dan rahsia pertalian antara dua lautan ini ialah : 
tidak mungkin sama sekali sekelian madad ilahi (sedikit atau banyak) yang mengalir melalui Baginda SAW atau daripada Nabi nabi kehadrah wali wali melainkan Khotmul Auliya yang menjadi perantaraannya…

-Khotmun Nubuwwah adalah perantara antara pencipta dan makhluknya.
-Adapun Khotmul Auliya adalah perantara antara hadrah kenabian dan hadrah kewalian…  
Kepada Allah SWT segala pujian, perhatikanlah perkataan indah daripada Imam Al Busiri RA ..:

فَهْوَ شَمْسُ فَضْلٍ هُمْ كَوَاكِبُهَا  
         يُظْهِرْنَ أَنْوَارَهَا لِلنَّاسِ فِي الظُّلَمِ
Ertinya:
Rasulullah SAW umpama matahari kurniaan ilahi..
dan mereka(nabi nabi), umpama Bintang bintangnya….
Bintan-bintang yang menyinarkan cahaya matahari kepada sekelian Makhluk Allah yang berada dalam kegelapan…

Khamis, 10 April 2025

TARBIYYAH TIJANIYYAH

Thariqah Tijani berbeza sama sekali dgn mana² thariqah..

..berbeza dgn sstgh thariqah mujahadah, yg perlu memasuki proses bersuluk( zahir & batin) spt naqsyabandi, ghazaliyah dan yg seumpamanya..

..berbeza jg dgn thariqah syukur, spt syazili, yg menjalani suluk pd bathin shj..

..suluk adalah proses menggerakkan rohani murid kpd Hadrah Allah..

..maka setiap murid ditarbiah mengikut kaedah suluk thariqah masing²..
ditarbiah nafsu murid dari satu tahap(ahwal/maqam) kpd tahap yg lebih tinggi, hingga mencapai tahap kedekatan kpd Allah..

..Manakala Thariqah Tijani tiada suluk bg mereka..

..kerana mereka setelah dibaiah, ditarbiah sebagaimana mereka yg telah berada didlm Hadrah Allah..

..mereka tidak merasai sebarang ahwal² sufi atau tiada perubahan maqam..

..mereka hanya ditarbiah utk mengeluarkan sifat sejati hamba yg berada didlm Hadrah Allah..
iaitu menyelami hakikat kehambaan yg telah tersimpan dlm batin mereka..

..ditarbiah utk sentiasa muraqabah kpd Hakikat Rasulullah melalui selawat fatih, sebagaimana keadaan ahli kamil..

..yakni bg mereka yg sampai kpd nafsu kamilah, yakni yg telah terbuka Hakikat Rasulullah, maka mereka disibukkan dgn menyelami rahsia Rasulullah..

..amalan wazifah jg termasuk bagaimana menyelami kebersamaan bersama Rasulullah..

Tarbiah dlm Tijani, tidak mencari² ahwal atau mengejar maqam, tidak bertujuan utk sampai (wusul) kpd Allah, tidak bertujuan membersih hati, tidak bertujuan dgn apa² tujuan selain Allah..

..tarbiah dlm Tijani hanyalah mengukuhkan/memantapkan/mentahqiqkan kehambaan serta Allah..

..serta menyibukkan diri/hati dlm mengenali kerahsiaan/ hakikat Rasulullah..

..maka yg lain drp itu dikira masih mengejar habuan² nafsu..

Selasa, 8 April 2025

HIMPUNAN KELEBIHAN SELAWAT AL-FATIH

(Daripada Qutubul Maktum wa Khatmul Muhammadil Ma‘lum – Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه)

Khas untuk para pencinta beliau dan tidak kepada yang mengingkarinya.

---

Maksud dan Keutamaan Selawat Al-Fatih

Di dalam kitab Yaqutatatil-Faridah, disebut bahawa selawat ini dinamakan oleh ahlinya sebagai Miftah Hakikat Muhammadiah (Kunci Rahsia Hakikat Muhammadiah), dan ia lebih masyhur dalam kalangan orang ramai sebagai Selawat Al-Fatih.

Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه berkata:

"Rasulullah ﷺ telah bersabda kepadaku:

ما صلى على أحد بأفضل من صلاة الفاتح لما أغلق

Maksudnya:
"Tidak ada seseorang pun yang berselawat ke atasku dengan selawat yang lebih afdal daripada Selawat Al-Fatih Lima Ughliqa."

---

Kelebihan Selawat Al-Fatih

Pertama:

Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه berkata:

لو اجتمع أهل السماوات السبع ومن فيهن على أن يصفوا ثواب الفاتح لما أغلق ما قدروا

Maksudnya:
"Jikalau seluruh penduduk langit berserta makhluk-makhluk yang berada di dalam tujuh lapisan langit berkumpul untuk menilai ganjaran pahala Selawat Al-Fatih, nescaya mereka tidak mampu untuk mengiranya."

كل أعمار الناس ذهبت مجانا إلا أعمار أصحابي صلاة الفاتح

Maksudnya:
"Umur manusia berlalu begitu sahaja tanpa faedah, melainkan umur orang yang berselawat dengan Selawat Al-Fatih."

---

Kedua:

Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن فضل صلاة الفاتح فأخبرني صلى الله عليه وسلم أن المرة الواحدة تعدل من كل تسبيحة وطاعة في الكون ومن كل ذكر ومن كل دعاء كبير أو صغير 6,000 مرة

Maksudnya:
"Aku telah bertanya Rasulullah ﷺ tentang kelebihan Selawat Al-Fatih. Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

"Satu kali Selawat Al-Fatih menyamai semua tasbih yang diucapkan oleh makhluk ciptaan Ilahi, serta semua zikir dan doa – sama ada yang besar atau kecil – sebanyak 6,000 kali."

---

Ketiga:

صلاة الفاتح لما أغلق ب 600,000 صلاة وكل صلاة على انفراد بأربعمائة غزوة

Maksudnya:
"Satu kali Selawat Al-Fatih menyamai ganjaran 600,000 selawat, dan setiap satu selawat tersebut menyamai ganjaran 400 kali menyertai peperangan."

---

Keempat:

Rasulullah ﷺ menyambung sabdanya:

إن من صلى بها حصل له ثواب ما إذا صلى بكل صلاة وقعت في العالم من كل جن وإنس وملك ستة آلاف صلاة من أول العالم

Maksudnya:
"Barangsiapa yang berselawat dengan Selawat Al-Fatih, nescaya ia beroleh ganjaran semua pahala selawat yang dilakukan di alam ini sejak permulaan kejadian makhluk, daripada kalangan jin, manusia dan para malaikat.

"Dengan kata lain, seseorang yang berselawat dengan satu kali Selawat Al-Fatih seakan-akan ia berselawat sebanyak 600,000 kali selawat yang lain, bersama dengan seluruh makhluk yang berselawat."

---

Kelima:

Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه berkata:

وخاصية الفاتح لما أغلق أمر إلهي لا مدخل فيه للعقول

Maksudnya:
"Khasiat dan kelebihan Selawat Al-Fatih Lima Ughliqa adalah urusan Ilahi yang tidak boleh diukur dengan akal fikiran.

"Jika dibayangkan terdapat 100,000 umat, dalam setiap umat ada 100,000 kabilah, dalam setiap kabilah ada 100,000 pemuda, dan setiap pemuda itu hidup selama 100,000 tahun, serta setiap hari mereka berselawat 100,000 kali selain daripada Selawat Al-Fatih, kemudian dihimpunkan keseluruhan pahala mereka, maka jumlah itu tidak akan menyamai pahala satu kali Selawat Al-Fatih."

Maka, janganlah berpaling daripada kebenaran atau terpengaruh dengan pendustaan mereka yang menolak kelebihan selawat ini. Kerana kurniaan Allah itu berada di tangan-Nya dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

"وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ"

Maksudnya:
"Dan Dia menciptakan sesuatu yang tidak kamu ketahui." (Surah An-Nahl: 8)

---

Nasihat Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه

Syeikh Ahmad at-Tijani رضي الله عنه menulis dalam salah satu risalahnya kepada sahabatnya:

وأعلم أن كل ما تذكره من الأذكار والصلوات على النبي صلى الله عليه وسلم والأدعية لو توجهت بجميعها 100,000 عام كل يوم تذكرها مئة ألف مرة وجميع ثواب ذلك كله ما بلغ ثواب مرة واحدة من كل صلاة الفاتح لما أغلق

Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa jika seseorang berzikir, berselawat ke atas Nabi ﷺ, dan berdoa selama 100,000 tahun, serta setiap hari ia mengulanginya 100,000 kali, maka ganjaran semua itu masih belum dapat menyamai ganjaran satu kali Selawat Al-Fatih Lima Ughliqa."

"Maka, jika engkau ingin memperoleh manfaat akhirat, sibukkanlah diri dengan Selawat Al-Fatih sekadar kemampuanmu. Kerana ia adalah khazanah Ilahi yang agung bagi sesiapa yang mengamalkannya. Jika engkau ingin menambah zikir selepas wirid harianmu, maka tambahkanlah Selawat Al-Fatih. Aku menasihatimu kerana Allah."

---

Martabat Selawat Al-Fatih

Setiap kelebihan Selawat Al-Fatih yang disebutkan tadi hanyalah pada martabat zahir. Adapun hakikatnya, selawat ini mempunyai tiga martabat, tetapi hanya martabat zahir sahaja yang boleh dihebahkan kepada umum.

Kelebihan yang disebut oleh para arifin hanyalah pada martabat zahir. Jika dibandingkan dengan kelebihan yang disembunyikan, ia umpama setitis air di tengah lautan luas.

Sebagai isyarat ringkas, kelebihan Selawat Al-Fatih pada martabat ketiga menyamai pahala Ismul A‘zam. Kerana itu, kebanyakan ahli khawas dari tarekat ini mengisyaratkan bahawa Selawat Al-Fatih adalah saudara kepada Ismul A‘zam.

Sayidi Ahsan Al-Baqili Al-Hasani Al-Maghribi berkata:

"Sesiapa yang mengkaji zat Nabi Muhammad ﷺ yang mulia dan bercahaya, nescaya ia akan melihat zat tersebut diselubungi oleh cahaya-cahaya selawat yang dilafazkan oleh para wali Allah. Dan di atas zat baginda terdapat mahkota yang bercahaya – itulah Selawat Al-Fatih.

"Sesungguhnya rahsia kehidupan dan pendirian Hakikat Muhammadiah adalah dengan sir (rahsia) yang ada pada Selawat Al-Fatih. Dan seluruh alam ini bergantung hidup kepada rahsia Selawat Al-Fatih yang menjalar ke seluruh ciptaan."

---

✒️ Dihimpunkan oleh: Sayyidi Murabbi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi Attijani حفظه الله.
---
> وَاللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ.

Jumaat, 28 Mac 2025

SANAD SELAWAT AL FATIH GURU KAMI YANG MULIA AL ARIFBILLAH SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI AT TIJANIY HAFIZAHULLAHU TA'ALA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Demikian inilah sebahagian dari Sanad Selawat Al Fatih guru kami yang mulia Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, yang dengannya memberkahi orang yang menerima akannya Ijazah Selawat Al Fatih dari beliau Hafizahullahu Ta'ala:-

      * المسند الجليل السيد الأحسن الإفراني الحسني المغربي شيخ الزاوية التجانية في القنيطرة قريبًا من الرباط بسنده العالي المُتصل ، عن شيخه القطب الكبير سيدي محمد الحبيب البعقيلي الحسني المغربي ، عن علامة المغرب وشيخ شيوخه وإمام أوليائه سيدي الأحسن البعقيلي الحسني رضي الله عنه ، عن شيخه القطب المغربي الشهير رئيس علماء وقته الشيخ سيدي الحاج الحسين الإفراني الحسني الإدريسي ، عن شيخه الإمام الكبير وزير الدولة العلوية الأكبر ومؤرخها سيدي محمد بن أحمد الكنسوسي الجعفري الهاشمي ، عن شيخه الخليفة الأشهر أحد خاصة خلفاء شيخنا التجاني سيدي محمد الغالي الحسني الفاسي دفين روضة أمنا خديجة الكبرى في مقبرة مكة المكرمة ، عن القطب المكتوم والختم المحمدي المعلوم سيدنا ومولانا أحمد بن محمد التجاني الحسني ، وهو رضي الله عنه بأسانيده المعلومة والمشهورة والمتصلة بالسادة البكرية من جهة وسيد الوجود صلى الله عليه وسلم من جهة أخرى

Al Musnid Al Jalil As Sayyid Al Ahsan Al Ifrani Al Hasani Al Maghribi Syeikh Zawiyah Tijaniyah di Kenetra berdekatan dengan Rabat dengan sanadnya yang tinggi yang bersambung daripada gurunya Al Qutb Al Kabir Sayyidi Muhammad Al Habib Al Ba’qily Al Hasani Al Maghribi, daripada Allamah Al Maghrib dan Syeikh Syuyukhnya, Imam para auliya’nya Sayyidi Al Ahsan Al Ba’qily Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala , daripada gurunya Al Qutb Al Maghribi yang masyhur, ketua ulama’ zamannya iaitu As Syeikh Sayyidi Al Haj Al Husin Al Ifraniy Al Hasani Al Idrisi, daripada gurunya Al Imam Al Kabir, Menteri Besar Kerajaan Alawiyah dan ahli sejarahnya Sayyidi Muhammad bin Ahmad Al Kansusi Al Jaafari Al Hasyimi, daripada gurunya khalifah yang masyhur, salah seorang daripada khalifah khusus Syeikhuna At Tijani iaitu Sayyidi Muhammad Al Ghali Al Hasani Al Fasi yang dimaqamkan di Raudhah Ummuna Sayyidah Khadijatul Kubra di perkuburan Mekah Al Mukarramah, dan daripada Al Qutb Al Maktum Wal Khatmul Muhammadiy Al Ma’lum Sayyidina Wa Maulana Ahmad bin Muhammad At Tijani Al Hasani dan beliau Hafizahullahu Ta'ala dengan sanad-sanadnya yang diketahui dan yang masyhur dan bersambung kepada Saadah Al Bakriyyah dari sisi Sayyidil Wujud Rasulullah ﷺ dan juga dari sisi sanad-sanad yang lain.  

      * وكذلك أُسند عن الشريف الجليل سيدي محمد البشير التجاني الحسني الشنقيطي ، عن الإمامين الشهيرين سيدي الحاج محمد القماري المشيشي الإدريسي الحسني نزيل تونس وسيدي الحاج محمد الحسن الجكاني العثماني الأموي المغربي ( وهذا السيد هو الذي الذي لقَّن السيد محمد علوي المالكي الطريقة التجانية مُدرجًا فيها الإذن في صلاة الفاتح ) كِليهما ، عن القطب البعقيلي المذكور أعلاه بالسند المسرُود قبل هذا

Dan begitu juga saya (Sayidi Ahmad Al Hadi) mengisnadkan sanad kepada As Syarif Al Jalil Sayyidi Muhammad Al Basyir At Tijani Al Hasani As Syanqithi, daripada dua imam yang masyhur Sayyidi Al Haj Muhammad Al Qamari Al Masyisyi Al Idrisiy Al Hasani yang berhijrah ke Tunisia dan Sayyidi Al Haj Muhammad Al Hasan Al Jakani Al Uthmani Al Umawi Al Maghribi, ( Sayyid ini yang mentalqinkan kepada Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki Thoriqah At Tijaniyah sekali dengan izin dalam Selawat Al Fateh ), dan keduanya daripada Al Qutb Al Ba’qily yang telah disebut sanadnya di atas .  

      * وكذلك أرويها بسندي المتصل عن السيد نورو تال الفوتي الحسني السنغالي ، عن الشيخ منتقى نورو تال الفوتي الحسني السنغالي ، عن القطب المعمر كبير أولياء البلاد الإفريقية الحاج سعيد نورو تال الحسني السنغالي ، عن إمام بلاد السودان الغربي وكبير أوليائه سيدي الحاج مالك سي الحسني التجاني ، عن الإمام العلامة ألفا مايرو ولي القرشي السنغالي ، عن السلطان الأعظم عالم السلاطين وسلطان العلماء سيدي الحاج عمر الفوتي الحسني الشاذلي نسبًا التجاني طريقةً مؤسس الإمبراطورية الإسلامية التجانية أسفل الصحراء الشنقيطية في جميع بلاد السودان الغربي ، عن سيدي محمد الغالي الحسني الفاسي عن القطب المكتوم والختم المحمدي المعلوم سيدنا ومولانا أحمد بن محمد التجاني الحسني

Dan begitu juga saya (Sayidi Ahmad Al Hadi) meriwayatkannya dengan sanad saya yang bersambung kepada Sayyid Nuru Tal Al Futiy Al Hasani As Seneghali daripada As Syeikh Muntaqa Nuru Tal Al Futiy Al Hasani As Seneghali, daripada Al Qutb Al Muammar Kabir Auliya’ Negara Afriqa Al Haj Sai’d Nuru Tal Al Hasani As Seneghali, daripada Imam Negara Sudan Barat dan pembesar auliya’nya Al Haj Malik Si Al Hasani At Tijani, daripada Al Imam Al Allamah Alfa Mayru Waliy Al Qurasyi As Seneghali , daripada As Sulthan Al A’zhom seorang Alim Salathin, dan sulthan para Ulama Sayyidi Al Haj Umar Al Futi Al Hasani As Syazuli secara nasab keturunan At Tijani secara thoriqah pengasas Empayar Al Islamiyah At Tijaniyyah yang berada di bahagian bawah padang pasir As Syanqithiy di seluruh Negara Barat Sudan, daripada Sayyidi Muhammad Al Ghali Al Hasani Al Fasi daripada Al Qutbul Maktum Wal Khatmul Muhammadiy Al Ma’lum Sayyidina Wa Maulana Ahmad bin Muhammad At Tijani Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala.

      * وكذلك أرويها بسند شنقيطيٍّ عن سيدي محمد الطاهر التجاني الحسني ، عن قطب الإنس والجان سيدي محمد مختار العلوي الشنقيطي ، عن مُجيزه الإمام العلامة سيدي محمد الخليفة العلوي الشنقيطي ، عن أبيه الإمام الكامل الشيخ أحمدو العلوي الشنقيطي ، عن الإمام العلامة الشيخ سيدي محمدي بن سيدي عبد الله العلوي الشنقيطي ، عن الخليفة الأجلِّ سيدي محمد الحافظ العلوي الشنقيطي ، عن القطب المكتوم سيدي أحمد بن محمد التجاني

Dan begitu juga saya (Sayidi Ahmad Al Hadi) meriwayatkannya dengan sanad Syanqithiy daripada Sayyidi Muhammad Thahir At Tijani Al Hasani, daripada Qutb manusia dan jin Sayyidi Muhammad Mukhtar Al Alawiy As Syanqithiy, daripada pemberi ijazahnya Al Imam Al Allamah Sayyidi Muhammad Al Khalifah Al Alawiy As Syanqithiy, daripada ayahnya Al Imam Al Kamil As Syeikh Ahmadu Al Alawiy As Syanqithiy, daripada Al Imam Al Allamah As Syeikh Sayyidi Muhammadi bin Sayyidi Abdullah Al Alawi As Syanqithiy, daripada Khalifatul Ajall, Sayyidi Muhammad Al Hafiz Al Alawiy As Syanqithiy, daripada Al Qutbul Maktum Sayyidi Ahmad bin Muhammad At Tijani,

      * وكذلك أرويها عن الشيخ المعمر الذي تُوفي عن أكثر من مائة وأربعين سنة مولاي التهامي الوزاني الحسني المغربي ، عن الشيخ الإمام المُسند إدريس العراقي الحُسيني الفاسي ، عن القاضي الأعظم الشيخ أحمد سكيرج الأنصاري الخزرجي الفاسي ، عن الإمام العارف سيدي أحمد العبدلاوي الحسني الجزائري ، عن الخليفة المعظم سيدي علي التماسيني الحسني الينبعي الجزائري ، عن القطب المكتوم سيدي أحمد بن محمد التجاني الحسني إلى آخر السلسلة الشريفة

Dan begitu juga saya (Sayidi Ahmad Al Hadi) meriwayatkannya daripada As Syeikh Al Muammar yang meninggal dunia pada umur lebih 140 tahun iaitu Maulay At Tuhamiy Al Wazzani Al Hasani Al Maghribi, daripada As Syeikh Al Imam Al Musnid Idris Al Iraqy Al Husayni Al Fasi , daripada Al Qadhi Al A’zhom As Syeikh Ahmad Sukairij Al Ansoriy Al Khazraji Al Fasi , daripada Al Imam Al Arif Sayyidi Ahmad Al Abdillaawi Al Hasani Al Jazairi, daripada Al Khalifah Al Mua’zzhom Sayyidi Ali At Tamasini Al Hasani Al Yunbui’ Al Jazairy daripada Al Qutb Al Maktum Sayyidi Ahmad bin Muhammad At Tijani Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala hingga akhir silsilah yang mulia.
 

هذا وقد تمت وبالخير عمت ، وقد أُختتمت بأسماء هؤلاء السادات الأعلام من بهم تُقضى الحوائج وتُجلى الكربات ، أدخلنا الله وجميع أحبابنا في حزبهم وحشرنا في زُمرتهم ، هذا والله الموفق للصواب وإليه سُبحانه وتعالى المرجع والمآب

Maka dengan ini telah tamat dan dengan segala kebaikan telah menyeluruh, telah saya (Sayidi Ahmad Al Hadi) khatamkan dengan nama-nama para Saadah Auliya’ yang mulia ini, yang dengan mereka ditunaikan segala hajat-hajat dan di angkat segala permasalahan . Semoga Allah memasukkan kita dan seluruh ahbab kita di dalam hizib mereka dan dibangunkan kita di dalam naungan mereka.
Hanyasanya Allah yang memberi Taufiq ke jalan yang benar dan hanya kepadaNya tempat kembali yang sebenar.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين