Seorang pemuda datang berjumpa seorang Aarif billah..seorang wali Allah dan berkata kepadanya:"Wahai tuan guru wahai sheikh..katakan kepada saya bagaimana caranya untuk saya ketahui bahawa tertulis sebagai seorang yang bahagia atau celaka"?
Maka berkatalah al-Aarif billah wali Allah tadi:"Wahai anakku...alamat yang membezakan antara seorang yang bahagia atau seorang celaka ialah selawat ke atas nabi SAW."
Lalu lihatlah pada dirimu jika kamu sentiasa berterusan menyebut selawat atas nabi SAW, ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tergolong sebagai golongan yang bahagia di dua negeri dunia juga akhirat, namun jika selawat ke atas nabi itu tidak wujud dalam dirimu maka beringatlah dan berhatilah sepenuhnya bahawa kamu akan menjadi seorang yang celaka tanpa kamu menyedarinya".
Bertanya lagi anak murid itu:"Apa dalil daripada al-Quran yang menjadi bukti kebenaran kata-kata tuan guru itu?"
Jawab tuan guru:" Dalilnya jelas pada firman Allah dalam ayat bermaksud(Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA sentiasa berselawat ke atas nabi Muhammad).Mustahil mereka yang celaka bersama bersepakat bersekongkol dengan Allah pada sesuatu perkara pun...sedangkan mereka yang bahagia bersama bersekutu bersekongkol dengan Allah dan para malaikat pada bab kebahagian yang agung iaitu berselawat ke atas nabi SAW."
"Apakah ertinya sentiasa berterusan berselawat ke atas nabi pada sisi tuan guru?"Tanya si pemuda lagi.Jawab tuan guru:" Bahawa kamu sentiasa menyebut berulangkali menyebut selawat ke atas nabi pada setiap malammu.Namun begitu ada perbezaannya di antara orang bahagia dengan orang paling bahagia..Adapun ORANG YANG BAHAGIA itu ialah orang yang sentiasa menjadikan setiap harinya tidak sunyi dan terlepas daripada berselawat ke atas nabi...sedangkan ORANG YANG LEBIH BAHAGIA itu ialah orang di mana selawat ke atas nabi itu sudah sebati dalam dirinya menjadi makanan minumannya..menjadi fikirannya..menjadi keutamaannya..menjadi nafas yang dihembusnya.....""
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي الى صراطك المستقيم وعلى اله حق قدره ومقداره العظيم
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan