Sabtu, 23 Januari 2021

WALI KHIDIR DAN QUTBANIYYAH

Ketika mana Nabi Musa ditanya, "Siapakah yang paling alim?". Lantas Nabi Musa menjawab, "aku". Maka Nabi Musa ditegur oleh Allah dan diperintahkan untuk belajar daripada Wali Khidir.

Sebenarnya, tidaklah salah apa yang diungkapkan oleh Nabi Musa iaitu Nabi Musalah orang yang paling alim ketika itu kerana dialah Nabi, Rasul dan Qutub ketika itu tetapi kerana Nabi Musa terus menjawab "aku", maka itulah yang ditegur Allah. 

Jika Nabi Musa berhenti sejenak sebelum menjawab, "aku" atau Nabi Musa menjawab, "sepengetahuan aku, akulah yang paling alim" maka tidaklah Nabi Musa ditegur Allah.

Apa yang difahami Auliya' Allah daripada kisah ini, terdapat wali yang mana keilmuan mereka ini tidak melalui Kerajaan Qutbaniyyah seperti Wali Khidir. Mereka ini adalah pengimbang kepada Kerajaan Qutbaniyyah. Seandaniya ada daripada kalangan Qutbaniyyah melakukan kesalahan, maka mereka inilah yang akan menegur Qutbaniyyah. Dan senantiasalah Qutbaniyyah ini beringat dalam melakukan sesuatu kerana mereka juga sedang diperhatikan oleh Satu Hadrah Kewalian lain yang mana ilmu Hadrah Kewalian itu (Hadrah Kewalian Wali Khidir) tidak melalui Hadrah Kewalian mereka (Kewalian Qutbaniyyah). 

Dan perlu kita faham, kesalahan Auliya'-auliya' ini bukanlah dosa tetapi tidak selayaknya golongan-golongan yang hampir kepada Allah berbuat perbuatan seperti itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan