Rabu, 4 September 2024

Hal Roh

Belajar hal roh..
Rugi tak ambik tau..
Roh sudah hidup ribu² tahun..
Kenali 2 roh dalam jasad.. 1 roh current/letrik/power
Dan satu lagi roh operating system (roh insani).. gabungan 3 unsur ini disebut insan. 

Sebelum ditiupkan kedalam jasad, allah ambik perjanjian jasad dgn roh insani disebut syahadat.. iaitu perjanjian menzohirkan martabat insan kealam nyata dengan dijab kabulkan kpd jasad@tanah. (surah al araf 172)

Mengakulah roh jasad dan roh insan  akan perjanjian ini.. bahawa akan tetap mengesakan Allah.. takkan salah guna jasad kerana jasad ada kepentingan dunia..Jangan sampai meninggalkan janji, bahawa dia kena tetap pegang kpd Allah..bukan bantuan² malhluk jasad yg lain.. 

Kalau jasad itu tetap kepada amanahnya kpd allah, roh insan akan akrab. Kalau jasad tinggalkan amanah (system failure), tinggallah jasad dgn roh sifat haiwani.. roh degup jantung, roh kehidupan menggerakkan kesana kemari.. (fan, power supply hidup..tapi hidup tak bermakna)

Roh jasad berketurunan jasad dari adam.. (pindah melalui mani) 
Roh insan berketurunan nur dibawa oleh malaikat..
Allah utuskan malaikat untuk install system pada umur 4 bulan stgh setelah semua componen² jasad siap dipasang seperti cpu, ram, harddsik, power supply, gpu, cable, cooller dll. (Lengkap ciptaan janin)

Roh jasad @ current/ letrik  dihidupkan bila mani dan telur bersatu..cucuk plug, hidup lah dia..hidupnya bergantung kepada basic bios chip yg diinstall ..(blom ada Os. Kalau mati dia sblm 4 bulan stgh, bungkus tanam ja.. takperlu solat, mandi dan kapan...manakala roh insan itu dibawa oleh malaikat pada umur 4 bulan stgh..itulah operating systemnya. Yg ni kalau dah install, akan di soal, di cek apsal jem (troubleshoot).

Roh insan ini punyai firmware version update.. boleh diupgrade kpd latest version.  Lagi bagus hardwarenya(jasad) yg dikawal antivirus yg baik, lagi latest version akan diupdate.. (islam, iman, mukmin)..

Qalbu itu antivirus.. menjaga supaya system sentiasa clear dari malware, virus, trojan, spyware.. sbb tu antivirus jgn shut down.. takperlu set off 10 minute.. sebab beli apps crack dari shopee.. nanti dah off dah buka satu hole untuk membenarkan trojan² bertanduk @ syaitan  masuk kedalam system. (Fa ansahum zikrillah ula ika hizbusyaitan - kamu lalai sebut nama allah (diqalbu), kamu golongan syaitan almujaadilah 19)

Maka perintah allah tu..sungguh² kamu renungkan qalbu itu... supaya kamu tak jadi orang² yg lalai.. (online dgn antivirus off)..mmg cari nahas.. nanti pc heng, blue sceen ok lagi, kalau black sreen tido selamanya.. 

2 jenis roh tu beza.. satu hidupkan jasad.. dan satu lagi hidupkan amanah sebagaimana yg telah diprogramkan.

Tanda hidupnya amanah iaitu roh insani itu degupan..allah..allah..allah.. pada qalbu . 
Tanda hidupnya roh jasad degupan dup.dap..dup..dap..pada qalbi.

Tanda mati kiok, kedua² roh tiada pada jasad.. 
Tanda mati, tapi jgn dikata mati (asyahid/org yg tetap pada amanah janjinya) roh jasad tiada.. tapi jasad tak rosak² kerana roh insaninya hidup dan akrab kpd jasad.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."(Riwayat Bukhari, Muslim, dan lain-lain)

Kerna itu diletakkan syahadat itu nafi dan isbat. Nafi keseluruhan dari qalbu, isbatkan allah allah allah sentiasa. (Hidup insan)

Dan fardhu kpd rukun islam pertama itu 2 perkara. 1. Lafaz (janji 2 kalaimah syahadat) dan 2. tasdiq. Iaitu menetapkan qalbu allah allah allah ( hidup insan.)

Benarlah ayat pertama turun kpd rasul.. "sebutlah nama penciptamu yg menjadikan (Sebutlah allah)... kholakal insan namin alaq. Iaitu jadinya insan bila jantung itu sentiasa sebutan allah allah allah. (Surah al alaq). Hidup insan itu dikala qalbunya sebut allah..allah allah...

Fb Ahmad Albab 

Ahad, 1 September 2024

Nafsu dalam beribadah

Kata Murobbina, nafsu dalam ibadah ianya mencintai fadhilat, ganjaran, dan habuan. Sebab itu niat dalam beramal ibadah untuk mendapatkan habuan, ganjaran, dan fadhilat (Gharad pada istilah guru kami) menjadi hijab (syirik khoufi - syirik yang tersembunyi), sehingga cenderung untuk membesarkan keakuan dengan melihat diri yang banyak beramal ibadah, bukan melihat kurniaan Allah semata-mata... 

Kata Murobbina, memperbanyakkan amal ibadah itu menjadi mudah jika disertakan dengan nafsu, dengan menjadikan fadhilat dan habuan ibadah sebagai maksud ibadah - melakukan amal ibadah sebab nak syurga, nak pahala, nak ganjaran kelebihan.. ada Gharad... sehinggalah menafsirkan iman yang tinggi akan menghasilkan ibadah yang banyak... iblis ibadah dia banyak, tapi ditendang keluar... kerana melihat atau syuhud dirinya dalam ibadah.. bukan syuhud Tuhan.. 

Bak kata Murobbina, Iblis itu lebih mengetahui atau alim pada kelebihan-kelebihan, fadhilat ibadah dan amal, dan tidak ada yang dapat mengalahkan Iblis dalam banyaknya beramal sehingga pada sifat Iblis itu kata Murobbina, dia merasa lebih baik dan lebih beriman dengan banyaknya beramal... "Ana Khoiru Minhu"... 

Namun, kata Murobbina lagi, iman orang kampung itu lebih utama lagi, mereka beriman dan beramal hanya dengan mentaati perintah Allah tanpa mengetahui kelebihan dan fadhilat dalam amal... maksudnya disini, nilai amalan orang yang tidak mengetahui fadhilat dan tidak mengetahui ganjaran itu menghampiri nilai amalan hamba yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dari Allah... inilah yang menghampiri ikhlas, dan tidak mensekutukan niat dengan Allah..

Kata guru saya dulu, Ustz Muhammad Fetri Abu Naim, iman dengan amalan yang beserta dengan niat untuk dapat Fadhail selain Allah, adalah iman dan amalan budak-budak kecik.. iman dan amalan budak-budak kecik untuk dapat upah... iman dan amalan orang dewasa semata-mata kerana Allah... kata guru saya, ajarkan ilmu Fadhail kepada anak-anak kecik sebab mereka dirangsang oleh upah dalam perbuatan... tapi orang dewasa ajarkan ilmu Ikhlas agar matinya orang dewasa tanpa mensekutukan niat dengan Allah... matinya tanpa Syirik Khoufi... 

Bagi orang dewasa, carilah guru Ihsan untuk dapatkan ibadah ikhlas, agar matinya dalam usaha ibadah untuk ikhlas kepada Allah... tapi kalau dah dewasa masih nak cari ilmu upah dalam beribadah, boleh ajer belajar dengan guru KAFA..

Peringkat IKHLAS

Ikhlas disisi syariat..
Beribadah kerana melaksanakan perintah Allah disamping mengharap sesuatu balasan dr Allah spt nikmat² akhirat n pahala..

Disisi ahli tasauf/tarekat..
.. beribadah bg melaksanakan perintah Allah disamping bersungguh² mengosongkan hati dari sifat² mazmumah spt riak, ujub, sum'ah dll..
Mereka dipanggil mukhlisin (yg berusaha mengikhkaskan hati mereka)

Dari pandangan hakikat mengosongkan dari sebarang pengAKUan dlm sebarang ketaatan yg dikerjakan..
Yakni hanya menyaksikan segala sesuatu yg berlaku adalah berpunca dari Allah jua..

Ikhlas yg lebih tinggi..
Ialah lenyap segala sesuatu termasuk perasaan memiliki amal kebaikkan, sehingga perasaan keberADAan hamba itu sendiri pun tiada..
FANA' dlm keWUJUDan Allah..

Inilah sebenar² IKHLAS..
juga dipanggil mukhlasin (yg dikhlaskan Allah)

APAKAH SELAWAT ITU PASTI DITERIMA?


بِسْــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــــــمِ 
الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Telah berkata al Qutb al Maktum Syekhuna Abul 'Abbas Ahmad bin Muhammad At Tijany رضي الله عنه :

Tidak ada wasilah yang paling besar manfaatnya bagi orang awam dan paling di harapkan dalam menarik redha Tuhan pada hamba yang lebih besar dari SELAWAT KE ATAS NABI ﷺ. 

Meskipun para ulama khilaf tentang kepastian diterimanya selawat, ada yang mengatakan bahawa selawat pasti di terima dan ada pula yang mengatakan bahwa selawat seperti amal ibadah lainnya belum pasti di terima.

Dan pendapat kami adalah bahwa selawat pasti di terima, adapun hujah kami tentang hal ini adalah bahawa Allah ﷻ telah berfirman pada Nabi ﷺ dalam Hadis Qudsi : 

من صلى عليك صليت عليه ومن سلم عليك سلمت عليه

"Barang siapa berselawat padamu, maka AKU akan berselawat padanya dan barang siapa mengucapkan salam atasmu, AKU akan mengucapkan salam padanya."

Janji yang benar ini tidak akan di ingkari dan Allah ﷻ berselawat pada hamba bukan kerana hamba itu, akan tetapi karena begitu besarnya perhatian Allah ﷻ pada Nabi dan kekasihnya ﷺ, sehingga Allah ﷻ sendiri yang akan membalas orang yang berselawat pada Rasulullah ﷺ, Allah ﷻ tidak akan pernah meninggalkan selawat hamba pergi tanpa sesuatu (imbalan), itulah ertinya pasti diterimanya selawat dari hamba.

Sumber : جواهر المعاني

=====

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Isnin, 26 Ogos 2024

PERBEZAAN ANTARA JALAN IRADAH DAN JALAN MUHAMMADI

Terbina jalanan iradah atas dasar dapat habuan ...

Jalanan itu hanyalah sebagai permulaan kerana tujuan siasah dan riadah diri ...
maka apabila telah nipislah hijab tersebut dan terbuka pintu hati2 pengikut jalanan kedua(iradah) tersebut..
maka pemimpin/khalifah akan menyatakan kepada pengikut2nya akan maksud tujuan2 dan habuan2 tersebut...

yang mana tujuan tersebut sebenarnya adalah diri syirik terhadap Allah..

maka para murid telah berjaya menyucikan diri mereka dengan sebab khalifah yang arif tersebut..

-dan tidaklah dipuji akan hasil yg diperolehi oleh ahli toriqah kedua melainkan ketika berakhirnya umur mereka dan selesainya urusan mereka...
(Setelah dibimbing secara sempurna)

-maka barangsiapa yg masih berterusan riadah(kerana tujuan) daripada kalangan murid tersebut
maka khalifah tersebut akan mengembalikan mereka ke toriqah pertama (asal) yg sebenar, yg terbina ia atas dasar menunggalkan kehambaan kepada ketuanan tuhan yg maha agung...
-itulah toriqah Nabi SAW dan para pengikutnya daripada kalangan sahabat2 dan pengikut2 para sahabat Nabi SAW 

adapun ahli toriqah kedua tidaklah dinamakan pengikut yg mengikut akan Rasulullah SAW sebagai ikutan yg sempurna sehinggalah mereka kembali mengikut jalanan toriqah yang pertama..

kerana jalanan toriqah yang kedua
(yg direka oleh golongan arifin) bukanlah maksud sebenar daripadanya ibadah,bahkan maksud daripada mereka(khalifah) ialah menggemarkan akan hati yg telah berpaling daripada hadrah Allah atas dasar siasah kepada seorang murid....

Jumaat, 23 Ogos 2024

SIBUKKANLAH HATIMU DENGAN ALLAH BUKAN DENGAN MAKHLUK


• Al Allamah al Rabbani Syeikh Abdul Wahhab al Sya'rani pernah mengadu kepada gurunya berkenaan perbuatan manusia yang menyakitinya, lalu dibalas oleh gurunya dengan kalam yang begitu memberi kesan, katanya:-

• "Janganlah engkau sibuk dengan orang yang menyakiti kamu tetapi sibukkanlah dirimu dengan berzikir dan mengingati Allah, nescaya Allah akan menghilangkan gangguan serta fitnah mereka daripada kamu.

• Sesungguhnya ramai orang telah tersilap dalam perkara ini, lalu mereka menyibukkan diri dengan orang yang menyakiti mereka. Maka semakin berpanjanganlah kesakitan yakni fitnah dan gangguan manusia terhadapnya, tanpa ia sedari dosanya juga semakin bertambah kerana lalai daripada mengingati Allah Taala.

• Jika mereka kembali menyerah kepada Allah, nescaya Allah Taala sudah mencukupi buat dirinya untuk menyelesaikan dan menghadapi urusan manusia dan Allah akan menghapuskan pengfitnah itu daripadanya."

#Salam18Safar1446H/24ogos2024
#SalamSubuh

Selasa, 20 Ogos 2024

SYUKUR ADALAH PUNCAK TUJUAN IBADAH

بِسْــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــــــمِ 
الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Kita buat ibadah bukan hendak murah rezeki, bukan hendak kelebihan, bukan nak jadi wali. 

Buatlah Ibadah semata-mata menjadi hamba Allah yang bersyukur. Bukan semata-mata tujuan dan habuan. Sebaik-baik ibadah adalah mencontohi Rasulullah ﷺ.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلَاهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

Dari Sayyidatina Aisyah رضي الله عنها berkata: Adalah Rasulullah ﷺ apabila berdiri ketika solat hingga bengkak kaki Baginda. Sayyidatina Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, kenapa Tuan melakukan ini padahal Allah telah mengampuni dosa Tuan yang telah berlalu dan terkemudian. Baginda ﷺ bersabda: Apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?

Berkata Murabbi kami Sayyidi Syeikh Ahmad al Hadi al Hasani al Maghribi at Tijany حفظه الله تعالى :

Syukur bukanlah menafikan Ibadah tetapi syukur ialah melazimi ibadah.

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Murobbi kami Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani حفظه الله تعالى , dan menempatkan beliau dikalangan kekasih²Nya yg terpuji yakni disisi Sayyidi Ahsan al Ba'qily رضي الله عنه , disisi Sayyidi Sheikh Ahmad at Tijany رضي الله عنه . dan disisi Sayyidul Wujud Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ. 

==========

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞