Khamis, 22 Mei 2025

Keutamaan Membaca Shalawat Fatih Di Malam Jumat Setelah Manusia Tertidur

قال الشيخ أحمد التجاني (رضي الله عنه): "قراءة صلاة الفاتح 100 مرة بعد نوم الناس ليلة الجمعة، تكفر الذنوب لمدة 400 سنة." فقال أصحابه (رضي الله عنهم): "لم نبلغ هذا العمر." فقال الشيخ (رضي الله عنه): "سيتم تقسيمها بين إخوانه وعائلته ومحبيه."

Sayyidi Syekh Ahmad At-Tijjani (RA) berkata, "Membaca Shalawat Fatih 100 kali setelah orang-orang tidur pada malam Jumat dapat menghapus dosa-dosa selama 400 tahun." Para sahabat berkata, "Kami belum mencapai usia tersebut." 

Sayyidi Syekh ra menjawab, "Usia tersebut akan dibagikan kepada saudara-saudaranya, keluarganya, dan orang-orang yang mencintainya."

Note : 

Makna dibagikan ialah dimana pahala penghapus dosa 400 tahun tadi akan menjadi salah satu syafaat kepada sesama orang beriman

وأخرج الترمذي وحسنه والبيهقي عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال :قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم : ” إن من أمتي لرجالا يشفع الرجل منهم في الفئام من الناس فيدخلون الجنة بشفاعته ، ويشفع الرجل منهم للقبيلة فيدخلون الجنة بشفاعته ، ويشفع الرجل منهم للرجل وأهل بيته فيدخلون الجنة بشفاعته ” .

*Imam at-Tirmidzi telah mentakhrij hadits dan menganggapnya hasan, juga imam al-Baihaqi dari sahabat Abi Sa’id al-Khudlri radliyallahu’anh beliau berkata; Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam bersabda; “Sesungguhnya dari kalangan umatku terdapat banyak laki-laki yang seorang laki2 dari mereka bisa mensyafaati sekelompok manusia dan mereka semua masuk surga dengan syafaat seorang laki2 tersebut, seorang laki2 lain dari mereka bisa mensyafaati sekelompok besar (kabilah) kemudian mereka semua masuk surga dengan syafaat seorang laki2 tsbt. Seorang dari mereka bisa mensyafaati keluarganya sehingga mereka semua masuk surga dengan syafaat seorang laki2 tsbt”.*

"لو أن أولياء الله العظام قبلوا أن يبدّلوا مقامات ولايتهم الرفيعة بمجرد مرة واحدة من الصلاة على الفاتح، فاعلم وتأمل عظمة خزائن الله تعالى. وافهم أن هذه الصلاة عطية إلهية عظيمة، أُهديت إلينا نحن العصاة غير المستحقين، من عامة الناس المملوئين بالغفلة."

_"Seandainya para Wali Allah yang agung sanggup menukar maqam kewalian mereka yang tinggi hanya dengan satu kali membaca Shalawat al-Fātih, maka ketahuilah dan renungilah betapa agungnya Perbendaharaan Allah Ta‘ālā ini. Pahamilah bahwa ini adalah anugerah Ilahi yang luar biasa bagi kita, para pendosa yang tidak layak—hanya orang-orang awam yang penuh kelalaian."_

Semoga menambah semangat kita dalam menghidupkan malam jumat dengan perbanyak baca shalawat fatih

Zawiyah Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani ra

Sabtu, 17 Mei 2025

Keutamaan Selawat al-Fātiḥ

Telah berkata Maulana Syaikh Aḥmad at-Tijānī رضي الله عنه:

> “Selawat al-Fātiḥ limā ughliq adalah satu perintah Ilāhī yang tidak dapat dimasuki oleh akal.”

Dan beliau رضي الله عنه juga bersabda:

> “Sesiapa yang membaca Selawat al-Fātiḥ limā ughliq sekali sahaja, maka Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى akan haramkan jasadnya daripada api neraka.”

Beliau رضي الله عنه juga bersabda:

> “Sesiapa yang membaca Selawat al-Fātiḥ sekali sahaja, maka dia pasti akan mati dalam keadaan beriman.”

Antara keutamaannya juga: Jika kamu membacanya sekali dan berhenti, ia sendiri tidak akan berhenti, bahkan akan terus dibaca oleh dirinya sendiri sehingga hari kiamat, dan pahala semua itu kembali kepadamu.

Antara kelebihannya juga: Huruf-hurufnya akan berkembang biak. Huruf-hurufnya akan menjadi sebanyak 108 huruf. Jika kamu membacanya, maka setiap huruf akan melahirkan satu malaikat. Maka lahirlah 108 malaikat yang semuanya menyebut Selawat al-Fātiḥ.

Dan antara para malaikat itu:

Ada yang mempunyai 1,000 lidah,

Ada yang mempunyai 10,000 lidah,

Dan ada pula yang mempunyai 70,000 lidah.

Setiap lidah dari mereka membaca Selawat al-Fātiḥ limā ughliq.

Setiap huruf dari Selawat al-Fātiḥ akan dibaca oleh para malaikat tersebut hingga ke hari kiamat, dan seluruh ganjaran itu akan dikurniakan kepadamu. Inilah dari sisi (kurnia) para malaikat.

Segala puji bagi Allah, dan segala kurnia adalah dari Allah.

----

فضل صلاة الفاتح 
قال مولانا الشيخ احمد التجانى رضى الله عنه صلاة الفاتح لما اغلق امر إلهى لامدخل فيه للعقول
قال مولانا الشيخ رضى الله عنه من قرأ صلاة الفاتح لما أغلق مرة واحدة حرم الله جسده على النار.
وقال رضى الله عنه ايضا من قرأ صلاة الفاتح مرة واحدة يموت على الإيمان قطعا.
ومن فضائلها إذا قرأتها مرة وسكت هى لاتسكت دإئما تقرأ نفسها الى يوم القيامة وثوابهالك.
ومن فضائلها ايضا توليد حروفها وتتولد حوفهامائة وثمانية اذا قرأتها كل حرف يلد ملكا فصار مائة وثمانية ملك يذكر صلاة الفاتح،والملائكة منهم من يكون له الف لسان ومنهم من له عشرة آلاف لسان ومنهم من له سبعون الف لسان كل لسان يذكر صلاة الفاتح لما أغلق وكل حرف من صلاة الفاتح من هؤلاء الملائكة يقرأ صلاة الفاتح لما أغلق الى يوم القيامة والثواب كلها لك هذا من جهة الملائكة.
الحمدلله والحمدلله

𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗔𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗬𝗔

---------------------------------
✾ ٱللّٰهُ يَقْبَلُ عَلَيْنَا بِمَحْضِ فَضْلِهِ وَرِضَاهُ ✾
#ssholawats 
---------------------------------
⦿أَعُوْذُ بِٱللّٰهِ مِنَ ٱلشَّيْطٰانِ ٱلرَّجِيْمِ
● بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ ۝١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ۝٢ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ ۝٣ مَـٰلِكِ یَوۡمِ ٱلدِّینِ ۝٤ إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ ۝٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ ۝٦ صِرَٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ ۝٧
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
● إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا۝٥٦
[ الأحزاب: 56]
●﴿سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ۝١٨٠ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِینَ ۝١٨١ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ۝١٨٢﴾
[الصافات ١٨٠-١٨٢]
 ---------------------------------
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗔𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗬𝗔 

Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani حَفِظَهُ اللهُ تعالى ;

Sebagaimana diketahui hari Jumaat adalah Hari Raya bagi orang² muslim. 
Baginda ﷺ bersabda :

" إنَّ مِن أَفْضلِ أيَّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعةِ، فَأَكْثِرُوا عليَّ مِنَ الصلاةِ فِيهِ، فإنَّ صَلاتَكُمْ معْرُوضَةٌ علَيَّ "

Maksudnya : "𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗝𝘂𝗺'𝗮𝘁, 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗜𝘁𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 (𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗵𝗮𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂."  

Dengarlah kalam Baginda ﷺ 'DIBENTANGKAN', 
Nabi ﷺ tak kata kalau kamu sembahyang atau kamu puasa atau haji akan dibentangkan kepada aku. Selawat sahaja yang akan sampai (dibentangkan) satu persatu dengan nama tuannya dan sighahnya (lafaz selawat yang dibacanya), orang itu baca selawat selawat fatih atau selawat nariyyah atau selawat nuriyyah dan selawat² Auliya Allah ﷻ yang lain, akan sampai setiap nama yang selawat kepada Baginda ﷺ.

Ini dah luar akal. Satu minit berapa orang yang selawat kepada ﷺ atas muka bumi ini ? Juta² orang. Sebab itulah dalam agama ini jangan mengimbangi agama Allah ﷻ dengan akal. (Contohnya tanya) "Bagaimana ﷺ mengenali kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ menjawabkan (menjawab selawat) kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ mengenal kita satu persatu ?". Itu perkara luar akal.

Permisalan matahari hanya satu tapi berapa mata yang dapat melihat matahari itu ? BerJuta². Jadi Nabi ﷺ satu , juta² daripada ummatnya yang berselawat memang akan sampai dekatnya (Baginda ﷺ). Jangan mengira perkara itu dengan akal atau masa yang dikenali oleh kita.

Jadi BAGINDA ﷺ hari ini seronok dengan hantaran² kita kepada hadrahnya.

 Hari Jumaat ini, ramai orang tak tahu kebesaran hari ini. Ada satu orang bertanya " Apa sebab Baginda ﷺ menyuruh kita berselawat pada Hari Jumaat walhal Hari Jumaat itu hari orang lain Hari Adam (hari diciptakan Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام ) ?".

Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus رضي الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام , padanya diwafatkan Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام , padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”

Hadis ini yang kata (seperti hadis yang didatangkan diatas) tapi padanya dijadikan Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام dan padanya juga dimatikan (Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام ). Jadi ada orang tanya (kerana) macam ada 'paradoks' sebab apa Nabi suruh kita berselawat tetapi sebut Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام . Kalau ikut logik nescaya Nabi menyuruh kita berselawat pada Hari Isnin sebab Hari Isnin hari yang mulia (Baginda ﷺ), Hari Isnin (Baginda ﷺ) lahir, Hari Isnin diutus (Baginda ﷺ), Hari Isnin Isra', Hari Isnin wafat (Baginda ﷺ). Jadi hari Baginda ﷺ adalah Hari Isnin. 

Yakni orang yang baca hadis ini dari sudut tasawuf zauqi (perasaan) "sebab apa Nabi ﷺ suruh kita berselawat Hari Jumaat ? dan sebut Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام ?". Apakah kaitan Nabi Adam عَلَیهِ‌السَّلام dengan selawat untuk orang lain ?. Ini daripada rahsia² Selawat Fatih.

Bermula dengan penciptaan awal kejadian iaitu Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah ( الفاتح) dan diakhiri jenis akhir ciptaan Allah ﷻ iaitu Adam (Muhammad At Tiniyah atau Muhammad bangsa tanah) dan itulah manusia atau rupa bentuk adam ( الخاتم ) ini adalah maksud Dari penciptaan alam ini.

Itulah tatawwur dan tanazul Hakikat Muhammadiah sehinggalah kepada Muhammad At Tiniyah dan tanazul serta limpahan demi limpahan itu berlaku pada Hari Jumaat (petang). Hari yang penuh barokah. Hari madad dan Faidh Rabbani. Hari terkumpul segala rahsia dan limpahan² ILAHI.

Sebab itu kita disuruh banyak berselawat pada Hari Jumaat dan sebab itu juga petang Hari Jumaat adalah waktu mustajab doa.

● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●﴿سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ۝١٨٠ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِینَ ۝١٨١ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ۝١٨٢﴾
[الصافات ١٨٠-١٨٢]

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗜𝗧𝗨 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔

Saudaraku, seorang murid pernah bertanya kepada Syaikh ʿAlī Jum‘ah, Mufti Mesir:
“Wahai Syaikh, dalam buku Syaikh ada tertulis bahawa membaca selawat merupakan satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Benarkah begitu? Mohon penjelasannya.”

Syaikh ʿAlī Jum‘ah menjawab:
“Ya, benar. Saya memang menulis begitu. Berselawat ke atas Nabi ﷺ adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Jika kamu bersedekah dengan niat ingin dipuji, maka sedekahmu akan sia-sia. Demikian juga jika kamu solat kerana ingin dilihat oleh manusia, maka solatmu tidak berpahala. Akan tetapi, jika kamu berselawat, walaupun dengan niat riya’, kamu tetap akan memperoleh pahala. Ini kerana selawat itu berkaitan langsung dengan Nabi Allah yang mulia, iaitu Junjungan Besar Nabi Muḥammad ﷺ.”

Dalam kitab al-Fawā’id al-Mukhtārah, Syaikh ʿAbdul Wahhāb asy-Syaʿrānī رحمه الله meriwayatkan bahawa Imām Abūl-Ḥasan asy-Syādzilī رضي الله عنه pernah berkata:
“Aku pernah bermimpi bertemu dengan Baginda Nabi Muḥammad ﷺ. Aku bertanya: ‘Ada sebuah ḥadīth yang menyebut bahawa sepuluh rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى akan diberikan kepada sesiapa yang membaca selawat sekali. Adakah ia disyaratkan perlu menghadirkan hati dan memahami maknanya ketika membaca?’
Maka Baginda Nabi ﷺ menjawab: ‘Tidak. Bahkan rahmat itu tetap akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang membaca selawat, walaupun hatinya lalai, bahkan walaupun dia tidak memahami makna selawat yang dibacanya.’”

Kesimpulannya, para ulama sepakat bahawa membaca selawat merupakan amalan yang pasti diterima, walaupun dalam keadaan lalai, walaupun disertai riya’, malah walaupun daripada seorang yang kafir sekalipun — kerana ia dilakukan dalam rangka memuliakan Rasulullāh ﷺ.

Betapa indahnya ungkapan seorang penyair Arab:

أَدِمِ الصَّلَاةَ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ
فَقَبُولُهَا حَتْمًا بِغَيْرِ تَرَدُّدِ
أَعْمَالُنَا بَيْنَ الْقَبُوْلِ وَرَدِّهَا
إِلَّا الصَّلَاةَ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدِ

𝗟𝗮𝘇𝗶𝗺𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗞𝗲 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂ḥ𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 ﷺ,
𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗜𝘁𝘂 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗴𝘂𝗮𝗻.
𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗟𝗮𝗶𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮, 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗗𝗶𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸,
𝗸𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗞𝗲 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗠𝘂ḥ𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 ﷺ — 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 .

Kelebihan Selawat Fatih

KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT ALFATIH OLEH ULAMAK TERBILANG NUSANTARA Al ALIM ALLAMAH SYEIKH DAUD AL FATHONI رحمه الله 

Disebutkan fadhilat Selawat Fatih di dalam Kitab Munyatul Musholi yang dikarang oleh Al Alim Al Allamah Syeikh Daud bin Abdullah Al Fathoni pada kalamnya : 

"دان دمكينلاڬي بارڠيڠ دنقل درفدا عارف البكرى بركات اي بارڠسياف ممباچ اكن صلواة اين ددالم عمورڽ دان جكالو سكالي سكاليفون دفليهرا اكندي درفدا افي نراك دان واجبكن باكي حسن الخاتمة يأيت ‌[ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ]"

*boleh rujuk Kitab Munyatul Musoli m/s 19

Dan juga disebutkan di dalam kitab² jawi yang lain lagi seperti Kitab Sairus Salikin,Kitab Perukunan dll....

Dan bermula maksud Selawat Fatih seperti dibawah :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ 
Ya Allah, limpahkan selawat keatas Penghulu kami Muhammad

الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ 
Pembuka apa yang tertutup

وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ 
Penutup apa yang telah berlalu

نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ 
Penolong kebenaran dengan kebenaran

وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ 
Penunjuk kepada jalanMu yang lurus

وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
dan keatas keluarganya sesuai dengan kedudukan hakikat mereka yang agung.

Selawat fateh itu tiada berhajat kepada kamu .. tetapi kamulah yang berhajat kepadanya.. 

Orang yang jahil lagi ingkar memomokkan tiada asal bagi selawat ini , sedangkan yang cerdik pandai lagi soleh dari kalangan auliya’illah telah mengamalkannya sejak ratusan tahun..

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق و الخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم و على آله حق قدره و مقداره العظيم 🤲🏻


Telah berkata Guru kami رضي الله عنه:

"Tidak ada seorang pun yang menghadap kepada Allāh ‘Azza wa Jalla dengan sesuatu yang lebih afdhal dan lebih agung di sisi Allāh daripada Selawat al-Fātiḥ, kerana ia merupakan kalām (ucapan) Zāt Yang Maha Suci, bukan ciptaan makhluk. Ia dinamakan juga dengan ‘Yāqūtah al-Farīdah’ (Permata Tunggal), dan dinamakan juga dengan ‘al-Bakriyyah’ kerana ia dikurniakan daripada alam ghaib kepada Sayyidunā Abū Bakr رضي الله عنه, dan hanya sedikit sahaja dijelaskan tentang khasiat-khasiatnya. Namun Allāh سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى menangguhkan kemunculannya sehingga dikeluarkan melalui tangan al-Qaṭb al-Maktūm (Wali Tersembunyi).”

"Tidak ada seorang pun yang mengetahui hakikat selawat ini kecuali Penghulu segala makhluk صلى الله عليه وآله وسلم. Baginda mengetahuinya dan diperintahkan untuk menyembunyikannya. Adapun para Nabi sebelum Baginda صلى الله عليه وآله وسلم pun tidak mengetahui mengenainya. Jika sekiranya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memberitahu para sahabatnya tentang selawat ini, nescaya mereka tidak akan menyibukkan diri dengan yang lain kerananya — disebabkan kandungan rahsianya yang tidak dapat diukur atau dibatasi."

"Sesungguhnya Selawat ini dan juga Selawat Sīfī (selawat rahsia yang khusus) mencukupi daripada segala zikir-zikir, di mana pun ia dibaca. Satu kali bacaan daripadanya menjadi tebusan daripada api neraka. Dan sesiapa yang menyebutnya sekali, maka Allāh سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى mengampunkan dosa-dosanya, meskipun usianya seratus ribu tahun penuh dengan dosa."

"Dan sekali bacaan daripadanya menyamai pahala empat ratus peperangan, di mana setiap satu peperangan menyamai empat ratus haji. Orang yang menyebutnya pula diberikan ganjaran setiap orang yang berzikir di seluruh alam, digandakan berkali-kali ganda — sama ada yang sedikit atau banyak. Dan sesungguhnya sekali bacaan daripadanya menyamai enam ratus ribu solat daripada semua jenis solat; sama ada solat para malaikat, solat seluruh manusia, atau solat golongan jin."

Dan beliau رضي الله عنه juga berkata:

"Sesungguhnya apa yang telah disediakan oleh Allāh سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى bagi orang yang menyebut Selawat al-Fātiḥ limā Ughliq daripada kelebihan yang agung, tidak halal bagiku untuk menyebutkannya, dan tidak akan diperlihatkan melainkan di negeri akhirat."

---

يقول شيخنا رضي الله عنه: "ما توجه متوجه إلى الله عز وجل بأفضل منها ولا أعظم عند الله منها لأنها كلام الذات المقدسة ليست من تأليف المخلوقين، وتسمى بالياقوتة الفريدة وتسمى بالبكرية، لأنها أعطيت له من الغيب وبين شيئا من خواصها وأخرها الله تعالى حتى أخرجها على يد القطب المكتوم، ولا علم لأحد بها إلا سيد الوجود صلى الله عليه وسلم علم بها وأمر بكتمها، وأما النبيون قبله فلا علم لهم بها فلو أخبر بها سيد الوجود صلى الله عليه وسلم أصحابه ما اشتغلوا بغيرها لما فيها من الأسرار لا يقاس لها حد، وهذه الصلاة والسيفي يغنيان عن الأذكار حيث كانت. وإن المرة الواحدة منها فدية من النار. وأن من ذكرها مرة واحدة يغفر الله له ذنوبه ولو كانت في عمره مائة ألف سنة، وإن المرة الواحدة منها بأربعمائة غزوة كل غزوة بأربعمائة حجة. وإن ذاكرها يعطى ثواب كل ذاكر في الكون بأضعاف مضاعفة قلل أو كثر، وأن المرة الواحدة منها تعدل ست مائة ألف صلاة من مطلق الصلوات من صلاة كل ملك، وصلاة كل إنس وصلاة كل جان". وقال رضي الله عنه: "ما أعد الله تعالى لذاكر صلاة الفاتح لما أغلق من الفضل العظيم لا يحل لي ذكره ولا يظهر إلا في دار الآخرة".

𝙃𝙄𝙈𝙋𝙐𝙉𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏 𝘼𝙇𝙁𝘼𝙏𝙄𝙃 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙌𝙐𝙏𝙐𝘽𝙐𝙇 𝙈𝘼𝙆𝙏𝙐𝙈 𝙒𝘼 𝙆𝙃𝘼𝙏𝙈𝙐𝙇 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿𝙄𝙇 𝙈𝘼𝘼𝙇𝙐𝙈 𝙎𝙔𝙀𝙄𝙆𝙃 𝘼𝙃𝙈𝘼𝘿 𝘼𝙏𝙏𝙄𝙅𝘼𝙉𝙄 𝙍𝘼* 
𝘽𝙀𝙍𝙄𝙏𝘼 𝙂𝙀𝙈𝘽𝙄𝙍𝘼 (𝙏𝘼𝘽𝙎𝙔𝙄𝙍𝘼𝙏) 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖.

yaaqutatatil - Faridah : dan dipernama di sisi ahlinya dengan nama Miftah Hakikat Muhammadiah ( kunci rahsia hakikat Muhammadiah ) dan yang masyhur disisi orang ramai dengan nama Selawat Fatih ... Berkata Syeikh Tijani : " Rasulullah Telah berkata.  kepadaku " :
 ما صلى على احد بأفضل من صلاة الفاتح لما اغلق" 
Ertinya : Tidaklah berselawat kepada seseorang atasku dengan selawat yang terlebih afdal daripada Selawat Fatih lima Ughliqa .... 

Berkata Syeikh Tijani : -Pertama : 
لو إجتمع أهل السماوات السبع ومن فيهن  على ان يصفوا ثواب الفاتح لما اغلق ما قدروا
Ertinya : Jikalau berkumpul penduduk langit berserta penduduk - penduduk yang berada di dalam lapisan langit yang tujuh tersebut , dan berkumpulnya mereka itu untuk menilai ganjaran pahala Selawat Fatih .. , nescaya mereka tidak mampu untuk mengira akannya ...  .

كل أعمار الناس ذهبت مجانا إلا اعمار أصحابي صلاة الفاتح

Ertinya : Umur manusia pergi dan berlalu begitu sahaja , melainkan umur orang yang berselawat dengan Selawat Fatih .. 

-Ketiga : 
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن فضل صلاة الفاتح فأخبرني صلى الله عليه وسلم ان المرة الواحدة تعدل من كل تسبيحه وطاعه في الكون ومن كل ذكر ومن كل دعاء كبير او صغير 6,000 مرة
Ertinya:
 Aku telah bertanya Rasulullah tentang kelebihan Selawat Fatih, lalu Rasulullah memberitahu kepadaku bahawa:
 Satu kali daripada Selawat Fatih menyamai semua tasbih yang di ucapkan oleh makhluk Ciptaan Ilahi , dan juga mengucapkan semua zikir - zikir dan  doa - doa orang yang hebat atau orang biasa .... iaitu menyamai 6000 kali ganda daripada satu Selawat Fatih.

-Keempat : 
صلاة الفاتح لما أغلق ب 600،000 صلاة وكل صلاة على انفراد باربعمائة غزوة

Ertinya : Sesungguhnya satu kali daripada Selawat Fatih menyamai ganjaran 600,000 selawat .. , dan setiap satu selawat tersebut memberi ganjaran 400 x peperangan.

 -Kelima 
Rasulullah menyambung kenyataan beliau:
إن من صلى بها حصل له ثواب ما اذا صلى بكل صلاة وقعت في العالم من كل جن وانس وملك سته ألف صلاة من أول العالم صلى بكل صلاة سته ألف صلاة من جميع المصلين عموما ملكا وجنا وانسا

Ertinya : Barangsiapa yang berselawat dengannya ( Selawat Fatih ) , nescaya ia beroleh ganjaran semua pahala orang yang berselawat di alam ini , daripada kalangan jin , manusia dan para malaikat .... iaitu  orang tersebut beroleh ganjaran 600,000 kali dan semua itu dikira daripada sejak kejadian alam ini hinggalah terucapnya Selawat Fatih tersebut, iaitu secara umumnya orang yang berselawat dengan satu kali Selawat Fatih seakan - akan ia berselawat dengan 600,000 selawat yang lain di kalangan jin ,  manusia dan malaikat.

Keenam : 
وخاصية الفاتح لما أغلق أمر إلهي لا مدخل فيه للعقول فلو قدرت 100,000 امة في كل امة 100,000 قبيلة في كل قبيل 100,000 رجل وعاش كل واحد منهم 100,000 عام يذكر كل واحد منهم في كل يوم 100,000 صلاة على النبي صلى الله عليه وسلم من غير صلاة الفاتح لما أغلق وجمع ثوابه هذه الأمم كلها مدة هذه السنين كلها في هذه الأذكار كلها ما لحقوا كلهم ثواب مرة واحدة من صلاة الفاتحة لما أغلق فلا تنتفت لتكذيب مكذب ولا لقدح قادح فإن الفضل بيد الله يؤتيه من يشاء فإن لله سبحانه وتعالى فضل خارجا عند دائر القياس ويكفيك قوله سبحانه وتعالى "ويخلق ما لا تعلمون"
Ertinya : Khasiat dan kelebihan Selawat Fatih Lima  Ughliqa adalah urusan llahi , tidak boleh di ukur dengan akal fikiran.  jikalau engkau andaikan terdapat 100,000 umat , dan setiap satu umat terdapat padanya 100,000 kabilah , dan setiap satu kabilah tedapat di dalamnya 100,000 pemuda dan setiap 100,000 pemuda itu ia dapat hidup selama 100,000 tahun , dan setiap seorang berselawat 100,000 selawat  yang lain daripada Selawat Al-Fatihi Lima Ughliqa. kemudian di himpun sekelian pahala zikir setiap umat dalam masa ratusan tahun tersebut, nescaya tidak menyamai sekelian pahala zikir - zikir tersebut dengan hanya satu kali daripada Selawat Fatih. Ingatlah wahai saudaraku ... !!!  Jangan kamu berpaling arah dan terpedaya dengan pembohonga kaki pembohong dan kaki penyangkal.
Kerana sesungguhnya kurniaan dan pemberian Ilahi itu , di tangan Ilahi ( penguasaan Allah ) , Allah berhak memberi dan mengurniakan kepada sesiapa yang ia inginkan ... Kerana sesungguhnya Allah mempunyai sifat kurnian yang terkeluar daripada daerah / tingkatan qias ( 1sebagai contoh : ahli  ilmu cuba qias dan bandingkan suatu perkara dengan ilmu mereka , dan ilmu mereka itu hanya terbatas ia dengan akal fikiran mereka jika dibandingkan dengan kurniaan Ilahi ) ... dan memadalah bagi kamu Firman Allah : " ويخلق ما لا تعلمون "
 Ertinya : " dan harus bagi pihak Allah menjadikan  seseuatu yang kamu tidak tahu .. " 

Berkata Syeikh Tijani kepada sebahagian sahabat Beliau di dalam salah satu risalahnya : 
وأعلم أن كل ما تذكره من الأذكار والصلوات على النبي صلى الله عليه وسلم والأدعية لو توجهت بجميعها 100,000 عام كل يوم تذكرها مئة ألف مرة وجميع ثواب ذلك كله ما بلغ ثواب مرة واحدة من كل صلاة الفاتح لما أغلق فان كنت تريد على نفسك للأخرة فاشتغل بها على قدر جهدك فانها كنز الله الأعظم لمن ذكرها وكل ما تريد من الأذكار فوق الورد فزده منها زائد على الورد فقد نصحتك لله
Ertinya : Ketahuilah wahai saudaraku ... !! Bahawasanya setiap sesuatu amalan yang engkau amalkan  daripada amalan zikir - zikir , selawat - selawat keatas Nabi dan doa- doa, Jikalau engkau tawajjuhkan semua amalan tersebut selama 100,000 tahun dan setiap hari engkau zikir akannya 100,000 kali .. ..dan ganjaran pahala sekelian amalan tersebut tidaklah ia sampai ke tahap satu kali daripada ganjaran Selawat Fatih Lima Ughliqa .. Maka jika engkau ingin mendapatkan manfaat pada diri engkau untuk akhirat engkau ...  maka sibukkan diri engkau dengan Selawat Fatih sekadar kemampuan engkau .... Kerana Selawat Fatih itu adalah salah satu rahsia llahi yang sangat agung bagi sesiapa yang beramal dengannya .Dan jikalau engkau teringin untuk beramal dengan sesuatu zikir selepas suatu amalan wirid .. , maka tambahkanlah amalan Selawat Fatih tersebut atas mana - mana Zikir ... Maka sesungguhnya aku nasihat engkau kerana Allah.

Ulasan pengarang : Setiap kelebihan Selawat Fatih yang disebut tadi , hanyalah kelebihan pada martabat yang pertama ( zohir ) , adapun kelebihan Selawat Fatih ini mempunyai 3 martabat : Sesungguhnya tidak harus di hebahkan kelebihan Selawat Fatih melainkan pada martabat zohir sahaja.

Setiap kelebihan yang di hebahkan oleh tokoh - tokoh golongan A'rifin , adalah ia pada martabatnya yang zohir jua, dan jikalau dinisbahkan  dan dibandingkan dengan kelebihan yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, Umpama setistis air di tengah lautan yang terbentang luas Sebagai isyarat dan pedoman yang ringkas. kami nyatakan bahawa kelebihan selawat fatih pada martabatnya yang ketiga menyamai pahala Ismul - a'zom . dan daripada kerana inilah kebanyakan daripada ahli khowwas ( orang tertentu ) daripada toriqah kami mengisyaratkan bahawa Selawat Fatih ini adalah saudara kepada Ismul A'zom ... Berkata Sayidi Ahsan Alba'qili Al - Hasani Al - Maghribi , Al  - Allamah Mujadidul - millah wa - ddin : -sesungguhnya orang yang mengkaji Zat Nabi Muhammad yang mulia lagi nurani ( bercahaya ) , nescaya ia akan dapat melihat Zat Nabi Muhammad mulia tersebut , disaluti dengan cahaya - cahaya yang ditulis daripada selawat - selawat wali - wali Allah. dan kedudukan Selawat Fatih adalah mahkota yang bercahaya yang berada di atas Zat Baginda ... itulah mahkota tertinggi yang berada di singgahsana Zat Baginda. sesungguhnya rahsia hidup dan pendiriannya Hakikat Muhammadiah adalah dengan sebab sir dan rahsia yang ada pada Selawat Fatih .  ..dan setiap satu daripada kejadian alam ini bergantung hidup kepada sir Selawat Fatih yang menjalar pada alam ini.

✒️ Dihimpunkan oleh: *Sayyidi Murabbi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani AlMaghribi Attijani Hafizahullah.*
 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Khamis, 8 Mei 2025

HADRAH KHUSUS ; RAHSIA SELAWAT FATIH, KURNIAAN ILAHI

Alhamdulillah yg mencukupkan segalanya 
Dan Selawat dan salam Atas Baginda SAW Nabi pilihan Allah SWT
Dan selawat dan salam atas Ahli Bait dan para sahabatnya Ahli takwa lagi Murni dan Mulia..

Telah meminta daripadaku Sebahagian daripada Orang-orang Mulia perihal penglibatan kumpulan yang hendak menunju ke jalan Allah SWT secara sebenar
Pada peringkat² di dalam Hadrah Ahmadiyah Muhammadiyah Tijaniyyah yg mulia ini 

Maka Aku Tunjukkan beberapa kaedah bagi sesiapa yang bercita² untuk sampai ke dalam Hadrah Khusus di dalam toriqah ini.  

Pertama dan yang paling utama 
-wajib melazimi akan syariat yang mulia dan melazimi Sunnah Nabawi yg Suci sekadar kemampuan beserta dengan penuh kesungguhan dan ihtiyat(amat berhati²)

Maka tidak di-uzurkan bagi para murid jalan akhirat pada meninggalkan sesuatu daripada syariat dan sunnah dengan pilihannya sendiri atau kerana ghaflah atau malas atau kerana mengikut keadaan semasa
Dan umpamanya drpd keuzuran yang digunakan(alasan) oleh Pengangur /pemalas 

Disebut oleh pepatah Arab 

" رجل لم يُستأمن على شيء من آداب الشرع فكيف يستأمنه الله على أسراره " 
Ertinya:

"Seseorang yang tidak bersikap amanah atas sesuatu daripada adab² syariat
Bagaimana mungkin ia bersikap amanah dengan rahsia² Allah SWT.."

Kedua -
Bertungkus-lumus untuk mendapatkan Mahabbah yang tulen bagi keseluruhan orang yang ada nisbah kepada agama Islam tanpa terhenti pd mana² mazhab atau mana² iktikad atau mana² jemaah atau mana² kumpulan dan umpamanya..

Dan tidak dinafikan yang demikian itu membenci secara zahir (menolak) ahli bidaah dan ahli Ra'yi(ahli guna akal)

Dan kata-ku : 
Perkara ini dipermasukkan juga di dunia medan hakikat atas semua yg lahir daripada hakikat Muhammadiyah yang mulia (keseluruhan alam ini)..

-Apabila para murid melengkapkan 2 syarat tersebut, mestilah murid tersebut memurnikan sanad dan qasadnya ..
Kerana kedua² perkara inilah yang paling penting untuk menghasilkan sebenar2 peningkatan di dalam toriqah ini 

-sanad yang A'li -
Mencari sanad yang A'li ( ¹. ), sanad yg melimpahkan madad² semasa , menunjukkan kepada taslimnya murid kepada Empunya waktu drpd kalangan Auliya yg memegang tampuk daulah Ilahiyyah...

Kerana bahawasanya rasa cukup adalah sebesar² penghalang drpd dapat bertemu dengan para pembesar² Auliya
Dan drpd dapat masuk di dalam Suluk mereka 
Penghalang itu adalah dinamakan hijab Semasa(حجاب المعاصرة) 
atau hijab ke-anakan (حجاب البُنوة) drpd kalangan Auliya terdahulu 

-(¹-) (dan tidak mencukupi dengan sanad A'di(biasa) atau mencukupi dengan sanad warisan terdahulu)

Dan daripada hikmah dan Rahsia Allah di kalangan para hambanya
Ialah menzahirkan pimpinan para khalifahnya dan para Mujaddid pada selain rumah² yg dinisbahkan kewalian dan pengkhususan
Adalah kerana menutupi kewalian (dirahsiakan) pada setiap waktu ...

Dan perumpamaan demikian itu ialah Allah SWT menzahirkan Syeikhuna Albaqili di pendalaman bukit Suus yang berbicara dengan bahasa Ajam

Beliau drpd keturunan yang tidak didahului dengan sebarang kemasyhuran dan tiada sebarang pertalian dengan Toriqah Tijaniyah...

Dan perumpamaan demikian itu di dalam Hadrah ini banyak sekali..

Alangkah Ruginya bagi sesiapa yang menghakimi dan membuat keputusan atas Allah SWT dan menghadkan Kurniaan dan pemberian Ilahi dengan sangkaannya dan lemahnya pandangannya 

Adapun pemurnian qasad dan melontar jauh setiap tujuan dan habuan berserta dengan Allah itulah matlamat utama
Melainkan bagi seseorang yang adalah ia drdp usaha pada Mentashihkan kehambaan dan Baroah(براة)/Tajrid drpd keinginan diri 

Iaitu dengan sekira² tidaklah terhijab murid Toriqah ini drpd mencapai hakikat Toriqah mereka
Melainkan murid yg berusaha menghasilkan keinginan dan tujuan nafsu 

Dan di antara yang demikian itu(tujuan) termasuk pembukaan,maqam kewalian dan umpamanya
Kerana yang menghalang drdp dapat pembukaan adalah menuntut pembukaaan

Tidaklah disembah akan Allah dengan tujuan dan habuan

Seperti mana telah berkata oleh Sidi Ahsan Albaqili RA : 
" كما خلقك سبحانه من غير غرض فاعبُده من غير غرض "
Seperti mana Allah SWT menjadikan kamu tanpa sebarang tujuan
Beribadahlah kepadaNya tanpa sebarang tujuan ..

-Itulah tiang dan asas di dalam Masyrabnya  
Dan itulah yang di-isyaratkan oleh Syeikh Ahmad Tijani di dalam kitab jawahirul maani :

"Yaitu 1 kalimah لا إله إلا الله drpd sahabat²ku (yg penuh keikhlasan (ahli mukhlas)
tanpa tujuan serta Allah SWT dapat menyaingi ibadah jin dan manusia "

Toriqah ini terbeza ia secara tunggal daripada Toriqah² iradah yang lain ,Yaitu melontar kemahuan diri ..

Manhaj ini Menyalahi akan baki pimpinan ahli nisbah yang mengasaskan Toriqah mereka atas menuntut akan kemahuan diri (iradah) daripada tazkiyah nafs, pembukaan dan umpamanya ..

Maka sesungguhnya Seorang hamba, tiada baginya iradah dan tujuan beserta dengan tuanNya 
Dengan sebab itu, Toriqah ini dinamakan dengan Toriqah kehambaan semata-mata..
Toriqah Yang tidak dapat dibandingkan dan ditimbang dengan selainnya 

Maka Amat sukar sekali (dikira seakan mustahil) Bagi sesiapa yang hendak melaksanakan suluknya atas adat kebiasaan drpd perkara masyhur yg berjalan atasnya di dalam Toriqah² pimpinan sufi yang lain (pada ketika ini..)

Mendatangkan dengan apa yang telah disebutkan dan mencukupi secara mutlak drpd zikir² khususi 
Dan menenggelamkan nafas² dan waktu² pada selawat Fatih
Itulah tiang dan asal-usul yang mengisyaratkan akannya oleh Syeikhuna Tijani RA sebelum kewafatan beliau
Dengan katanya:
" صلاة الفاتح والحزب السيفي يغنيان عن غيرهما "

Selawat Fatih dan Hizib Saifi mencukupi daripada Selain keduanya..

Dan Sebab itu Sidi Ahsan Albaqili RA telah menguatkan katanya pada keseluruhan karangan dan risalah²nya yang mulia supaya menjauhkan daripada zikir² ikhtiyar

Kerana zikir² ikhtiyari itu membuka pintu tujuan dan habuan serta Allah
Yg adalah ia menjadi penghalang drpd mentahkikkan adab² kehambaan semata-mata 
Yang diasaskan atasnya toriqah yang mulia ini 

Moga Allah SWT memberi kesempurnaan hidayah dan Taufiq kepada kami dan kamu semua dan kepada keseluruhan Pengikut hadrah Toriqah

Dan Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yg penyayang
Dan juga selawat dan salam atas Ahli keluarga Baginda SAW dan sahabat-sahabat ahli yang kukuh dan Tahkik (dipersada kehambaan)

Moga Risalah ini dapat membantu hajat kamu semua .
Dan Kepada Allah SWT segala urusan drpd mulanya dan setelahnya

-Nukilan
Syarif Ahmad Al-Hadi Alhasani petang mulia Hari Arafah 1444 hijrah

Selasa, 6 Mei 2025

AKU MENCURI SANDAL SYAIKH TIJANI DIJALAN, NAMUN SYAIKH MALAH MEMBUAT AKU TERDORONG MASUK KE JALAN (THARIQAHNYA)

كَانَ سَيِّدُنَا الشَّيْخُ أَحْمَدُ التِّجَانِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَجْلِسُ فِي حَانُوتِ صَاحِبِهِ سَيِّدِي الْحَاجِّ مُحَمَّدِ بْنِ حَيُّونَ الْفَاسِيِّ فِي بَعْضِ الْأَحْيَانِ فَبَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي أَحَدِ الْأَوْقَاتِ وَقَدْ رَفَعَ رِجْلَيْهِ وَتَرَكَ نَعْلَيْهِ عَلَى الْأَرْضِ بِبَابِ الْحَانُوتِ إذْ جَاءَ مُخْتَلِسٌ وَسَرَقَهَا فَنَظَرَ إلَيْهِ جَارُهُ فِي الصَّفِّ الْمُقَابِلِ لَهُ فَأَخْبَرَ الشَّيْخَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِذَلِكَ قَائِلًا لَهُ إنَّ شَخْصًا أَخَذَ نَعْلَيْكَ وَفَرَّ بِهِمَا .

Sayyidina Syaikh Ahmad al-Tijani, radhiyallahu 'anhu seringkali duduk di toko milik sahabatnya, Sayyidi al-Hajj Muhammad bin Hayyun al-Fasi. Suatu kali, saat beliau sedang duduk dan mengangkat kedua kakinya, ia meletakkan kedua sandalnya di depan pintu toko. Tiba-tiba, seorang pencuri datang dan mengambil kedua sandal tersebut. Seorang tetangga yang berada di seberang jalan melihat kejadian itu dan memberitahu Syaikh Ahmad At-Tijani radhiyallahu 'anhu bahwa ada seseorang yang mengambil sandal beliau dan melarikan diri dengan keduanya.

فَقَالَ الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : [ اللَّهُ يَجْعَلُهُمَا سَبَبَ تَوْبَتِهِ إنْ كَانَتْ هَذِهِ حِرْفَتُهُ وَيُغْنِيهِ عَنْهُمَا إنْ كَانَ مُحْتَاجًا لَهُمَا ]

Syaikh Ahmad At-Tijani, radhiyallahu 'anhu berkata : "Semoga Allah menjadikan kedua sandal ini sebagai sebab taubatnya (si-pencuri) jika memang ini adalah profesinya, dan semoga Allah memberinya kecukupan dari keduanya jika ia memang membutuhkannya.

وَبَعْدَ سَاعَةٍ جَاءَ ذَلِكَ السَّارِقُ وَوَضَعَ النَّعْلَيْنِ بِمَحِلِّهِمَا بِاخْتِلَاسٍ خَشْيَةَ أَنْ يَرَاهُ أَحَدٌ فَرَآهُ الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَسَأَلَهُ عَنْ سَبَبِ رَدِّهِمَا إلَى مَحِلِّهِمَا بَعْدَ أَنْ ذَهَبَ بِهِمَا فَأَخْبَرَهُ بِأَنَّهُ رَجُلٌ فَقِيرٌ وَقَدْ ازْدَادَ عِنْدَ زَوْجَتِهِ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ مَوْلُودٌ وَلَيْسَ عِنْدَهُ مَا يُنْفِقُ عَلَى زَوْجَتِهِ النُّفَسَاءِ فَأَخَذَ تِلْكَ النَّعْلَيْنِ بِقَصْدِ أَنْ يَبِيعَهُمَا فَيُنْفِقَ عَلَيْهَا وَلَكِنَّ اللَّهَ أَغْنَاهُ عَنْهُمَا بِصُرَّةٍ مِنْ الدَّرَاهِمِ وَجَدَهَا 

Setelah beberapa saat, pencuri itu kembali dan meletakkan kedua sandal di tempatnya semula dengan diam-diam, takut ketahuan orang lain.
Syaikh Ahmad At-Tijani, radhiyallahu 'anhu melihatnya dan bertanya tentang alasan mengapa ia mengembalikan sandal-sandal itu setelah membawanya pergi. 
Pencuri itu menjelaskan bahwa ia adalah seorang pria miskin yang baru saja memiliki anak pada hari itu dan tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada istrinya yang baru melahirkan. Ia mengambil sandal-sandal itu dengan tujuan menjualnya untuk memenuhi kebutuhan istrinya. Namun, Allah memberinya kecukupan dengan sebuah kantong uang yang ditemukannya.

فَوَعَظَهُ الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَنْ لَا يَعُودَ إلَى مِثْلِ هَذَا الْفِعْلِ فَعَاهَدَ الشَّيْخَ وَتَابَ عَلَى يَدِهِ.

Syaikh Ahmad At-Tijani
radhiyallahu 'anhu menasehatinya agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu lagi. Pencuri itu berjanji kepada Syaikh Ahmad At-Tijani dan bertobat di bawah bimbingannya.

وَكَانَ يُبَاسِطُ الْإِخْوَانَ فَيَقُولُ سَرَقْتُ الشَّيْخَ فِي الطَّرِيقِ فَسَاقَنِي لِطَرِيقِهِ وَلَقَدْ بَحَثَ عَنْ صَاحِبِ الصُّرَّةِ فَلَمْ يَقِفْ لَهُ عَلَى أَثَرٍ بَعْدَ النَّشْدَانِ التَّامِّ وَأَغْنَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْحِينِ.

Ia (pasca taubat ) seringkali bercanda dengan para ikhwan dan mengatakan : Aku telah mencuri sandal milik Syaikh Tijani dijalan, lalu Syaikh membawa aku mengikuti jalan (Thariqahnya). Dia juga mencari pemilik kantong uang itu, tetapi tidak menemukannya setelah pencarian yang menyeluruh. Sejak itu, Allah memberi orang tersebut kecukupan.

✍🏻Disadur dari postingan  
Zawiyah Tijaniyah Abu Samghun, ditulis ulang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Abdul Muiz Bin Mustofa Lc, M.Pd Selasa 6 Mei 2025