Al ‘Allamah As-Syeikh Sidi Ahmad Sukairij At Tijany رضى الله عنه menyebutkan dalam kitabnya "NAILUL AMANI":
Dikatakan: Sir ada dalam zikir. Ini adalah mazhabnya kaum 'arifin yang ahli asror. Sehingga Sidi As-Syeikh Ahmad Zarruq berkata:
والله ما وجدنا الأسرار إلا في الأذكار
Demi Allah kami tidak menemukan asrar kecuali dalam zikir.
Sebahagian kaum arifin yang telah mencapai derajat kamilin menyebutkan bahawa pintu-pintu asma Allah yang khas telah tertutup, maka tidak seorangpun yang dapat menjadikan asma Allah tersebut sebagai wasilah untuk memenuhi hajatnya sama sekali kecuali dua pintu yang belum tertutup.
Pertama adalah: pintu ALLATHIF (berzikir dengan asma Allah AL-LATHIF (اللطيف).
Kedua adalah: pintu SELAWAT ATAS NABI Sallallahu Alaihi Wasallam. Pintu ini Alhamdulillah masih terbuka sampai hari kiamat.
💐اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💐 الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ
💐 وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ 💐 نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ 💐 وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ 💐 وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سبحان ربك رب العزه عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين💐🤲
Tiada ulasan:
Catat Ulasan