وَصَلَّى اللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ الْخَاتِمِ
وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ
Adalah Sayyidunā al-Imām Abū al-‘Abbās Sīdī Aḥmad at-Tijānī رضي الله عنه — apabila diminta oleh seseorang agar mendoakannya — maka kebiasaan doa yang dilafazkan oleh beliau ialah:
اللّٰهُ يُقْبِلْ عَلَيْكَ بِفَضْلِهِ وَرِضَاهُ
“Semoga Allah ﷻ menerima dirimu dengan semata-mata limpahan kurnia-Nya dan keredhaan-Nya.”
Pernah seorang sahabat beliau رضي الله عنه meminta agar didoakan supaya dikurniakan keistiqamahan (yakni keteguhan dalam kebaikan dan ketaatan). Maka Sayyidunā at-Tijānī رضي الله عنه tetap berdoa:
اللّٰهُ يُقْبِلْ عَلَيْكَ بِفَضْلِهِ وَرِضَاهُ
“ 𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷻ 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜𝗠𝗨 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗧𝗔-𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗟𝗜𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔-𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗗𝗛𝗔𝗔𝗡-𝗡𝗬𝗔.”
Lalu sahabat itu bertanya,
“Wahai Tuan, mengapa tidak didoakan secara khusus agar aku dikurniakan istiqamah?”
Maka jawab Sayyidunā at-Tijānī رضي الله عنه:
“Mereka yang menginginkan istiqamah pada zaman ini adalah seperti seseorang yang ingin membina tangga untuk sampai ke langit — satu perkara yang hampir mustahil... ”
Namun sahabat itu tetap memohon agar beliau رضي الله عنه mendoakannya untuk memperoleh istiqamah.
Maka beliau رضي الله عنه menjawab:
“Telah aku katakan, semoga Allah ﷻ menerima dirimu dengan kurnia-Nya dan keredhaan-Nya — sama ada engkau lurus (istiqamah) atau bengkok (tidak konsisten). Sekiranya Allah ﷻ telah menerima dirimu melalui semata-mata kurnia-Nya, dan Dia ﷻ redha terhadapmu dalam apa jua keadaan, maka Dia ﷻ tidak akan mempersoalkan apakah engkau lurus ataupun bengkok.”
Kemudian beliau رضي الله عنه bersabda lagi:
“Sudah tiada lagi insan yang mampu benar-benar istiqamah pada zaman ini, dan tidak lagi dijumpai mereka yang benar-benar beristiqamah sebagaimana yang sepatutnya.”
Namun, hal ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha ke arah istiqamah. Akan tetapi, maksudnya ialah bahawa untuk beristiqamah — yakni tetap teguh di atas jalan kebenaran — pada zaman ini adalah amat sukar jika dibandingkan dengan zaman-zaman terdahulu.
𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙢𝙥𝙪 𝘽𝙚𝙣𝙖𝙧-𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙄𝙨𝙩𝙞𝙦𝙖𝙢𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙜𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙝𝙖𝙬𝙖̄ṣ 𝘼𝙡- 𝙆𝙝𝙖𝙬𝙖̄ṣ ( 𝙊𝙧𝙖𝙣𝙜- 𝙊𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙎𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙆𝙝𝙪𝙨𝙪𝙨 𝙇𝙖𝙜𝙞 𝙏𝙚𝙧𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙆𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙖𝙧𝙖 𝙒𝙖𝙡𝙞 𝘿𝙖𝙣 𝘼𝙧𝙞𝙛𝙞𝙣) .
Adapun manusia kebanyakan (orang awam), maka yang sepatutnya bagi mereka adalah:
– Bersegera untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) setiap kali melakukan kesalahan,
– Dan tidak berniat untuk mengulangi dosa atau kesilapan tersebut.
Sesungguhnya wali yang sempurna (al-walī al-kāmil) tidak akan berdoa melainkan perkara yang telah diilhamkan kepadanya oleh Allah ﷻ. Doa mereka adalah selari dengan kehendak Ilahi, serta diiringi dengan penyerahan diri yang sempurna (taslīm) kepada Allah ﷻ. Hati mereka tunduk sepenuhnya kepada apa jua yang ditentukan oleh takdir-Nya.
---
📿ٱللّٰـهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❁ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ❁ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ❁ نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ ❁ وَٱلْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ ❁ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ ۩