Rabu, 30 Ogos 2023

PERJALANAN MURIDEEN AHLI JAZBAH DAN AHLI SULUK MENUJU KE HADRAH ALLAH ﷻ



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Telah menerangkan kepada kami semua akan sifat-sifat perjalanan anak-anak murid dari Jalan Jazbah dan Jalan Suluk menuju ke Hadrah Allahﷻ oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala pada sedemikian ini; 

Jalan Jazbah seperti jalan Tijani, jalan Syazili, jalan Ahmadi, dan jalan Idrisi, perginya diri seseorang itu ke Hadrah Allahﷻ adalah dalam keadaan tidak boleh melihat apa-apa (ditarik secara tiba-tiba oleh Allahﷻ). Inilah jalan Jazbah bukannya jalan Suluk. 

Pada menerangkan akan hal Jalan Jazbah ini, diumpamakan seperti “Pergi dengan Jazbah, balik dengan Suluk”, yakni seumpama pergi ke Kuala Lumpur dengan kapalterbang dan balik dengan kereta, sehinggalah diri dapat mengenal dengan betul perjalanan tersebut, kerana semasa dalam keaadan Jazbah, diri tidak mengetahui akan jalan tersebut, sebab dirinya telah ditarik kepada Allah tanpa dapat melihat apa-apa (ditarik secara tiba-tiba oleh Allahﷻ). 

Namun demikian, apabila dirinya ingin kembali kepada Baqa, maka dirinya akan menggunakan jalan Suluk, selangkah demi selangkah, sehinggalah seorang Murobbi itu akan membantu seseorang murid itu yang terdiri dari dua jenis, iaitu  anak murid Sufi Ahli Jazbah dan anak murid Sufi Ahli Suluk. Dan apabila seseorang Murobbi itu sempurna, maka dia boleh membantu murid Sufi Ahli Suluk, dan juga boleh membantu murid Sufi Ahli Jazbah. 

Sekiranya murid itu adalah Sufi Ahli Jazbah, maka seorang Murobbi itu akan membantunya untuk ditarik terus kepada Allahﷻ. Dan sekiranya murid itu adalah Sufi Ahli Suluk, maka seorang Murobbi itu akan menolaknya selangkah demi selangkah sehinggalah sampai kepada Allahﷻ.

Semoga Allahﷻ melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta’ala dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terpuji bersama kekasihNya Sayidina Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Isnin, 21 Ogos 2023

ALLAH JUALAH YG SELAYAKNYA BERSELAWAT KEPADA BAGINDA صلى الله عليه وسلم MANUSIA SEBENARNYA TIADA KELAYAKKAN LANGSUNG MENGENALI BAGINDA ZOHIR DAN BATIN BAHKAN SEMATA MATA MENURUT PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA JUA UNTUK BERSELAWAT


Memadailah untuk kita memahami betapa besarnya selawat bilamana Allah SWT dengan kemuliaanNya dan kebesaranNya melazimkan diri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..malah Allah mengkhususkan cuma diri Nya sendiri untuk berselawat ke atas Baginda sehingga Allah melarang kita berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW..kenapa& bagaimana?

Perhatikanlah..setiap kali kita menyebut selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW .. Allah meminta kita serahkan selawat kepada NYA. melalui lafaz اللهم صل على ( Wahai Allah berselawatlah ke atas Nabi Mu.. )  

Adakah boleh kita sebut dengan lafaz صَلَّيْتُ على ( Aku berselawat ke atas Nabi..)walhal, صليت على رسول الله itu sudah betul dari sudut Bahasa Arab, sebaliknya kita merasa berat untuk menyebut demikian.. 

Betapa nyata kebesaran selawat.. nyata kebesaran Rasulullah SAW empunya selawat.. kita sekadar meminta Allah berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW..( اللهم صل على ) (Wahai Allah berselawatlah ke atas Nabi Mu) ,bukan kita yang layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW.. tapi cuma Allah sendiri.

Sebab , tiada yg layak untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan tidak ada yg mampu mengenali Rasulullah SAW sehingga layak berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW.. kerana demikian itulah, di dalam i'tiqad ASWJ.. ulama muhaqqiq telah bersepakat/ijmak bahawa selawat Allah ke atas Nabi Muhammad SAW adalah perkara yg di tauqifkan( yang tidak di kenali)..( tauqifiyyah) tidak boleh dikenali maknanya melalui aqal dan dalil/nas..walaupun ada Nas perintah dari Allah supaya berselawat tapi apakah Selawat Allah ke atas Baginda.. bagaimana Allah sentiasa sejak azali berselawat ke atas Nabi Ny..ianya suatu perkara yang diluar kemampuan aqal untuk mengenali makna selawat.. 
Selawat bukanlah terhenti sekadar makna berselawat menambah rahmat, menambah syafaat menurut ahli zahir..

Ramai orang yang tidak sedar..tidak perasan akan betapa besarnya hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan selawat .. bahawasanya sebenarnya bukan kita, hanya Allah saja yg layak berselawat..

Dalam agama Islam tidak ada amalan yg seumpama selawat kerana selawat, Allah sendiri yg berselawat..( amalan zikir yg Allah pilih untuk diri NY sendiri..)  

"Mutiara Kalam berharga Sayyidi Ahmad Alhadi Alhasani Almaghribi hafizahullah"

Sah A'syai'rah

Barangsiapa yang sah A'syai'rahnya,
maka sah lah kewaliannya. (Kalam Sidi Ahsan Al-Ba'qili RA)

Kalam ini menunjukkan betapa susahnya seseorang dapat mengesahkan A'syai'rahnya walau dia mengajar ilmu dan perbahasan menurut Imam Abu Hassan Asy'ari. 

Perhatikanlah berapa ramai pengajar & pelajar kitab A'sya'irah tetapi masih bersekongkong dan memberi taat setia kepada orang yang menyalahi fahaman A'syai'rah.

Orang awam yang jahil dan berniat baik hanya ingin mengikut petunjuk asatizah diuzurkan atas ini tetapi antum yang mengajar ilmu aqidah A'syai'rah kenapa mengangkat orang yang menyalahi fahaman antum menjadi ketua kepada masyarakat antum yang boleh merosakkan fahaman mereka.

Sahihkanlah A'syai'rah kita dengan sepenuhnya dan jangan sesekali duduk bersama dengan orang yang menyalahi fahaman kita agar masyarakat mengerti bahawa mereka yang menyalahi fahaman kita itu patut dijauhi.

#Via penuh dengan kekurangan

Ahad, 20 Ogos 2023

GURU KEROHANIAN SAYIDI AHMAD ALHADI ALHASANI DARI BUMI MAGHRIBI ALWALI AL-KAMIL AL-WASIL SIDI AHSAN AL-IFRINI ALHASANI رضي الله عنه


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Sidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Tunisi Al Maghribi Hafizahullah Ta'ala bersama dengan salah seorang pemberi ijazah kepadanya di dalam Sanad Al Ba'qili, beliau adalah Al-Kamil Al-Wasil Sidi Ahsan bin Abi Khair Al Ifrini Al Hasani As Susi, tempat tinggal beliau di Qunaitirah. 
Moga Allah merahmati beliau dan ayahnya
(ayah kepada Sidi Ahsan Ifrani) yang bernama Sidi Abu Khair, Muqaddam Hadrah Al Qunaithirah dan beliau mempunyai hubungan khusus dengan Sidi Ahsan Ba'qili RA.

Dan sebagai makluman, telah hadir Sidi Ahsan Al Ba'qili RA pada kelahiran beliau yang telah diberkati dan adalah pada waktu itu Sidi Ahsan Ba'qili telah mencari para Ahbab di sekitar kawasan tersebut. 
Telah tinggallah beliau di sana bersama dengan para Ahbab..
( sebenarnya adalah kerana Sidi Ahsan Al Ifrini.)
Pada ketika itu Sidi Ahsan enggan pulang dan memyambungkan jalannya semata-mata untuk tujuan menghadiri akikah Sidi Ahsan bin Abi Khair Al Ifrini. 

Dan juga berkongsi pada membeli akikah Sidi Ahsan Al Ifrini daripada hartanya yang khusus. 
Kemudian Sidi Ahsan Ba'qili juga mempernamakan Sidi Ahsan Ifrini dengan nama beliau iaitu Ahsan. 

Begitu juga telah mengkhabarkan kepada kami oleh Sidi Ahmad Al Hadi Hafizullahu Ta'ala tentang riwayat daripada Sidi Ahsan Ifrini seperti mana pada dirinya di hadapan Maqam Syeikh Tijani RA, beliau sendiri menceritakan kisah itu kepada Sidi Ahmad Al Hadi di Zawiyah Syeikh Tijani RA. 

Dan juga Sidi Ahmad Al Hadi telah mengkhabarkan kepada kami bahawasanya Sidi Ahsan Al Ifrini ini adalah seorang pembesar yang mewarisi akan Hadrah Al Katmiyyah tetapi ghalib atasnya menyembunyikan keadaan dirinya itu dan menutupi dengan Ahwal-ahwal Auliya' Al Mulamtiyyah. 

Adalah Sidi Ahmad Al Hadi Al Hasani tersangat menekankan masalah taqdim iaitu memberi ijazah Tariqah melainkan kerana dharurat iaitu memastikan keadaan orang hendak menerima akan baiah Thoriqah dan mewasiatkan bahawasanya tidak bermudah-mudah pada menalqinkan (memberi ijazah) Thariqah dan sanad dan beliau menaskan akan yang demikian itu di dalam ijazah-ijazah beliau. 
(Moga Allah memperbanyakkan orang seperti beliau)

Moga Allah merahmati beliau dan meredhai akan beliau dan Allah merahmati kita dan meredhai akan kita semua dengan sebabnya, Insya Allah.

MARTABAT SEBENAR HAMBA ADALAH KEHAMBAAN MUTLAK


MARTABAT2 DAN KEMANISAN IBADAH SEBAGAI HIJAB TERHADAP HAMBA DENGAN TUANNYA/RABBNYA

#بعقيليات
#نفحات_في_الطريقة_التجانية

(و لا تعتقدوا ان الربح في المراتب الولائية و لا الحلاوة في حال العبادة و لا الفيوض العلمية ظاهرا و باطنا ، فذلك كله حجاب قاطع عن المراد . و المراد منك ان تكون كالقلم بين يد الكاتب ، و هو ميت القدرة جامد . فلا ارادة و لاحركة و لا قوة . فكونوا مثله و احمدوا الله عليه . و لا تعبدوا القِبْلَة و لا المساجد و لا الشيخ و لا النبي و لا الدنيا و لا الاخرة )
 - سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه في احدى رسائله - 

janganlah kamu beriktikad bahawa keuntungan yg diperolehi pd martabat2 kewalian dan kemanisan ketika melaksanakan ibadah 
dan juga limpahan ilmu yg diperolehi secara zahir atau batin
kerana pd yg demikian itu adalah hijab yg memutuskan drpd tujuan sebenar(Allah dan ubudiah)

yg dituntut drpd kamu adalah menjadikan diri kamu umpama pen yg berada di tangan penulis

tidak bernyawa dan tiada upaya melakukan sesuatu

jadilah kamu umpama pen tersebut dan bertahmidlah kpd Allah (atas keadaan kamu yg umpama pen tersebut)

janganlah kamu menyembah akan kiblat,masjid2,masyaikh2,Nabi2, dunia dan juga akhirat
# (jangan jadikan diri kamu terhenti hanya pd perkara2 tersebut,bahkan jadikanlah Allah tujuan utama kamu dan jadikan diri kamu hamba sebenar/ubudiyah mahdah/محضة)
-bukan hamba kpd azkar/aurad/sir2/kasyaf2 dan umpamanya

-qutubul aqtab Sidi Ahsan Albaqili RA

Rabu, 16 Ogos 2023

HATI, LISAN DAN PERKATAAN UMMAT MELAYU ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Sayidina Rasulillah ﷺ bersabda, 

إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ، مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا، يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ 

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa dipikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terlempar ke neraka sejauh antara jarak ke timur.” 
(HR. Bukhari no. 6477 dan Muslim no. 2988) 

Dalam riwayat Muslim disebutkan, 

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ، يَنْزِلُ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ 

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan kalimat tanpa difikirkan terlebih dahulu, dan kerananya dia terjatuh ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.” 
(HR. Muslim no. 2988) 

Diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah r.a bahawa Sayidina Rasulillah ﷺ turut bersabda; 

إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ، وَإِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ 

“Sungguh seorang hamba mengucapkan sebuah kalimat yang diredhai Allah, suatu kalimat yang dia tidak memperdulikannya (memperhatikannya), namun dengannya Allah mengangkatnya beberapa darjat. Dan sungguh, seorang hamba akan mengucapkan sebuah kalimat yang dimurkai oleh Allah, suatu kalimat yang dia tidak memperdulikannya (memperhatikannya), namun dengannya Allah melemparkannya ke dalam neraka.” 
(HR. Bukhari no. 6478 dan Muslim no. 2988) 

Redaksi daripada hadis ini sangat membimbangkan lantaran kecenderungan masyarakat khususnya ummat islam melayu pada hari ini dapat dilihat daripada 2 perspektif; 

1) Kecenderungan masyarakat, samada lelaki atau perempuan untuk menggunakan perkataan yang buruk seakan-akan perkataan yang biasa sahaja bagi mereka, untuk menyanggah pihak yang lain, dengan perkataan yang suatu masa dahulu kami amat malu untuk menuturkannya, seperti b**i, s**l, dan yang sewaktu dengannya; 

2) Hilangnya satu keindahan nilai, serta peradaban bangsa Melayu Islam yang tinggi apabila terzahirnya suatu norma baru kehidupan bermasyarakat yang mendasarkan acuan jiwa dan rohani yang luntur daripada sifat RAHMAN dan RAHIM, sedangkan ummat Melayu Islam itu begitu terkenal dengan pembawaan akhlak RAHMAN dan RAHIMNYA. 

Kecenderungan hati untuk membiasakan penggunaan perkataan yang buruk (dibaca sebagai s**l atau b**i, dan sebagainya) berada sama paras dengan perkataan yang baik, dan menerima perkataan yang buruk itu sebagai normal lafaznya pada diri, seakan-akan mencerminkan suatu peralihan pembudayaan generasi yang akan datang, dimana mereka akan kehilangan hikmah-hikmah yang besar dalam kehidupan. 

Kadang-kadang, apabila membaca cacian dan makian, serta carutan, jika dibaca dalam komunikasi media sosial, seakan-akan saya tidak percaya bahawa inilah masyarakat Melayu Islam kita. Peralihan peradaban dan norma-norma kemelayuan dilihat sedang berlaku dengan begitu rakus dan pantas mengekori serta menyerap budaya dan cara hidup bangsa Kiasu dan Chauvinist. Suatu budaya yang saya boleh katakan "tersangat kurang ajar". 

Pada saya, ini suatu keruntuhan budaya Melayu Islam, dan satu evolusi budaya, dimana budaya memaksakan pendapat sendiri untuk diterima oleh orang lain, dalam apa cara sekalipun waima dengan perkataan yang keji, perkataan yang buruk, perkataan yang rakus, sehinggalah orang yang ditujukan perkataan itu menjadi kalah atau beralah dek kerana tidak tahan dengan perkataan-perkataan negatif yang sebegini. 

Apakah survival kehidupan yang menyebabkan keruntuhan budaya ini? Atau kegagalan sistem pendidikan, yang suatu masa dahulu kami diajar disekolah dengan silibus TATARAKYAT? Nampaknya seolah-olah tidak wujud lagi nilai Keluhuran dalam sistem pendidikan?! Jika ada nilai Keluhuran, sudah pasti guru akan disanjungi oleh murid dan ibu bapa. Namun terlalu banyak kes-kes yang berkaitan guru tidak dihormati oleh murid dan ibu bapa. 

Ini adalah penyakit. Suatu masa nanti bangsa kita akan menjadi bangsa yang kasar, hilang nilai kesopanan dan kesusilaan, serta hilang nilai keluhuran, mungkin kerana survival. Cacian, makian, hamburan penghinaan, kata-kata kesat, kejian, mungkin akan manjadi suatu lafaz yang biasa dan boleh diterima, setaraf dengan lisan-lisan yang baik. 

Sesungguhnya, ummat hari ini memerlukan Murobbi untuk membangunkan dan meluruskan semula budaya indah Melayu Islam seperti suatu masa dahulu. Suatu masa dahulu, bangsa Melayu dipelopori dan diterajui peradabannya oleh Murobbi dan para Wali yang ramai menempati pelosok tanah Melayu sehinggalah dirosakan oleh para kolonial yang datang setelah itu. 

Semoga dengan kehadiran para Syariff dan Habaib ke tanah Melayu ini akan merubah semula peradaban bangsa Melayu Islam untuk masa-masa yang akan datang. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Selasa, 15 Ogos 2023

Hijab

Jangan kamu beranggapan bhw keberuntungan itu dlm mencapai martabat² kewalian,tidak juga dlm kelazatan didlm ibadah,tidak juga dlm limpahan² keilmuan sama limpahan zohir atau pun yg batin...

kerana yg demikian itu sebanarnya menjadi hijab yg memutuskan dari tujuan yg sebenar...

Tujuan sebenar yg dituntut drp kamu ialah jadilah kamu spt pena yg berada dicelahan jari penulis..
sebagai seorang tlh mati qudrah(keupayaan),
yg jamid(yg membeku daya & upaya),
tiada sebarang kehendak(haul),
tiada gerakan,
tiada sebarang kemampuan...

Maka jadilah engkau sptnya(mayat) & pujilah Allahﷻ diatas nikmat itu(hal kamu spt mayat)...

Janganlah kamu mengabdikan diri kpd qiblat,
jgnlah kpd masjid²,
jgn kpd sheikh,
jgn jg kpd nabi,
jgn kpd dunia 
& jgn jg kpd akhirat...
( _tetapi jadilah sebenar² hamba kpd Allahﷻ_ )

*سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه*