YAQAZAH DAN WIRID YG DITERIMA OLEH AULIYA DARIPADA RASULULLAH SAW SECARA YAQAZAH
YAQAZAH: ADAKAH BOLEH BERJUMPA RASULULLAH SAW SETELAH KEWAFATANNYA
Pengertian "yaqazah" pada istilah ialah bertemu atau berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu kemuliaan bagi sesetengah hamba Allah yang soleh.
Sudah ratusan tahun isu bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ini dibincangkan oleh para ulama dan telah menyelesaikannya. Walhasil, ulama ahlus sunnah wal jamaah tidak mengingkarinya, bermakna ia boleh berlaku dalam bentuk karomah kepada sesetengah wali Allah.
Hakikatnya tiada langsung akidah baru atau hukum-hakam baru yang didakwa oleh orang-orang soleh dan wali-wali Allah Taala yang pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Telah sepakat ulama ahlus sunnah wal jamaah bahawa ia TIDAK BOLEH digunakan sebagai HUJJAH dalam syariat.
Kebanyakannya adalah berkaitan nasihat, zikir, doa dan selawat. Dan kesemua itu pula tidak terkeluar dari dalil-dalil dan perintah-perintah syarak yang umum mengenainya.
Adapun azkar yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada seseorang dalam mimpi atau secara yaqazah setelah kewafatan Nabi s.a.w., bukanlah salah satu bentuk penambahan syariat, atau salah satu bentuk menentukan hukum, ia sekadar salah satu bentuk khabar gembira (mubasyyirat) atau fadhilat amal.
Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia boleh berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.
Dalil pertama:
Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s. Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua:
Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf . Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”
Dalil ketiga:
Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
PENGAKUAN ULAMA MENGENAI YAQAZAH
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah jaiz (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
‘Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”
Imam Al-‘Allamah An-Nafrawi, seorang ulama bermazhab Maliki berkata: “… Diharuskan seseorang berjumpa atau melihat Nabi secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka Cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja?”
Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jumadil Awal1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solihin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah ertikata fadhailul a’mal. Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini”
Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al :A’lamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.”
KItab-kitab lain yang membincangkan mengenai yaqazah tanpa sebarang keingkaran terhadapnya ialah;
* Imam Ibn Hajar dalam Fathul Bari iaitu syarah terhadap Sahih al-Bukhari. ·
* Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim. ·
* Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku fatwa beliau. ·
* Imam As-Suyuti di dalam kitab Tanwir Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak
* Syeikh Yusuf an Nabhani di dalam Kitab Afdalul Salawat dan Kitab Sa’adah ad-Daraini. ·
* Imam al-Ghazali di dalam Kitab Al-Munziqu minal Dzalal. ·
* Imam Abdul Wahab Asy-Sy’arani di dalam Kitab Al-Mizan.
* Sayyid Abdul Qadir ibn Abdullah al-Idrus dalam kitabnya An-Nurus Safir ‘An Akhbaril Qur’anil ‘Asyir. ·
* Imam Al Hafiz As-Sayuthi di dalam kitabnya Khususiyyatu Yaumil Jum’ah. ·
* Al-‘Allamah Shaykh Zakaria ibn Muhammad al Mahalli asy-Syafie. ·
* Shaykh Najmuddin al-Ghazzi dalam kitabnya al-Kawakibus Saairah. ·
* Sayyid Umar ibn Abdul Rahman Al-‘Attas sebagaimana dipetik daripada Fathu Rabbin Nas yang telah dihimpunkan oleh Maulana Al-‘Arif Sayyid Hussin ibn Almarhum Al-‘Allamah Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn Muhsin ibn Hussin Al-‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah. ·
* Imam Abu Abdullah Al-Qastalani sebagaimana dikupas dari kitab Al-Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Ali Khidr. ·
* Sayyid ‘Alawi ibn Thahir Al Haddad (Mufti Kerajaan Johor dahulu) dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah. ·
* Shaykh Muhammad ibn ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al-Habib Ahmad ibn Hussin Al-‘Athas. ·
* Imam Sufyan ath-Thauri sebagaimana termaktub dalam Kitab Uqudul Almaasi yang diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im (pengarang kitab Haliyaatul Auliya’) dan Ibnu Basykuwal. ·
* Muhadissud-Dunya Sayyid As-Shaykh Abdullah As-Siddiq Al-Ghamaari dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah.
APAKAH RASULULLAH SAW MASIH HIDUP SETELAH KEWAFATANNYA ?
Imam Badruddin bin as Shahib mengambil dalil dalam Al Quran:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki (QS: Ali Imran: 169).
Rasulullah SAW tentu kedudukannya lebih tinggi dari syuhada' yang tentunya lebih berhak untuk keistimewaan itu.
Imam Baihaqi menyatakan dalam kitab Dalailun Nubuwwah: “Para Nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti para syuhada”
Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Al Baihaqi dalam kitab Hayatul Anbiya mengeluarkan hadis dari Anas r.a:
Nabi saw bersabda: “Para Nabi hidup di kubur mereka dalam keadaan mengerjakan solat.”
Apakah dapat menjumpai Rasulullah SAW setelah kewafatannya ?
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka ia akan melihat aku di dalam bangunnya (jaga) dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku” ( Riwayat Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Siapa yang melihat aku di dalam tidurnya (mimpi) bererti dia benar-benar melihatku, sebab syaitan tidak dapat menyerupaiku” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Nabi Bersabda: “Barangsiapa melihat aku, dia sungguh-sungguh melihat yang benar, sebab syaitan tidak boleh meniruku dalam segala hal” (Riwayat Syaikhan)
Dari Abu Hurairah, Nabi Bersabda: “Buatlah nama dengan namaku dan jangan membuat julukan dengan julukanku. Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka dia telah melihatku, karena syaitan tidak dapat menyerupai bentuk rupaku. Dan barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempat duduknya di neraka” (Riwayat Bukhari)
Berkata Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid Saiyyid Dr. Sheikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki (Az-Zakho’ir Al-Muhammadiyah m/s 147):
“Tentang hadis tersebut (Sahih al-Bukhari yang dinukilkan sebelum ini), para ulama’ mengatakan bahawa: yaqazah itu bermaksud, di dunia secara qat’ie walaupun ketika hendak mati (sakaratul maut).” “Adapun bagi pihak yang mentakwilkannya sebagai melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di akhirat, maka jawapan para ulama’ terhadap mereka: Sesungguhnya di akhirat, setiap orang yang beriman akan melihat Baginda s.a.w. samada yang pernah mimpi berjumpanya di dunia mahupun yang tidak pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam banyak hadis-hadis sahih yang lain.”
Hal ini menyebabkan, tiada pengkhususan antara mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi mahupun tidak, sedangkan di dalam hadis tersebut menceritakan tentang pengkhususan terhadap mereka yang pernah bermimpi bertemu Nabi s.a.w. dengan mereka yang tidak pernah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w., iaitu: “…dia akan melihatku secara yaqazah...”
Al-‘Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah,Mantan Mufti Mesir juga menjelaskan perihal hadis tersebut (Al-Bayan m/s161): “… Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…”
Kisah-kisah orang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW setelah wafatnya.
Kisah dari kalangan Sahabat
Sayidina Usman bin Affan
Kisah mengenai Sayidina Usman yang dikeluarkan oleh Abi Usamah dalam Musnadnya: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam berkata: “Saya telah mendatangi Usman bin Affan untuk menyelamatkannya. Pada saat itu ia sudah terkepung. Usman berkata, “selamat datang wahai shabiy (anakku), kulihat Rasulullah SAW dari dalam almari ini.”
Abdullah bin Salam berkata, “Wahai Usman, orang-orang telah mengepungmu” Usman menjawab,”Benar. Apakah engkau haus?” Aku menjawab, “Benar.” Kemudian baginda mengambil air segelas untukku. Aku pun meminumnya sampai puas, terasa dinginnya di antara tenggorokan dan dadaku. Lalu ia berkata, “Jika engkau mahu, engkau boleh berbuka bersama kami.” Maka aku pilih berbuka bersama Nabi. Ternyata hari itu Usman r.a terbunuh.”
Sayidina Ibnu Abbas
Dalam ceritanya, sebuah peritiwa berlaku setelah kewafatan Rasulullah SAW, Ibnu Abbas menuturkan:
“Aku merasa tidak sah solatku sepanjang hidup kecuali sekali solat saja. Hal itu terjadi ketika aku berada di Masjidil Haram pada waktu subuh. Ketika imam takbiratul ihram, aku juga melakukan hal yang sama.Tiba-tiba aku merasa ada kekuatan yang menarikku; kemudian aku berjalan bersama Rasulullah SAW antara Mekah dan Madinah. Kemudian kami melalui sebuah lembah. Nabi bertanya, “Lembah apakah ini?”
Mereka menjawab, “Lembah Azraq.” Kemudian Ibnu Abbas berkata, “Seolah-olah aku melihat Musa meletakkan kedua jari telunjuk ke telinganya sambil berdoa kepada Allah dengan talbiyah melalui lembah ini. Kemudian kami melanjutkan perjalanan hingga kami sampai pada sebuah sungai kecil di bukit.” Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, “Seolah-olah aku melihat Nabi Yunus di atas unta yang halus, di atasnya ada jubah wul melalui lembah ini sambil membaca talbiyah.”
VIA FB UST IQBAL ZAIN ALJAUHARI
SILA SHARE DAN SEBARKAN