Biografi syarif Ahmad AlHadi alhasani Almaghribi attijany
Beliau dilahirkan di bumi Tunisia, pada tarikh 4 Muharram 1395 hijrah bersamaan 16 januari 1975 masihi..
Nasab keturunan beliau daripada kabilah Sibaiah Az-Zahabiah, daripada keturunan besar Maulai Idris yang masyhur di bumi maghrib(morocco) dan beliau adalah berketurunan daripada Sayidina Alhasan.
Beliau telah mendapat pujian daripada kebanyakan daripada beberapa wali Qutub dan wali-wali …
-pujian-pujian tersebut terarah kepada kesahihan nasab beliau dan pertambatan hubungannya(sanad toriqah dan pengajiannya) dengan hadrah kenabian, sama ada pada zahir atau pada batin
-dan pertemuan itu berlaku ketika mana beliau dalam pengembaraan.. (mencari ilmu daripada rijaal/wali Allah)…
-beliau menghabiskan permulaan kehidupannya seperti kehidupan kebanyakan masyarakat setempat..,sehinggalah datang secara tiba-tiba ahwal llahi dan jazbah rabbani yang membawanya kepada perjalanan AhliLLah,dan bukanlah dengan usahanya.., (ketika itu umur beliau dalam lingkungan dua puluhan)
-beliau dijemput (secara barzakhi ) oleh Qutubul-Maktum, Khotmul-Auliya Al-Muhammadi dalam menjalani perjalanan AhliLLah ,dan diserapkan dengan hadrah-hadrahnya yang suci dan ilmu-ilmu hakikat….
-Pada permulaannya, beliau menerima toriqah Tijaniah al-Aliyah daripada Asy-Syarif Al-Wasil Sayidi Habib bin Hamid At-Tunisi..
-dan beliau juga menerima pelbagai sanad toriqah Tijani …
kemudian beliau terus mengembara jauh berpandukan kepada gerak hatinya berserta tawakkal kepada Allah SWT ….
-Pada pertemuan beliau dengan wali-wali qutub dan lainnya, beliau telah di beritahu dengan perkara-perkara yang amat menyenangkan serta menyatakan secara kasyaf keadaan diri beliau ,dan perkara tersebut, sukar untuk ditutur dengan kata-kata..
-Tetapi,sentiasalah diri beliau jadi tumpuan adalah kerana ter-arah kepada sanad toriqahnya yang muktabar,yaitu sanad toriqah yang menjadi pegangan tetap beliau, sama ada dari segi feqah toriqah atau dari segi Zauqi,
-yaitu sanad Al-Ba’qili,sanad yang melalui susur jalur kepada Mujaddid millah wa-ddin,Qutbaniayatul-Uzma, Sayidii Ahsan Al-Ba’qili Al-Hasani Al-Maghribi,
-sanad yang dipernamakan disisi ahli sanad,dengan sanad Az-ZAHABIAH (emas) secara umumnya,
-dan juga dipernamakan dengan sanad-QUTBANIAH (sanad wali-wali qutub) secara khususnya…
beliau juga menerima ijazah secara mutlak daripada Sayidi Abdul Aziz Al-Ba’qili,anak kepada Sayidi Ahsan AlBa’qili,beliau adalah seorang Qutub Al-kamil Al-Mulamati ,pewaris sir-sir ayah dan abang beliau(Sayidi Muhammad Al-Habib)…
dalam majlis peng-ijazahan toriqah,beliau (Sayidi Abdul-Aziz Al-Ba’qili), telah menuturkan katanya kepada pengarang,dengan katanya :
“Aku telah memberi izin kepada kamu sepertimana Rasulullah SAW ,Syeikh Tijani RA dan abangku memberi izin padaku…,
-dan aku juga memberi izin kepada kamu dalam mentashihkan Toriqah Tijani daripada segala kesalahan….”
-Di dalam pengembaraan, beliau telah bertemu dengan Qutub Sayidi Mukhtar Asy-Syinqiti di padang sahara maghrib,Qutub tersebut dikenali akannya dengan nama Sayid Dahah (دَهَاهْ) masyhur dikalangan orang arab dan lainnya dan Qutub tersebut telah berkata kepadanya (dengan lisan izin llahi):
“ Pergilah ke tempat mana yang engkau suka,sesungguhnya engkau akan dibantu,dikasihi dan diterima ”
Dan di dalam pengembaraan beliau,beliau telah bertemu dengan seorang lelaki yang berumur,yaitu Qutub Maulai Tuhami(مَوْلاَيَ التُّهَامِيُّ)Al-Wazzani Al-Idrisi di maqam Sayidi Arabi As-Saaihi,Qutub tersebut berumur sekitar 130-136 tahun ..
Pengarang tersebut telah menyatakan kepada kami bahawa Qutub tersebut telah menyambut kedatangannya di maqam tersebut adalah dengan melalui arahan daripada Rasulullah SAW dan Syeikh Tijani RA (berlaku secara jaga).
Kemudian setelah beliau mengembara dari sudan (barat) ke bumi Maghribi dan setelah menziarahi Maqam Syeikh Tijani RA yang mulia di bumi Fes,datang pula isyarat kepadanya dan juga arahan supaya menjejakkan kakinya ke bumi jawa(Malaysia) untuk mengembangkan toriqah Tijani di kalangan masyarakatnya….
Sebahagian daripada kelebihan diri beliau :
-Beliau mempunyai zauqi yang khas dalam toriqah Tijani,dan beliau juga mempunyai keperibadian yang disukai , berperwatakan tenang, akhlak dan sifat semulajadi yang baik
Barangsiapa yang melihat keterampilan dirinya,nescaya akan mengingatkan beliau kepada orang-orang terdahulu yang disenangi oleh masyarakat mereka
-beliau amat menyayangi umat Nabi Muhammad SAW,dengan ketiadaan membezakan mana-mana kumpulan,kerana mewarisi daripada sifat gurunya dan guru besar beliau yaitu Sayidi Ahsan Al-Ba’qili
-dan keadaan dirinya juga dikuasai oleh semangat ahwal Al-Mulamati,dan berpengetahuan dalam bidang Khotmiah dan Katmiah,dan setiap orang besar toriqah yang bertemu dengannya, akan merasa hairan dengan sesuatu yang ada pada dirinya dan keadaannya…
-barangsiapa yang mendengar penjelasan irfaniah,keterangan2 zauqi daripada lautan Hakikat Muhammadiah dan Ahmadiah yang dihuraikannya nescaya akan merasa kagum dengan huraian demi huraian yang di pertuturkan oleh lisannya seperti :
1-kunhil-Haahuti (كُنْهُ الهَاهُوتِيُّ )
2-hadratul-a’ma’ ( حضْرة العمَاءِ )
3-tanaazul A’ma Al-Haahuti (التَنَزُّلِ العَمَائِيِّ الهاهُوتِيِّ)dan sehingga ke martabat Uluhiyah
4-ismul-A’zom Zohir
5- ismul-A’zom batin
6-tajalliyat-kunhi dalam cermin Hakikat Muhammadiah
7- rahsia antara huruf Ha’ Alhuwiyah dan wau Al-wujud(هَاءِ الهُوِيَّةِ وَوَاوِ الوُجودِ)
8-tanaazul yang empat
9-jauhar fird(الجَوهَرِ الفَرْدِ)
10-wehdah syuhud
11-martabat Tanaazul Ahmadiah
12-aliif-Ahmadiah
13-Mim-Muhammadiah
14-hakikat-Tiiniyah(tanah)
15-hakikat Iblisiah
16-syajarah-Muhammadiah(pokok Muhammad)
17-lautan nafsu yang tujuh
18-Nafsu Kamilah
19-nafsu Mukammilah
20-rahsia nafsu Mukammilah
Masalah Khotmiah(khotmul Auliya’ Al-Muhammadi)
21-masalah katmiah Ahmadiah
22-hakikat maaiyah Al-Muhammadi(air Zam-zam)
23-hakikat Ahmadiah makkiyah
24-hakikat Muhammad Al-madaniyah
25-hakikat Al-Mahmiyat Al-Muhammadi
26-akal-Kulli
27-Ruh-Kulli
28-Nafsu-Kulli
29-Insan-Kaamil
30-Maddatul-Wujud
Dan lain2…
….Dan sebagai makluman untuk saudara sekalian ,pada masa ini, kebanyakan orang sudah tidak mampu untuk mengusai ilmu-ilmu hakikat dan makrifat seperti mana yang diperolehi beliau ,itulah kelebihan diri beliau…
Dengar dan perhatikan sendiri kepada ibarat,isyarat, dan istilah yang dituturkannya pada zaman kita ini….selalunya kita terdengar akan perkataan :
“telah berkata ahli-ahli hakikat ” atau “telah berkata orang A’rif ”
Barangsiapa yang sentiasa bersamanya,nescaya ia mengetahui dengan yakin sekali dengan kelebihan dan limpahan faidh yang ada pada dirinya..
Dan juga akan kedengaran : “ daripada manakah dia belajar ? atau “ ini sesuatu yang baru ”
Sesungguhnya limpahan-limpahan yang sampai padanya adalah melalui Syeikh beliau, yaitu Syeikh TIJANI RA
Sekarang ini ,kita sungguh bertuah kerana dia berada di kalangan masyarakat kita ,di Malaysia ini
kita pohon doa kepada Allah SWT,dan moga-moga dengan berkat Syeikh Tijani RA, kita semua diberkati oleh Allah SWT melalui beliau ,dan ditambahkan lagi limpahan Syeikh Tijani RA atas diri beliau..
Moga-moga dia dapat memberi manfaat kepada sekelian muslimin, dan moga-moga Allah SWT tidak menjauhkan kita daripada dapat berjumpa dengan beliau untuk mendengar kemanisan ungkapan demi ungkapan dan perbahasan demi perbahasan ditutur olehnya..Amiin ….
Dengan berkat Sayidina Al-Hasan dan Al-Husain….moga Allah SWT menutup keaiban diri beliau di dunia dan di akhirat,
وصلّى الله وعظَّم ومجَّد وشرَّف وبارك على سَيِّد الوُجُود وعَلَمِ الشُّهُودِ سيِّدنا ومولانا محمّدٍ بَحْرِ الكَرَمِ والجُودِ وعلى آله وصحْبه وسلَّم تسليما
والحمد لله ربِّ العالَمين