Rabu, 31 Januari 2024

Kekuatan Ummah

Kekuatan ummah yg sebenarnya² datang dari Nusrah Allah(pertolongan Allah)..

...Nusrah Allah hanya hadir apabila ummah menjadi satu..

...KeSATUan tidak akan berlaku melainkan melalui jalan MAHABBAH(saling berkasih sayang)...
Sedalam mana mahabbah sesama ummah, semakin terjalinlah KeSATUan ummah...

...Tidak mungkin akan hadirnya mahabbah yg haqiqi melainkan setelah hilangnya keAKUan diri..

#hadir_bg_mengikis_keakuan

Syukur atas anugerah Ilahi

Allah menciptakan unsur Muhammadi dlm setiap diri dan menuntut untuk kita lihat...wa fi anfusikum afala tubsirun...

Syukur atas anugerah Ilahi

Amalan itu nikmat pemberian Allah
Diri kamu sendiri jg nikmat Allah
Semua nikmat Allah

Ahli syukur akan beribadah sebagai mensyukuri nikmat Allah yang banyak

Ahli syukur yg khas (fadhlul Ilahi) akan mensyukuri punca nikmat iaitu baginda Nabi yg menjadi perantara (wasilah) agung Allah

Mengiktiraf wasilah agung adalah ibadah terbesar dengan memperbanyakkan berselawat

Dan selawat yang utama mengadungi segala rahsia ketuhanan adalah Selawat Fatih

Bila adanya kurniaan itu tandanya ada kekurangan.

Seperti kerajaan yang baik bila lihat rakyatnya miskin lemah maka akan diberi bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Maka rakyat yang baik akan menghargai bantuan kerajaan dan mengakui kelemahan kemiskinan sendiri, dan tidak merasakan bantuan itu memang layak atasnya kerana kelemahan itu memang disebabkan kecuaian kekurangan rakyat dalam menguruskan kehidupan.

Allah Yang Maha Pemurah melihat hambaNya yang serba kekurangan akan menyalurkan bantuan (madad) melalui para ahliNya kepada hambaNya yang mengakui kelemahan diri dan mengharapkan bantuan Allah, itulah sifat kehambaan yang disukai Allah.

Hamba yg sebenar itu suka berselawat


Di balik sana

Di balik sana ada segolongan manusia yang kelihatan berbuat taat kepada Allah, ketaatan mereka hanyalah kepada Allah

Jika ditanya kenapakah kamu berbuat taat, langsung dijawab kerana menurut perintah Allah, kami hamba Allah walaupun kami tak layak untuk mengakuinya.

Apakah di sebalik itu ada kelebihan dalam berbuat taat itu? Langsung dijawab mereka, ya sudah semestinya, namun juga kami tak layak untuk menggapainya kerana apa yang kami perbuat ini penuh dengan kealpaan dan kesyirikan.

Lalu dipersoalkan lagi kepada mereka apa yang diperbuat itu tampak penuh kebaikan dan kekhusyukan, lantas jawab mereka itu pada zahirnya, tapi hakikatnya penuh pendustaan.

Lihatlah golongan ini, mereka beribadah penuh khusyuk, hanya memandang kepada Allah, tidak hanya melihat kepada kelebihan-kelebihan dalam beramal, namun melangkaui batasan itu dengan menumpukan sepenuh pandangan hati, jiwa dan raga mereka kepada Allah Yang Maha Pemurah yang mengurniakan kelebihan beramal dan memudahkan mereka untuk beramal.

Masjid yg sebenar ialah yg membawa kamu kpd rasa kehinaan, kehambaan

Bila kamu mengiktiraf kelemahan, kehinaan, kekurangan, penuh dgn sifat mazmumah, maka kamu dimaafkan

Makna syukur ialah memandang Yg Maha Pemberi, menghargai pemberianNya

Bukan merasa diri layak atas anugerah

Bila ada pemberian itu tanda kekurangan kita

Bagaimana kamu kata redha dgn Allah sdgkan bila diuji kamu mengeluh tak redha

Allah jadikan kamu dgn penuh kelemahan agar kamu sedar insaf kelemahanmu

Kamu kata kasihkan Allah, kasihkan Rasulullah tapi mengabaikan pintunya, bolehkah begitu?

Nabi Muhammad itu Rasulullah maksudnya Nabi Muhammad adalah utusan Allah, apa maksud utusan, iaitu pengutus, penghubung, penyambung, wasilah.

Sebagai contoh, dia utusan raja, maknanya dia penghubung kepada raja, kalu rakyat nak berhubung dengan raja mesti melalui dia, mesti melalui dia. Adakah dia raja? Bukan, dia adalah utusan raja, jadi boleh masuk dalam istana, mengadap raja, terima amanat raja, dan sampaikan kepada rakyat, dan dia boleh masuk dalam rumah rakyat untuk menyampaikan amanat raja

Bermakna dia memegang dua peranan, peranan kepada raja dan kepada rakyat. Adakah dia rakyat? Dia lebih istimewa daripada rakyat.

Isnin, 29 Januari 2024

BEBERAPA KISAH PARA SAHABAT BAGAIMANA SEBILANGAN SAHABAT NABI YANG TERAWAL MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH

Sebelum ini kita ada ceritakan
Semasa cahaya Islam mula terbit dikota suci mekah...

Ada beberapa sahabat yang memeluk islam dengan cara yang berbeza-beza

Ada yang bermimpi ayahnya cuba menolaknya kedalam api dan baginda datang memegang serta menyelamatkannya

******
******

(DUA PETUNJUK ASBAB HIDAYAH DARI DUA CERITA YANG BERBEZA)

1-Kisah Sayyiduna Uthman ibnul Affan Radiallahu anh

2-kisah Sayyiduna Tolhah bin ubaidillah radiallahu anh

****

Cerita Pertama
(SAYYIDUNA UTHMAN IBNUL AFFAN RADIALLAAAHU ANH)

Sayyiduna Uthman ibnul Affan saat itu merupakan Pedangang yang kebetulan dalam perjalanan Pulang dari Syam@syria Menuju ke Kota suci mekah

Ketika beliau dalam perhentian untuk berehat tidur di tengah gurun,,,

Beliau dengarkan satu teriakan suara yang kuat yang beliau sendiri tidak tau siapa yang mengucapkannya ,,,,

Dan ini isi rangkap yang didengarinya

WAHAI ORANG YANG TIDUR!!!
BANGUNLAH!!!!
SESUNGGUHNYA AHMAD SEDANG ZAHIR DIMEKAH!!!

Kata-kata ini benar-benar terngiang-ngiang dan ditelinganya dan buatkan ia berfikiran sepanjang jalan esoknya,,,

Ia tidak memahami apa yang dimaksudkan
SEDANG ZAHIR@MUNCUL??

Dan ia tidak pun tahu siapa yang dimaksudkan Yang terpuji@Ahmad

Ditengah perjalanan menuju ke kota mekah ia bertembung dengan seorang lelaki bernama Tolhah bin ubaidillah

*******
*******
Cerita kedua
(SAYYIDUNA TOLHAH BIN UBAIDILLAH RADIALLAHU ANH)

 Dalam perjalanan menuju ke kota mekah
Uthman bin Affan berjumpa dengan sepupunya sayyiduna Abu Bakr assiddiq radiallahu anh

Beliau adalah sayyiduna Tolhah bin Ubaidillah radiallahu anh

Maka bertemu dan berbuallah kedua sahabat yang saat ini belum lagi memeluk islam,,,,

Tapi dalam pertemuan ini dikongsikan dua kisah ajaib yang menjadi Asbab mereka berdua menjadi tidak sabar untuk mengenali siapakah itu ahmad???

Sayyiduna Tolhah menceritakan
Beliau ada singgah di Bursa

DiBusra beliau disapa dan ditanya oleh seorang Pendeta Nasrani...

Pendeta itu bertanya kepada Tolhah
Adalah telah muncul seorang lelaki di Arab yang Bernama Ahmad???

Tolhah bertanya 
Siapakah itu Ahmad??

Maka pendeta itu menjawab
AHMAD ADALAH ANAK KEPADA ANAK ABDUL MUTTAALIB IAITU ABDULLAH

Pendeta itu menambah:
Sepatutnya ini adalah bulannya
Dalam bulan inilah sepatutnya ia muncul
Dan ia adalah Nabi yang terakhir

Beberapa kali Tolhah mengulang-ulangkan kisah ini dihadapan sayyidduna Uthman yang dirinya benar-benar menyaksikan apa yang didengarinya agar difahami oleh sayyiduna uthman

Kemudian sayyiduna Uthman juga membuka ceritanya apa yang dia dengari satu teriakan suara ditengah padang pasir yang berkata

WAHAI ORANG YANG TIDUR!!
BANGUNLAH!!
SESUNGGUHNYA AHMAD TELAH ZAHIR DIMEKAH!!!!

Kemudian sayyiduna Tolhah mencadangkan kepada sayyiduna Uthman bin Affan agar mereka berdua bertemu dengan sepupunya sayyiduna Abu Bakar Assiddiq radiallahu anh,,,,

Sayyiduna Abu bakar saat itu terlebih awal sudah pun memeluk islam

Setelah mereka berdua bertemu
Mereka menceritakan kisah mereka

Lalu sayyiduna Abu Bakar membawa mereka berdua menghadap kehadapan Baginda Rasulullah s a w

Dan mereka berdua juga menceritakan kisah mereka berkaitan

1-teriakan ditengah padang pasir
2-kisah rahib Nasrani

Kemudian keduanya Mengucapkan dua kalimah syahadah dihadapan Baginda Rasulullah s a w

 أشهد ا لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله

Wallaahu a3lam

Jumaat, 26 Januari 2024

USAHA BUAT RABITAH DAN TAWAJJUH DALAM ZIKIR

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Kalau boleh tambahkan (ketika membaca selawat) hudur (hadir dalam zikir). Masalahnya zikir ini diuji dengan lalai dan ngaflah. Masa kita solat atau zikir atau amalan, kadang² kalau baca Al Quran lidah, akal kita tak tau pergi mana (lidah baca Al Quran atau zikir dan seumpamanya tapi fikiran kita fikir macam²).

Jadi macam mana nak cari Tawajjuh sedikit ? Dalam Tasawuf dinamakan Rabitah atau Hudur, (caranya) usaha untuk membayangkan Nabi ﷺ di depan kamu masa selawat. Khayallah Nabi ﷺ (dengan) satu rupa yang sempurna depan anta masa mula selawat.

Kalau kamu pandai Syamail, tahu macam mana sifat² Rasulullah ﷺ (sifat kepala baginda ﷺ, mata baginda ﷺ, mulut baginda ﷺ, leher baginda ﷺ, tangan baginda ﷺ, dada baginda ﷺ dan lain²), masa itu kita letakkan khayalan depan kita, kita usaha untuk mengisikan zat itu (zat khayalan tersebut) dengan syamail yang dikenali oleh kita.

Jadi macam tu dalam (ketika) selawat, usaha untuk fikir tentang sifat dan rupa Nabi ﷺ yang mulia. Sikit² (lama²) akan tergelam dalam Hakikatnya ﷺ. Dengan selawat, sanad dan tawajjuh akan dapat rahsia² itu (rahsia Hakikat Rasulullah ﷺ).

Kebanyakan Hakikat dalam tasawuf dan zauq (rasa) diserah kepada zauq. Tak perlu cakap dengan lidah. (Kerana itu) pekara zauqi.

Cermin kalau dilap bersih akan tunjuk (memantulkan) apa yang ada dihadapannya tapi kalau ada kekotoran tak dapat gambaran hadrah ilahi yang benar. Kalau kita usaha mencuci hati akan dipantulkan dalam hati kita segala rahsia² Allah ﷻ dan cahaya² nabi ﷺ. Jadi kita kena usaha mempersiapkan tempat pantulan itu (cermin hati).

Itu nasihat saya, buat rabitah dan tawajjuh dengan (dalam) zikir. Dalam hadis :

" ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه "

Maksudnya : Berdoalah kepada Allah ﷻ dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan, dan ketahuilah kamu bahawa Allah ﷻ tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.

( Riwayat Imam Tirmizi)

Yakni maksud kalau kita zikir dengan ngaflah kadang² amalan itu didenda bukan dibalas. Jadi usahalah untuk itu (hudur dan tawajjuh dalam berzikir atau bersolawat atau berdoa).

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT

Meremang bulu roma dan menangis saya baca kisah ini, apalah sangat yang dibandingkan dengan ujian kecil yang menimpa kita.. Allahu.. 

WANITA YANG KEMATIANNYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT

Kisah ini mungkin telah sering kita dengar. Namun, sekadar mengingatkan kembali tentang perjuangan wanita mulia ini. Semoga dapat mengembalikan ghairah kita untuk juga mampu meneladani beliau, wanita yang " berhati waja "

Nusaibah Binti Ka’ab radhiyallahu anha, namanya tercatat dalam tinta emas penuh kemuliaan. 
Bahkan kematiannya mengundang ribuan malaikat untuk menyambutnya.

Hari itu Nusaibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said sedang beristirehat di bilik tempat tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nusaibah meneka, itu pasti tentera musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di kawasan Gunung Uhud. Dengan bergegas, Nusaibah meninggalkan apa yang sedang dilakukannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tertidur dengan halus dan lembut dikejutkannya.

“Suamiku tersayang”, Nusaibah berkata: “Aku mendengar pekik suara menuju ke Uhud. Mungkin orang-orang kafir telah menyerang.”

Said yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Dia menyesal mengapa bukan dia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Dia segera bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu dia menyiapkan kuda, Nusaibah menghampiri. Dia memberi sebilah pedang kepada Said.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang.”

Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya itu, tak pernah ada keraguan padanya untuk pergi ke medan perang. Dengan gagah dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju ke utara. Said langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu semakin mengobarkan keberanian Said.

Di rumah, Nusaibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup.

“Ibu, salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “Suami Ibu, Said baru sahaja gugur di medan perang. Beliau syahid…”

Nusaibah tertunduk sebentar.
“Inna lillah…..” ucapnya,
“Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.”

Setelah pemberi khabar itu meninggalkan tempat, Nusaibah memanggil Amar. Ia tersenyum kepadanya di tengah tangis yang tertahan,

“Amar, kau lihat Ibu menangis?.. Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah Syahid. Aku sedih kerana tidak memiliki apa-apa lagi untuk diberikan sebagai para pejuang Nabi. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”

Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar.

*“Ambillah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terhapus.”

Mata Amar bersinar-sinar. “Terima kasih Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku ragu, seandainya Ibu tidak memberi peluang kepadaku untuk membela agama Allah.”

Putera Nusaibah yang berbadan kurus itu pun terus menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak terlihat ketakutan sedikit pun dalam wajahnya. Di hadapan Rasulullah, ia memperkenalkan diri.

“Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayahku yang telah gugur.”

Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu….”

Hari itu pertempuran berlalu cepat. Pertumpahan darah berlangsung hingga petang. Pagi-pagi seorang utusan pasukan Islam berangkat dari perkemahan di medan tempur, mereka menuju ke rumah Nusaibah.

Setibanya di sana, wanita yang tabah itu sedang termangu-mangu menunggu berita, “Ada khabar.. apakah gerangan?..” serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “Apakah anakku gugur?..”

Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”

“Inna lillah….” Nusaibah bergumam kecil. Ia menangis.
“Kau berduka, ya Ummu Amar?..”

Nusaibah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuberangkatkan?.. Saad masih kanak-kanak.”

Mendengar itu, Saad yang sedang berada tepat di samping ibunya, menyela, “Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putera seorang ayah yang gagah berani.”

Nusaibah terperanjat. Ia memandang puteranya. “Kau tidak takut, nak?..”

Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng, yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya. Ketika Nusaibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan tentera itu.

Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menancap di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, “Allahu Akbar!..”

Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nusaibah.

Mendengar berita kematian itu, Nusaibah meremang bulu tengkuknya. 

“Wahai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diriku yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”

Sang utusan mengerutkan keningnya, lalu berkata:

“Tapi engkau wanita, ya Ibu….”

Nusaibah tersinggung: “Engkau meremehkan aku kerana aku wanita?.. Apakah wanita tidak ingin pula masuk ke Syurga melalui jihad?..”

Nusaibah tidak menunggu jawapan dari utusan tersebut. Ia bergegas menghadap Rasulullah dengan menunggang kuda yang ada.

Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nusaibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum.

“Nusaibah yang dimuliakan Allah. Belum masanya wanita mengangkat senjata. Untuk sementara engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentera kita yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”

Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nusaibah pun segera mengambil ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur.

Dirawatnya mereka yang mengalami luka-luka dengan cermat. Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk dan memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba rambutnya terkena percikan darah. Nusaibah lalu memandang. Ternyata kepala seorang tentara Islam tergolek, tewas terbabat oleh senjata orang kafir.

Timbul kemarahan Nusaibah menyaksikan kekejaman ini.

Apalagi ketika dilihatnya Rasulullah terjatuh dari kudanya akibat keningnya terkena anak panah musuh. Nusaibah tidak dapat menahan diri lagi, menyaksikan hal itu.

Ia bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang perajurit yang tewas itu.
Dinaiki kudanya. 
Lantas bagaikan singa betina, ia mengamuk.

Ramai musuh yang kelam kabut menghindarkan diri darinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang.

Hingga pada suatu waktu ada seorang kafir yang mengendap dari arah belakang, dan langsung menebas putus lengan kirinya. Nusaibah pun terjatuh, terinjak-injak oleh kuda. Peperangan terus berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga tubuh Nusaibah menahan sakit sendirian tanpa ada bantuan

Tiba-tiba Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada orang yang boleh ditolongnya. Sahabat itu, apabila melihat ada tubuh yang bergerak-gerak dengan susah payah dikejauhan, dia segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu.

Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “Isteri Said-kah engkau?..”

Nusaibah memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya, “Bagaimana dengan Rasulullah?.. Selamatkah baginda?..”

“Baginda Rasulullah tidak kurang suatu apapun…”

“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan?.. Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”

“Engkau masih terluka parah, Nusaibah….”

“Engkau mahu menghalangi aku untuk membela Rasulullah?..”

Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke medan pertempuran. Ramai musuh yang ditumbangkannya. Namun kerana tangannya sudah putus , akhirnya terputus juga lehernya dipenggal musuh.

Gugurlah wanita perkasa itu di atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya.

Tiba-tiba langit berubah mendung, hitam kelabu. Padahal tadinya langit tampak cerah dan terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak.

Rasul kemudian berkata kepada para sahabatnya:

“Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan?.. Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan Nusaibah, wanita yang perkasa.”

Subhanallah..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..

Tanpa pejuang sejati seperti dia, mustahil agama Islam boleh sampai dengan damai kepada kita yang hidup di zaman sekarang.

Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla menempatkan mereka, dan kita semua di Syurga-Nya disamping Rasulullah SAW.

Apa yang telah kita perbuat untuk menegakkan Dinullah Islam?

KELEBIHAN HARI JUMAAT DAN RAHSIA KEBESARAN MAKNA SELAWAT FATIH YANG TERKANDUNG PADANYA

۞﷽ ۞✍️
📿 *اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ* 📿

Berkumpul semata-mata utk mengingati Allah & berselawat kepada RasulNya...

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Sebagaimana diketahui hari Jumaat adalah Hari Raya bagi orang² muslim. Baginda ﷺ bersabda :

" إنَّ مِن أَفْضلِ أيَّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعةِ، فَأَكْثِرُوا عليَّ مِنَ الصلاةِ فِيهِ، فإنَّ صَلاتَكُمْ معْرُوضَةٌ علَيَّ "

Maksudnya : Sesungguhnya hari yang paling utama adalah hari jum'at, oleh itu perbanyakanlah padanya (Hari Jumaat) selawat kepadaku kerana sesungguhnya shalawat kalian dibentangkan kepadaku.

Dengarlah kalam Baginda ﷺ 'DIBENTANGKAN', 
Nabi ﷺ tak kata kalau kamu sembahyang atau kamu puasa atau haji akan dibentangkan kepada aku. Selawat sahaja yang akan sampai (dibentangkan) satu persatu dengan nama tuannya dan sighahnya (lafaz selawat yang dibacanya), orang itu baca selawat selawat fatih atau selawat nariyyah atau selawat nuriyyah dan selawat² Auliya Allah yang lain, akan sampai setiap nama yang selawat kepada Baginda ﷺ.

Ini dah luar akal. Satu minit berapa orang yang selawat kepada ﷺ atas muka bumi ini ? Juta² orang. Sebab itulah dalam agama ini jangan mengimbangi agama Allah dengan akal. (Contohnya tanya) "Bagaimana ﷺ mengenali kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ menjawabkan (menjawab selawat) kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ mengenal kita satu persatu ?". Itu perkara luar akal.

Permisalan matahari hanya satu tapi berapa mata yang dapat melihat matahari itu ? BerJuta². Jadi Nabi ﷺ satu , juta² daripada ummatnya yang berselawat memang akan sampai dekatnya (Baginda ﷺ). Jangan mengira perkara itu dengan akal atau masa yang dikenali oleh kita.

Jadi BAGINDA ﷺ hari ini seronok dengan hantaran² kita kepada hadrahnya.

 Hari Jumaat ini, ramai orang tak tahu kebesaran hari ini. Ada satu orang bertanya " Apa sebab Baginda ﷺ menyuruh kita berselawat pada Hari Jumaat walhal Hari Jumaat itu hari orang lain Hari Adam (hari diciptakan Nabi Adam AS) ?".

Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus r.a berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam A.S, padanya diwafatkan Nabi Adam A.S, padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”

Hadis ini yang kata (seperti hadis yang didatangkan diatas) tapi padanya dijadikan Nabi Adam AS dan padanya juga dimatikan (Nabi Adam AS). Jadi ada orang tanya (kerana) macam ada 'paradoks' sebab apa Nabi suruh kita berselawat tetapi sebut Nabi Adam AS. Kalau ikut logik nescaya Nabi menyuruh kita berselawat pada Hari Isnin sebab Hari Isnin hari yang mulia (Baginda ﷺ), Hari Isnin (Baginda ﷺ) lahir, Hari Isnin diutus (Baginda ﷺ), Hari Isnin Isra', Hari Isnin wafat (Baginda ﷺ). Jadi hari Baginda ﷺ adalah Hari Isnin. 

Yakni orang yang baca hadis ini dari sudut tasawuf zauqi (perasaan) "sebab apa Nabi ﷺ suruh kita berselawat Hari Jumaat ? dan sebut Nabi Adam AS ?". Apakah kaitan Nabi Adam AS dengan selawat untuk orang lain ?. Ini daripada rahsia² Selawat Fatih.

Bermula dengan penciptaan awal kejadian iaitu Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah ( الفاتح) dan diakhiri jenis akhir ciptaan Allah ﷻ iaitu Adam (Muhammad At Tiniyah atau Muhammad bangsa tanah) dan itulah manusia atau rupa bentuk adam ( الخاتم ) ini adalah maksud Dari penciptaan alam ini.

Itulah tatawwur dan tanazul Hakikat Muhammadiah sehinggalah kepada Muhammad At Tiniyah dan tanazul serta limpahan demi limpahan itu berlaku pada Hari Jumaat (petang). Hari yang penuh barokah. Hari madad dan Faidh Rabbani. Hari terkumpul segala rahsia dan limpahan² ILAHI.

Sebab itu kita disuruh banyak berselawat pada Hari Jumaat dan sebab itu juga petang Hari Jumaat adalah waktu mustajab doa.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞