Rabu, 29 November 2023

AWLIYA ALLAH ITU MENCUKUPKAN BEKALAN PERJALANAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sekiranya seseorang itu suka untuk mendatangi Sayidina Rasulullah ﷺ dan Allahﷻ, maka datangilah Awliya Allah, kerana Awliya Allah itu adalah merupakan satu kurnia dari Allahﷻ untuk ummat manusia, dan mereka itu adalah pintu utama untuk seseorang itu memulakan perjalanan memasuki Hadrah Sayidina Muhammad ﷺ. 

Hadrah Awliya Allah itu mewarisi Hadrah Sayidina Rasulullah ﷺ, Hadrah yang mengalir didalamnya segala limpahan-limpahan kenabian dan segala Madad serta Nafahat yang mencukupkan segala bekalan keperluan seseorang itu didalam perjalanannya. 
#selawatfatih

Isnin, 27 November 2023

SETIAP AMALAN KEBAIKAN ADALAH KURNIAAN DARI ALLAH SWT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Suatu nasihat yang halus, kemas, dan rapi dari Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa; 

"Dan janganlah kamu melihat amalan (yang kamu lakukan) itu untuk kamu, (atau) datangnya daripada kamu. (Sesungguhnya) Allah Ta'ala lah yang telah memberi Taufiq kepada kamu".

Keterangan beliau bahawa;

● Janganlah merasa dan memandang diri layak untuk berbuat sesuatu amalan, atau pun,

● Merasa atau memandang diri layak untuk menerima sesuatu amalan dari Allah, atau pun,

● Memandang atau merasa sesuatu amalan itu telah dikhususkan untuk diri kerana kerana merasa layaknya diri untuk berbuat amalan tersebut. 

Menurut beliau Hafizahullahu Ta'ala, amalan hanyalah penzahiran kurniaan Allah Ta'ala.

Cpf

Ahad, 26 November 2023

RISALAH KAIFIYAT BACAAN SELAWAT AL FATIH

●أَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
●اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ◯
●سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 
Puji-pujian keatas Allah ﷻ yang telah mengurniakan kita dengan sebaik-baik nikmat-Nya yang Agong Saiyidina Muhammad ﷺ sebagai ikutan dan contoh penerimaan oleh Allah ﷻ di dalam Hadrah-Nya.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Yang Mulia Saiyidina Muhammad ﷺ yang menjadi benih alam, Pembuka atas apa-apa yang tertutup, dan menjadi Penutup atas apa-apa yang terbuka.
Risalah ini di susun atas permintaan Muqaddam Kuala Lumpur, Ustaz Ubaidah sebagai panduan untuk mereka yang berminat beramal dengan Selawat Al Fatih. Risalah panduan ini disusun berpandukan;
I. KITAB MUKHTASAR AURAD AS-SAADAH AT-TIJANIYYAH yang ditulis oleh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala
II. Syarahan Selawat Al Fatih dari KITAB AN-NURUL LA-IH FI SYARHI SOLATIL FAATIH yang disyarahkan dan ditulis oleh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala
Adapun pada Kaifiyat untuk amalan ini, hamba membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu 
●Kaifiyat Di sisi Zahir akan diri seseorang,
●Kaifiyat Disisi Batin akan diri seseorang, dan
●Kaifiyat Membaca Selawat Al Fatih.
★Dan Kaifiyat ini adalah merujuk kepada Kaifiyat sempurna amalan bacaan Selawat Al Fatih 100x pada nisbah amalan Wirid Lazim dan juga bacaan Zikir Wazifah, kerana pada nisbah amalan Wirid Lazim dan bacaan Zikir Wazifah itu, menyamai akannya solat rohani akan seseorang itu.
KAIFIYAT DI SISI ZAHIR
i. WAKTU 
– Diperbolehkan membacanya pada bila-bila waktu, namun didahulukan waktu yang afdhal membaca akan Selawat Al Fatih itu di malam hari, sehingga digandakan fadhilatnya 500 kali. 
Diqiaskan waktunya yang afdhal itu sekira-kira membaca 5 hizb Al Quran secara tartil selepas daripada masuknya waktu Isyak atau kira-kira 1 jam selepas masuknya waktu Isyak.
ii. NIAT 
– Meniatkan semata - mata untuk makrifah akan Junjungan Besar Yang Mulia Sayidina Muhammad ﷺ .
iii. SUCI DIRI 
– Memastikan diri dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan hadas besar, serta hendaklah memastikan diri dalam keadaan berwudhuk. Suci pakaian yang dipakai, membersihkan mulut (bersugi) daripada bau makanan (bawang, ulam petai, dan seumpamanya). Dan terlebih afdhal berwangi - wangian akan dirinya dan tempat zikirnya. Dan terlebih besar juga engkarnya adalah pada bau rokok atau tembakau yang dihisap, atau pada bau benda-benda yang memabukkan.
iv. SUCI TEMPAT 
– Hendaklah juga memastikan suci itu pada tempat untuk membaca akan Selawat Al Fatih itu, tempat tidak berselerak, dan duduk atas hamparan yang suci dalam keadaan menghadap ke Kiblat, dan pastikan tidak ada bau yang busuk atau bau yang kurang selesa semasa pembacaan Selawat Al Fatih.
v. MENUTUP AURAT 
– Memastikan diri dalam keadaan sempurna pakaian disisi syarak, menutup aurat seperti mana keadaan diri menutup aurat ketika bersolat.
vi. TIDAK BERCAKAP - CAKAP 
– Hendaklah mengawal diri daripada bercakap - cakap semasa berselawat.
vii. DUDUK
– Duduklah bersila seperti duduknya seorang hamba yang merendah diri dengan Tuan, dan merendahkan sedikit bahagian belakang, yakni menundukkan sedikit kepala dan bahu, serta menjatuhkan pandangan kepada biji tasbih yang dibilang.
viii. TETAP DIRI 
– Hendaklah mengelakkan diri daripada bergoyang atau menggoyang - goyangkan diri mengikuti Selawat yang dibaca, atau berpaling diri memandang akan sesuatu, atau menggerak - menggerakkan anggota badan tanpa ada sebarang sebab dan keperluan.
ix. MEMELIHARA MATA 
– Tetaplah keadaan berselawat itu seperti mana melakukan solat yang mana tidak memejamkan mata ketika berselawat dan bersungguh-sungguh memelihara mata daripada pejam, atau meliarkan pandangan mata yang tidak ada keperluan, melainkan terarah pandangan kepada biji tasbih.
KAIFIYAT DI SISI BATIN
i. IJAZAH SANAD – Ijazah Sanad daripada seorang Guru atau Syeikh yang diberi izin adalah penting kerana ianya merupakan salah satu keberkatan dalam amalan dan daripada Ijazah Sanad ini ianya akan bercambah menjadi kebaikan - kebaikan yang melimpahi diri pembaca, bahkan ianya membantu untuk membuka kefahaman - kefahaman rohaniah yang berbentuk rahsia-rahsia di dalam Selawat Al Fatih.
ii. HADIR HATI – Dibolehkan meletakan nama Ahmad ﷺ dengan Muhammad ﷺ di hadapan kita semasa melakukan selawat dengan niat untuk Tawajjuh dan memelihara fokus konsentrasi dalam nama Ahmad ﷺ dan Muhammad ﷺ, dan memohon kepada Allah ﷻ agar dibukakan kepada kita rahsia-rahsia dan cahaya-cahaya, makna-makna, nur-nur, dengan dua nama itu.
iii. MENENGGELAMKAN DIRI DALAM SELAWAT AL FATIH 
– Maka perbuatlah majlis khas untuk membaca Selawat Al Fatih dan hendaklah duduk berselawat di dalam Majlis Selawat Al Fatih yang khas itu, sambil mengingati kalam - kalam khas akan hakikat - hakikat Baginda Rasulullah ﷺ dan memikirkan tentang kehebatan, kemuliaan, ketinggian, dan kebesaran Baginda Rasulullah ﷺ .
iv. MENDALAMI ILMU HAKIKAT SAYIDINA MUHAMMAD ﷺ 
- Mendalami ilmu Hakikat Sayidina Muhammad ﷺ akan membantu diri untuk masuk, tenggelam, dan bersatu di dalam Selawat Al Fatih. Pada seseorang yang telah tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, bahawa makna - makna hakikat-hakikat, cahaya - cahaya Rasulullah ﷺ , rahsia - rahsia Rasulullah ﷺ , ianya ibarat hujan yang turun ke atas diri. Walaupun lidah telah berhenti, tidak bergerak dengan Selawat Al Fatih, namun diri tetap berselawat dengan Selawat Al Fatih dan fana di dalam Selawat Al Fatih.
v. MENDALAMI HAKIKAT KEBESARAN SELAWAT. 
– Mendalami makna Selawat (hanya Allah yang layak berselawat) akan memperkenalkan kita kepada kebesaran Saiyidina Muhammad ﷺ khususnya kebesaran Selawat Al Fatih yang dinisbahkan sebagai Selawat Allah ﷻ dari PerbendaharaanNya Yang Maha Agong sebagai hadiah untuk ummat akhir zaman, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih.
vi. MEMPELAJARI ILMU SYAMAIL. 
– Mendalami ilmu Syamail akan membantu diri untuk tenggelam dalam mengkhayalkan diri serta rupa paras Saiyidina Muhammad ﷺ , serta mengkhayalkan kehadiran Baginda ﷺ dihadapan kita ketika kita membaca Selawat. Ianya penting untuk membuang lalai atau ghaflah semasa berselawat. Usahakanlah untuk bertafakkur tentang syamailnya Baginda ﷺ yang berbangsa zahir ketika berselawat. Semasa Selawat itu dibaca, maka perkara ini akan menyibukan diri kita dengan Baginda ﷺ dan menjauhi lalai atau ghaflah. Lama-kelamaan ianya akan tetap dalam diri kita, dan dipanggil hudhur dengan Baginda Nabi ﷺ , hudhur kita dengan Baginda Rasululllah ﷺ yang hadir.
vii. MERANGSANG HATI PADA BAGINDA ﷺ.
- Pada diri seseorang itu, tidak dapat tidak, hati memainkan peranan penting dalam membentuk kecintaan dan kerinduan. Justeru itu, hati yang sentiasa dirangsang dengan Baginda ﷺ akan lebih mudah rindu dan tenggelam di dalam majlis Selawat. Merangsang hati dengan Baginda ﷺ boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memperbanyakkan membaca Sirah Baginda ﷺ , atau pun duduk dalam majlis dan mendengar sirah - sirah Baginda ﷺ , bersahabat dengan mereka-mereka yang sentiasa memperdengarkan kita tentang kisah Baginda ﷺ , atau pun membiasakan diri mendengar Qaseedah (puji - pujian) ke atas Baginda ﷺ .
KAIFIYAT MEMBACA AMALAN SELAWAT AL FATIH
i. Membaca ta'awuz:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
ii. Membaca AlFatihah:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
iii. Membaca Selawat Al Fatih 100x.
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
100x
iv. Membaca
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا.
v. Membaca
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
vi. Membaca Doa Selawat Al Fatih
●اللَّهُمَّ بِجَاهِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ إِفْتَحْ لِي مِنْ كُلِّ بَابِ خَيْرٍ فَتَحْتَهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِكَ ◯
●Ya, Allah dengan pangkat Baginda ﷺ yg membuka apa yang tertutup, bukakan kepadaku setiap pintu kebaikan yang Engkau bukakan kepada Penghulu kami Muhammad ﷺ Rasul Engkau.
●وَبِجَاهِ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ، إِخْتِمْ لِي بِخَاتِمَةِ النَّاجِينَ الرَّاجِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ "قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللَّهِ" ◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menutupi apa yang telah berlalu, tamatkan daku dengan penamat orang² yang terselamat (berjaya) iaitu orang - orang yang mengharapkan keredhaan Engkau.
Yang dikatakan kepada mereka :
"Wahai hamba²-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah"
●وَبِجَاهِ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، أُنْصُرْنِي عَلَى جَمِيعِ الْأَعْدَاءِ نَصْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا "قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ" ◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menolong kebenaran dengan kebenaran, tolonglah daku atas semua musuh dengan kemenangan, yang pernah berkata oleh mereka : "Adakah kami ini bahan gurauan" "Ucapkan : Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi orang yang jahil". 
●وَبِجَاهِ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ، إِهْدِنَا صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ "مِنَ النَّبِيِّينَ والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ اللّٰهِ"◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menunjuk kepada jalan-Mu yang lurus, tunjukkan jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka daripada kalangan para Nabi, para Siddiqin, para Syuhada' dan orang - orang Soleh, dan merekalah sebaik-baik teman, itulah kurniaan daripada Allah.
𝗡𝗼𝘁𝗮:
Diperbolehkan juga untuk berdoa dengan apa-apa doa yang baik.
●Diakhiri dengan membaca
●بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ۞وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sabtu, 25 November 2023

ULAMAK ZAMAN SALAF


SOALAN

Saya hendak tahu apakah arti salaf dan bolihkah disebutkan nama ulamak-ulamak muktabar zaman salaf yaitu ulamak fiqah dan ulamak tauhid dan ulamak hadith.

Mohon ustaz sebut dengan ringkas supaya mudah saya faham.

Terima kasih.

JAWAPAN :

ARTI SALAF

Arti perkataan السَّلَفُ as-salaf atau سَلَفُ salaf pada bahasa ialah terdahulu atau dahulu.

Dan makna salaf pada istilah ialah zaman terdahulu atau orang-orang terdahulu dari zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam dan para sahabat r.a. dan para tabien dan tabi’ tabien r.a.

Menurut kamus Ma’ani Al-Jami’ :

الصحابة والتابعون وتابعو التابعين ، الذين شملهم قوله صلى الله عليه وآله: خير القرون قرني ثم الذين يلونهم ، ثم الذين يلونهم

Artinya : “Para sahabat dan tabien dan tabi’ tabien yang terkandung dalam sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam : Sebaik-baik zaman ialah zaman aku dan kemudian zaman orang-orang yang mengiringinya dan kemudian zaman orang-orang yang mengiringinya.”

Berkata Imam Ibnu Manzhur :

السَّلَفُ : الجماعَةُ المتقدمون

Artinya “Makna salaf ialah kumpulan orang-orang yang terdahulu mereka itu.” (Kitab Lisan Al-‘Arab)

Bila disebut perkataan salafussoleh artinya orang-orang soleh di zaman terdahulu.

Menurut pendapat yang masyhur ulamak menyebut bahawa golongan salaf itu ialah golongan yang hidup pada zaman pertama 300 Hijrah yakni dari zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam hingga ke penghujung abad ke 3 Hijrah.

Jadi para salaf itu ialah orang-orang Islam yang hidup pada zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam hingga ke tahun 300 Hijrah.

NAMA ULAMAK SALAF YANG MUKTABAR

Berikut disertakan sebahagian nama-nama ulamak muktabar dalam bidang tauhid dan fiqah dan hadith yang dilahirkkan sebelum berlalu 300 tahun Hijrah dan disertakan tahun lahirnya mengikut tahun Hijrah.

ULAMAK TAUHID ZAMAN SALAF

IMAM ABU JA'FAR AT-THOHAWI (239H)
Dilahirkan di negeri Mesir.

IMAM AL-ASY’ARI (260H)
Nama penuhnya Abu Al-Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari r.a. lahir di Basra.

IMAM AL-MATURIDI (238H)
Nama penuhnya Abu Mansur Muhammad bin Muhammad Al-Maturidi r.a lahir di Maturid.

IMAM AHMAD (164H)
Nama penuhnya Ahmad bin Hanbal r.a. lahir di Bahgdad.

ULAMAK FIQAH ZAMAN SALAF

IMAM HANAFI (80H)
Nama penuhnya ialah Nu’man bin Tsabit r.a. lahir di Kufah.

IMAM MALIKI (93H)
Nama penuhnya Malik bin Anas r.a. lahir di Madinah.

IMAM SYAFIE (150H)
Nama penuhnya Muhammad bin Idris r.a. lahir di Ghaza.

IMAM HANBALI (164H)
Nama penuhnya Ahmad bin Hanbal r.a. lahir di Baghdad.

ULAMAK HADITH ZAMAN SALAF

IMAM AZ-ZUHRI (51H)

IMAM ABU HANIFAH (80H)

IMAM AS-SYU’BAH (83H)

IMAM MALIK (93H)

IMAM SUFYAN AT-TSAURI (96H)

IMAM SUFYAN BIN ‘UYAINAH (107H)

IMAM IBNU AL-MUBARAK (118H)

IMAM ABDURRAZZAK (126H)

IMAM AS-SYAFIE (150H)

IMAM IBNU ABI SYAIBAH (159H)

IMAM AHMAD (164H)

IMAM AD-DARIMI (181H)

IMAM BUKHARI (194H)

IMAM ABU DAUD (202H)

IMAM MUSLIM (204H)

IMAM IBNU MAJAH (207H)

IMAM TIRMIZI (209H)

IMAM AN-NASAIE (215H)

IMAM ABU AWANAH (231H)

IMAM AT-TABARANI (260)

IMAM IBNU HIBBAN (270H)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Rukyah

Sayidi selalu bercerita tentang kedatangan anak bulan puasa..

"Jika seorang (orang awam/orang biasa) yg adil datang kepada kita/mufti mengatakan dia telah melihat anak bulan puasa,maka wajib lah ketika itu kita semua berpuasa"

Dan Sayidi membuat tamsilan.

Ini baru org biasa yg dtg bawa berita..Kalau orang biasa yg datang membawa berita itu pun wajib kita ikuti, apatah lagi jika Seorang Auliya (yg mana dari kecil hingga lah besar hidupnya sentiasa dalam lindungan ALLAH Subhanahuwataala) datang kepada kita membawa perkhabaran2 baik kepada kita.. maka kita wajib ikuti.. kalam Auliya tidak boleh tawaquf.. kerana dia adalah Auliya (Kekasih ALLAH).. kita tidak berada dalam "medan" kehidupan Auliya.. serah diri dan ikut..

SELAWAT FATIH DAN SELAWAT IBRAHIMIYYAH

Suatu penjelasan ringkas Selawat Fatih dan Selawat Ibrahimiah:

1) pertama sekali hendaklah kita ketahui, semua Selawat dtg drp Hadrah Allah bknlah ulamak/sahabat pandai2 menyusun Selawat mereka sendiri. 

2)Kedua, hendaklah kita mengetahui apakah mksd Selawat secara umum. Mksd Selawat secara umum adalah "Wahai Allah Selawat ke atas Nabi Muhammad", maka kalimat apakah yg dtg selepas itu adalah sebuah gambaran/cerita tentang Hakikat diri Rasulullah. Jika perhatikan Selawat yg warid dr Rasulullah secara syariat seperti Selawat Ibrahimiah dan Ummi maka Rasulullah menyifati dirinya dengan ummi mustafa dan meminta Allah Selawat ke atas dirinya dan keluarganya spt Selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim (Selawat Ibrahimiah). Jd, dpt difahami secara umum dan sclecara bangsa syariat Nabi merendah diri dlm menyifati dirinya secara syariat.

3)Ketiga, secara syariatnya tiada nas yg melarang utk sesiapa menyusun Selawat mereka sndri bahkan ada Sahabat yg telah menyusun Selawat mereka sendiri ketika Nabi masih hidup dan sampai kepada Nabi dan Nabi tidak melarang perbuatan tersebut. Dan kalimat Fatih dan Khatim dlm Selawat ada dlm Selawat yg disusun Saidina Ali dlm menyifati Nabi SAW. 

4)Keempat, Selawat Fatih merangkumi semua Selawat. Ini adalah perkhabaran auliya' Allah yg telah mujahadah utk mencari satu Selawat yg merangkumi semua Selawat, satu Selawat yg apabila kita bacanya maka semua apa yg dibicara oleh Selawat2 lain ada pd nya dan auliya' itu adalah Sidi Mustafa Al Bakri (blh baca kisahnya di atas). 

Peristiwa yg berlaku pd Sidi Mustafa Bakri ini adalah sebuah pentahqiqkan apa yg akan terjadi d akhir zaman, sebuah anugerah kpd ummat akhir zaman yg bnyk aib2 spt org tua, maka ummat jga skarang ini melalui fasa ketuaan. Maka org tua bnyk mendapat rahmat dan keuzuran spt anak2 selalu bg duit, kurang kerja dan bnyk rehat tp ckup mkn minum dan kdg2 ada anak2 belanja mkn mewah. Begitulah perumpamaan ummat akhir zaman. 

Jd, kembali ke kisah Sidi Mustafa Bakri, ketika mana Sidi Musthafa Bakri mendapat risalah Rabbani drp malaikat, Rasulullah dtg secara yaqazah (jaga/sedar) memberitahu kpd Sidi Mustafa Bakri bahawa Selawat ini utk Ummat akhir zaman (yg mana seorang wali besar akhir zaman yg akan memasyhurkan Selawat ini iaitu Syeikh Tijani RA). Kemudian lahir Syeikh Tijani selepas lbh kurang 100-150 thn, dan Syeikh Tijani mendapat talqin Selawat Fatih ini secara yaqazah drp Rasulullah SAW. Dan drp Syeikh Tijanilah Selawat Fatih bnyk tersebar. Ada sanad Sidi Musthapa Bakri ttp tak ramai dan sikit dan sdh jarang2 yg ada sbb mmg asal Selawat ini bkn utk beliau tp beliau hny sebuah perantara utk mentahqiqkan Selawat Fatih yg akan dizahirkan dan disebarkan di tgn Syeikh Tijani.

Dan kisah ini termasuk kisah karamah auliya', sapa yg mudah terima kisah2 spt ini dgn hati yg terbuka maka itulah rezeki mereka dan jika siapa yg susah nk terima maka tiada rezekinya. Sbb anugerah, bkn utk semua org, hanya syariat utk semua org.
Dan Selawat Fatih adalah Selawat Hakikat manakala Selawat Ibrahimah adalah Selawat Syariat, asal kedua-duanya drp Rasulullah SAW jua, satu secara syariat, satu secara karamah Auliya .

Adapun saya menulis ini bukanlah untuk menjawab kepada orang yang bertanya soalan berkenaan Selawat Fatih dan Selawat Ibrahimiyyah ataupun bukanlah juga saya menyuruh dia menyusun soalan supaya dapat saya berikan jawapan kepada dia bahkan tujuan kedua-dua perbuatan saya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan was-was yang ditimbulkan oleh dia kepada pecinta Selawat Fatih yang baharu.

Maka, ketahuilah Selawat Ibrahimiyyah adalah Selawat Syar'iyyah Al Muhammadiah dan Selawat Fatih adalah Selawat Hakikat Al Muhammadiyyah. 

Adapun, kedua-duanya datang daripada Nabi Muhammad SAW jua.

Satu datang sebelum kewafatan Baginda dan satu datang selepas kewafatan Baginda yang telah Baginda sampaikan kepada Syeikh Tijani secara yaqazah. Adapun yang pertama, dibimbangi jatuh kafir sesiapa yang menolak dan adapun yang kedua, dibimbangi terputus madad khusus daripada Rasulullah SAW selamanya bagi yang menolak.

Dan ketahuilah, semua perkhabaran-perkhabaran berkenaan berkenaan keistimewaan Selawat Fatih adalah datang daripada Rasulullah SAW sendiri kepada Syeikh Tijani, dan ketahuilah juga adapun yang sampai kepada kita hanyalah lapisan atasnya sahaja, bahkan masih ada batin rahsianya dan batinul batin yang belum disingkapkan kepada kita. Hanya yang terpilih yang mengetahuinya di dunia dan selain daripada yang terpilih akan mengetahuinya di akhirat nanti.

Dan ketahuilah juga, kisah pengajaran Selawat Fatih kepada Syeikh Tijani oleh Rasulullah SAW dan perkhabaran-perkhabaran akan kelebihan Selawat Fatih adalah mutawattir di sisi Fuqara' Tijaniyyah.

Dan ingatlah, Rasulullah SAW itu dibina ia dengan Selawat Fatih dan Selawat Fatih itu dibina ia dengan Rasululllah SAW 
 - Sidi Ahsan Ba'qili

Yakni kedua-duanya saling terkait akan kewujudannya.

Cpf

Rabu, 22 November 2023

MENANTI DAN MENGHARAPKAN NATIJAH DARI AMALAN THORIQAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Hendaklah kamu mengetahui, apa yang dibina atasnya oleh Thoriqah (Tijaniy), iaitu terhentinya seorang hamba dihadapan pintu Allah SWT dan dihadapan pintu Nabi Nya, dan dihadapan pintu Wali Nya, (adalah) dengan (kehendak) Allah, bukanlah dengan (kehendak) diri kamu sendiri (atau) dengan amalan yang kamu disuruh akannya (amalan-amalan Thoriqah). 

Tajridlah engkau dari amalan tersebut iaitu sucikanlah (diri) kamu dari menisbahkan amalan tersebut dari diri kamu, walaupun kamu yang melakukannya. Tidak ada daripada kamu sesuatu pun dari amalan itu melainkan kamu adalah tempat penzahiran daripada amalan tersebut.

Kurniaan yang datang dari Allah SWT, yang mana Allah SWT telah menjalankan atas kamu akan ketaatan Allah, dan yang bukan maksiat, dan kamu ketahui bahawasanya kamu telah menuntut akan Wazifah (yang telah menjadi) tugas harian kamu, akan asbab-asbab dunia dan akhirat (menuntut habuan dunia dan akhirat melalui amalan Wazifah), daripada taat akan Allah SWT.

Bahawasanya Allah SWT yang bertanggungjawab dengan tugas-tugas keTuhanannya, yang memberikan akan Nabi Nya hasil buah asbab-asbab tersebut, daripada umpama keuntungan, ganjaran, pahala, syurga, keampunan, keredhaan Nya, dan Mahabbah Nya, dan kedekatan Nya, dan rahsia Nya, khasiat sesuatu perkara, khasyaf Nya, dan selainnya daripada natijah-natijah yang dihasilkan daripada amalan tersebut. 

Dan maksud daripada itu, beradablah dijalan Allah SWT untuk memperkemaskan (mengikhlaskan) akan amalan serta ketetapan Nya, serta tidak menanti akan natijahnya (natijah daripada amalan), kerana ianya (natijah amalan itu) adalah pengkhususan bagi pihak Allah SWT. Bahawasanya tidaklah ia (orang yang ariff itu) berniat pada amalannya untuk menghasilkan sesuatu, bahkan orang-orang yang ariff bukanlah menanti ganjaran-ganjaran amalannya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

● Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala