Isnin, 20 Februari 2023

PERKARA MENCARIK ADAT(Fitnah Gemar Pada Karamah Dan Mencari Akan Karamah)



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Kita hamba Allah sahaja, kalau ada sesuatu dari Allah tanpa permintaan kita (dapat karamah dan seumpamanya), Alhamdulillah.

Kita (sepatutnya) malu dari pemberian itu sebab kita tahu (kita) tak layak. Itu rasa kehambaan. Jadi, hamba yang betul, (dia) malu dari amalan dia macam orang yang (berbuat) maksiat malu dengan maksiat (yang) dia (lakukan). 

Itu jalan Allah, berhati-hatilah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi majoriti hantar ke Jahannam.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

■ Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

BERHATI-HATI DENGAN PERKARA MENCARIK ADAT

(Bagi Muridin Yang Sedang Dalam Perjalanan Atau Tanpa Guru Yang Kaamil)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Bukanlah maksudnya kita dapat sesuatu yang luar biasa (karamah/perkara mencarik adat) maksudnya jalan itu betul !! Itu kira tak betul !! Timbangan (itu) tak betul !! Jadi janganlah (kita) kira jalan Allah dengan timbangan itu (karamah, kasyaf, dan sebagainya), sebab kadang-kadang ada ISTIDRAJ SYAITAN main atas orang (untuk) nak masukkan lagi (orang tersebut) kedalam jalan yang tak betul. Jadi, bagi karamat, kasyaf, luar biasa, itu ISTIDRAJ !!

Maklum ISTIDRAJ itu tarikan kepada kesesatan, berhati-hati !! Memang jalan sufi itu jalan kepada Allah, dan (ianya) juga (boleh jadi) jalan kepada syaitan !! Sebab itulah sekarang banyak gangguan atas jalan sufi !!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Sabtu, 18 Februari 2023

Syurga Makrifat

Allah menciptakan kita untuk mengenalNya, bukan hanya untuk kita kenal diri kita dan mengenal makhluk.

Allah bukan hanya menciptakan syurga untuk kita bernikmat-nikmat dengannya bahkan untuk melihat Allah dalam syurga.

Sebab itulah Allah menyeru hambaNya untuk mentaatiNya dengan sepenuh ikhlas, hanya beribadah kepadaNya, bukan hanya untuk syurga atau selainNya.

Syurga itu sememangnya dikhaskan untuk hambaNya yang beriman, dan syurga yang khas dikurniakan kepada hambaNya yang ihsan, yakni yang beribadah dengan memandang akan Allah yang mengurniakan nikmat dan kelebihan untuknya beramal.

Syurga Makrifat itu lebih utama daripada segalanya. Syurga Makrifat dikurniakan kepada hambaNya di alam dunia lagi bilamana hambaNya senantiasa memandang (syuhud) akan TuhanNya semata-mata. Maka dia akan berada dalam penuh ketenangan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.

BUKU YANG SEBENAR


Seorang Murid telah datang bertemu dengan seorang GURU MURSYID.

Murid itupun berkatalah kepada GURU MURSYID tersebut :

"Saya telah Membaca segala macam BUKU-BUKU dan banyak juga Guru-Guru yang telahpun saya ketemui. Maka sekarang saya hanya mahu belajar dengan Tuan Guru pula..."

Lalu GURU MURSYID itupun bertanya :

"BUKU apakah yang pernah kamu baca ?..."

Murid itupun menjawab :

"Saya telah membaca pelbagainya BUKU. 

BUKU ini, BUKU itu dan masih banyaknya lagi BUKU-BUKU orang-orang hebat yang telahpun saya bacanya..."

Maka GURU MURSYID pun berkatalah dengan senyuman :

"Sebenar-benarnya kamu ini pada Hakikatnya masih lagi terlalu Bodoh, Lemah dan Kalah. 

Janganlah sesekali kamu menghargai dirimu sendiri !

Terlalu banyak membaca BUKU-BUKU yang dituliskan oleh orang-orang lain.

Akan tetapi, kamu tidak pernah pula MEMBACA BUKU YANG KAMU SENDIRI TULISKANNYA..."

Murid itupun menjadi sangat-sangat terkejut dengan kata-kata GURU MURSYID itu.

Lalu Murid pun bertanyalah untuk mempelajari dan memahamkan kata-kata 'HIKMAH' daripada GURU MURSYID itu :

"Saya tidak pernah sesekalipun menuliskan apa-apa BUKU, maka bagaimanakah saya hendak Membacanya ?..."

Lalu GURU MURSYID pun menjelaskannya :

"Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa kamu masih lagi Bodoh, Lemah dan Kalah.

Padahal, kamu senantiasa sahaja Menuliskan 'BUKU KARANGAN DIRI' kamu pada setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. 

Tetapi kamu tidak pernah Sedar Diri !

BUKU itu ialah "DIARI BIOGRAFI".

Iaitu, 'BUKU PERIHAL DIRI' kamu atau 'RAHASIA DIRI' kamu sendiri, yang hanya diketahui oleh dirimu sahaja.

Kamu mengatakan bahawa telahpun mempelajari Al-Qur'an daripada ramainya Para Guru-Guru, akan tetapi kamu telah terlupa bahawa Al-Qur'an telahpun mengatakan :

“Bacalah Kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu.”
(QS. Al-Isra' : 14)

"BACALAH BUKU PERIHALMU (RAHASIA DIRI)..."

Tetapi kamu tidak pernah sesekalipun Membacanya dan tidak pula mahu Menyedarinya !

Hidup kamu hanyalah membaca BUKU yang dituliskan oleh orang-orang lain dan kamu pula berbangga-bangga dengannya sahaja.

Ketahuilah bahawa, pada Hakikatnya kamu masih belum lagi Membaca apa-apapun.

Sehinggalah kamu MEMBACA BUKU DIRI KAMU SENDIRI...

Kerana kamu tidak akan pernah bertanggungjawab keatas BUKU orang-orang lain.

Tetapi, kamu akan Wajib bertanggungjawab terhadap BUKU DIRI SENDIRI yang kamu Tuliskannya pada setiap hari, setiap masa dan setiap turun dan naiknya Nafas kamu..."

Murid itupun hanya terdiam membisu dan merenung jauh dengan kata-kata 'HIKMAH' yang tersangat-sangatlah Mendalam daripada GURU MURSYID itu.

Pada Hakikatnya, berapa banyakkah Masa yang telahpun Murid itu luangkan hanyalah dengan sia-sia belaka untuk menerokai dunia luar ?

Sampaikan ia melupakan akan dirinya sendiri dan tidak sekali-kali menerokai dunia dengan sendirinya ?

"PELAJARI, FAHAMI, RASAI DAN ALAMINYA SENDIRI..."

Maka, teruskanlah menyampaikan segala Kebaikkan, sehinggalah berulang-ulang kali selagi masih turun dan naiknya Nafas kamu atau sebelum kamu tidak lagi memiliki kesempatan untuk melakukan segala Kebaikkan demi Akhiratmu.

Tetapi, janganlah sesekali pernah terlupa untuk MEMBACA DIRI KAMU SENDIRI...

"TULISKANLAH CERITA HIDUPMU SENDIRI..."

* NOTA.

Yang CELIK betulkan Dunia Dalam, 

Yang BUTA salahkan Dunia Luar.

Yang CELIK jumpa dari Dalam,

Yang BUTA tercari-cari Diluar.

APABILA BUTA SAHAJA DIDUNIAWI TIPU DAYA YANG SEMENTARA INI, MAKA DIAKHIRAT KELAK KEKAL SELAMA-LAMANYA DIDALAM KEADAAN BUTA...

“Dan barangsiapa yang Buta di Dunia ini, nescaya di Akhirat ia akan lebih Buta dan lebih Tersesat dari Jalan”.
(QS. Al-Isra' : 72)

cpf

Jumaat, 17 Februari 2023

NAFSU PADA AMALAN


﷽ ، الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Telah menerangkan Murobbina Sayyidi Syarif Ahmad al Hadi al Hasani at Tijaniy حفظه الله تعالى kepada kami pada perkara amalan yang beserta dengan nafsu, bahawa;

"Jika amalan yang sukar untuk dibuat, namun ianya beserta dgn Gharad (tujuan & habuan) , nafsu bersama amalan tersebut, maka ianya akan menjadi mudah. Jika amalan tersebut kecil, namun tidak beserta dengan nafsu dalam amalan tersebut, maka ianya amat sukar bagi dirinya. Barangsiapa yang memperkemaskan amalan tanpa Gharad, ianya amat berat bagi nafsu kerana tiada bahagian nafsu pada amalan tersebut (sukar bagi nafsu untuk menerim amalan tersebut). Adab dalam amalan ialah mensucikan dan memperkemaskan amalan daripada Gharad"

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Guru kami Murobbina Sayyidi Syarif Ahmad al Hadi al Hasani

ISRA MIKRAJ TANDA KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN BAGINDA SAW

MAKHLUK RABBANI 
محمد بشر ليس كالبشر #بل ياقوتة بين الحجر 

Janganlah kamu menyibukkan akal kamu dengan bertanyakan bagaimanakah Baginda saw mikraj/naik ke langit atau diperjalankan ke baitul maqdis
itulah kenyataan benar yg kamu dengar akannya
para malaikat,mikraj,
buraq,
Rafraf(hamparan/selendang),
batasan sidratul muntaha,
istiwa,
qolam dan bunyian qolam sedang menulis,
kedengaran suara abu bakar,
ucapan wida’ jibril dan doanya
dan amanatnya
terbukanya pintu2 langit
keberadaan malaikat di langit2 dan keajaiban mereka
malaikat kanan dan kiri
syurga dan neraka
bintang yg bersinar
Nabi saw menjadi imam para Nabi2 AS di baitul maqdis
-keajaiban kejadian keseluruhan alam malakut
sesungguhnya semuanya itu ia adalah tersingkapnya rahsia zarrah Nabi Saw

-diperlihatkan kpd Baginda saw akan keajaiban ciptaan Allah swt yg asalnya drpd Nur Hakikat Baginda saw

Isra’ itu bermaksud berenangnya Nabi Saw didalam lautan cahanya2nya melalui pembukaan Rabbani

berjalannya dan Naiknya(mikraj) Nabi saw adalah dengan Zat diri dan ruh Baginda Saw
tetapi bukanlah dengan cara kebiasaan,
bahkan dengan cara yg mencarikkan adat kebiasaan 
yg dipernamakan sebagai fathul akbar
sesungguhnya pembukaan pertama yg berlaku adalah pembukaan pd makrifah akan Tuhannya
maka Allah swt mahabbah akan Nabi saw dan juga menjadikannya makhluk pilihanNya

dan Allah swt meletak akan hijab terhadap Baginda saw drpd mengetahui akan hakikat ciptaan diri Baginda Saw 
adalah kerana hendak mempermudahkan atas Baginda saw akan urusan yg sangat besar(penting) yg tidak diketahui akannya oleh selain baginda saw

yaitu urusan yg akan dipertangung jawab terhadapnya oleh Allah swt
maka tiada kepenatan seumpama kepenatan Baginda saw kerana banyak anaknya
 
kerana keseluruhan makhluk ini adalah anak2nya (didalam medan hakikat)
(ahli taat atau sebaliknya)

adalah Baginda saw berada ditempat yg sama (ketika isra dan mikraj)
bukanlah berpindah mengikut jalan adat kebiasaan bahkan secara luar biasa

adalah Baginda saw isra’ dengan keseluruhan badan Baginda saw dan dengan Ruhnya untuk melihat keseluruhan zarrah yg Allah swt Meng-adakannya di dalamnya

berpindahnya Nabi Saw drpd alam rendah ke alam yg tinggi adalah pada masa yg sama

qudrah Allah swt tiada sekatan oleh sesuatu
hanyasanya kemuncak pencapaian akal adalah ia mengetahui bahawa Allah swt boleh melakukan apa yg dikehendaki olehNya dalam kerajaanNya

sesungguhnya Allah swt telah melakukan sesuatu(menzahir qudrahNya) terhadap kekasihnya yg agung apa yg dikehendakiNya

(ketika isra mikraj)kelihatan matahari dan bulan terbit didalamnya
juga kelihatan orbit2 berada dipaksinya
dan Baginda saw meliputi pengetahuannya perincian Zat dirinya

semua itu adalah berenangnya Baginda Saw didalam lautan hakikat Adamiahnya 

Baginda Saw dan tatkalamana selesai berenang di dalam hakikat Adamiah dan kelaziman2nya
maka seterusnya  Baginda Saw merenangi didalan lautan hakikat Muhammadiyahnya 

maka masuklah Baginda ke dalam hadrah buta/kelam yg Rabbani (العمى الرباني), 

hadrah yg tidak boleh digambarkan akannya (tidak boleh dipersoalkan bagaimana tempat tersebut)
itulah hadrah yg tunggal/Esa yg Allah tajalli dengan sendirinya oleh ZatNya yg maha  tinggi didalam hakikat Muhammadiyah (yaitu dengan kesempurnaan/keseluruhan ZatNya

maka tenggelamlah Baginda Saw di dalam lautan hakikat nur2 kunhi Allah swt..
maka ghaiblah drpdnya Asma2 dan Sifat2 Allah (ketika tenggelam didalam lautan nur2 kunhi)
apatah lagi diri Baginda saw

-itulah hadrah  (ما زاغ البصر و ما طغى)

penglihatan Nabi Saw
tidak berpaling (dan tidak melampauinya) maksudnya, tidak berpaling dari apa yang dilihatnya dan tidak pula melampaui apa yang dilihatnya pada malam ketika ia diisrakkan dan ketika bertemu dengan Allah swt

-dan juga hadrah
‎(لقد رآى من آيات ربه الكبرى)

 (Sesungguhnya dia telah melihat) pada malam itu (sebagian tanda-tanda kekuasaan Rabbnya yang paling besar) yang paling agung, dimaksud adalah sebagian dari tanda-tanda itu, maka dia melihat sebagian dari keajaiban-keajaiban alam malakut, dan Rafraf berwarna hijau menutupi cakrawala langit, dan malaikat Jibril yang memiliki enam ratus sayap.

hadrah yg tidak diketahui akannya melainkan tuan empunya diri yg sedang tenggelam didalam hadrah kunhi tersebut

itulah hadrah yg terputus/terhalang padanya keseluruhan ilmu2  dan isyarat makhluk2 Allah yg lain melainkan diri Baginda saw yg mengetahui akannya

Maha Tinggi hadrah tersebut drpd apa yg cuba kita sifatkan/gambarkan/bayangkan

Rabu, 15 Februari 2023

WASPADA RACUN DALAM IBADAH (Berasa Manis dlm Amalan -ZHAUQ)


#Tujuan utama ilmu Dan ibadah KAMU adalah menjadikan kamu SEBENAR BENAR HAMBA ALLAH ( افلا اكون عبدا شكورا) 

Asy-Syeikh Akbar Al-Arifbiilah Al-Imam Mahiyidin Ibn Arabi Qaddasallahu Sirrahu berkata:

قال الشيخ اكبر العارف بالله الإمام محيي الدين ابن عربي قدس الله سره

أوصيك في هذا التجلي بالعلم وتحفظ من لذات الأحوال فإنها سموم قاتلة وحجب مانعة، فإن العلم يستعبدك له وهو المطلوب منا ويحضرك معه والحال يسودك على أبناء الجنس فيستهبدهم لك قهر الحال فتبسط لهم بنعوت الربوبية وأين أنت في ذلك الوقت مما خلقت له فالعلم أشرب مقام فلا يفوتنك.
Aku berpesan dalam Tajalli ini bahawa hati-hatilah dengan ilmu dan hati-hatilah dengan lazatnya hal (keadaan Ruhani) kerana itu merupakan racun yang mematikan dan hijab yang menghalangi mu kepada Allah Ta'ala. Maka ilmu yang bermanfaat ilmu yg dapat membuat kamu menjadi hamba Allah, kerana ilmu itu sesuatu yang dituntut dari kita dan ilmu yang dapat menghadirkan engkau bersama Allah.
Dan hal atau ahwal dapat menjadikan mu pemimpin pada sesama mu dan hal itu membuat orang menghamba kepadamu dan dengan dorongan kekuatan hal ini kamu memimpin mereka dengan sifat-sifat Kebagusan Rububiyah. Akan tetapi anda tidak sama dengan sifat Kebagusan Rububiyah Allah. Kerana engkau diciptakan bukan untuk hal melainkan untuk Allah dan tetap ilmu itu merupakan maqam yang paling mulia yang tetap engkau tuntut yang tidak boleh luput darimu.

(Kitab Tajalliyat Al-Ilahiyyah dalam Rasa'il Ibn Arabi, Dar Al-Kotob Al-ilmiyah Beirut hal 335).

Hijab (penghalang) antara hamba dan Allah ada 2
1. Hijab ilmu
2. Hijab Hal

Hijab ilmu dalam erti dengan kepintaran yang dimilikinya dapat menimbulkan sifat ujub, sombong dan riya, merasai dirinya paling pintar dengan orang lain. Jelas ilmunya ini menjadi penghalang antara dia dengan Allah. 

Hijab hal dalam erti merasai dzuq dan Syuhud dalam bathinnya, yang membuat dirinya sampai ke alam Malakut yang tujuannya semata mata mengharapkan karamah. Tapi Karamah yang dimilikinya untuk mengharapkan penghormatan dan disanjung sanjung dengan orang lain. Maka hal keadaan Ruhani yg dimilikinya bukan untuk mengabdi dan berubudiyah kepada Allah tapi untuk kemuliaan dirinya dengan makhluk .jelas keramah ini adalah bathil.