Di dalam Alam Malakut itu, tempat perhimpunan bermacam-macam bangsa : Bangsa Malaikat, Iblis, Syaitan, Jin Islam, Jin Kafir, Ruh-Ruh manusia yang mati dan yang hidup, dan bermacam-macam bomoh dan tukang sihir daripada Jin yang boleh merupa akan Syurga dan Neraka dan lain-lainnya untuk menipu dan memperdaya akan orang.
Maka kalau semacam itu ada di dalam Alam Malakut itu, macam mana hendak diaman akandia dan hendak dijamin akandia betul benar.
Tambahan pula orang-orang yang dibuka baginya akan alam itu, bukanlah tertentu dengan orang-orang baik jua hanya termasuk orang-orang jahat, kafir, Islam berdosa, tidak berdosa.
Dan pula ajaran yang telah didapati ada di dalam alam itu bermacam-macam sesat dan zindik dan ada yang menyuruh berzikir dengan kata-kata, aku sebenar zat Allah dan ada yang menyuruh masuk Ugama Kristian, Ugama Yahudi, Ugama Majusi dan lain-lain lagi, demikianlah bermacam-macam ajaran yang telah sampai kepada kami.
Maka alangkah besar merbahaya yang telah terkena ke atas orang yang terbuka alam itu baginya, daripada orang-orang yang beramal tarikat dan yang bertapa dan yang bersyubahat dengan khadam-khadam dan sahabat-sahabat dan pegawa-pegawa yang ada di dalam alam itu untuk buat penolong apa-apa kehendak dunia mereka itu seperti yang telah berlaku dikampung-kampung ditanah jawa dan tanah melayu dan tanah siam bagi orang-orang yang tiada Ilmu Ugama, daripada Ilmu Usuluddin dan Furuknya dan yang bukan ahli Tasauf dan Tarikat sebenar.
Maka hendaklah jaga betul-betul supaya tiada terkena pada ia, semacam itu dan jangan diberani menubuhkan tariqat-tariqat dengan ketiadaan ada pengetahuannya, kerana sekarang banyaklah berlaku.
-Petikan, Kitab Risalah Tasauf. TG Hj Daud Bukit Abal-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan