Isnin, 3 Oktober 2016

Zikir meningkatkan imun

*Zikir meningkatkan sistem imun badan*

_Siti Nur Asiyah, Program Pengajian Psikologi, IAIN Sunan Ampel, Surabaya_
_Suharto Taat Putra, Jabatan Anatomik Patologi, Airlangga University, Surabaya_
_Kuntoro, Jabatan Biostatik dan Populasi, Airlangga University, Surabaya_

Penyertaan orang awam dalam majlis zikir boleh menghasilkan sistem imun menjadi lebih baik. Namun begitu, perkara yang menyebabkan sistem imunisasi meningkat masih belum dapat dikenal pasti. Pendekatan agama dalam proses rawatan harus diberi perhatian selain dari terapi lain. Perjanjian WHO (1984) telah menambah elemen rohani di dalamnya sewaktu penambahbaikan. Oleh itu, sihat bukan hanya dari segi fizikal, psikologi dan sosial tetapi juga dari segi rohani. Oleh itu, untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, ahli profesional sahaja tidak mencukupi. Peranan ulama tidak boleh diabaikan, terutamanya dalam pembentukan masyarakat yang sihat dari segi rohani.

Beberapa kajian telah dijalankan dan hasil dari eksperimen tersebut menunjukkan bahawa individu yang kuat agama lebih baik dalam menahan sakit dan mempunyai proses penyembuhan yang lebih cepat. Satu kajian telah dijalankan ke atas wanita  kacukan Afrika-Amerika yang menghidap HIV dan mendapati bahawa terdapat hubungan yang ketara antara keagamaan dengan emosi dan sistem imun (Wood,1999). Sholeh (2003) juga turut menyatakan bahawa solat tahjjud secara berterusan dan dilakukan dengan khusyu’ dapat membantu meningkatkan sistem imun. Terdapat banyak kajian yang sama telah diterbitkan dalam jurnal perubatan, hasilnya mendapati bahawa terdapat korelasi antara aktiviti kerohanian atau aktiviti keagamaan dengan sistem imunisasi.

Jika dilihat dari perspektif kesihatan mental, solat dan zikir mempunyai kekuatan psikoterapuetik yang tinggi. Terapi psychoreligious dengan solat dan zikir mempunyai kekuatan rohani yang meningkatkan rasa optimis dan keyakinan diri. Kedua-dua syarat psikologi ini sangat penting dalam penyembuhan penyakit di samping  ubat-ubatan dan prosedur-prosedur lain (Hawari, 2005). Selain itu, solat dan zikir juga membantu untuk mencegah kejutan mental dan gangguan psikiatrik. Ia membantu dalam proses pembangunan dan penambahbaikkan kehidupan. Kesimpulannya, zikir dan solat mempunyai funsi kuratif, pencegahan dan pembangunan kesihatan (Purwanto, 2007).

Mekanisme daya tahan badan dapat dilihat dengan lebih jelas dan terperinci melalui pendekatan psikoneuroimunologi yang menerangkan interaksi antara faktor psikologikal dan faktor fizikal (Ward, 2007). Psikoneuroimunologi menerangkan hubungan antara faktor psikososial, sistem saraf dan sistem imunisasi. Tekanan dari psikososial akan menyerang lima deria pancaindera dan deria sistem saraf. Ianya akan menyerang saraf dalam otak dan sistem limbik melalui neurotransmitter. Tambahan pula, rangsangan psikososial yang bertindak melalui sistem saraf autonomi  dan akan terus ke kelenjar hormon (endokrin) yang berkaitan dengan sistem imun (Hawari, 2005).

Konsep psikoneuroimunologi bukanlah penyatuan dari ketiga-tiga perkataan psikologi, neuro dan imunisasi, tetapi ia adalah tiga disiplin yang saling melengkapi lalu  menjadikan pusat sistem saraf sebagai pusat serangan. Berdasarkan perkara tersebut, rangsangan dari pusat sistem saraf yang akan merembeskan neurohormon akan menyebabkan perubahan aktiviti sel-sel di dalam badan. Baru-baru ini, terdapat kajian yang mendedahkan bahawa terdapat protein tertentu yang berfungsi sebagai pengukur tekanan bagi fizikal dan juga psikologi yang dikenali sebagai protein kejutan haba (HSP 72). HSP 72 terdapat di dalam peredaran darah dan boleh menyumbang kepada pembentukan tindak balas imunisasi.

Vilyanur Ramachandran menerangkan bahawa terdapat bahagian dari otak yang akan bertindak balas dengan kerohanian manusia serta perkara-perkara mistik. Ia dipanggil God Spot dan terletak di cuping temporal. Solat dan zikir ini perlu dibaca dengan khusyu’ untuk mencapai tumpuan yang sempurna dalam keadaan santai, fokus dan penuh tumpuan (Purwanto, 2007).

Proses pembelajaran menjadikan fikiran yang terbiar untuk mencerna semua informasi yang datang melalui deria.  Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai tekanan psikologi yang menjadi bukti peningkatan kadar eHSP 72 yang ketara dalam kesemua tiga pemerhatian yang mana, peserta masih belum mencapai tahap rehat dan ketenangan yang sempurna dek kerana peserta masih dalam proses pembelajaran.  Di dalam proses belajar ini, kemungkinan terdapat perkara-perkara yang mengganggu tumpuan, antaranya minda masih mencari siapa diri, pergolakkan emosi yang tinggi, minda teganggu kerana lemah semangat , minda mempunyai terlalu banyak masalah, masih belum dapat merasai ibadah dan hanya melakukan ibadah semata-mata kerana takutkan dosa (Hakim, 2002).

Tambahan pula, solat dan zikir dilakukan selama 90 minit untuk permulaan juga menjadi tekanan yang boleh menyebabkan tekanan psikologi. Ketegangan fizik mungkin berlaku kerana solat dan zikir yang dilakukan dalam masa yang panjang dengan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Zikir. Keadaan psikologi seperti ini boleh bertindak balas  dengan hipotalamus. Hipotalamus mempunyai peranan penting dalam mengawal emosi dan bertindak balas dengan tekanan, yang menjadikan hipotalamus sebagai “pusat tekanan” yang memberikan peranan tertentu dalam menggerakkan badan untuk bertindak balas terhadap tekanan. Berdasarkan kes ini, hipotalamus mengawal pituitari untuk menghasilkan beberapa hormon. Kawalan ini adalah sangat penting untuk menggerakkan satu proses fisiologi yang berusaha untuk bertindak balas untuk melawan atau terbang (Atkinson et al.,no year).

Hasil dari kajian ini mendapati terdapat peningkatan kadar darah oleh eHSP 72 selepas 24 jam dari perlaksanaan zikir. Perkara yang sama terjadi apabila ujian eHSP 72 diulang selepas 24 jam dari perlaksanaan zikir pada minggu kedua. Ini merupakan bukti secara statistikal menggunakan ukuran ulangan yang memberi angka signifikan 0.006 (p<0.05) yang bermaksud terdapat peningkatan ketara kadar eHSP 72 dalam peserta-peserta yang menghadiri Majlis Zikir (Johnson dan Fleshner 2005).

Berbalik kepada hasil penyelidikan dan perbincangan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti zikir di dalam Majlis Zikir yang dilakukan secara berterusan, teratur dan mempunyai sasaran, dengan kekerapan sekali seminggu selama 120 minit setiap kali majlis, boleh meningkatkan kadar HSP 72 dalam edaran (eHSP). Oleh itu, aktiviti zikir dalam Majlis Zikir dapat diterangkan secara saintifik menggunakan pendekatan psikoneuroimmunologi melalui medula (sumsum belakang) hipotalamik-simpatetik-adrenal boleh membawa kepada peningkatan HSP 72 dan berpotensi meningkatkan sistem imunisasi. Kesimpulannya, apabila aktiviti zikir dalam Majlis Zikir dijalankan secara berterusan, teratur dan mempunyai sasaran, maka ia akan bertindak sebagai immunomodulator yang murah, mudah dan berharga.

Nyata sekali , benar sungguh yang majlis zikirullah adalah satu taman surga di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan