Sabtu, 20 November 2021

Buang semua dapat semua

Selama mana ada sesuatu di dalam hati kamu, Ketahuilah kamu hamba kapada perkara tersebut.

Selama mana ada selain Allah didalam hati kamu wahai orang yang beriman,

Ketahuilah kamu disisi Allah adalah orang musyrik.

Allah hanya memilih hatimu, tidak yang lain. Kerana itu rumah Allah.

Suci dari akuan.
Suci dari diri sendiri.
Suci dari bersandar dengan amalan.
Suci dari merasa tinggi atas makhluk² Allah.

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۩⁦

Rabu, 17 November 2021

TINGKATAN MARTABAT HAKIKAT MUHAMMADIAH YG MULIA

SOLLU A'LAN NABI 
#KEDUDUKKAN WALI BERDASAR TINGKATAN HAKIKAT MUHAMMADIAH
Hakikat Muhammadiah adalah satu martabat kedudukan yang tidak dikenali,diketahui dan tidak ada seseorang yang mampu mencapai ke tahapnya pada medan perbicaraan ini…
Hanyalah Hakikat Muhammadiah ini terselindung disebalik tabir pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi,dan terhijab nur-nur tersebut daripada dilihat akan kewujudannya…
Hakikat Muhammadiah ini terhijab dengan beberapa pakaian Nur ilahi dan mempunyai beberapa medan dan ia terbahagi ia kepada :
1-Ruh, Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan Ruh(setelah terhijab di sebalik pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi)
Pada martabat Ruh inilah,martabat yang dicapai oleh para Nabi, Rasul dan para wali Qutub..,itulah kemuncak tingkatan ,tempat dan perhentian yang dicapai oleh mereka…  
2- akal, Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan akal,(setelah terhijab di sebalik tabir pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi yang lain)
3-Qalb/hati Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan nama Qalb/ hati,(setelah terhijab di sebalik tabir pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi yang lain),
4-nafsu, Maka di dalam medan ini,ia dinamakan dengan nafsu, (setelah terhijab di sebalik pakaian-pakaian daripada nur-nur llahi yang lain)
5-jasad Rasulullah
Inilah perkara terakhir yang muncul daripada martabat –martabat tersebut….  
 
Kedudukan wali-wali mengikut martabat masing-masing
Para wali-wali berbeza-beza kedudukan martabat mereka itu…:
I-Kumpulan yang pertama :
Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat Nafsu Rasulullah SAW,dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir dan makrifah-makrifah..
II-Kumpulan yang kedua :
Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat Qalb Rasulullah SAW, dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir , makrifah-makrifah dan lain-lain…
III-Kumpulan yang ketiga:
Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat Akal Rasulullah SAW ,dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir , makrifah-makrifah dan lain-lain…
IIII-Kumpulan yang keempat , yang tertinggi dan yang berada di kemuncak martabat ,yaitu Kumpulan yang mencapai kepada tingkatan martabat Ruh Rasulullah SAW,dimartabat ini terhimpun segala ilmu-ilmu, sir-sir , makrifah-makrifah dan lain-lain…
 
Itulah kemuncak martabat yang tertinggi dan juga tiada kesungguhan yang boleh diusahakan dalam mencapai dan memahami akannya..,nescaya ia tidak dapat mengenali akan hakikat Ruh tersebut,
itulah diri Hakikat yang di cipta khas pada diri RASULULLAH SAW

DALIL KHAS MAJLIS ZIKIR AHLI SUFI


#HADIS MULIA
#KALAU SEKARANG NI PUAK YG GHARIB ADALAH PUAK WAHABI DAN YG ADA FIKRAH WAHABI YG KETINGGALAN MEREKA DALAM PERJALANAN TORIQAH SUFI 

Dalil ditalqin zikir kepada  seseorang
Disini  kami datangkan hadis Rasulullah yang ditujukan khas  kepada ahli-ahli ingkar,
yaitu hadis yang diriwayatkan oleh lmam Ahmad Bin Hambal di dalam kitab musnadnya dengan sanad yang sahih.. (beliau adalah seorang tokoh yang telah menisbahkan oleh golongan sesat kepadanya, 
mereka itu adalah golongan yang jahil yang mendakwa secara palsu terhadap Imam Ahmad,bahkan bukanlah Imam Ahmad daripada kalangan mereka,sepertimana perumpamaan : terasingnya darah serigala daripada darah Nabi Yusuf)
 
daripada Ya’la bin Syaddad bin uwais (dan daripada Ubadah bin Somit yang hadir dan membenarkan hadis tersebut)…berkata :

كنَّا عِنْدَ النَبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ  
هَلْ فِيكُمْ غَرِيبٌ يَعني أهل الكتاب فَقُلْنَا لاَ يَا رَسُولَ اللهِ فَأَمَرَ بِغَلْقِ البَابِ وَقَالَ إِرْفَعُوا أَيْدِيكُمْ وقُولُوا لاَ إِلَهَ إلاَّ الله فَرَفَعْنَا أَيْدِينَا سَاعَةً ثُمَّ قَالَ الحَمْدُ للهِ اللَّهُمَّ إنَّكَ بَعَثْتَنِي بِهَذِهِ الكَلِمَةِ وأَمَرْتَنِي بِهَا وَوَعَدْتَنِي عَلَيْهَا الجَنَّةَ وَإنَّكَ لاَ تُخْلِفُ المِيعَادَ ثمَّ قَالَ أْبْشِرُوا فَإنَّ اللهَ قَدْ غَفَرَ لَكُمْ

Ertinya :
▪ Sesungguhnya kami berada dekat dengan Rasulullah SAW..,kemudian Rasulullah SAW bertanya:
▪ Adakah ada di antara kamu orang asing (golongan ahli kitab pada ketika itu)..?
▪ Kami jawab :
▪ Tidak ada…, wahai Rasulullah  SAW !!
-Maka  Rasulullah SAW menyuruh  kami menutup akan pintu..,lalu baginda SAW bersabda:
▪ “ Angkatlah  tangan kamu,dan ucapkanlah
 “لاَ إِلَهَ إلاَّ الله ”  
▪ Maka pada ketika itu juga kami mengangkat akan tangan kami..
-Lantas  Rasulullah SAW menyambung..:
▪ Alhamdulillah..,Ya Allah  Ya tuhanku..,engkau telah mengutuskan daku dengan kalimah ini..,dan engkau menyuruh daku berpegang teguh dengannya dan engkau telah menjanjikan balasan syurga atas kalimah ini..,dan tidaklah engkau menyalahi akan janji engkau..
▪ Kemudian Rasulullah SAW berkata :
▪ Bergembiralah kamu sekelian…sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu semua…”  
Ibnu  Hajar Al-Asqolani RA menambah dalam hadis tersebut dengan riwayat dan sanad yang sama..: 

 فَرَفَعَ رَسُولُ اللهِ صلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَفَعْنَا 

Ertinya :
“Maka Rasulullah SAW  telah mengangkat tangannya dan kami pun mengangkat tangan kami…”
Ulasan :
hadis ini menjadi dalil ditaqinkan akan zikir disisi ahli-ahli sufi  
Sabda Rasulullah SAW 
إِرْفَعُوا أَيْدِيكُمْ وقُولُوا...الخ
Potongan hadis ini Adalah dalil  kepada perhimpunan  zikir  atas satu suara
Sabda Rasulullah SAW:
" هَلْ فِيكُمْ غَرِيبٌ
dan hadis 
 " فَأَمَرَ بِغَلْقِ البَاب
Potongan hadis ini Adalah dalil  kepada ahli sufi supaya di binakan zawiah,
supaya dapat ditegah akan orang asing daripada hadir didalam majlis khas mereka…..,
dan juga supaya tertegah daripada terdengarnya huraian-huraian irfaniah Asy-syuhudiah yang diharamkan didengari akannya atas orang awam…
 
Perkara  yang sebenarnya dalam masalah ini, ialah Larangan daripada menghebahkan rahsia-rahsia llahi kepada orang awam…
Sabda Rasulullah SAW  :
" حَدِّثُوا النَّاسَ علَى قَدْر أَفْهَامِهِم أَتُرِيدُونَ أَنْ يُكَذَّبَ اللهُ وَرَسُولُهُ 

Ertinya ..:
bebicaralah kamu dengan manusia, mengikut kadar kefahaman mereka..,
adakah kamu suka mereka bercakap dusta akan Allah Y dan Rasulnya…?
Sabda Rasulullah SAW 
" لاَ تُعْطُوا الحِكْمَةَ غَيْرَ أَهْلِهَا فَتَظْلِمُوهَا وَلاَ تَمْنَعُوهَا أَهْلَهَا فَتَظْلِمُوهُمْ "

Ertinya  ..:
Janganlah kamu memberi ilmu Hikmat kepada orang yang bukan ahlinya..,maka kamu akan menzalimi akannya..
Dan janganlah menghalang daripada memberi ilmu hikmat tersebut kepada ahlinya.. , maka kamu akan menzalimi akan mereka…