Sabtu, 27 September 2025

KUNCI MA'KRIFATULLAH

Kunci mengenal Allah swt (Ma’rifatullah) adalah dengan mengetahui Diri Sendiri. 

Seperti firman-Nya;

“Kami akan memperlihatkan pada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami atas segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an adalah benar.” 
(QS. Fussilat [41] : 52)

Demikian pula Sabda Nabi saw;

“Siapa saja yang tahu akan dirinya, maka ia telah mengetahui Tuhannya.”

Tidak ada sesuatu pun paling dekat denganmu kecuali Dirimu sendiri. Maka jika kamu tidak mengetahui akan Dirimu, bagaimana mungkin kamu boleh mengetahui akan Tuhanmu ?

Jika kamu katakan bahawa aku telah mengetahui Diriku, yang kamu tahu sebenarnya adalah Diri bahagian Jasmani (Anggota badan) yang terdiri dari tangan, kaki, kepala dan lain-lainnya.

Kamu tidak mengetahui apa yang tersimpan didalam Batinmu, yang bila sedang marah, ia mendorongmu untuk bertengkar, jika sedang lapar, ia memintamu untuk makan dan jika sedang haus, ia menuntutmu agar minum. Dan haiwan sangat mirip denganmu didalam hal ini.

Maka itu, yang Wajib kita lakukan adalah mengenalkan Hakikat pada Dirimu sehingga kamu tahu apa sebenarnya Dirimu, 

Dari mana kamu datang hingga sampai ke tempat ini ? 
Untuk tujuan apa kamu diciptakan ? 
Dengan apa kamu boleh meraih Kebahagiaan dan dengan apa kamu mendapatkan Kepuasan ?

Didalam Jiwamu terkumpul berbagai macam sifat, diantaranya sifat-sifat binatang jinak, binatang buas, pun demikian sifat-sifat Malaikat.

Maka Roh adalah Hakikat Jauharmu yang paling hakiki, lainnya adalah unsur asing dan kosong telanjang.

Maka yang Wajib kamu lakukan adalah mengetahui hal ini. Bahawa bagi sifat-sifat itu ada kitaran makananya dan kebahagianya.

* Kebahagiaan binatang jinak terletak pada makan, minum, tidur dan khawin, maka jika kamu merasa bahagian dari mereka, kenyangkan perutmu dan puaskan kelaminmu.

* Kebahagiaan akan dirasakan binatang buas ketika mampu menyerang dan melumpuhkan mangsa, kebahagiaan syaitan terletak pada kejahatan dan tipuan, maka jika kalian merasa bahagian dari mereka, berbuatlah seperti yang mereka perbuat.

* Kebahagiaan Para Malaikat, ketika mereka hadir mengalami indahnya Kehadrat keSucian Tuhan, bagi mereka tidak ada jalan sedikit pun untuk Amarah dan Syahwat.

Jika kamu merasakan bahagian dari Jauhar Hakikat Malaikat, berjuanglah mengenal asalmu sampai Dirimu tahu jalan menuju Kehadrat Ilahiah (Hadirnya keSucian Tuhan), sampai kamu dapat menyaksikan Jalal-Nya (Keagungan) dan Jamal-Nya (Keindahan).

Sampai kamu mampu menjernihkan Dirimu dari belenggu Amarah dan Syahwat, sampai kamu tahu untuk apa sifat-sifat ini menjadi bahagian darimu. 

Allah swt tidak menciptakan semua sifat itu agar mereka menawanmu, tetapi Dia menciptakannya agar mereka menjadi tawananmu, agar boleh mendorongmu berjalan, yaitu kedua kakimu dan agar salah satunya boleh kamu jadikan tunggangan, sedangkan lainnya sebagai senjata hingga Dirimu mencapai kebahagiaan.

Jika Dirimu telah sampai pada tujuanmu, maka tekanlah ia di bawah kedua kakimu dan kembalilah ke tempat kebahagiaanmu. Tempat itu adalah rumah bagi Para Khawas (Orang-orang Khusus) yang menyaksikan Kehadirat Ilahi (Al-Hadrah Al-Ilahiyyah). Sedang rumah-rumah Para Awam adalah tingkatan-tingkatan didalam Syurga.

Dirimu sangat memerlukan dan mengerti makna-makna ini untuk boleh mengetahui sedikit saja tentang Dirimu, dan barangsiapa yang tidak memahami pada makna-makna ini, maka ia hanya mendapat bahagian kepingan-kepingannya sahaja, kerana Hakikat yang sebenarnya Terhijab (Tertutup) bagi Dirinya sendiri. 

"Satu takdirmu boleh menyentuh jutaan takdir lain"

Ahlu Bait Nabi SAW Kemuliaan dan martabat mereka disisi Allah SWT

بسم الله الرحمان الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

💝 نشر هذا المنشور بتاريخ 28 شوال 1444 الموافق لـ 18/5/2023💝

-------------------------------------------------
سألت سيدي أحمد الهادي حفظه الله تعالى عمَّن جوَّزَ على الذرية الشريفة الموت على غير ملة الاسلام أي على الكفر 
فأجاب حفظه الله تعالى فيما ما مُحصله أنَّ وُرود مثل هذا ، خاطرًا على قلب الصوفيّ فضلا على التصريح به ، خلل عظيم طريقة وشريعةً ويُنذر بالطرد وسلب النِّسبة الطُرقية عنه ، فكيف يتأتى لصاحب عقل وقليل فهمٍ أن يظن تولد كافر من نطفة نبوية شريفة ، فالآية القرآنية القديمة - أيْ إنما يريد الله ... - غالبة على ما يرى عليهم حادثًا من نقص ومعصية وبدعة ، وقد أجمع جميع السادة الكبراء على موت الشريف على تمام الولاية وأقل ذلك حسن الخاتمة ولا يُتصورُ وقوع مثل ذلك أي الموت على الكفر أو سوء الخاتمة إلا مِن دعِيِّ نسب ، مُندس في النسب الشريف وهم كثير في كل عصرٍ وأرضٍ كحال الرافضة والباطنية وأمثالهم من المجوس والمرتدين
وقد نصَّ الشيخ الأكبر مولانا الحاتمي في فتوحاته والإمام الشعراني في يواقيته ( اليواقيت والجواهر في بيان عقائد الأكابر ) وغيرهم من أيمة هذا الفن على 👈 صُورِيَّةِ 👉المعاصي والضلالات الصادرة عن السادة الأشراف 
وقد وافقهم قطب دائرة أهل العرفان شيخنا التجاني عظيم الشان - قولاً وفعلاً - كما نص على ذلك كثير ممن نقل عنه ، كصاحب الرماح وصاحب البغية والقاضي سُكيرج في كشف الحجاب وغيرهم كثير ، ويكفي قوله الشائع الذائع عند أهل طريقته " عصاة أهل البيت يسلك بهم مسلك أهل بدر ، يقال لهم اعملوا ما شئتم قد غفرت لكم ، والموفقون منهم لا يلحقهم أحد "
( أي أن المذهب فيهم المغفرة الكاملة وكما قيل " من سبِقت له العناية لم تضره الجناية " وجميع الأصحاب الكرام على هذا المسلك ، فلا يضرهم قطعًا ما وقع منهم أو بينهم ، فهم - رضي الله عنهم - المشهود لهم بالخيرية المطلقة قرآنًا وخبرًا وكذا حِذو نعل بنعل في خصوص الذرية الشريفة ممن شرفهم الله بالنسب الدموي الشريف ، وما سميت فاطمة إلا لأن الله فطمها وجميع ذُريتها عن النار ، كما ذكره مُفصَّلاً الإمام الشبلنجِي في كتابه المبرور المشهور " نور الابصار فى مناقب آل بيت النبى المختار "
وقد ورد الخبر عن إمامنا التجاني أنه إن أراد أحد من أهل فاسٍ تصحيح نسبه - كما هي العادة عند المغرب من إستحباب تصحيح النسب عند أهل الكشف - دخل على الشيخ التجاني فإن تحرك لدخوله أو قام له أو قبل يده ، جزَم النَّاوِي ذلك بصحة وإتصال نسبه بالنسب الشريف
قلت ، وقد توسع المولى المقدس سيدي الأحسن في كثير من المواضع في إراءته وغيرها من كتبه الجليلة ورسائله الشريفة في هذا الباب ، ونص على موت جميع السادة الأشراف على تمام الولاية وهي شُهود جدهم المصطفى صلى الله عليه وسلم يقظةً لا منامًا 
هذا ومن يضلل الله فما له من هاد وصلى الله وسلم على المُنجي يوم التناد وعلى آله وصحبه ذوي النهى والألباب
Aku bertanya kepada Sayidi Ahmad Al-Hadi Hafizahullah Taala tentang sebahagian orang yang mengatakan akan keharusan Zuriat Baginda SAW mati atas lain drpd agama Islam 
beliau menjawab pada perkara yang adalah hasilnya(jawapan) ialah :
Bahawasanya keluar ungkapan seperti itu atau terdetik pada diri seorang sufi dan apatah lagi jika ia menyatakan secara langsung akannya (تصريح) 
Adalah satu kecacatan yang sangat ketara nisbah Toriqah dan Syariah
Diberi peringatan iaitu Humbanan dan ditanggalkan Nisbah Turuqiyah daripadanya...
Bagaimana boleh timbul bagi seorang yang mempunyai Akal dan kurangnya kefahaman menyangka bahawa akan lahir seorang kafir daripada Nutfah Nabi yg mulia
-Ayat Al-Quran 
" إِنَّمَا يُرِيدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمْ الرِّجْسَ أَهْلَ البَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا "
Ertinya:
Sesungguhnya..,hanyasanya Allah SWT menghendaki untuk menghilangkan daripada diri kamu segala kekotoran..  wahai Ahli Bait..
Dan menyucikan kamu dengan sesucinya 
Ayat ini mengatasi apa yang terlihat atas mereka akan suatu keadaan drpd kekurangan, maksiat dan perkara bidaah 
Telah ijmak Keseluruhan Saadah kibar Auliya bahawa:
Seorang Syarif (Ahli Bait) mati dalam kesempurnaan kewalian
Dan sekurang²nya dalam Husnul Khatimah
Tidak boleh digambarkan berlakunya umpama yang demikian itu (mati dalam kufur/suul khotimah)
Melainkan pendakwa Nasab Syarif (penyelinap yg bukan ahli Nasab yg sebenar)
Mereka ini ada ramai pada setiap zaman dan tempat
Seperti syiah Rafidhah, batiniah dan yang seumpama mereka daripada kalangan ahli² murtad dan Majusi 
Telah me-naskan akannya Oleh Syeikhul Akbar Maulana Al-hatimi didalam kitab futuhat(  فتوحات المكية ),dan Imam Syarani didalam kitab yawaqit(يواقيت والجواهر),Dan selain mereka drpd pimpinan² Auliya atas  ilmu/kefahaman ini
Akan bahawasanya : 
Gambaran Maksiat dan Kesesatan² yg timbul drpd kalangan ahli bait 
Dan telah bersepakat dengan mereka oleh Qutub Daerah para Arifin yaitu Syeikh Tijani RA nisbah (ungkapan dan praktikal)
Seperti mana yang di-naskan atas yang demikian itu oleh ramai drpd kalangan yang menaqalkan drpd Syeikh Ahmad Tijani
Seperti empunya kitab Rimah(Syeikh Umar Al-futi)
Empunya kitab Bughyah(Sidi Arabi Saihi) dan qadhi Sukairij di dalam kitab kasyful Hijab) dan banyak lagi selain mereka itu..
Memadailah kata Syeikh Ahmad Tijani yang masyhur di kalangan ahli toriqahnya :
Maksiat kalangan ahli bait diperjalankan akan mereka itu dengan jalanan ahli badar
Dikatakan kepada Ahli Badar, lakukanlah apa yang hendak kamu inginkan, telah aku ampunkan akan kamu
Dan yg diberikan taufiq
(ketetapan dalam pegangan/aturan islam)
Tiada seorang pun yang dapat mengejar akan mereka (martabat mereka)
Yakni:
Bahawa pegangan mereka(Kibar Auliya) pd ahli bait adalah pengampunan yg sempurna
Dan seperti mana dikatakan :
 " من سبِقت له العناية لم تضره الجناية "
Barangsiapa yang telah terdahulu Inayah Allah
Nescaya tidak memudaratkan akannya Oleh jenayah yang dilakukannya (Husnul Khatimah)
Dan keseluruhan para sahabat atas Maslak(مسلك)/jalan ini
Maka tidak memberi mudarat terhadap mereka sama sekali apa yang berlaku drpd kalangan mereka atau yang berlaku di antara mereka 
Mereka Para Sahabat RA yg dipersaksikan kebaikan yang mutlak terhadap mereka disebut di dalam Al-Quran dan hadis 
Begitu juga menjejaki akan mereka , yaitu pada pengkhususan Zuriat Mulia drpd kalangan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan nasab darah yang mulia
Tidaklah dinamakan fatimah  (فاطمة) melainkan kerana Allah memisahkan akannya dan zuriatnya drpd api neraka 
Seperti mana telah menyebut akannya oleh Imam Syablanji didalam kitabnya yang masyhur 
" نور الابصار فى مناقب آل بيت النبى المختار "
Dan telah datang khabar drpd Imam kita Syeikh Ahmad Tijani bahawasanya
Apabila ada seseorang drpd kalangan ahli Fes yg hendak mentashihkan Nasabnya
Ia datang kepada Syeikh Ahmad Tijani RA
Maka jika Syeikh Ahmad Tijani bergerak kerana Masuknya orang tersebut atau bangun(menghurmatinya) atau mengucup tangan orang tersebut..
Maka yakinlah orang tersebut (niat datang utk mengesahkan kesahihan nasab) akan kesahihan nasab dan hubungannya dengan nasab yang mulia 
Dan telah memperincikan akannya oleh Sidi Ahsan Albaqili RA pd banyak tempat di dalam kitab iraah dan lainnya drpd kitab² dan risalah²nya pada permasalahan ini ..
Beliau me-naskan  bahawa Kematian seluruh Ahli Bait Baginda SAW mati atas kesempurnaan kewalian
Yaitu dapat melihat akan Datok Mereka (Baginda SAW) dalam keadaan jaga bukan mimpi 
Inilah Sebahagian daripada penerangannya
Sesungguhnya barangsiapa disesatkan oleh Allah SWT
Maka tiada seorang pun yang dapat memberi hidayah
Selawat atas penyelamat Manusia pada hari akhirat
Dan juga selawat atas ahli keluarga dan para sahabat yang bijak pandai

𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗨𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗟-𝗙A𝗧𝗜Ḥ 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗔 ʿ𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔̄ʾ 𝗗𝗔𝗡 ʿ𝗔̄𝗥𝗜𝗙𝗜̄𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗟A𝗛.

┌───•───┐
  #simpanasihatan 
     ᵈⁱᶜᵒᵖʸ ᵈᵃⁿ ᵈⁱᵖᵃˢᵗᵉ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 ● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ، وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ، وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ ●

Segala puji bagi Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Telah menaqalkan sekelompok para Muḥaqqiq daripada Jumhūr al-ʿĀrifīn yang terkemudian رضي الله عنهم:

“𝖡𝖠𝖧𝖠𝖶𝖠𝖲𝖠𝖭𝖸𝖠 𝖨𝖡𝖴 𝖲𝖤𝖦𝖠𝖫𝖠 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳, 𝖯𝖴𝖭𝖢𝖠𝖭𝖸𝖠, 𝖱𝖮𝖧𝖭𝖸𝖠, 𝖣𝖠𝖭 𝖱𝖠𝖧𝖲𝖨𝖠𝖭𝖸𝖠 𝖠𝖣𝖠𝖫𝖠𝖧 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖣𝖨𝖭𝖠𝖬𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖠𝖫-𝖸𝖠̄𝖰𝖴̄𝖳𝖠𝖧 𝖠𝖫-𝖥𝖠𝖱𝖨̄𝖣𝖠𝖧 (الياقوتة الفريدة), 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖠𝖲𝖸𝖧𝖴𝖱 𝖣𝖠𝖫𝖠𝖬 𝖪𝖠𝖫𝖠𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖬𝖠𝖭𝖴𝖲𝖨𝖠 𝖲𝖤𝖡𝖠𝖦𝖠𝖨 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ .”

Para arifīn juga mengisyaratkan bahawa selawat ini di sisi para pemimpin ahli kasyf merupakan kunci Hakikat Muḥammadiyyah (Miftāḥ al-Ḥaqīqah al-Muḥammadiyyah — مفتاح الحقيقة المحمدية).

Orang yang pertama kali menzahirkan dan menyebarkan selawat ini adalah al-Qutb al-Kāmil, asy-Syaikh al-Wāṣil, pensyarah titik huruf bāʾ pada basmalah dalam 2001 majlis, iaitu:

𝖲𝖸𝖠𝖨𝖪𝖧 𝖬𝖴Ḥ𝖠𝖬𝖬𝖠𝖣 𝖬𝖴ṢṬ𝖠𝖥𝖠̄ 𝖠𝖫-𝖡𝖠𝖪𝖱𝖨̄ 𝖠Ṣ-Ṣ𝖨𝖣𝖣𝖨̄𝖰𝖨̄ 𝖠𝖫-𝖪𝖧𝖠𝖫𝖶𝖠𝖳𝖨̄ رضي الله عنه

𝖡𝖤𝖫𝖨𝖠𝖴 𝖳𝖤𝖫𝖠𝖧 𝖡𝖤𝖱𝖳𝖠𝖶𝖠𝖩𝖩𝖴𝖧 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖬𝖠 17 𝖳𝖠𝖧𝖴𝖭, 𝖡𝖤𝖱𝖬𝖴𝖭𝖠𝖩𝖠𝖳 𝖣𝖠𝖭 𝖬𝖤𝖬𝖮𝖧𝖮𝖭 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠-𝖭𝖸𝖠 𝖠𝖦𝖠𝖱 𝖣𝖨𝖪𝖴𝖱𝖭𝖨𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖲𝖠𝖳𝖴 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖤𝖭𝖦𝖧𝖨𝖬𝖯𝖴𝖭𝖪𝖠𝖭 𝖲𝖤𝖫𝖴𝖱𝖴𝖧 𝖱𝖠𝖧𝖲𝖨𝖠-𝖱𝖠𝖧𝖲𝖨𝖠 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳.

𝖬𝖠𝖪𝖠, 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖨𝖹𝖨𝖭 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, 𝖣𝖠𝖳𝖠𝖭𝖦𝖫𝖠𝖧 𝖲𝖤𝖮𝖱𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖠𝖫𝖠𝖨𝖪𝖠𝖳 𝖬𝖤𝖬𝖡𝖠𝖶𝖠 𝖲𝖤𝖧𝖤𝖫𝖠𝖨 𝖪𝖤𝖱𝖳𝖠𝖲 𝖣𝖠𝖱𝖨𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖢𝖠𝖧𝖠𝖸𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖳𝖤𝖱𝖳𝖴𝖫𝖨𝖲 𝖯𝖠𝖣𝖠𝖭𝖸𝖠 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ.
(Rujukan: Faḍluṣ-Ṣalawāt ʿalā Sayyidi s-Sādāt – فَضْلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى سَيِّدِ السَّادَاتِ – karya al-Imām Yūsuf bin Ismāʿīl an-Nabhānī رحمه الله)

𝗞𝗔𝗧𝗔-𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗔 ʿ𝗔̄𝗥𝗜𝗙𝗜̄𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟 𝗔𝗟-𝗞𝗔𝗦𝗬𝗙 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗡𝗬𝗔 (Selawat Fatih).

Sayyidī Muṣṭafā al-Bakrī رضي الله عنه berkata:
"𝖲𝖤𝖲𝖨𝖠𝖯𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖤𝖬𝖡𝖠𝖢𝖠𝖭𝖸𝖠 𝖲𝖤𝖪𝖠𝖫𝖨 𝖲𝖤𝖴𝖬𝖴𝖱 𝖧𝖨𝖣𝖴𝖯, 𝖪𝖤𝖬𝖴𝖣𝖨𝖠𝖭 𝖣𝖨𝖠 𝖬𝖠𝖲𝖴𝖪 𝖪𝖤 𝖣𝖠𝖫𝖠𝖬 𝖭𝖤𝖱𝖠𝖪𝖠 — 𝖬𝖠𝖪𝖠 𝖯𝖤𝖦𝖠𝖭𝖦𝖫𝖠𝖧 𝖳𝖠𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖠𝖪𝖴 𝖣𝖨 𝖧𝖠𝖣𝖠𝖯𝖠𝖭 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى."

Sayyidī Abū al-ʿAbbās asy-Syaikh Aḥmad at-Tijānī رضي الله عنه berkata:
"𝖳𝖠𝖫𝖰𝖨𝖭𝖪𝖠𝖭𝖫𝖠𝖧 𝖬𝖠𝖭𝖴𝖲𝖨𝖠 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ, 𝖠𝖦𝖠𝖱 𝖬𝖤𝖱𝖤𝖪𝖠 𝖶𝖠𝖥𝖠𝖳 𝖣𝖠𝖫𝖠𝖬 𝖪𝖤𝖠𝖣𝖠𝖠𝖭 𝖡𝖤𝖱𝖨𝖬𝖠𝖭..."

Beliau juga menyatakan:
“𝖪𝖤𝖨𝖲𝖳𝖨𝖬𝖤𝖶𝖠𝖠𝖭 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ 𝖲𝖠𝖭𝖦𝖠𝖳 𝖲𝖴𝖪𝖠𝖱 𝖴𝖭𝖳𝖴𝖪 𝖣𝖨𝖢𝖤𝖱𝖭𝖠 𝖮𝖫𝖤𝖧 𝖠𝖪𝖠𝖫, 𝖪𝖤𝖱𝖠𝖭𝖠 𝖨𝖠 𝖬𝖤𝖱𝖴𝖯𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖱𝖠𝖧𝖲𝖨𝖠 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖳𝖤𝖱𝖲𝖤𝖬𝖡𝖴𝖭𝖸𝖨 (كَنْزٌ مَكْنُوزٌ). 𝖲𝖤𝖠𝖭𝖣𝖠𝖨𝖭𝖸𝖠 𝖳𝖤𝖱𝖣𝖠𝖯𝖠𝖳 100,000 𝖡𝖠𝖭𝖦𝖲𝖠, 𝖲𝖤𝖳𝖨𝖠𝖯 𝖡𝖠𝖭𝖦𝖲𝖠 𝖳𝖤𝖱𝖣𝖨𝖱𝖨 𝖣𝖠𝖱𝖨𝖯𝖠𝖣𝖠 100,000 𝖪𝖠𝖴𝖬, 𝖣𝖠𝖭 𝖲𝖤𝖳𝖨𝖠𝖯 𝖪𝖠𝖴𝖬 𝖳𝖤𝖱𝖣𝖨𝖱𝖨 𝖣𝖠𝖱𝖨𝖯𝖠𝖣𝖠 100,000 𝖮𝖱𝖠𝖭𝖦, 𝖫𝖠𝖫𝖴 𝖲𝖤𝖳𝖨𝖠𝖯 𝖮𝖱𝖠𝖭𝖦 𝖨𝖳𝖴 𝖣𝖨𝖪𝖴𝖱𝖭𝖨𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖴𝖬𝖴𝖱 𝖲𝖤𝖯𝖠𝖭𝖩𝖠𝖭𝖦 100,000 𝖳𝖠𝖧𝖴𝖭, 𝖣𝖠𝖭 𝖬𝖤𝖱𝖤𝖪𝖠 𝖲𝖤𝖬𝖴𝖠 𝖡𝖤𝖱𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖭𝖠𝖡𝖨 صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ 𝖲𝖤𝖳𝖨𝖠𝖯 𝖧𝖠𝖱𝖨 𝖲𝖤𝖡𝖠𝖭𝖸𝖠𝖪 100,000 𝖪𝖠𝖫𝖨 — 𝖬𝖠𝖪𝖠 𝖲𝖤𝖬𝖴𝖠 𝖯𝖠𝖧𝖠𝖫𝖠 𝖨𝖳𝖴 𝖡𝖤𝖫𝖴𝖬 𝖣𝖠𝖯𝖠𝖳 𝖬𝖤𝖭𝖠𝖭𝖣𝖨𝖭𝖦𝖨 𝖯𝖠𝖧𝖠𝖫𝖠 𝖬𝖤𝖬𝖡𝖠𝖢𝖠 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ 𝖲𝖤𝖪𝖠𝖫𝖨.”
(Rujukan: al-Fatḥ ar-Rabbānī karya Sayyid Muḥammad bin ʿAbdillāh asy-Syāfiʿī aṭ-Ṭuṣfāwī at-Tijānī, halaman 99–100)

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗝𝗨𝗚𝗔  𝗗𝗜𝗡𝗜𝗦𝗕𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 ; 

Pertamanya kepada Sulthan al- Awliya` ًWa Ghautsul al-Rabbaniy Syaikh Imam ‘Abdul Qadir al-Jilaniy رضي الله عنه dan yang kedua kepada Quthub al-Awliya Syaikh Imam Abul Hasan Muhammad al-Bakriy رضي الله عنه .

Sayyid Aḥmad Zaynī Dahlan al-Makkī رَحِمَهُ اللهُ, bersama beberapa orang ʿulamāʾ lain seperti Asy-Syaikh ʿAlī bin ʿAbdurraḥmān al-Kalāntānī رَحِمَهُ اللهُ, menisbahkan Selawat al-Fātiḥ ini kepada Asy-Syaikh al-Imām ʿAbdul Qādir al-Jīlānī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

Namun demikian, sebahagian ʿulamāʾ lain seperti Asy-Syaikh Aḥmad aṣ-Ṣāwī al-Mālikī رَحِمَهُ اللهُ [¹], dan juga Asy-Syaikh Muḥammad Fatḥān bin ʿAbdul Wāḥid as-Sūsī an-Naẓīfī رَحِمَهُ اللهُ [²], menisbahkan Selawat ini kepada Asy-Syaikh Abū al-Ḥasan Muḥammad al-Bakrī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

Asy-Syaikh Yūsuf bin Ismāʿīl an-Nabhānī رَحِمَهُ اللهُ, dalam karya beliau Afdhaluṣ-Ṣalawāt ʿAlā Sayyidi as-Sādāt, menyatakan bahawa menurut Asy-Syaikh Aḥmad bin Muḥammad aṣ-Ṣāwī al-Mālikī رَحِمَهُ اللهُ, tokoh ahli ḥadīth yang tersohor di negeri Syam, iaitu Asy-Syaikh ʿAbdurraḥmān al-Kuzbarī رَحِمَهُ اللهُ, telah menisbahkan Selawat al-Fātiḥ ini kepada Asy-Syaikh Abū al-Ḥasan Muḥammad al-Bakrī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

Menurut beliau, penisbahan inilah yang nampaknya lebih kuat dan lebih banyak diterima dalam kalangan ulama sufi dan ahli kasyf.

Syaikh Yūsuf bin Ismāʿīl an-Nabhānī رحمه الله juga berkata:

مَنْ وَاظَبَ عَلَيْهَا كُلَّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ انْكَشَفَ لَهُ كَثِيرٌ مِنَ الْحُجُبِ، وَحَصَلَ لَهُ مِنَ الْأَنْوَارِ وَقَضَاءِ الْأَوْطَارِ مَا لَا يَعْلَمُ قَدْرَهُ إِلَّا اللهُ [³]

Artinya:
"𝖲𝖨𝖠𝖯𝖠 𝖲𝖠𝖧𝖠𝖩𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖤𝖫𝖠𝖹𝖨𝖬𝖨𝖭𝖸𝖠 𝖲𝖤𝖳𝖨𝖠𝖯 𝖧𝖠𝖱𝖨 100 𝖪𝖠𝖫𝖨, 𝖭𝖤𝖲𝖢𝖠𝖸𝖠 𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖳𝖤𝖱𝖡𝖴𝖪𝖠 𝖡𝖠𝖦𝖨𝖭𝖸𝖠 𝖡𝖠𝖭𝖸𝖠𝖪 𝖧𝖨𝖩𝖠𝖡, 𝖣𝖠𝖭 𝖣𝖨𝖠 𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖬𝖤𝖬𝖯𝖤𝖱𝖮𝖫𝖤𝖧 𝖫𝖨𝖬𝖯𝖠𝖧𝖠𝖭 𝖢𝖠𝖧𝖠𝖸𝖠 𝖲𝖤𝖱𝖳𝖠 𝖳𝖤𝖱𝖪𝖠𝖡𝖴𝖫 𝖲𝖤𝖦𝖠𝖫𝖠 𝖧𝖠𝖩𝖠𝖳 — 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖠𝖭𝖠 𝖪𝖠𝖣𝖠𝖱 𝖪𝖤𝖴𝖳𝖠𝖬𝖠𝖠𝖭𝖭𝖸𝖠 𝖳𝖨𝖣𝖠𝖪 𝖣𝖨𝖪𝖤𝖳𝖠𝖧𝖴𝖨 𝖬𝖤𝖫𝖠𝖨𝖭𝖪𝖠𝖭 𝖮𝖫𝖤𝖧 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى."

Sayyid Aḥmad Zaynī Dahlan رحمه الله berkata bahawa Selawat ini bermanfaat bagi semua peringkat — sama ada awam mahupun khāṣṣah.

Oleh kerana itu, selayaknya ia dilazimi oleh setiap Muslim, agar memperoleh keberkatannya yang agung.

Teks Selawat al-Fātiḥ (Redaksi Asal):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ، وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ، وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.

Artinya:
“𝖸𝖠 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧! 𝖡𝖤𝖱𝖨𝖪𝖠𝖭𝖫𝖠𝖧 𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖩𝖴𝖭𝖩𝖴𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖪𝖠𝖬𝖨, 𝖲𝖠𝖸𝖸𝖨𝖣𝖴𝖭𝖠̄ 𝖬𝖴Ḥ𝖠𝖬𝖬𝖠𝖣, 𝖲𝖤𝖡𝖠𝖦𝖠𝖨 𝖯𝖤𝖬𝖡𝖴𝖪𝖠 𝖡𝖠𝖦𝖨 𝖠𝖯𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖳𝖤𝖱𝖳𝖴𝖳𝖴𝖯 𝖣𝖠𝖭 𝖯𝖤𝖭𝖴𝖳𝖴𝖯 𝖡𝖠𝖦𝖨 𝖠𝖯𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖳𝖤𝖫𝖠𝖧 𝖫𝖠𝖫𝖴, 𝖯𝖤𝖭𝖮𝖫𝖮𝖭𝖦 𝖪𝖤𝖡𝖤𝖭𝖠𝖱𝖠𝖭 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖪𝖤𝖡𝖤𝖭𝖠𝖱𝖠𝖭, 𝖣𝖠𝖭 𝖯𝖤𝖳𝖴𝖭𝖩𝖴𝖪 𝖪𝖤 𝖩𝖠𝖫𝖠𝖭-𝖬𝖴 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖫𝖴𝖱𝖴𝖲. 𝖣𝖠𝖭 𝖩𝖴𝖦𝖠 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖪𝖤𝖫𝖴𝖠𝖱𝖦𝖠𝖭𝖸𝖠, 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖲𝖤𝖡𝖤𝖭𝖠𝖱-𝖡𝖤𝖭𝖠𝖱 𝖪𝖠𝖣𝖠𝖱 𝖣𝖠𝖭 𝖪𝖤𝖣𝖴𝖣𝖴𝖪𝖠𝖭 𝖡𝖠𝖦𝖨𝖭𝖣𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖠𝖦𝖴𝖭𝖦.”

Tambahan Redaksi oleh Syaikh Aḥmad ad-Dardīr al-Khalwatī رحمه الله:

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، ٱلنَّاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ، وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ، صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.

𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖪𝖠𝖫𝖨𝖬𝖠𝖳 النَّاصِرِ الْحَقِّ, 𝖫𝖠𝖥𝖠𝖹 الْحَقِّ 𝖡𝖮𝖫𝖤𝖧 𝖣𝖨𝖡𝖠𝖢𝖠 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖣𝖴𝖠 𝖶𝖠𝖩𝖠𝖧 𝖡𝖠𝖢𝖠𝖠𝖭, 𝖨𝖠𝖨𝖳𝖴 𝖬𝖠𝖩𝖱𝖴̄𝖱 (𝖣𝖨𝖪𝖠𝖲𝖱𝖠𝖧𝖪𝖠𝖭) 𝖣𝖠𝖭 𝖬𝖠𝖭Ṣ𝖴̄𝖡 (𝖣𝖨𝖥𝖠𝖳Ḥ𝖠𝖧𝖪𝖠𝖭) .

Dibaca majrūr, kerana lafaz الْحَقِّ di-idhafahkan secara lafẓī kepada sebelumnya (النَّاصِرِ), maka ia menjadi iḍāfah.

Dibaca manṣūb, apabila lafaz الْحَقِّ menjadi mafʿūl bihi, iaitu objek dari perbuatan naṣara, dan iḍāfahnya disebut sebagai iḍāfah lafẓiyyah (bukan hakiki, tetapi sekadar sambungan dalam susunan kata) [¹].

Imām Ibn Mālik رحمه الله berkata dalam al-Alfiyyah:

وَوَصْلُ أَلْ بِذَا الْمُضَافِ مُغْتَفَرْ
إِنْ وُصِلَتْ بِالثَّانِ كَالْجَعْدِ الشَّعَرْ

Artinya:
“𝖬𝖤𝖭𝖦𝖧𝖴𝖡𝖴𝖭𝖦𝖪𝖠𝖭 ‘𝖠𝖫’ (𝖠𝖫𝖨𝖥-𝖫𝖠̄𝖬) 𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖪𝖠𝖳𝖠 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖣𝖨𝖨𝖣𝖧𝖠𝖥𝖠𝖧𝖪𝖠𝖭 𝖣𝖨𝖯𝖤𝖱𝖡𝖮𝖫𝖤𝖧𝖪𝖠𝖭, 𝖠𝖯𝖠𝖡𝖨𝖫𝖠 ‘𝖠𝖫’ 𝖳𝖤𝖱𝖲𝖤𝖡𝖴𝖳 𝖣𝖨𝖲𝖠𝖬𝖡𝖴𝖭𝖦𝖪𝖠𝖭 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖬𝖴𝖣𝖧𝖠̄𝖥 𝖨𝖫𝖠𝖨𝖧, 𝖲𝖤𝖯𝖤𝖱𝖳𝖨 𝖠𝖫-𝖩𝖠ʿ𝖣 𝖠𝖫-𝖲𝖸𝖠ʿ𝖱 (𝖱𝖠𝖬𝖡𝖴𝖳 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖪𝖤𝖱𝖨𝖳𝖨𝖭𝖦).”

 أَوْ بِالَّذِي لَهُ أُضِيْفَ الثَّانِي
كَزَيْدٌ الضَّارِبُ رَأْسِ الْجَانِي

Artinya:
“𝖠𝖳𝖠𝖴 𝖠𝖫𝖨𝖥-𝖫𝖠̄𝖬 𝖣𝖨𝖬𝖠𝖲𝖴𝖪𝖪𝖠𝖭 𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖫𝖠𝖥𝖠𝖹 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖣𝖨𝖨𝖣𝖧𝖠𝖥𝖠𝖧𝖪𝖠𝖭 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠 𝖫𝖠𝖥𝖠𝖹 𝖪𝖤𝖣𝖴𝖠 (𝖬𝖴𝖣𝖧𝖠̄𝖥 𝖨𝖫𝖠𝖨𝖧), 𝖲𝖤𝖯𝖤𝖱𝖳𝖨 𝖹𝖠𝖸𝖣𝖴𝖭 𝖠𝖫-Ḍ𝖠̄𝖱𝖨𝖡𝖴 𝖱𝖠’𝖲 𝖠𝖫-𝖩𝖠̄𝖭𝖨̄ (Zaid yang memukul kepala penjahat itu).”

Menurut kaedah qiyās, alif-lām tidak boleh dimasukkan ke dalam lafaz mudhāf yang iḍāfahnya maḥḍah (yakni hubungan milik atau kebergantungan yang hakiki).

Masuknya alif-lām ke dalam mudhāf iḍāfah maḥḍah adalah menyalahi qiyās yang benar. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk menyatakan:

هَذَا الْغُلَامُ رَجُلٍ
هَذَا الضَّارِبُ زَيْدٍ
هَذَا الضَّارِبُ رَأْسِ جَانٍ

Namun, jika iḍāfah itu disebut sebagai iḍāfah ghayr maḥḍah, yakni bertujuan infishāl (memisahkan antara mudhāf dan mudhāf ilaih), maka ia dibolehkan.

Dengan syarat: alif-lām itu hendaklah dimasukkan ke dalam mudhāf ilaih, seperti dalam contoh:
الْجَعْدُ الشَّعْرِ
الضَّارِبُ الرَّجُلِ
هَذَا الْغُلَامُ الرَّجُلِ
هَذَا الضَّارِبُ الزَّيْدِ
هَذَا الضَّارِبُ رَأْسِ الْجَانِي

Dengan itu, boleh difahami bahawa dalam Selawat al-Fātiḥ, bacaan lafaz الْحَقِّ memiliki dua sisi iʿrāb yang dibenarkan dan masing-masing mempunyai sandaran kaedah nahwī.

Rujukan:

[¹] Syaikh Aḥmad bin Muḥammad aṣ-Ṣāwī al-Mālikī al-Khalwatī, al-Asrār ar-Rabbāniyyah wa al-Fuyūḍāt ar-Raḥmāniyyah ʿAlā al-Ṣalawāt al-Dardīriyyah, (Surabaya: Syarikat Bungkul Indah), hlm. 40.

[²] Muḥammad Fatḥān bin ʿAbdul Wāḥid as-Sūsī an-Naẓīfī, al-Durrah al-Khāridah Sharḥ al-Yāqūṭah al-Farīdah, jilid 4 (Beirut: Dār al-Fikr, 1984), hlm. 220.

[³] Syaikh Yūsuf bin Ismāʿīl an-Nabhānī, Afdhal al-Ṣalawāt ʿAlā Sayyid al-Sādāt (Beirut: Dār al-Fikr, 2004), hlm. 140;
Syaikh ʿAlī bin ʿAbdurraḥmān al-Kalāntānī, al-Jawhar al-Mawhūb (Surabaya: Bungkul Indah), hlm. 29.

[1] Syaikh Aḥmad bin Muḥammad aṣ-Ṣāwī, al-Asrār ar-Rabbāniyyah wa al-Fuyūḍ ar-Raḥmāniyyah ʿAlā al-Ṣalawāt al-Dardīriyyah (Surabaya: Bungkul Indah), hlm. 44.

Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(Surah al-Aḥzāb: 56)

Artinya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(QS. al-Aḥzāb: 56)

Selawat al-Fātiḥ dalam redaksi asal yang masyhur:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ، وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ، وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.
Artinya:
“Ya Allah, limpahkanlah selawat (rahmat yang disertai pengagungan) kepada junjungan kami Nabi Muḥammad, sebagai pembuka bagi segala yang terkunci, penutup bagi segala yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran, dan petunjuk ke jalan-Mu yang lurus. Semoga selawat itu tercurah kepada keluarga beliau, dengan kadar kemuliaan dan kedudukan beliau yang agung.”

Redaksi tambahan yang disebut oleh sebahagian ulama:

Syaikh Aḥmad bin Muḥammad ad-Dardīr al-Khalwatī al-Mālikī رحمه الله  dan sebahagian daripada kalangan Ahl al-Faḍl (orang-orang mulia) menyebutkan versi tambahan bagi Selawat al-Fātiḥ, yang sedikit berbeza daripada redaksi asal, sebagai berikut:

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، ٱلنَّاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ، وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ. صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.
Artinya:
“Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muḥammad, sebagai pembuka bagi segala yang terkunci, penutup bagi segala yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran, dan petunjuk ke jalan-Mu yang lurus. Semoga selawat Allah terlimpah atas beliau serta ke atas keluarga dan para sahabat beliau, sebanyak kadar dan kemuliaan kedudukan beliau yang agung.”

Keterangan tambahan:

Dari berbagai sumber memang ditemukan beberapa redaksi tambahan dalam Selawat al-Fātiḥ. Penambahan tersebut datang daripada para ulama terkemuka, antaranya:
•Syaikh Aḥmad bin Muḥammad ad-Dardīr al-Khalwatī رحمه الله dalam kitab beliau al-Asrār ar-Rabbāniyyah,
•Syaikh Yūsuf bin Ismāʿīl an-Nabhānī رحمه الله dalam Afdaluṣ-Ṣalawāt ʿalā Sayyidi s-Sādāt,
•Muḥaddith al-Ḥaramayn Sayyid Muḥammad bin ʿAlawī al-Mālikī رحمه الله,
•serta Sayyid Zayn bin Ibrāhīm bin Sumayṭ حفظه الله dalam kitab beliau an-Nujūm az-Zāhirah lis-Sālik il-Ākhirah.

Penambahan “wa sallim” dan “wa bārik” adalah bagian daripada "muḥsananāt" — yakni perbuatan yang dipandang baik — mengingat terdapat pendapat yang mengatakan bahawa perintah berselawat kepada Nabi ﷺ sebagaimana disebutkan dalam al-Qur’an itu digandingkan dengan perintah mengucapkan salam.

Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman:

 ﴿ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴾
(Surah al-Aḥzāb: 56)

Oleh itu, penambahan lafaz وَسَلِّمْ dan وَبَارِكْ dalam Selawat al-Fātiḥ dianggap sebagai penambahan yang baik dan tidak mencacatkan asal usulnya, bahkan mengandungi nilai keutamaan secara syar‘i.

Adapun penambahan redaksi wa aṣḥābihi atau wa ṣaḥbihi, sebahagian ulama menegaskan bahawa ia merupakan bentuk penolakan terhadap ajaran tasayy‘u (ajaran Syiah), sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Aḥmad bin Muḥammad aṣ-Ṣāwī al-Mālikī رحمه الله.

Golongan Syiah, dalam selawat mereka, hanya menyebut keluarga Nabi ﷺ tanpa menyebut para sahabat, kerana dalam i‘tiqād (pegangan) mereka, terdapat dalam kalangan para sahabat yang dianggap kufur dan tidak layak disebut dalam selawat. Maka, penambahan wa aṣḥābihi atau wa ṣaḥbihi adalah bentuk pembelaan terhadap kehormatan para sahabat رضي الله عنهم أجمعين dan bantahan terhadap penyimpangan tersebut.

Sedangkan riwayat yang disebutkan oleh Syaikh Abū Sālim al-‘Iyāsī رحمه الله — beliau merupakan ulama yang pertama kali membawa Selawat al-Fātiḥ dari Mesir ke Maghribi — dalam redaksi yang dibawa oleh beliau tidak ditemukan penambahan seperti yang disebutkan di atas, yakni beliau membacanya hanya dalam bentuk asal:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ، وَٱلْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ، صَلَّى ٱللّٰهُ عَلَيْهِ وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ.

Ketika Sayyidī Syekh Maulānā al-Qutb Aḥmad bin Muḥammad At-Tijānī رضي الله عنه diberikan kesempatan agung dan peristiwa akbar bertemu secara langsung dengan Junjungan Besar Nabi Muḥammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ, maka Baginda ﷺ sendiri yang mentalqinkan kepada beliau selawat ini — tanpa tambahan wa sallim, wa bārik, ataupun wa aṣḥābihi.

Demikian juga jika kita melihat kepada kronologi asal kedatangan Selawat al-Fātiḥ kepada Sayyidī asy-Syaikh Muḥammad al-Bakrī aṣ-Ṣiddīqī رضي الله عنه, yang menerimanya setelah beliau melakukan munajat selama tiga puluh (30) tahun tanpa henti.

Bahkan dalam satu riwayat lain yang dibawakan oleh Syaikh Muḥammad Fatḥān bin ʿAbd al-Wāḥid an-Naẓīfī رحمه الله, disebutkan bahawa tempoh munajat beliau dalam menanti pengkabulan ilāhiyyah agar diberikan selawat yang mengungguli segala selawat itu berlanjutan hingga enam puluh (60) tahun.

Dalam munajatnya, beliau memohon kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى agar diberikan suatu redaksi ṣalawāt yang mengungguli semua ṣalawāt yang ada di alam.

Sehingga, pada waktunya, Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى mengabulkan permohonan beliau itu, dan ṣalawāt tersebut pun datang dari alam ghaib.

Oleh kerana itu, ṣalawāt al-Fātiḥ yang pertama kali diturunkan tidak menggunakan tambahan "وَسَلِّمْ" (wa sallim) dan "وَبَارِكْ" (wa bārik), mengingat bahawa redaksi ṣalawāt Allah dan para malaikat hanya menggunakan lafaz ṣalawāt sahaja, sebagaimana dalam firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi…”
(Surah al-Aḥzāb, 33:56)

Lantaran itu, tambahan "وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا" adalah redaksi ṣalawāt yang Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى perintahkan kepada orang-orang yang beriman dalam sambungan ayat tersebut:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“𝖶𝖠𝖧𝖠𝖨 𝖮𝖱𝖠𝖭𝖦-𝖮𝖱𝖠𝖭𝖦 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖡𝖤𝖱𝖨𝖬𝖠𝖭! 𝖡𝖤𝖱𝖲𝖤𝖫𝖠𝖶𝖠𝖳𝖫𝖠𝖧 𝖪𝖠𝖬𝖴 𝖪𝖤 𝖠𝖳𝖠𝖲𝖭𝖸𝖠 𝖲𝖤𝖱𝖳𝖠 𝖴𝖢𝖠𝖯𝖪𝖠𝖭𝖫𝖠𝖧 𝖲𝖠𝖫𝖠𝖬 𝖲𝖤𝖩𝖠𝖧𝖳𝖤𝖱𝖠 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖯𝖤𝖭𝖴𝖧 𝖯𝖤𝖭𝖦𝖧𝖮𝖱𝖬𝖠𝖳𝖠𝖭.”
(Surah al-Aḥzāb, 33:56)

Inilah sebahagian jawaban yang mengukuhkan bahawa ṣalawāt al-Fātiḥ merupakan redaksi yang datang dari alam ghaib, dan sebab itu tidak mengandungi lafaz "وَسَلِّمْ", "وَبَارِكْ", dan juga tidak menggunakan lafaz "وَأَصْحَابِهِ".

Adapun lafaz "آلِهِ" (ālihi – keluarga Nabi ﷺ) dalam ṣalawāt al-Fātiḥ, ia memiliki pengertian yang merangkumi seluruh umat Nabi ﷺ yang bertaqwa, termasuk para ṣaḥābah, tābi‘īn, tābi‘ at-tābi‘īn, dan generasi seterusnya hingga Hari Qiyāmat.

Sebahagian ulama menambahkan lafaz "وَأَصْحَابِهِ" sebagai bentuk takhṣīṣ (penyebutan secara khusus) daripada keumuman lafaz "آلِهِ".

Ketika Sayyidunā Syaikh Aḥmad at-Tijānī رضي الله عنه ditanya: “Mengapa dalam ṣalawāt al-Fātiḥ tidak digunakan kalimat wa sallim?”, beliau menjawab:

“𝖪𝖤𝖱𝖠𝖭𝖠 Ṣ𝖠𝖫𝖠𝖶𝖠̄𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ 𝖡𝖤𝖱𝖲𝖴𝖬𝖡𝖤𝖱 𝖣𝖠𝖱𝖨 𝖠𝖫𝖫𝖠𝖧 سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, 𝖡𝖴𝖪𝖠𝖭𝖫𝖠𝖧 𝖲𝖴𝖲𝖴𝖭𝖠𝖭 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖣𝖨𝖱𝖤𝖪𝖠 𝖮𝖫𝖤𝖧 𝖬𝖠𝖭𝖴𝖲𝖨𝖠.”

Rasulullah ﷺ bersabda kepada Sayyidunā Syaikh Aḥmad bin Muḥammad at-Tijānī رضي الله عنه:

مَا صَلَّى عَلَيَّ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِنْ صَلَاةِ الْفَاتِحِ
"𝖳𝖨𝖣𝖠𝖪𝖫𝖠𝖧 𝖲𝖤𝖲𝖤𝖮𝖱𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖤𝖬𝖡𝖠𝖢𝖠 Ṣ𝖠𝖫𝖠𝖶𝖠̄𝖳 𝖪𝖤𝖯𝖠𝖣𝖠𝖪𝖴 𝖣𝖤𝖭𝖦𝖠𝖭 Ṣ𝖠𝖫𝖠𝖶𝖠̄𝖳 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖫𝖤𝖡𝖨𝖧 𝖴𝖳𝖠𝖬𝖠 𝖣𝖠𝖱𝖨𝖯𝖠𝖣𝖠 Ṣ𝖠𝖫𝖠𝖶𝖠̄𝖳 𝖠𝖫-𝖥𝖠̄𝖳𝖨Ḥ"

𝗟𝗔𝗙𝗔𝗭² 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗟-𝗙𝗔̄𝗧𝗜Ḥ 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗜𝗤𝗧𝗜𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗬𝗔𝗧-𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥’𝗔𝗡

•اللَّهُمَّ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ ﴾
Surah Yūnus, ayat 10

•صَلِّ عَلَى
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴾
Surah al-Aḥzāb, ayat 56

•سَيِّدِنَا
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ ﴾
Surah Āli-‘Imrān, ayat 39

Dalam ayat ini, Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى menyifatkan Nabi Yaḥyā عليه السلام sebagai Sayyid. Maka menyebut Baginda ﷺ sebagai Sayyid al-Khalq (Penghulu seluruh makhluk) adalah lebih utama. Rasulullah ﷺ bersabda:

أنا سيد ولد آدم ولا فخر
"Aku adalah penghulu anak-anak Adam, dan aku tidak sombong."

Adapun hadis yang melarang memanggil Baginda ﷺ dengan gelaran "Sayyid" adalah sangat lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Imam al-Nasā’ī meriwayatkan bahawa Sahal ibn Ḥunayf رضي الله عنه pernah menyapa Baginda ﷺ dengan "Yā Sayyidī". Ibn Mas‘ūd رضي الله عنه juga meriwayatkan lafaz selawat:

•اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ
dan para ulama menilai hadis ini berstatus ḥasan.

•مُحَمَّدٍ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ ﴾
Surah al-Fatḥ, ayat 29

•الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴾
Surah al-Fatḥ, ayat 1

﴿ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ ﴾
Surah al-Mā’idah, ayat 19

•وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ﴾
Surah al-Aḥzāb, ayat 40

•نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ
Diambil dari beberapa ayat:
﴿ إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ ﴾
 Surah Muḥammad, ayat 7
﴿ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ﴾
 Surah Hūd, ayat 88
﴿ وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ﴾
 Surah al-Isrā’, ayat 105

•الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴾
Surah al-Shūrā, ayat 52

•وَعَلَى آلِهِ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا ﴾
 Surah al-Aḥzāb, ayat 33

•حَقَّ قَدْرِهِ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ ﴾ — Surah al-An‘ām, ayat 91
﴿ لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ ﴾ 
 Surah al-Ḥijr, ayat 72

•وَمِقْدَارِهِ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ ﴾
Surah al-Ra‘d, ayat 8

•الْعَظِيمِ
Diambil dari firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
﴿ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴾
Surah al-Qalam, ayat 4

Selawat al-Fātiḥ:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ، وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Rabu, 24 September 2025

Salah Satu Syarat Menjadi Wali Qutub Ialah Bertemu Dengan Rasulullah saw Secara Sadar

Demikian Syaikh Muhammad Yunus A. Hamid menjelaskan dalam suatu majelis mudzakarah Thoriqoh Tijani

Para Wali Qutub banyak yg bertemu secara sadar dengan Rasulullah saw

*Tetapi tidak ada Wali Qutub Manapun yg saat wafatnya dalam keadaan telah mendidik muridnya ratusan ribu yg bisa bertemu dengan Rasulullah saw secara sadar kecuali Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani ra*

Hal ini dijelaskan dalam 
 Kutipan dalam kitab Asy-Syirb ash-Shāfī karya arif billah Sidi al-Hajj al-Ahsan al-Baqīlī raḍiyallāhu ‘anhu

"... و قد مات شيخنا رضي الله عنه المولى احمد التجاني عن مائة الف و اربعة و عشرين الفا من اصحابه . فكل واحد منهم رآه صلى الله عليه و سلم يقظة و مناما ببركته . و يوجد ذلك في كنانيشهم . و لو تتبعته لطال النفس . و قد علم عند اصحاب سيدنا رضي الله عنه و عنهم انه لا يموت احد ممن تمسك بعهده حتى يراه يقظة . فاكرم بهم و اعظم بمراتبهم . 

📚#الشِرب_الصافي للعارف بالله سيدي الحاج الأحسن البعقيلي رضي الله عنه .

"... Dan sungguh, Guru kami yang mulia, al-Mawlā Ahmad at-Tijānī raḍiyallāhu ‘anhu, wafat dalam keadaan memiliki seratus dua puluh empat ribu (124.000) pengikut. Masing-masing dari mereka telah melihat Rasulullah ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam dalam keadaan terjaga dan juga dalam mimpi, berkat keberkahannya (Syaikh Ahmad at-Tijānī).

Semoga kita selalu dibina dalam penuh kesabaran dan rasa syukur dalam Tarbiyah Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani Al Khotmul Awliya Al Muhammadiy

Isnin, 22 September 2025

Martabat hamba

بسم الله الرحمان الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

💝 نشر هذا المنشور بتاريخ 29 محرم 1444 الموافق لـ 27/8/2022 💝

-------------------------------------------------
 
Hamba Allah yg sebenar:
1-
hamba yg beribadah kepada Allah SWT dengan kepelbagaian sesuatu ibadah dengan semata2 menjunjung perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya
-kateogeri ini dinamakan muqarrabin 
2-
hamba yg beribadah kepada Allah SWT atas dasar Allah SWT Sebagai Tuanya dan pemiliknya yg layak untuk disembah keranaNya (tidaklah untuk selainNya)
katogeri ini dinamakan muqarrabin tahap hamba yg teristemewa
3-
hamba yg beribadah atas dasar rasa syauq,syukur dan dikuasai oleh sesuatu yg datang secara tiba2 daripada Hadrah Jamal dan jalal Allah terhadap dirinya
itulah kemuncak tahap keunikan dan ihsan dalam melaksanakan perintah dan jikalau ia melaksanakan akan perintah tersebut..
 tidaklah ia rasa layak terhadap sesuatu yg datang kepadanya dengan cara tiba2 oleh sifat (kaku) jumudnya
dan juga fana'lah ia daripada sesuatu yg meliputi akannya daripada perkara2yg menghancurkan dan memusnahkan akannya ..
kerana ia berada dimaqam Sedar (الصحو) akannya...

PERBEZAAN ANTARA JALAN IRADAH DAN JALAN MUHAMMADI

بسم الله الرحمان الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

💝 نشر هذا المنشور بتاريخ 29 محرم 1444 الموافق لـ 27/8/2022 💝

-------------------------------------------------

Terbina jalanan iradah atas dasar dapat habuan ...
Jalanan itu hanyalah sebagai permulaan kerana tujuan siasah dan riadah diri ...
maka apabila telah nipislah hijab tersebut dan terbuka pintu hati2 pengikut jalanan kedua(iradah) tersebut..
maka pemimpin/khalifah akan menyatakan kepada pengikut2nya akan maksud tujuan2 dan habuan2 tersebut...
yang mana tujuan tersebut sebenarnya adalah diri syirik terhadap Allah..
maka para murid telah berjaya menyucikan diri mereka dengan sebab khalifah yang arif tersebut..
-dan tidaklah dipuji akan hasil yg diperolehi oleh ahli toriqah kedua melainkan ketika berakhirnya umur mereka dan selesainya urusan mereka...
(Setelah dibimbing secara sempurna)
-maka barangsiapa yg masih berterusan riadah(kerana tujuan) daripada kalangan murid tersebut
maka khalifah tersebut akan mengembalikan mereka ke toriqah pertama (asal) yg sebenar, yg terbina ia atas dasar menunggalkan kehambaan kepada ketuanan tuhan yg maha agung...
-itulah toriqah Nabi SAW dan para pengikutnya daripada kalangan sahabat2 dan pengikut2 para sahabat Nabi SAW 
adapun ahli toriqah kedua tidaklah dinamakan pengikut yg mengikut akan Rasulullah SAW sebagai ikutan yg sempurna sehinggalah mereka kembali mengikut jalanan toriqah yang pertama..
kerana jalanan toriqah yang kedua
(yg direka oleh golongan arifin) bukanlah maksud sebenar daripadanya ibadah,bahkan maksud daripada mereka(khalifah) ialah menggemarkan akan hati yg telah berpaling daripada hadrah Allah atas dasar siasah kepada seorang murid....

KEHAMBAAN DAN PANGKAT WALI, MANA SATU MENJADI PILIHAN??

بسم الله الرحمان الرحيم وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

💝 نشر هذا المنشور بتاريخ 29 محرم 1444 الموافق لـ 27/8/2022 💝

-------------------------------------------- 
Seorang hamba boleh jadi dipancung akan kepala mereka dengan pedang qudrah ilahi dan kemudian dibawa kepala tersebut mengelilingi alam zahir 
dan dikatakan kepadanya :
" inilah balasan kepada sesiapa yg memilih kewalian daripada memilih khidmat akan Tuannya .."
moga Allah melindungi diriku dan saudara²ku daripada su'ul qada' ... 
jikalau tidak kerana inayah ilahi padanya,nescaya ia dikeluarkan daripada hadrah yg diduduki akannya pada ketika jua
sehinggalah ia melihat akan haq dan melepaskan diri daripada kewalian(yg diusahakan) dan drpr kekuatannya
(yg dimilikinya pada ketika itu)
dan sehinggalah ia kembali memakai pakaian Kehambaan...
yaitu dengan sekira2 tidaklah ia berebut dengan Tuannya untuk mendapatkan rida' dan kain keagungan dan kebesaran Tuhannya ...
maka jadilah ia pada ketika itu seorang hamba yg dikehendaki oleh Allah ...
fahamilah akannya !!!!
kerana ia adalah tempat gelincir yg membinasakan,kerana kebanyakkan orang yang dilimpahkan pangkat kewalian (dengan usaha yg ditekuni olehnya)
sesungguhnya ia telah terhijab kerana bertasaruf ia dengan kewalian yg dimilikinya tanpa adab sehinggalah ia dihumban keluar 
(dilucutkan kewaliannya setelah diperolehi) kerana su' adabnya...