Khamis, 18 Februari 2021

SEJARAH BUMI NUSANTARA KHUSUSNYA INDONESIA DIBUKA OLEH AHLI2 MAGHRIBI


SEJARAH BUMI NUSANTARA KHUSUSNYA INDONESIA DIBUKA OLEH AHLI2 MAGHRIBI (yg dikenali sebagai ANDALUS) YAITU SEJAK DARIPADA  815 HIJRAH/1412 MASIHI 
YG MANA MAQAM2 AULIYA TERLETAK DITEMPAT2 TERTENTU DI PELBAGAI NEGERI DI WILAYAH INDONESIA 
SEPERTI DI TEMPAT YG BERNAMA
1- MALANG
2-SURABAYA-MAQAM SYEIKH ALMAGHRIBI-GURU KPD WALI SONGO
3-CIREBON
4-GERISIK
5-BALI-LOMBOK
6-BANTEN -MAQAM SYEIKH SYARIF HASAN 
7-SEMEDANG
ADAPUN SEJARAH BUMI KEDAH ADALAH TERLEBIH AWAL DIBUKA OLEH AHLI MAGHRIBI,YAITU  SEJAK DRPD ZAMAN SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI (sekitar 500-600 HIJRAH DIBUKA OLEH AHLI MAGHRIBI YG DIKENALI SEBAGAI SYEIKH ALQIMARI(asal usul drpd maghribi berdasarkan kpd gelarannya yg berasal drpd qimar(satu wilayah dibumi maghribi,yg dikenali sekarang ini dengan SUUS,tempat kelahiran Imam Mahdi pd akhir zaman,seperti disebut oleh lmam Qurtubi didalam kitab Tazkirah beliau)
*kebanyakkan rakyat nusantara mempunyai darah ahli2 maghribi yg meratai seluruh nusantara tanpa disedari
-nota ini ditulis adalah hasil pertemuan alfaqir dgn SYARIF AHMAD ALHADI ALHASANI ATTIJANY
-Beliau tersangat mengambil berat terhadap sejarah bangsa melayu secara khusus dan nusantara secara amnya
sehinggakan beliau meminta alfaqir carikan kitab hadiqatul azhar karangan Syeikh Ahmad Alpattani mengenai sejarah nusantara/bumi melayu

Ahad, 7 Februari 2021

JUMAAT SAYIDUL AYYAM

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Kekurangan itu adalah perhiasan Kehambaan, kelebihan itu adalah perhiasan Ketuanan. Maka janganlah kamu merasakan diri kamu ada kelebihan kerana ianya adalah perhiasan Ketuanan.

Allah menutup penuh keaiban keaiban kamu, namun kamu buta drpd melihat keaiban keaiban kamu, dan menjadikan kamu taqabbur (dengan merasa punya kelebihan). Orang yang mendahului dirinya sendiri (yang mengambil perhiasan Ketuanan) adalah orang yang menafikan Tuhan... 

Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Taala
Jumaat, 1 Muharram, 1439 Hijrah
Zawiyah Ira'ah, Gombak

Khamis, 4 Februari 2021

RASA KEHAMBAAN

Guruku yang kukasihi, Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, ketika menerangkan dan memperincikan sifat kehambaan yang mendalami seseorang menyatakan bahawa, seseorang yang mempunyai sifat kehambaan itu berasa malu untuk memasuki masjid atau baitullah, bahkan berasa tdk layak utk memasuki masjid kerana merasa dirinya penuh dengan najis dan dosa maksiat. Pada hakikatnya baitullah itu adalah tempat yg suci dan bersih, dan hanya layak utk dimasuki oleh orang2 yg suci dan bersih zahir batinnya. 

Oleh kerana itulah bagi org2 yg besar rasa kehambaannya berasa tdk layak dan malu utk memasuki masjid. Mereka memasuki masjid atas dasar Dharurah, semata2 utk menyahut panggilan Allah SWT utk bersolat, dan sentiasa malu kpd Allah Jallajalaluhu ketika berada didalam masjid atau baitullah yg suci (selama mana berada didalam masjid).

Menurut beliau, rasa KEHAMBAAN ini berlawanan dgn rasa KEAKUAN dan KETUANAN yg membesar dlm diri seseorang, yg berasa layak memasuki masjid dan berasa megah serta bangga apabila keluar dari masjid, dan merasakan dirinya hebat kerana telah bersolat dlm masjid (beliau menyatakan perasaan LIHATLAH! AKU DAH BERSOLAT DLM MASJID), dan merasakan serta memandang orang yg tdk bersolat di masjid adalah kecil dan hina. 

Beliau memberi amaran kpd kami (murid2nya) bhw jika ada terdapat rasa sebegini didalam diri kami (rasa bangga dan hebat kerana telah bersolat dimasjid) bahawa hasil ibadah kami adalah najis, kerana hasil amal ibadah sepatutnya semakin merendahkan rasa KEAKUAN dan KETUANAN, bukannya semakin membesarkan rasa KEAKUAN dan KETUANAN dlm diri. 

Ya Allah, semoga Kau tempatkan guru kami yang dikasihi Sayidi Ahmad Al Hadi dikalangan orang2 yang Kau redhai dan dikalangan kekasih2 Mu yang mulia kerana telah menunjukan kami semulia mulia adab dengan Mu ya Allah. Aamiinnn...