Ahad, 31 Januari 2021

IBU, PUNCA, RUH DAN RAHSIA SEGALA SELAWAT ADALAH SELAWAT FATEH. TURUNNYA PADA MALAM NISFU SYAABAN


بسم الله الرحمن الرحيم 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoib akan tampalan kaa-inaat. 
Dan menjadikan asal kunhi itu Nur Hakikat Sayyidina Muhammad. 
Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asal Maujudaat. 
Maka Allah SWT telah meng-adakan daripada sekelian Maujudaat dengan KekuatanNya yang Qudsi dan KalamNya yang Azali, 
Dengan menjadikan fitrah semula jadi anak Adam. Kemudian menjadikan rangka fitrah anak Adam akan rupa alam ini dan mengajarkan anak Adam akan Asma’ sekeliannya. 
~Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNya sebagai rumusanNya dan pilihanNya. 
~Maka bagi Allah SWT segala pujian bahawa telah menjadikan akan Nabi SAW sebagai hamba yang terpilih, yg menjadikan hakikat Nabi SAW salinan asal yang sempurna lagi agung dengan semata-mata tiada dan ada
~Dan telah membuka dihadapan Rasulullah itu khazanah-khazanah yang kamilah bagi segala kemuliaan dan kemurahan.
~Dan dgn bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya,
yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya. 
~Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yang Mutholsam dan jalanNya yang sempurna yang lurus. 
~ seseungguhnya Telah berselawatlah oleh Allah atas Rasulullah SAW dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih 
dan juga selawat atas pencinta Rasulullah SAW dari golongan orang2 soleh dan juga ucapan sejahtera atas mereka ...

~maka ketahuilah wahai penggemar yang hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuan,bahawasanya pintu hadrat itu satu jua..
~* iaitu kasih akan Nabi SAW *


Dan telah menaqal sekelompok orang-orang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum :

“Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. 
~Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan kunci Hakikat Muhammadiyyah. 
~Dan orang yang pertama menimbulkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2001 majlis, yaitu Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. 
Maka sesungguhnya beliau telah bertawajjuh kepada Allah selama 17 tahun,memohon kpd Allah swt bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat. 
~Maka datanglah Malaikat dengan helaian kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih.
(sila rujuk kitab fadhlus Selawat imam Nabhani)
Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu : 
"Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia ke dalam neraka, maka peganglah tangan aku di hadapan Allah SWT.”

Dan telah berkata Abul Abbas Tijani RA :

"Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dlm keimanan ..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan