و من اماراتـه أن يلـتمس قلبـه توقير الناس و تعظيمه و تقديمه في المجالس، و مسارعتهم الى قضاء حوائجه. و إذا قصر أحد فـي حقه فيما يـستحقه عنـد نفـسه اسـتعظمه و اسـتنكره ،الـى غيـر ذلـك مـن كـل مـذموم"
-سيدي الحاج الاحسن البعقيلي رضي الله عنه-
Berkata Al-Hajj Al-Hasan al-Ba'qili رضي الله عنه:
"Ketahuilah bahawa riya' itu terbahagi kepada dua: zahir dan tersembunyi. Riya' yang tersembunyi tidak dapat diketahui melainkan oleh golongan khusus (khawas), dan tidak terselamat daripadanya melainkan para arif billah. Ia hanya dapat dikenali melalui tanda-tandanya.
Antara tanda-tandanya ialah apabila hati seseorang menginginkan penghormatan dan pengagungan daripada manusia, suka didahulukan dalam majlis-majlis, serta gembira apabila orang ramai segera memenuhi keperluan dan hajatnya.
Apabila seseorang mengurangkan penghormatan yang menurut sangkaannya layak diterimanya, dia menganggapnya suatu perkara besar dan merasa tidak senang dengannya. Demikian juga pelbagai lagi sifat tercela yang seumpamanya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan