Jumaat, 19 Ogos 2016

BIODATA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW:

BIODATA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW:
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim.
Tarikh lahir : Subuh hari Senin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijriyyah/ 8 Jun 632 Masehi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harits.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Tsuwaibah
Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harits bin Abdul 'Uzza
Syaima'binti Harits bin Abdul 'Uzza
'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHALIB)
Al-Harits
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka'bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Peperangan yang di sertai oleh Nabi:
1. Badar
2. Uhud
3. Bani Nadhir
4. Khandak
5. Bani Qurasah
6. Khaibar
7. Fathu Makkah
8. Hudaibiyah
9. Tabuk
Bentuk Fisik:
Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah). Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Wajahnya tampan, rambut Nabi S.A.W tidak terlalu keriting dan tidak lurus pula, rambutnya ikal mencecah bahu. Kata-kata baginda bernada lembut tapi tegas. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada Baginda berbulu, telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang lanai. Ketika menoleh, Baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Di antara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
Sabda Rasulullah SAW:
"Siapa saja yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan siapa saja yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara sebagian kata-kata apresiasi dari para sahabat Nabi SAW :
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sehat.

Sayyidi

Guru mewakili murid utk melawan syaitan dan hasutan habuan, habuan adalah pintu syaitan buat ahli amal

Syaitan tiada kekuatan, hanyalah helah tipu daya...spt anjing yg mengejar habuan

Guru membebaskan murid dari belenggu habuan syaitan lalu murid telah merasakan dirinya aman dr syaitan

Lalu guru mengingatkan murid bhw musuh yg sebenar adalah nafsu kamu sendiri bukanlah syaitan yg hanya memberi was2  shj

Syaitan umpama anjing yg menghambat kambing utk kembali kpd tuannya

Apakah peperangan sebenar? Iaitulah peperangan melawan martabat kejadian, pembukaan kejadian yg menghalang salik dr menuju Allah. Inilah fitnah sebenar.

Keluarkn kekuatan sebenar kamu utk melawan fitnah ini

Rasulullah dan pengikut umpama sdg berenang dlm lautan makrifatullah
Sunnah kelahiran :
1. Azan dan iqamah terus slps lahir sblm dimandikan
2. Tahnik dgn air liur ahli berkat
Alam ni bwh kawaalan nama2 Allah...bila sebut nama2 Allah, maka terpancar kehebatan rahsia nama2 Allah...jika disebut tanpa kawalan maka boleh jd gila, atau sibuk dgn kauni...hidup bermusuh dgn Allah tanpa sedar

Bila jd gila atau tiada taklif, maka itulah tujuan/taktik syaitan sbb org menyangka bhw jalan Allah itu akan membawa org kpd gila

Ahli sempurna tiada jazbah sbb jazb boleh ganggu syariat

Jalan sahabat tiada jazbah...ahwal jazb dan karamat tiada zaman sahabat

Tijani krg karamat tp kena lalui jala murabbi betul. Kalu tidak mudah jd was2 kenapa masuk tijani xdpt karamat

Jalan tijani gharib (asing)...sbb kita hadrat asing...kalu jumpa tarekat lain mcm rasa jumpa wahabi

Zauk tijani zauk nabawi asli

Yg lain membina jalan yg kita lari dr mereka

Jalan tijani tiada iradat....kita hamba...kita ikut apa yg Allah hendak kita jadi...hamba Allah tiada iradat

Man syaghalahu zikri am masalati,...hadis qudsi....ini jalan tijani

Beramal utk mengingati membesarkan Allah

Buang tujuan akan dpt tujuan, buang semua dpt semua...

Nabi kalu jalan, tidak pandang belakang...himmah tinggi

Kisah syeikh tijani...ada org kata gula di zamannya ada org campur dgn darah...maka syeikh tidak minum teh campur gula sdgkan teh minuman utama syeikh tijani, bila ada yg kata lepas itu bhw gula dah ok pun syeikh terus tinggal sbb himmah yg tinggi...tinggal krn Allah
Rasa tunggu itu pembatal kehambaan
Fitnah tarekat pd punca bina tarekat atas tujuan

Ramai mengaku sbg syeikh bila boleh kawal alam dan ralit di situ
Alwah (papan kenyataan) Allah
1. Tabdil : boleh berubah/bertukar

Ramai wali kasyaf tp xjd sbb ambil dr alwah tabdil
Imam Sayuti pernah kasyaf kiamat tp xjd walhal imam besar

2. Ummul kitab (ibu alwah) : tidak boleh berubah

Jalan asli ialah jalan tinggal iradat
Satu ketika ada kump ulama buat tarekat yg dibina atas iradat utk menggalak manusia ibadat dan masuk jalan Allah...inilah tarekat sufi...ahwal sufi...ini bukan ahwal asli...
Apabila hijab dah nipis, byk mujahadah, barulah murabbi tunjuk jalan asli

Nafsu rajin beramal sbb ada tujuan. Bila buang tujuan, nafsu akan malas utk beramal
mujaddid bukan bw syariat baru tp bw fahaman syariat baru

Nabi puji mimpi yg baik org beriman dgn 1 bhgn drpd kenabian, kalu wali tentunya lebih lg

Mimpi ganti kenabian, bagaimana dgn kasyaf2...kekal kenabian dlm umat Nabi Muhammad adalah kewalian

Wahyu Ilham utk wali
Wahyu syariat utk nabi
Bukti : kisah Nabi Musa dan Wali Khidir

Syeikh Tijani kata Wali Khidir adalah Wali sbb xboleh Nabi Musa ingkar atas Nabi

Wali Khidir adalah Wali Tasrif jaga alam

Boleh wali terima ilham langsung dr Allah tanpa melalui Nabi zamannya.

Nabi Musa timbang ahwal wali khidir dgn timbangan syariat

Akhirnya Nabi Musa mengakui Wali Khidir bhw Wali Khidir boleh terima ilmu drpd Allah secara langsung...wali khidir sudah beritahu awalnya bhw Nabi Musa tidak akan dpt menerima ilham yg diterima oleh Wali Khidir...Allah sudah maklum kpd Nabi Musa bhw Wali Khidir itu menerim ilham langsung drpd Allah
Wali khidir bukan drpd dirinya tp drpd Allah...

Inilah asal dan dalil atas bolehnya auliya terima ilmu ilham langsung drpd Allah

Ahad, 14 Ogos 2016

Pesan Syeikh Ibn Arabi

PESAN SHEIKH IBN ARABI UNTUK RENUNGAN HATI YANG TERDALAM....

Di bawah ini saya pilih 21 buah hikmah al-Syaikh al-Akbar Ibnu Arabi, daripadanya untuk kita renungi dan ambil iktibar,

كل منحة وافقت هواك، فهي محنة، وكل محنة خالفت هواك فهي منحة

1 Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah anugerah.

ليس الزاهد من زهد في الدرهم والدينار، إنما الزاهد من زهد فيما سوى الجبار

2. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar (harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada Yang Maha Perkasa (Allah).

لا ينال غاية رضاه من في قلبه شيء سواه

3. Tidak akan memperoleh puncak keredhaanNYA seorang yang di dalam hatinya ada sesuatu yang selain NYA.

لا يرتجى الوصول ممن لم يتابع الرسول r

4. Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah dari orang yang tidak mengikuti Rasululllah SAW.

لا يعرف ما نقول إلا من اقتفى أثر الرسول r

5. Tidak akan faham apa yang kami katakan, kecuali orang yang telah mengikuti jejak Rasulullah SAW.

لا تأخذ العلم إلا عمن يعمل به

6. Janganlah engkau mengambil ilmu kecuali dari orang yang mengamalkannya.

ما دمت في طلب الحق، فلا تقف مع الخلق

7. Selama engkau dalam pencarian al-Haq (Allah), maka janganlah berdiri bersama makhluk.

من أخلص لله نيته، تولاه الله وملائكته

8. Barangsiapa yang ikhlas niatnya karena Allah semata-mata, maka Allah dan para malaikatNYA akan melindunginya.

من لم يأخذ الطريق من الرجال، فهو ينتقل من محال إلى محال

9. Barangsiapa yang tidak mengambil jalan ini (jalan menuju kepada Allah) daripada para rijal (ahli ma’rifah), maka ia terus berpindah dari mustahil kepada mustahil.

لا تكون عبدا لله، وأنت تميل إلى شيء سواه

10. Engkau tidak akan menjadi hamba bagi Allah sedang engkau cenderung (hati) kepada sesuatu yang selainNYA.

لا تصحب من الرجال إلا من كان حاله يترجم دون المقال

11. Janganlah engkau bersahabat kepada para rijal melainkan orang yang halnya (perilaku zahir dan batinnya) menterjemahkan dirinya, bukan perkataannya.

الحقيقة لا ينطق بها لسان، بل هي ذوق ووجدان

12. Hakikat itu tidak dapat diucapkan oleh lisan, bahkan ia adalah perasaan batin (zauq) dan emosi yang halus (wujdan).

من عرف الحق، استغنى به عن الخلق

13.  Barangsiapa telah mengenal al-Haq (Allah), maka ia tidak lagi memerlukan makhluk.

من توكل على الله في جميع أموره ووالاه، أتاه برزق من حيث لا يحتسب وتولاه

14. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah dalam semua urusan dan taat setia kepadaNYA, maka Allah akan mendatangkan rezekinya dari sumber yang ia tidak sangka-sangka dan Allah akan melindunginya.

لا تصحب من الإخوان إلا صادق اللسان

15. Janganlah engkau bersahabat kepada teman-teman melainkan yang jujur perkataannya.

أكل الشبهات يورث في القلب القساوات

16. Memakan yang subhat itu dapat mewariskan hati yang keras.

من قنع من الدنيا باليسير، هان عليه كل عسير

17. Barangsiapa yang menerima hatinya (qana’ah) dengan dunia (harta) yang sedikit, maka akan mudah baginya segala kesulitan.

من لازم ذكر الله، قطعه عن كل شيء سواه

18. Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah, maka Allah akan memutuskan dia dari segala sesuatu selainNYA.

التوبة هي ترك الإصرار وملازمة الاستغفار

19. Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan membuat dosa serta melazimi istighfar.

من أصدق توجهه إلى الله، أعطاه الله كل ما يتمناه

20. Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya menghadap kepada Allah (sidq tawajjuh) maka Allah akan memberikannya segala yang ia harapkan.

من خاف الله مولاه، خاف منه كل ما سواه

21. Barangsiapa yang takut kepada Allah sebagai Tuhannya, maka akan takut kepadanya segala yang selainNYA.

Selasa, 19 Julai 2016

Keturunan Rasulullah di Nusantara

Baginda Rasulullah dikaruniai 7 anak 3 laki-laki dan 4 prempuan, yaitu Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zaenab, Ruqoiyah, ummu kultsum, dan Fathimah Azzahra. Setiap keturunan berasal dari ayahnya, namun khusus untuk Keturunan Sayyidatuna Fathimah bersambung kepada Rasulullah merekalah keturunan Nabi Muhammad, sebagaimana dalam hadits disebutkan bahwa Rasulullah bersabda: “setiap anak yg dilahirkan ibunya bernasab kepada ayahnya, kecuali anak-anak dari fathimah, akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka” (HR.Imam Ahmad)

Sayyidatuna Fathimah dikarunia 2 orang putra yaitu Sayyidina Hasan dan Saayidina Husein, dari kedua cucu Nabi ini lahir para anak cucuk Rasulullah yang hingga kini kita kenali dengan sebutan syarif, syarifah, Sayyid, dan Habib.

Keturunan dari Sayyidina Hasan, yaitu sering disebut dengan al-Hasni hanya ada sedikit saja di indonesia.

Keturunan dari Sayyidina Husein, Sayyidina Husein wafat di Karbala, beliau mempunyai enam orang anak laki-laki dan 3 wanita, yaitu Ali Akbar, Ali Awsat, Ali Ashghar, Abdullah, Muhammad, Jakfar, Zainab, Sakinah dan Fathimah. Putra Sayyidina Husein keseluruhannya wafat terkecuali Al Awsat atau yang biasa dikenal dengan Nama Imam Ali Zainal ‘Abidin, mempunyai putra bernama Muhammad Al-baqir, yang mempunyai Putra bernama Ja’far Ash-Shadiq yang menjadi Guru daripada Imam Hanafi, yang kemudian Imam Hanafi ini memiliki murid Imam Maliki, lalu Imam Maliki memiliki murid Imam Syafi’i dan Imam Syafi’i bermuridkan Imam Ahmad bin Hanbal.

Al-Imam Ja’far Ash-Shodiq dilahirkan pada tahun 80 H riwayat lain menyebutkan 83 H, Meninggal di kota Madinah pada tahun 148 H dan dimakamkan di pekuburan Baqi. Keturunannya yaitu Ali Uraidi yang memiliki putra bernama Muhammad An-nagieb memiliki putra isa arumi dan memiliki putra ahmad al muhajir.
Ahmad bin Isa al-muhajir punya dua orang putra yaitu Ubaidillah dan Muhammad. Ubaidillah hijrah bersama ayahnya ke Hadramaut, Yaman dan mendapat tiga putra yaitu Alwi, Jadid dan Ismail (Bashriy). Keturunan mereka punah dalam sejarah, sedangkan keturunan Alwi tetap lestari. Mereka menamakan diri dengan nama sesepuhnya Alwi, yang kemudian dikenal masyarakat dengan sebutan kaum Sayyid Alawiyin.

Kepindahannya ke Hadramaut disebabkan karena kekuasaan diktator khalifah Bani Abbas yang secara turun-menurun terus memimpin umat Islam, mengakibatkan rasa ketidakpuasan di kalangan rakyat. Akibat dari kepemimpinan yang diktator, banyak kaum muslim berhijrah, menjauhkan diri dari pusat pemerintahan lalu hijrah dan menetap di Hadramaut, Yaman.

Penduduk Yaman khususnya Hadramaut yang mengaku penduduk asli dari qabilah Qahthan, yang awalnya bodoh dan sesat berubah menjadi mengenal ilmu dan berjalan di atas syariat Islam yang sebenarnya. Al-Imam al-Muhajir dan keturunannya berhasil menundukkan masyarakat Hadramaut yang memiliki faham khawarijme dengan akhlak dan pemahaman yang baik.

Para sayyid Alawiyin menyebarkan dakwah Islamnya di Asia Tenggara melalui dua jalan, pertama hijrah ke India kemudian pada tahap kedua dari India ke Asia Tenggara, atau langsung dari Hadramaut ke wilayah Asia Tenggara melalui pesisir India. Diantara yang hijrah ke India adalah syarif Abdullah bin Husein Bafaqih ke kota kanur dan menikahi anak menteri Abdul Wahab dan menjadi pembantunya sampai wafat. Lalu syarif Muhammad bin Abdullah Alaydrus yang terkenal di kota Surat dan Ahmadabad. Dia hijrah atas permintaan kakeknya syarif Syech bin Abdullah Al-Aydrus. Begitu pula keluarga Abdul Malik yang diberi dengan gelar ‘Azhamat Khan’. Dari keluarga inilah asal-muasal keturunan penyebar Islam di Indonesia khususnya di Jawa yang dikenal dengan sebutan Wali Songo. Kemudian dari India, mereka melanjutkan dakwahnya ke Indonesia, yaitu melalui daerah pesisir utara Sumatera yang sekarang dikenal dengan propinsi Aceh.

Menurut Profesor Dr. Hamka, sejak zaman kebesaran Aceh telah banyak keturunan-keturunan Hasan dan Husain itu datang ke Indonesia, tanah air kita ini. Sejak dari semenanjung Tanah Melayu lalu kepulauan Indonesia dan Filipina. Memang harus diakui banyak jasa-jasa dari mereka dalam penyebaran Islam di seluruh Nusantara ini. Penyebar Islam dan pembangun kerajaan islam di Banten dan Cirebon adalah Syarif Hidayatullah yang diperanakkan di Aceh. Syarif kebungsuan tercatat sebagai penyebar Islam di Mindanau dan Sulu. Sesudah pupus keturunan laki-laki dari Iskandar Muda Mahkota Alam, pernah bangsa Sayyid dari keluarga Jamalullail menjadi raja di Aceh. Negeri Pontianak pernah diperintah oleh bangsa Sayyid al-Gadri. Siak oleh keluarga dari bangsa Sayyid Bin Shahab. Perlis (Malaysia) didominasi dan dirajai oleh bangsa dari Sayyid Jamalullail. Yang Dipertuan Agung III Malaysia, Sayyid Putera adalah raja Perlis. Gubernur Serawak yang ketiga, Tuanku Haji Bujang ialah berasal dari keluarga Al-Aydrus.

Kedudukan para sayyid di negeri ini yang turun-temurun menyebabkan mereka telah menjadi anak negeri di mana mereka berdiam. Kebanyakan dari mereka menjadi ulama dan ada juga yang berdagang. Mereka datang dari Hadramaut dari keturunan Imam Isa al-Muhajir dan al-Faqih al-Muqaddam. Mereka datang kemari dari berbagai keluarga. Yang kita banyak kenal dari mereka ialah dari keluarga As-Segaf, Al-Kaff, Al-Athas, Bin Syekh Abubakar, Al-Habsyi, Bafaqih, Al-Aydrus, Al-Haddad, Bin Smith, Jamalullail, Assiry, Al-Aidid, Al-Jufri, Bin Syahab, Al-Qadri, Albar, Al-Mussawa, Gathmir, Bin Aqil, Al-Hadi, Al-Zahir, Basyaiban, Ba’abud, Bin Yahya dan lain-lain.

Orang-orang dari Arab khususnya Hadramaut mulai datang secara masal ke Nusantara pada tahun-tahun terakhir diabad 18, sedangkan kedatangan mereka di pantai Malabar jauh lebih awal. Pemberhentian mereka yang pertama adalah di Aceh. Dari sana mereka lebih memilih pergi ke Palembang dan Pontianak. Orang-orang Arab mulai banyak menetap di Jawa setelah tahun 1820 Masehi, dan qabilah-qabilah mereka baru tiba di bagian Timur Nusantara pada kisaran tahun 1870 Masehi. Pendudukan Singapura oleh Inggris pada tahun 1819 Masehi dan kemajuan besar dalam bidang perdagangan membuat kota itu menggantikan kedudukan Aceh sebagai perhentian pertama dan titik pusat imigrasi bangsa-bangsa Arab. Semenjak pembangunan pelayaran kapal uap di antara Singapura dan Arab, Aceh sudah menjadi tidak penting lagi..

Di pulau Jawa terdapat enam qabilah besar Arab, yaitu di Batavia yang sekarang dikenal dengan nama Jakarta, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Tegal, dan Surabaya. Di Madura hanya ada satu yaitu di Sumenep. Qabilah Arab di Surabaya dianggap sebagai pusat qabilah di pulau Jawa bagian Timur. Qabilah Arab lainnya yang cukup besar berada di Probolinggo, Lumajang, Pasuruan, Bangil, Besuki dan Banyuwangi. Qabilah Arab di Besuki mencakup pula orang Arab yang menetap di kota Panarukan dan Bondowoso.

Qabilah-qabilah Arab Hadramaut khususnya Alawiyin yang berada lokasi pesisir tetap menggunakan nama-nama qabilah mereka, sedangkan Alawiyin yang tidak dapat pindah ke pesisir karena berbagai sebab, Mereka berganti nama dengan nama-nama Jawa, mereka banyak yang berasal dari keluarga Ba’bud, Basyaiban, Bin Yahya dan lainnya.

Sumber: Kitab Syamsud Dhahiroh, Kitab Aqidatul Awwam dan berbagai sumber lainnya

Selasa, 28 Jun 2016

Sirr Hadrah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sirr hadrah ini (Tijani) adalah membuang akan himmah kepada selain Allah. Membuang segala tujuan untuk menjadi ketua. Membuang segala tujuan untuk mendapat futuh (pembukaan). Membuang segala tujuan untuk mendapat kasyaf. Membuang segala tujuan dan keinginan untuk bersuluk dengan iradat diri. Berserah diri kepada Allah dan Taslim. Keluar daripada tadbir diri sendiri dan masuk kedalam tadbir Allah.

Kalam Sayidina Wamurobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani at Tijani Hafizahullahu Ta'ala.

Semoga Allah Ta'ala melimpahi beliau Hafizahullahu Ta'ala dengan Rahmat dan Barakah, dan menempatkan beliau disisi kekasih kekasihNya yg terpuji yakni disisi Sheikh Ahmad at Tijani r.a dan disisi Sayidina Wamaulana Muhammad SAW.

Aaminnn....

Fb Sidi Nazrul Amri

Isnin, 27 Jun 2016

Dakwah para sahabat ke nusantara

Jamaah dawah sahabat r.hum ke indonesia:
. Beberapa Sahabat Rasulullah yang pernah berdakwah di Nusantara…

1. Ali bin Abi Thalib, pernah datang dan berdakwah di Garut, Cirebon, Jawa Barat (Tanah Sunda), Indonesia, tahun 625 Masehi. Perjalanan dakwahnya dilanjutkan ke dari Indonesia ke kawasan Nusantara, melalui: Timur Leste, Brunai Darussalam, Sulu, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, Kampuchea. (Sumber: H.Zainal Abidin Ahmad, Ilmu politik Islam V, Sejarah Islam dan Umatnya sampai sekarang, Bulan Bintang, 1979; Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.31; S. Q. Fatini, Islam Comes to Malaysia, Singapura: M. S. R.I., 1963, hal. 39)

2. Ja’far bin Abi Thalib, berdakwah di Jepara, Kerajaan Kalingga, Jawa Tengah (Jawa Dwipa), Indonesia,sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.33)

3. Ubay bin Ka’ab, berdakwah di Sumatera Barat, Indonesia, kemudian kembali ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.35)

4. Abdullah bin Mas’ud, berdakwah di Aceh Darussalam dan kembali lagi ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: G. E. Gerini, Futher India and Indo-Malay Archipelago)

5. ‘Abdurrahman bin Mu’adz bin Jabal, dan putera-puteranya Mahmud dan Isma’il, berdakwah dan wafat dimakamkan di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. sekitar tahun 625 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.38)

6. Akasyah bin Muhsin Al-Usdi, berdakwah di Palembang, Sumatera Selatan dan sebelum Rasulullah Wafat, ia kembali ke Madinah. sekitar tahun 623 M/ 2 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39; Pangeran Gajahnata, Sejarah Islam Pertama Di Palembang, 1986; R.M. Akib, Islam Pertama di Palembang, 1929; T. W. Arnold, The Preaching of Islam, 1968)

7. Salman Al-Farisi, berdakwah Ke Perlak, Aceh Timur dan Kembali Ke Madinah. sekitar tahun 626 M/ 4 H. (Sumber: Habib Bahruddin Azmatkhan, Qishshatud Dakwah Fii Arahbiliyyah (Nusantara), 1929, h.39)

8. Zaid ibn Haritsah, berdakwah di Kerajaan Lamuri/Lambari (Lambharo/Lamreh, Aceh) pada tahun 35 H (718 M).

9. Wahab bin Abi Qabahah, telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana sebelum pulang ke Madinah. Dipetik dari kitab ‘Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara’, oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0.

Tabarruk

Dalil Dalil ambil berkat dengan Peninggalan Nabi serta kenyataan Mufti Kedah perihal isu ini.

HUKUM MENGAMBIL BERKAT DENGAN PENINGGALAN NABI ( TABARRUK )

Dalil Dalil Hadith keharusan ambil berkat dengan peninggalaan Rasulullah Sholallahu'alaihi Wassalam.

Sekalian banyaknya hadis-hadis sahih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bahawa:

1. Para sahabat berebut-rebut menadah air wudhuk yang jatuh dari anggota tubuh Rasulullah saw, untuk mendapatkan keberkatan baginda. (Sahih Bukhari, no 186).

2. Malah mereka yang tak dapat air wudhuk baginda, mereka ambil pulak dari sahabat lain yang dapat dari Nabi saw. (Sahih Bukhari, no 369 & 5521)

3. Rasulullah saw sendiri apabila mencukur rambutnya ketika Haji Wada', haji terakhir baginda, baginda memberi pada seorang sahabat, dan baginda menerintahkannya agar diagih-agihkan kepada sahabat lain. (Hadis Muttafaqun 'Alaih - Sahih Bukhari & Sahih Muslim, no 2298)

4. Seorang sahabat meminta dari Rasulullah saw satu kain yang baru sahaja dihadiahkan oleh seorang wanita kepada baginda. Sahabat yang lain marah, sebab sahabat yang mintak tu takde adab, tapi sahabat tu cakap dia nak keberkatan kain tu je sebab pernah disentuh Nabi. (Sahih Bukhari, no 5689)

5. Asma binti Abu Bakar menjadikan jubah Rasulullah saw sebagai ubat, dicelupkan jubah baginda ke dalam air dan diberi minum orang-orang sakit dan TIDAK ADA seorang sahabat pun mengingkari perbuatan beliau, dan perbuatan ini dilakukan selepas baginda wafat. (Sahih Muslim 2069 & 3855)

Imam Nawawi ketika menyebutkan hadis tabarruk dengan jubah Nabi saw di dalam Syarah Sahih Muslim, setelahnya beliau berkomentar:

“Dan di dalam hadis ini merupakan dalil atas dianjurkan bertabarruk dengan bekas-bekas (peninggalan) orang-orang soleh dan pakaian mereka “

6. Rasulullah saw menjadikan air liur orang mukmin sebagai penawar bagi penyakit suatu kaum di kalangan Muslim. (Sahih Muslim, no 5413)

7. Seorang sahabat meminta Rasulullah saw solat di dalam rumahnya satu kali, supaya dia boleh mendapatkan keberkatan untuk beliau membuat musolla (tempat solat) di tempat sama Rasulullah solat. Baginda siap tanya pada sahabat tu "Dimana kamu mahu aku bersolat?" (Sahih Bukhari, no 1130)

8. Rasulullah saw berdoa di Maqam Ibrahim (tempat Nabi Ibrahim berdoa) sebagai bertabarruk dengan kedudukan Nabi Ibrahim, dan Allah memuji baginda dalam surah Ali Imraan ayat 97.

9. Sayyiduna Umar selepas ditikam di perut, beliau meminta seorang sahabat agar meminta kebenaran dari isteri Nabi saw untuk dikebumikan di sebelah maqam baginda dan Abu Bakar. Beliau berkata "tidak ada yang lebih ku pentingkan berbanding mendapatkan tempat pembaringan itu". (Sahih Bukhari, no 1328)

10. Sahabat-sahabat Nabi (khususnya Abu Muslim) jika bermusafir akan solat sunat di tempat-tempat yang Nabi saw pernah solat, untuk mengambil keberkahannya. (Sahih Bukhari, no 469).

11. Sahabat Nabi saw yang masih kecil minum bekas air wudhuk Nabi saw dan melihat khatamun nubuwwah di belakang tubuh Nabi saw. (Sahih Bukhari, no 2345)

12. Sahabat Nabi, Ubaidah berkata jika dia memiliki rambut Nabi, itu adalah yang lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Sahih Bukhari, no 168)

13. Anas bin Malik menyimpan peluh Nabi saw di dalam botol minyak wangi dan menyimpan rambut baginda. Beliau meminta untuk ditanamkan bersama peluh dan rambut baginda ketika matinya. (Sahih Bukhari, no 5925)

14. Para sahabat bertabarruk dengan kahak/air ludah Nabi saw, riwayat dari Urwah (Fathul Bari, jilid. 5, hlm. 341)

15. Para sahabat dan isteri Nabi menggunakan rambut baginda untuk merawat penyakit ain yang menimpa penduduk Madinah selepas kewafatan Nabi saw. (Fathul Bari, jilid. 10 hlm. 353)

16. Sahabat merawat sakit mata dengan ludah Nabi saw (Sahih Muslim, no 4423)

*Ni baru dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Belum amik riwayat dari kitab-kitab hadis lain lagi seperti Sunan Tirmidzi, Musnad Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Muwatha' Imam Malik dan lain-lain.

Belum amik lagi kisah-kisah dan riwayat-riwayat perbuatan salafus soleh dan ulama-ulama muktabar bertabarruk dengan orang soleh selain Rasulullah saw.

Pesanan saya, belajar lagi, sebelum sesuka hati menghukum itu bidaah, itu sesat, itu syirik, itu kurafat.

ABU SUNNAH
TMG

https://m.facebook.com/sunnahrasulullah12/photos/a.990309187716714.1073741827.990303737717259/1045549988859300/?type=3&source=48