Rabu, 26 Februari 2025

Rasulullah SAW terkaya dari selawat ummat

Kebaikan selawat kembali kpd ummat.. Wahai orang-orang yg beriman , Allah telah menyuruh kamu dengan perkara yg telah di dahulukan ke atas Allah dan Malaikat.. iaitu Selawat.. sebenarnya kita tidaklayak dengan kekurangan kita dari sudut adab untuk berselawat kepda Baginda Rasulullah SAW kerana kita penuh dgn kehinaan / tiada kelayakan untuk menjadikan diri kita sebagai laluan utk memuji Baginda Rasulullah SAW yg penuh kesempurnaan ..cuma dari sudut kerahmatan Allah dan ianya satu kurniaan dari Allah..makanya kita di boleh kan berselawat.. berselawat lah dengan rasa beradab dengan rasa tiada kelayakan ,sedar.. diri nyatanya hanya cuma bungkusan penuh kehinaan, lidah dan tiap dari yg ada pada kita penuh syuhbah dan dosa, tiada bandingan dengan hadrah Baginda Rasulullah SAW ( punca kemuliaan) .. 
Jika dalam diri ada tarikan untuk berselawat itu semata mata kurniaan... Selawat lah dengan rasa tidak layak.. dengan rasa mulia Nya Baginda Rasulullah SAW kerana hakikatnya Allah berselawat tanpa henti sejak azali... Jadi apalah yg ada pada selawat kita.. semata mata kurniaan buat ummat kerana Rasulullah SAW semata mata punca Rahmat dan Allah yg Maha Rahmat 
๐Ÿ‘‘๐Ÿ‘‘๐Ÿ‘‘ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุงู„ูุงุชุญ ู„ู…ุง ุฃุบู„ู‚ ูˆุงู„ุฎุงุชู… ู„ู…ุง ุณุจู‚ ู†ุงุตุฑ ุงู„ุญู‚ ุจุงู„ุญู‚ ูˆุงู„ู‡ุงุฏูŠ ุฅู„ู‰ ุตุฑุงุทูƒ ุงู„ู…ุณุชู‚ูŠู… ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ุญู‚ ู‚ุฏุฑู‡ ูˆ ู…ู‚ุฏุงุฑู‡ ุงู„ุนุธูŠู…๐Ÿ‘‘๐Ÿ‘‘๐Ÿ‘‘

Ahad, 23 Februari 2025

❁๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐— ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—™๐—จ๐—ง๐—จ๐—› (๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก)❁

❁ุฃَุนُูˆุฐُ ุจِุงู„ู„ู‡ِ ู…ِู†َ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ِ ุงู„ุฑَّุฌِูŠู…ِ❁
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู€ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู€ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ ﴿ูก﴾ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู€ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ ﴿ูข﴾ ุงู„ุฑَّุญْู…َู€ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ ﴿ูฃ﴾ ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ ﴿ูค﴾ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ ﴿ูฅ﴾ ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ ﴿ูฆ﴾ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„َุง ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ ﴿ูง﴾

❁ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ۞ ุงู„ْูَุงุชِุญِ ู„ِู…َุง ุฃُุบْู„ِู‚َ ۞ ูˆَุงู„ْุฎَุงุชِู…ِ ู„ِู…َุง ุณَุจَู‚َ ۞ ู†َุงุตِุฑِ ุงู„ْุญَู‚ِّ ุจِุงู„ْุญَู‚ِّ ۞ ูˆَุงู„ْู‡َุงุฏِูŠ ุฅِู„َู‰ ุตِุฑَุงุทِูƒَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…ِ ۞ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ุญَู‚َّ ู‚َุฏْุฑِู‡ِ ูˆَู…ِู‚ْุฏَุงุฑِู‡ِ ุงู„ْุนَุธِูŠู…ِ ۩

❁ุณُุจْุญَุงู†َ ุฑَุจِّูƒَ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนِุฒَّุฉِ ุนَู…َّุง ูŠَุตِูُูˆู†َ ۞ ูˆَุณَู„َุงู…ٌ ุนَู„َู‰ ุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠู†َ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ ۞. 

JALAN KEHAMBAAN DAN SYUKUR TIDAK MENCARI FUTUH (PEMBUKAAN)

(Seseorang) hamba apabila ingin masuk ke dalam rumah, (maka dia) tidak akan mengetuk pintu (dan) terus untuk masuk, tetapi (dia akan) sabar menunggu. 

Jikalau (dia) mengetuk (pintu) juga, itu (adalah) tanda usaha (dia) untuk masuk (ke dalam rumah), itulah kurang adab. Jika dikira dengan jalan sufi (yang) lain, boleh (sahaja) dia mengetuk pintu (dan) buka pintu. 

Maka berkata Qutb Sidi Ahsan Al Baqili r.hu, "Teramat jauhlah bezanya antara (seseorang) yang berusaha untuk mendapatkan futuh, dengan (seseorang) yang diberikan futuh. Futuh ahli Tarekat ini (Tijaniy) adalah Hujumi, bukannya diusahakan". 

Walaupun (seseorang itu) didalam Maqam Taubat, tiba-tiba diberi pembukaan untuk umat ini. 

Sayyidi Ahmad Al-Mubarak rahimahullah berkata dalam kitab Ibriiz yang masyhur yaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya,yaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Masu’d Ad-Dibaagh Al-Hasani AL-faasi Al-Maghribi rahimahullah :

" ุฅู†َّ ุทุฑูŠู‚ุฉ ุงู„ุดّูƒุฑِ ู‡ูŠ ุงู„ุทّุฑูŠู‚ุฉُ ุงู„ุฃุตู„ูŠّุฉُ ูˆู‡ูŠ ุงู„ّุชูŠ ูƒุงู†ุช ุนู„ูŠู‡ุง ู‚ู„ูˆุจُ ุงู„ุฃู†ุจูŠุงุก ูˆุงู„ุฃุตููŠุงุก ู…ِู†َ ุงู„ุตّุญุงุจุฉ ูˆุบูŠุฑู‡ู… ูˆู‡ูŠ ุนุจุงุฏุชู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุนู„ู‰ ุฅุฎู„ุงุตِ ุงู„ุนُุจูˆุฏูŠّุฉِ ูˆุงู„ุจَุฑَุงุกَุฉِ ู…ِู†ْ ุฌู…ูŠุน ุงู„ุญُุธُูˆุธِ ู…ุน ุงู„ุฅุนุชุฑุงูِ ุจุงู„ุนุฌุฒِ ูˆุงู„ุชَّู‚ุตูŠุฑِ ูˆุนุฏَู…ِ ุชَูˆْูِูŠَุฉِ ุงู„ุฑُّุจُูˆุจِูŠَّุฉِ ุญู‚ّู‡َุง ูˆุณُูƒُูˆู†ِ ุฐู„ูƒ ุนู„ู‰ ู…َู…َุฑِّ ุงู„ุณّุงุนุงุชِ ูˆุงู„ุฃุฒู…ุงู† ูู„ู…َّุง ุนَู„ِู…َ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ุชุจุงุฑูƒ ูˆุชุนุงู„ู‰ ุงู„ุตِّุฏู‚ ุฃَุซَุงุจَู‡ُู…ْ ุจِู…ุง ูŠَู‚ْุชَุถِูŠู‡ِ ูƒَุฑَู…َู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ูุชุญِ ูِูŠ ู…ุนุฑูุชِู‡ِ ูˆู†َูŠْู„ِ ุฃุณุฑุงุฑِ ุงู„ุฅูŠู…ุงู† ุจِู‡ ุนุฒّูˆุฌู„ّ ูู„ู…َّุง ุณَู…ِุนَ ุฃู‡ู„ُ ุงู„ุฑِّูŠَุงุถَุฉِ ู…ุง ุญุตู„ ู„ู‡ุคู„ุงุกِ ู…ِู† ุงู„ูุชุญ ููŠ ู…ุนุฑูุชِู‡ِ ูˆู†ูŠู„ِ ุฃุณุฑุงุฑ ุงู„ุฅูŠู…ุงู† ุจู‡ ุนุฒّูˆุฌู„ّ ุฌุนู„ูˆุง ุฐู„ูƒ ู‡ูˆ ู…َุทْู„ُูˆุจَู‡ُู…ْ ูˆู…َุฑْุบُูˆุจَู‡ُู…ْ ูุฌุนู„ูˆุง ูŠุทู„ุจُูˆู†ู‡ُ ุจุงู„ุตِّูŠุงู… ูˆุงู„ู‚ูŠุงู… ูˆุงู„ุณَّู‡ุฑ ูˆุฏูˆุงู…ِ ุงู„ุฎَู„ْูˆَุฉِ ุญุชّู‰ ุญَุตَู„ُูˆุง ุนู„ู‰ ู…ุง ุญุตู„ูˆุง ูุงู„ู‡ِุฌุฑุฉ ููŠ ุทุฑูŠู‚ุฉ ุงู„ุดُّูƒุฑ ูƒุงู†ุช ู…ِู†ْ ุฃูˆّู„ ุงู„ุฃู…ุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡ِ ู„ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ูุชุญ ูˆู†ูŠู„ ุงู„ูƒُุดُูˆูุงุชِ ูˆุงู„ู‡ุฌุฑุฉُ ููŠ ุทุฑูŠู‚ุฉ ุงู„ุฑّูŠุงุถุฉ ูƒุงู†ุช ู„ู„ูุชุญِ ูˆู†ูŠู„ ุงู„ู…َุฑَุงุชِุจِ ูˆุงู„ุณَّูŠْุฑُ ูِูŠ ุงู„ุฃูˆู„ู‰ ุณَูŠْุฑُ ุงู„ู‚ู„ูˆุจ ูˆููŠ ุงู„ุซّุงู†ูŠุฉ ุณูŠุฑ ุงู„ุฃุจุฏุงู† ูˆุงู„ูุชุญ ููŠ ุงู„ุฃูˆู„ู‰ ู‡ُุฌُูˆู…ِูŠٌّ ู„ู… ูŠุญุตُู„ ู…ِู†َ ุงู„ุนุจุฏِ ุชَุดَูˆُّูٌ ุฅู„ูŠู‡ ูุจูŠู†ู…ุง ุงู„ุนุจุฏ ููŠ ู…ู‚ุงู… ุทู„ุจِ ุงู„ุชّูˆุจุฉِ ูˆุงู„ุงุณุชุบูุงุฑِ ู…ِู†َ ุงู„ุฐُّู†ูˆุจِ ุฅุฐْ ุฌุงุกَู‡ُ ุงู„ูุชุญُ ุงู„ู…ُุจِูŠู†ُ " ุงู†ุชู‡ู‰ ูƒู„ุงู… ุงู„ู‚ุทุจ ุงู„ุฏุจّุงุบ
 
Ertinya:
“Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah asal, iaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi - Nabi 'alaihimussalam dan hamba - hamba pilihanNya, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi ๏ทบ dan lainnya,..
…Ibadah mereka kepada Allah ๏ทป berteraskan kepada keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah ๏ทป
…dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan ..

dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman..
Maka apabila Allah ๏ทป Yang Maha mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah ๏ทป , maka dengan sifat kemurahan Allah ๏ทป, Allah ๏ทป pun membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka, seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah ๏ทป dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar…
Maka apabila ahli riadah (mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah (syukur)...

maka pada ketika itu ahli riadah dan mujahadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya,,
sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara, antaranya:
- dengan berpuasa, qiyamullail, berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan.
  
Maka hijrah yang sebenar dalam toriqah syukur dan mahabbah , ialah :  
permulaannya dengan hijrah kepada Allah ๏ทป dan RasulNya ๏ทบ dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..

dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan - pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..

FUTUH YANG SEBENAR 

Telah berkata Qutb Sayidi Al Haj Al Ahsan Al Baqili r.hu; 

ูˆู„ุง ูŠุดุบู„ูˆู† ุจุงุฒุงู„ุฉ ุงู„ุญุฌุจ ุจู„ ุฑุถูˆุง ุจู…ุง ู‡ู… ุนู„ูŠู‡ ูˆู‡ูˆ ุนูŠู† ุงู„ูุชุญ 

Dan tidak menyibukkan hati tentang bagaimana untuk menghilangkan hijab BAHKAN pasrah (redha) dengan apa jua keadaan mereka yang telah ditentukan (sama ada futuh atau terhijab), itulah pembukaan yang sebenar (Ain Futuh). 

ุณูˆู‚ ุงู„ุงุณุฑุงุฑ
ุณูŠุฏูŠ ุงู„ุญุงุฌ ุงู„ุงุญุณุงู† ุงู„ุจุนู‚ูŠู„ูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ 

FUTUH ADALAH RAHSIA KEWALIAN 

▪️FUTUH @ PEMBUKAAN▪️ itu adalah sebahagian daripada rahsia-rahsia kewalian. Telah menerangkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Assyarif Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa; 

▪️Pembukaan itu adalah amanat ilahi.
▪️Pembukaan itu adalah rahsia Allah ๏ทป berkenaan perkara yang tidak boleh dikenali. Kenal akan sesuatu daripada hadrah Allah ๏ทป yang asalnya (perkara tersebut) tidak boleh dikenali (hanyalah diizinkan untuk sebahagian orang yang terpilih sahaja untuk mengenalinya). Tidak boleh dikenali sebab diri tidak layak, tidak suci untuk menerima anugerah
▪️ pembukaan itu kerana kemampuannya, jiwanya, tidak larat untuk menerima 
▪️pembukaan itu. Syarat bagi menerima anugerah itu besar yakni mesti menjaga rahsia anugerah pembukaan itu sendiri. Sekiranya tidak, diri akan dicampak keluar daripada hadrah Allah๏ทป. 

Sayugia dalam memelihara dan memperkemaskan niat untuk memasuki pintu ilahi, Murobbina Hafizahullahu Ta'ala telah menegaskan; 

▪️"Niat yang suci terus akan mendapat jalan yang suci, niat yang bersih terus akan mendapat jalan yang bersih" ▪️

Tegas beliau lagi; 

▪️"Maka memelihara adab tujuan dalam jalan-jalan ilahi adalah sangat penting, agar diri dapat memelihara sifat kehambaan yang sejati. Amalan dan ibadah akan menjadi hijab diri dengan Allah๏ทป seandainya diri mempunyai lain-lain niat dan tujuan selain Allah๏ทป, dan juga akan menjadi fitnah pada ahlinya yang inginkan kekayaan, inginkan karamah, inginkan maqam, inginkan▪️ pembukaan/futuh, ingin berjumpa dan bersahabat dengan jin, inginkan alam-alam rohani, dan sebagainya. Inilah perkara yang merosakan keikhlasan dalam amal ibadah". ▪️

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ุงู„ูَุงุชِุญِ ู„ِู…َุง ุฃُุบْู„ِู‚َ ูˆَุงู„ุฎَุงุชِู…ِ ู„ِู…َุง ุณَุจَู‚َ ู†َุงุตِุฑِ ุงู„ุญَู‚ِّ ุจِุงู„ุญَู‚ِّ ูˆَุงู„ู‡َุงุฏِูŠ ุฅِู„َู‰ ุตِุฑَุงุทِูƒَ ุงู„ู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…ِ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ุญَู‚َّ ู‚َุฏْุฑِู‡ِ ูˆَู…ِู‚ْุฏَุงุฑِู‡ِ ุงู„ุนَุธِูŠู…ِ 

ุณُุจْุญَุงู†َ ุฑَุจِّูƒَ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนِุฒَّุฉِ ุนَู…َّุง ูŠَุตِูُูˆู†َ ูˆَุณَู„َุงู…ٌ ุนَู„َู‰ ุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠู†َ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Sabtu, 22 Februari 2025

PEMBUKAAN & WUSUL KEPADA HADRAH ALLAH MESTILAH MELALUI AHLI IZIN YAKNI WALI YANG MASIH HIDUP DALAM SETIAP ZAMAN

ุฅุนู„ู… ุฃู†ّ ุงู„ูุชุญ ูˆุงู„ูˆุตูˆู„ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ููŠ ุญุถุฑุฉ ุงู„ู…ุนุงุฑู ู„ุง ูŠุจุนุซู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุฅู„ุงّ ุนู„ู‰ ูŠุฏ ุฃุตุญุงุจ ุงู„ุฅุฐู† ุงู„ุฎุงุตّ، ูƒุฅุฐู† ุงู„ุฑุณุงู„ุฉ. ูˆู…ุชู‰ ูُู‚ِุฏَ ุงู„ุฅุฐู†ُ ุงู„ุฎุงุตّ، ู„ู… ูŠูˆุฌุฏ ู…ู† ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ ูุชุญ ูˆู„ุง ูˆุตูˆู„، ูˆู„ูŠุณ ู„ุตุงุญุจู‡ ุฅู„ุงّ ุงู„ุชุนุจ.

ูˆู…ู† ุชุนู„ّู‚ ุจู…ุทุงู„ุนุฉ ูƒุชุจ ุงู„ุชุตูˆّู، ูˆุณุงุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุจุงู„ู†ู‚ู„ ู…ู†ู‡ุง، ูˆุงู„ุฃุฎุฐ ุนู†ู‡ุง، ูˆุงู„ุฑุฌูˆุน ุฅู„ูŠู‡ุง، ูˆุงู„ุชุนูˆูŠู„ ุนู„ูŠู‡ุง، ูู„ูŠุณ ู„ู‡ ู…ู† ุณูŠุฑู‡ ุฅู„ุงّ ุงู„ุชุนุจ، ูˆู„ุง ูŠุญุตู„ ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ู„ู‡ ุดูŠุก، ู†ุนู†ูŠ ู…ู† ุงู„ูˆุตูˆู„ ุฅู„ู‰ ุญุถุฑุฉ ุงู„ู…ุนุงุฑู ูˆุงู„ุงุฎุชุตุงุต. ูˆุฃู…ุง ุงู„ุซูˆุงุจ، ููŠุญุตู„ ู„ู‡ ุจู‚ุฏุฑ ุฅุฎู„ุงุตู‡.

ูˆุงู„ู…ุฑุงุฏ ุจุฃุตุญุงุจ ุงู„ุฅุฐู† ุงู„ุฎุงุตّ ููŠ ูƒู„ุงู… ุณูŠุฏู†ุง ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡: ุงู„ุฃูˆู„ูŠุงุก ุงู„ุฃุญูŠุงุก ููŠ ูƒู„ ุนุตุฑ، ู„ุง ุงู„ุฃู…ูˆุงุช.

ู…ู†ู‚ูˆู„ ู…ู† ูƒุชุงุจ ุฌูˆุงู‡ุฑ ุงู„ู…ุนุงู†ูŠ

Ketahuilah bahawa pembukaan (al-fath) dan penyampaian seseorang kepada Allah ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ dalam Hadrat al-Ma‘arif (Majlis Makrifat) tidak akan diberikan oleh Allah ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ kecuali melalui perantaraan mereka yang memiliki izin khas, sebagaimana izin kerasulan. Apabila izin khas ini tidak ada, maka tiada pembukaan dan tiada penyampaian kepada Allah ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ, dan usaha seseorang itu hanyalah keletihan semata-mata.

Barang siapa yang bergantung kepada pembacaan kitab-kitab tasawuf, lalu  berjalan menuju Allah ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ dengan mengambil ilmu daripadanya, merujuk kepadanya, dan bersandar sepenuhnya kepadanya, maka tiada baginya dalam perjalanan itu melainkan keletihan semata-mata. Dia tidak akan memperoleh apa-apa dari sisi Allah ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ dalam hal penyampaian kepada Hadrat al-Ma‘arif dan kedudukan istimewa di sisi-Nya. Namun, pahala tetap diperoleh berdasarkan keikhlasannya.

Yang dimaksudkan dengan Aแนฃแธฅฤb al-Idhn al-Khฤแนฃ (pemilik izin khas) dalam perkataan Sayyidunฤ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ( Sidi Ahmad al-Tijani ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡
) adalah para wali yang masih hidup dalam setiap zaman, bukan mereka yang telah wafat.

(Petikan dari kitab Jawahir al-Ma‘ani wa Bulugh al-Amani)

Jumaat, 21 Februari 2025

MENYATAKAN ALLAH SWT

Apakah HAKIKAT Allah SWT Menciptakan kita ? 

Bersahajakah ataupun untuk apa ?

Sedangkan kita tersangat-sangatlah Mengetahui dan Memahami bahawa Allah SWT itu adalah yang MAHA KAYA lagi MAHA BERKUASA. 

Jikalau Allah SWT tidak pernah Menciptakan Mahkluk sekalipun, maka Hal itu tidak akan menjadikan apa-apapun Kepada-NYA. 

Oleh sebab itulah, segala Amal Ibadah kita juga menjadi tidak adanya apa-apa Nilai sekalipun Dihadapan Allah SWT. 

Nabi SAW Bersabda :

"Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu kedalam Syurga kerana Amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada Neraka (kerana Amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan Rahmat daripada Allah."

Tetapi, apakah Rahasianya Allah SWT Menciptakan Makhluk ?

Sebenar-benarnya, 

HAKIKAT Allah SWT Menciptakan Makhluk adalah untuk "MENYATAKAN DIRI-NYA" Yang Tidak Nyata. 

Jikalau Allah SWT tidak Menciptakan Makhluk, maka dimanakah DIA hendak MENYATAKAN DIRI-NYA ? 

“AKU ialah Perbendaharaan yang Tersembunyi. AKU Ingin Dikenal, lalu AKU Ciptakan Makhluk untuk Mengenal-KU.”

Bagaimanakah pula untuk MENYATAKAN ALLAH SWT ?

Jawabnya : Adalah dengan "JALAN MA'RIFAT". 

Bagaimanakah pula hendak BERMA'RIFAT ?

Jawabnya : Adalah dengan "JALAN TAUHID" (PENG-ESA-AN). 

Didalam banyak-banyaknya Makhluk Ciptaan Allah SWT, hanya Makhluk yang Berbangsa Insan sahajalah Ciptaan-NYA yang Sempurna dan mendapatkan Pujian Dari-NYA.

Kerana Makhluk yang Berbangsa Insan inilah yang paling Mulia dan paling Sempurna untuk MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA.

Firman Allah SWT :
 
“Sesungguhnya Aku telah Menciptakan Insan dengan bentuk Semulia-Mulia Kejadian. Kemudian Kami kembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya.” 
(QS. At-Tin : 4-5)

Apakah sebabnya, setelah Allah SWT Memuji Insan dan selepas itu dikembalikan semula kepada Kehinaan ?

Sebabnya adalah kerana Allah SWT menjadikan Insan adalah untuk MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA semata-mata.

Tetapi, apabila Insan tidak dapat MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA, maka sia-sia sahajalah dijadikannya Insan itu.

Sebab itulah, jikalau Insan yang tidak boleh MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA, maka ia tidaklah dipanggil sebagai Insan, tetapi ianya akan dipanggil sebagai Manusia. 

Yakni, Manusia yang sia-sia hampa belaka Didunia dan Diakhirat. 

Pada Hakikatnya, Allah SWT hanyalah "MEMUJI INSAN" dan bukanlah "Memuji Manusia" (Nas/Manusia). 

Iaitu, Allah SWT MEMUJI INSAN yang boleh MENYATAKAN HAL KEADAAN-NYA semata-mata. 

Firman Allah SWT :

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu didalam Kerugian, kecuali orang-orang yang Beriman dan Beramal Soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan Kebenaran serta berpesan-pesan dengan Sabar”.
(QS. Al-'Asr : 1-3)

INSAN BERIMAN ! 

Yakni, yang senantiasa MENYATAKAN ALLAH SWT dan Beramal Soleh, serta senantiasa "INGAT" akan Allah SWT disetiap masa dan tempat. 

Apabila hendak MENYATAKAN ALLAH SWT, maka Wajiblah terlebih dahulu "MENGENAL ALLAH SWT" dengan sebenar-benarnya Kenal. 

Tetapi, setakat manakah kita MENGENAL ALLAH SWT ? 

Nabi SAW bersabda :

“Siapa yang dengan Solatnya tidak dapat Mencegah Fahsya’ dan Mungkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh Dari-Nya.“
(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)

Jikalau rajin Solat sekalipun, tetapi tidak dapat Mencegah daripada Fahsya' dan Mungkar.

Maka Solat itu tidaklah ianya terpakai, atau Solat itu menjadi sia-sia hampa belaka semata-mata. 

Dan sebenar-benarnya Solat itu pada Hakikatnya, ianya dapat Mencegah daripada segala perkara-perkara Fahsya' dan Mungkar. 

Kerana "HAKIKAT SOLAT" itu adalah "MENYATAKAN ALLAH SWT"... 

KEMUNGKARAN (Dosa Besar yang tiada Pengampunan) yang terpaling utama sekali itu adalah MENSYIRIKKAN ALLAH SWT ! 

Jikalau Solat tetapi masih lagi ada KESYIRIKKAN kepada Allah SWT, maka sampai bila-bila pun Solat itu tidak akan dapat Mencegah daripada segala perkara-perkara Fahsya' dan Mungkar.

Oleh kerana itu, Wajiblah kita terlebih dahulu Mengetahui dan Memahami bagaimanakah "HAKIKAT MENYATAKAN ALLAH SWT".

Ada juga orang-orang yang berkata, apabila telah Mempelajari ILMU HAKIKAT, maka SYARIAT itu tidaklah perlu ianya Ditunaikan.

Jikalau berpendapat seperti itu, maka suruhlah orang-orang itu meletakkan nasi dihadapannya dan suruhlah nasi itu sendiri yang masuk kedalam mulutnya. 

Jikalau orang-orang itu boleh melakukannya dengan sempurna, maka sudah bolehlah dia meninggalkan SYARIAT dengan serta-merta. 

Perlulah Ditegaskan disini bahawa, SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT itu adalah suatu gabungan yang sangat-sangatlah Kukuh. 

Yang tidak boleh ianya dipisahkan, dan jikalau ia dipisahkan jua diantara satu sama lainnya. Maka itu bermaknanya akan pincanglah segala Amal Ibadah.

SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT itu juga tidaklah boleh ianya Dicampuradukkannya menjadi satu. 

Melainkan masing-masing berada dijalannya yang tersendiri, tetapi keempat-empatnya itu Berjalan dengan Seiringan. 

4 RUKUN DIRI ini bolehlah ianya di ibaratkan seperti :

- SYARIAT, Ibarat Kaki Yang Melangkah. 

- TAREKAT, Ibarat Jalan Yang Dilalui. 

- HAKIKAT, Ibarat Iktikad Yang Ditujui. 

- MA'RIFAT, Ibarat Matlamat Yang Dicapai. 

Maka daripada itu, dapatkah ianya dipisahkan diantara gabungan 4 Rukun Diri tersebut ?

* RENUNGAN.

“Aku adalah Perbendaharaan yang Tersembunyi. Aku ingin Diketahui. Maka Aku Menciptakan Mahkluk agar mereka Mengenal Aku.”

“Aku adalah ‘Kanzun Mahfiyya’ (yang Terpendam dan Tertutup). Aku ingin Ditemukan dan Dikenal. Aku Ciptakan Mahkluk agar mereka Mengenal Aku."

Sabda Rasulullah SAW :

"Ilmu itu ada dua macam. Pertama : Ilmu Lisan, sebagai Hujah Allah dan kepada Hambanya. Kedua : Ilmu Batin yang bersumber di Lubuk Hati, Ilmu inilah yang berguna untuk Mencapai tujuan Pokok dalam Ibadah."

Doa Rasulullah SAW :

"Ya Allah, tunjukkanlah kami bahawa Kebenaran itu adalah sesuatu yang Benar dan berilah kami Kemampuan untuk Mengikutinya. Dan Tunjukkanlah kepada kami bahawa Kebatilan itu adalah sesuatu yang Batil, maka itu berikanlah kami Kemampuan Menjauhinya.”

* KALAM HIKMAH. 

Rabiatul Al-Adawiyah berkata :

"Jika aku Menyembah-MU kerana Takut akan Api Neraka-MU, maka Bakarlah aku didalamnya.

Dan jika aku Menyembah-MU kerana mengharapkan Syurga-MU, maka Haramkanlah aku daripadanya.

Akan tetapi, 

Jika aku Menyembah-MU kerana Kecintaanku Kepada-MU, maka berikanlah aku Balasan yang besar, dan berilah aku Melihat Wajah-MU yang MAHA BESAR dan MAHA MULIA itu..."

Inilah MARTABAT INSAN KAMIL yang benar-benar MENYATAKAN HAKIKAT ALLAH SWT...cpf

Khamis, 13 Februari 2025

EDARAN ZAWIYAH IRAAH 12-TORIQAH FADHLUL ILAHI -KONSEP JALAN SYUKUR

Berkata Maulana Sidi Ahsan Albaqili RA :

toriqah fadhlul ilahi adalah toriqah yg telah di isyaratkan oleh Allah swt dengan kataNya : 
" ุฃู†ุนู…ุช ุนู„ูŠู‡ู… "
-yg engkau telah beri nikmat atas mereka..

maksudnya :
wahai tuhanku katakanlah kepada mereka :
berikanlah hidayah dan irsyad kepada kami kepada jalan yg menyampaikan kepada hadrah kamu melalui jalan yg engkau beri nikmat atas mereka tanpa permintaan,kepayahan dan tanpa mujahadah

inilah toriqah Rasulullah saw dan yg diamalkan oleh Baginda saw(jalan Fadhlul ilahi yg dikurniakan atas Baginda SAW)
yaitu jalan syukur dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat RA 
           
itulah toriqah yg ditalqin secara langsung Baginda SAW terhadap Syeikh Tijani Ra dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat Syeikh Tijani Ra secara umum atau khusus
tanpa sebarang perantaraan ,atau melalui perantaraan (wakil Syeikh Tijani,yaitu setelah kewafatan Syeikh Tijani Ra)
atau melalui perantaraan2 yg lain sehinggalah berlakunya kiamat

maka tiadalah dapat apa2 untuk ahli toriqah ini melainkan semata2 kurnian ilahi
tidaklah mereka ini berpegang kpd amalan2 mereka
bahkan toriqah/perjalanan mereka adalah beramal atas jalan syukur kerana Allah semata2

inilah toriqah syukur bukanlah toriqah amal
toriqah amal/mujahadah sudah dimaklumi akannya
adapun toriqah syukur/ adalah toriqah yg terahsia(maktum)disisi ahli iradah(toriqah kaum)

jikalau diperjelaskan kpd mereka(ahli iradah) akan jalan syukur
nescaya akan berkuranglah iradah mereka dan robohlah asas binaan (yg dicipta oleh mereka)
dan bergegarlah sendi2 mereka dengan sebab kegerunan dan kebimbangan atas amalan mereka yg bukan kerana Allah swt

Murabbina syarif Ahmad alhadi menambah katanya :
setiap orang yg berpindah drpd toriqah iradah(toriqah kaum) kpd toriqah kami
akan berlaku atasnya, apa yg Allah sahaja yg memgetahui akannya drpd ketakutan,kebimbangan dan rasa malu

kerana keadaan dirinya(sblm ini) yg telah menghabiskan masa lalu drpd hari2nya dan waktunya pd ibadah utk gharad dan habuannya
dan menyangka ia beribadah kerana Allah swt

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Isnin, 10 Februari 2025

๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐— ๐—•๐—”

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰, ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐—œ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—œ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ-๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ- ๐—ก๐˜†๐—ฎ. ๐—ข๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—œ๐˜๐˜‚, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ป๐—ฎ’๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ . 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ■

Terkadang, sebahagian orang beribadah kepada Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ kerana mengharapkan sesuatu atau kerana takut kepada sesuatu. Padahal, Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ berhak untuk disembah oleh manusia, sekalipun tanpa adanya syurga dan neraka.

Dalam pandangan Syekh Ibnu Athaillah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡, seseorang seharusnya beribadah kepada Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ kerana Dia semata-mata, bukan kerana mengharapkan ganjaran atau takut akan hukuman.

ู…َู†ْ ุนَุจَุฏَู‡ُ ู„ِุดู‰ุกٍ ูŠَุฑْุฌُูˆู‡ُ ู…ِู†ْู‡ُ ุงَูˆْ ู„ِูŠَุฏْูَุนَ ุจِุทุงَุนَุชِู‡ِ ูˆُุฑูˆุฏُ ุงู„ุนُู‚ُูˆุจَุชِ ุนَู†ْู‡ُ ูَู…ุงَ ู‚َุงَู…َ ุจِุญَู‚ِّ ุงَูˆْุตَุงูِู‡ِ
" ๐˜ฝ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ž๐™–๐™ฅ๐™– ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™–๐™ง๐™–๐™ฅ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™จ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™ช ๐˜ผ๐™ฉ๐™–๐™ช ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™ž๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™ž ๐™ƒ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ข๐™–๐™ฃ-๐™ฃ๐™ฎ๐™–, ๐™ˆ๐™–๐™ ๐™– ๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ฃ๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™  ๐™†๐™š๐™ฌ๐™–๐™Ÿ๐™ž๐™—๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™๐™š๐™ง๐™๐™–๐™™๐™–๐™ฅ ๐™Ž๐™ž๐™›๐™–๐™ฉ-๐™จ๐™ž๐™›๐™–๐™ฉ ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ ." (Syekh Athaillah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡, Kitab Al-Hikam)

Terjemahan Kitab Al-Hikam karya Ustadz Bahreisy menambah penjelasan maksud Syekh Athaillah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ agar lebih mudah difahami.

Diceritakan bahawa Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ telah menurunkan wahyu kepada Nabi Dawud ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…:

" ๐™Ž๐™š๐™จ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™๐™ฃ๐™ฎ๐™–, ๐™Š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™‹๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™†๐™–๐™จ๐™ž๐™๐™ž ๐˜ผ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™š๐™ ๐™– ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ž๐™—๐™–๐™™๐™–๐™ ๐˜ฝ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™–๐™ง๐™–๐™ฅ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‚๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–-๐™ข๐™–๐™ฉ๐™– ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™–๐™  ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ ." 

Di dalam kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Dawud ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…, Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ berfirman:

" ๐™Ž๐™ž๐™–๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™‡๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™•๐™–๐™ก๐™ž๐™ข ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™Š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™- ๐™†๐™ช ๐™ƒ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™– ๐˜ผ๐™ฉ๐™–๐™ช ๐™‰๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™–? ๐˜ผ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™…๐™ž๐™ ๐™– ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™˜๐™ž๐™ฅ๐™ฉ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐™‰๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™–, ๐™ˆ๐™–๐™ ๐™– ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™–๐™  ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™จ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™? " 

Sesungguhnya, pemberian Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ kepada hamba-Nya jauh lebih besar daripada yang mereka harapkan. Nikmat hidup, nafas, pancaindera, kesihatan, dan pelbagai lagi adalah kurniaan-Nya yang tidak terhingga.

Abu Hazim pernah berkata:

" ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™ช ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ƒ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™–๐™ง๐™–๐™ฅ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™–๐™๐™–๐™ก๐™–, ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™ช๐™ง๐™ช๐™ — ๐™…๐™ž๐™ ๐™– ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™—๐™–๐™ฎ๐™–๐™ง, ๐™ˆ๐™–๐™ ๐™– ๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ˆ๐™–๐™๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–. ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™…๐™ช๐™œ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™ช ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ƒ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™๐™–๐™ ๐™ช๐™ฉ ๐˜ผ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ฏ๐™–๐™—- ๐™‰๐™ฎ๐™–, ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ƒ๐™–๐™ข๐™—๐™– ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™…๐™–๐™๐™–๐™ฉ— ๐™…๐™ž๐™ ๐™– ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐˜ฟ๐™ž๐™–๐™ฃ๐™˜๐™–๐™ข ๐™ƒ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ข๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™ ๐™– ๐˜ฟ๐™ž๐™– ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ˆ๐™–๐™๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ ๐™๐™ž๐™™๐™ข๐™–๐™ฉ. ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™†๐™š๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™–๐™ฃ๐™ ๐™ช ๐™†๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™–- ๐™‰๐™ฎ๐™–. "

Jumaat, 7 Februari 2025

ISRA MIKRAJ TANDA KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN BAGINDA SAW

MAKHLUK RABBANI 
ุงู„ุจุดุฑ ู„ูŠุณ ูƒุงู„ุจุดุฑ #ุจู„ ูŠุงู‚ูˆุชุฉ ุจูŠู† ุงู„ุญุฌุฑ 

Janganlah kamu menyibukkan akal kamu dengan bertanyakan bagaimanakah Baginda saw mikraj/naik ke langit atau diperjalankan ke baitul maqdis
itulah kenyataan benar yg kamu dengar akannya
para malaikat,mikraj,
buraq,
Rafraf(hamparan/selendang),
batasan sidratul muntaha,
istiwa,
qolam dan bunyian qolam sedang menulis,
kedengaran suara abu bakar,
ucapan wida’ jibril dan doanya
dan amanatnya
terbukanya pintu2 langit
keberadaan malaikat di langit2 dan keajaiban mereka
malaikat kanan dan kiri
syurga dan neraka
bintang yg bersinar
Nabi saw menjadi imam para Nabi2 AS di baitul maqdis
-keajaiban kejadian keseluruhan alam malakut
sesungguhnya semuanya itu ia adalah tersingkapnya rahsia zarrah Nabi Saw

-diperlihatkan kpd Baginda saw akan keajaiban ciptaan Allah swt yg asalnya drpd Nur Hakikat Baginda saw

Isra’ itu bermaksud berenangnya Nabi Saw didalam lautan cahanya2nya melalui pembukaan Rabbani

berjalannya dan Naiknya(mikraj) Nabi saw adalah dengan Zat diri dan ruh Baginda Saw
tetapi bukanlah dengan cara kebiasaan,
bahkan dengan cara yg mencarikkan adat kebiasaan 
yg dipernamakan sebagai fathul akbar
sesungguhnya pembukaan pertama yg berlaku adalah pembukaan pd makrifah akan Tuhannya
maka Allah swt mahabbah akan Nabi saw dan juga menjadikannya makhluk pilihanNya

dan Allah swt meletak akan hijab terhadap Baginda saw drpd mengetahui akan hakikat ciptaan diri Baginda Saw 
adalah kerana hendak mempermudahkan atas Baginda saw akan urusan yg sangat besar(penting) yg tidak diketahui akannya oleh selain baginda saw

yaitu urusan yg akan dipertangung jawab terhadapnya oleh Allah swt
maka tiada kepenatan seumpama kepenatan Baginda saw kerana banyak anaknya
 
kerana keseluruhan makhluk ini adalah anak2nya (didalam medan hakikat)
(ahli taat atau sebaliknya)

adalah Baginda saw berada ditempat yg sama (ketika isra dan milraj)
bukanlah berpindah mengikut jalan adat kebiasaan bahkan secara luar biasa

adalah Baginda saw isra’ dengan keseluruhan badan Baginda saw dan dengan Ruhnya untuk melihat keseluruhan zarrah yg Allah swt Meng-adakannya di dalamnya

berpindahnya Nabi Saw drpd alam rendah ke alam yg tinggi adalah pada masa yg sama

qudrah Allah swt tiada sekatan oleh sesuatu
hanyasanya kemuncak pencapaian akal adalah ia mengetahui bahawa Allah swt boleh melakukan apa yg dikehendaki olehNya dalam kerajaanNya

sesungguhnya Allah swt telah melakukan sesuatu(menzahir qudrahNya) terhadap kekasihnya yg agung apa yg dikehendakiNya

(ketika isra mikraj)kelihatan matahari dan bulan terbit didalamnya
juga kelihatan orbit2 berada dipaksinya
dan Baginda saw meliputi pengetahuannya perincian Zat dirinya

semua itu adalah berenangnya Baginda Saw didalam lautan hakikat Adamiahnya 

Baginda Saw dan tatkalamana selesai berenang di dalam hakikat Adamiah dan kelaziman2nya
maka seterusnya Baginda Saw merenangi didalan lautan hakikat Muhammadiyahnya 

maka masuklah Baginda ke dalam hadrah buta/kelam yg Rabbani (ุงู„ุนู…ู‰ ุงู„ุฑุจุงู†ูŠ), 

hadrah yg tidak boleh digambarkan akannya (tidak boleh dipersoalkan bagaimana tempat tersebut)
itulah hadrah yg tunggal/Esa yg Allah tajalli dengan sendirinya oleh ZatNya yg maha tinggi didalam hakikat Muhammadiyah (yaitu dengan kesempurnaan/keseluruhan ZatNya

maka tenggelamlah Baginda Saw di dalam lautan hakikat nur2 kunhi Allah swt..
maka ghaiblah drpdnya Asma2 dan Sifat2 Allah (ketika tenggelam didalam lautan nur2 kunhi)
apatah lagi diri Baginda saw

-itulah hadrah (ู…ุง ุฒุงุบ ุงู„ุจุตุฑ ูˆ ู…ุง ุทุบู‰)

penglihatan Nabi Saw
tidak berpaling (dan tidak melampauinya) maksudnya, tidak berpaling dari apa yang dilihatnya dan tidak pula melampaui apa yang dilihatnya pada malam ketika ia diisrakkan dan ketika bertemu dengan Allah swt

-dan juga hadrah
‎(ู„ู‚ุฏ ุฑุขู‰ ู…ู† ุขูŠุงุช ุฑุจู‡ ุงู„ูƒุจุฑู‰)

 (Sesungguhnya dia telah melihat) pada malam itu (sebagian tanda-tanda kekuasaan Rabbnya yang paling besar) yang paling agung, dimaksud adalah sebagian dari tanda-tanda itu, maka dia melihat sebagian dari keajaiban-keajaiban alam malakut, dan Rafraf berwarna hijau menutupi cakrawala langit, dan malaikat Jibril yang memiliki enam ratus sayap.

hadrah yg tidak diketahui akannya melainkan tuan empunya diri yg sedang tenggelam didalam hadrah kunhi tersebut

itulah hadrah yg terputus/terhalang padanya keseluruhan ilmu2 dan isyarat makhluk2 Allah yg lain melainkan diri Baginda saw yg mengetahui akannya

maha tinggi hadrah tersebut drpd apa yg cuba kita sifatkan/gambarkan/bayangkan

‎ู†ูุญุงุช_ููŠ_ุงู„ุทุฑูŠู‚ุฉ_ุงู„ุชุฌุงู†ูŠุฉ
‎ -ุณูŠุฏูŠ ุงู„ุญุงุฌ ุงู„ุงุญุณู† ุงู„ุจุนู‚ูŠู„ูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡