Isnin, 26 Ogos 2024

PERBEZAAN ANTARA JALAN IRADAH DAN JALAN MUHAMMADI

Terbina jalanan iradah atas dasar dapat habuan ...

Jalanan itu hanyalah sebagai permulaan kerana tujuan siasah dan riadah diri ...
maka apabila telah nipislah hijab tersebut dan terbuka pintu hati2 pengikut jalanan kedua(iradah) tersebut..
maka pemimpin/khalifah akan menyatakan kepada pengikut2nya akan maksud tujuan2 dan habuan2 tersebut...

yang mana tujuan tersebut sebenarnya adalah diri syirik terhadap Allah..

maka para murid telah berjaya menyucikan diri mereka dengan sebab khalifah yang arif tersebut..

-dan tidaklah dipuji akan hasil yg diperolehi oleh ahli toriqah kedua melainkan ketika berakhirnya umur mereka dan selesainya urusan mereka...
(Setelah dibimbing secara sempurna)

-maka barangsiapa yg masih berterusan riadah(kerana tujuan) daripada kalangan murid tersebut
maka khalifah tersebut akan mengembalikan mereka ke toriqah pertama (asal) yg sebenar, yg terbina ia atas dasar menunggalkan kehambaan kepada ketuanan tuhan yg maha agung...
-itulah toriqah Nabi SAW dan para pengikutnya daripada kalangan sahabat2 dan pengikut2 para sahabat Nabi SAW 

adapun ahli toriqah kedua tidaklah dinamakan pengikut yg mengikut akan Rasulullah SAW sebagai ikutan yg sempurna sehinggalah mereka kembali mengikut jalanan toriqah yang pertama..

kerana jalanan toriqah yang kedua
(yg direka oleh golongan arifin) bukanlah maksud sebenar daripadanya ibadah,bahkan maksud daripada mereka(khalifah) ialah menggemarkan akan hati yg telah berpaling daripada hadrah Allah atas dasar siasah kepada seorang murid....

Jumaat, 23 Ogos 2024

SIBUKKANLAH HATIMU DENGAN ALLAH BUKAN DENGAN MAKHLUK


• Al Allamah al Rabbani Syeikh Abdul Wahhab al Sya'rani pernah mengadu kepada gurunya berkenaan perbuatan manusia yang menyakitinya, lalu dibalas oleh gurunya dengan kalam yang begitu memberi kesan, katanya:-

• "Janganlah engkau sibuk dengan orang yang menyakiti kamu tetapi sibukkanlah dirimu dengan berzikir dan mengingati Allah, nescaya Allah akan menghilangkan gangguan serta fitnah mereka daripada kamu.

• Sesungguhnya ramai orang telah tersilap dalam perkara ini, lalu mereka menyibukkan diri dengan orang yang menyakiti mereka. Maka semakin berpanjanganlah kesakitan yakni fitnah dan gangguan manusia terhadapnya, tanpa ia sedari dosanya juga semakin bertambah kerana lalai daripada mengingati Allah Taala.

• Jika mereka kembali menyerah kepada Allah, nescaya Allah Taala sudah mencukupi buat dirinya untuk menyelesaikan dan menghadapi urusan manusia dan Allah akan menghapuskan pengfitnah itu daripadanya."

#Salam18Safar1446H/24ogos2024
#SalamSubuh

Selasa, 20 Ogos 2024

SYUKUR ADALAH PUNCAK TUJUAN IBADAH

بِسْــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــــــمِ 
الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Kita buat ibadah bukan hendak murah rezeki, bukan hendak kelebihan, bukan nak jadi wali. 

Buatlah Ibadah semata-mata menjadi hamba Allah yang bersyukur. Bukan semata-mata tujuan dan habuan. Sebaik-baik ibadah adalah mencontohi Rasulullah ﷺ.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلَاهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

Dari Sayyidatina Aisyah رضي الله عنها berkata: Adalah Rasulullah ﷺ apabila berdiri ketika solat hingga bengkak kaki Baginda. Sayyidatina Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, kenapa Tuan melakukan ini padahal Allah telah mengampuni dosa Tuan yang telah berlalu dan terkemudian. Baginda ﷺ bersabda: Apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?

Berkata Murabbi kami Sayyidi Syeikh Ahmad al Hadi al Hasani al Maghribi at Tijany حفظه الله تعالى :

Syukur bukanlah menafikan Ibadah tetapi syukur ialah melazimi ibadah.

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbi kami Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani حفظه الله تعالى , dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yg terpuji yakni disisi Sayyidi Ahsan al Ba'qily رضي الله عنه , disisi Sayyidi Sheikh Ahmad at Tijany رضي الله عنه . dan disisi Sayyidul Wujud Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ. 

==========

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sabtu, 17 Ogos 2024

MAQAM ITTIBA’ DALAM JALAN ILAHI


۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;

Keseluruhan thoreqoh itu adalah adab. Sepertimana berkata dari kalangan qaul (dalam kalangan tasawuf) “Barangsiapa yang bertambah atas kamu adab maka bertambah atas kamu thoreqoh. Jadi timbangan dalam jalan Ilahi itu iaitu adab. Adalah adab itu terkumpul di dalam sunnah Baginda ﷺ.Tiada satu pun adab (yang) keluar daripada limputan sunnah Baginda ﷺ. 

Itulah maqam yang mulia dan tinggi. Maqam ikut, maqam cari sunnah Baginda ﷺ dan menghidupkan sunnah dan adab Baginda ﷺ adalah satu maqam daripada maqam² kewalian yang khusus. Tandanya ikut Nabi ﷺ. Tidak boleh buat (tidak akan buat) sesuatu melainkan melaikan melalui sunnah dan adab Baginda ﷺ sehingga kalau tak tahu sunnah Nabi ﷺ dalam satu perkara akan tawaquf (tinggal daripada berbuat) sehingga tahu sunnah Nabi ﷺ bagaimana dalam perkara itu. 

Seperti kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Ahmad Ibnu Hambal dah tahu bahawasanya buah-buahan yang paling disukai Rasulullah ﷺ ialah anggur dan tembikai susu. 

Alhamdulillah hadis bagaimana Nabi ﷺ makan anggur masyhur (terkenal). Adalah Baginda ﷺ memakan anggur (secara terus) daripada tangkal dan makan dua-dua (dalam satu suapan) dan habis dengan satu. Bukan ambil biji (ambil sebiji-sebiji lalu) makan. Daripada (oleh kerana) mahabbah (menyukai) Baginda ﷺ kepada anggur dengan ambil (memakannya) dua biji (dalam setiap suapan). Sehingga dilihat air anggur mengalir atas janggut Baginda ﷺ. 

Akan tetapi hadis tentang bagaimana makan buah tembikai susu sebaliknya (tidak masyhur) sehingga Imam Ahmad Ibnu Hambal mengambil masa lebih 10 tahun (untuk) mencari cara bagaimana Rasulullah ﷺ memakan tembikai susu.

 Itu maksud maqam warak dalam sunnah. Bukan maksud (bukan sahaja mengambil tahu akan) doa keluar rumah, doa masuk tandas (dan seumpamanya kerana) itu yang utama (selalu dilakukan setiap hari) tapi maqam warak dalam sunnah itu mencari (sunnah) yang halus-halus. Kalau Nabi ﷺ bercakap, dimana Baginda ﷺ meletakkan tangan baginda ? bagaimana cara Baginda ﷺ meletakkan kasutnya ? arah kemana Baginda ﷺ mengahalakan kasutnya ? yakni (mengambil tahu tentang) sunnah yang halus-halus kalau orang itu tetap (berada) dalam maqam itu. 

Jadi timbul dalam dirinya perasaan berat sehingga tawaquf (tinggal daripada berbuat) pada setiap perbuatannya sehingga dia tahu sunnah Nabi ﷺ di dalam setiap perkara. Jadi ini maqam ikut sunnah Nabi ﷺ. Maqam besar dalam kewalian yang sampai padanya melalui jalan melazimi sunnah Baginda ﷺ atas diri sendiri. Secara keseluruhan dan secara perincian. Ini satu maqam (yang didapatkan) tanpa zikir. Dimanakan maqam ini dalam (hadrah) kewalian dengan nama maqam Ittiba’ (mengikut).  

Firman Allah ﷻ (Surah Ali Imran ayat 31) : 

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ  
 
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad ﷺ): "Jika benar kamu mengasihi Allah ﷻ maka ikutilah aku, (siapa ikut aku, dengan serta merta) Allah ﷻ mengasihi kamu juga mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah ﷻ Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
 
Jadi anak murid yang sempurna dalam jalan Ilahi itu yang campur amalan thoreqoh dengan sunnah Nabi ﷺ. Bagaimana tetapnya dengan sunnah begitulah tetapnya dalam hadrah makrifat.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞  وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Selasa, 13 Ogos 2024

SYEIKH AHMAD MUHAMMAD ATTIJANI DARI KELAHIRAN SEHINGGA UMUR 21 TAHUN

Sidi Ahmad al-Tijani رضي الله عنه dilahirkan pada tahun 1150 Hijrah di desa Ain Madi. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakan anggotanya adalah ulama yang beramal, wali yang sempurna, dan arif yang cemerlang. Mengenai ayahnya, penulis *Jawahir al-Ma'ani*, iaitu arif billah Khalifah Sayyidina al-Syeikh semasa hidup dan selepas wafatnya, Sayyidina Ali Harazem رضي الله عنه, berkata: "Beliau adalah seorang syeikh yang sempurna, pelindung Islam dan tempat perlindungan manusia, seorang alim yang terkenal, yang membimbing manusia kepada Allah, mengumpulkan mereka ke arah-Nya, dan mengajak dengan keadaannya dan ucapannya, Abu Abdullah Sayyidina Muhammad al-Fatih bin al-Mukhtar." Beliau adalah seorang yang alim, warak, dan sangat mengikuti sunnah.

Mengenai ibunya, beliau berkata: "Beliau adalah seorang wanita yang mulia, suci, sempurna, baik, dan murni... hingga beliau berkata: 'Beliau adalah wanita bebas yang mulia, Sayyidah Aisyah binti Sayyidina al-Syeikh yang mulia, wali yang hebat, yang diberkati dan bercahaya, Allah tempatkan dia bersama orang-orang yang berbakti, dan limpahkan kepadanya rahmat dan keredaan, Abu Abdullah Sayyidina Muhammad bin al-Senussi al-Tijani al-Madhawi.' Ibu dan ayahnya meninggal pada hari yang sama akibat wabak taun. Semoga Allah merahmati mereka berdua."

Dalam pangkuan keluarga yang baik ini, Sidi Ahmad رضي الله عنه dibesarkan dan dididik dengan cinta kepada ilmu dan amal. Beliau menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun, dan seterusnya mula mempelajari pelbagai cabang ilmu yang dikenal pada zamannya. Beliau menunjukkan kecemerlangannya dan kekuatan pemahamannya, sehingga beliau mendahului rakan-rakannya dan mengagumkan para gurunya dengan kecepatan fikirannya dan kemampuannya memahami perkara-perkara yang sukar. Beliau memberikan fatwa kepada mereka yang meminta pandangan, dan mengajar rakan-rakannya ilmu yang Allah telah bukakan untuknya. Kesungguhannya dalam menuntut ilmu menjadikannya terkenal dengan kecerdasan dan pencapaian yang tinggi.

Tahap ini dalam kehidupannya, dari masa kecil hingga mencapai usia 21 tahun, adalah masa beliau mengumpulkan dan menguasai ilmu naqli dan aqli, serta memahami dengan mendalam permasalahan tauhid dan hukum-hukum syariah. Penyucian akidah dan pengamalan syariah dengan pemahaman dan pelaksanaan yang mendalam memberi kesan kepada batinnya, menerangi hatinya dengan cahaya Allah melalui sinar hidayah dan pancaran taufik-Nya.

SIR2 ADALAH PENGHALANG JALAN MENUJU KPD ALLAH

🌹EDARAN ZAWIYAH IRAAH 16🌹
🌹TORIQAH FADHLUL ILAHI🌹

🌹KISAH AHLILLAH🌹

Aku mendengar drpd Syarif Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah taala berkata :

mencari akan sir2 dan membuka ruang kpd khasiat suatu amalan adalah sebahagian drpd mafasid/kerosakan yg besar yg memasuki akan ahli nisbah secara umumnya dan juga dlm toriqah tijaniyah secara khususnya(nisbah perbincangan masalah ini)
tidaklah tersangat mudharat kpd orang yg salik di jalan ahlillah seperti berpaling kpd umpama menyibukkan diri dengan kesibukkan inginkan terhadap rahsia dan khasiat tertentu suatu amalan

kerana hadrah ilahi menguji akan penuntut/pencari Allah dengan umpama ujian tersebut(khasiat/sir2) 

hadrah memandang kpd salik tersebut adakah sudah terputus akar2 berpaling kpd sir2 ada sehalus2 kecenderungan kpd pembukaan kauni

yaitu hadrah memandang adakah ia benar2 sampai kpd Allah ataupun tidak(dengan terhenti kpd umpama pembukaan2)

semestinya hujah akan dikemukan kpd
murid tersebut tidaklah kpd lainya

hadrah ilahi sucilah ia drpd syirik dan tidak meredhai akan salik yg berhajat kpdnya tetapi berpaling kpd selainnya

jikalu berhujah seseorang akan banyaknya apa yg diriwayatkan oleh pimpinan2 auliya drpd tasaruf2 dan sir2 

jawapannya ialah amalan mereka pd sir2 adalah setelah mereka sampai kpd hadrah Allah swt bukanlah sebelum mereka sampai 
yaitu setelah nafsu(juga kelaziman2 yg lain) mereka sampai secara keseluruhan 

dan juga setelah hilang keinginan dan tadbir mereka beserta dengan Allah swt

bukanlah seperti hal orang lain(yg terhenti terhadap ujian) yg telah menjadi keroh oleh air murni dirinya(itulah sekurang2 yg berlaku)

boleh jadi yg terlebih dekat atas yg kita persaksikan/fahami ialah kisah yg berlaku antara wasitah agung Maulay Damrawi dengan Syeikh Tijani Ra

Syeikh Tijani RA telah mengatakan dengan jelas:
bahawa tiada jalah baginya untuk menghidu akan haruman makrifah dan apatah lagi hendak memasuki akan hadrah ilahi 
selama mana ia tidak menjauhkan keinginan kpd suatu sir dan mengunakan tasarruf dengan sir tersebut

adalah Sidi Damrawi salah seorang yg pakar dalam ilmu sir2 srta menjadi ketua dalam bidang tersebut

yg adalah Syeikh Tijani Ra telah mengatakan kpd guru ilmu sir beliau :
“bahkan bin azuz(guru sir beliau) adalah syaitan ummat ini”
sepertimana yg dikhabar kpd syeikh Tijani oleh Rasulullah saw (secara yaqzah)
‎( قلت ؛ فكم من شيطان دال على حضرة الظلمة ، مُتزَيٍّ بزي أهل النسبة )
Sayidi Ahmad Alhadi mengulas :
berapa banyak syaitan yg menunjukkan kpd kegelapan dan memakai pakaian ahli nisbah/toriqah

dan drpd apa yg diriwayatkan tentang Maulay Damrawi 
yaitu sebelum beliau di arahkan buang ilmu2 sir

beliau telah mengumpulkan sahabat2 beliau pd setiap hari jumaat,dan beliau membuat garisan2 dan bulatan(azimat) di atas pasir maka berteraburlh atas mereka dinar2 dan dirham
kemudian dibahagikan kpd setiap mereka utk kegunaan yg mencukupi pd minggu tersebut

sehinggalah beliau ditegah oleh Syeikh Tijani Ra drpd perbuatan tersebut

Sayidi Ahmad Alhadi mengulas :
barangsiapa yg meninggalkan sesuatu kerana Allah 
Allah akan mengantikan sesuatu yg lebih baik drpdnya
apabila beliau meninggalkan perkara tersebut(sir/tasaruf kauni) krn mengikut akan perintah gurunya

maka Allah set menggantikan sesuatu yg lebih baik yg demikian itu
-yaitu beliau dijadikan sebagai wasitah antara hadrah nabawiyah dan Tijaniyah-

dikisahkan bahawa Maulay Damrawi telah menanggalkan perisai azimat drpd lengannya pd hari pembunuhannya krn taslim akan ketentuan ilahi yg telah dikasyafkan akannya
adalah sebelum itu,beliau kerap kali mengherdik akan pembunuhnya yg datang meminta doa drpdnya dengan katanya :
dia adalah pembunuhku

jikalau ia tidak menanggalkan azimat tersebut,nescaya perluru tidak dapat menembusi akan badannya

tetapi beliau(dan seumpamanya) telah hilang kehendak/keinginan diri mereka yg tinggal hanya kehendak ilahi

sayidi Ahmad Alhadi mengulas :
kisah yg serupa dengan kisah beliau adalah kisah perbuatan yg dilakukan oleh sidi Muhammad Alkabir
bahawasnya Muhd Alkabir telah keluar utk memerangi akan kegelapan serta beliau sendiri telah mengetahui dan mendapat kasyaf bahawa beliau akan dibunuh dlm musafirnya

tidaklah ia keluar melainkan kerana hendak melaksanakan kehendak ilahi yg azali

Adakah Selawat Ke Atas Baginda Nabi ﷺ Boleh Menggantikan Guru Mursyid?

Selama mana soalan ini berlegar, ianya telah dijawab oleh salah seorang ulama agung tanah melayu dengan jawapan yang amat jelas. As-Sheikh al-Alamah Muhammad an-Nawawi Bin Umar al-Bantani mengatakan dalam kitabnya Bahjatul Masail Bi Syarhi Masail syarah kepada Risalah Jami’ah Baina Usuluddin Wa al-Fiqh Wa at-Tasawwuf karangan al-Habib as-Syeikh Ahmad Bin Zein al-Habsyi al-Ba’lawi.

Dalam kitab ini sheikh Nawawi al-Bantawi menukilkan pendapat dari sebahagian ahli hakikat bahawa selawat ke atas baginda Nabi ﷺ itu dapat menyampaikan kepada Allah tanpa panduan sheikh. Jika kita teliti, sheikh Nawawi menggunakan perkataan ‘sebahagian’ ahli hakikat. Jadi, ini memberi makna bahawa pendapat ini bukanlah mazhab umum ahli hakikat tetapi hanyalah sebahagian kecil sahaja. 

Kemudian sheikh Nawawi menambahkan pendapatnya atas pendapat ini bahawa walaupun selawat itu memberi kesan kepada hati, akan tetapi dalam keadaan itu juga tidak dapat tidak bagi seseorang insan untuk mengambil seorang murabbi mursyid kerana siapa yang tidak berguru, maka syaitanlah gurunya. 

Meskipun selawat ke atas baginda Nabi ﷺ memperolehi keberkatan, akan tetapi tidak dapat tidak untuk mengambil sang guru murabbi kerana tanpanya tidak tercapai untuk sampai kepada Allah.

Syeikh Nawawi Rahimahullah berkata : ( mukasurat 54-55)
“Telah disebutkan sebahagian ahli hakikat bahawa selawat ke atas baginda nabi ﷺ itu dapat menyampaikan kepada Allah taala walapun tanpa seorang sheikh. Akan tetapi al-Qutb al-Malawi berkata: ‘Sesungguhnya pendapat ini jika kita pandang selawat dari sudut memberi kesan yang menakjubkan dalam mencerahkan hati , akan tetapi untuk sampai kepada tuhan tidak dapat tidak perlu adanya perantaraan kerana sunnatullah itu sudah menetapkan bahawa tidak dapat tidak perlu adanya asbab, seperti lahirnya anak yang hakiki tidak terhasil melainkan adanya bapa. Begitu juga lahirnya anak maknawi, untuk mendapatkannya tanpa seorang mursyid adalah mustahil”.
“Sebahagian ahli hakikat berkata: ‘Sesiapa yang tiada baginya guru, maka syaitanlah gurunya’. Ad-Daqqaq pula berkata: Pokok yang tumbuh dengan sendirinya tidak akan berbuah. Jika berbuah sekalipun pasti buahnya itu tidak enak”. (Intaha petikan teks Sheikh Nawawi Umar al-Jawi al-Bantani)

Ketikamana seseorang tidak mendapati murabbi mursyid maka digalakkan bagi para murid untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi ﷺ . Akan tetapi “maksud banyak di sini seperti yang kita dapati daripada para solihin dalam karya mereka adalah berpuluh puluh ribu selawat siang dan malam, bukannya seratus dua ratus walapun beratus ratus sekalipun, bukan”. 

Selawat tidak dapat menggantikan mursyid tetapi ia menjadi perantaraan untuk sampai kepada mursyid asbab keberkatannya.

Telah diriwayatkan dalam kitab ad-Durrah al-Kharidah bahawa selawat kepada Nabi ﷺ itu dapat menyampaikan kepada tuhan akan tetapi, jika terjatuh tidak ada orang yang dapat memimpin tangannya. Berbeza dengan guru, jika terjatuh dia dapat membimbing muridnya. (الدرة الخريدة شرح الياقوتة الفريدة 3/ 279)

Ini yang ditulis oleh Fadhilatus Syeikhuna Sheikh Dr Khaleel Esmael Elyas خليل الياس حفظه الله تعالى ورضي الله تعالى عنه وأرضاهbagi menjawab persoalan ini serta diterjemahkan oleh al faqir Muhammad Wajdi Bin Zahidi.

هل تكون الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم 
عوضا عن المرشد المربي؟

هذا السؤال لطالما أثير وقد أجاب عنه أحد أكبر علماء أمة الملايو جوابا صريحا وهو الشيخ العلامة محمد نووي بن عمر الجاوي البنتني في كتابه "بهجة الوسائل بشرح المسائل" الذي شرح فيه "الرسالة الجامعة بين أصول الدين والفقه والتصوف" للحبيب احمد بن زين الحبشي باعلوي.
وقد نقل الشيخ البنتني قول البعض من أهل الحقيقة أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم توصل الى الله تعالى من غير شيخ.
وقد استعمل الشيخ البنتني كلمة البعض مما يدل على أن هذا ليس مذهب العموم من القوم بل القلة، ثم استدرك على هذا الكلام بأنه وإن كان للصلوات تأثير على القلوب الا أنه مع ذلك لا بد من اتخاذ الشيخ المرشد المربي لان من لا شيخ له فشيخه الشيطان، مما يعني أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم رغم بركتها الا أنه لا بد من الشيخ المربي لأنه بدونه لا يحصل الوصول.
قال رحمه الله في ص 54- 55 ما نصه:
وذكر بعض أهل الحقيقة أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم توصل الى الله تعالى من غير شيخ.
ولكن قال القطب الملوي انما هذا من حيث إن لها تأثيرا عجيبا في تنوير القلوب والا فالواسطة للوصول لا بد منها اي لان سنة الله جارية على أنه لا بد من السبب وكما أن التوالد الحقيقي لا يحصل بلا واسطة الوالد كذلك التوالد المعنوي حصوله بغير مرشد متعذر.
قال بعضهم من لا شيخ فشيخه الشيطان، وقال الدقاق الشجرة التي تنبت بنفسها لا تثمر واذا اثمرت فإن ثمرها بغير لذة. ا.هـ كلام الشيخ محمد نووي بن عمر الجاوي البنتني.
وحينما لا يجد المرشد المربي فانه يستحب للمريد الاكثار من الصلوات على النبي صلى الله عليه وسلم "والمقصود بالاكثار كما ورد عن الصالحين في كتبهم الصلوات بعشرات الالاف في اليوم والليلة وليس مائة مرة او حتى مئات المرات". 
وهذه الصلوات لا تكون بدلا عن اتخاذ الشيخ المربي ولكنها وسيلة للوصول ببركتها الى المرشد.
جاء في كتاب الدرة الخريدة أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم توصل صاحبها ولكن اذا عثر لا يجد من يأخذ بيده بخلاف الشيخ فانه كلما عثر المريد يأخذ بيده. الدرة الخريدة شرح الياقوتةالفريدة 3/ 279