Guruku Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala, malam tadi, menerangkan kalam Ibn Arabi dlm kitab karangannya yang menyatakan bahawa akhir zaman, apabila bertemunya barat dan timur, maka islam akan bangkit.
Beliau menerangkan barat yakni bumi maghrib, dan timur yakni bumi nusantara. Apabila bertemu keduanya yakni maghrib dan nusantara , beliau mengisyaratkan islam seumpama sayap burung (satu sayap maghrib dan satu sayap nusantara), maka sayap ini akan terbang naik - yakni islam akan bangkit, naik dan ditinggikan.
Beliau menerangkan betapa dibumi maghribi (bermazhab maliki), akidah ahlussunnah waljamaah sangat dijaga dan dipelihara oleh pemerintah, yakni Sultan, bahkan Sultan Maghribi sendiri merupakan seorang pengikut tasawuf dan tarekat yg kuat, sangat mengambil berat akan tasawuf pada rakyatnya.
Begitu juga dinusantara menurut beliau, pemerintah yakni Sultan sangat mengambil berat akan akidah ahlussunnah waljamaah. Kesediaan masyarakat dan pemerintah nusantara yang memelihara mazhab syafie dan aqidah ahlussunnah waljamaah pasti mendatangkan nusrah Allah SWT dlm meninggikan semula agama islam.
Saya juga berpendapat bahawa bumi melayu ini merupakan warisan drpd zuriat dan benih yang baik drpd Nabi Ibrahim a.s. dan islam telah dibenihkan di nusantara ini beratus ratus tahun yg lampau melalui zuriat zuriat Nabi Ibrahim a.s dan mix dengan zuriat zuriat ahlul bait. Saya telah dimaklumkan oleh Murobbina Sayidi Ahmad al Hadi bhw ketika Ibn Batuta sampai ditanah melayu, Ibn Batuta melihat kebanyakan penduduk tanah melayu yg dijumpainya beragama islam dan sebahagian besarnya bertasawuf. Beliau kemudiannya terus kembali ke baghdad dan bertemu di baghdad ketika itu Ibn Taymiyyah yang sedang memberikan khutbah.
Sekiranya Ibn Taymiyyah masih hidup ketika itu, yakni sekitar 600H - 700H saya andaikan, islam telah bertapak lama dibumi melayu nusantara dan mungkin juga nusantara melayu ini merupakan salah satu pusat ketamadunan islam yang terpenting sepertimana yang dinyatakan sebagai "Semenanjung Emas" pada zaman tersebut.
Begitu juga pendapat yg menyatakan sebahagian drpd bahan pengawet yg digunakan utk mengawet mumia firaun adalah berasal drpd nusantara dan diperolehi drpd tanah melayu. Mungkin pendpt ini sukar utk dibuktikan, namun ianya boleh dijadikan support statement utk mengandaikan bhw melayu nusantara ini telah wujud ratusan tahun bahkan mungkin ribuan tahun yg lalu dgn komposisi agama islam adalah dominan dikalangan populasinya.
Wallahu a'lam. Apa yang penting, saya rasa makin bersemangat utk terus menghantar zuriat zuriat yang saya ada utk ke bumi maghrib, kerana inilah bumi yg terpelihara aqidahnya disamping majoriti penduduk bumi maghrib adalah bernasabkan ahlul bait dan bernasab para sahabat sahabat Sayidina Nabi SAW. Nasab nasab yg mulia dan terpelihara. InsyaAllah....
Fb Nazrul Amri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan