Khamis, 4 Februari 2021

RASA KEHAMBAAN

Guruku yang kukasihi, Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, ketika menerangkan dan memperincikan sifat kehambaan yang mendalami seseorang menyatakan bahawa, seseorang yang mempunyai sifat kehambaan itu berasa malu untuk memasuki masjid atau baitullah, bahkan berasa tdk layak utk memasuki masjid kerana merasa dirinya penuh dengan najis dan dosa maksiat. Pada hakikatnya baitullah itu adalah tempat yg suci dan bersih, dan hanya layak utk dimasuki oleh orang2 yg suci dan bersih zahir batinnya. 

Oleh kerana itulah bagi org2 yg besar rasa kehambaannya berasa tdk layak dan malu utk memasuki masjid. Mereka memasuki masjid atas dasar Dharurah, semata2 utk menyahut panggilan Allah SWT utk bersolat, dan sentiasa malu kpd Allah Jallajalaluhu ketika berada didalam masjid atau baitullah yg suci (selama mana berada didalam masjid).

Menurut beliau, rasa KEHAMBAAN ini berlawanan dgn rasa KEAKUAN dan KETUANAN yg membesar dlm diri seseorang, yg berasa layak memasuki masjid dan berasa megah serta bangga apabila keluar dari masjid, dan merasakan dirinya hebat kerana telah bersolat dlm masjid (beliau menyatakan perasaan LIHATLAH! AKU DAH BERSOLAT DLM MASJID), dan merasakan serta memandang orang yg tdk bersolat di masjid adalah kecil dan hina. 

Beliau memberi amaran kpd kami (murid2nya) bhw jika ada terdapat rasa sebegini didalam diri kami (rasa bangga dan hebat kerana telah bersolat dimasjid) bahawa hasil ibadah kami adalah najis, kerana hasil amal ibadah sepatutnya semakin merendahkan rasa KEAKUAN dan KETUANAN, bukannya semakin membesarkan rasa KEAKUAN dan KETUANAN dlm diri. 

Ya Allah, semoga Kau tempatkan guru kami yang dikasihi Sayidi Ahmad Al Hadi dikalangan orang2 yang Kau redhai dan dikalangan kekasih2 Mu yang mulia kerana telah menunjukan kami semulia mulia adab dengan Mu ya Allah. Aamiinnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan